Post on 03-Apr-2018
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
1/27
BAHAGIAN 1 : PENGENALAN DAN KONSEP KAJIAN
TINDAKAN
PENGENALAN DAN KONSEP KAJIAN TINDAKAN
1. Jenis Penyelidikan Pendidikan
Secara umum bidang penyelidikan pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga jenisutama berdasarkan kepada matlamat menjalankan penyelidikan tersebut.
PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
Penyelidikan Asas Kajian yang dijalankan khusus bagi menghasilkan dapatan baru atau
teori.
Penyelidikan Gunaan Kajian yang dijalankan bagi meneroka fenomena, mengenal pasti
masalah dan sebagainya bagi tujuan merancang strategi tindakan untuk penambahbaikan.
Penyelidikan Tindakan Kajian yang dijalankan oleh individu atau kumpulan terhadap
masalah yang dihadapi oleh tindakan intenvensi bagi tujuan menyelesaikan masalah atau
meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran.
2. Rasional Guru Sebagai Penyelidik
Rasional untuk melibatkan guru sebagai penyelidik adalah untuk mengembangkankemahiran menyiasat pengajaran diri sendiri di samping memupuk keinginan mem-
perbaiki pengajaran pembelajaran serta keadaan bekerja guru dan murid. Dengan caraini, guru mempunyai kesempatan membuat pilihan bagi amalan pendidikan yang lebih
baik.
PENYELIDIKAN
ASAS
PENYELIDIKAN
GUNAAN
PENYELIDIKAN
TINDAKAN
1
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
2/27
Bagi melahirkan guru yang:
Sumber : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia
Kajian Tindakan dapat menyumbang kepada pembangunan profesionalisme keguruan.
Sikap kritikal, pengamal yang reflektif, sikap bertanggungjawab serta menilai kendiri
adalah asas kepada perkembangan profesionalisme keguruan. Ahli-ahli profesional ialahbertanggungjawab ke atas tindakan mereka. Oleh itu melalui kajian dan menyemak
semula amalan secara berterusan, guru boleh membuat justifikasi terhadap amalan
mereka secara bertanggungjawab selepas melakukan refleksi kendiri dan penilaiankendiri. Amalan ini akan menghasilkan guru yang betul-betul profesional. Melalui
amalan kajian tindakan guru akan berubah daripada teknokrat yang tidak kritikal kepda
guru dan penyelidik yang kritikal.
Guru
Sebagai
Penyelidik
Bersikap Kritikal
(Critical Attitude)
Guru Reflektif dan menyelidik amalanpengajaran
(Reflective practitioner and research into
teaching)
Bertanggungjawab/Akauntabiliti
(Accountability)
Menilai Kendiri
(Self-evaluative)
2
Peningkatan Profesionalisme Keguruan
(Improvement of Teachers profesionalism)
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
3/27
Apakah Kajian Tindakan
1. Definisi Kajian Tindakan
Jamil Ahmad (2002)
Kajian tindakan merupakan satu kajian yang dilakukan oleh peserta sama ada secara
individu atau kolaboratif terhadap masalah mereka sendiri melalui tindakan atau
perubahan bagi tujuan untuk memperoleh dan meningkatkan amalan mereka sendiridi samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana
amalan itu dilakukan.
2. Konsep Kajian Tindakan
Dari segi konsep, kajian tindakan adalah
Suatu bentuk perkembangan ikhtisas
Lebih bersifat kualitatif
Menekankan usaha kolaboratif
Bersifat inkuiri reflektif kendiri
3. Latar Belakang dan Perkembangan Kajian Tindakan
Kajian Tindakan berasal daripada usaha seorang ahli psikologi sosial yang bernama
Kurt Lewin pada tahun 1946. Beliau mulai menggunakan pendekatan Kajian Tindakan
selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah dalamkomuniti dan mengutamakan dua idea Kajian Tindakan yang penting iaitu:
Keputusan kumpulan
Komitmen kepada peningkatan kerja.Kedua-dua idea ini merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan
usaha kolaboratif atau usaha sama kumpulan dan meningkatkan lagi mutu prestasi
kerja (Kemmis dan McTaggart:1988)
Pada tahun 1953, idea Lewin diperkembangkan oleh Stephen Corey di Teachers
College, Columbia University, New York sebagai pendekatan penyelidikan yang
diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah.
