Post on 25-Nov-2020
Pakej Generasi Perintis
1
Perhatian:
• Slaid-slaid ini bertujuan untuk memberikan gambaran umum tentang Pakej Generasi Perintis dan tidak boleh dianggap sebagai mewakili butir-butir pakej secara keseluruhan
• Slaid-slaid disiapkan oleh Kementerian Kewangan dan maklumat dianggap betul pada 11 Jun 2014
2
Pakej Generasi Perintis: Mesej-mesej utama dan tujuannya
3
Menghargai Generasi Perintis kita
• Tujuannya ialah untuk mengiktiraf dan menghargai pengorbanan Generasi Perintis kita – Mengiktiraf sumbangan generasi yang istimewa yang telah
membangunkan Singapura – Oleh itu tidak akan membeza-bezakan mereka mengikut
pendapatan atau kemampuan mereka
• Siapakah anggota-anggota Generasi Perintis kita?
– Rakyat Singapura yang berumur 16 tahun atau lebih pada 1965; dan
– Menjadi rakyat Singapura pada atau sebelum 31 Disember 1986
• Kira-kira 450,000 warga emas akan mendapat manfaat
4
Panel Rayuan
• Akan mempunyai panel rayuan
– Untuk mereka yang hampir-hampir memenuhi kriteria yang ditetapkan, dan mempunyai sebab-sebab yang kuat untuk menuntut supaya digolongkan sebagai Generasi Perintis
• Panel Rayuan akan ditubuhkan
– Butir-butir lanjut tentang bagaimana hendak membuat rayuan akan diumumkan
5
Mengapa Pakej ini ditumpukan kepada Penjagaan Kesihatan
• Penjagaan kesihatan ialah keprihatinan utama rakyat Singapura yang lanjut usia
• Rakyat Singapura yang lanjut usia mempunyai
simpanan Medisave yang lebih rendah berbanding dengan generasi muda
• Membolehkan anggota-anggota keluarga menggunakan sumber-sumber untuk keperluan lain
Para perintis dan anggota-anggota keluarga mereka
tidak perlu bimbang tentang kos penjagaan kesihatan Generasi Perintis
6
Faedah-faedah pakej ini ialah tambahan kepada bantuan penjagaan kesihatan yang ada sekarang
7
Pesakit yang dimasukkan ke
hospital subsidi sehingga 80%
Poliklinik: Warga emas mendapat lebih banyak subsidi
Belanjawan 2014: Subsidi- subsidi baru di Klinik Pakar Pesakit Luar untuk 400,000
rakyat Singapura
Penjagaan jangka panjang: Subsidi sehingga 80% ;
Bayaran wang tunai ElderShield/Program Bantuan Sementara untuk Orang Lanjut
Usia Kurang Upaya (IDAPE)
Baucar GST-Medisave Membantu 370,000 rakyat Singapura yang lanjut usia
Skim Bantuan Kesihatan
Masyarakat (CHAS): Skim subsidi penjagaan asas yang boleh
dipindahkan diperluaskan kepada 600,000 rakyat Singapura di semua
peringkat umur
MediShield Sepanjang Hayat: Perlindungan universal
seumur hidup dengan faedah-faedah yang lebih baik
Komponen Pakej Generasi Perintis
8
Ciri-ciri Utama
• Faedah-faedahnya adalah untuk seumur hidup
• Faedah-faedah istimewa untuk Generasi Perintis tidak dibeza-bezakan mengikut pendapatan kerana matlamat kami ialah menghargai sumbangan-sumbangan Generasi Perintis
• Para perintis yang lebih tua mendapat lebih banyak faedah
9
Tiga komponen utama
10
Subsidi yang besar untuk premium MediShield Sepanjang Hayat
Lebih banyak penjimatan dengan tokokan Medisave
Lebih banyak subsidi untuk penjagaan pesakit luar
(1) Lebih banyak bantuan untuk penjagaan pesakit luar • Potongan 50% lagi untuk rawatan bersubsidi di
klinik-klinik pakar pesakit luar dan poliklinik-poliklinik – Subsidi untuk perkhidmatan mulai September 2014,
subsidi untuk ubat-ubatan mulai Januari 2015
• Semua akan menerima subsidi CHAS
