Post on 14-Apr-2018
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 1/21
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI / TAHUN 2013
KOD KURSUS: OUMM3203
TAJUK KURSUS: PROFESSIONAL ETHICS
NO. MATRIKULASI : 750617017391001
NO. KAD PENGNEALAN : 750617-01-7391
NO. TELEFON : 0197547723
E-MEL : zarahin@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 2/21
HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN
750617017391
<OUMM3203>
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 2
DEFINISI RASUAH 3
SEJARAH RASUAH 4 – 5
TEORI BERKAITAN RASUAH 5 – 6
2.0 ANALISA EKONOMI BERKAITAN RASUAH 6 – 10
3.0 ANALISA UNDANG-UNDANG BERKAITAN RASUAH 10 - 14
4.0 ANALISA ETIKA BERKAITAN RASUAH 14 – 19
5.0 KESIMPULAN 19
RUJUKAN 20
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 3/21
HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN
750617017391
<OUMM3203>
2
1.O PENGENALAN
Ikrar Integriti Korporat dalam memerangi rasuah merupakan inisiatif penting bagi
meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia dan menarik lebih banyak pelaburan
asing (FDI) ke negara ini. Sesebuah syarikat yang menandatangani Ikrar Integriti
Korporat ini akan memastikan bahawa syarikat mereka tidak akan
terlibat dalam sebarang jenayah rasuah. Ikrar Integriti Korporat menggariskan prinsip-
prinsip yang perlu diterima pakai oleh badan-badan korporat untuk menunjukkan
komitmen mereka ke arah mewujudkan persekitaran perniagaan yang adil, telus dan
bebas dari rasuah.
Terdapat 5 prinsip dalam Ikrar ini iaitu:
i. MEMPROMOSIKAN nilai-nilai ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik;
ii. MEMPERKUKUHKAN mekanisme kawalan dalaman dengan memasukkan
elemen-elemen yang menyokong pencegahan rasuah;
iii. PEMATUHAN undang-undang serta peraturan-peraturan yang berkaitan
untuk memerangi rasuah;
iv. MEMBANTERAS sebarang bentuk amalan rasuah; dan
v. MENYOKONG inisiatif pencegahan rasuah yang diusahakan oleh Kerajaan
Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ikrar Integriti Korporat ini telah dibangunkan secara bersama oleh Institut
Integriti Malaysia (IIM), Transparency International Malaysia (TI-M) dan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sehingga bulan Disember 2011, sebanyak 61
buah syarikat korporat telah menandatangani Ikrar Integriti Korporat ini dan ianya boleh
dilayari melalui portal IIM dan SPRM.(Sumber dari: Portal Rasmi SPRM ).
Di sini dapat kita perhalusi bahawa pelaksanaan ikrar ini bertujuan untuk
mengelakkan berlakunya amalan rasuah yang boleh menyebabkan keruntuhan sesebuah
organisasi. Sekiranya amalan rasuah ini terus diamalkan bermakna ianya akan
menjejaskan kredibiliti sesebuah negara, secara tidak langsung ekonomi negara akan
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 4/21
HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN
750617017391
<OUMM3203>
3
terjejas dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Sebelum kita
melihat lebih jauh di sini kita akan membincangkan mengenai apa itu sogokan atau
rasuah.
1.1 DEFINISI
Rasuah atau sogokan atau dalam erti kata lain ialah suapan, tumbuk rusuk, makan suap,
wang saku, duit kopi, bawah meja dan sebagainya ialah satu bentuk penerimaan atau
pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana
melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.
Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.
(Portal rasmi: SPRM)
Definisi rasuah (bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk,
rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok) menurut Transparency International
rasuah ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para
politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah atau tidak menurut
undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat
handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepadamereka.
Selain itu rasuah juga ditakrifkan sebagai memberi sesuatu kepada orang-orang
yang tertentu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya.
Memberi sesuatu itu sama ada dalam bentuk wang ringgit, harta benda, jawatan,
perkhidmatan, janji manis dan sebagainya. Perkara ini diberikan kepada orang yang
tertentu yang tidak layak menerimanya.
Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P.G.Osborne memberi definisi „bribery
and corruption‟ sebagai perbuatan „giving or offering any reward to any person to
influence his conduct; or the receipt of such reward‟. John B. Saunders pula menulis
dalam kamus „Mozley and Whiteleys Law Dictionary memberi definisi „corruption is the
taking or giving of money for the performance or non performance of a public duty.
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 5/21
HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN
750617017391
<OUMM3203>
4
Perkataan rasuah itu juga berasal daripada perkataan bahasa arab yang berbunyi al-
risywah. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga
perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu.
1.2 SEJARAH RASUAH
Menurut sejarah Jepun, rasuah mula diperkatakan pada era Edo (1603-1868) yang
diistilahkan sebagai “sidepno-shito” yang bermaksud „wang dari bawah meja‟. Apabila
disebut sahaja rasuah, terbayanglah kepada kita ada dua pihak iaitu yang memberi dan
yang menerima. Sejarah rasuah bermula sejak awal kehidupan manusia bermasyarakat
lagi, iaitu pada tahap organisasi kemasyarakatan yang rumit mulai wujud.
