Post on 15-Apr-2016
description
KOLEJ KESIHATAN SULTAN AZLAN SHAH ULU KINTA,PERAK
CASE STUDY
“OBESITI”
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
TAHUN 2 SEMESTER 2
KK CHEMOR (PASUKAN KESIHATAN SEKOLAH)
Nama Pelajar : Muhammad Naqib Bin Mohamad Sakila
No Matrik : BPP 2014 – 4571
Biodata Pesakit
Maklumat Peribadi Pesakit
Nama Mohd Zulfirdaus Bin Zulkifli
Bangsa Melayu
Warganegara Malaysia
Umur 13 Tahun
No Kad pengenalan 031022-08-0091
Agama Islam
Sekolah SMK Ulu Kinta
Penyakit Morbid Obesiti
Berat 74 kg
Tinggi 145 cm
BMI 35.2 (Morbid/Obesiti)
Pendahuluan
Peningkatan kadar kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan
obes di kebanyakan Negara maju dan membangun sangat membimbangkan. Ini adalah
disebabkan oleh cara hidup yang diamalkan terutama dari segi pemakanan serta kurang
melakukan aktiviti seperti bersenam atau bersukan.Menurut statistic Kajian Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan,15.1 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti. Keadaan ini
telah meletakkan Malaysia pada kedudukan nombor enam di Asia mengalahkan beberapa
buah Negara Asia Barat. Selain itu, juga dilaporkan bahawa hampir setengah juta remaja
berumur 18 tahun ke bawah mengalami masalah obesiti. Masalah obesity bukan sahaja
berlaku di Negara kita ,malah boleh dikatakan kebanyakan Negara di dunia mengalaminya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2012, menganggarkan lebih kurang 22 juta
kanak-kanak di seluruh dunia mengalami masalah berat badan dan ini bermakna masalah
obesiti di kalangan kanak telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun
kebelakangan ini. Kelaziman yang telah meningkat pada kadar yang membimbangkan.Di
peringkat global,pada tahun 2013, bilangan kanak-kanak berlebihan berat badan di bawah
usia lima tahun dianggarkan lebih 42 juta.
Obesiti selalunya dikaitkan dengan kegemukan akibat makan terlalu banyak Obesiti
merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang. Ia akan menjadi
satu penyakit apabila tisu-tisu lemak menjadi terlalu banyak. Obesiti jika tidak di kawal boleh
mengakibatkan kecederaan organ-organ dalam badan seterusnya menyebabkan masalah
kesihatan yang lebih serius seperti penyakit jantung ,tekanan darah tinggi dan diabetes. Orang
yang mengalami masalah obesiti tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya
kerana badan yang berat akan membataskan pergerakan mereka.
Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti lazimnya akan mengalami berat
badan apabila dewasa kelak.Obesiti berlaku pada kanak kanak kerana perubahan cara
hidup,kurang melakukan aktiviti fizikal serta perubahan dalam tabiat pemakanan. Isu obesiti
di kalangan pelajar bukan sahaja hangat dibincangkan di dalam media tetapi juga menerusi
Pendidikan Kesihatan yang diajar di sekolah.Sehubungan itu, Ewles dan Simnet (1986) juga
menyatakan bahawa pendidikan yang diusahakan seringkali bertujuan untuk mencapai satu
atau lebih matlamat kesihatan. Pendidikan Kesihatan mempunyai matlamatnya yang
tersendiri iaitu peka atau sedar terhadap kesihatan,menyampaikan pengetahuan,menimbulkan
kesedaran diri,mengubah sikap,membuat keputusan,mengubah tingkahlaku dan mengubah
status social. Dengan adanya matlamat-matlamat ini diharapkan agar masalah obesiti yang
berlaku di kalangan pelajar atau kanak-kanak di seluruh dunia dapat di atasi.
