Nota Penyelidikan Tindakan

21
1. Pengertian Penyelidikan Tindakan Penyelidikan Tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka. Dalam bidang pendidikan, penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik-penyelidik seperti pensyarah, guru- guru,pengetua, atau penuntut (mereka ini boleh menjadi sebagai penyelidik atau peserta yang diselidik) untuk memperbaiki; a. Amalan sosial dan pendidikan kendiri; b. Kefahaman terhadap amalan kendiri; c. Situasi di mana amalan tersebut dijalankan Penyelidikan tindakan boleh dijalankan secara individu atau kumpulan. Pengertian Lain Action Research is a three-step spiral process of (1) planning which involves reconnaissance; (2) taking actions; and (3) fact-finding about the results of the action. Kurt Lewin (1947) Action Research is the process by which practitioners attempt to study their problems scientifically in order to guide, correct, and evaluate their decisions and actions. Stephen Corey (1953) Action Research in education is study conducted by colleagues in a school setting of the results of their activities to improve instruction. Carl Glickman (1992) Action Research is a fancy way of saying let’s study what’s happening at our school and decide how to make it a better place. Emily Calhoun (1994) 2. Tujuan Penyelidikan Tindaka Penyelidikan tindakan mempunyai dua tujuan: a. untuk memperbaiki kefahaman tentang amalan dan situasi amalan tersebut dilakukan; b. untuk melibatkan penyelidik dalam semua peringkat penyelidikan. 3. Ciri-ciri Penyelidikan Tindakan Penyelidikan Tindakan a. menggalakkan penglibatan/penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki mutu kerja/amalan

description

pt

Transcript of Nota Penyelidikan Tindakan

1. Pengertian Penyelidikan TindakanPenyelidikan Tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka.Dalam bidang pendidikan, penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik-penyelidik seperti pensyarah, guru-guru,pengetua, atau penuntut (mereka ini boleh menjadi sebagai penyelidik atau peserta yang diselidik) untuk memperbaiki;a. Amalan sosial dan pendidikan kendiri;b. Kefahaman terhadap amalan kendiri;c. Situasi di mana amalan tersebut dijalankanPenyelidikan tindakan boleh dijalankan secara individu atau kumpulan.Pengertian LainAction Research is a three-step spiral process of (1) planning which involves reconnaissance; (2) taking actions; and (3) fact-finding about the results of the action.Kurt Lewin (1947)

Action Research is the process by which practitioners attempt to study their problems scientifically in order to guide, correct, and evaluate their decisions and actions.Stephen Corey (1953)

Action Research in education is study conducted by colleagues in a school setting of the results of their activities to improve instruction.Carl Glickman (1992)

Action Research is a fancy way of saying lets study whats happening at our school and decide how to make it a better place.Emily Calhoun (1994)