Gejala rasuah telah membelenggu manusia sejak beribu tahun lamanya. Kegiatan
rasuah yang berlaku adalah berbeza-beza pada waktu dan tempat yang berlainan.
Terdapat banyak catatan kuno yang menceritakan tentang gejala rasuah yang telah
berlaku dimasa lalu contohnya mengenai masalah penyuapan terhadap para hakim dan
tingkah laku para pegawai pemerintah. Kegiatan rasuah ini terus menular dan berlaku
sehingga kini dan telah meninggalkan pelbagai kesan yang negatif kepada sesebuah
negara. Misalnya Empayar Rom, Empayar Uthmaniah, Dinasti Ming dan sebagainyayang tidak terurus pentadbirannya sehingga menyebabkan tentera dan kakitangan
awamnya terpaksa mengamalkan rasuah sehingga akhirnya meruntuhkan pemerintahan
negara tersebut.
Mengikut sejarah, kegiatan rasuah di negara ini berlaku sejak zaman kesultanan
Melaka lagi. Kejatuhan kesultanan Melaka di tangan orang-orang Portugis dikatakan
ekoran dari sogokan wang dan hadiah oleh tentera-tentera Portugis kepada pegawai-
pegawai tertentu yang bertugas di Istana Sultan Melaka. Kegiatan rasuah ini terus wujud
sehingga pemerintahan orang-orang British di Tanah Melayu dan dibuktikan bilamana
pentadbiran British ketika itu telah menguatkuasakan undang-undang rasuah dalam tahun
1871 di mana perbuatan menerima hadiah yang boleh disifatkan sebagainya sebagai
rasuah telah dikanunkan sebagai satu kesalahan undang-undang iaitu dalam kanun
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 6/21
HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN
750617017391
<OUMM3203>
5
kesiksaan, 1871. Kemudian budaya rasuah ini terus menular dan berlaku di Malaysia
seperti tiada jalan penyelesaiannya.
Menyedari betapa seriusnya keadaan ini, Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun
Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, berikrar untuk membanteras perbuatan rasuah hingga
ke akar umbi. Hal ini kerana rasuah adalah umpama barah yang akan meruntuhkan
negara jika tidak dibendung dengan segera.
1.3 TEORI-TEORI BERKAITAN DENGAN RASUAH
Secara umumnya, penjelasan para ahli mengenai rasuah dapat dikelompokkan menjadi
tiga bahagian:
1.3.1 Teori Kesempitan
Teori ini menjelaskan bahawa orang merasuah kerana gajinya kecil,
pendapatannya rendah, hidupnya susah tetapi kehendaknya banyak. Secara umumnya,
menurut teori ini, kesejahteraan perlu ditingkatkan dan gaji dinaikkan. Namun
masalahnya, jika teori ini benar, mengapa banyak pelaku korupsi itu ternyata orang-orang
yang kehidupannya makmur? Maka di sini dapat kita lihat bahawa gejala ini berlaku
disebabkan dua faktor utama iaitu kesempitan hidup dan yang kedua kerana bersikap
tamak. Vito Tanzi dalam kajiannya telah menyatakan bahawa walaupun bergaji tinggi
dan hidup mewah semua itu tidak akan menjamin seseorang individu itu melakukan
rasuah.
1.3.2 Teori Kesempatan
Menurut teori ini orang melakukan rasuah kerana ada kesempatan yang terhidang
di hadapan mereka. Namun begitu pada awalnya seseorang individu itu tidak mempunyai
keinginan atau rencana sama sekali untuk melakukan rasuah. Teori ini juga didapati ada
masalah. Masalah yang berlaku ialah tidak semua orang yang punya kesempatan akan
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 7/21
HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN
750617017391
<OUMM3203>
6
melakukan rasuah. Ini kerana dapat kita rumuskan di sini bahawa tidak ramai orang yang
melakukan rasuah tetapi mereka ini mudah terdedah kepada rasuah. Teori ini berpijak
pada andaian keliru ini menganggap manusia itu cenderung berbuat jahat. Jadi untuk
mengelakkan gejala ini terus menular dalam kalangan masyarakat pintu rasuah ini
hendaklah ditutup rapat-rapat atau jangan sesekali memberi peluang atau ruang walau
sedikitpun kepada kita. Iwan Fals (1986) “Otak tikus memang bukan otak udang”. Jadi
daripada kata-kata ini dapat kita kaitkan di sini otak perasuah tidak sama dengan otak
komputer.
1.3.3 Teori Kelemahan
Pendukung teori ini percaya bahawa perlakuan rasuah merebak akibat kelemahan
pentadbiran atau kepimpinan dalam sesebuah negara atau organisasi. Bentuk hukuman
yang tidak mantap menyebabkan berlakunya gejala ini selain itu juga disebabkan oleh
factor kurangnya pengawasan. Namun teori ini pada asalnya terjebak dalam logika „
muter-muter‟ alias cicular reasoning. Bahawasanya rasuah disebabkan oleh pemer intahan
yang lemah dan pemerintahan lemah disebabkan oleh rasuah. Pemerintahan mesti kuat
agar rasuah lenyap dan korupsi baru lenya bila pemerintahan kuat.