Manakala John Elliot (1976) dan rakan-rakannya menggunakan kaedah ini dalam Ford
Teaching Project di United Kingdom sebagai pendekatan membantu gurumengembangkan usaha inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Di Eropah, Kajian Tindakan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha
perubahan dan peningkatan mutu pendidikan di sekolah.Kemmis dan McTaggart telah mengembangkan Kajian Tindakan di Australia sebagai
3
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
4/27
alat impirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah (Kemmis
dan McTaggart:1988).
4. Di Malaysia, kajian Tindakan mula berkembang sekitar 1990an
Kementerian Pendidikan khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan DasarPendidikan (BPPDP/EPRD), telah memulakan inisiatif untuk membudayakan Kajian
Tindakan di sekolah melalui aktiviti Sub-Program 4, iaitu Penyelidikan Pendidikan di
bawah program yang dikenali sebagai 'Programme for Innovation, Excellence andResearch (PIER)'. Program pembiayaan Bank Dunia ini bermula pada tahun dari 1993
sehingga 1996 dengan mengadakan kursus-kursus Kajian Tindakan kepada guru-guru
di seluruh Malaysia serta menyediakan peruntukan untuk menjalankan projek Kajian
Tindakan di sekolah-sekolah. Sebanyak 741 projek Kajian Tindakan telah berjayadilaksanakan oleh guru-guru sepanjang program PIER (Madzniyah: 1998).
Pada tahun 1998 hingga 2000, BPPDP/EPRD telah mendapat peruntukan khas dari
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di bawah Program Kesedaran Sains
untuk membolehkan aktiviti Kajian Tindakan dilaksanakan. Sebanyak 632 projekKajian Tindakan telah dijalankan oleh guru-guru Matematik dan Sains di seluruh
negara di bawah peruntukan ini. Manakala bagi kursus Kajian Tindakan, sebanyak 20kursus telah dijalankan kepada guru-guru Matematik dan Sains selama 3 tahun ini
(Madzniyah: 2000).
Sejak tahun 1993, Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan telah diadakan oleh
BPPDP/EPRD sebagai wahana untuk menyebarkan hasil-hasil penyelidikan, terutama
di kalangan guru untuk dikongsi bersama. Di samping itu, beberapa orang guru yang
terlibat diberi peluang membentangkan hasil Kajian Tindakan mereka (ProsidingSeminar, BPPDP: 2000).
Selain daripada usaha BPPDP/EPRD, terdapat universiti-universiti tempatan danmaktab-maktab perguruan di bawah Bahagian Pendidikan Guru yang terlibat dalam
membantu dan memberi sokongan kepada guru-guru dalam usaha mereka mengkaji
dan menyelidik isu dan masalah di dalam bilik darjah dan sekolah. Di antaranya ialahPusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (Kim Phaik Lah: 1994)
dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (Hanipah Hussin:1999).
4
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
5/27
Konsep Kajian Tindakan pertama kali diperkenalkan secara formal
Kepada seramai 41 orang. Pensyarah institut/maktab perguruan sertaPegawai BPG
Pada 11 hingga 20 Disember 1998.
Oleh Profesor Stephen Kemmis dari School of Education, DeakinUniverity, Australia
Dalam tahun 1990an
Idea guru sebagai penyelidik telah menjadi sebahagian daripada
kandungan kursus-kursus program praperkhidmatan dan dalam
perkhidmatan di institut/maktab perguruan.
Dalam tahun 1993 hingga 1996,BPPDP melaksanakan
Program for Innovation Excellence and Research (PIER)
Kini
Tindakan menjadi sebahagian mata pelajaran dalam komponen kursus
DPM di Institut/Maktab PerguruanKursus Diploma Pendidikan dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Di Universiti
5
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
6/27
5. Ciri-ciri Kajian Tindakan (Dalam Pendidikan)
a. Merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melaluiperubahan dalam pengajaran dan pembelajaran.
b. Dilakukan oleh guru atau pendidik dalam konteks tugas seharian atau dalamkonteks mata pelajaran dan kelas yang mereka ajar.
c. Fokus utama ialah ke atas amalan diri guru tersebut iaitu memahami dan memper-baiki.
d. Dilakukan secara berkumpulan dan secara kolaboratif dengan membentuk
kumpulan-kumpulan guru yang bersifat kritis kendiri (self-critical) dan mem-punyai komitmen untuk meningkatkan kefahaman praktis mereka.
e. Dilakukan dalam situasi sebenar bilik darjah, bukan suasana kawalan.
f. Melibatkan tindakan praktis (intenvensi) bagi menyelesaikan masalah dan men-
gembangkan pengetahuan secara serentak. Pengkaji terlibat secara langsungdalam usaha memperbaiki amalan pendidikan dan menambahkan kefahaman
terhadap amalan tersebut.
g. Melibatkan guru membina teori-teori daripada pengalaman sebenar yang mereka
lalui.
h. Dilakukan secara berterusan, berkembang mengikut kitar refleksi kendiri iaitutinjauan, perancangan, pelaksanaan dan renungan atau refleksi.
