pengenalan bmm3117

28
1.0. PENGENALAN Pendekatan merupakan sesuatu proses yang besar dan tinggi penaakulannya. Ia merupakan satu andaian, kepercayaan, teori tentang sifat bahasa, dan pembelajaran bahasa. Ia merujuk kepada beberapa teori yang berkaitan dengan ciri semula jadi pembelajaran. Selain itu, pendekatan juga merupakan satu prinsip yang dijadikan pegangan dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran . Pendekatan secara umumnya terbahagi kepada empat pendekatan yang utama. Pendekatan - pendekatan tersebut ialah pendekatan induktif, deduktif, eklektif, dan komunikatif. Hal ini dapat digambarkan seperti rajah 1.1. PENDEKATAN PENDEKATAN INDUKTIF PENDEKATAN DEDUKTIF PENDEKATAN EKLEKTIF PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Transcript of pengenalan bmm3117

Page 1: pengenalan bmm3117

1.0. PENGENALAN

Pendekatan merupakan sesuatu proses yang besar dan tinggi

penaakulannya. Ia merupakan satu andaian, kepercayaan, teori tentang sifat

bahasa, dan pembelajaran bahasa. Ia merujuk kepada beberapa teori yang

berkaitan dengan ciri semula jadi pembelajaran.

Selain itu, pendekatan juga merupakan satu prinsip yang dijadikan

pegangan dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran .

Pendekatan secara umumnya terbahagi kepada empat pendekatan yang

utama. Pendekatan - pendekatan tersebut ialah pendekatan induktif, deduktif,

eklektif, dan komunikatif. Hal ini dapat digambarkan seperti rajah 1.1.

Rajah 1.1 Menunjukkan empat pendekatan yang terdapat dan digunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1

PENDEKATAN

PENDEKATAN INDUKTIF

PENDEKATAN DEDUKTIF

PENDEKATAN EKLEKTIF

PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Page 2: pengenalan bmm3117

1.1. PENDEKATAN INDUKTIF

Merupakan satu pendekatan yang mengutamakan contoh daripada

undang-undang ataupun peraturan bahasa. Rajah di bawah dapat

menjelaskan lagi maksud pendekatan induktif.

2

Contoh-contoh

( konkrit )

Generalisasi ( hukum )

( abstrak )

Page 3: pengenalan bmm3117

1.1.2. Contoh Langkah Pengajaran dan Pembelajaran

Tarikh : 18.09.2011

Masa : 12.10 - 1.10

Kelas : 5 Sejahtera

Tajuk : Kegunaan Pokok Kelapa

Aktiviti : Membina lima ayat berdasarkan gambar yang

diberi.

Pendekatan Pengajaran Bahasa Menggunakan Pendekatan

Induktif

Langkah 1

Guru menunjukkan gambar pokok pisang.

Menanyakan murid jika terdapat pokok pisang di rumah mereka

dan menggunakan hasil daripada pokok pisang.

3

Page 4: pengenalan bmm3117

Langkah 2

Guru menerangkan tentang kegunaan pokok pisang bermula

daripada daun pisang, buah pisang, batang pisang, jantung pisang

dan juga pelepah pisang.

Guru menulis contoh ayat tentang kegunaan pokok pisang

berdasarkan gambar yang telah ditunjukkan.

Langkah 3

Guru mengedarkan gambar pokok kelapa kepada murid-murid dan

mengagihkan kepada 5 kumpulan.

Guru menerangkan tugasan yang perlu dilakukan oleh murid-murid

berdasarkan gambar yang diberi.

Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan kegunaan yang

dapat diperolehi daripada pokok kelapa dan menulis lima ayat

daripada kegunaan itu berdasarkan gambar yang diberi.

4

Page 5: pengenalan bmm3117

Langkah 4

Murid membentangkan hasil perbincangan mereka . Guru menulis ayat-ayat yang dibentangkan oleh murid-murid di

papan tulis. Guru dan murid bersama-bersama menyemak ayat yang ditulis dan

mencari ayat yang ditulis dengan lengkap.