2.0 ANALISA EKONOMI KESAN DARIPADA RASUAH
Rasuah mempersulit kemajuan ekonomi apabila kecekapan menurun selain
mengubahsuaikan sistem yang selama ini diterima pakai dan efektif. Dalam sektor
swasta, perbelanjaan akan meningkat kerana wujudnya perbelanjaan "di luar akaun",
belanja perundingan dengan pejabat/jabatan yang korup (duit kopi?), dan serta risiko
pembatalan projek/konsesi. Walaupun ada yang menyatakan bahawa rasuah
mengurangkan kos kerana birokrasi berjaya "dicairkan", penyelidikan terbaru mendapati
hal demikian tidak berlaku, sebaliknya lebih tinggi lagi kosnya kerana pejabat/jabatan
korup tersebut akan membuat lebih banyak peraturan dan hambatan yang baru. Rasuah
juga menjejaskan persaingan dalam perniagaan dan pasaran seluruhnya apabila syarikat
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 8/21
HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN
750617017391
<OUMM3203>
7
tertentu yang mempunyai "hubungan" dilindungi daripada persaingan, lantas melahirkan
syarikat/industri yang tidak berdaya maju.
Jenayah rasuah dan pengelakan cukai telah menelan belanja dunia bagi negara
membangun hampir $ 6 Trilion atas dekad lalu. Dana haram terus membarah dalam dunia
hari ini yang diketuai oleh China berdasarkan satu laporan baru daripada kumpulan
pemerhati kewangan. Keadaan seperti ini jelas menunjukkan bahawa jenayah rasuah
inilah yang akan menggugat kestabilan negara pada masa akan datang. Ekonomi
sesebuah negara sudah pasti akan terjejas. Ini yang berlaku kepada negara-negara yang
sedang membangun terpaksa menentang rasuah bagi meningkatkan ekonomi. Negara
kaya dan miskin juga terpaksa berjuang bersama-sama untuk merangsang pertumbuhan
ekonomi.
Semua negara ini dapat kita perhatikan seperti negara India, Nigeria dan Filipina
kesemua ini berkaitan dengan amalan rasuah. Dalam banyak keadaan kita akan lihat
terdapat jurang luas antara warganegara kaya dan miskin serta masalah-masalah
keselamatan dalam negeri. Rasuah ini juga menyebabkan wujudnya pengaliran wang
haram. Pemimpin Group 20 ekonomi utama semakin menumpukan satu tindakan keras
terhadap penggubahan wang haram, kerahsiaan bank dan jalan keluar cukai. Kesemua ini
bertujuan untuk mengelakkan negara-negara yang sedang membangun akan terusketinggalan.
Para pakar ekonomi juga berpendapat, antara punca ekonomi beberapa buah
negara Asia dan Afrika berkembang lemah, terutama di Afrika, ialah rasuah yang
berbentuk "penagihan sewa" yang menyebabkan perpindahan penanaman modal ke luar
negara, bukannya dilaburkan di dalam negara (yang sering kali disebut orang betapa
ramai diktator Afrika mempunyai akaun bank di Swiss). Berbeza pula dengan diktator di
Asia, seperti Suharto yang sering meminta sogokan (daripada setiap biaya atau
keuntungan projek), namun lebih memberikan perhatian dalam pelaburan dalaman,
seperti dalam projek prasarana, kewangan, perbankan, dan lain-lain (yang bermanfaat
kepada rakyat jelata Indonesia).
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 9/21
HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN
750617017391
<OUMM3203>
8
Pakar daripada Universiti Massachussetts memperkirakan, dari tahun 1970 hingga
1996, "perlarian" modal 30 buah negara Sub-Sahara berjumlah sekitar US $187 bilion
(RM710.6 bilion); melebihi jumlah hutang luar negara-negara tersebut! (Hasilnya,
Mancur Olson mengutarakan model ekonomi tentang pembantutan pembangunan).
Dalam kes Afrika lagi, antara punca lain termasuklah ketidakstabilan politik; dan kerap
kali kerajaan baru yang berjaya menggulingkan pemerintah lama, merampas segala harta
kerajaan terdahulu yang diperoleh daripada rasuah. Mereka kemudiannya akan
melakukan perkara yang sama, tanpa henti, dan menyimpan hasilnya di seberang laut
untuk persiapan "masa-masa sukar".
Secara umumnya amalan rasuah atau sogokan ini sudah pasti akan menjejaskan
ekonomi. Dalam hal ini rasuah akan menganiayai orang yang sepatutnya berhak mendapat sesuatu seperti projek pembinaan dan seumpamanya. Ini akan menimbulkan
pula kesan jangka panjang di mana orang yang dianiaya akan turut melakukan rasuah
pada waktu lain agar pekerjaan yang lain pula jatuh ke tangannya.. Secara tidak langsung
pengaliran wang haram akan berlaku di sebabkan sifat tamak. Sikap ini jugalah yang
akan menyebabkan banyak pembinaan yang terbengkalai atau mudah rosak disebabkan
tidak mengikut kesesuaian spesifikasi yang ditetapkan oleh jurutera yang bertauliah.