1. Tujuan Penyelidikan TindakaPenyelidikan tindakan mempunyai dua tujuan:a. untuk memperbaiki kefahaman tentang amalan dan situasi amalan tersebut dilakukan;b. untuk melibatkan penyelidik dalam semua peringkat penyelidikan.1. Ciri-ciri Penyelidikan Tindakan Penyelidikan Tindakana. menggalakkan penglibatan/penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki mutu kerja/amalan mereka.b. memerlukan usahasama (collaborative effort) di antara pihak-pihak yang terlibat.c. merupakan proses pembelajaran yang teratur.d. membentuk komumti yang bersifat kritis terhadap persekitaran dan diri sendiri.e. menggalakkan fikiran yang terbuka.f. membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak.g. mewujudkan satu kumpulan manusia yang kritis danbekerjasama dalam proses penyelidikan.h. berkembang melalui lingkaran renungan kendiri (self-reflective spiral) - satu lingkaran yang mengandungi tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian serta renungan.i. melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi (personal journal)j. dimulakan secara kecil-kecilan - mungkin seorang sahaja sebagai permulaan, kemudian melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang lebih besar.Penyelidikan tindakan menitikberatkan EMPAT perkara berikut:a. penyelidikan secara sistematik dan melibatkan pengumpulan bukti (collective evidence) yang boleh digunakan sebagai asas untuk renungan yang menyeluruh.b. Ia bukan sahaja menyelesaikan masalah tetapi ia juga memperlihatkan masalah.c. Ia bukan penyelidikan tentang orang lain tetapi penyelidikan yang dijalankan oleh individu atau kumpulan terhadap kerja mereka sendiri untuk memperbaiki diri mereka, kerja mereka dan juga untuk kebaikan orang lain.d. Ia bukannya satu-satu kaedah saintifik yang digunakan untuk kerja-kerja kurikulum. Ia juga bukannya tentang pengujian hipotesis atau penggunaan data untuk membuat kesimpulan malah ia menerima pandangan sains sosial yang berbeza daripada pandangan sains semulajadi. Penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik itu sendiri.Sejarah Penyelidikan TindakanPenyelidikan tindakan telah dimulakan oleh Kurt Lewin pada tahun 1946. Pada penyelidikan awalnya, beliau menitik-beratkan perubahan-perubahan terhadap sikap dan perlakuan manusia dalam beberapa bidang sosial seperti perkara-perkara yang berhubung dengan kebiasaan pemakanan dan hasil pengeluaran kilang. Penyelidikan ini telah dibuat pada penghujung perang dunia kedua. Sebaik sahaja selepas perang dunia kedua, beliau menjalankan penyelidikan tentang prasangka dan perhubung antara kumpulan sosial.Idea beliau ini telah digunakan oleh rakan-rakan sekerja dan pelajar-pelajarnya dalam penyelidikan pendidikan tentang penggubalan kurikulum dan peningkatan profesionalisma perguruan. Teachers College, University of Columbia telah menjadi pusat penyelidikan tindakan dalam bidang pendidikan. Stephen Corey, dekan Teachers College university tersebut pernah menjadi penganjur (advocate) penyelidikan tindakan yang berpengaruh. Selain daripada beliau, Kenneth Benne, Hilda Taba dan Abraham Shumsky juga memperjuangkan bidang ini.Selama satu dekad penyelidikan tindakan dalam pendidikan telah mengalami zaman kegemilangannya, tetapi ianya telah merosot pada akhir tahun 50an. Kemerosotan penyelidikan tindakan ini telah disebabkan oleh perkembangan penyelidikan yang memisahkan antara teori dengan praktik dalam penyelidikan. Kemerosotan penyelidikan tindakan ini berlarutan sehingga awal tahun 1976. Minat terhadap penyelidikan tindakan timbul semula dengan wujudnya Ford Teaching Project di United Kingdom di bawah penyeliaan John Elliott dan Clein Adelman. Projek ini diasaskan di Centre for Applied ResearchinEducation, University of East Anglia dan telah melibatkan usahasama (collaborative) guru-guru untuk nienjalankan penyelidikan tindakan dalam bidang mereka, terutama dalam pendekatanengajaran-pembelajaran inkuiri/penemuan(Elliott 1976-77). Penyelidikan ini berdasarkan konsep tentang penilaian kendiri guru (self-monitoring