Post on 08-May-2019
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4
STILLAH BINTI SITIM
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2007
iii
Untuk suami tersayang,
Michael Endang
Untuk Ibunda yang di kasihi,
Sulinah Angkatak
Ingatan abadi buat ayahanda tercinta,
Mendiang Sitim Sobondok
Dan seluruh keluarga.
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya sangat bersyukur kepada Tuhan atas berkat dan limpah
karuni-Nya yang tidak terhingga sehingga saya dapat membangunkan sebuah perisian
yang telah dibina sepanjang 1 semester di UTM dengan jayanya.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Abdul Razak Bin Idris
selaku penyelia Projek Sarjana Muda saya yang telah banyak memberi bimbingan dan
tunjuk ajar serta pandangan sepanjang saya membangunkan projek ini.
Jutaan terima kasih juga kepada seluruh keluarga saya terutamanya suami yang
tersayang dan juga ibu yang dikasihi yang banyak membantu saya dari segi kewangan,
sokongan dan dorongan sehingga saya dapat membangunkan projek ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak membantu
saya samada secara langsung atau tidak langsung sehingga projek yang saya jalankan ini
siap dengan jayanya.
v
ABSTRAK
Matlamat projek ini adalah membangunkan sebuah perisian pembelajaran
berbantukan komputer (PBK) yang interaktif bagi matapelajaran Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun
menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk membangunkan perisian ini
dan mengaplikasikan Teori Behaviorisma sebagai pendekatan pengajarannya. Pengguna
akan dipaparkan kepada objektif perisian terlebih dahulu dan diberi pilihan samaada
pengguna ingin menjalankan tutorial ataupun latihan pengukuhan dalam bentuk soalan
yang pelbagai. Perisian dihasilkan dalam versi Bahasa Inggeris dimana ianya adalah
bahasa pengantar untuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di sekolah.
Penggunaan gambar, teks, animasi dan butang-butang kawalan yang sepenuhnya
dikawal oleh pelajar dalam persekitaran pembelajaran secara penerokaan termasuk
latihan pengukuhan sebagai pengujian dan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar
untuk mempelajari topik ini. Perisian ini menggunakan Macromedia Authorware 6.5
sebagai perisian utama dan dibantu dengan perisian sokongan yang lain seperti Adobe
Photoshop CS, Macromedia Flash MX 2004, Sound Forge 6.0, Macromedia Captivate
dan Ulead Video Studio9.
vi
ABSTRACT
The purpose of this project was to develop an interactive computer based-
learning courseware for the subject ‘Information and Communication Technology’,
Form 4 under topic ‘Computer Security’. Hanafin & Peck Instructional Design Model
was used as guide to develop this courseware and Behaviorism approached was used for
deliver contents. English Language is used in this courseware because it is the medium
of instruction for this subject in schools. Users can control their own learning by using
control button provided in this courseware. Games and activities provided to enhanced
student’s learning. Macromedia Authorware 6.5 has been used to develop this
courseware with support of other software such as Adobe Photoshop CS, Macromedia
Flash MX 2004, Sound Forge 6.0, Macromedia Captivate and Ulead Video Studio9.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Projek 5
1.5 Objektif Perisian 6
1.6 Rasional Projek 6
1.7 Kepentingan Projek 7
1.8 Skop Kajian 7
1.9 Pengguna Sasaran 8
1.10 Definisi Istilah 8
1.11 Penutup 9
viii
BAB 2 SOROTAN PENULISAN 10
