Post on 03-Jun-2018
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
1/30
1 | P a g e
KAJIAN TERHADAP TENAGA BURUH DI MALAYSIA
DARI TAHUN 2000-2012
OLEH
HEE CHOON BENG
KERJA KURSUS UNTUK MEMENUHI SYARAT BAGI SIJIL TINGGI
PERSEKOLAHAN MALAYSIA
EKONOMI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SERDANG
2013
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
2/30
2 | P a g e
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tenaga buruh di Malaysia. Objektif kajian ini
ialah mengenal pasti kadar perubahan guna tenaga buruh dan sumbangan guna tenaga
mengikut sektor di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012. Bagi mendapatkan data
sekunder, kajian ini telah menggunakan kaedah perpustakaan. Kaedah ini penting kerana
melalui kaedah ini para penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai prinsip,
konsep, kaedah, pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka
bentuk kajian. Dalam kajian ini, penyelidik mendapati bahawa kadar perubahan guna
tenaga pada tahun 2000 paling tinggi berbanding tahun-tahun lain. Manakala penurunan
kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2007 hingga 2009 disebabkan oleh krisis
ekonomoni global semasa, yang bermula daripada krisis kewangan subprime di Amerika
Syarikat pada pertengahan tahun 2007. Selain itu, penyelidik juga mendapati bahawa
sektor ketiga adalah penyumbang guna tenaga yang terutama di Malaysia dari tahun 2000
hingga 2012. Kesimpulannya, hasil kajian ini telahpun menambah ilmu pengetahuan
penyelidik dan diharap juga kajian ini diteruskan oleh penyelidik lain pada masa yang
akan datang.
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
3/30
3 | P a g e
ISI KANDUNGAN
Kadungan Halaman
Abstrak 2
Pengenalan 4
Penyataan Masalah 5
Objektif Kajian 6
Kaedah Kajian 7
Dapatan Kajian dan Perbincangan 8-19
Cadangan 20-23
Penutup / Rumusan 24
Rujukan 25
Lampiran 26-29
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
4/30
4 | P a g e
1.0PENGENALAN
Kajian ini membentangkan data berkaitan kadar perubahan peratusan guna tenaga dan
sumbangan guna tenaga mengikut sektor dari tahun 2000-2012 berdasarkan data yang
diperolehi daripada jabatan perangkaan Malaysia.
Menurut Slaran Bulanan Perangkaan Tenaga Buruh, Malaysia, Februari 2013,
matlumat dari Jabatan Perangkaan Malaysia, tenaga buruh merujuk kepada mereka
yang berumur 15 hingga 64 tahun (dalam tahun genap pada hari lahir terakhir)
semasa minggu rujukan, sama ada bekerja atau menganggur.
Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua
dan sektor ketiga.Pembahagian sektor ini adalah berdasarkan kepada bentuk aktiviti
yang terlibat.Sektor utama melibatkan aktiviti peringkat awal dalam proses
pengeluaran. Sektor utama ialah pengeluaran bahan mentah yang terdiri daripada
aktiviti pertanian dan hasil bumi merupakan aktiviti sektor ini.Ia terdiri daripada
beberapa sektor iaitu sektor pertanian, sektor perhutanan, sektor perikanan, sektor
penternakan serta sektor perlombongan dan kuari.
Sektor kedua adalah sektor yang melibatkan aktiviti ekonomi yang
kebanyakannya merupakan lanjutan daripada sektor pertama.Iamerupakan tahap
kedua dalam proses pengeluaran iaitu aktiviti pemprosesan bahan mentah menjadi
barang siap atau separuh siap. Dua aktiviti ekonomi yang tergolong dalam sektor ini
ialah sektor perkilangan dan sektor pembinaan.Sektor ketiga dikenali sebagai sektor
perkhidmatan yang melibatkan aktiviti yang mengeluarkan perkhidmatan. Sektor
ketiga terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu perkhidmatan pengeluaran, perkhidmatan
awam dan perkhidmatan lain.
Dalam keadaan negara kita yang berusaha menuju ke arah sebuah negara majumenjelang tahun 2020, tenaga buruh adalah begitu penting bagi kerana ia
menyumbang kepada ketiga-tiga sektor ekonomi ini kepada pertumbuhan ekonomi
dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Oleh itu, kadar perubahan peratusan
guna tenaga dan sumbangan guna tenaga mengikut sektor dari tahun 2000-2012 akan
dikaji dan dibincangkan bagi mencapai objektif kajian ini.
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
5/30
5 | P a g e
2.0PENYATA MASALAH
Bagi memastikan segala perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan baik,
kadar pertumbuhan positif bagi negara-negara ini harus dikekalkan. Malaysia
merupakan salah sebuah negara membangun yang pesat dan dikenali sebagai salah
satu daripada negara yang mempunyai ekonomi berprestasi tinggi. Menurut Drysdale
dan Huang (1997), pertumbuhan ekonomi Negara Asia Timur seperti Malaysia,
Singapura, Indonesia, Philipina dan Thailand adalah memberansangkan.
Kita ketahui bahawa di awal kemerdekaan, Malaysia merupakan sebuah negara
pertanian dengan hasil negara bergantung kepada eksport pertanian. Bagaimana pun
senario ini berubah terutama pada tahun 1980-an yang menyaksikan sektor
pembuatan mengambil alih kedudukan sektor pertanian. Sumbangan guna tenaga
mengikut sektor-sektor merupakan satu elemen yang tidak boleh dinafikan dalam
pertumbuhan ekonomi dan KDNK. Oleh itu, Malaysia memang memerlukan tenaga
mahir yang ramai untuk pembangunan negara Malaysia.