Penyataan Masalah
Pada 14/01/2016 iaitu pada hari khamis terdapat sesi kaunseling untuk pelajar sekolah
yang morbid obesity iaitu penyakit berlebihan berat badan yang berisiko mendapat masalah-
masalah kesihatan pada masa akan datang jika tidak diatasi secepat yang mungkin.Salah
seorang daripada murid yang morbid obesiti adalah Mohd Zulfirdaus Bin Zulkifli ialah
pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta.
Pelajar tersebut dirujuk ke Klinik Kesihatan Chemor oleh pihak sekolah bagi
mendapatkan sesi kaunseling oleh unit kesihatan sekolah.Pelajar tersebut berumur 13 tahun
dan mempunyai BMI yang melebihi daripada tahap yang normal iaitu 33.0.Pelajar tersebut
bersama keluarga telah menghadiri sesi kaunseling bagi mendapatkan nasihat untuk
memperbaiki gaya hidup pelajar tersebut.Pihak kaunseling telah mendapatkan maklumat
tentang gaya hidup pelajar tersebut terutama gaya pemakanan pelajar tersebut.
Gaya pemakanan pelajar tersebut yang tidak teratur atau sihat seperti makan makanan
yang diproses,makanan bergoreng,”fast food” secara berlebihan dan kurang makan sayuran
dan buahan adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah obesiti pelajar
tersebut.Ibu bapa yang turut mengalami masalah obesiti turut menjadi salah satu faktor
berlakunya obesiti iaitu faktor genetic.
Literature Review
According to Dr. Peter Nieman, (2004) a practicing pediatrician, has identified three
main causes of childhood obesity: genetics, overeating and lack of exercise. He
emphasizes that it is important to understand that the causes of obesity are often a
combination of these three factors. Obesity if just not the result of a single factor. (Dr.
Peter Nieman,2004)
Panduan piramid makanan membantu dalam memilih diet yang seimbang. Makanan
diletakkan pada aras yang berbeza di dalam piramid makanan berdasarkan kepada
nilai nutrien utama (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011)
Selain daripada itu, amalan gaya hidup moden merupakan salah satu faktor yang
menunjangi masalah ini. Pada zaman millennia yang serba canggih dan pantas kini,
semua orang terlalu sibuk dengan hal dan kerjaya masing-masing hingga
mengabaikan pengambilan pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian
mereka. Mereka lebih gemar mengambil makanan segera dan tidak berkhasiat
seperti mi segera, minuman berkarbonat, burger dan sebagainya. Saintis di seluruh
dunia mendapati bahawa makanan tersebut tidak dapat menampung keperluan zat
yang diperlukan oleh badan. Tambahan pula, ia turut menjadi punca utama
kepada penyakit kronik seperti obesiti (Govindji et al., 2002).
Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang pernah
penulis temui tidak lama dulu, banyak negara yang telah dikunjunginya dan puas
mengelilingi dunia, tiada negara yang restoran atau gerai makan yang dibuka 24 jam
kecuali Malaysia. (Tan Sri Syed Hamid Albar)
Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Ismail Noor berkata,
gejala obesiti yang tidak dibendung boleh melemahkan struktur masyarakat kerana
sebahagian besar generasi muda yang gemuk tidak aktif dan berpenyakit. Justeru
katanya, obesiti mesti ditangani secepat mungkin sebelum semakin ramai rakyat
Malaysia mengalaminya."Obesiti boleh menyebabkan perubahan dalam sistem enzim
dan hormon tubuh dan memberikan kesan negatif pada kesihatan."Pelbagai penyakit
kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit buah pinggang, jantung serta
menjejaskan sistem reproduksi berpunca daripada obesiti," (Prof. Dr. Mohamad
Ismail Noor)
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 1 bilion penduduk dunia
mengalami kegemukan ketika ini dan jumlah itu bakal mencecah 1.5 bilion pada
2015. Sekurang-kurangnya 20 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun mengalami
kegemukan pada 2005.Punca asas obesiti dan kegemukan ialah ketidakseimbangan
antara pengambilan kalori dan penggunaan kalori. (World Health Organization,2012)
The development of overweight and obesity is due to the complex interaction of
multiple factors –biological, behavioural (including diet and physical activity),
cultural, social, environmental and economic (Chan & Woo, 2010; Lobstein, et al.,
2004).
