Post on 17-May-2019
GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN MOTIVASI GURU: KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH
KEBANGSAAN ZON TANGKAK, LEDANG
NORAINI HAYATI BT AHMAD
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN
MOTIVASI GURU: KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON TANGKAK, LEDANG
SESI PENGAJIAN: 2006/2009
Saya _________ NORAINI HAYATI_BT AHMAD____________________
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknoogi Malaysia. 2. Perpustakaan dibenarkan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan Untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)
Disahkan oleh
SULIT
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TIDAK TERHAD
√
_________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 75, JALAN CEMPAKA, DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN TAMAN TANGKAK JAYA, Nama Penyelia 84900 TANGKAK, JOHOR. Tarikh: 07 NOVEMBER 2008 Tarikh: 07 NOVEMBER 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kuirsus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan”
Tandatangan : ................................................... Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASSIN Tarikh : 07 NOVEMBER 2008
GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN
MOTIVASI GURU: KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN
ZON TANGKAK, LEDANG
NORAINI HAYATI BT AHMAD
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
07 NOVEMBER, 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ...................................................
Nama Penulis : NORAINI HAYATI BT AHMAD
Tarikh : 07 NOVEMBER 2008
iii
Istimewa untuk;
Bonda yang dikasihi;
HJH. SIPANG BT MASALAM
yang sentiasa mendokan kesejahteraan anakanda.
Suami tercinta;
HJ. NGARISAN BIN JURIMI
Doa, kasih sayang serta pengorbananmu sentiasa dalam ingatanku
Anak-anak tersayang;
NOOR AFZIHA, NOOR SYAZANA, NOOR IZYAN,
MUHAMMAD HANIF & NOOR HANANI
terima kasih atas sokongan anakanda
Sekalung penghargaan buat rakan-rakan seperjuangan sekalian
yang banyak membantu sepanjang pengajian
... Terima Kasih Daun Keladi ...
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulilah segala pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. dan salam
serta selawat buat junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. dengan limpah kurnia Allah
S.W.T. dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia projek, Dr. M. Al-
Muz-Zammil bin Yasin atas bimbingan dan dorongan yang diberikan dalam menjayakan
projek dan penulisan tesis ini. Jasa beliau akan tetap dikenang.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengurusan serta para guru di Sekolah-
sekolah Kebangsaan Zon Tangkak Ledang atas kerjasama yang diberikan.
Akhir sekali sekalung penghargaan buat ahli keluarga, sahabat-handai dan setiap
individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di sepanjang tempoh
pelaksanaan kajian ini.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya komunikasi Guru Besar dan
hubungannya dengan motivasi guru di sebelas buah sekolah kebangsaan zon Tangkak
Ledang. Responden terdiri daripada 159 orang guru yang mengajar di SK. Bandar
Tangkak, SK. Seri Tangkak, SK. Ledang, SK. Sagil Kampong, SK. Payamas, SK.
Sialang, SK. Bukit Banjar, SK. Puteri Ledang, SK. Seri Ma’amor, SK. Pengkalan Besar
dan SK. Bekoh. Data dikumpulkan menggunakan instrumen borang soal-selidik yang
mengandungi 24 item. Prosedur analisis data kajian melibatkan pengiraan statistik
deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistic Packages for Social
Science (SPSS) Versi 11.5. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya komunikasi
penyertaan paling banyak diamalkan oleh Guru Besar di sekolah dan min yang
diperolehi ialah sebanyak 4.39 (tahap tinggi), sementara gaya komunikasi konsultasi
paling kurang diamalkan iaitu memperolehi min sebanyak 3.99 tetapi masih ditahap
tinggi. Analisis data bagi gaya komunikasi memberitahu memperolehi min sebanyak
4.16 (tahap tinggi) dan gaya komunikasi memujuk memperolehi min 4.13 (tahap tinggi).