Namun begitu, kadar perubahan guna tenaga tidak stabil setiap tahun. Perubahan
tenaga buruh bukan sahaja bergantung kepada langkah memperbaiki suasana pasaran
buruh dan meningkatkan mutu sumber manusia melalui pendidikan, latihan dan
latihan semula tetapi juga disebabkan pelbagai faktor lain. Oleh itu, terdapat pelbagai
cadangan akan dibincangkan dalam kajian ini untuk mengatasi masalah ini.
Kesimpulannya, kajian ini adalah penting bagi mengetahui faktor-faktor tentang
peningkatan dan penuran kadar perubahan guna tenaga dan sumbangannya mengikut
sektor masing-masing di Malaysia. Selain itu, kita juga patut mengetahui sejarah
ekonomi Malaysia dan perkara ini dapat membantu kita pada masa depan kerana
remaja merupakan pemimpin kelak.
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
6/30
6 | P a g e
3.0OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini Bertujuan untuk:
3.1Mengenal pasti kadar perubahan peratusan guna tenaga di Malaysia dari tahun
2000-2012
3.2Mengenal pasti sumbangan guna tenaga mengikut sektor di Malaysia dari
tahun 2000-2012
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
7/30
7 | P a g e
4.0KAEDAH KAJIAN
Kaedah perpustakaan dilakukan bagi mendapatkan sorotan ke atas bahan-bahan
literatur seperti buku-buku ilmiah. Kajian kepustakaan ini penting kerana melalui
kaedah ini para penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai prinsip, konsep,
kaedah, pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk
kajian. Kajian kepustakaan melibatkan beberapa proses yang utama, iaitu
mengumpulkan data dan menganalisis,.
Selepas mendapatkan data dengan menggunakan satu kaedah di atas, iaitu kajian
kepustakaan pengkaji akan mengumpul data yang dikumpulkan oleh ahli kumpulan
dan menggunakan data tersebut dalam dapatan kajian. Penyelidik mencatatkan nota
yang diperlukan semasa membuat penyelidikan dan mencari bahan rujukan di
perpustakaan. Penyelidik juga menggunakan matlumat Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) dan sumbangan setiap sektor daripada internet seperti Laporan
Kewangan Malaysia.
Penyelidik menganalisis data berdasarkan data yang dikumpulkan oleh ahli
kumpulan. Penyelidik akan mengisi semua data ke dalam jadual. Jadual yang siap
akan dilabelkan di bahagian dapatan kajian untuk dijadikan bukti dalam penyelidikan
kajian tersebut.Rujukkan bahan baca dari perpustakaan dan laman sesawang menjadi
sumber utama untuk mendapatkan data berkaitan dengan kadar perubahan peratusan
guna tenaga dan sumbangan guna tenaga mengikut sektor di Malaysia dari tahun
2000-2012.
Rumus untuk menghitung guna tenaga:
Guna tenaga=Tenaga Buruh-Penganggur
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
8/30
8 | P a g e
5.0DAPATAN KAJIAN
5.1 Kajian terhadap kadar perubahan guna tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000
hingga 2012
Jadual 1: Tenaga buruh, guna tenaga dan kadar perubahan guna tenaga di
Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012
Tahun Tenaga buruh (,000) Guna tenaga (,000) Kadar perubahan guna tenaga (%)
1999 9151.5 8740.7 -
2000 9572.5 9271.2 6.07
2001 9892.1 9532.5 2.822002 10198.8 9840.0 3.23
2003 10565.9 10181.1 3.47
2004 10846.0 10463.7 2.78
2005 11290.5 10892.8 4.1
2006 11544.5 11159.1 2.44
2007 11775.1 11398.0 2.14
2008 11967.5 11576.5 1.57
2009 12083.4 11640.9 0.56
2010 12361.3 11958.5 2.73
2011 124645.7 12255.5 2.48
2012 12923.9 12505.0 2.04
Jadual 1 telah menunjukkan data yang berkaitan dengan bilangan tenaga buruh
dan guna tenaga serta kadar perubahan guna tenaga di Malaysia dari tahun 2000
hingga 2012.
Berdasarkan jadual di atas, penyelidik mendapati jumlah tenaga buruh dan
jumlah guna tenaga pada tahun 2000 merupakan 9572500 orang dan 9271200
orang. Kadar perubahan guna tenaga dari tahun 1999 hingga 2000 adalah 6.07%,
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
9/30
9 | P a g e
telah mencapai perkembangan kadar perubahan guna tenaga yang paling banyak
dari tahun 2000 hingga 2012.
Pada tahun 2001, bilangan tenaga buruh dan bilangan guna tenaga
bertambah dari 9 572 500 orang kepada 9 892 100 orang dan dari 9 271 200
orang kepada 9 532 500 orang. Kadar perubahan guna tenaga tahun 2001 telah
merosot dari 6.07% kepada 2.82%. Manakala, kadar perubahan guna tenaga
2002 telah meningkat sebanyak 0.46%, iaitu bilangan guna tenaga tahun 2002
bertambah sehingga 9 840 000 orang. Bilangan tenaga buruh telah meningkat
sebanyak 306 700 orang.