Keadaan ini berlaku apabila kontraktor terlebih dahulu telah memberi rasuah kepada
jurutera atau arkitek. Sikap ingin cepat kaya inilah yang akan menyebabkan orang lain
teraniaya.
Nilai tawaran yang tinggi dalam sesuatu sebut harga juga menyebabkan ramai
kontraktor yang mencuba merebut peluang tender yang dibuka. Keadaan ini
menyebabkan jika agensi kerajaan tidak membuat dasar yang lengkap menyebabkan akan
berlakunya budaya rasuah dalam usaha mendapatkan tender yang dibuka. Keadaan ini
akan menyebabkan berlakunya ketidaktelusan dalam memberi peluang perniagaan
kepada orang awam. Keadaan seperti ini sudah semestinya akan menjadikan negara kita
akan menjadi tidak stabil disebabkan tiadanya keadilan dalam membuat keputusan.
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 10/21
HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN
750617017391
<OUMM3203>
9
2.1 KAJI SELIDIK PRESIDEN TRANSPARENCY INTERNATIONAL.
Berikut adalah keputusan kajiselidik yang telah dibuat oleh Datuk Paul Low Presiden
Transparency International – Malaysia yang bertajuk Separuh firma Malaysia hilang
kontrak kerana rasuah. Separuh daripada syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia
yang ditinjau telah melaporkan bahawa mereka telah kehilangan kontrak atau perniagaan
kepada pesaing kerana rasuah sepanjang tahun lalu, demikian menurut satu kajiselidik
antarabangsa.
Malaysia mempunyai nisbah tertinggi syarikat iaitu 50 peratus yang menjawab
'ya' kepada soalan tersebut. Ini berbanding dengan 47 peratus di Indonesia, 36 peratus di
India, 30 peratus di Amerika Syarikat, 27 peratus di China, 24 peratus di Nigeria, 17
peratus di United Kingdom, 10 peratus di Hong Kong, 9 peratus di Singapura - dan yang
paling rendah - 2 peratus di Jepun.
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 11/21
HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN
750617017391
<OUMM3203>
10
Secara amnya dapat kita perhatikan di sini bahawa negara yang dibebani masalah
rasuah mempunyai pasaran saham yang tidak menentu, pengawasan sistem perbankan
yang tidak cekap dan pasaran modal yang kecil. Dengan kata lain negara yang
mengamalkan rasuah membayar pada harga yang mahal untuk program pembangunannya
terutama dalam pembangunan ekonomi. Justeru itu tidak hairanlah Datuk Seri Abdullah
Haji Ahmad Badawi telah menubuhkan Institut Integriti Malaysia dan pelancaran Pelan
Integriti Nasional pada April 2004 iaitu selepas dilantik memegang jawatan Perdana
Menteri.
Berdasarkan kepada CPI 2006, Malaysia menduduki tangga ke-44 dunia
berbanding tangga ke- 39 untuk tahun 2005 dan 2004 serta tangga ke – 37 untuk 2003.
Dari segi peratusannya mata yang dicatatkan ialah 4.9 peratus, merosot jika dibandingkan
5.1 peratus untuk 2005 , 5.0 peratus 2004 dan 5.2 peratus 2003.
3.0 ANALISA UNDANG-UNDANG KESAN DARIPADA RASUAH
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang
mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) daripada pihak berkuasa atau
sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah
yang utama:
3.0.1 Meminta/Menerima Rasuah
- Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta menerima atau
bersetuju menerima suapan rasuah sebagai dorongan atau upah untuk
melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaandengan urusan rasmi, principal atau majikan berkenaan
3.0.2 Menawar/Memberi Rasuah
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 12/21
HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN
750617017391
<OUMM3203>
11
- Mana-mana orang atau ejen secara rasuah menawar atau memberi
rasuah sebagai dorongan untuk mendapatkan sesuatu peluang yang
boleh membawa keuntungan kepada sesebuah organisasi.
3.0.3 Membuat Tuntutan Palsu
- Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen member kepada
majikannya suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya
mengandungi butiran palsu yang boleh memberi keuntungan dengan
tujuan untuk mengelirukan majikannya
3.0.4 Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
- Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau
kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau
mengambil tindakan berhubung dengan apa-apa perkara mengenainya
dimana pegawai itu saudara maranya atau sekutunya sama ada
kepentingan secara langusng atau tidak langsung.
Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah
sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka
kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa
adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin
terutamanya di Amerika Latin.
Undang-undang berkaitan sogokan di United Kingdom telah dikemaskini pada
2010 di bawah akta sogokan. Akta ini dibuat adalah bertujuan untuk menjadikan syarat-
syarat 1997 Persidangan OECD lebih baik untuk mengelakkan rasuah. Perundangan yang
dibuat ini bersifat paling tegasd di dunia ini kerana satu tanggungan keras akan dikenakan
ini semua bertujuan untuk menghalang sesebuah syarikat daripada melakukan sogokan.
Apabila undang-undang ini dikemaskini secara tidak langsung akan meletakkan satu
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 13/21
HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN
750617017391
<OUMM3203>
12
beban pembuktian kepada syarikat-syarikat menunjukkan mereka mempunyai prosedur –
prosedur mencukupi di tempat kerja yang boleh menghalang sogokan.
