Post on 24-May-2015
Sekolah Kebangsaan Behor Empiang,
01000 Kangar, Perlis.
Kertas Kerja
“Cintailah Buku Teks Kita”
Tarikh: 26 Mac 2012
Unit Skim Pinjaman Buku Teks
Sekolah Kebangsaan Behor Empiang
Sekolah Kebangsaan Behor Empiang,
01000 Kangar, Perlis.
1. Pendahuluan
Program “Cintailah Buku Teks Kita” adalah program tahunan Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) yang diadakan saban tahun. Pada tahun ini, program ini akan dijayakan selama seminggu berlangsung dari 5 Mac hingga 9 Mac 2012. Unit SPBT mengambil inisiatif ini bagi memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan buku teks. Di harap pada akhir program ini, ramai murid yang akan lebih menghargai buku teks dan belajar mencintainya dengan menjaganya dengan lebih baik.
2. Objektif
Objektif Program “Cintailah Buku Teks Kita” adalah seperti berikut:i) Memberi kesedaran tentang kepentingan buku teksii) Menyemai rasa cintakan buku teks.iii) Mengetahui dan memahami tentang cara-cara menjaga buku teks.iv) Mengetahui dan memahami tentang penggunaan buku teks.
3. Kumpulan Sasaran
Program ini mensasarkan semua murid tahun satu hingga tahun enam Sekolah Kebangsaan Behor Empiang.
4. Tarikh dan Tempat Program
Program ini dicadangkan selama seminggu mulai 26 Mac 2012 hingga 30 Mac 2012. Tempat program yang dicadangkan ialah Sekolah Kebangsaan Behor Empiang.
5. Aturcara
Bil. Acara Tarikh Masa1. Perasmian program “Cintailah Buku
Teks Kita” oleh Penyelia SPBT Jabatan Pelajaran Negeri Perlis.
26 Mac 2012 Perhimpunan mingguan.
2. 5 minit bersama buku teks. 27 Mac 2012 Setiap pagi selama 5 minit
3. Pertandingan membalut dan mencantikkan buku teks
28 Mac 2012 Sewaktu aktiviti ko-kurikulum
4. Pameran “Aku dicintai, Aku dibenci” Sepanjang minggu
Waktu rehat
5. Pertandingan Mewarna “Cintailah Buku Teks Kita” (tahun 1,2 dan 3)
Pertandingan terbuka dari hari Isnin 26 Mac hingga 28 Mac 2012
6. Pertandingan melukis poster “Cintailah Buku Teks Kita”
(tahun 4, 5 dan 6)
7. Majlis penutup program “Cintailah Buku Teks Kita” oleh Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Behor Empiang.
30 Mac 2012 11.30 pagi
6. Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan
No. Item RM RM
PENDAPATAN
1. Unit Hal Ehwal Murid 113.00
JUMLAH 113.00
PERBELANJAAN
1. Pembalut buku plastik 12.00
2. Pita pelekat 4.00
3. Hadiah pertandingan membalut dan
mencantikkan buku teks
1 x RM 6.00
1 x RM 4.00
1 x RM 3.00
13.00
4. Hadiah pertandingan mewarna
3 x RM 4.00
3 x RM 3.00
3 x RM 2.00
27.00
5. Hadiah pertandingan melukis poster
3 x RM 4.00
3 x RM 3.00
3 x RM 2.00
27.00
6. Sepanduk 50.00
JUMLAH 113.00
7. PenutupProgram “Cintailah Buku Teks Kita” ini diharap dapat mencapai objektif serta matlamatnya. Selain itu, di harap murid-murid dapat menimba pengalaman serta ilmu daripada program ini.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
...........................................................
(ASMAH HANIM CHE ANI)
Setiausaha SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang.
Lampiran
1. Cadangan isi kandungan 5 minit bersama buku teksi) Membawa buku teks yang betul untuk waktu pembelajaran.ii) Buku teks hendaklah dibalut, tidak diconteng dan dijaga dengan baik.iii) Buku teks hendaklah ditulis nama dan kelas pada tempat yang betul.iv) Buku teks sebagai bahan bacaan di rumah.v) Membacakan satu petikan daripada buku teks terpilih.
2. Atur kerja aktiviti
Bil. Acara Tarikh Masa Tindakan1. Perasmian program
“Cintailah Buku Teks Kita” oleh Penyelia SPBT Jabatan Pelajaran Negeri
Perlis.
26 Mac 2012 Perhimpunan mingguan.
PK HEMSetiausaha SPBT
Guru Bertugas Mingguan
2. 5 minit bersama buku teks.
27 Mac 2012 Setiap pagi selama 5 minit
Setiausaha SPBT
3. Pertandingan membalut dan mencantikkan buku
teks
28 Mac 2012 Sewaktu aktiviti ko-kurikulum
Kelab SPBTGuru Penasihat
Kelab SPBT
4. Pameran “Aku dicintai, Aku dibenci”
Sepanjang minggu
Waktu rehat Kelab SPBT
5. Pertandingan Mewarna “Cintailah Buku Teks
Kita” (tahun 1,2 dan 3)
Pertandingan terbuka dari hari Isnin 26 Mac hingga 28 Mac 2012
Setiausaha SPBT
6. Pertandingan melukis poster “Cintailah Buku
Teks Kita”(tahun 4, 5 dan 6)
Setiausaha SPBT
7. Majlis penutup program “Cintailah Buku Teks
Kita” oleh Guru Besar, Sekolah Kebangsaan
Behor Empiang.
30 Mac 2012 11.30 pagi Guru BesarPK HEM
Setiausaha SPBTGuru Bertugas
Mingguan
3. Syarat-syarat pertandingan mewarna (tahap 1)i) Boleh menggunakan warna pensel, crayon atau kedua-duanya sahaja.ii) Mewarnakan keseluruhan ruang pada kertas.iii) Seramai 3 orang pemenang akan dipilih dari setiap tahun.iv) Keputusan pengadil adalah muktamad.v) Semua penyertaan adalah hak milik Unit SPBT dan tidak akan
dipulangkan pada peserta.
4. Syarat-syarat pertandingan melukis poster (tahap 2)i) Peserta hendaklah melukis berdasarkan tema “Cintailah Buku Teks Kita.”ii) Menggunakan warna pensel, crayon, warna air atau campurannya sahaja.iii) Mewarnakan keseluruhan ruang pada kertas.iv) Seramai 3 orang pemenang akan dipilih dari setiap tahun.v) Keputusan pengadil adalah muktamad.vi) Semua penyertaan adalah hak milik Unit SPBT dan tidak akan
dipulangkan pada peserta.
5. Syarat-syarat pertandingan membalut dan mencantikkan buku teks.i) Seramai 2 orang wakil dari setiap kelab diwajibkan menyertai
pertandingan.ii) Setiap kelab yang bertanding akan membalut satu buku teks.iii) Peserta akan diberikan pita pelekat dan plastik pembalut dan dibenarkan
membawa alatan tambahan bagi mencantikkan lagi buku teks.iv) Masa yang diberikan ialah sebanyak 45 minit.v) Keputusan pengadil adalah muktamad.vi) Semua penyertaan adalah hak milik Unit SPBT dan tidak akan
dipulangkan pada peserta.
Nama:__________________________________
Kelas:__________________________________