Manusia boleh hidup selama beberapa minggu tanpa makanan tetapi boleh hidup
untuk beberapa hari sahaja jika tanpa air. Ini menunjukkan betapa pentingnya air.
Fungsi air di antaranya adalah seperti mengekalkan suhu dalam badan, menyingkirkan
bahan toksik, mengekalkan pH darah dan lain-lain lagi (Chiras,2003).
Perbincangan
Punca Berlakunya Obesiti
Daripada apa yang saya perolehi daripada Mohd Zulfirdaus adalah dia mengamalkan
gaya hidup yang tidak sihat.Menurut laporan WHO, berat badan dan obesiti di kalangan
kanak-kanak adalah berpunca daripada gaya hidup yang tidak aktif seperti kurang bersenam,
lebih suka berkurung dalam rumah dan bermain video game. Television viewing has been
proven to be a significant factor in childhood obesity, since viewing during childhood
years could have lasting effects on lifestyle later in life (Hancos et al., 2004).Pada zaman
teknologi sekarang,kanak kanak lebih terdorong untuk bermain gadget-gadget yang canggih
dan menonton televisyen di rumah berbanding bermain dengan kawan-kawan di luar rumah.
In the 21st century, physical activities such as jumping rope, riding bikes, and skating
have been replaced with television, video games and computer games (Anrig, 2003;
Kempster, 2004).
Keturunan Genetik juga merupakan factor berlakunya obesiti.Kegemukan boleh
diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya.Kedua dua ibubapa
Zulfirdaus mengalami masalah obesiti.Oleh itu , ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki
anak-anak yang gemuk juga. Ini adalah kerana ketika ibu obesiti sedang hamil, maka sel
lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan
kepada bayi dalam kandungan.Selain itu,pemakanan yang secara berlebihan akan
mengakibatkan masalah obesiti pada kanak kanak. Over the past fifteen years the super-
sized portions are increasing, along with super-sized kids with super-sized problems
(Kempster, 2004).Orang gemuk lebih responsif terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan
bau makanan, atau ketika waktu makan. Mereka makan apabila merasa ingin makan, bukan
makan ketika lapar. Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan mereka sukar
menurunkan berat badan jika tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk
mengubah gaya pemakanan.
Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan makanan tin turut menjadi
satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, McDonald dan Pizza Hut digemari
ramai penduduk negara ini terutama mereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi
bersusah payah untuk menyediakan makanan selepas penat bekerja.Mohd Zulfirdaus turut
kerap makan makanan yang segera contohnya KFC,Pizza Hut dan MC Donald sekurang
kurangnya 2 atau 3 kali setiap minggu.They are exposed to these fast food choices
everyday, making it difficult to support healthy eating (Kuntzman, 2004). Makanan-
makanan seperti ini adalah tidak sihat dan mengandungi kadar garam, gula dan lemak yang
tinggi.Selain itu , Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh
membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh
menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan.
Selain itu,Mohd Zulfirdaus turut kurang makan sayur sayuran dan buah buahan.Ini
menyebabkan dia cepat lapar dan kerap makan.Beliau juga suka minum minuman yang manis
dan kurang mangambil air kosong.Status sosio-ekonomi juga merupakan salah satu factor
berlakunya obesiti.Ini kerana pendapatan keluarga yang rendah dan ibu bapa bekerja. Ini
boleh meningkatkan peluang untuk kanak-kanak akan kurang bermotivasi untuk mengambil
bahagian dalam apa-apa jenis aktiviti fizikal.Masalah penghadaman juga menjadi factor
terjadinya obesiti.Masalah penghadaman berlaku apabila pengambilan makanan berlemak
menyebabkan lemak terkumpul pada salur darah. Salur darah menjadi sempit dan aliran darah
tidak lancar menyebabkan kekurangan oksigen pada organ-organ penghadaman. Organ-organ
ini akhirnya tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Semakin banyak lemak
terkumpul dalam badan kerana tidak dapat dihadam dan dikumuhkan dengan lancar.