Sogokan tempatan telah lama dikenal pasti sebagai satu jenayah dalam hampir
semua negara termasuk Malaysia. Bagaimanapun ,sogokan pegawai asing adalah satu
kejadian agak akhir-akhir ini.Kecenderungan melakukan sogokan asing telah bangun
secara mendadak disebabkan globalisasi, yang mempunyai membenarkanbagi satu
kenaikan signifikan di aktiviti-aktiviti ekonomi antarabangsa.
Dalam memberikan respons kepada kecenderungan yang semakin meningkat dan
berkaitan dengan artikel 16 United Nation Convention Against Corruption (UNCAC),
yang membuat rujukan nyata bagi sogokan bukan sahaja pegawai awam asing tetapi juga
pegawai organisasi antarabangsa awam. Malaysia sangat berkesan untuk kesalahan
sogokan awam asing dengan mengambil langkah-langkah perlu menggabungkan satu
syarat tertentu baru untuk sogokan pegawai awam asing ke dalam perundangan dalam
negeri.
Seksyen 22 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Akta 2009 mewakili
sumbangan legislatif Malaysia bagi usaha antarabangsa menjenayahkan kelakuan seperti
itu. Peruntukan menetapkan bahawa mana-mana orang yang bersendirian, atau oleh atau
sempena mana-mana orang lain memberi, janji atau tawaran, atau bersetuju untuk
memberi atau menawarkan, bagi mana-mana pegawai awam asing, atau menjadi satu
pegawai awam asing,bermohon, terima atau mendapat, atau bersetuju untuk menerima
atau cubaan memperoleh, sama ada untuk kepentingan yang pegawai awam asing atau
tentang orang yang lain, apa-apa suapan sebagai satu dorongan atau memberi ganjaran
untuk, atau sebaliknya kerana pegawai awam asing menggunakan kedudukan diamempengaruhi apa-apa perbuatan atau keputusan negara asing atau organisasi
antarabangsa awam yang pegawai menjalankan mana-mana tugas rasmi.
Pegawai awam asing mempersembahkan, setelah melakukan, atau menahan diri
daripada mempersembahkan atau membantu dalam memperolehi, mempercepatkan,
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 14/21
HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN
750617017391
<OUMM3203>
13
melambatkan,menghalang atau mencegah prestasi, mana-mana daripada tugas rasmi dia;
atau pegawai awam asing membantu dalam memperolehi atau mencegah membenarkan
mana-mana kontrak untuk kepentingan mana-mana orang melakukan satu kesalahan,
walaupun yang pegawai awam asing tidak mempunyai kuasa, betul atau peluang jadi
menunjukkan atau menahan diri, atau menerima kepuasan tanpa berniat jadi lakukan,
menunjukkan atau menahan diri, atau tidak yang sebenarnya jadi berbuat, menunjukkan
atau menahan diri, atau yang dorongan atau ganjaran bukan berkaitan dengan skop tugas
rasmi dia. Haruskah di sabitan menjadi bertanggungjawab bagi satu pemenjaraan selama
suatu tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan denda sebanyak tidak kurang daripada
lima kali jumlah atau nilai kepuasan atau sepuluh ribu ringgit, mana-mana ialah yang
lebih tinggi.
Sebagai tambahan, peruntukan menutup apa-apa perbuatan membantu dan bersubahat
di dalam suruhanjaya kesalahan,berpakat melakukan kesalahan atau cuba untuk
melakukan kesalahan. Sesetengah negara akan berhujah bahawa rasuah ialah budaya
mereka dalam memberikan hadiah yang mana di jalan mereka sendiri boleh menunjukkan
penghormatan, penghargaan atau kesyukuran, tanpa menentukan hadiah kecil dan besar
atau nilai hadiah. Maka, di Malaysia, kami mempunyai dalam perundangan kami, bukti
itu adat ialah tidak boleh diterima seperti satu pembelaan untuk satu kesalahan sogokan
satu pegawai awam asing.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Akta 2009 membekalkan bahawa bukti
seorang rakan sejenayah dan ejen provokasi boleh digunakan sebagai keterangan boleh
terima di pendakwaankesalahan sogokan pegawai awam asing. Peruntukan ini akan
menjadi tidak ternilai, sebagai suatu hanya untuk sedar rasuah itu ialah kadang-kadang
dianggap sebagai 'jenayah senyap' antara orang dewasa yang rela. Maka, jika terdapat
mana-mana mandiri menambat perhatian lain dan keterangan menyokong, maka
pemberidan penerima rasuah boleh didakwa, masing-masing. Rundinganrayuandiperkenalkan ke dalam Criminal Procedure Code di Malaysia, yang akan sekali lagi
membolehkan kerjasama pesalah-pesalah bersama di pendakwaan kesalahan-kesalahan
sogokan.
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 15/21
HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN
750617017391
<OUMM3203>
14
Selain itu , ada juga dalam skim Akta, satu peruntukan bahawa terdapat satu
tanggungjawab melaporkan semua bentuk sogokanpercubaan urusniaga dan kegagalan
lakukan begitu juga satu kesalahan, yang di sabitan menjadi bertanggungjawab bagi
denda sebanyak tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau untuk penjara selama suatu
tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-dua.