6. Tiga pra syarat yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu projek kajian dikenali sebagai
kajian tindakan.
Projek tersebut membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu
tindakan strategik yang boleh diperbaiki.
a. Projek berjalan mengikut satu kitaran di mana setiap kitaran terdiri daripada urutanaktiviti merancang, bertindak, memerhati dan merenflek yang dilaksanakan secara
sistematik dan berhubungkait.
b. Projek itu dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti
tersebut dan beransur-ansur melibatkan projek-projek kajian tanpa kehilangan
kawalan ke atas proses penyelidikan.
c. Projek penyelidikan yang cuma mempunyai satu kitaran sahaja tidak boleh
dianggap penyelidikan tindakan, sebaliknya hanyalah sebagai satu projek
penyelesaian masalah.
6
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
7/27
7. Tujuan Kajian Tindakan
a. Membantu guru dalam menghadapi cabaran dan masalah.
b. Memberi peluang guru membuat sumbangan penting untuk mengukuhkan asas
pengetahuan profesion mereka.
c. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin dan meningkatkan
amalan-amalan profesional khususnya dalam menguji sendiri danmemperkembangkan idea-idea baru mengenai amalan.
d. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat
refleksi.
e. Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja
mereka.
f. Menggalakkan guru berkongsi pengalaman dan memberi publisiti tentang amalan-
amalan profesional.
g. Mendorong guru secara individu atau bersama membuat refleksi ke atas amalan
mereka.
7
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
8/27
BAHAGIAN 2 : KITARAN KAJIAN TINDAKAN
KITARAN KAJIAN TINDAKAN
1. Langkah-langkah Kitaran Kajian Tindakan
Kajian Tindakan adalah satu penyelidikan yang sistematik dan reflektif. Menurut
Kemmis dan Mc Taggart (1988), kajian tindakan terdiri daripada empat fasa dalam
satu kitaran.
Kitaran kajian tindakan seperti pada Rajah 1 terdiri daripada:
a. Perancangan (Planning)
b. Tindakan (Acting)
c. Pemerhatian (Observing)
d. Refleksi (Reflecting)
Rajah 1 : Kitaran Kajian Tindakan Perbaiki Kelemahan
Langkah-langkah pelaksanaan kajian tindakan
Langkah 1: Mengenal Pasti Isu / Masalah / Situasi
8
Menilaisemula
perancangan
MENGENALPASTI
MASALAH
Apa yang sedangberlaku.
Idea umum.
Kenalpasti isu/masalah/situasi
Merancang
TindakanPemerhatian
Refleksi
Perbincangan
Perundingan
Penerokaan Peluang
Menilai kemungkinan
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
9/27
Sebelum melaksanakan kajian tindakan, penyelidik seharusnya mengenal pasti isu
dalam persekitaran tempat kerja yang boleh menjejaskan keberkesanan prestasi.
Prosedur ini merangkumi proses refleksi, mengumpul maklumat, menganalisismaklumat dan menentukan fokus kajian.
a. RefleksiProses refleksi melibatkan penyelidik menyemak, menilai semula, menentapkan
keperluan dan memikirkan perkara-perkara yang telah dilaksanakan dalam tugasnya.Berikut adalah isu yang boleh difikirkan. Sebagai contoh:
Saya dapati murid saya kurangmemahami.....
Daripada catatan refleksi, penyelidik akan cuba merumuskan isu yang akan dijadikan
fokus kajian dengan cara:
Menetapkan keperluan Mengetahui keadaan yang sepatutnya wujud Menentukan matlamat-matlamat
i Input Punca-punca
ii Pihak terlibat
iii Kaedah
Mengukur Keperluan
b. Pengumpulan maklumat
Pengumpulan maklumat merupakan satu proses yang sistematik untuk membolehkan
penyelidik membuat pertimbangan dan seterusnya mengambil keputusan tentang fokus
kajian.