Seterusnya, tenaga buruh pada tahun 2003 adalah 10 565 900 orang. Guna
tenaga adalah sedikit pada tahun tersebut kerana kadar perubahan guna tenaga
berkembang dari 3.23% hingga 3.47%. Sebaliknya, kadar perubahan guna
tenaga pada tahun 2004 telah merosot sebanyak 0.69% tetapi meningkat balik
kepada 4.1% pada 2005. Bilangan tenaga buruh pada tahun 2004 dan 2005 ialah
10 846 000 orang dan 11 290 500 orang.
Menurut jadual di atas, kadar perubahan guna tenaga semakin merosot
dari tahun 2006. Kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2006 ialah 2.44% dan
ia merosot sehingga 2.14% pada tahun 2007. Bukan itu sahaja, kadar perubahan
tenaga buruh terus merosot sebanyak 0.57% pada tahun 2008 dan akhirnya
merosot sampai 0.56% pada tahun 2009 tetapi bertambah balik menjadi 2.73%
pada tahun 2010. Bilangan tenaga buruh pada tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009
adalah sebanyak 11 544 500 orang, 11 775 100 orang, 11967500 orang dan
12083400 orang. Guna tenaga pada tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009 yang telah
ditunjukkan oleh jadual 1 ialah 11159100 orang, 11398000 orang, 11 576 500
orang dan 11 640 900 orang.
Walaupun kadar perubahan guna tenaga meningkat sebanyak 2.17% pada
tahun 2010, pemerosotan kadar perubahan guna tenaga tetap berlaku pada tahun
2011, peratusannya menjatuh sehingga 2.48% dan terus merosot sebanyak 0.44%
pada tahun 2012.Pada tahun 2011, tenaga buruh dan guna tenaga ialah 124 645
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
10/30
10 | P a g e
700 orang dan 12 255 500 orang.Manakala, tenaga buruh dan guna tenaga pada
tahun 2012 ialah 12 923 900 orang dan 12 505 000 orang.
Berdasarkan data kajian 5.1, kadar perubahan guna tenaga pada 2000
paling tinggi berbanding tahun-tahun lain. Menurut buku Rangka rancangan
jangka panjang kedua (RRJP 2) 1991-2000 yang digubal berasaskan Dasar
Pembangunan Nasional (DPN),tumpuan mereka kepada pembangunan sumber
manusia telah memajukan sumber manusia dan mewujudkan tenaga buruh yang
berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi
menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan
tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat. Bukan itu sahaja,
berdasarkan kajian tentang Perindustrian dan Pembangunan Ekonomi di
Malaysia yang dikarang oleh Anuwar Ali dari Dewan Bahasa dan Pustaka
(2000), penggunaan getah asli dunia sektor perkhidmatan Malaysia memainkan
peranan yang penting untuk mewujudkan peluang pekerjaan baru pada tahun
2000. Sektor ini mewujudkan 34.3 peratus jumlah peluang pekerjaan baru bagi
tenaga buruh di Malaysia.
Seterusnya, penurunan kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2007
hingga 2009 disebabkan oleh krisis ekonomi global semasa, yang bermula
daripada krisis kewangan subprime di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun
2007, telah membawa kesan yang jauh lebih meluas dan mendalam. Setelah
hampir dua tahun sejak krisis kewang global menanda, namun masih belum ada
tanda-tanda mengembalikan kestabilan di sektor kewangan dan pemulihan
ekonomi. Pelbagai kesan telah berlaku semasa krisis ekonomi, iaitu nilai eksport
negara berkurangan kerana pemintaan dunia telah merosot 27.8%. penurunan
mendadak harga komoditi minyak, gas, dan kelapa sawit serta pasaran saham
turut menjejaskan ekonomi Malaysia. Kemelesetan ekonomi yang melanda turut
memberi kesan kepada guna tenaga dalam sektor pembuatan terutamanya
industri elektrik dan eletronik. Mereka terpaksa diberhentikan kerja kerana
permintaan dari luar Negara terhadap industri tersebut berkurangan. Kadar
pemberhentian pekerja telah meningkat berikutan kemerosotan pemintaan
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
11/30
11 | P a g e
produk dan perkhidmatan yang dihadapi oleh pihak industri. Oleh itu, krisis
ekonomi global merupakan faktor yang penting untuk menjelas penurunan kadar
perubahan guna tenaga pada tahun 2007 hingga 2009.
Pada tahun 2010, kaedaan kadar perubahan guna tenaga berubah dari
merosot kepada meningkat. Berdasarkan Ucapan Pakej Rangsangan Ekonomi
Kedua, kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai langkah pada tahun 2010
bagi mengatasi masalah ini. Langkah-langkah kerajaan telah berjaya
menghalang masalah ini dan meningkatkan 2.17% kadar perubahan tenaga
buruh pada tahun 2010. Sebagai contoh, kerajaan menyediakan 2000 peluang
latihan dan penempatan pekerjaan di syarikat GLC (Government Linked
Company), terutamanya dalam sektor perkhidmatan seperti penerbangan, utility,
kesihatan, outsourcing dan multimedia kreatif. Kerajaan juga mewujudkan lebih
banyak peluang pekerjaan di sektor awam seperti mewujudkan 13000 pekerjaan
untuk pegawai secara kontrak di agensi kerajaan.Kerajaan juga membuat
pengisian segera 50000 jawatan kosong di peringkat profesional dan sokongan
dalam perkhidmatan awam persekutuan. Oleh itu, langkah-langkah kerajaan ini
telahpun berjaya meningkatkan kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2010.