Langkah 5

Murid menampal gambar yang diberi di dalam buku latihan dan menyalin ayat yang telah disemak bersama-sama.

Guru membuat kesimpulan bahawa pokok-pokok yang ditanam dan terdapat di atas bumi ini semuanya mempunyai kepentingan dan dapat digunakan oleh manusia dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh :

sunita

( SUNITA BT. MAHMOOD )

5

Page 6: pengenalan bmm3117

1.2. PENDEKATAN DEDUKTIF

Secara umumnya pendekatan ini memperlihatkan hukum-hukum atau sesuatu teori atau peraturan tertentu dan dari sini, pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hokum-hukum tadi melalui contoh-contoh yang konkrit.

Secara ringkasnya pendekatan ini lebih menekankan tentang penguasaan undang-undang ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa.

Hal ini dapat dijelaskan lagi dengan rajah di bawah.

6

Generalisasi ( hukum )

( abstrak )

Contoh-contoh

( konkrit )

Page 7: pengenalan bmm3117

1.2.1. Contoh Langkah Pengajaran dan Pembelajaran

Tarikh : 19.09.2011

Masa : 9.10 - 10.10

Kelas : 4 Cemerlang

Tajuk : Monyet Yang Pintar

Aktiviti : Mencari, menyenaraikan simpulan bahasa yang terdapat dalam

Petikan, memadankan maksud simpulan bahasa dan menjawab

Soalan yang berkaitan simpulan bahasa.

Pendekatan Pengajaran Bahasa Menggunakan Pendekatan Deduktif

Langkah 1

Guru bersoal jawab dengan murid tentang cerita binatang yang pernah dibaca, didengar atau ditonton.

Guru mengedarkan teks cerita “ Monyet yang Pintar “. Murid membaca teks cerita.

Langkah 2

Murid dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan diminta berbincang, mencari, dan menyenaraikan

simpulan bahasa yang terdapat dalam teks yang telah dibaca.

7

Page 8: pengenalan bmm3117

Langkah 3

Ketua kumpulan diminta menyenaraikan simpulan yang terdapat dalam teks di papan tulis.

Guru dan murid berbincang mengenai simpulan bahasa yang telah disenaraikan oleh setiap kumpulan.

Langkah 4

Guru menerangkan maksud sebenar simpulan bahasa dan juga contoh-contoh simpulan bahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu.

Langkah 5

Murid diminta menyalin simpulan bahasa yang telah dibincangkan dalam buku latihan.

Memadankan maksud simpulan. Perbincangan mengenai maksud simpulan bahasa yang telah

ditulis dan membuat pembetulan maksud sekiranya salah. Menjawab soalan berkaitan simpulan bahasa sebagai pengukuhan.

Disediakan oleh,

Sunita

( Sunita Bt. Mahmood )

8

Page 9: pengenalan bmm3117

1.3. PENDEKATAN EKLEKTIF

Merupakan satu pendekatan yang menggabungkan atau mencampurkan pendekatan induktif dan juga deduktif. Pendekatan ini amat sesuai untuk murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan pencapaian.

Pendekatan ini amat luas sifatnya dan mudah diubah. Ia juga mempunyai dua model yang boleh diguna pakai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat dilihat melalui rajah di bawah.

I ) Model 1

Contoh Generalisasi Contoh

2 ) Model 2

Generalisasi Contoh Generalisasi

9

Page 10: pengenalan bmm3117

1.3.1 Contoh Langkah Pengajaran dan Pembelajaran

Tarikh : 24.09.2011

Masa : 7.40 - 8.40

Kelas : 5 Arif

Tajuk : Surat Kiriman Tidak Rasmi

Aktiviti : i. Menyenaraikan ayat tunggal dan ayat

majmuk.

ii. Membina ayat tunggal dan juga ayat

majmuk.