Maklumat boleh dikumpul melalui:
i. Pemerhatian (berstuktur, tak berstruktur)a. Temu bual
b. Soal selidik
c. Ujian dan latihan
d. Dokumene. Jurnal
f. Jurnal reflektif
g. Diari
i. Pemerhatian
Memerhati guru semasa pengajaran & pembelajaran
Memerhati murid semasa pengajaran & pembelajaran
Peristiwa
Kelakuan
Masa
9
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
10/27
Matlamat
Perasaan
Objek
Ruang
Pemerhatian boleh dilakukan dengan dua cara iaitu :
i. Berstruktur
Dalam pemerhatian berstruktur aspek yang hendak diperhatikan dikenal pasti
terlebih dahulu.
Penyelidik memerhati, mendengar dan merekod maklumat berdasarkan set aktivitiyang telah dikenal pasti.
Pemerhatian berstruktur dilakuakn dengan menggunakan senarai semak.
ii Pemerhatian tidak berstruktur
Dilakukan tanpa berpandu kepada set aktiviti yang telah dikenal pasti.
Tentukan fokus pemerhatian (seperti tingkah laku murid bahasa tubuh semasapengajaran & pembelajaran seorang murid atau sekumpulan pergerakan dalam bilikdarjah). Guru perlu tentukan tingkah laku yang ada kaitan dengan isu yang dikaji.
Catatan fakta dan bukannya pendapat
Interpretasi fakta boleh dilakukan semasa membuat refleksi Dalam catatan adakan ruang untuk mencatatkan masa bagi setiap aktiviti
Analisis pemerhatian:
i. Berstruktur
Kirakan kekerapan dan peratusan
Susunkan mengikut keutamaan (ranking)
ii Tidak Berstruktur
Menyemak maklumat dengan terperinci Membaca semula catatan, pemerhatian, kemudian highlight, gariskan maklumat
penting yang terdapat dalam catatan itu.
Menyemak maklumat semula Menentukan kategori maklumat yang digunakan untuk analisis
Mencari tema untuk kategori itu
Hasil analisis pemerhatian
Apakah implikasi daripada perkara yang diperhatikan Apakah andaian yang boleh dibuat (sebab dan kesan / cause and effect)?
Sekiranya ada, apakah langkah yang boleh dirancang berdasarkan andaian tersebut.
ii. Temu Bual
Temu bual merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat yang melibatkan interaksi
sosial antara individu.
10
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
11/27
Jenis temu bual:
Berstruktur Separa Berstruktur
Tidak Berstruktur
Teknik temu bual:
Wujudkan rapport
Keadaan Pilih masa
Catatkan temubual
Ulangi soalan jika perlu
Ulangi jawapan jika perlu Berikan masa untuk responden menjawab
Analisis data temubual
Menyemak maklumat membaca semua catatan
menyemak kategori maklumat Mencari tema untuk kategori
Interpretasi dan kesimpulan
iii. Soal Selidik
Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang
ramai.
Panduan membina soal selidik:
Jelas dan tidak mengelirukan Soalan mudah dijawab
Bahasa yang digunakan mesti mudah difahami
Soalan yang dikemukakan dapat mengumpul maklumat yang dikehendakisecepat mungkin.
Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soal selidik jangan terlalu lama.
Jenis Soalan:
Soalan terbuka
Soalan aneka pilihan Soalan dwi pilihan
Soalan isi tempat kosong
Soalan berbentuk tarbular Soalan berbentuk skala
Soalan berbentuk pangkatan
Soalan berbentuk senarai semak
Soalan terbuka
11
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
12/27
Soalan jenis terbuka memberi peluang kepada responden untuk memilih bentuk
dan panjang jawapan yang hendak diberikan.
Soalan aneka pilihanSoalan aneka pilihan memerlukan penyelidik menyediakan beberapa jawapan
yang boleh dipilih oleh responden.
Soalan dwi pilihanDalam soalan dwi pilihan hanya dua jawapan sahaja yang disediakan iaitu YA
atau TIDAK.
Soalan isi tempat kosong Soalan berbentuk tarbular
Jawapan ditulis dalam ruang khas yang disediakan.
Apakah bahan pengajaran dan pembelajaran yang anda gunakan dalampengajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Sains dalam bulan
Februari 2004.
Mata Pelajaran TVP CDRI KOMPUTER
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Matematik
Sains
Soalan berbentuk skala
Jawapan diberikan mengikut skala yang disediakan.
5 4 3 2 1
SS S KS TS STS
5 SS= Sangat setuju 4 S= Setuju 3 KS= Kurang Setuju
2 TS= Tidak Setuju 1 STS= sangat Tidak Setuju Soalan berbentuk pangkatan
Soalan jenis ini memerlukan responden memberikan responden pangkatan.