Persekitaran juga dilihat mampu mempengaruhi kanak-kanak untuk menjadi gemuk.
Sebagai contoh, kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran yang menganggap gemuk
sebagai symbol keindahan atau kemakmuran,maka kanak-kanak tersebut akan cenderung
untuk untuk menjadi gemuk dan tidak akan mengalami masalah psikologi selagi tiada
pengaruh dari luar terhadap kepercayaan itu. Selain itu, kanak-kanak yang tidak mempunyai
adik-beradik juga berisiko untuk menjadi obes ini kerana kurang melakukan aktiviti fizikal
atau bermain dan gaya hidup sedentary seperti menonton televisyen dalam jangka masa yang
panjang.
Cara Mengatasi Masalah Gemuk / Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak
Antara cara yang sesuai diamalkan bagi mengurangkan berat badan yang berlebihan
antaranya adalah makan makanan sihat dan seimbang berdasarkan piramid makanan.
Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Hal demikian kerana diet pemakanan
yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh
kita bekerja dengan lebih baik. Kanak kanak digalakkan untuk makan lebih banyak sayur,
buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan kerana majoriti kanak kanak tidak
suka makan sayuran kerana pahit.Dengan ini,ibu bapa haruslah kreatif dan bijak dalam
mendorong kanak kanak untuk makan sayuran . Selain itu,kurangkan pemakanan makanan
yang bergoreng dan galakkan pemakanan yang dimasak dengan cara mengukus, membakar
atau merebus. Hadkan pengambilan makanan atau minuman manis.
Selain itu,doctor telah menasihati supaya kurangkan pengambilan makanan segera
seperti KFC,Pizza Hut dan lain lain kerana mengandungi kadar lemak,garam dan gula yang
tinggi.Galakkan anak anak untuk banyakkan minum air kosong kerana air kosong membantu
melancarkan peredaran oksigen dan melancarkan sistem penghadaman.Selain itu,air kosong
tidak mengandungi kalori.Air kosong sangat bagus untuk kesihatan kerana ia membantu
menyingkirkan toksin dan garam berlebihan daripada tubuh yang menjadi salah satu punca
kegemukan.Anak-anak yang digalakkan meminum air kosong dari kecil lebih mudah
menjadikan amalan ini sebagai amalan harian apabila dewasa kelak.
Selain itu, pihak sekolah juga perlu membuat pemantauan terhadap penjualan
makanan ringan sama ada di koperasi sekolah,di kantin atau di kawasan luar sekolah. Di
sekolah melalui mata pelajaran PJPK, murid-murid akan diajar mengenai kesihatan diri dan
keluarga,gaya hidup sihat yang berkaitan dengan amalan pemakanan yang sihat dan tidak
sihat.Pengetahuan yang diperolehi melalui mata pelajaran PJPK di sekolah sedikit sebanyak
dapat memberi kesedaran kepada murid-murid dan seterusnya cuba mengubah tingkah laku
atau tabiat pemakanan serta gaya hidup seharian mereka.
Selain itu,cara yang sesuai digunakan bagi mengurangkan masalah obesiti kanak
kanak adalah melakukan kegiatan fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 5-20
minit secara konsisten. Ia berkesan untuk mengawal berat badan, mengurangkan risiko
penyakit,di samping menguatkan otot. Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah.
Apabila perjalanan darah lancar, organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan
mencukupi dan dapat menjalankan berfunginya dengan baik.Kanak-kanak patut dilibatkan
dengan aktiviti fizikal yang menyeronokkan seperti senaman berpasukan, berenang, yoga,
berbasikal, menari, atau berjalan-jalan pada waktu petang atau selepas makan
malam.Senaman yang dilakukan tidak semestinya terlalu berat atau memenatkan. Senaman
yang baik ialah melibatkan pergerakan sendi dan penggunaan otot untuk menggalakkan
pembinaan otot.Kanak-kanak prasekolah pula perlu digalakkan bermain di taman permainan
atau melakukan aktiviti di luar rumah.