4.0 ANALISA BERETIKA BERKAITAN SOGOKAN
Etika adalah satu bidang mengenai melakukan perkara yang betul. Ahli falsafah
mendapati ia adalah subjek yang rumit. Teori etika diasaskan kepada andaian bahawa
manusia adalah rasional dan bebas membuat pilihan. Teori etika sebenarnya cuba
meningkatkan maruah, keamanan, kegembiraan dan kesejahteraan manusia. Peraturan
etika melibatkan semua orang. Ia bertujuan untuk mencapai keputusan yang baik untuk
manusia sejagat. Perilaku yang tidak beretika, walaupun tidak melanggar undang-undang
boleh menjejaskan kerjaya dan reputasi kita. Etika juga merupakan satu disiplin ilmu
yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan
manusia yang betul
Greek ethos French dan Granrose (1995) : set panduan/peraturan bertingkahlaku
menyelesaikan konflik terhadap keinginan Buchnolz (1989) : sistem – panduan
tingkahlaku Shea (1988 : 17) : prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau
profesion dan sebagai satu standard tingkahlaku.
4.1 PERKEMBANGAN TEORI ETIKA
Etika bermula di zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanya memberikan
tumpuan kepada kebaikan moral. Socrates (469-399 B.C.) menggunakan pendekatan
yang mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya untuk berfikir tentang kebaikan dan
kesihatan roh. Idea utama Socrates tentang etika adalah berhubung dengan menyakinkan
orang agar berakhlak mulia. Socrates mengatakan bahawa kebahagian adalah mustahil
diperoleh tanpa memiliki kebaikan moral dan tindakan yang tidak beretika akan
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 16/21
HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN
750617017391
<OUMM3203>
15
mengganggu orang lain malah beliau menganggap orang yang tidak beretika sebagai
orang yang lemah dan mempunyai psikologi yang tidak sihat.
Plato (428-348B.C.) mengkaji hubungan etika dan personaliti manusia. Kebaikan
moral adalah suatu imbangan dan harmoni di kalangan perbezaan yang wujud dalam roh.
Kebaikan moral sebagai suatu keperluan terhadap kesihatan roh tetapi kebaikan yang
sejati adalah sukar dicapai. Mengikut Plato kebaikan moral adalah berada di bahagian
dalaman intelektual. Aristotle (384-322B.C.) pula, beliau melihat kebaikan moral agak
berbeza daripada Plato dan Socrates di mana beliau menyatakan bahawa kebaikan moral
mempunyai hubungan yang sedikitdengan intelektual tetapi lebih kepada sifat (character)
atau personaliti.
Plato dan Socrates juga mengatakan beretika itu mempunyai hubungan yang rapat
antara kebaikanmoral dan personaliti yang sihat. Bagaimanapun ketiga-tiga ahli falsafah
ini berpendapat bahawa kebajikan seseorang itu bergantung sepenuhnya dan berada
dalam tangan. Sekiranya etika dahulu menekankan kebaikan moral dan rasionalnya, etika
moden banyak menfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika menerusi tindakan.
Etika moden telah membentuk dua persaingan iaitu :
1. tindakan yang mempunyai sifat etika dalaman dan memerlukan status
moral daripada akibat (consequences) yang dibuat
2. tindakan itu sama ada betul atau salah. Dahulunya ia dikenali sebagai
Teologikal dan sekarang dikenali dengan Deontologikal iaitu pendekatan
kepada etika.
4.2 TEORI UTILITARIANISME
Teori ini merupakan suatu aliran atau dimensi di bawah teori etika Teologikal yang jugadikenali sebagai consequentialism. Ia adalah doktrin moral yang mengkehendaki manusia
supaya bertindak untuk menghasilkan kebaikan secara maksimum. Kebaikan ini
termasuklah kegembiraan atau keseronokan kepada semua pihak Tindakan dikatakan
sebagai bermoral jika ia menghasilkan kegembiraan yang maksimum. Jeremy Bentham
(1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873) adalah dua orang tokoh yang dikaitkan
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 17/21
HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN
750617017391
<OUMM3203>
16
dengan teori ini. Bentham mengenalpasti 7 elemen yang perlu dipertimbangkan untuk
mengukur keseronokanmencipta kalkulus Hedonistik Bentham yang memberi skala
antara – 10 hingga +10. Elemen yang dimaksudkan oleh Bentham ialah intensiti, jangka
masa, kepastian, kesegeraan,kesedaran, keberkesanan dan had atau batasan.
1. Intensiti bermaksud kedalaman. Sejauhmanakah dalamnya kesan pengalaman
terhadap seseorang.
2. Jangka masa. Berapa lamakah keseronokan atau kesengsaraan akan berakhir?
3. Kepastian. Adakah anda pasti sama ada mengalami keseronokan atau
kesengsaraan akibat sesuatu yang berlaku.
4. Kesegeraan. Kepantasan anda mengalami rasa seronok atau sebaliknya.
5. Kesedaran. Apakah kemungkinan anda mengalami rasa seronok pada masa
akan datang?