2.1 Pengenalan 10
2.2 Teknologi Pendidikan dalam P&P. 10
2.3 Multimedia Dalam Pendidikan 12
2.4 Elemen-Elemen Multimedia 13
2.4.1 Teks 14
2.4.2 Grafik 14
2.4.3 Audio 15
2.4.4 Video 15
2.4.5 Animasi 15
2.5 Keberkesanan PBK 16
2.5.1 Kelebihan PBK 17
2.5.2 Kelemahan PBK 19
2.6 Teori-teori Pembelajaran 21
2.6.1 Teori Behaviourisme 22
2.7 Strategi Pengajaran Dalam PBK 25
2.7.1 Tutorial 25
2.7.2 Latih Tubi 26
2.7.3 Permainan 26
2.7.4 Simulasi 27
2.8 Proses Pembangunan PBK 27
2.9 Model Pembangunan Hanafin & Peck 28
2.9.1 Fasa Analisis Keperluan 28
2.9.2 Fasa Rekabentuk 29
2.9.3 Fasa Pembangunan Dan Perlaksanaan 29
2.10 Penutup 30
BAB 3 REKABENTUK PERISIAN 31
3.1 Pengenalan 31
3.2 Model Reka Bentuk Perisian 31
3.2.1 Fasa Analisis Keperluan 32
3.2.1.1 Tajuk Dan Skop Pelajaran 32
ix
3..2.1.2 Pengguna Sasaran 32
3..2.1.3 Objektif 33
3.2.2 Fasa Rekabentuk 33
3.2.2.1 Strategi Pengajaran 33
3.2.2.2 Carta Alir 34
3.2.2.3 Perisian Yang Digunakan 36
3.2.2.4 Perkakasan 37
(a) Perkakasan Yang Digunakan
Pembangun 37
(b) Perkakasan Main Balik 38
3.2.3 Fasa Pembangunan Perisian 38
3.3 Penutup 39
BAB 4 HASIL REKABENTUK PERISIAN 40
4.1 Pengenalan 40
4.2 Penyimpanan Dan Penyebaran 40
4.3 Kandungan Perisian 41
4.3.1 Montaj 41
4.3.2 Induksi 42
4.3.3 Objektif Perisian 42
4.3.4 Pendaftaran Pengguna 43
4.3.5 Menu Utama 44
4.3.6 ‘Definition’ 45
4.3.7 ‘Threat’ 47
4.3.8 ‘Measures’ 48
4.3.9 ‘Evaluation’ 50
4.3.10 ‘Activity’ 55
4.3.11 Audio On Dan Off 57
4.3.12 ‘Credit’ 58
4.3.13 ‘Quit’ 58
4.4 Ciri-Ciri Perisian 59
4.4.1 Interaktiviti 59
4.4.2 Teks 60
x
4.4.3 Grafik 60
4.4.4 Audio 60
4.4.5 Video 61
4.4.6 Animasi 61
4.5 Aplikasi Teori Pembelajaran Dalam Perisian 61
4.6 Penutup 64
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN 65
5.1 Pengenalan 65
5.2 Perbincangan 66
5.3 Masalah-Masalah Yang Di Hadapi Semasa
Pembangunan Perisian. 67
5.3.1 Kepakaran Dan Pengalaman 67
5.3.2 Kekangan Masa 67
5.3.3 Kreativiti Untuk Merekabentuk Paparan 68
5.4 Kelebihan Perisian 68
5.5 Kelemahan Perisian 70
5.6 Cadangan 71
5.6.1 Meningkatkan Kemahiran 71
5.6.2 Meningkatkan Daya Kreativiti. 71
5.7 Kesimpulan 72
5.8 Penutup 73
RUJUKAN 74
xi
SENARAI RAJAH
NO. TAJUK MUKA
RAJAH SURAT
2.1 Model Hanaffin & Peck 28
3.1 Carta Alir Perisian 35
4.1 Paparan Montaj 42
4.2 Paparan Objektif Perisian 43
4.3 Paparan Pendaftaran Pengguna 44
4.4 Paparan Menu Utama 45
4.5 Paparan Montaj ‘Definition’ 46
4.6 Paparan Nota Dalam Menu ‘Definition’ 46
4.7 Paparan Nota ‘Definition’ 47
4.8 Paparan Sub topik ‘Security Threat’ 48
4.9 Paparan Muka Depan Dalam Nota
‘Security Measures’ 49
4.10 Paparan Nota ‘Data Backup’ 49
4.11 Paparan Simulasi Penyimpanan Data 50
4.12 Paparan Muka Depan ‘Evaluation’ 51
4.13 Paparan Soalan Dalam Bentuk Objektif 52
4.14 Paparan Maklum Balas Positif 52
4.15 Paparan Maklum Balas Negatif 53
4.16 Paparan Yang Menunjukkan Peluang Menjawab
Soalan Sebanyak 2 Kali Sahaja. 53
4.17 Paparan Soalan Betul Salah Bagi Peneguhan
xii
Positif 54
4.18 Paparan Soalan Betul Salah Bagi Peneguhan
Negatif 54
4.19 Paparan Skor Markah 55
4.20 Paparan Pemilihan Aktiviti 56
4.21 Paparan ‘Activity 1’ 56
4.22 Paparan ‘Activity 2’ 57
4.23 Paparan Pembangun Perisian 58
4.24 Paparan Keluar Perisian 59
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan teknologi pada masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang
kehidupan. Teknologi bukan sahaja berkembang pesat di dalam bidang perindustrian,
bidang pertanian dan sebagainya malah penggunaan teknologi di dalam bidang
pendidikan juga kian meluas.