Selain itu,ibu bapa hendaklah memainkan peranan mereka kepada anak anak seperti
menunjukkan sokongan dan minat terhadap aktiviti anak-anak mereka. Aktiviti fizikal yang
dirancang perlulah sesuai dengan minat dan keupayaan fizikal kanak-kanak. Dengan
ini.kanak kanak akan rasa sangat terhibur dan minat untuk melakukan sesuatu aktiviti fizikal
apabila bersama ibu bapa mereka.Selain itu,ibu bapa perlu memantau aktiviti fizikal anak dan
membuat catitan dalam satu carta.Pujilah anak-anak andai mereka telah mencapai matlamat.
Di samping itu, ibu bapa juga wajar menunjukkan tauladan yang baik dengan menjadikan
aktiviti fizikal sebagai aktiviti sekeluarga.Adults need to control the time their children
spend in sedentary activities and parents should become role models for the children by
participating with their kids in activities like biking, walking, hiking or swimming to
increase their child's interest and by eating healthy, well-balanced diets and promoting
a healthy pattern of eating for the entire family (Oxford County Board of Health, 2002).
Ibu bapa hendaklah bijak dalam mengurus masa anak anak seperti menhadkan aktiviti
sedentary seperti menonton televisyen,bermain video game,gadget gadget canggih kerana ini
dapat menggalakkan mereka untuk tidak keluar rumah untuk bermain ataupun melakukan
aktiviti fizikal. Children should be taught that being physically active on a regular basis
is a good thing and that watching television is not (Renders et al., 2004).Selain
itu,penggunaan media bercetak pendidikan yang digunakan dalam satu kajian oleh Ruzita
Abd Talib et al(2013) telah mendapat penerimaan positif dari subjek sasaran (kanak-kanak)
di mana mereka menyukai buku panduan kecil berwarna warni dan secara tidak langsung
dapat meningkatkan tahap pengetahuan mereka berkenaan pemakanan yang betul
Ringkasan
Obesiti atau berlebihan berat badan merupakan satu masalah yang serius kerana ia
oleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kardiovaskular, kencing manis,darah tinggi dan
sebagainya.Golongan obes selalunya individu yang mempunyai berat badan sekurang-
kurangnya dua kali ganda berbanding berat badan ideal. Berdasarkan bacaan dari lima artikel,
saya mendapati semua menyatakan pemakanan, persekitaran ,genetic dan cara hidup
merupakan factor yang menyumbang kepada obesity pada kalangan kanak-kanak dan remaja
di seluruh dunia. Kefahaman berkenaan trend obesity kanak-kanak adalah penting kerana ia
mempunyai banyak kesan buruk terhadap kesihatan kanak kanak atau orang dewasa.
Sepanjang abad lalu, banyak penyelidikan berkenaan nutirisi telah dibuat dengan memberi
tumpuan kepada kemiskinan dan kurang pemakanan terutama di Negara-negara membangun.
Pemakanan merupakan punca utama kepada masalah ini. Ibu bapa, guru-
guru ,pengusaha kantin sekolah dan masyarakat setempat seharusnya peka terhadap masalah
ini yang mana ia berkait rapat dengan masalah kesihatan kanak-kanak atau pelajar sekolah.
Aspek pemakanan kanak-kanak perlu diberi perhatian dari peringkat awal lagi. Ibubapa tidak
boleh lepas tangan dalam hal ini dengan meletakkan tanggungjawab mengawasi pemakanan
anak-anak kepada guru semata-mata. Mereka sepatutnya bertanya pada anak mereka
berkenaan makanan yang di makan semasa berada di kantin sekolah. Ibubapa perlu
memantau pemakanan anak-anak dan menggalakkan mereka untuk melakukan aktiviti fizikal
,bersukan atau bermain.
