Post on 18-Jul-2015
PANTUN EMPAT KERAT
“MUHIBAH & PERPADUAN”
Nama Ahli Kumpulan : Nursyamimi Ameera bintiSabri
: Maisarah binti Nokman
Kelas : 2 Gemilang
Tajuk Pembentangan : Pantun Empat Kerat
“Muhibah & Perpaduan “
Nama Guru : Puan Mahsuri binti Abdul
Rahman
Sekolah : SMK Tambun
TEMA
Perpaduan dalam negara Malaysia
yang mempunyai rakyat yang
berbilang bangsa.
MAKSUD
Rangkap 1
Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada berbilang
bangsa dan rakyatnya perlu mengamalkan cara hidup
muhibah.
Rangkap 2
Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa
dan budaya, namun kerana amalan cara hidup muhibah,
rakyat dapat hidup bersatu padu.
Rangkap 3
Sesuatu urusan yang dilakukan secara kerjasama dan
bergotong royong dapat meningkatkan lagi semangat
perpaduan.
Rangkap 4
Rakyat yang berbilang keturunan tidak akan
menjadi halangan untuk rakyat Malaysia
membentuk menjadi bangsa yang bersatu padu.
Rangkap 5
Sebagai rakyat yang berbilang kaum, tentulah
mempunyai berbilang budaya dan cara hidup.
Namun, kebudayaan dan cara hidup asal tidak
akan dilupakan walaupun kebudayaan nasional
diamalkan.
PERSOALAN
Kita haruslah mengamalkan kehidupan yang harmoni.
Kita hendaklah sentiasa bersatu padu dan amalan cara
hidup muhibah dapat menyatu-padukan rakyat berlainan
bangsa dan budaya.
Kita hendaklah mengamalkan sikap bekerjasama dan
bergotong royong dapat memudahkan segala urusan.
Kebudayaan nasional tidak melenyapkan kebudayaan
sesuatu kaum yang sentiasa diamalkan.
BENTUK
Terdiri daripada lima rangkap.
Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama,
iaitu empat baris dan setaipa baris mempunyai
tiga hingga lima patah kata.
Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga
tiga belas suku kata.
Rima akhir ‘ab, ab’.
UNSUR BUNYI
a) Asonasi. Contohnya, Di negara Malaysia berbilang bangsa
(pengulangan konsonan a)
b) Aliterasi. Contohnye, Walaupun berlainan bangsa budaya
(pengulangan vokal b)
c) Jeda, iaitu hentian sejenak di tengah baris semasa
mendeklamasikan pantun.
Contohnya :
Air mengalir/ dalam terusan,
Mengairi sawah/ beratus relung,
Bekerjasama/ segala urusan,
Tanda bersatu/ bergotong-royong
d) Rima akhir pantun terikat dengan struktur rima
sekelang, iaitu abab.
Contohnya :
Tuan Puteri dari kayangan, [a]
Senyuman manis seperti madu, [b]
Bermacam keturunan bukan halangan, [a]
Untuk membina bangsa yang padu. [b]
GAYA BAHASA
Simile – PERBANDINGAN KATA
Senyuman manis seperti madu; (Rangkap 4, baris 2)
Kata ganda – PERKATAAN YGANG DIULANG
Tanda bersatu bergotong-royong (Rangkap 3, baris 4)
Hiperbola – AYAT KIASAN
Mengairi sawah beratus relong; (Rangkap 3, baris 2)
Asonansi – PENGULANGAN HURUF VOKAL
Di negara Malaysia berbilang bangsa(Rangkap 1, baris 4) Pengulangan vokal a
Aliterasi – PENGULANGAN HURUF KONSONAN
Bermacam keturunan bukan halangan(Rangkap 4, baris 3) Pengulangan konsonan n
Diksi – PENGGUNAAN KATA YANG JELAS & KHUSUS
Enak nian air kelapa.
( penggunaan kata-kata yang indah dalam ayat )
NILAI
NILAI BEKERJASAMA
Masyarakat berbilang kaum hidup bekerjasama menjalankan amalan
gotong-royong.
NILAI HORMAT-MENGHORMATI
Masyarakat yang berbilang kaum saling menghormati adat dan budaya
masing-masing.
NILAI SEMANGAT BERMASYARAKAT
Menjalankan amalan gotong-royong menunjukkan semangat hidup
bermasyarakat.
NILAI PATRIOTISME
Masyarakat yang cinta akan tanah air dan sentiasa bangga dengan
kebudayaan tempatan.
PENGAJARAN
Kita hendaklah bertolak ansur dalam segala hal sebagai rakyat sebuah negara berbilang kaum.
Kita hendaklah hidup bersatu padu untuk mengekalkan keharmonian negara.
Kita hendaklah hidup berkerjasama danbertoleransi dalam masyarakat yang berbilangkaum.
Kita hendaklah menghargai kebudayaan nasionalkita.
LATIHAN
1 Tema Pantun Empat Kerat (Muhibah & Perpaduan) ialah …
“bermacam keturunan bukan halanagn”
2 Pengulangan konsonan n pada baris pantun diatas merupakan unsur gaya bahasa …
3 Apakah yang menyebabkan masyarakat yang berbilang bangsa dapat hidup bersatu ?
4 Apakah maksud unsur bunyi JEDA & berikan salahsatu ayat JEDA di dalam pantun ini?
JAWAPAN
1. Perpaduan antara masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum.
2. Aliterasi.
3. Sentiasa mengamalkan semangat muhibah.
4. Hentian sejenak di tengah baris.
Tanda bersatu/bergotong – royong.