Secara keseluruhannya, jumlah tenaga buruh yang terlibat dalam
pembangunan negara ialah 9271200 orang pada tahun 2000 telah meningkatkan
menjadi 12505000 orang pada tahun 2012. Penyelidik tidak dapat menafikan
bahawa guna tenaga Malaysia semakin berkembang dari tahun ke tahun dan hal
ini dapat mempercepat proses pembangunan negara kita.
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
12/30
12 | P a g e
5.2Kajian terhadap sumbangan guna tenaga mengikut sektor di Malaysia dari
tahun 2000 hingga 2012
Dalam bahagian ini, data-data akan membahagikan berasaskan 3 sektor di
Malaysia, iaitu sektor pertama (sektor pertanian), sektor kedua (sektor
perindustrian) dan sektor ketiga (sektor perkhidmatan).
5.2.1Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada pertumbuhan ekonomi
dari tahun 2000 hingga 2012
Jadual 2: Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada
pertumbuhan ekonomi dari tahun 2000 hingga 2012
Tahun Sektor 1 (,000) Sektor 2 (,000) Sektor 3 (,000)
2000 1448.7 3313.3 4509.2
2001 1448.3 3327.5 4756.7
2002 1447.8 3461.9 4920.5
2003 1445.4 3649.7 5086
2004 1449.5 3739.7 5274.5
2005 1444 3892.8 55562006 1435 3982.4 5741.8
2007 1432.8 4054 5911.2
2008 1433.7 4096.7 6046.1
2009 1433.2 3978 6229.7
2010 1432.4 4154 6372.1
2011 1429.6 4280.7 6545.2
2012 1428 4390.2 6686.8
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
13/30
13 | P a g e
Graf 1: Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada pertumbuhan
ekonomi dari tahun 2000 hingga 2012
Berdasarkan gambar-gambar rajah di atas, jadual 2 dan graf 1 telah
menunjukkan sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada
pertumbuhan ekonomi dari tahun 2000 hingga 2012.
Pada tahun 2000, sektor pertama telah menyumbangRM 1448.7
ribu kepada pertumbuhan ekonomi.Manakala, sektor kedua dan sektor
ketiga menyumbang sebanyak RM 3313.3 ribudan RM 4509.2
ribu.Sebanyak 1448.3 ribu ringgit Malaysia telahpun disumbangkan
oleh sektor pertama kepada pertumbuhan ekonomi pada tahun
2002.Sebanyak RM 3327.5 ribudan RM 4756.7 ribu juga
disumbangkan oleh sektor kedua dan sektor ketiga.
Pada tahun 2003, sumbangan guna tenaga sektor pertama hanya
berjumlah RM 1445.4 ribu, iaitu penurunan sebanyak RM 2.4
ribu.Sebaliknya, sektor ketiga dan sektor kedua masih meningkat
0
1000
2000
3000
4000
5000
6000
7000
8000
2000200120022003200420052006200720082009201020112012
Sektor 1
Sektor 2
Sektor 3
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
14/30
14 | P a g e
sehingga RM 3649.7 ribu dan RM 5086 ribu pada tahun
tersebut.Walaupun, sumbangan guna tenaga sektor pertama menaik
balik sehingga RM 1449.5 ribu pada tahun 2004.Namun, ia masih
menjunam dari tahun 2005 hingga 2007, iaitu RM 1444 ribu, RM 1435
ribu dan RM 1432.8 ribu. Penurunan sumbangan guna tenaga sektor
pertama kepada pertumbuhan ekonomi dari tahun 2005 hingga 2007
adalah sebanyak RM 11.2 ribu.
Sumbangan guna tenaga yang terlibat dalam sektor kedua kepada
pertumbuhan ekonomi pada tahun 2005 hingga 2007 ialah Rm 3892.8
ribu, RM 3928.4 ribu dan RM 4054 ribu. Manakala, sektor ketiga masih
berkembang dengan lancar pada tiga tahun berturut-turut, iaitu RM
5556 ribu, RM 5741.8, dan RM 5911.2 ribu.
Seterusnya, sumbangan guna tenaga sektor pertama kepada
pertubuhan ekonomi walaupun menglami perkembangan pada tahun
2008, iaitu bertambah dari RM 1432.8 ribu hingga RM 1433.7 ribu
tetapi ia mengalami kemerosotan dari tahun 2009 hingga 2012, iaitu
RM 1433.2 ribu, RM 1432.4 ribu, RM 1429.6 ribu dan RM 1428 ribu.
Sebaliknya, perkembangan sumbangan guna tenaga sektor kedua adalah
secara tidak stabil kerana sumbangannya mencapai RM 4096.7 ribu
pada tahun 2008 tetapi sumbangannya menjatuh sebanyak RM 118.7
ribu pada tahun 2009, kemudian sumbangannya meningkat sebanyak
RM 412.2 ribu dari tahun 2010 hingga 2012. Manakala, sumbangan
guna tenaga sektor ketiga kepada pertumbuhan ekonomi adalah
meningkat secara lancar dari tahun 2008 hingga 2012, iaitu dari RM
6046.1 ribu hingga RM 6686.8 ribu, pertambahan sebanyak RM 640.7
ribu.