Contoh: Susunkan bahan bentu mengajar yang anda gunakan berikut daripada yang
paling kerap diguna (1) kepada yang paling tidak kerap diguna (6).
12
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
13/27
1. Rancangan televisyen pendidikan
2. CDRI3. Komputer4. Buku
Soalan berbentuk senarai semak
Responden hanya diminta menandakan pada mana-mana item yang berkenaan.
Contoh:
Saya menggunakan bahan bantu mengajar seperti mana yang ditandakan dalam
pengajaran pembelajaran.
1. Rancangan televisyen pendidikan
2. CDRI
3. Komputer4. Buku
Nyatakan: __________________
Analisis data soal selidik: Soalan terbuka
- Menyemak maklumat dengan terperinci
- Membaca semua catatan, pemerhatian, kemudian highlightgariskan maklumat penting
yang terdapat dalam catatan itu.- Menyemak maklumat semula
- Menentukan maklumat kategori yang digunakan untuk analisis
- Mencari tema untuk kategori itu
- Interpretasi dan kesimpulan
Analisis soalan lain
Analisis dibuat dengan mengira frekuensi, peratus dan nilai min.
iv. Ujian / Latihan
13
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
14/27
Ujian diberi untuk mengesan kefahaman responden terhadap sesuatu konsep/
pelajaran.- Lisan
- Bertulis
Analisis ujian / latihan
- Mengira bilangan
- Mengira bilangan responden- Melakukan analisis bilangan responden yang mencapai tahap minima
- Melakukan analisis bilangan responden yang boleh menjawab setiap soalan yang
dikemukakan.
- Mengenal pasti item yang susah dan senang
v. Dokumen
Dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalahyang dikaji kepada guru kerana dokumen adalah sumber yang paling mudah
diperolehi.
vi. Jurnal Reflektif
vii. Diari
c. Membuat analisis / penilaian
i. Takrif
ii Fungsi analisis data
iii Pendekatan
iv Analisis
d. Menentukan fokus kajian
Langkah 2 : Merancang Tindakan
a. Terdapat dua jenis perancangan:
Perancangan untuk mengubah cara yang ada secara terperinci atau untuk masalah
tertentu yang diperoleh dalam suatu rancangan tanpa mengubah keseluruhan rancangan.
Perancangan untuk mengantikan cara yang ada dengan cara yang lain.
b. Perkara-perkara yang patut terkandung dalam perancangan:
Matlamat cadangan
Sebab-sebab cadangan itu diambil
14
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
15/27
Senarai tentang tugas
Pernyataan cara-cara pemantauan
Pernyataan penilaian sumatif dan sumatif Pernyataan keperluan yang lain
Bersesuaian dengan teori-teori praktik
Langkah 3 : Perlaksanaan Tindakan
Langkah 4 : Pemerhatian
Terdiri daripada pemerhatian dan penilaian.
a. Beberapa cara pemantauan:
Kendiri
Rakan sejawat Pelajar-pelajar
Bersama
b. Jenis penilaian
Penilaian formatif
Penilaian sumatif
c. Instrumen penilaian
Instrumen berikut boleh digunakan untuk mengumpul maklumat dalm proses
penilaian:
Pemerhatian
Temu bual Borang penilaian
Ujian
Soal selidik
Senarai semak Jurnal reflektif
Diari
d. Kepentingan penilaian dan kajian
Mengukur keberkesanan proses kajian Menunjukkan bahagian yang perlu diperbaiki
Menunjukkan kelemahan dalam arahan
Mengukur pencapaian objektif kajian
Sebagai panduan untuk kitaran kajian seterusnya.
15
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
16/27
Langkah 5 : Refleksi
a. Melakukan Refleksi
Di peringkat refleksi, penyelidik cuba merumuskan apa yang telah difahami ataudipelajari tentang proses kerja dengan amalan kerjanya.
b. Definisi Refleksi
Refleksi merupakan satu aktiviti penting bagi seseorang individu mengingat kembali
pengalaman yang telah dilalui, memikir dan mempertimbangkan serta membuat
sesuatu pilihan.
c. Sikap yang perlu ada untuk menjadi seseorang yang mempunyai pemikiran
kreatif
Fikiran terbuka (Open-mindedness)
Kesungguhan atau sepenuh hati (Whole-heartness) Tanggungjawab intelek (Intellectual responsibility)
d. Tujuan refleksi
Tujuan refleksi adalah untuk membolehkan guru penyelidik:
Mentafsirkan Menilaai kesesuaian sesuatu strategi kerja
Menganalisis
e. Bila perlu melakuakn refleksi
i. Peringkat Sebelum Tindakan
Membuat tinjauan atau analisis situasi serta menjelaskan isu, fenomena ataumasalah kerja
Menentukan isu / bidang keperihatinan
Menentukan fokus kajian / perubahan Menganalisis kefahaman semasa kendiri terhadap isu, fenomena atau masalah
kerja.