teacher) yang berasaskan pandangan Lawrence Stenshouse (1975), Beliau menyatakan bahawa guru merupakan penyelidik dan juga pakar dalam profesionnya. Sejak penglibatan Elliott dalam Ford Teaching Project, beliau telah meneruskan perkembangan teori dan praktik penyelidikan tindakan dan telah menubuhkan suaturangkaian penyelidikan iaitu 'Classroom Action Research Networjkfdi Cambridge Institute of Education.Minat terhadap penyelidikan tindakan berkembang pula di Australia dan benua Eropah, manakala di Amerika Syarikat minat ini muncul semula kerana timbulnya kesedaran untuk mempertingkatkantaraf pendidikan dan profesionalisma perguruan. Minat terhadap penyelidikan tindakan ini juga timbul disebabkan wujudnya kepekaan guru terhadap profesionalisma perguruan akibat dari kritikan masyarakat dalam tahun 70an dan 80an.Kesedaran bahawa penyelidikan tindakan ini berguna untuk memperbaiki pengajaran melalui renungan kendiri yang kritis telah inencetuskan semula minat terhadap penyelidikan tindakan.Kini konsep penyelidikan tindakan telah mula menyerap ke dalam sistem pendidikan di Malaysia. Perubahan-perubahan di dalam sistem pendidikan telah menimbulkan kesedaran untuk nieningkatkan profesionalisma perguruan. Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisma perguruan yang bersesuaian dengan hasrat pendidikan hari ini adalah dengan menjalankan penyelidikan tindakan supaya bentuk terhadap kualiti peningkatan profesionalisma guru dapat ditentukan.1. Mengapa Penyelidikan TindakanMasyarakat yang sentiasa berada di dalam proses perubahan mengharapkan guru untuk menyesuaikan peranan mereka dengan perubahan-perubahan yang berlaku. Guru bukan sahaja perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tetapi perlu juga menyesuaikan diri dengan budaya sekolah. Transisi kepada satu masyarakat yang berubah dengan cepat, mendesak guru untuk memainkan peranan yang lebih dinamik dan mempunyai kesedaran diri serta sedia meneliti semula kandungan dan anggapan-anggapan asas tentang kurikulum di semua peringkat.Pada masa ini terdapat satu trend yang mendesak guru supaya mengurangkan pengajaran secara berkuliah kepada murid tetapi lebih menumpukan perhatian kepada pengajaran yang berasaskan aktiviti dan pembelajaran melalui pengalaman. Dengan itu perlulah seorang guru itu sentiasa merenung, menyoal dan menyelidik peranan dan tugasnya. Ini akan memperkukuhkan lagi perkembangan profesionalismanya. Oleh itu ternyatalah perlu dihasilkan satu model baru pendidikan guru dan amalan pendidikan. Tujuan asas langkah tersebut adalah untuk menghasiIkan guru yang sedia membuat kritikan kendiri, menyelidik akibat-akibat aktiviti pengajaran-pembelajaran serta mengubahsuai perlakuan dengan sewajarnya.Pengajaran perlu dijadikan satu amalan pendidikan yang lebih kritis terhadap perlakuan sendiri. Penyelidikan pendidikan tidak semestinya menjadi hak dan kepunyaan satu golongan cendekiawan atau pakar sahaja. Ia perlu dijadikan sebagai sebahagian dari aktiviti kebiasaan sekolah-sekolah dan maktab-maktab perguruan. Ia perlu menjadi satu saluran untuk perkembangan intelektual dan sosial setiap individu serta memberi sumbangan terhadap perkembangan negara dalam konteks kecekapan profesional dalam penerapan nilai-nilai murni.Perkembangan profesional perlu dihubungkaitkan dengan peningkatan dalam pendidikan yang bermutu untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar.Ini memerlukan penekanan kepada pelbagai perkhidmatan sokongan untuk membantu guru sebagai penyelidik. Konsep guru penyelidik adalah berkaitan dengan pengukuhan kemahiran guru dalam membuat penentuan dan seterusnya kepada perkembangan perlakuan berasaskan arahan kendiri. Guru sebagai penyelidik boleh menguji implikasi teori pengajaran-pembelajaran di dalam bilik darjah dan seterusnya menghasiIkan teori dan amalannya. Guru perlu bertanggungjawab ke atas proses pendidikan di dalam bilik darjah.Penyelidikan Tindakan bertujuan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan amalan menerusi perkembangan peribadi