Analisis data juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
komunikasi memberitahu, memujuk, konsultasi dan penyertaan dengan motivasi guru-
guru di sekolah. Nilai korelasi Pearson yang diperolehi bagi gaya komunikasi
memberitahu, memujuk, konsultasi dan penyertaan dengan motivasi guru-guru ialah
0.247, 0.247, 0.215 dan 0.270. Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya menepati
objektif dan menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan.
vi
ABSTRACT The purpose of this study was to find out the level of communication styles among
school headmasters in 11 primary schools in Ledang, Johor. The respondents consisted
of 159 teachers at SK (P) Bandar Tangkak, SK. Seri Tangkak, SK. Ledang, SK. Sagil
Kampong, SK. Payamas, SK. Sialang, SK. Bukit Banjar, SK. Puteri Ledang, SK. Seri
Ma’amor, SK. Pengkalan Besar and SK. Bekoh. A questionnaire consisted of 24 items
was distributed for the respondents. The data analyses were done using the Statistical
Packages for the Social Sciences (SPSS) Version 11.5. The findings showed that the
participation communication style was the most practiced style with the mean value of
4.39 (high level), whereby the consultation communication was the least practiced style
with the mean value of 3.99 (high level). The data analysis also showed that there were
significant relationships between informing, persuasion, consultation and participation
style, and teachers’ motivation. The Pearson correlation values between staff’s
motivation, and headmasters’ communication styles i.e. informing, persuasion,
consultation, and participation were 0.247, 0.247, 0.215, and 0.270 respectively. As a
whole, the study has successfully answered the research questions and achieved the
stated objectives.
vii
JADUAL KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
JADUAL KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH ix
SENARAI LAMPIRAN x
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 7
viii
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Batasan Skop Kajian 7
1.9 Definisi Pengoperasian Konsep 8
1.10 Penutup 9
BAB 11 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Teori yang berkaitan 11
2.3 Kajian Terdahulu 16
2.4 Rumusan 17
BAB 111 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 18
3.2 Reka Bentuk Kajian 18
3.3 Kerangka Operasi Kajian 19
3.4 Tempat Kajian 22
3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 23
3.5 Instrumen Kajian 24
3.7 Prosedur Kajian 27
3.8 Kajian Rintis 28
3.9 Analisis Data 30
3.10 Rumusan 32
BAB 1V ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 33
4.2 Analisis Data 33
4.2.1 Kebolehpercayaan Instrumen 34
4.2.2 Maklumat Diri Responden 35
ix
4.3 Analisis Dapatan Kajian 40
4.3.1 Amalan Gaya Komunikasi Memberitahu 40
4.3.2 Amalan Gaya Komunikasi Memujuk 42
4.3.3 Amalan Gaya Komunikasi Konsultasi 43
4.3.4 Amalan Gaya Komunikasi Penyertaan 44
4.3.5 Korelasi Antara Gaya Komunikasi
dengan Motivasi 46
4.3.6 Dapatan Keseluruhan 46
4.4 Penutup 47
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 48
5.2 Rumusan 48
5.3 Perbincangan 51
5.3 Cadangan Penambahbaikan 54
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 55
5.5 Penutup 56
RUJUKAN LAMPIRAN
x
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK HALAMAN
JADUAL
3.1 Taburan soalan gaya komunikasi mengikut setiap persoalan 26
3.2 Skala Likert 27
3.3 Pemeringkatan skala Likert 27
3.4 Item-item yang diubahsuai 30
3.5 Penganalisian data demografi 31
3.6 Penganalisian data kajian 31
3.7 Kekuatan hubungandalam kaedah korelasi 32
4.1 Nilai keseluruhan Alpha Cronbach 34
4.2 Demografi responden 35
4.3 Interpretasi skor min 40
4.4 Taburan kekerapan dan peratusan gaya komunikasi memberitahu 41
4.5 Taburan kekerapan dan peratusan gaya komunikasi memujuk 42
4.6 Taburan kekerapan dan peratusan gaya komuikasi konsultasi 43
4.7 Taburan kekerapan dan peratusan gaya komunikasi penyertaan 45
4.8 Korelasi antara gaya komunikasi dengan motivasi 46
4.9 Analisis keseluruhan peratusan dan min responden 47
xi
SENARAI RAJAH
NO TAJUK HALAMAN
RAJAH
2.1 Model Simetrik Dua-Hala 11
2.2 Model Asas Proses Motivasi 13
2.3 Perbandingan Di antara Teori Doringan Maslow dan Herzberg 14
2.4 Model Komunikasi Kepemimpinan Hubungan Insan 15
3.1 Kerangka Operasi Kajian 21
