Pelan Perniagaan

Post on 04-Jul-2015

298 views 2 download

Transcript of Pelan Perniagaan

PENYEDIAAN PELAN PERNIAGAAN

Jabatan Pembangunan Usahawan FELDA

15 Julai 2008

OBJEKTIF PENYEDIAAN MODUL PELAN PERNIAGAAN

Sebagai panduan kepada usahawan :

• Menjalankan perniagaan • Mendapatkan pembiayaan

kewangan (SIUF / Bank / insitusi-institusi kewangan)

• Mengukur prestasi perniagaan dari masa ke semasa

• Merancang pelaksanaan baru atau tambahan / pembesaran perniagaan

Komponen-komponen di dalam Pelan Perniagaan

Bil. Kandungan Muka Surat

1 Ringkasan Eksekutif 1

2 Latar Belakang Syarikat 2-3

3 Produk dan Perkhidmatan 4-6

4 Analisa dan Strategi Pemasaran 7-9

5 Teknologi 10-12

6 Pengurusan 13-16

7 Unjuran Kewangan 17-20

8 Analisa Kewangan 21-22

9 Lampiran

1.RINGKASAN EKSEKUTIF• Di tulis pada PENGHUJUNG pelan perniagaan

• Mengandungi ringkasan di setiap komponen tetapi, beri perhatian kepada:

1. Keterangan Produk – Nama, Harga, Gambar, Fungsi

2. Kelebihan Berbanding Pesaing – Teknologi/ Harga/ Produk

3. Model Perniagaan dan Prospek Masa Depan

4. Kumpulan Pengurusan

2.LATAR BELAKANG SYARIKAT

Menyatakan perkara-perkara berikut secara ringkas :

•Objektif •Misi•Visi•Kunci Kejayaan •Profail Syarikat

Objektif

• Apa yang ingin dicapai? • Ia mesti boleh diukur dan dinilai• Contoh :

“Syarikat mensasarkan jualan sebanyak RM1juta pada tahun 2009”

Visi

• Sasaran jangka panjang • Bersifat umum • Contoh :

“Menjadi pengeluar utama bahulu di Malaysia”

Misi

• Sasaran dan strategi jangka pendek untuk mencapai visi

• Contoh : “Mewujudkan produk Bahulu yang

berdaya saing dan menguntungkan” “Mewujudkan Perkampungan Bahulu

di Felda Chemomoi”

Kunci Kejayaan• Faktor-faktor penting yang

menentukan kejayaan syarikat• Contoh :

1. Pengalaman dan kemahiran pengurusan2. Kualiti produk yang tinggi & konsisten3. Penggunaan sumber tempatan untuk

meminimakan kos4. Mengurangkan pergantungan kepada

pembekal luar dengan mengeluarkan bahan mentah (cth : ternak Ayam Telur)

Profail Syarikat• Nama Syarikat• Alamat & No Telefon• Jenis Perniagaan• No Pendaftaran Syarikat• Modal Permulaan• Lokasi perniagaan – gambar premis

& keluasan bangunan• Ahli Lembaga Pengarah• Setiausaha Syarikat

Contoh: Lokasi Projek

Gambar 1: Pelan & Tapak Projek

3. PRODUK & PERKHIDMATANMaklumat asas :• Apakah produk syarikat?• Apakah kelebihan produk kepada pengguna?• Apakah fungsi produk?

Tips :• Gunakan foto dan gambar rajah• Jangan gunakan perkataan yang terlalu

teknikal (jargon)

Contoh Ringkasan Produk Projek Bahulu Chemomoi:

Produk Bahulu

Produk : Bahulu Berat bersih bungkusan :

200gramHarga: Bahulu Cermai : RM5.00Bahulu Kemboja : RM3.50Bahulu Gulung : RM1.50Bahulu Lapis : RM3.00

Contoh Pengiraan Kos dan Harga Produk

Bahan Mentah

Kos Bahan Mentah

Bahulu Yang diHasilkan

Kos Sebiji

Tepung Gandum

1 kg

RM2.00 100 biji RM0.02

Telur10 biji

RM1.50 100 biji RM0.02

Gula½ kg

RM1.00 100 biji RM0.01

Perasa RM0.10 100 biji RM0.01

Plastik Pembungkus

1 keping

RM0.05 10 biji RM0.05

Gas RM1.00 100 biji RM0.01

JUMLAH RM0.12

4. ANALISA & STRATEGI PASARAN

• Analisa Pasaran– Pesaing, produk pesaing dan juga

perkembangan industri semasa• Sasaran Pembeli

– Sasaran pembeli mengikut faktor lokasi/ umur/ kelas ekonomi

• Strategi Pemasaran– Promosi, pengedaran, pembungkusan,

harga, jenama

ANALISA PASARAN

Pasaran produk makanan Pahang adalah bernilai RM100juta setahun.