ii. Peringkat Selepas Tindakan
Mensintesis perubahan dan peningkatan kendiri dalam amalan bekerja
Menilai kembali kesan tindakan yang telah diambil serta kefahaman baru
Menentukan apakah rumusan yang boleh dibuat Menentukan atau merancang tindakan susulan selanjutnya
f. Fokus refleksi
Amalan / tingkahlaku kerja
Hasil / akibat / kesan tindakan
Kepercayaan / pegangan / andaian penyelidik
16
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
17/27
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
18/27
TINDAKAN.
Penyelidik mencatat perlakuan responden,
masalah/kekangan dan sebarang perlakuan
yang memberi kesan kepada amalan kerja.
Responden mencatat/membuat komen/
menyatakan perasaan tentang amalan kerja
yang menimbulkan masalah, kekeliruan,kebosanan, keseronokan dan lain-lain yang
menjejaskan kerja.
Rakan sekerja mencatat perlakaun
responden dan pengkaji semasa aktiviti/
kerja berlangsung dan perkara lain yang
mempengaruhi proses kerja.
BAHAGIAN 3 : PENULISAN KERTAS CADANGAN DAN
LAPORAN KAJIAN
PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN
Kertas cadangan ditulis untuk memberi garis panduan kepada penyelidik tentang apa
yang ingin dilaksanakan supaya objektif kajian tidak tersasar. Selain itu, anggaranperbelanjaan dan skedul kajian perlu dilampirkan.
1. Nama dan alamat penuh organisasi
2. Nama atau Ahli-ahli Jawatan kuasa Penyelidik (kumpulan Penyelidik)
3. Tajuk kajian
Tajuk mestilah berbentuk positif sahaja misalnya: meningkatkan, menambahkan,menjadikan, menghasilkan dan sebagainya.
4. Refleksi masalah
Menyatakan imbasan peristiwa, masalah yang timbul dan dapatan daripada data atau
rujukan tertentu.
5. Fokus kajian
Menjurus kepada skop yang paling kecil di dalam kelompok isu atau masalah yangada.
6. Objektif kajian (am dan khusus)Menyatakan impak dan hasil yang diharapkan daripada kajian yang dilaksanakan.
7. Kumpulan sasaran
Nyatakan satu kumpulan sasaran yang kecil (sekurang-kurangnya 30%) daripadasampel kajian. Pemilihan responden boleh dipilih secara rawak atau mengikut
kriteria-kriteria tertentu yang difikirkan sangat perlu.
18
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
19/27
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
20/27
14. Lampiran.
a. Bahan-bahan atau instrumen yang digunakan oleh penyelidik, ataub. Laporan atau Dokumentasi aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan
LAMPIRAN 1
TAJUK KAJIANMeningkatkan Minat Membaca Di Kalangan Murid Tingkatan 3 Sekolah
Menengah Sungai Choh, Rawang, Selangor Dalam Pelaksanaan Program NilamMenerusi Projek CPU
PENYELIDIKHj. Muhammadiah Iskandar Bin MohamedPegawai Teknologi PendidikanPKG Sg. Choh
REFLEKSI MASALAHSemasa saya mengambil data rekod bacaan murid dalam Program NILAMdidapati murid tingkatan 3 Amanah, walaupun mereka telah berada 2 tahun disekolah menengah tetapi tahap membaca dan minat bacaan mereka amatkurang. Didapati hanya 10 orang murid yang rajin membaca dan merekodbacaan dan kebanyakannya tidak dapat menulis sinopsis buku dengan betul.
Memandangkan membaca merupakan media penting dalam prosesmemantapkan ilmu pengetahuan maka wajarlah diwujudkan satu programmembaca kerana membaca merupakan faktor utama dalam pembangunansahsiah dan daya intelek setiap individu. Program NILAM adalah satu programmembaca untuk membantu murid agar lebih berdaya saing dan dapatmemaksimumkan tahap bacaan sama ada dalam penggunaannya seharian.