4.1 Jantina Sampel 36
4.2 Peringkat Umur Sampel 37
4.3 Kategori Sampel 38
4.4 Tempoh Pengalaman Mengajar 39
4.5 Bangsa 39
xii
SENARAI LAMPIRAN
NO. TAJUK
LAMPIRAN
A Soal selidik
B Analisis Kebolehpercayaan
C Analisis Data Bahagian A
D Analisis Data Bahagian B
E Analisis Data Bahagian C
F Surat kebenaran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan
G Surat kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor
BAB 1
PENGENALAN 1.1 Pendahuluan
Komunikasi merupakan asas utama kepada interaksi manusia. Marsh (1996)
memberikan definisi komunikasi sebagai berkongsi mesej atau sikap yang menghasilkan
suatu tahap kefahaman antara pengantar dan penerima mesej. Komunikasi juga dalam
bahasa yang mudah bermaksud proses yang digunakan oleh manusia untuk saling
bertukar mesej yang bermakna serta perkongsian idea dan perasaan antara satu sama
lain.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa beberapa faktor telah mempengaruhi
komunikasi iaitu motivasi, sikap dan kepercayaan, persepsi, perhatian, peranan dan
jangkaan (Abd. Halim, 1994). Amalan-amalan komunikasi yang berlaku di sekolah yang
melibatkan perhatian (attention) seperti komunikasi antara guru dengan guru atau Guru
Besar dengan guru boleh bertindak sebagai alat motivasi atau sebaliknya iaitu suatu
teknik yang berkesan bagi menggerakkan seseorang itu sama ada ianya seorang guru
atau murid. Pertemuan mata (eye contact), sebutan nama pada ketika-ketika tertentu
yang betul atau keprihatinan seseorang terhadap seseorang adalah antara kaedah-kaedah
perhatian yang patut diutamakan (Abd Halim, 1994).
Dalam konteks sosialisasi, kewujudan kumpulan dan masyarakat, secara fitrahnya
menuntut keperluan adanya ketua selaku pemimpin atau tokoh. Lazimnya ketua
mempunyai pengikut dan kumpulan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan
memimpin mereka ke arah pencapaian aspirasi tertentu atau hala tuju khusus demi
2 kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap
kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi antara dua
kumpulan ini merupakan satu mekanisme semulajadi tetapi masih tertakluk kepada
kemahiran kepemimpinan samada yang dipelajari atau dari penghayatan bakat
karismatik individu itu sendiri.
Sehubungan itu, komunikasi berkait rapat dengan gaya (Shukri, 1998 & 2004),
kaedah dan strategi yang digunakan oleh pemimpin semasa menjalankan tugas formal
dan tidak formal mereka (Ezhar Tamam, 1999). Gaya komunikasi kepemimpinan
(Shukri, 2000 & 2002), (Zainuddin Zakaria, 2006) gaya komunikasi mestilah sesuai
dengan objektif yang ditetapkan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Interaksi dan komunikasi merupakan satu bentuk perhubungan yang harmoni,
baik dan bersefahaman sesama manusia, melalui ciri-ciri keikhlasan, keadilan, kejujuran,
bertimbang rasa dan berperikemanusiaan. Pujian bagi seseorang merupakan senjata yang
cukup berguna untuk menaikkan motivasi.Tempat bekerja wajar dijadikan sebahagian
daripada dunia kehidupan pekerja yang di dalamnya penuh komitmen, rasa seronok,
memupuk minat, kegembiraan dan juga tempat membina masa depan yang lebih baik
serta tidak merasa bosan atau jemu bekerja.
Penghargaan, perhatian dan pujian merupakan satu cara atau teknik untuk
menaikkan minat atau semangat para staf dalam melakukan tugas yang diamanahkan
kepada mereka. Ketua yang bijak, bagus dan profesional mempunyai kemahiran atau
kebolehan komunikasi yang baik dan berkesan. Kebolehan dan kemahiran
berkomunikasi dengan orang lain atau staf amat berguna seperti pertuturannya jelas,
lancar dan fasih, tutur katanya lembut, menarik, tidak meninggikan suara, tidak
memperlihatkan ciri-ciri kesombongan sebagai seorang ketua yang berkuasa.
3
Di dalam kebanyakan organisasi, masalah yang berkaitan dengan komunikasi
kepemimpinan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ketua yang memandang
ringan peranan komuikasi dengan warga organisasinya selalu mengaitkan faktor
kesibukan dan perbezaan status sebagai alasan (Bateman & Snell, 1996). Kesibukan
mendorong ketua lebih gemar berkomunikasi secara autoritatif mutlak; iaitu dengan
mengeluarkan rangkaian arahan kepada warga organisasi semata-mata untuk dipatuhi
dan dilaksanakan. Ini menjadikan gaya kepemimpinan ketua juga bersifat autoritarian.