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
15/30
15 | P a g e
5.2.2 Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada keluaran dalam
negara kasar (KDNK)
Jadual 3: Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada KDNK
Tahun base on year Sektor 1 (,000) Sektor 2 (,000) Sektor 3 (,000)
2000 2000 68266 123969 175648
2001 2000 67574 119728 182821
2002 2000 70081 124402 193499
2003 2000 74328 134718 201568
2004 2000 77556 152030 214528
2005 2000 78307 152625 230043
2006 2000 79731 161793 247099
2007 2000 81058 166964 272406
2008 2000 81656 169443 293072
2009 2000 79292 156113 302044
2010 2000 80186 172860 322610
2011 2005 116633 199703 384272
2012 2005 117970 212196 408926
Graf 2: Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada KDNK
0
50000
100000
150000
200000
250000
300000
350000
400000
450000
Sektor 1
Sektor 2Sektor 3
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
16/30
16 | P a g e
Berdasarkan gambar-gambar rajah di atas, jadual 3 dan graf 2 telah
menunjukkan sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada KDNK
dari tahun 2000 hingga 2012. Data KDNK dari tahun 2000 hingga 2010
telah mengambil tahun 2005 sebagai tahun asasnya. Manakala tahun
asas data KDNK tahun 2011 dan tahun 2012 merupakan tahun 2005.
Pada tahun 2000, sektor pertama telah menyumbang RM 68 266
ribu kepada KDNK.Manakala, sektor kedua dan sektor ketiga
menyumbang sebanyak RM 123 969 ribu dan RM 175 648
ribu.Sebanyak 67 574 ribu ringgit Malaysia telahpun disumbangkan
oleh sektor pertama kepada KDNK pada tahun 2002.Sebanyak RM 119
728 ribu dan RM 182 821 ribu juga disumbangkan oleh sektor kedua
dan sektor ketiga.
Pada tahun 2003, sumbangan guna tenaga sektor pertama, sektor
kedua dan sektor ketiga kepada KDNK hanya berjumlah RM 74 328
ribu, RM 134 718 ribu dan RM 201 568 ribu.Seterusnya,
perkembangan sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada KDNK
pada 2004 yang paling banyak ialah sektor kedua kerana sumbangannya
bertambah RM 17 312 ribu berbanding sumbangan guna tenaga sektor
ketiga yang bertambah sebanyak RM 12 960 ribu dan diikuti oleh
sumbangan guna tenaga sektor pertama yang bertambah sebanyak RM
3 228 ribu.
Sumbangan guna tenaga sektor pertama kepada KDNK pada tahun
2005 hingga 2007 ialah RM 78 307 ribu, RM 79731 ribu dan RM
81058 ribu. Manakala, sektor ketiga masih berkembang dengan lancar
pada tiga tahun berturut-turut, iaitu RM 230 043 ribu, RM 247 099 ribu,
dan RM 272 406 ribu. Sumbangan guna tenaga sektor kedua pada tahun
2005 hingga 2007 ialah RM 152 625 ribu, RM 161 793 ribu dan RM
166 964 ribu. Manakala sumbangan guna tenaga sektor ketiga pada
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
17/30
17 | P a g e
tahun 2005 hingga 2007 merupakan RM 230 043 ribu, RM 247 099
ribu dan RM 272 406 ribu.
Walaupunsumbangan guna tenaga sektor pertama kepada KDNK
mengalami perkembangan pada tahun 2008, iaitu bertambah dari RM
81 058 ribu hingga RM 81 656 ribu tetapi perkembangannya masih
tidak stabil dan menjunamsehinggaRM 79 292 ribu pada tahun
2009.Namun begitu,sumbangannya meningkat RM 894 ribu pada tahun
2010.Seterusnya, perkembangan sumbangan guna tenaga sektor ketiga
adalah secara lancar kerana sumbangannya semakin meningkat dari
tahun 2008 hingga 2010, iaitu RM 293 072 ribu, RM 302 044 ribu dan
RM 322 610 ribu.
Situasi perubahan sumbangan guna tenaga sektor kedua sama
dengan sektor kedua. Walaupun sumbangan guna tenaga sektor pertama
kepada KDNK mengalami perkembangan pada tahun 2008, iaitu
bertambah dari RM 166 964 ribu hingga RM 169 443 ribu tetapi ia
mengalami kemerosotansehinggaRM 156113 ribu pada tahun 2009.
Namun begitu, sumbangannya meningkat RM 16 747 ribu pada tahun
2010.
Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada KDNK pada
tahun 2011 dan 2012 menggunakan tahun 2005 sebagai tahun asasnya.
Sumbangan guna tenaga sektor pertama kepada KDNK pada tahun
2011 dan 2012 ialah RM 116 633 ribu dan RM 117 970. Sebaliknya,
sumbangan guna tenaga sektor kedua pada tahun 2011 dan 2012 juga
merupakan RM 199 703 ribu dan RM 212 196. Manakala,sumbangan
guna tenaga sektor ketiga pada tahun 2011 dan 2012 ialah RM 384 272ribu dan RM 408 926 ribu.
Berdasarkan data kajian 5.2, kadar pertumbuhan KDNK pada
tahun 2011 paling tinggi berbanding tahun lain. Menurut Laporan MITI
2011: MEMACU Transformasi MENJANA Pertumbuhan yang
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
18/30
18 | P a g e
disediakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Malaysia, tahun 2011 merupakan tahun yang mencabar bagi
peningkatan produktiviti, disebabkan krisis kewangan kerajaan di
kawasan Euro dan gangguan rantaian bekalan disebabkan bencana alam.
Namun begitu, Malaysia menunjukkan prestasi yang baik dalam
meningkatkan peningkatan produktiviti.Produktiviti Malaysia
meningkat sebanyak 4.6 peratus atas permintaan domestik yang kuat.