Justeru itu, maka wujudlah satu program bacaan yang dinamakan Projek CPU.Projek CPU adalah singkatan kepada Cerdik, Pintardan Usaha ini memberifokus kepada murid kelas cemerlang iaitu Tingkatan 3 Amanah. Diharap padaakhir program ini murid lebih berkemahiran, berketrampilan dan lebih berdayasaing dalam usaha untuk minat membaca supaya dimanfaatkan di dalampembentukan peribadi selaras dengan arus kemodenan dan kemajuanpendidikan masa kini.
20
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
21/27
FOKUS KAJIANWalaupun terdapat pelbagai masalah yang timbul saya memfokuskan kepadaminat pembacaan murid dari aspek-aspek berikut:
i. Murid tidak menggunakan masa lapang dengan lebih berfaedahii. Murid tidak yakin pada diri sendiriiii. Murid kurang perbendaharaan kataiv. Murid belum mahir membuat sinopsisv. Murid tidak suka meminjam buku di Pusat Sumbervi. Murid tidak suka merekod bacaan
OBJEKTIF KAJIANSelepas kajian ini selesai dijalankan, para murid diharapkan akan mencapaiobjektif berikut:
i) Objektif UmumMeningkatkan minat membaca di kalangan murid dalam Projek CPUmenerusi Program NILAM
ii) Objektif Khusus
Meningkatkan bilangan murid dalam merekod bacaan NILAM
Meningkatkan data rekod bacaan kelas setanding dengan
keupayaan mereka
Meningkatkan peratus murid yang boleh menulis sinopsis buku
dengan baik
Meningkatkan bilangan rekod bacaan murid sehingga mencapai
anugerah dalam Program NILAM
KUMPULAN SASARANKajian ini melibatkan murid Tingkatan 3 Amanah yang terdiri daripada pelbagaibangsa yang mempunyai masalah dalam rekod bacaan menerusi ProgramNILAM .
TINDAKAN YANG DICADANGKAN1. Menjalankan Projek CPU
1.1 Sebanyak 3 set aktiviti dalam Program NILAM telah dirancang bagimenangani masalah tersebut.
1.2 Mengadakan `Ujian Pra pada permulaan program dan `Ujian Postpada akhir program
1.3 Membuat penilaian terhadap pencapaian murid berdasarkan rekodbacaan NILAM kelas.
21
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
22/27
2. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan untuk Projek CPU.
2.1 Aktiviti ( a ) : Meminjam buku dan membaca buku ( Gerak Buku )
Setiap murid diwajibkan meminjam dan membaca 3 buah bukusetiap minggu. Pemantauan dan bimbingan oleh guru kelas untukmemastikan setiap murid meminjam buku.
2.2 Aktiviti ( b ) : Menulis sinopsis buku dalam buku rekod NILAM murid
Guru Perpustakaan Dan Media (GPM) hendaklah mengadakanbengkel penulisan sinopsis kepada murid tingkatan 3 Amanah.
Murid akan membuat sinopsis yang dibaca di bawah pengawasanGPM dan disemak oleh guru kelas.
2.3 Aktiviti ( c ) : Menjadi JUARA dalam pertandingan `Komputer Bacaan
Pertandingan menulis karangan pendek berdasarkan bahanpembacaan mereka menggunakan aplikasi pemprosesan perkataanmenggunakan komputer. Hasil penulisan yang kreatif dan menarikakan dikira sebagai JUARA.
JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN
Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Catatan
1. Mengenalpasti masalah dan pengumpulandata awal
22 Januari 2008
2. Menulis proposal kajian 29 Januari 2008
3. Merancang Tindakan 31 Januari 2008
4. Melaksanakan tindakan aktiviti 5 Februari 2008
5. Mengenalpasti masalah yang timbul danpenambahbaikan.
13 Februari 2008
6. Melaksanakan tindakan aktiviti (b) 26 Februari 20087. Mengenalpasti masalah yang timbul dan
membuat penambahbaikan.7 Mac 2008
8. Melaksanakan tindakan aktiviti (c) 29 Mac 2008
9. Mengenalpasti masalah yang timbul danmembuat penambahbaikan.
9 April 2008
10. Ujian untuk mengesan pencapaian murid. 16 April 2008
22
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
23/27
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
24/27
LAMPIRAN 2
TAJUK: KAJIAN TINDAKAN ENCAPAIAN TAHAP JAUHARIPROGRAM GALAKAN MEMBACA (NILAM) 2009
1. REFLEKSI MASALAH
MERUJUK KEPADA STATISTIK ANALISA NILAM SEHINGGA MEI
2009, DIDAPATI BAHAWA BILANGAN PELAJAR YANG MENCAPAI
TAHAP GANGSA/PERAK/EMAS DAN NILAM ADALAH KURANG
MENGGALAKKAN.