Program pendidikan di negara ini, khususnya bagi peringkat sekolah digubal
berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menggambarkan
bahawa pembangunan insan itu perlulah seimbang dan menyeluruh
perkembangannya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam usaha untuk
membina insan seperti yang dihasratkan, ilmu yang disampaikan perlu juga sesuai
dengan perkembangan semasa dan keperluan negara.
“Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ialah satu bidang ilmu yang
berasaskan pelbagai disiplin terutamanya komunikasi dan sistem
2
komputer. Bidang ilmu ini adalah antara bidang ilmu yang paling pesat
berkembang dan takrifan serta skopnya sentiasa disesuaikan seiring
dengan perkembangan bidang ilmunya.”
(Zanariah dan Rosmayuzie, 2001)
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Hon Choon Kim (2005),
sebagai langkah untuk meningkatkan pendedahan serta pengetahuan ICT di kalangan
pelajar sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai
program antaranya program bestari, komputer dalam pendidikan, pengajaran dan
pembelajaran sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, My-schoolnet dan portal
My-GFL atau Malaysian Great For Learning.
Dalam konsep Sekolah Bestari, pembelajaran yang dikaitkan adalah bercorak
terarah kendiri, lebih memberikan kemampuan terhadap individu, kesinambungan
dan reflektif. Ini berlaku dengan adanya bekalan teknologi daripada sumber media
dan jaringan yang terdapat dalam sistem komputer yang dapat dihubungkan ke serata
dunia untuk mendapatkan sumber maklumat. Kaedah seperti ini dapat membantu
pelajar meneroka dengan lebih luas maklumat melalui kaedah pembelajaran yang
berpusatkan kepada pelajar dimana guru berperanan sebagai fasilitator untuk
mengembang pengetahuan generik pelajar tersebut.
Perlaksanaan Sekolah Bestari ini telah membuka ruang seluas-luasnya kepada
teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina
dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara
mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan
mereka yang kurang berada (KPM, 1997).
Pendedahan terhadap pengetahuan komputer perlu diterapkan di peringkat awal
lagi di mana matlamat ICT di peringkat sekolah menyatakan bahawa ianya dapat
membentuk pelajar yang berpengetahuan secara menyeluruh tentang teknologi
3
maklumat dan berkemahiran menangani maklumat dengan menggunakan teknik dan
perkakasan teknologi maklumat bagi menyelesaikan masalah.
Di samping pengetahuan dan kemahiran, ICT juga membentuk pelajar yang
bersikap positif terhadap impak dan sumbangan teknologi maklumat kepada
masyarakat dan kehidupan harian, supaya dapat menyumbang secara berkesan dan
sepenuhnya dalam masyarakat dan ekonomi berteknologi di tempat mereka hidup
dan bekerja (PPK, 2001).
Mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini ialah satu mata
pelajaran pilihan yang ditawarkan di peringkat sekolah menengah atas. Mata
pelajaran ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran tentang
teknologi maklumat dan membina sikap yang bersesuaian untuk menghadapi cabaran
dalam era maklumat.
Pengetahuan, kemahiran serta sikap yang diperoleh melalui mata pelajaran
ini membolehkan para pelajar menyambung pelajaran dalam bidang teknologi
maklumat di peringkat pengajian yang lebih tinggi mahupun menggunakan
pengetahuan dan kemahiran ini dalam bidang pengajian yang lain atau bidang
kerjaya yang mereka ceburi (PPK, 2001).
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam pengajaran tradisi, komunikasi sehala banyak berlaku di mana seseorang
guru memainkan tugas utama sebagai penyalur maklumat manakala pelajar pula
hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting yang diperlukan.