Paling ketara, sektor pertanian berkembang sebanyak 6.2 peratus
disebabkan oleh peningkatan hasil daripada pengeluaran minyak sawit
mentah yang lebih tinggi dan pelaksanaan sebahagian daripada Projek
Permulaan (EPP) pertanian seperti pembiakan burung walit, penanaman
herba, akuakultur dan pertanian komersil berskala besar. Sementara itu,
perkhidmatan meningkat sebanyak 4.9 peratus, didorong terutamanya
oleh peningkatan produktiviti dalam komunikasi, perdagangan borong
dan runcit dan hartanah serta perkhidmatan perniagaan.Pada tahun 2011,
Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah mengenal pasti Bidang
Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan pembuatan yang
memerlukan pembangunan dan sokongan yang lebih fokus. Ia bertujuan
membina subsektor tambah nilai lebih tinggi seperti lampu diod
pemancar cahaya (LED), panel solar dan pengeluaran ubat generik.
Peningkatan pelaburan asing dan domestik dalam bidang ini dan
subsektor lain pada tahun 2011 menunjukkan keyakinan pelabur yang
berterusan terhadap masa depan sektor pembuatan negara.Bukan itu
sahaja, Rundingan Pusingan Doha di Pertubuhan Perdagangan Dunia
(WTO) mencapai kemajuan yang terhad pada tahun 2011, tetapi
terdapat perkembangan dalam bidang-bidang perdagangan pelbagai
hala yang lain. Secara keseluruhan, 30 negara-negara membangun
terlibat dalam proses penyertaan ke dalam WTO termasuk Afghanistan,
Iran, Iraq, Kazakhstan, Republik Demokratik Rakyat Laos (Lao PDR)
dan Rusia. Dengan langkah-langkah pembukaan pasaran Rusia
berikutan penyertaannya dalam WTO, lebih banyak peluang eksport
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
19/30
19 | P a g e
akan diwujudkan bagi Malaysia. Isu-isu semasa ekonomi yang berlaku
dalam tahun 2011, telah menyebabkan peningkatan KDNK berlaku
pada tahun tersebut.
Seterusnya, data kajian 5.2 telah menunjukkan sumbangan guna
tenaga sektor pertama pada tahun 2001 kepada keluaran dalam negara
kasar (KDNK) adalah paling rendah. Berdasarkan penyelidikan
mengenai Sumber Daya Agraria (Tanah Pertanian) oleh Masyarakat,
Hal-hal berkaitan Perundangannya dan Impak Pembangunannya dan
Imbak Pembangunan yang dikaji oleh Universiti Kebangsaan Malaysia,
kedudukan sektor pertanian negara menjadi semakin mencabar dengan
terbentuknya WTO di mana liberalisasi perdagangan antarabangsa
menyebabkan persaingan semakin sengit. Sektor pertanian negara
terancam sekiranya tidak bersedia meningkatkan daya pengeluaran
untuk memperolehi daya saing yang lebih tinggi. Semenjak krisis
kewangan Asia pada tahun 1997, imbangan dagangan makanan telah
mengalami defisit sebanyak RM4.7 bilion pada tahun 1997 berbanding
dengan defisit RM2.2 bilion pada tahun 1994. Defisit imbangan
dagangan ini terus meningkat dari tahun ke tahun, terutamanya pada
tahun 2001 yang mencatatkan defisit RM5.7 billon. Penurunan nilai
ringgit juga menyebabkan peningkatan harga import bagi input
pertanian dan makanan dari setahun ke setahun. Keadaan ini telah
menimbulkan penurunan sumbangan guna tenaga sektor pertama pada
tahun 2001 terhadap KDNK.
Secara keseluruhannya,data KDNK yang ada pada kajian 5.2 telah
menunjukkan peningkatannya setiap tahun walaupun menghadapi
pelbagai cabaran semasa Malaysia sedang melaksanakan Wawasan
2020.
http://www.datatanah.peradabanmelayu.my/index.php/penguasaan-sumber-agraria/kota-bandar/malaysia/208-tata-cara-permohonan-dan-penyelesaian-hak-atas-tanah-yang-di-atasnya-terdapat-rumah-negeri-golongan-iii-http://www.datatanah.peradabanmelayu.my/index.php/penguasaan-sumber-agraria/kota-bandar/malaysia/208-tata-cara-permohonan-dan-penyelesaian-hak-atas-tanah-yang-di-atasnya-terdapat-rumah-negeri-golongan-iii-8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
20/30
20 | P a g e
6.0 CADANGAN
Bahagian ini akan membincangkan cadangan daripada penyelidik bagi meningkatkan
kadar perubahan guna tenaga dan keluaran dalam negara kasar supaya matlamat
Malaysia Wawasan 2020 dapat direalisasikan.
Kerajaan harus mengurangkan import dari negara lain supaya KDNK dapat
ditingkatkan. Kerajaan patut mengenakan kawalan-kawalan import dengan
menaikkan cukai import (tarif). Kerajaan juga patut mengawal penggunaan tukaran
wang asing. Kerajaan boleh mencatu penggunaan tukaran wang asing melalui bank
pusat. Orang ramai dan para pengusaha haruslah menerangkan tujuan mereka
membeli mata wang asing. Kerajaan lebih mengutamakan penggunaan mata wang
asing untuk mengimport barang mesti dan bahan mentah sektor industri dan tidak
menggalakkan penggunaannya untuk mengimport barang-barang mewah. Kerajaan
juga patut menurunkan nilai mata wang bagi mengurangkan import dari Negara
asing. Langkah ini menyebabkan barang import menjadi lebih mahal dan akan
mengurangi import. Sebaliknya barang eksport menjadi murah di pasaran
antarabangsa dan akan menambah eksport. Oleh itu, kerajaan patut merealisasikan
cadangan ini bagi meningkatkan KDNK Malaysia.