• Bantuan untuk Orang Kurang Upaya sebanyak $1,200 tunai setiap tahun bagi mereka yang mengalami tahap kurang upaya sederhana dan teruk
11
Subsidi-subsidi CHAS yang Dipertingkat
12
CHAS Biru CHAS Jingga
CHAS bagi Generasi
Perintis
Kriteria Untuk Layak - Pendapatan per kapita bulanan
keluarga
$1,100 dan ke bawah
$1,101 hingga $1,800
Tidak berkenaan - Nilai Tahunan rumah (hanya
untuk keluarga yang tidak berpendapatan)
$13,000 dan ke bawah $13,001 hingga
$21,000
Penyakit biasa $18.50 setiap kali
pergi ke klinik Tidak berkenaan
$28.50 setiap kali pergi ke klinik
Penyakit-penyakit kronik di bawah Program Pengurusan Penyakit Kronik (CDMP)
Tidak rumit $80 setiap kali pergi ke klinik, dihadkan pada $320 setahun
$50 setiap kali pergi ke klinik, dihadkan pada $200 setahun
$90 setiap kali pergi ke klinik, dihadkan pada $360 setahun
Rumit $120 setiap kali pergi ke
klinik, dihadkan pada $480 setahun
$75 setiap kali pergi ke klinik, dihadkan pada $300 setahun
$135 setiap kali pergi ke klinik, dihadkan pada $540 setahun
Klinik-klinik pergigian yang tertentu
$11 hingga $256.50 bagi setiap prosedur
$65.50 hingga $170.50 bagi setiap
prosedur
$21 hingga $266.50 bagi setiap prosedur
Untuk keterangan lanjut, lungsuri www.chas.sg.
(2) Tokokan Medisave
• Tokokan tahunan sebanyak $200 hingga $800
• Orang lanjut usia boleh gunakan sebahagian daripada wang Medisave secara lebih fleksibel untuk banyak jenis rawatan pesakit luar
13
Tahun Kelahiran (Umur pada 2014)
Tokokan Tahunan Medisave
1945-1949 (65-69) $200
1940-1944 (70-74) $400
1935-1939 (75-79 ) $600
1934 dan sebelumnya (80+) $800
(3) Subsidi untuk Premium MediShield Sepanjang Hayat
14
• MediShield Sepanjang Hayat akan memberi perlindungan kepada semua anggota Generasi Perintis untuk seumur hidup, termasuk mereka yang sekarang sudah menghidapi penyakit
• Premium akan menjadi sangat dimampui oleh Generasi Perintis
• Subsidi-subsidi khas bagi premium – Subsidi naik mengikut umur
– Bermula daripada 40% pada usia 65 dan naik sehingga ke maksimum 60% pada usia 90
Keluarga Generasi Perintis Yang Sudah Bersara
15
Encik Tan dan isteri (pesara, berusia awal 80an)
Perlindungan Jumlah Premium bagi keluarga Encik Tan
MediShield Sekarang $187/sebulan
MediShield Sepanjang Hayat (2015)
$94/sebulan
Premium dibantu dengan Tokokan Medisave Generasi Perintis
Manfaat daripada kedua-dua subsidi MediShield Sepanjang Hayat dan tokokan Medisave
Untuk Generasi Perintis yang berusia 80 tahun dan ke atas pada 2014
(dilahirkan pada dan sebelum 1934)
• Premium MediShield Sepanjang Hayat dibayar
sepenuhnya
Untuk Generasi Perintis yang lebih muda (contohnya berusia 70 tahun
pada 2014)
• Bayar kira-kira separuh sahaja daripada premium yang dibayar sekarang untuk MediShield Sepanjang Hayat, jika sekarang ini mendapat perlindungan MediShield
16
Ringkasan Pakej
• Subsidi Pesakit Luar – Potongan 50% lagi ke atas bayaran rawatan yang
bersubsidi di Klinik-klinik Pakar Pesakit Luar (SOC) dan poliklinik-poliklinik
– Semua Generasi Perintis akan menerima subsidi CHAS
– Bantuan untuk Orang Kurang Upaya sebanyak $1,200 tunai setiap tahun
• Tokokan tahunan Medisave sebanyak $200 hingga $800
• Subsidi khas untuk premium MediShield Sepanjang Hayat – Bermula daripada 40% pada usia 65, meningkat kepada 60% pada
usia 90 17
Dana Generasi Perintis
• Pemerintah akan menubuhkan Dana Generasi Perintis dengan peruntukan sebanyak $8 bilion