Persembahan sebegini sememangnya boleh mengurangkan minat pelajar terhadap
4
mata pelajaran tersebut dan seterusnya mengkategorikan ianya sebagai satu mata
pelajaran yang sukar untuk difahami (Jamaludin & Zaidatun, 2003).
Menurutnya lagi, penyediaan alat bantu mengajar bagi pengajaran tradisi juga
adalah terhad kepada bahan-bahan yang statik sifatnya. Ini secara tidak langsung
akan mengurangkan minat para pelajar terhadapnya. Biasanya pelajar memerlukan
rangsangan yang pelbagai untuk memotivasikan mereka belajar selain daripada
merujuk kepada buku yang merupakan sumber ilmu tradisional yang mana
membosankan dan kurang menarik.
Menurut Mahzan (2004), faktor pertama yang sering disebut sebagai
penghalang proses P&P ialah faktor jumlah pelajar yang ramai dalam sesebuah bilik
darjah di sekolah. Jumlah pelajar yang ramai ini akan menjadikan guru tidak dapat
memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada setiap individu pelajar, terutamanya
pelajar yang perlu kepada tumpuan yang khusus. Jumlah pelajar yang ramai ini
bukan sahaja menjadikan suasana pembelajaran di bilik darjah kurang selesa malah
interaksi antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar yang amat perlu bagi suasana
pembelajaran yang berkesan tidak dapat dilaksanakan oleh guru dengan mudah.
1.3 Pernyataan Masalah
Keselamatan komputer adalah salah satu daripada topik-topik yang terdapat
dalam Sukatan Mata pelajaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)
Tingkatan 4. Mata pelajaran ini adalah mata pelajaran yang baru diperkenalkan
kepada pelajar sekolah menengah. Oleh kerana matapelajaran ini baru diperkenalkan
di sekolah maka masih kurang perisian matapelajaran ICT di pasaran.
5
Dalam mempelajari matapelajaran ICT, pelajar bukan sahaja didedahkan
tentang penggunaan teknologi komputer malah keselamatan komputer juga dititik
beratkan. Keselamatan komputer adalah sangat penting bukan sahaja untuk dipelajari
namun perlu disedari pada setiap individu khususnya pengguna komputer. Betapa
pentingnya keselamatan komputer ini boleh dilihat pada masa kini iaitu dengan
wujudnya kempen-kempen tentang kesedaran keselamatan komputer yang dijalankan
di universiti-universiti contohnya.
Bagi membantu guru dalam menyampaikan tajuk keselamatan komputer ini
pembangun ingin menghasilkan satu perisian pembelajaran berbantukan komputer
sebagai panduan yang lebih efektif untuk memudahkan pelajar memahami setiap
prosedur keselamatan komputer tersebut. Di samping itu, usaha pembangunan
perisian ini dapat menambahkan lagi sumber rujukan tambahan dan sebagai alat
bantu mengajar kepada pengguna yang disasarkan.
1.4 Objektif Projek
Objektif bagi projek ini ialah membangunkan perisian Pembelajaran
Berbantukan Komputer subjek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi di bawah tajuk
Keselamatan Komputer Tingkatan 4.
6
1.5 Objektif Perisian
Pembangun mengharapkan agar perisian ini akan dapat:
I. Membantu pelajar memahami maksud keselamatan komputer.
II. Memberi pengetahuan tentang ancaman-ancaman dalam keselamatan
komputer.
III. Membantu pelajar memahami langkah-langkah pencegahan dalam keselamatan
komputer.
1.6 Rasional Projek
Pembinaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer bagi tajuk
Keselamatan komputer adalah sebagai proses mengaplikasikan teknologi multimedia
dalam pendidikan di sekolah. Di samping itu, ianya menyediakan bahan pengajaran
dan pembelajaran bagi mengatasi kekurangan alat bantu mengajar terutamanya
dalam pengenalan kepada elemen-elemen keselamatan komputer ini. Dengan
bantuan grafik dan animasi ianya dapat membantu menunjukkan langkah-langkah
dalam mengaplikasikan elemen dalam keselamatan komputer.
Kaedah penyampaian isi pelajaran juga boleh digunakan oleh guru-guru atau
golongan pendidik dalam pengajaran mereka malahan boleh dijadikan sebagai
sumber rujukan kepada pelajar selain sumber buku teks.