dan profesional seseorang guru atau pensyarah. Penyelidikan tindakan ini akan membolehkan kita memainkan peranan utama di dalam arena penyelidikan kerana penyelidikan tindakan ini bertempat di dalam persekitaraan pengajaran. Ia juga dijalankan oleh guru yang mengamalkannya dan gurulah yang akanmenggunakan dapatan ini secara serta merta dalam amalan hariannya. Penyelidikan seperti ini akan membantu kita mengubah amalan dari dalam dan dengan itu akan membolehkan kita terus memahami dan mengongsikan pengalaman ini dengan para guru lain.Guru perlu berusaha untuk memahami tujuan dan hasratnya sendiri tentang pengajaraii dan pembelajaran supaya boleh bergerak kearah pencapaian satu realiti tentang apa yang terlaku dalam bilik darjah. Penyelidikan tindakan memberi peluang kepada guru untuk mengharagi interprefcasi orang lain supaya ia dapat mengubahsuaikan amalannya dalam bidang penyelidikan. Dengan itu guru dapat mengendalikan amalan pendidikannya dalam satu situasi yang benar supaya boleh mendatangkan manfaat kepada semua . Penyelidikan tindakan juga boleh menghasilkan usahasasna di kalangan pendidik dan dengan itu membolehkan seseorang pendidik itu bekerja dengan orang lain, untuk orang lain dan untuk dirinya sendiri.Penyelidikan tindakan membolehkan guru-guru bertanggungjawab ke atas tindakan mereka dan mengujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang bersemangat dan dinamik. Dalam pendidikan, penyelidikan tindakan telah digunakan dalam perkembangan kurikulum berasaskan sekolah, perkembangan profesional, program kemajuan sekolahdan perkembangan perancangan sistem dan dasar pendidikan.Oleh itu adalah jelas bahawa perlunya pendidik guru menilai amalan yang berlaku masa kini dalam bidang pendidikan untuk menolong guru-guru pelatih dimaktab perguruan menjadi guru-guru terlatih yang berwibawa. Pendidik guru memberi guru-guru pelatih pengetahuan dan maklumat melalui kuliah. Adalah penting pendidlk guru melatih mereka supaya berupaya menghadapi perubahan-perubahan semasa bertugas. Pendidik guru perlu sentiasa menyelidik dan membaharui strategi pengajaran-pembelajaran diri sendiri dan juga strategi pengajaran-pembelajaran yang disampaikan kepada guru pelatih, Ini boleh dijalankan melalui penyelidikan tindakan.Guru pelatih harus dapat mengenalpasti masalah mereka dan merenung amalan dan ideologi mereka dari perspektif yang lebih luas. Mereka juga harus dapat menggunakan pelbagai teknik pemerhatian dan penyelidikan supaya mereka boleh mengesan dan merenung aktiviti-aktiviti diri sendiri dan oranglain. Mereka juga harus dapat menyeimbangkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan kebolehan untuk bekerja sebagai ahli kumpulan, berhubung dan bertukar idea-idea, memerhati dengan menggunakan pelbagai cara, membuat analisis dan menilai data-data yang telah dikumpul - menilai diri sendiri dan mengkritik hal semasa dari sudut moral dan sosial. Di samping itu nilai-nilai seperti berfikiran terbuka, bertanggungjawab dan berdedikasi perlu dipertingkatkan.Adalah perlu dijalankan inkuiri yang kritis dan ini boleh dilaksanakan melalui; kerja kumpulan, pendedahan kepada konteks sosial yang lebih luas, penilaian kendiri, penilaian rakan sejawat dan pembelajaran melalui pengalaman sendiri. Sebenarnya penyelidikan tindakan adalah satu cara untuk menambahkan pengalaman mengajar guru pelatih kerana ini akan memberi peluang dalam usaha memperkukuhkan perkembangan profesionalisme guru pelatih sebagai guru yang berupaya untuk sentiasa menilai diri sendiri.1. Ciri Usahasama (Collaboration) dalam Penyelidikan Tindakan (Pembinaan Komuniti Pembelajaran)Penyelidikan tindakan bertujuan untuk melibatkan manusia dalam penerokaan dan peningkatkan mutu amalan kerja manusia dalam penerokaan dan pemngkatkan mutu amalan kerja dan kefahaman terhadap amalan kerja, serta suasana bekerja. Dalam situasi yang unggul, penyelidikan tindakan melahirkan suasana usahasama di antara rakan sekerja untuk bclajar bersama. Contohnya:sekumpulan pensyarah dalam satu Jabatan;

