Post on 14-Jan-2016
description
PENILAIAN KURSUS
(PPGPJJ)
SMU3053
ALJABAR ASAS
Sem 2
2014/15
ENCIK ABDUL HALIM BIN AMAT JABATAN MATEMATIK
FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK
1.0 PENGENALAN
Kursus ini membincangkan tentang sejarah dan penyelesaian menggunakan aljabar dalam
menyelesaikan masalah seharian, konsep-konsep asas operasi polinomial, persamaan kuadratik,
sistem persamaan linear; matrik dan penggunaannya, jujukan dan siri, janjang aritmetik dan
janjang geometri, teorem Binomial; hubungan, fungsi dan graf, lanjutan Geometri Koordinat.
2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
Di akhir kursus SMU3053/SRM3033, anda diharap dapat:
1. Menganalisis penggunaan aljabar dalam penyelesaian masalah seharian. (C4, A3) 2. Mengenali sifat-sifat polinomial serta operasi aljabar terhadapnya. (C2) 3. Menggunakan janjang aritmetik dan janjang geometri dalam menyelesaikan masalah. (C3,
LL3)
4. Menggunakan kaedah matriks dalam penyelesaian bagi suatu persamaan linear. (C3) 5. Menggunakan hubungan, fungsi dan operasinya dalam menyelesaikan masalah. (C3, CT5) 6. Mengenal pasti persamaan dan lakaran graf bagi keratan-keratan kon seperti bulatan,
parabola, elips dan hiperbola. (C3, P3)
3.0 PENILAIAN KURSUS
3.1. Pemberatan
Kategori Pemberatan
Kerja kursus 60%
Peperiksaan Akhir 40%
JUMLAH 100%
3.2. Agihan Pemberatan Kerja Kursus
Bentuk Kerja
Kursus
Jenis
Tugasan
Agihan Markah
(Peratus)
Individu Tugasan 1
Tugasan 2
20
20
E-Forum 20
JUMLAH 60
4.0 BENTUK KERJA KURSUS SECARA INDIVIDU
i. Kursus SMU3053 ini mengandungi Tugasan 1, Tugasan 2 dan E-Forum.
ii. Jawab SEMUA tugasan tersebut.
iii. Tugasan 1 dan Tugasan 2 yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar kepada pensyarah E-Learning melalui pautan yang disediakan dalam myGuru3. Untuk E-
Forum, sila baca arahan yang telah disediakan di bawah.
iv. Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Penilaian Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja
kursus anda.
TUGASAN
SOALAN
MARKAH
TARIKH AKHIR
MENGHANTAR
TUGASAN
Tugasan 1
SILA RUJUK TUGASAN 1.
30
(20%)
12 April 2015
Tugasan 2
SILA RUJUK TUGASAN 2.
30
(20%)
10 Mei 2015
Perhatian:
Segala perkara yang berkaitan dengan tugasan adalah merujuk dan mengikut arahan pensyarah E-
Learning anda.
TUGASAN 1
ARAHAN: Tugasan 1 mempunyai TIGA soalan. Jawab SEMUA soalan.
1. (a) Berikan takrif persamaan kuadratik dan tiga contoh persamaan kuadratik. Persamaan
kuadratik boleh diselesaikan dengan menggunakan kaedah pemfaktoran,
melengkapkan kuasa dua, menggunakan formula kuadratik, menggunakan graf dan
beberapa cara yang lain lagi. Bagi setiap kaedah yang disebutkan di atas, tunjukkan
cara penggunaannya dengan memberikan contohcontoh yang sesuai. Berikan juga
kelebihan dan kekurangan bagi SETIAP kaedah tersebut.
(5 markah)
(b) Selesaikan ketaksamaan berikut:
i. .12
345
x
ii. .61110 2 xx
(5 markah)
2. (a) Diberi bahawa
52
41
23
A dan
.96
71
B
Carikan yang berikut
(i) A2
(ii) AB
(iii) B2
(iv) BA
(5 markah)
(b) Selesaikan Sistem Persamaan Linear berikut menggunakan Petua Cramer.
(5 markah)
TUGASAN 1
3. (a) Gaji pokok yang diterima oleh seorang guru apabila beliau mula bekerja adalah RM2,300
sebulan. Jika kenaikan tahunan yang diterima ialah RM175, berapakah gaji bulanan yang
diterima pada tahun ke-8? Berapa tahun perlu guru tersebut bekerja untuk memperolehi
gaji bulanan melebihi RM5000?
(5 markah)
(b) Kirakan jumlah yang berikut:
(i) 8 + 19 + 30 + . . . +16,805. (ii) 2 + 11 + 20 + . . . +16,058.
(iii) ...
8
1
4
1
2
11
(iv) ...4822
(5 markah)
TUGASAN 2
ARAHAN: Tugasan 2 mempunyai DUA soalan. Jawab SEMUA soalan.
1. (a) Diberi
dan g
Cari
i.
ii.
iii.
iv.
(10 markah)
(b) Diberi fungsi
i. Apakah jenis fungsi ? ii. Dapatkan nilai untuk iii. Plotkan titik-titik untuk mendapatkan graf fungsi iv. Nyatakan dan
(10 markah)
2. Lakarkan graf bagi persamaan elips 16 9 (10 markah)
ARAHAN FORUM
1. Jawab SEMUA soalan perbincangan (ada 4 soalan semuanya) yang dimuat naik ke
ruangan forum(group forum) di MyGuru3.
2. Semua pelajar wajib melaksanakan perkara berikut:
(i) menjawab SEKALI sahaja setiap soalan yang dikemukakan.
(ii) memberi maklumbalas (komen) SEKALI sahaja terhadap jawapan pelajar lain
bagi setiap soalan.
FORUM SOALAN MARKAH TARIKH
Forum 1 Berikan takrif Teorem Baki dan Teorem
Faktor. Berikan contoh (dengan
penyelesaian yang lengkap) yang
menggunakan setiap teorem itu.
5 08/03/2015
-
05/04/2015
Forum 2 Siapakah al-Khawarizmi dan apakah
sumbangan beliau khususnya dalam
penyelesaian persamaan kuadratik?
5 12/04/2015
-
19/04/2015
Forum 3 Keratan kon yang dipelajari dalam kursus
ini ialah bulatan, elips, parabola dan
hiperbola. Kenapakah dinamakan keratan
kon? Apakah aplikasi bulatan, elips,
parabola dan hiperbola dalam kehidupan?
5 26/04/2015
-
03/05/2015
Forum 4 Apakah yang dikatakan sebagai Teorem
Binomial? Berikan contoh penggunaan
Teorem Binomial (dengan penyelesaian
yang lengkap).
5 10/05/2015
-
17/05/2015
JUMLAH
20
Perhatian:
Segala perkara yang berkaitan dengan tugasan adalah merujuk dan mengikut arahan
pensyarah E-Learning anda