Post on 01-Jul-2015
BAB 9 : KONSEP PERGERAKAN MEKANIKAL
9.1 : Sistem Mekanikal dan Sistem Elektromekanikal
Konsep Pergerakan Mekanikal
1. Pergerakan mekanikal ialah mekanisme atau sistem yang membolehkan barangan
berfungsi, bergerak atau berputar.
2. Digunakan dalam kehidupan harian untuk menyenangkan kerja manusia
3. Pergerakan mekanikal digunakan untuk memindahkan satu sumber pergerakan (input)
melalui proses untuk menghasilkan suatu pergerakan yang lain (output).
Daya dan pergerakan Sistem kawalan mekanikal Daya dan pergerakan
4. Pergerakan mekanikal boleh dihasilkan secara manual, enjin atau motor elektrik.
Pergerakan mekanikal secara manual dikendalikan dengan tangan atau tenaga fizikal
manusia. Contoh : Gerudi tangan dan basikal
5. Pergerakan mekanikal secara enjin pula pergerakan yang dihasilkan oleh enjin. Contoh :
Mesin pemotong rumput.
6. Pergerakan mekanikal secara motor elektrik ialah pergerakan yang dihasilkan oleh motor
elektrik. Contoh : Kipas elektrik
Konsep Pergerakan Elektromekanikal
1. Pergerakan elektromekanikal menggunakan komponen elektronik dalam operasi
mekanismenya.
2. Produk elektromekanikal menggunakan tenaga elektrik bagi menghasilkan outputnya.
3. Contoh produk elektromekanikal ialah digital kamera, mesin basuh automatik, pemacu
cakera padat dan sebagainya.
4. Produk elektromekanikal menggunakan suatu sistem pemprosesan seperti berikut:
Tenaga elektrik Menggunakan sistem
atau daya elektromekanikal Penghasilan
Suis tekan Litar elektrik Produk
Input Proses Output
Input Proses Output
9.2 : Perbezaan Sistem Mekanikal dan Elektromekanikal
Membanding beza antara sistem mekanikal dengan sistem elektromekanikal
Sistem Mekanikal Sistem ElektromekanikalPersamaan - Mempunyai gear
- Pergerakan mesin secara gerakan linear dan putaran
- Menggunakan sistem pemprosesan berikut:
Input Proses OutputPerbezaan - Pembinaan yang mudah
- Menggunakan tenaga manual
atau enjin
- Tidak mempunyai komponen
elektronik
- Pembinaan yang
kompleks
- Menggunakan tenaga
elektrik
- Mempunyai komponen
elektronikContoh - Mesin jahit kaki
- Gerudi Tangan
- Mesin pemotong rumput
- Mesin gerudi lantai
- Kipas angin elektrik
- Jam
- Kamera
- Pemacu cakera padat
- Robot
- Mesin pencetak computer
- Mesin basuh automatik
9.3 : Kesukaran dan Miskonsepsi Terhadap Konsep Pergerakan Mekanikal
KESUKARAN MISKONSEPSI
1. Memahami konsep pergerakan
mekanikal dan elektromekanikal
1. Pelajar tidak dapat memahami sepenuhnya
konsep pergerakan mekanikal dan
elektromekanikal kerana pelajar mungkin akan
keliru terhadap kedua-dua pergerakan ini
kerana mempunyai sistem pemprosesan yang
hampir sama iait:
Input Proses Output2. Membezakan konsep sistem mekanikal
dan sistem elektromekanikal
2. Pelajar sukar untuk membezakan sistem
mekanikal dengan elektromekanikal. Pelajar
juga mungkin keliru untuk menyatakan contoh-
contoh produk mekanikal dan
elektromekanikal kerana pelajar tidak
mengetahui sama ada sesuatu produk itu
mempunyai komponen elektronik atau tidak.
9.4 : Pembinaan PCK Konsep Pergerakan Mekanikal
PROSES PEMBINAAN PCK menurut langkah-langkah dalam Model Penalaran Pedagogi
adalah seperti berikut:
KEFAHAMAN
Pada akhir P&P pelajar akan dapat:
1. Menerangkan konsep pergerakan mekanikal dan
elektromekanikal.
2. Menerangkan sistem pemprosesan bagi sistem mekanikal dan
elektromekanikal.
3. Memberikan contoh-contoh produk bagi mekanikal dan
elektromekanikal
4. Membezakan konsep sistem mekanikal dan elektromekanikal
TRANSFORMASI
Kaedah yang digunakan:
1. Slaid power point mengenai konsep dan perbezaan mekanikal
dan elektromekanikal
2. Video yang memaparkan pergerakan mekanikal dan
elektromekanikal
3. Poster konsep dan perbezaan mekanikal dan elektromekanikal
4. Flash Card yang memaparkan gambar-gambar produk mekanikal
dan elektromekanikal.
INSTRUKSI /KAEDAH
Strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran:
1. Guru menggunakan slaid power point untuk menyampaikan isi
pelajaran dengan lebih berkesan dan menarik.
2. Guru memulakan P&P dengan menayangkan video sistem
pergerakan mekanikal dan elektromekanikal.
3. Poster yang menarik digunakan untuk menarik minat pelajar
4. Aktivit berkumpulan dilakukan dengan menggunakan flash card
untuk melibatkan keseluruhan kelas.
5. Perbincangan dalam kumpulan dapat menjana kemahiran berfikir
pelajar semasa P&P.
PENILAIAN
Guru membuat penilain melalui:
1. Pemerhatian sepanjang P&P
2. Soal jawab secara lisan antara guru dan pelajar
3. Kuiz diberikan pada akhir P&P
4. Latihan pengukuhan atau pengayaan diberikan sebagai tugasan
REFLEKSI
1. Penerangan guru dengan bantuan ABBM yang menarik dapat
membantu dalam proses P&P yang berkesan.
2. Pelajar mendapat gambaran yang jelas mengenai konsep
pergerakan mekanikal dan elektromekanikal melalui tayangan
video.
PENILAIAN
Guru membuat penilain melalui:
1. Pemerhatian sepanjang P&P
2. Soal jawab secara lisan antara guru dan pelajar
3. Kuiz diberikan pada akhir P&P
4. Latihan pengukuhan atau pengayaan diberikan sebagai tugasan
REFLEKSI
1. Penerangan guru dengan bantuan ABBM yang menarik dapat
membantu dalam proses P&P yang berkesan.
2. Pelajar mendapat gambaran yang jelas mengenai konsep
pergerakan mekanikal dan elektromekanikal melalui tayangan
video.