sekumpulan pensyarah yang menyelidik tentang suatu bidang yang sama, merentasi Jabatan atau;

seorang pensyarah dengan guru pelatihnya.

Kumpulan seumpama itu mungkin bertujuan untuk membina satu komuniti pemberajaran.Satu-satu kumpulan itu bolehlah dikatakan satu komuniti apabila;1. ahli kumpulan itu berkongsi atau cuba berkongsi pandangan dan nilai yang sama.2. perhubungan antara mereka berbentuk peribadi (rapat), langsung, bersemuka dan pelbagai corak (apabila ahli komuniti menghadapi / mempunyai keperhatinan yang luhur antara satu dengan lain)3. perhubungan di dalam kumpulan bukan semata-mata mengikut hiraki atau individulistik, Sebaliknya bercirikan perimbangan timbul balik (tindakan bukan hanya untuk kebaikan seseorang sahaja atau beberapa orang tetapi untuk kebaikan bersama).

Jabatan Ilmu PendidikanMaktab Perguruan SandakanBeg Berkunci No. 31,90009 Sandakan, Sabah.Tel: 089-218610Faks: 089-213814Disediakan oleh:Ng Kim Choy(M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.8 September 2000http://www.teachersrock.net

Contoh Kajian Tindakan Bahasa MelayuPendahuluan:Kajian Tindakan merupakan salah satu cara mengenalpasti dan mencari jalan penyelesaian ke atas masalah yang dikenalpasti. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penggunaan imbuhan dalam ayat yang dihadapi oleh murid-murid tahun 4. Kemahiran pengimbuhan merupakan komponen kemahiran yang tidak boleh diabaikan. Pengimbuhan perkataan merupakan proses yang kompleks kerana apabila seseorang itu mendengar, otaknya juga berfungsi untuk mentafsir makna perkataan berimbuhan tersebut. Seramai 30 orang murid terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang faham dengan perkataan dasar yang jika digunakan imbuhan yang berlainan akan membawa maksud yang berlainan. Ini mungkin disebabkan mereka baru melepasi kemahiran di tahap 1 dan tahun 4 memerlukan kemahiran yang lebih meluas. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada perkataan-perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Murid telah didedahkan dengan kaedah imlak selama satu jam tiga puluh minit dan kajian ini telah selesai dalam tempoh satu bulan. Maksud imlak ialah mendengar dan menulis semula petikan yang diperdengarkan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan pemerhatian pula menunjukkan murid lebih seronok belajar mata pelajaran Bahasa Melayu jika dirangsang dengan bahan dan aktiviti yang pelbagai.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.Saya meninjau pencapaian dan penguasaan Bahasa Melayu murid-murid tahap 1 sebelum melangkah ke tahap 2. Berdasarkan pengalaman saya jika murid-murid tahap 1 dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa maka ini akan membantu kecemerlangan pencapaian Bahasa Melayu mereka pada tahap 2 dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan UPSR. Terdapat dua kertas Bahasa Melayu iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Hasil daripada penandaan latihan karangan, tidak dinafikan ada ketika murid-murid tiada idea untuk disampaikan dan dikembangkan dalam karangan. Kesalahan yang dapat saya kenal pasti ialah masalah struktrur ayat akibat kesalahan penggunaan imbuhan. Hal ini akan memberi kesan kepada markah penulisan dan mempengaruhi maksud ayat.Bagi saya membina ayat yang mudah dan lengkap bergantung kepada pengimbuhan perkataan dan struktur ayatnya. Ini bermakna pengimbuhan perkataan yang salah akan menyebabkan fungsi ayat berubah daripada maksud sebenar yang hendak disampaikan. Ini tentu menyulitkan pemahaman pembaca malah menimbulkan makna yang berbagai-bagai.Melalui pengalaman saya, lemahnya penggunaan imbuhan dalam kalangan murid disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan murid terhadap pentingnya aspek penggunaan imbuhan yang saya berikan sama ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga berpunca daripada kurangnya penumpuan saya terhadap kepentingan penguasaan imbuhan. Sekiranya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti murid tidak dapat menjawab dengan baik soalan karangan dan soalan membina ayat bagi Bahasa Melayu kertas 2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan markah murid. Di sekolah rendah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah salah satu pengukur kepada kecemerlangan sesebuah sekolah.

2.0 FOKUS KAJIAN.Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya dalam penulisan karangan saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah penguasaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Aspek imbuhan amat penting dikuasai pada peringkat awal, terutama setelah murid memasuki tahap 2 (Tahun 4-6) kerana terdapat penulisan karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Hasil refleksi didapati murid-murid banyak melakukan kesilapan apabila membina ayat.