• Adalah betul dan bijak untuk mengetepikan wang pada hari ini ketika kita mempunyai sumber-sumber yang cukup
• Memberi jaminan kepada Generasi Perintis bahawa Singapura akan menunaikan komitmennya terhadap mereka
18
Lebih Banyak Bantuan untuk Rakyat Singapura Yang Lanjut Usia
• Tokokan Medisave CPF selama 5 Tahun sebanyak $100-$200 setiap tahun mulai Ogos 2014
– Untuk rakyat Singapura yang lahir pada 1959 atau lebih awal (iaitu 55 tahun dan ke atas pada tahun ini)
– Bagi mereka yang tidak menerima Pakej Generasi Perintis
• Baucar GST – Tunai: Bonus Warga Emas sekali sahaja sebanyak $100-$250 mulai Ogos 2014
– Untuk semua rakyat Singapura berusia 55 dan ke atas pada 2014
– Bergantung pada pendapatan tahunan dan nilai tahunan rumah
– Untuk Perintis dan juga bukan Perintis
• Kadar caruman CPF dinaikkan
• Pelepasan ibu bapa dan ibu bapa cacat yang dipertingkatkan
19
Lebih Banyak Bantuan untuk Rakyat Singapura Yang Lanjut Usia
• Penggunaan Medisave yang lebih fleksibel
– Sehingga $300 setahun untuk imbasan-imbasan pesakit luar (menjelang suku pertama 2015)
– Skim Medisave Fleksibel (menjelang separuh pertama 2015) • Semua orang lanjut usia berusia 65 tahun dan ke atas (bukan sahaja
Generasi Perintis) boleh menggunakan sehingga $200 setahun untuk rawatan-rawatan perubatan pesakit luar di Klinik-klinik Pakar Pesakit Luar dan poliklinik-poliklinik sektor awam dan klinik-klinik di bawah Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS)
20
Bantuan untuk membayar kos penjagaan kesihatan – perkhidmatan rakyat Singapura
• Subsidi yang lebih tinggi untuk perkhidmatan-perkhidmatan di klinik-klinik pakar pesakit luar untuk golongan berpendapatan rendah dan pertengahan mulai September 2014
21
Pendapatan per kapita keluarga
Nilai tahunan rumah
(untuk mereka yang tidak mempunyai
pendapatan)
Sekarang Disemak
Sehingga $1,100 Sehingga $13,000
50%
70%
$1,101 hingga $1,800
$13,001 hingga $21,000 60%
Lebih daripada $1,800
Lebih daripada $21,000 50%
Bantuan untuk membayar kos penjagaan kesihatan – ubat-ubatan rakyat Singapura
• 13 ubat lagi diberi subsidi mulai April 2014
• Subsidi ubat lebih tinggi untuk golongan berpendapatan rendah dan pertengahan di poliklinik-poliklinik dan klinik-klinik pakar pesakit luar mulai Januari 2015
– Subsidi sebanyak 75% untuk semua ubat biasa
22
Bagaimana dan bila Perintis boleh mendapat faedah-faedah ini
23
Menerima Pakej Ini
• Secara automatik untuk:
– Subsidi-subsidi CHAS, Klinik Pakar Pesakit Luar dan Poliklinik (tunjukkan Kad Generasi Perintis)
– Tokokan Medisave (selagi mereka adalah anggota CPF atau telah mendaftar untuk menerima Baucar GST)
24
Menerima Pakej Ini
• Untuk Skim Generasi Perintis Kurang Upaya (PioneerDAS) – Untuk para Perintis yang memerlukan bantuan berterusan untuk
melakukan sekurang-kurangnya tiga Kegiatan Kehidupan Harian, yang ditentukan melalui penilaian fungsian oleh penilai yang berkelayakan*
– Para Perintis Kurang Upaya yang sekarang ini membuat tuntutan atau menerima bantuan melalui Eldershield, Program Bantuan Sementara untuk Orang Lanjut Usia Kurang Upaya (IDAPE) atau Geran Pembantu Rumah Asing tidak perlu membuat permohonan kerana mereka akan disertakan secara automatik. Mereka akan menerima surat yang memaklumkan mereka mengenai kelayakan dan butir-butir bayaran pada Jun 2014.