Pendekatan Pengajaran bahasa Menggunakan Pendekatan Eklektif.

Langkah 1

Guru mengedarkan contoh surat kiriman tidak rasmi kepada murid-murid.

Murid membaca surat yang diedarkan.

Langkah 2

Guru menerangkan terdapat ayat majmuk dan juga ayat tunggal dalam surat tersebut.

Guru menunjukkan contoh ayat majmuk dan juga ayat tunggal serta sifat-siafat ayat tersebut.

10

Page 11: pengenalan bmm3117

Langkah 3

Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. 3 kumpulan pertama menyenaraikan ayat tunggal yang terdapat

dalam surat dan 3 kumpulan kedua menyenaraikan ayat majmuk yang terdapat surat .

Langkah 4

Ketua kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan mereka.

Guru menulis contoh-contoh ayat yang telah dibentangkan di papan tulis.

Guru dan murid tentang ayat majmuk dan juga ayat tunggal yang telah disenaraikan.

Langkah 5

Murid diminta menulis 5 ayat tunggal dan juga 5 ayat majmuk berdasarkan perkataan yang diberi guru.

Disediakan oleh,

Sunita

( Sunita Bt. Mahmood )

11

Page 12: pengenalan bmm3117

1.4 PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Pendekatan ini lebih memfokuskan pelajar. Ia mengutamakan kecekapan berkomunikasi. Ia merangkumi kecekapan bahasa iaitu penguasaan sistem bahasa serta kecekapan berkomunikasi.

1.4.1 Contoh Langkah Pengajaran dan Pembelajaran

Tarikh : 26.09.2011

Masa : 10.40 - 11.40

Kelas :5 Nilam

Tajuk : Tok Aki

Aktiviti : Menyenaraikan isi-isi penting, melengkapkan petikan dengan perkataan yang sesuai.

Pendekatan Pengajaran bahasa Menggunakan Pendekatan Komunikatif

12

Page 13: pengenalan bmm3117

Langkah 1

Bersoaljawab dengan murid tentang tempat-tempat yang pernah dilawati.

Guru mengedarkan teks cerita Tok Aki. Murid membaca teks cerita.

Langkah 2

Bersoaljawab tentang teks yang telah dibaca. Menyenaraikan tempat-tempat yang dilawati yang terdapat dalam

teks. Berbincang mengenai isi-isi penting yang terdapat dalam teks.

Langkah 3

Guru mengedarkan kad isi-isi penting. Murid diminta menyenaraikan isi-isi penting yang telah

dibincangkan. Membaca isi-isi penting yang telah ditulis.

13

Page 14: pengenalan bmm3117

Langkah 4

Guru mengedarkan petikan cerita untuk dilengkapkan oleh murid menggunakan perkataan yang sesuai.

Perbincangan tentang jawapan .

Langkah 5

Murid membaca petikan cerita berdasarkan jawapan yang telah dibincangkan secara kelas.

Menampal petikan cerita dalam buku latihan.

Disediakan oleh,

Sunita

( Sunita Bt. Mahmood )

14

Page 15: pengenalan bmm3117

PENDEKATAN DEDUKTIF

CONTOH BAHAN BANTU MENGAJAR DAN JUGA LEMBARAN KERJA

KAD CERITA MONYET YANG PINTAR

Monyet Yang Pintar

Binatang-binatang kecil di hutan tidak senang hati dengan kedatangan singa di tempat mereka. Singa itu mengaku dirinya raja walaupun sebenarnya dia bukan raja di hutan itu. Singa itu sangat ganas. Binatang-binatang di hutan tersebut mencari jalan untuk menghapuskan singa itu.

“ Biarlah saya yang pergi berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu kepadanya agar tidak menangkap haiwan di hutan ini lagi,” kata kambing tua kepada kawan-kawannya. Dia sanggup berkorban nyawa demi keselamatan rakan-rakannya.