Situasi ini menjelaskan bahawa antara komunikasi dan kepemimpinan terdapat suatu
kesatuan interaksi yang tidak terpisah.
Dalam konteks organisasi pendidikan seperti institut perguruan dan sekolah;
Shukri (2002) menganggap bahawa komunikasi kepemimpinan merupakan salah satu
entiti pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dan kepengurusan yang mencerminkan
ketrampilan Guru Besar selaku pemimpin organisasi. Komunikasi kepemimpinan Guru
Besar di sekolah menimbulkan persoalan sama ada kepemimpinan Guru Besar
mengamalkan pendekatan komunikasi kepemimpinan autoritatif mutlak atau
menyesuaikannya dalam acuan komunikasi kepemimpinan autoritatif membina.
Gaya kepemimpinan dan komunikasi ketua dalam organisasi pendidikan
lazimnya melibatkan amalan komunikasi berorientasikan tugas. Staf dan guru selaku
warga sekolah melalui pengalaman dan proses perhubungan dengan ketua mengikut
matlamat dan gaya komunikasi yang berbeza. Tumpuan arahan berbentuk pengurusan
kurikulum dan pelaksanaan misi, visi dan matlamat organisasi menunjukkan komunikasi
kepemimpinan lebih menekankan implimentasi tugas. Aspek penglibatan staf dan guru
sering terbatas kepada ‘apa’ tatacara implimentasi, bukannya ‘mengapa’ dan
‘bagaimana’ membina keputusan dan dasar yang berkaitan implimentasi berkenaan. Ini
bermakna pendekatan komunikasi ke bawah menjadi pilihan utama ketua dalam
organisasi.
Sehubungan itu, amalan komunikasi kepemimpinan autoritatif membina dan
kolaboratif terbuka perlu diberi perhatian serius oleh ketua sebagai salah satu wahana
4 yang menurut Pace dan Faules (1989) mampu memotivasikan warga organisasi ke arah
tercapainya tahap kepuasan dan kejelekitan yang positif kepada organisasi mereka.
Amalan komunikasi yang mengenepikan faktor hubungan manusia
mempertanggungjawabkan pelbagai gelagat tidak sihat dalam kalangan warga
organisasi. Ini kelihatan dalam bentuk konflik interpersonal yang mengakibatkan
terjejasnya moral bekerja untuk organisasi. Ini akan mempengaruhi sikap motivasi
mereka untuk menghayati dan menjayakan wawasan organisasi ke arah kecemerlangan.
Justeru itu, kajian ini berusaha untuk menjawab beberapa persoalan berkaitan amalan
komunikasi kepemimpinan Guru Besar dan hubungannya dengan motivasi guru-guru.
Antaranya ialah untuk mendapat jawapan adakah komunikasi kepemimpinan
gaya memberitahu dan memujuk serta gaya konsultasi dan penyertaan diamalkan dalam
organisasi. Malah, adakah warga sekolah yang terdiri daripada staf dan guru-guru
mempuyai motivasi yang tinggi terhadap organisasi mereka? Seterusnya kajian cuba
meninjau sama ada amalan komunikasi kepemimpinan sedia ada oleh Guru Besar
membuatkan warga organisasi menyenangi (kejelekitan) organisasi mereka? Disamping
itu, soalan khusus kajian ialah adakah terdapat perbezaan tahap motivasi warga
organisasi berdasarkan ciri-ciri geografi terpilih seperti jantina, umur dan kategori warga
organisasi.
Kajian ini bertujuan meneliti hubungan di antara gaya komunikasi Guru Besar
dengan motivasi guru-guru terhadap organisasi. Kajian ini dapat menentukan jika ada
perhubungan di antara dua pembolehubah ini dan jika jawapannya ya, apa ciri-ciri
perhubungan ini dan setakat mana perhubungan ini adalah signifikan. Berikut adalah
hasil kajian pengkaji-pengkaji yang lepas seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di
bawah.
5
Jadual 1.1 : Kajian Tentang Komunikasi
Pengkaji Hasil kajian
Shukri bin Haji Zain (2004)
Komunikasi kepemimpinan mempunyai hubungan
yang signifikan dan positif ke atas motivasi
ekstrinsik warga organisasi.
Bateman, T.S dan Snell (1996)
Menyatakan ketua lebih gemar berkomunikasi
dengan mengeluarkan rangkaian arahan kepada
warga organisasi semata-mata untuk dipatuhi dan
dilaksanakan.
