Post on 24-Jun-2015
Teori Pemerolehan Bahasa
Teori Behaviourisme (B.F. Skinner)
Behaviour merujuk kepada aksi atau reaksi manusia dalam
bentuk gerak balas hasil daripada rangsangan dalaman atau
luaran.
Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta
suasana dalam bilik darjah.
Berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari
bahasa melalui hukuman dan ganjaran.
Proses pembelajaran berlaku secara berulang dan menekan latih
tubi.
Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan.
Teori ini menganggap bahasa adalah peraturan-peraturan yang mempunyai tatabahasa yang sistematik dan sentiasa mengalami perubahan.
Menurut Skinner, pembelajaran bahasa berlaku apabila ahli keluarga mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat menyebut perkataan yang diajar.
Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu
perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-
kanak.
Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris.
B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula
jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa.
Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti “pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan dan lain-lain yang boleh meransang kanak-kanak bercakap.
Prinsip Teori Behaviorisme
Bahasa yang ditamakan bahasa lisan
Bahasa adalah tabiat atau kebiasaan
Wujudnya unsur rangsangan dan tindak
balas dalam P&P
Model-model bahasa yang terbaik perlu diutamakan
Pengukuhan penting dalam P&P
Tulisan ialah bahasa kedua terpenting
Hubungan Toeri Behaviorisme Dalam P&P
Menekan analisis tatabahasa mengenai morfologi dan sintaksis.
Berfahaman bahawa data-data bahasa dapat dikaji.
Mengkaji semua ayat atau ujaran dengan tujuan melihat ciri yang berbeza.
Kategori tatabahasa adalah berdasarkan struktur tiap-tiap aspek bahasa
Kekuatan Teori Behaviorisme
Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka.
Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang persekitarannya terutamanya guru-guru mereka.
Mereka suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka.
Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid.
Teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis.
Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.
Kelemahan Teori Behaviorisme
Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja.
Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas.
Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar yang efektif.
Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan mendatangkan akibat buruk kepada murid.
Hal ini kerana system pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada ransangan dan gerak balas yang ditunjukkan.
Sebagai contoh, guru akan beri ransangan seperti hadiah dan baru mereka member jawapan yang dikehendaki guru.
Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.
Teori Kognitif (Jean Piaget)
Konsep penting yang diutarakan oleh Jean
Piaget
Skema
AdaptasiAkomodasi
Asimilasi
SKEMA
Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
Contohnya : Sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa
gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang serta mengerakkan tangan dan kaki.
Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindak balas dengan persekitarannya.
Satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.Membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.
Kanak tersebut akan menggunakan skema memegang dan sekaligus merasanya.
ASIMILASI
AKOMODASI
Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.Berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.
Wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.Perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan.Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur.
ADAPTASI
Tahap-Tahap Perkembangan Kognitif
TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN
KOGNITIF
Tahap Sensorimotor (dari lahir hingga 2
tahun)
Tahap Praoperasi (2 hingga 7 tahun)
Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12
tahun)
Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)
TAHAP SENSORIMOTOR
Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran.Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa.Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya.Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning).
Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa.Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan.
Contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.
Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa.
Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.
TAHAP PRAOPERASI
Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik.Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.Berkembangnya semangat inkuiri menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain.Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.Mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik.Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan serta konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.Walau bagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak.
TAHAP OPERASI KONKRIT
TAHAP OPERASI FORMAL
Pada tahap ini Piaget menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima.Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini dikatakan lebih dan nyata. Mereka dikatakan mampu membuat keputusan dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian.Individu telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih bersifat sistematik.
Kelemahan Teori Piaget
Pengkritik menyatakan bahawa Teori Piaget ini tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas.
Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut
berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama.
Kekuatan Teori Kognitif
Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran
kanak-kanak.
Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan
pelajar.
Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar
kendiri.
Teori Mentalis (Noam Chomsky)
Memperkenalkan analisis bahasa
Transformasi generatif (Chomsky).
Mendokong istilah generatif, kreatif,
eksplisit, kegramatisan dan transformasi.
Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P bahasa sebagai satu
proses kognitif.
Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa
sebagai proses pemikiran yang
melibatkan aktiviti mental.
Menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia.
N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini
berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti
Pemerolehan Bahasa.
Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi
untuk menguasai bahasa.
Ciri Tatabahasa
CIRI TATABAHASA
Menghuraikan bagaimana bahasa boleh dihasilkan dan difahami.
Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur.
Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis.
Hubungan Teori Mentalis Dalam P&P
Penguasaan bahasa
kecekapan dan prestasi
Tulisan dan bacaan
diutamakan
Kaedah kod-kognitif
Teknik hafalan
Pendekatan analisis
Undang-undang bahasa
ditekankan
Teori Interaksionalis (Halliday)
Tokoh-tokohnya ialah Bloom (1970), Bowennan (1973), Gromer (1976).
Berpandangan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa - hanya boleh
mentafsirkan makna yang tidak menjamin dilahirkan dalam bentuk bahasa.
Kanak-kanakperlu didedahkan kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang
jelas dan tepat.
Mementingkan aktiviti komunikasi.
Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa.
Pandangan Dalam P&P
Pandangan dalam P&P
Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses
mental dan linguistik
Mementingkan proses pembentukan hipotesis mengenai
undang-undang bahasa dalam P&P
Seseorang pelajar perlu menggunakan
struktur-struktur bahasa yang betul
dari segi tatabahasa dan makna
Guru perlu banyak memberi latihan kepada murid
Menganggap penyampaian makna (semantik) penting
namun struktur bahasa perlu berjalan
serentak
Prinsip P&P Interaksionalis
Prinsip P&P interaksionalis
Penyampaian makna bermakna dalam
komunikasi
P&P perlu penumpuan terhadap aktiviti yang
bermakna
Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan
linguistik
Kelebihan Teori Interaksionalis
Merupakan interaksi sosial harian.
Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan atau matlamat.
Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial.
Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri yang sangat penting dan saling difahami oleh setiap individu sosial.
Kelemahan Teori Interaksionalis
Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh.
Walau bagamanapun, teori interaksionalisme ini hanyalah salah satu daripada perspektif tentang pemahaman dan
pemikiran tentang dunia sosial.
Pebezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan hubungan antara manusia dengan masyarakat adalah tidak
terbatas.
Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi cuma boleh memberikan sebahagian huraian tentang manusia dan
masyarakat.