TAHUN/
TAHAP PENCAPAIAN
JAUHARI
2007 2008SEHINGGA MEI
2009
GANGSA 6 40 55
PERAK - 2 6
EMAS - - 1
NILAM - 3 3STATISTIK ANALISA PENCAPAIAN TAHAP JAUHARI TAHUN 2007 SEHINGGA MEI2009
2. FOKUS KAJIAN
Kajian ini adalah memfokuskan kepada BILANGAN PELAJAR YANG
MENCAPAI TAHAP GANGSA/PERAK/EMAS DAN NILAM ADALAH
KURANG MENGGALAKKAN, hasil daripada dapatan Pengumpulan
Statistik ANALISA NILAM SEHINGGA MEI 2009.
3. OBJEKTIF KAJIAN
3.1. Mengenalpasti masalah bilangan pelajar yang mencapai tahap
jauhari TAHAP GANGSA/PERAK/EMAS DAN NILAM yang
kurang memuaskan.
24
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
25/27
3.2. Menyenaraikan beberapa tindakan untuk mempertingkatkan
bilangan pelajar untuk mencapai sekurang-kurangnya tahap
gangsa bagi kategori Tahap jauhari.
3.3. Mengambil beberapa tindakan galakan membaca untuk
mempertingkatkan mutu pencapaian tahap Jauhari. ( GANGSA
/PERAK/EMAS DAN NILAM )
4. PELAKSANAAN TINDAKAN
4.1. MATLAMAT PROGRAM NILAM
4.2. MEMPERBANYAKKAN LAGI JENIS BUKU YANG
DIMINATI OLEH PELAJAR.
4.3. PROGRAM SESI MESRA BUKU BERSAMA PELAJAR
4.4. PROMOSI NILAM
Promosi nilam :50% tiket percuma ke Petrosains dan Skybridge
bagi mana-mana pelajar yang berjaya mencapai 300 buah buku
dan ke atas.
5. MATLAMAT PROGRAM NILAM
GPM memperuntukkan satu waktu bagi setiap kelas. Semasa sesi
tersebut, GPM sekali lagi menekankan kepada pelajar mengenai
kepentingan serta matlamat NILAM.
5.1. MEMPERBANYAKKAN LAGI JENIS BUKU YANG
DIMINATI OLEH PELAJAR.
Sebagai salah satu usaha galakan membaca GPM telah
mempelbagai kan koleksi majalah untuk bacaan para pelajar.
Selain daripada itu, GPM juga telah membeli pelbagai jenis buku
bacaan untuk para pelajar.
5.2 PROGRAM SESI MESRA BUKU BERSAMA PELAJAR
GPM akan mendapatkan khidmat bantuan daripada guru guru
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menasihatkan para
25
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
26/27
pelajar tentang kepentingan membaca pada sekerap yang
mungkin semasa sesi Pembelajaran dan pengajaran di dalam
kelas.
5.3 PROMOSI NILAM
Promosi nilam :50% tiket percuma ke Petrosains dan Skybridge
bagi mana-mana pelajar yang berjaya mencapai 300 buah buku
dan ke atas.
6. REFLEKSI TINDAKAN
Hasil daripada pelaksanaan tindakan yang telah dilakukan , didapati
terdapat peningkatan bilangan pelajar yang melayakkan diri ke tahap
jauhari.
STATISTIK ANALISA PENCAPAIAN NILAM TAHAP JAUHARI MENGIKUT TINGKATANSEHINGGA JULAI 2009
TAHAP PENCAPAIAN
JAUHARI
SEHINGGA MEI
2009
SEHINGGA JULAI
2009
GANGSA 55 63
PERAK 6 9
EMAS 1 3
NILAM 3 3
STATISTIK ANALISA PENCAPAIAN TAHAP JAUHARI TAHUN SEHINGGA JULAI 2009
7. CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Program-program galakan membaca di kalangan pelajar akan
diteruskan dan dibuat penamahbaikan lagi pada masa akan datang.
TAHAP
PENCAPAIAN
/TINGKATA
GANGSA PERAK EMAS NILAM
TINGKATAN 1 10 1 - -
TINGKATAN 2 11 3 - 1
TINGKATAN 3 33 3 - -
TINGKATAN 4 2 2 3 1
TINGKATAN 5 6 - - 1
26
7/27/2019 Nota Kajian Tindakan Lengkap
27/27
Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :
_________________ ______________