Kesilapan-kesilapan yang yang sering dilakukan oleh murid ialah:- murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada sesuatuperkataan.- Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat.- murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalampetikan atau ayat.Saya akan cuba membantu murid memahami dan menguasai penggunaan imbuhan, saya yakin murid boleh membina ayat dengan betul, tepat dan jelas maksudnya serta membolehkan mereka menulis karangan dengan lebih baik. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan. Keadaan ini juga akan membantu murid-murid lebih mudah menulis karangan kelak.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN.

3.1 Objektif am:Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

3.2 Objektif khusus Kajian ini adalah bertujuan untuk:3.2.1 Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalampetikan yang diberi.3.2.2 Murid dapat mengklasifikasikan perkataan-perkataan berimbuhan awalan,akhiran dan apitan.3.2.3 Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam struktur ayat3.2.4 Pelajar berminat dan seronok untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu.3.2.5 Guru dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebihmenyeronokkan murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN.

Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang murid lelaki Melayudan 15 orang murid perempuan Melayudalam Tahun 4.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN.

5.1 Tinjauan masalah:Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagikajian ini.

5.1.1 Ujian Pra:Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman mereka tentang penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Murid juga diuji tentang kefahaman mereka mengenai makna perkataan yang telah menggunakan imbuhan yang berlainan dengan membina ayat daripada perkataan yang diberi. Selepas saya menyemak kertas ujian pra, saya dapati murid-murid lemah dengan penggunaan perkataan berimbuhan yang diberi.5.1.2 Pemerhatian:Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan murid kurang memberi respons kepada pengajaran dan pembelajaran. Sebagaimana biasanya, murid perempuan yang lebih bersedia untuk belajar dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang bersungguh-sungguh dan kurang mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Faktor minat dan memberi tumpuan sepenuhnya membantu murid-murid mengikuti keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.

5.2 Analisis tinjauan masalah:

5.2.1 Analisis Ujian Pra:

Jadual 1 : Pencapaian Ujian PraPencapaian (Gred)Bilangan SampelPeratus (%)

A (80 100)310

B (60 79)1033.3

C (40 59)1033.3

D (20 39)516.7

E (0 19)26.7

JUMLAH30100

Berdasarkan Jadual 1, 76.7% (23 orang) murid telah lulus dan 23.3% (7 orang) murid telah gagal. Daripada analisis yang dibuat atas kesalahan-kesalahan murid terdapat empat soalan yang mendapat peratusan kesalahan paling banyak iaitu soalan 7 (66.7 %), soalan 10 (90%), soalan 13 (80%) dan soalan 15 (70 %). Soalansoalan tersebut berkaitan dengan imbuhan akhiran dan apitan.

5.2.2 Analisis pemerhatian:Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti sikap belajar murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 2 : Mengenal pasti tingkah laku belajarTingkah lakuPeratus %

Kesungguhan50

Kurang mengambil bahagian30

Kurang tumpuan (bermain, berbual dan mengganggu kawan)20

5.3 Tindakan yang dijalankan:Dalam melaksanakan tindakan, saya menjalankan 5 aktiviti seperti di bawah:- Mengenalpasti perkataan berimbuhan- Mengelaskan jenis perkataan berimbuhan (awalan, akhiran dan apitan)- Membina ayat - Bercerita- Ujian Pos

5.4 Perlaksanaan tindakan dan pemerhatian / penilaian:

5.4.1 Aktiviti 1 : Mengenal pasti perkataan berimbuhan:

i. Saya menggunakan sebuah petikan cerita yang dirakamkan sebagai bahan rangsangan yangpanjangnya kira-kira 100 patah perkataan.