SAINGAN

Terdapat 1,000 pengusaha Bahulu di Pahang.

Contoh Ringkasan PasaranProjek Bahulu Chemomoi

Contoh Ringkasan Sasaran Pembeli

Projek Bahulu Chemomoi:

Contoh: STRATEGI PEMASARAN

• Mengadakan ujian rasa (food testing) di shopping complex dan hypermarket. (Giant, Jusco, Mydin)

• Penajaan Bahulu di majlis-majlis kecil agensi kerajaan

• Mengadakan Bazar Bahulu sepanjang Ramadhan dan Syawal

Contoh Ringkasan Strategi Pemasaran

Projek Bahulu Chemomoi:

5.0TEKNOLOGIMengandungi :

• Komponen penting kepada produksi

• Fungsi dan ciri-ciri mesin/teknologi

• Kesesuaian mesin untuk penggunaan lain ( cth : mesin pembancuh boleh mengeluarkan dodol)

• Bagaimanakah produk dapat di sesuaikan dengan rantaian nilai teknologi tersebut

Contoh:

1. MESIN PEMBANCUH (MIXER)Mesin pembancuh berkemampuan untuk membancuh 5 kg tepung dan bahan dalam satu masa.

2. Oven PembakarKapasiti : 200 biji @ 10minit

Contoh Ringkasan Projek Bahulu Chemomoi :

6.0 PENGURUSAN

• Carta Pengurusan • Biodata/resume pemilik perniagaan.• Pegawai dalam kumpulan pengurusan

(untuk meyakinkan pelabur kebolehan pengurusan syarikat untuk mentadbir)

• Nyatakan fungsi kerja dan anggaran upah

Pengusaha(Fatimah bt Ali)

Pembancuh(Abu Wahab-

suami)

Pembakar(Wahida-anak)

Pembungkus(Omar-anak)

Pemasar(Aziz-anak)

Contoh Ringkasan Projek Bahulu Chemomoi :

7.0UNJURAN KEWANGAN• Nyatakan andaian-andaian penting (key

assumption) yang merupakan faktor utama dalam mengira keuntungan perniagaan.

Contoh :

Faktor penting di dalam pengiraan kewangan Projek Bahulu Cermai adalah dengan mengandaikan setiap unit produk yang dikeluarkan adalah terjual.

• Unjuran kewangan perlu disediakan sekurang-kurangnya bagi tempoh lima tahun

• Unjuran diperlukan :– Unjuran Untung Rugi– Unjuran Aliran Tunai– Titik Pulang Modal– Balance Sheet

UNJURAN KEWANGAN

Contoh: UNJURAN PENYATA UNTUNG RUGI

Unjuran kewangan mensasarkan peningkatan sebanyak 5% setahun ke atas kos pengangkutan, upah dan gaji dan belanja promosi. Komisyen jualan diperuntukkan sebanyak 3 % daripada nilai jualan. Kos pembungkusan dianggarkan sebanyak 5% daripada nilai jualan.

Contoh Ringkasan Unjuran Untung Rugi Projek Bahulu

Cermai:

Tahun2009

Tahun2010

Tahun2011

Tahun2012

Tahun2013

A. Jualan

Kos Produk

Upah

Komisyen Jualan

Pembungkusan

B. Jumlah Kos Jualan

C. Untung Kasar A - B

Belanja Operasi

Pengangkutan

Alat tulis

Promosi

Belanja pos

Gaji

KWSP

Penyelenggaraan

Utiliti

Telefon

Lain-lain (petty cash)

D. Jumlah Belanja Operasi

E. Untung / Rugi Bersih ( C – D )

PENYATA PENDAPATAN

Tahun2009

Tahun2010

Tahun2011

Tahun2012

Tahun2013

Wang Masuk

Kutipan jualan 70%

Kutipan baki jualan tahun sebelumnya

Dana FELDA

A. Jumlah Wang Masuk

Wang Keluar

Belanja Operasi

Kos Jualan

Peralatan – Komputer

Perabot -Meja, Rak, Kerusi

Mesin

Peralatan

Kenderaan

Pelancaran dan promosi awal

B. Jumlah Wang Keluar

C. Aliran Tunai Bersih ( A – B )

Baki Tunai ( tahun sebelum + tahun semasa)

ALIRAN TUNAI

8.0ANALISA KEWANGAN

• Analisa Kecairan• Analisa Keuntungan• Ukuran Keberhutangan

Dokumen Lampiran

• Profail Pengusaha• Penyata Bank Pengusaha• Surat & Sijil Sokongan• Pelan Lokasi• Dokumen Perjanjian – sewa beli

tanah & bangunan

SELAMAT BERJAYA!