Ibu bapa yang gemuk mempunyai risiko tinggi untuk mendapat anak gemuk kerana
mereka mengalami factor persekitaran dan factor genetic yang sama. Faktor genetic tidak
boleh diubah.Oleh itu, kita perlu perlu memberi tumpuan kepada factor persekitaran untuk
mencegah obesity.Di samping itu, siaran TV termasuk promosi pengiklanan komersial boleh
mempengaruhi pengambilan tenaga melalui penggunaan makanan ringan. Kesedaran diri
yang timbul dari pengetahuan yang diterima seharusnya disusuli dengan perubahan sikap
pada diri seseorang itu.Sebagai contoh, untuk menangani masalah obesiti, seseorang perlu
mengawal pemakanan serta mengambil makanan yang seimbang seperti yang disyorkan
dalam pyramid makanan disamping melakukan senaman atau aktivit fizikal secara teratur
dan berdisiplin.
Selain itu,kanak-kanak perlu mengekalkan berat sepanjang tumbesaran kerana ini
boleh memperbaiki semula kesihatan mereka. Pernyataan ini sesuai dengan pernyataan yang
disebut oleh Nyberg et al(2011) bahawa pengetahuan,sikap,kegemaran penjagaan dan
pengawalan,teladan, kesediaan dan kecekapan ibu bapa untuk berubah merupakan factor-
faktor yang boleh diubah demi mempengaruhi tabiat makan dan aktiviti fizikal dan
seterusnya perkembangan berat badan anak-anak mereka.
Kanak-kanak merupakan asset Negara yang sangat bernilai kerana mereka adalah
generasi pelapis yang akan menerajui Negara kita di masa hadapan.Oleh itu, dengan adanya
Pendidikan Kesihatan dan Pendidkan Jasmani di sekolah-sekolah maka guru-guru dapat
mencapai matlamat masyarakat sihat bukan sahaja di kalangan murrid-murid
sekolah ,bahkan ibubapa serta masyarakat setempat melalui penyebaran ilmu. Apa yang
penting ialah setiap ahli dalam sesebuah masyarakat harus bertindak dan berazam untuk
sama-sama mengubah cara hidup agar dapat dicontohi oleh anak-anak jika mahu terus
menikmati hidup yang selesa hasil dari kesihatan yang berpanjangan.
Rujukan
Mohd Ismail MN, Norimah AK, Poh BK, Nik Shanita S, Nik Mazlan M,
Roslee R, Nurrnnajiha N, Wong JE, Nur Zakiah MS, Raduan S. Prevalance
and trends of overweight and obesity in two cross-sectional studies of
Malaysian children, 2002-2008. MASO Scientific Conference on Obesity; 12-
13 August; Kuala Lumpur, Malaysia 2009.
Bordi, P. L. (2002). Impact of the environment on food choices and eating
habits of school-age children: A USDA sponsored reacher addenda
conference. Dicapai pada November 24, 2013 dari
http://www.asfsa.org/childnutrition/jcnm/02fall/bordi
Tambi, Z. (2000). Amalan Pemakanan Sihat. Jabatan Kesihatan Negeri
Sarawak: Nota
Peter G. Kopelman (2005). Clinical obesity in adults and children: In Adults
and Children. Blackwell Publishing. p. 493.ISBN 978-1-4051-1672-5.
Saat, H. (2004). Tentang Kanak-kanak. Dicapai pada November 24,
2013 dari http://www.hamidarsaat.com/TENTANG%20KANAK-
KANAK.htm
Rajikin, M. H., Omar, B. & Sulaiman, S. (1997). Pemakanan dan kesihatan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
(2011, Jun 27). Utusan Malaysia. Dicapai pada May 27, 2013 dari
www.utusan.com.my.
(2012, Jun 23). Berita Harian. Dicapai pada May 28, 2013 dari
http://www.bharian.com.my/