pantun

Post on 22-Dec-2015

258 views 3 download

description

bahasa melayu

Transcript of pantun

BAHASA MELAYU TAHUN 3

TEMA: PERPADUAN

TAJUK: MARI BERSATU

Ikan pelata di bawah kelong,Di dalam sangkar berenang-renang,Jika kita tolong menolong, kerja yang sukar menjadi senang.

Pandun empat kerat

Buluh diikat di tepi jalan, untuk diubah menjadi kepuk,Hidup bermasyarakat jadikan amalan,Semangat muhibah dapat dipupuk.

Apakah pantun?•Tujuan pantun- Sebagai nasihat, jenaka, pengajaran, mendidik, sebagai hiburan.

•Pembayang maksud dan maksud - Pantun mempunyai pembayang maksud dan maksud. - 2 baris yang pertama adalah pembayang dan 2 baris yang kedua adalah maksud.

•Bilangan baris - Baris juga disebut sebagai kerat.

•Bilangan perkataan -sebuah pantun yang baik mempunyai 4-5 patah perkataan sebaris.-Bilangan suku kata setiap baris pantun yang baik mempunyai 8-12 suku kata.

•Rima akhir -Pantun mempunyai rima akhir yang terkawal. Pantun 4 kerat rima akhirnya ialah a-b-a-b iaitu bunyi rima akhir baris pertama sama dengan baris ketiga dan rima akhir baris kedua sama dengan baris keempat.

Contoh: Buah cempedak di luar pagar,Ambil galah tolong jolokkan,Kami murid baru belajar,Kalau salah tolong tunjukkan..

Cara Membina Pantun Empat kerat

Dalam satu rangkap pantun empat kerat ada dua baris pembayang dan dua baris maksud :

Baris pertama      :     PembayangBaris kedua         :     pembayangBaris ketiga         :     maksudBaris keempat     :     maksud

Langkah pertama ialah dengan menulis maksudnya dahulu iaitu baris ketiga dan keempat.

Baris pertama  :  _____________________ kan,Baris kedua     :  __________________ ____ ta;Baris ketiga     :  Tahniah kawan kami ucapkan,Baris keempat :  Menang pertandingan reka cipta.

Mari Cuba………………..

Masak cendawan bersama loDimakan bersama roti pi

Langkah pertama ialah dengan menulis maksudnya dahulu iaitu baris ketiga dan keempat.

Baris pertama  : Buah mangga di tangga batu,Baris kedua     :  Buah kuini di tepi laman;Baris ketiga     :  ____________________________,Baris keempat : _____________________________.

Mari Cuba lagi………………..

Tentu harmoni sepanjang zamanJiran tetangga hidup bersatu

Contoh:

Petang hari pergi ke pekan,Pulang membawa sebungkus laksa,Hidup muhibah perlu diamalkan,Di negara Malaysia berbilang bangsa.

Cantik bergugus buah papaya,Masak dipetik satu per satu;Walaupun berlainan bangsa budaya,Kerana muhibah hidup bersatu.

Makan bubur dengan sudu,Sudu dari pekan Semala;Hidup hendaklah bersatu

padu,Harmoni tanpa mengira

bangsa.

Air mengalir dalam terusan,Mengairi sawah beratus relung,Bekerjasama segala urusan,Tanda bersatu bergotong-royong.

.

Sekian