Semasa pertemuan dengan kambing, singa itu berkata dengan angkuh.

“ Kalau kamu tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini lagi, kamu hendaklah mempersembahkan makanan kepada aku setiap hari. “ Terdiam semua binatang apabila kehendak singa itu disampaikan oleh kambing tua kepada mereka.

Naik darah kijang mendengar kata-kata singa itu. Dia berfikir sejenak lalu berkata dengan marah.

Page 16: pengenalan bmm3117

15

“ Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan kita. Kita mesti membunugnya sebelum kita menjadi mangsa seterusnya.”

“ Tapi bagaimana, kijang ?’’ sampuk arnab yang hanya berdiam diri sejak tadi.

“ Kita masih ada jalan . Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama,” kata monyet dengan berapi-api.

Esoknya, monyet pergi menyerah diri kepada singa itu.

“ Mengapa lambat, ha ? Engkau tahu tak, aku lapar ? ‘’ herdik singa.

“ Ma...ma..maafkan patik tuanku, semasa dalam perjalanan ke sini, patik telah ditangkap oleh seekor singa yang mengaku dirinua raja, ‘’ sembah monyet pura-pura ketakutan.

“ Apa ? Raja ? hanya aku raja di hutan ini ! Tunjukkan kepada ku tempat si bedebah itu. Biar akau tamatkan riwayatnya ! ‘’ kata singa dengan bengis. Panas hati singa mendengar penjelasan monyet.

Monyet pun membawa singa ke sebuah perigi. Apabila tiba di tepi perigi tersebut monyet pun berkata, “ Itu dia singa yang mengaku dirinya raja, tuanku , ‘’ Monyet menunjukkan baying-bayang singa di dalam perigi itu. Tanpa membuang masa, singa pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk membunuh Sang Singa yang dilihatnya itu. Monyet riang kerana rancangannya Berjaya.

Semenjak hari itu, binatang-binatang di hutan tersebut hidup dengan aman dan bahagia.

Page 17: pengenalan bmm3117

16

KAD AKTIVITI

Senaraikan simpulan yang terdapat dalam cerita Monyet yang Pintar.

1._________________________

2.__________________________

3.__________________________

4.__________________________

5.___________________________

6.____________________________

Page 18: pengenalan bmm3117

17

KAD PERKATAAN

cari jalan naik darah beri muka

ada hati ada jalan panas hati

berikhtiar marah ada kemahuan untuk membuat sesuatu

cara penyelesaian membiarkan

marah

Page 19: pengenalan bmm3117

18

LEMBARAN KERJA

tekad yang padu

makan dengan gelojoh

tidak tahu apa yang hendak dibuat

pemain harapan sesuatu pasukan

orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain

embun yang turun pada waktu malam

menhan lapar kerana berjimat

tidak mahu mengaku kalah

hilang tempat bergantung

Padankan simpulan bahasa di bawah dengan maksudnya.

1. Hilang akal : ______________________________________

2. Kera sumbang :_______________________________________

3. Buruk makan :_______________________________________

4. Ayam tambatan :_______________________________________

5. Bulat hati :_______________________________________

6. Embun jantan :_______________________________________

7. Tegang urat :_______________________________________

Page 20: pengenalan bmm3117

19

8. Kuku besi :_______________________________________

9. Patah kandar ;_______________________________________

10. Ikat perut :_______________________________________

Page 21: pengenalan bmm3117

20

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa terdapat pelbagai pendekatan yang perlu dan boleh digunakan oleh guru bagi memastikan semua murid menguasai kemahiran dalam subjek Bahasa Melayu.

Kesemua pendekatan yang ada mempunyai satu tujuan yang sama iaitu memastikan proses pengajaran dan juga pembelajaran berjalan dengan lancar.Sebagai seorang guru, kita harus pandai untuk memilih pendekatan yang ada berdasarkan kemampuan dan kebolehan murid-murid kita.