Seterusnya, kerajaan harus menjalankan ekonomi berasaskan pengetahuan.
Ekonomi yang berdasarkan pengetahuan merupakan asas untuk mengekalkan kadar
pertumbuhan ekonomi yang pantas dan meningkatkan daya saing antarabangsa untuk
mencapai Wawasan 2020. Sebagai contoh, kerajaan patut meningkatkan R&D
(penyelidikan dan perkembangan) dan kandungan pengetahuan dalam dalam sektor
pertanian, perindustrian dan perkhidmatan. Hal ini akan menyebabkan kualiti dan
kuantiti penawaran produk daripada ketiga-tiga sektor akan semakin meningkat.
Sekiranya kualiti dan kuantiti meningkat, kebaikannya bukan sahaja menyebabkan
harga yang menurun tetapi juga kualiti produk yang telah ditingkatkan akan
menyebabkan keyakinan pelbagai terhadap produk tersebut semakin meningkat.
Rakyat Malaysia akan membelanjakan wang yang lebih banyak terhadap produk
tersebut kerana berbaloi berbanding produk lain. Selain itu, pelabur asing akan cuba
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
21/30
21 | P a g e
melabur kepada syarikat tersebut kerana mempercayai bahawa syarikat tersebut
mempunyai keupayaan untuk perkembangan syarikat dan akan membawa kekayaan
kepada mereka. Bukan itu sahaja, negara lain akan mengimport barangan buatan
Malaysia kerana kosnya murah. Hal ini akan menyebabkan produk tersebut akan
menjejak kaki kepada pasaran antarabangsa. Di samping itu, peluang pekerjaan
untuk rakyat Malaysia juga akan semakin meningkat dan menambahkan
pertumbuhan ekonomi Malaysia. Oleh itu, tindakan ini adalah rasional bagi
meningkatkan KDNK Negara.
Bagi meningkatkan kadar perubahan guna tenaga dan KDNK, kerajaan harus
mempelbagaikan kegiatan ekonomi Malaysia. Langkah yang pertama yang perlu
dilakukan adalah memodenkan kegiatan ekonomi yang sedia ada. Untuk mencapai
matlamat ini, dalam kegiatan pertanian yang tradisional perlulah usaha-usaha
dilakukan untuk membuat pembaharuan agar daya pengeluaran semakin meningkat.
Sebagai contoh, kerajaan patut membuat R&D ( research and development ) untuk
memperkenalkan input yang lebih moden seperti menyediakan benih yang tinggi
daya pengeluarannya, memperkenalkan input moden yang lain dan memperkenalkan
cara penanaman dan pemeliharaan tanaman yang lebih baik. Langkah yang
seterusnya adalah mengembangkan kegiatan ekonomi yang baru dan dapat
mempercepat transformasi kegiatan ekonomi dari yang bersifat tradisional kepada
kegiatan ekonomi moden. Di dalam perkara ini, langkah yang penting adalah
menggalakkan perkembangan di sektor perindustrian. Ekonomi yang semakin maju
akan memerlukan berbagai jenis barang perkilangan, untuk digunakan di dalam
negeri dan di eksport. Apabila suatu Negara mempunyai sumber alam yang kaya,
kegiatan lain di sektor utama dan sektor perkhidmatan dapat dikembangkan.
Pengeluaran hasil pertanian yang baru, mengembangkan sektor perlombongan dan
mengembangkan tempat-tempat untuk pelancongan merupakan usaha lain yang perludikembangkan sekiranya terdapat potensi dan peluang untuk melakukan
perkembangan tersebut. Melalui cadangan ini, perkembangan industri-industri
tempatan terutamanya industri perkilangan dapat mewujudkan banyak peluang
pekerjaan. Perkara ini bukan sahaja menambahkan pendapatan negara, tetapi
juga mengurangkan kadar pengangguran dalam negara. Ini juga bertujuan
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
22/30
22 | P a g e
untuk melindungi industri-industri tempatan dan mempelbagaikan ekonomi demi
meningkatkan KDNK dan kadar perubahan guna tenaga dalam negara.
Bukan itu sahaja, kerajaan juga patut menyokong urus niaga berbentuk
perindustrian kecil dan sederhana (IKS).
Peranan IKS Satu perkara yang sering
diperkatakan dalam IKS ialah ia berupaya meningkatkan peluang pekerjaan kepada
orang ramai. Hal ini demikian memandangkan IKS mampu menggunakan tenaga
buruh secara intensif dalam teknik pengeluaran mereka berbanding dengan firma-
firma besar. Hal ini secara terus dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak
dalam beberapa fungsi pengeluaran dalam operasi IKS. Selain itu, peranan IKS
sebagai tempat latihan dalam pelbagai kemahiran untuk pekerja, pengusaha dan
bakal pengusaha tidak dapat dipertikaikan lagi. Dengan jumlah modal tersebut,
pengusaha IKS dapat membina latihan dan pengetahuan yang berguna mengenai
selok-belok operasi perniagaan dan bergantung hidup kepada perniagaan tersebut.