Norhannan Ramli dan Jamaliah
Abdul Hamid (2006)
Persepsi guru terhadap tahap motivasi guru tidak
menunjukkan perbezaan yang signifikan
berdasarkan faktor-faktor demografi guru kecuali
faktor umur. Walau bagaimanapun terdapat
hubungan yang signifikan antara tahap motivasi
guru dengan persepsi guru terhadap gaya
kepimpinan.
Abd. Halim (1994)
Beberapa faktor yang telah mempengaruhi
komunikasi iaitu motivasi, sikap dan kepercayaan,
persepsi, perhatian, peranan dan jangkaan.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini bertujuan meneliti hubungan di antara gaya komunikasi Guru Besar
dengan motivasi guru-guru terhadap organisasi. Kajian ini dapat menentukan jika ada
perhubungan di antara dua pembolehubah ini dan jika jawapannya ya, apa ciri-ciri
perhubungan ini dan setakat mana perhubungan ini adalah signifikan.
6
Justeru itu, kajian ini berusaha untuk menjawab beberapa persoalan berkaitan
amalan komunikasi kepemimpinan Guru Besar dan hubungannya dengan motivasi guru-
guru. Antaranya ialah untuk mendapat jawapan adakah komunikasi kepemimpinan gaya
memberitahu dan memujuk serta gaya konsultasi dan penyertaan diamalkan dalam
organisasi. Malah, adakah warga sekolah yang terdiri daripada staf dan guru-guru
mempunyai motivasi yang tinggi terhadap organisasi mereka? Seterusnya kajian cuba
meninjau sama ada amalan komunikasi kepemimpinan sedia ada oleh Guru Besar
membuatkan warga organisasi menyenangi (kejelekitan) organisasi mereka? Disamping
itu, soalan khusus kajian ialah adakah terdapat perbezaan tahap motivasi warga
organisasi berdasarkan ciri-ciri geografi terpilih seperti jantina, umur dan kategori warga
organisasi.
1.4 Objektif Kajian
Objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah seperti berikut:-
:
1.4.1 Mengenalpasti gaya komunikasi Guru Besar di Sekolah-Sekolah Kebangsaan di
Zon Tangkak, Ledang.
1.4.2 Mengenalpasti hubungan antara gaya komunikasi Guru Besar dan motivasi guru
di sekolah.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Sejauhmanakah Guru Besar mengamalkan gaya komunikasi memberitahu di
sekolah.
1.5.2 Sejauhmanakah Guru Besar mengamalkan gaya komunikasi memujuk di
sekolah.
1.5.3 Sejauhmanakah Guru Besar mengamalkan gaya komunikasi konsultasi di
sekolah.
1.5.4 Sejauhmanakah Guru Besar mengamalkan gaya komunikasi penyertaan di
sekolah.
7 1.5.5 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya komunikasi Guru Besar
dengan motivasi guru di sekolah.
1.6 Hipotesis Kajian
Hipotesis 1:
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya komunikasi memberitahu,
gaya komunikasi memujuk, gaya komunikasi konsultasi dan gaya komunikasi
penyertaan Guru Besar dengan motivasi guru.
1.7 Kepentingan Kajian
Penyelidikan ini penting untuk mengetahui adakah terdapat hubungan yang
signifikan antara gaya komunikasi yang diamalkan oleh Guru Besar iaitu gaya
komunikasi memberitahu, gaya komunikasi memujuk, gaya komunikasi konsultasi dan
gaya komunikasi penyertaan dengan motivasi guru-guru di sekolah. Hasil kajian ini
akan memberi manfaat kepada pengurus sekolah iaitu Guru Besar di mana hasil yang
diperolehi akan memberi peluang kepada mereka untuk memilih gaya komunikasi yang
digemari oleh guru-guru di sekolah. Guru Besar juga boleh memilih gaya komunikasi
yang lebih memberikan motivasi kepada guru-guru agar mereka dapat memberikan
komitmen yang lebih tinggi terhadap organisasi masing-masing.
1.8 Batasan Skop Kajian
Kajian ini akan difokuskan kepada guru-guru yang mengajar di sekolah -sekolah
kebangsaan yang terletak di Zon Tangkak, Ledang. Populasi dihadkan kepada sekolah-
sekolah kebangsaan sahaja berdasarkan kepada faktor kos dan geografi. Oleh itu
keputusan kajian hanya boleh diguna pakai di sekolah-sekolah tersebut sahaja.