Guru juga harus bijak memilih strategi dan juga teknik bagi memastikan isi kandungan yang diajar kepada murid-murid tercapai.

Page 22: pengenalan bmm3117

21

Refleksi Kendiri

( Sunita Bt. Mahmood )

Syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan yang diamanahkan oleh pensyarah iaitu Encik Ruziman Omar,biarpun saya dibebani dengan tugas dan juga tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh saya sebagai seorang guru, ibu, dan juga pelajar Institut Perguruan. Tugasan ini merupakan tugasan yang pertama kali diterima dalam Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.Saya amat bertuah kerana mendapat sokongan yang padu daripada keluarga. Suami dan anak-anak seakan memahami apabila saya terpaksa meluangkan banyak masa demi menyiapkan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan oleh pensyarah.

Setelah selesai melaksanakan tugasan yang diberikan, banyak faedah dan manfaat yang saya perolehi daripadanya. Melalui penghasilan kerja kursus ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut dan terperinci tentang strategi, teknik, dan pendekatan yang terdapat dalam Bahasa Melayu serta yang boleh digunapakai untuk diajar kepada murid-murid bagi menguasai kemahiran dalam bahasa Melayu.

Di samping itu juga, tugasan ini turut menekankan kepada aspek keilmuan. Saya berkata begitu kerana melalui tugasan ini saya dapat menimba ilmu dan menambah pengetahuan tentang maklumat-maklumat yang saya perolehi semasa menyediakan tugasan ini.Tugasan ini juga telah mencelikkan minda saya bahawa betapa pentingnya strategi, kaedah dan juga pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Sebagai seorang guru Bahasa Melayu ia memberi lebih keyakinan kepada saya untuk memilih strategi, teknik, dan juga pendekatan yang perlu saya jalankan kepada anak didik saya yang mempunyai pelbagai kebolehan dan pendedahan selain daripada pengetahuan sedia ada yang tidak seberapa.

Semasa saya menyiapkan kerja kursus ini, saya tidak menghadapi banyak masalah yang besar dan ia dapat diatasi dengan bantuan buku-buku rujukan dan maklumat yang terkini dapat saya perolehi daripada perpustakaan, dan juga perbincangan dengan rakan-rakan sekerja juga sekuliah. Selain itu pensyarah yang mengajar banyak membantu saya dalam meningkatkan lagi pemahaman tentang tugasan dan akhirnya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan

Secara keseluruhannya, tugasan ini telah banyak membantu saya untuk menambahbaik strategi, teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran saya di dalam kelas. Kepelbagaian pendekatan yang saya gunakan telah memberi impak yang positif kepada murid-murid.

Page 23: pengenalan bmm3117

( Abdul Manaf Bin Abdullah )

Selesai sahaja menyiapkan tugasan ini, saya dapati banyak manfaat dan juga info yang saya perolehi daripadanya. Info yang diperolehi sewaktu menyiapkan kerja kursus ini sedikit sebanyak membantu saya untuk melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Seseorang guru perlu menguasai dengan sebaik-baiknya tentang strategi, kaedah dan juga teknik yang perlu dijalankan untuk memastikan semua anak didiknya dapat menguasai bahasa Melayu. Saya boleh memilih pelbagai teknik, kaedah dan juga pendekatan yang ada kepada anak didik saya yang mempunyai pelbagai kebolehan dan perbezaan sosio-budaya.

Sewaktu menjalankan tugasan ini juga, ia turut membantu saya memahirkan diri dan menambah pengetahuan tentang ilmu-ilmu yang berkaitan dengan strategi,teknik dan juga pendekatan yang boleh diaplikasikan di dalam kelas.

Kerjasama yang diberikan oleh pensyarah, rakan-rakan sekerja dan juga sekuliah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diiberikan.