Bagi sejumlah modal yang kecil juga sukar bagi seseorang pengusaha mendapat
faedah yang sama dalam firma besar. Peluang pekerjaan dalam IKS ini sudah tentu
dapat memberi dan menyediakan latihan dan kemahiran yang berguna kepada diri
mereka sendiri di samping pekerja terlibat. Latihan dan kemahiran yang dapat
diperolehi dalam IKS juga tidak terhad kepada satu-satu bidang operasi. Di samping
itu, IKS memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dengan
mewujudkan, mengembangkan, dan mengukuhkan lagi struktur asas pembangunan
industri negara. struktur pembangunan industri di Malaysia lebih berbentuk
pergantungan dan penyesuaian pengeluaran barangan untuk pasaran eksport.
Keadaan pasaran tempatan yang kecil tidak menjadi satu pendorong yang kuat. IKS
dapat memberi sumbangan penting kepada pembangunan ekonomi negara melalui
hubungjalin mereka dengan firma besar dan syarikat antarabangsa. Tambahan lagi,
hubungjalin yang sesuai boleh memberi faedah penting dari segi perpindahanteknologi, peningkatan kualiti barangan, produktiviti, latihan dan kemahiran kepada
pengusaha dan pekerja di samping mempercepatkan pembinaan struktur asas
perindustrian negara dengan lebih baik. Oleh itu, kerajaan patut menyokong urus
niaga IKS di Malaysia.
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
23/30
23 | P a g e
Kesimpulannya, kerajaan harus mengambil langkah bagi meningkat kadar
perubahan guna tenaga dan KDNK. Dalam dunia yang serba bersaing, daya
pemikiran, kreativiti dan inovasi rakyat sesebuah negara itulah menjadi penentu
untuk kejayaan. Dari pemikiran dan idea maka lahirlah penemuan yang boleh
merubah sesuatu keadaan kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna. Faktor ini
menjadi penentu kepada kelangsungan sesebuah ekonomi dan dapat meletakkannya
ke tahap yang stabil dan selamat dalam jangka panjang. Oleh itu, semua rakyat patut
bekerjasama untuk menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang dengan proses
menuju Wawasan 2020.
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
24/30
24 | P a g e
7.0PENUTUP
Berdasarkan kajian tentang kadar perubahan guna tenaga dan sumbangan guna
tenaga mengikut sektor kepada KDNK, maka selanjutnya dapat ditarik kesimpulan
sebagai berikut:-
Harapan yang lebih besar lagi cerah berada di tahun-tahun akan datang kerana
ekonomi negara ini telah jauh mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan ekoran
daripada langkah drastik yang dilaksanakan oleh kerajaan sehingga membawa negara
kini benar-benar keluar daripada zaman sukarnya.Ini memberi peluang laluan bagi
peningkatan seterusnya dalam kegiatan ekonomi di masa akan datang.
Namun begitu, kerajaan harus selalu memerhati guna tenaga setiap tahun dan
cuba melaksanakan matlamat, iaitu Malaysia selalu mencapai guna tenaga penuh.
Bukan itu sahaja, keadaan penggangguran diharapkan adalah kurang dalam Malaysia
pada masa depan. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi akan semakin meningkat dari
tahun ke tahun
Pemantauan kerajaan kepada ekonomi Malaysia harus selalu dijalankan walaupun
kita seharusnya beryakin bahawa Malaysia dapat kembali ke paras sebelum krisis di
samping kadar inflasi yang rendah adalah rangsangan kepada kemajuan negara di
masa depan. Kerajaan patut selalu memandang serius terhadap ekonomi Malaysia
supaya Malaysia tidak mangalami bankrup pada suatu hari nanti.
Kesimpulannya, Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang
mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri. Tambahan pula strategi-strategi yang
diamalkan oleh kerajaan telah menghasilkan kestabilan dan pembangunan ekonomi
di Malaysia. Selain itu ekonomi Malaysia menjadi bertambah mantap dan kukuh
kerana jalinan mesra dengan negara-negara maju. Oleh itu, jika prestasi ini terus
diamalkan nescaya matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang
tahun 2020 pasti akan tercapai.
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
25/30
25 | P a g e
8.0RUJUKAN
Mohomad Shukri Seman[Guru Cemerlang], Lim Kien Kwok, Safriza Abd. Hamid.
2013. Teks STPM Ekonomi (Ekonomi Malaysia) Penggal 3 ; Bangi : Penerbitan
Pelangi Sdn.Bhd.
Laporan Ekonomi Tahun 2000-2012, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA,
http://www.treasury.gov.my
Jabatan Perangkaan Malaysia 2000-2012. Perangkaan Ekonomi Malaysia Siri Masa.
Kuala Lumpur : Jabatan Perangkaan Malaysia.
Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia. Statistik Jenayah di Malaysia,www.rmp.gov.my/
Pelan atasi pengangguran,.JTKhttp://jtksm.mohr.gov.my/
Jamal,A.(2003).Ekonomi Malaysia.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka dan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
http://www.rmp.gov.my/http://www.rmp.gov.my/http://www.rmp.gov.my/http://jtksm.mohr.gov.my/http://jtksm.mohr.gov.my/http://jtksm.mohr.gov.my/http://jtksm.mohr.gov.my/http://www.rmp.gov.my/8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
26/30
26 | P a g e
LAMPIRAN
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
27/30
27 | P a g e
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
28/30
28 | P a g e
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
29/30
29 | P a g e
8/11/2019 Pbs Eko Hee Choon Beng
30/30