6. Keberkesanan. Apakah kemungkinan anda mengalami rasa sengsara pada masa
hadapan? Mangsa tragedi selalunya sentiasa berasa takut dan risau
7. Had atau batasan. Berapa kerapkah kesengsaraan dan keseronokan dicetuskan
dalam kehidupan orang lain?
Daripada persoalan yang dikemukakan ini dapat kita rumuskan bahawa amalan
sogokan ini merupakan satu perlakuan salah kerana amalan ini akan memudaratkan orang
lain. Seperti yang kita sedia maklum utilitarian ialah memberikan sebanyak mungkin
kebaikan kepada masyarakat majoriti. Oleh itu amalan sogokan ini mestilah dibanteras
dengan pelaksanaan undang-undang yang rapi.
4.3 TEORI ETIKA TELEOLOGIKAL KLASIK: UNIVERSALISME
Teori etika ini menyatakan nilai moral suatu perlakuan tidak boleh dinilai ke atas
kesudahan ini kerana kesudahannya tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya
semasa perlakuan tersebut dibuat. Nilai prinsip bermoral sesuatu perlakuan sebaliknya
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 18/21
HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN
750617017391
<OUMM3203>
17
harus bergantung kepada niat seseorang itu yang membuat keputusan atau tindakan.
Sekiranya anda mempunyai niat yang baik terhadap orang lain, ini menunjukkan anda
mempunyai moral yang patut dipuji walaupun secara tidak sengaja walaupun anda juga
sering kali menyakiti orang lain dengan sikap anda yang cuai.
Daripada teori ini dapat kita kaitkan bahawa dalam konsep ini sekiranya kita
memberi hadiah kepada seseorang itu hendaklah dianggap sebagai satu sumbangan
dengan penuh keikhlasan. Hal ini akan dapat mengelakkan kita daripada mengharapkan
apa-apa balasan. Jika seseorang itu mengharapkan balasan di sinilah akan bermulanya
amalan sogokan. Oleh itu apa sahaja yang kita lakukan kepada seseorang sebaik-baiknya
kita cuba elakkan diri kita daripada meminta balasan. Inilah yang menyebabkan teori ini
masih lagi belum mantap kerana kita sukar untuk memenuhi kehendak orang lain.
4.4 TEORI KEADILAN PEMBAHAGI
Utilitarianisme atau universalisme tidak dapat mengadili sesuatu perlakuan bermoral di
dalam setiap keadaan . Teori ini merupakan suatu etika moden yang berdasarkan kepada
konsep nilai tambah terhadap kedua-dua konsep teori klasik. John Rawls berpendapat
secara eksplisit berdasarkan kepada keutamaan suatu nilai tunggal iait keadilan. Keadilan
satu sifat baik yang menjadi teras kepada pembentukan sosial, contohnya kebenaran
adalah yang paling utama di dalam suatu sistem pemikiran. Kita dapat melihat bahawa
konsep keadilan dalam rasuah pasti berlaku ini kerana apabila sesorang itu akan cuba
membalas jasa seseorang telah membantu mereka. Oleh itu dalam teori ini akan
mengingatkan kita agar berhati-hati semasa menerima balasan daripada seseorang.
4.5 TEORI KEBEBASAN PERIBADI
Sistem ini memberi keutamaan kepada suatu nilai tunggal daripada suatu prinsip tunggal
iaitu kebebasan. Kebebasan menjadi keutamaan yang perlu derlebih difikirkan terlebih
dahulu bagi memenuhi keperluan masyarakat. Adat atau pendirian yang mencabuli
kebebasan individu atau undang-undang harus ditolak walaupun ianya mampu
memberikan kebahagian dan manfaat kepada yang lain. Teori ini diperluaskan lagi
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 19/21
HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN
750617017391
<OUMM3203>
18
kepada suatu sistem eika untuk membuat penilaian terhadap tingkah laku. Individu
berhak membuat pilihan sepenuhnya untuk mencapai hala tuju mereka sendiri. Pilihan ini
akan dikira adil, betul atau wajar selagi pilihan yang sama juga turut diberikan kepada
orang lain. Keadilan bergantung kepada peluang sama rata untuk membuat pilihan dan
pertukaran. Namun peruntukan di atas tidak sama untuk kekayaan dan pendapatan.
Berdasarkan teori ini dapat kita rumuskan bahawa teori ini memberikan
kebebasan kepada individu untuk menilai sama ada sogokan itu merupakan satu nilai
yang boleh memberi keuntungan atau keruntuhan kepada diri atau masyarakat. Secara
tidak langsung seseorang individu itu mempunyai kebebasan berfikir dengan membuat
penilaian yang terbaik untuk mengelakkan diri daripada melakukan atau menerima
rasuah. Dalam konteks yang sebenar seseorang itu akan berusaha mencari jalan yangterbaik bagi mengelakkan diri melakukan rasuah. Namun begitu dalam persaingan dari
segi ekonomi pada hari ini ramai yang menggunakan kebebasan peribadi semata-mata
untuk mendapat keuntungan segera.