*Sebarang doktor yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Singapura boleh membuat penilaian
25
Menerima Pakej Ini
• Untuk Skim Bantuan Generasi Perintis Kurang Upaya (PioneerDAS)
– Permohonan untuk orang awam bermula dari 1 Julai 2014
– Wang akan mula diberi mulai September 2014
– Skim ini dikendalikan oleh Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC)
– Untuk mendapatkan butir-butir skim, borang permohonan dan senarai klinik yang menjalankan penilaian fungsian, hubungi AIC di 1800 650 6060, lungsuri www.silverpages.sg atau emel AIC di pioneerDAS@aic.sg
26
Bila Apa yang berlaku Apa yang Perintis perlu lakukan?
Jun 2014 Surat-surat dihantar kepada Generasi Perintis: i) Memberitahu mereka yang
mereka akan menerima Pakej Generasi Perintis; dan
ii) Berapa banyak tokokan Medisave yang mereka akan terima.
Kebanyakan Perintis akan menerima tokokan secara automatik dan mereka tidak perlu melakukan apa-apa. Sebilangan kecil Perintis perlu menghubungi Lembaga CPF untuk membuka akaun CPF.
Julai 2014 Tokokan Medisave dimasukkan ke akaun Medisave
Tidak perlu melakukan apa-apa
Menjelang September 2014
i) Kad Generasi Perintis dihantar kepada Perintis.
Para Perintis hendaklah membawa kad Generasi Perintis apabila mereka pergi ke klinik-klinik CHAS, poliklinik-poliklinik, dan klinik-klinik pakar pesakit luar. Proses-proses pendaftaran yang lain tetap sama.
Mulai 1 September 2014
i) Subsidi-subsidi tambahan untuk rawatan/perkhidmatan di poliklinik-poliklinik dan klinik-klinik pakar pesakit luar.
ii) Subsidi-subsidi CHAS tambahan di klinik-klinik swasta dan klinik-klinik pergigian yang menyertai CHAS.
iii) Skim Bantuan Orang Kurang Upaya mula dilaksanakan.
Januari 2015 Subsidi-subsidi tambahan untuk ubat-ubatan biasa di poliklinik-poliklinik dan klinik-klinik pakar pesakit luar.
Kami perlukan bantuan anda!
• Bantulah dengan mendekati Perintis yang anda kenali:
– Beritahu mereka bahawa mereka akan menerima bantuan untuk kos penjagaan kesihatan mereka
– Beri maklumat umum mengenai Pakej Generasi Perintis
• Beri maklum balas mengenai bagaimana usaha-usaha perhubungan dan pendekatan untuk Pakej Generasi Perintis boleh dipertingkatkan
28
Bagaimana Hendak Menghubungi Kami
29
Hubungi kami
Pakej Generasi Perintis 1800-2222-888
contactus@pioneers.gov.sg
pioneers.sg
Sesi Soal dan Jawab
30
Peluang-peluang untuk Masa Depan
Jaminan untuk Warga Emas Kita