Hari ini sekolah Musamengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak. Antara kanak-kanak yang paling gembira termasuklah Musa. Cikgu Afida telah menghadiahinya sebungkus coklat. Mujib memegang coklat itu erat-erat.Mengapa kamu tidak makan coklat itu, Musa? Tanya Cikgu Afida.Musa hanya tersenyum mendengar pertanyaan Cikgu Afida. Coklat pemberian Cikgu Afida itu ingin ditunjukkan kepada ibunya di rumah. Musa menerima coklat itu kerana dia murid yang baik. Sebaik sahaja loceng berbunyi, Musa terus pulang. Mujib tidak sabar menunggu ibunya pulang dari kerja.Akhirnya, Musa terlena di dalam biliknya. Dia tersedar apabila ibu mengejutkannya. Musa terus teringat akan coklatnya itu. Dia ke dapur untuk memberitahu ibunya.Ibu, saya ingin menunjukkan sesuatu kepada ibu, kata Musa.Musa berlari ke bilik untuk mengambil seluar sekolahnya. Malangnya seluar sekolah yang dipakainya siang tadi tiada di dalam bilik itu. Seluar itu telah direndam oleh ibunya di dalam baldi.

ii. Petikan ini diperdengarkan sebanyak dua kali dan murid diminta mengenal pasti dan mencatat perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan.iii. Murid membacakan perkataan berimbuhan yang dicatat.iv. Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan Pengimbuhan ialah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada sesuatu perkataan . Hasil daripada proses pengimbuhan ini akan terbentuklah kata terbitan. (contoh : terbersih, bersihkan, membersihkan)v Saya memperdengarkan semula petikan ceritavi Murid mencatatkan semula perkataan berimbuhan.

Pemerhatian :Murid-murid telah menunjukkan respon yang tinggi untuk mendengar. Mereka juga lebih bersedia untuk mengecam dan menyenaraikan perkataan berimbuhan yang diperdengarkan.

Jadual 3 : Peratus Mengenal pasti Perkataan BerimbuhanMarkahPeratus%

A (80 100)10

B (60 - 79)43.3

C (40 59)40

D (20 39)6.6

E (0 19)0

Jadual 3 menunjukkan hanya 6.6% sahaja murid yang tidak dapat mencatat perkataan.

Refleksi :Murid tidak dapat kenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan cerita.

5.4.2 Aktiviti 2 : Mengkelaskan jenis imbuhan:

i. Saya mempamerkan carta imbuhan dan menerangkan jenis imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan dalam Bahasa Melayu, iaitu;1. Awalan imbuhan yang hadir sebelum kata dasar2. Akhiran - imbuhan yang hadir selepas kata dasar3. Apitan - imbuhan yang hadir serentak sebelum dan selepas kata dasar4. Sisipan - imbuhan yang hadir di tengah-tengah kata dasar.(Bagi murid tahap 1 hanya imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang terdapat dalam sukatan)

ii. Saya membacakan petikan cerita

TABUNG BULUH HANIM

Hanim baru saja balik dari sekolah. Dia terus masuk ke dalam biliknya. Hanim menyeluk kocek baju sekolahnya lalu mencapai tabung di bawah katil. Hanim memasukkan wang ke dalam tabung buluh itu.Digoncang-goncangnya tabung buluh itu. Bunyi duit syiling di dalam tabung itu berdeting-deting. Hanim tersenyum gembira. Dalam masa yang singkat, wang di dalam tabungnya sudah banyak.Hanim bercadang untuk membuka akaun simpanan di bank. Dia memberitahu ayah dan ibunya tentang cadangannya itu.Ayah dan ibu Hanim sangat bangga akan sikap Hanim itu. Mereka berharap agar sikap Hanim yang suka menabung itu menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain.

iii. Murid mengkelaskan perkataan imbuhan yang didengar mengikut jenisnya dalam lembaranyang diberikan.

Pemerhatian :Aktiviti 2 menghasilkan keputusan seperti berikut:Jadual 4 : Peratus Mengkelaskan Perkataan Berimbuhan

MarkahPeratus %

A (80 100)25

B (60 - 79)55

C (40 59)20

D (20 39)0

E (0 19)0

Jadual 4 menunjukkan 25% murid mendapat markah 80 100 dan tidak ada seorang pun yang mendapat markah 39 ke bawah.Saya dapati dengan kaedah imlak ini murid amat teruja untuk mengecam jenis perkataan berimbuhan yang didengar untuk dicatatkan di ruangan yang betul. Murid juga menumpukan perhatian terhadap P & P .Refleksi :Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila berjaya mengelaskan perkataan berimbuhan mengikut jenis imbuhan.