Secara keseluruhannya dapat kita rumuskan di sini bahawa keempat-empat teori
ini ada kebaikan dan ada keburukannya. Kebaikan dari satu sudut teori ini dapat
membantu kita membezakan sesuatu pemberian itu sama ada rasuah atau hadiah. Konsep
rasuah atau sogokan yang kita sedia maklum seseorang itu memberi sesuatu kepadaorang-orang yang berkepentingan untuk mendapatkan sesuatu projek yang boleh
membawa keuntungan kepada syarikat mereka. Dalam satu hal yang lain pula orang
berkepentingan itu pula meletakkan syarat kepada orang perseorangan agar memberikan
sesuatu agar projek itu menjadi milik individu tersebut.
Dalam hal yang lain pula sesuatu tender itu akan dibuat secara terbuka agar semua
pihak bebas menawarkan perkhidmatan yang akan diberikan. Pada masa ini jika sesebuah
syarikat itu Berjaya mendapatkan projek tersebut, syarikat itu memberikan sesuatu
kepada orang berkepentingan sebagai satu hadiah kemenangan. Namun hadiah itu
hendaklah diberikan secara sama rata kepada ahli-ahlinya yang lain. Ini bertujuan untuk
mengelakkan berlakunya salah faham dalam sesebuah organisasi agar hadiah yang
diberikan itu tidak dianggap rasuah. Segala dokumen atau profil syarikat yang Berjaya
juga hendaklah didedahkan agar syarikat tersebut tidak membuat kerja sekadar untuk
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 20/21
HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN
750617017391
<OUMM3203>
19
mendapatkan keuntungan sahaja. Begitu juga halnya dengan pihak yang menegakkan
undang-undang agar dapat mengelakkan diri daripada menerima rasuah. Ini bertujuan
untuk mengelakkan perbuatan buruk seperti membunuh, mengedar dadah, penyeludupan,
aduan kes rasuah tidak dapat diselesaikan.
5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya dapat kita perhatikan di sini bahawa amalan sogokan atau
rasuah ini akan banyak membawa kepada masalah sosial yang serius jika gejala ini tidak
dapat ditangani dengan berkesan. Sehubungan itu badan yang bertanggungjawab
hendaklah melaksnanakan tugas dengan penuh integriti tanpa mengira pangkat dankedudukan seseorang individu. Ini kerana kita tahu bahawa rasuah itu ialah satu barah
yang boleh memusnahkan ekonomi dan pentadbiran negara. Kesan rasuah kepada
individu ialah seseorang individu itu akan kehilangan pekerjaan dan kejatuhan moral dan
maruah akan tercalar. Ini berlaku kepada seorang bekas Menteri Besar yang telah
ditangkap atas tuduhan menerima rasuah. Secara tidak langsung kredibiliti beliau sebagai
orang yang berpengaruh telah terjejas. Rasuah juga menyebabkan ketidakadilan dalam
sesebuah masyarakat ini kerana terdapat sikap mengenepikan hak-hak orang tertentu.
Seterusnya menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah. Keadaan in akan
mewujudkan golongan yang kaya semakin kaya dan yang miskin terus miskin. Oleh
sebab itu Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah menubuhkan Institut Integriti
Malaysia dan pelancaran Pelan Integriti Nasional pada April 2004 iaitu selepas dilantik
memegang jawatan Perdana Menteri. Penubuhan ini bertujuan untuk mengelakkan
amalan rasuah yang semakin membarah dalam masyarakat. Seterusnya dengan
penubuhan ini juga diharap dapat meningkatkan kecekapan dan integriti pentadbiran.
Seterusnya akan menstabilkan politik dan keselamatan. Adalah diharapkan juga agar
amalan rasuah ini akan terus dibanteras agar dapat menjadikan negara berada dalan
prestasi yang baik dan rakyatnya yang sentiasa produktif untuk meningkatkan ekonomi
negara. Dengan cara itu sahajalah negara akan menjadi lebih aman dan rakyat yang
harmoni.
7/27/2019 Oumm3203 Profesional Ethics
http://slidepdf.com/reader/full/oumm3203-profesional-ethics 21/21
HISHAMMUDDIN BIN OTHMAN
750617017391
<OUMM3203>
20
Rujukan:
Abd. Khalil Abdul Manap.(1974) Satu Taipologi Rasuah di Malaysia. Hlm
37 .
Bertrand De Speville. (2004). Overcoming Corruption. Hlm 78.
Hussain Mohamad. (2003). Gejala Rasuah : Mewah, Bergaya, tetapi Celaka
Padahnya. Hlm 63.
Ismail Awang. (1999). Gejala Rasuah dalam Budaya Kerja. Hlm 43.
Kamarudin Arim. (2004). Kajian Kes Tentang Rasuah di Malaysia. Hlm 92.
Mohd Yusuf Bahir. (2007). Kuasa pemangkin Rasuah. Hlm 35.
Mohd. Nordin Ahmad. (1995). Masyarakat Melayu. Budaya Rasuah danPenyelesaiannya. Hlm 13.
Noor Sul ast ry Yurni Ahmad. (2011). Ba rah Rasuah dan Trans fo rmasi di
Malaysia.
Rasidah Abdul Rasyid. (1990). Rasuah:Satu Kajian Mengenai Sebab -Sebab
Berlakunya Rasuah.
Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 175.
Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 184.