5.4.3 Aktiviti 3 : Membina ayat:i. Gambar bersiri dipamerkan dan murid fahami gambar yang dilihat.ii. Murid menyatakan apa yang dilihat. (Contoh :Monyet nampak buah pisangmasak)iii. Guru mencatatkan ayat-ayat yang murid-murid bina.iv. Perbincangan mengenal pasti kesalahan struktur ayat dan membina ayatdengan menggunakan perkataan berimbuhan yang betul. (Contoh : Seekormonyet ternampak setandan pisang yang masak di atas sebatang pokokpisang)v. Latih tubi membaca ayat yang telah dibetulkan struktur ayatnya.vi. Guru pembantu membuat pemerhatian terhadap respon murid dalam aktivitiperbincangan

Jadual 5: Aktiviti-aktiviti yang digemari murid

AktivitiBilangan murid% pencapaian

Perbincangan2243.6

Membaca2656.4

Pemerhatian :Saya dapati murid lebih seronok belajar Bahasa Melayu jika menggunakan sesuatu bahan sebagai rangsangan.Refleksi :Saya mula sedar bahawa selama ini masalah ini timbul adalah disebabkan murid- murid tidak dibimbing untuk menggunakan perkataan berimbuhan dalam perbualan harian.5.4.4 Aktiviti : Ujian Pos:Ujian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas Ujian Pos disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan Ujian Pra tetapi diubahkan kata dasar.Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid dikehendaki menjawab semua soalan. Kertas ujian ini mengandungi 5 bahagian yang membawa pemberian markah sebanyak 50 markah.

Bahagian A - Imbuhan awalanBahagian B - imbuhan akhiranBahagian C - imbuhan apitan Bahagian D - membina ayatBahagian E - Tandakan _/ atau X menggunaan imbuhan dalam ayat.

Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan pra ini selama 30 minit.MarkahBilangan murid%

A (80 100)1033.3

B (60 - 79)1550

C (40 59)516.7

D (20 39)

E (0 19)

Refleksi :Dapatan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid. Jika dalam Ujian Pra ada murid yang gagal tetapi dalam Ujian Pos semua murid lulus malah peratus pencapaian setiap gred juga meningkat.

5.5 Refleksi keseluruhan:Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan yang betul merupakan salah satu peningkatan yang menyumbang kepada markah karangan. Pada keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa pencapaian murid telah meningkat selepas tindakan diambil. Saya dapati murid mempamerkan satu peningkatan prestasi yang amat baik.Jadual 7 : Prestasi murid mengikut peratus lulusPencapaianUjian praUjian pos

Lulus23 (76.6 %)30 (100 %)

Gagal7 (33.4 %)

Jumlah30 (100 %)30 (100 %)

Berdasarkan Jadual 7 di atas, 76.6% murid lulus dan 33.4% murid dalam ujian Pra. Manakala dalam Ujian Pos, hasil dapatan menunjukkan 100% murid lulus ujian tersebut. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan meningkatkan pencapaian murid dalam penguasaan penggunaan imbuhan .Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran semasa sesi P & P dijalankan dapat dilihat murid-murid lebih berminat dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa murid boleh dibantu untuk menikmati pengalaman berjaya dalam penulisan karangan jika menguasai salah satu kemahiran berbahasa iaitu penggunaan imbuhan. Saya berasa puas hati dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh murid-murid. Bukanlah mudah untuk menggalakkan murid mengikuti P&P dengan minat serta memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin diajarkan oleh guru untuk difahami oleh murid.

6.0 Cadangan kajian seterusnya.

Saya telah menggunakan kaedah imlak dalam membantu murid-murid untuk menguasai penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang betul dalam struktur ayat. Saya bercadang meneruskan kaedah imlak dalam pengajaran dan pembelajaran akan datang kerana murid sudah menguasai penggunan imbuhan namun masih lemah dalam membina struktur ayat. Seterusnya saya akan menjalankan satu lagi kajian yang berkaitan dengan struktur ayat menggunakan kaedah imlak. Saya juga mencadangkan kaedah ini dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu dibantu dengan aktiviti aktiviti yang menarik dan menggunakan pelbagai media seperti audiovisual yang menarik dan berkesan.