Post on 14-Jul-2019
PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI
(MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK
DAN PENGAJIAN PAKAIAN
NOR AZIAN BT KARIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST
JUDUL : PEMBINAAIT{ DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN
KEIYDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS
PAKAIAI\ DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN
Saya
SESI PENGAJIAN : 20l0l20ll
NOR AZIAN BT KARIA(r{URUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSlWSarjana,{Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.Z. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
arfiara institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( ./ )
t_] sul,rr
D TERHAD
G] TIDAK TERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatanatau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub didalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972\.
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)"
PN.IIIIR QISTINA BT ABDULLAII
(NAMA PENYELIA)
Tarikh: ie ii4€l Jatl
Alamat Tetap :
No.8 LorongPKl4Taman Palma 4,34600Kamunting, Perak
Tarikh: in rtlFl +Oti
(TANDATANGAN PEN{'LIS) AN PENYELIA)
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
CATATAN * Potongyangtidakberkenaan** Jenis tesis ini STILIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa./organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
<) Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan PSM.
"Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya katya ini adalah
memadai skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ljazah Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)."
Tandatanean :
Nama Penyelia : PN.NUR QISTINA BT ABDULLAH
rarikh '
..............1.4.4.?...*9fJ........
ii
PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI
(MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK
DAN PENGAJIAN PAKAIAN
NOR AZIAN BT KARIA
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
ill
'o Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."
Tandatangan : MNama Penulis NOR AZIAN BT KARIA
'r^-:r-L l0 MEI2OI fI aan tl\ll
iv
DEDIKASI
Buat Ayahanda yang sentiasa di sayangi dan abadi di hati Almarhummi Hj Karia Bin Mahmud
Segala amanat dan tunjuk ajar mu akan sentiasa aku ingati Kata-kata semangat dari mu akan terus tersemat di hati
Doaku untukmu tiada bertepi Semoga tempatmu bersama insan-insan sufi yang sejati
Buat wanita yang amat aku kasihi
Bonda tercinta yang banyak memberi motivasi dan kekuatan kepada diri ini
Hajjah Halimaton Binti Karim Dengan doa dan restumu jua aku di sini
Pengorbanan dan ketabahanmu amat aku hargai
Abang dan Kakak yang sering memberi semangat Kesabaran kalian dalam membantuku amat aku kagumi Kasih dan sayang kalian membuatkan aku terus berdiri
Sesungguhnya
Dengan kata-kata semangat kalian berikan membuatku terus terbang tinggi
Tiada kata yang mampu diungkapkan selain dari ucapan terima kasih. Kerana dengan doa dan sokongan dari kalian,
akhirnya aku mampu mengakhiri episod yang aku mulakan di sini
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur saya panjatkan kehadrat Illahi
kerana dengan segala limpah kurnia dan restu yang dihadiahkan-Nya agar saya terus
kuat dan tabah dalam menghadapi segala dugaan di sini sehingga mampu
menyempurnakan tugasan yang penuh bermakna ini.
Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan buat Pn. Nur Qistina Abdullah
selaku penyelia bagi Projek Sarjana Muda ini di atas segala bimbingan, tunjuk ajar
dan kerjasama yang diberikan sepanjang saya menyiapkan penyelidikan ini. Jasamu
akan sentiasa dikenang.
Tidak lupa, jutaan terima kasih juga saya tujukan buat Puan Suhana, Dr
Hajjah Noraini dan Dr Rohana yang tidak pernah jemu memberi penerangan dan
kerjasama yang baik sepanjang saya menjalankan penyelidikan berkaitan Pembinaan
dan Penilaian MPK Pola Pakaian.
Akhir sekali, ucapan terima kasih juga saya tujukan buat mereka yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menyempurnakan
penyelidikan ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.
Terima kasih
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)
Pola Pakaian bagi kursus Pakaian dan Fabrik dan Pengajian Pakaian. Pembinaan
MPK ini dilakukan bagi membantu pelajar mengatasi masalah perbezaan individu,
kekangan masa dan kelemahan bahan rujukan sedia ada. Isi kandungan
pembelajaran MPK dibina berdasarkan sukatan kursus Pakaian dan Fabrik dan
Pengajian Pakaian bagi pelajar tahun satu dan pelajar tahun dua Program Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi
Malaysia (UTM). Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah berdasarkan
Model Teras Cabang Shaharom (1994). Terdapat dua fasa penilaian MPK iaitu,
Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok
Kecil (PFKK). Seorang pensyarah dan seorang pengajar terlibat dalam PFSS,
manakala seramai 20 orang pelajar terlibat dalam PFKK. PFSS dan PFKK
dijalankan bagi menilai kesesuaian MPK yang dibina dari segi teks, gambarajah,
soalan, ringkasan bab, aktiviti dan objektif pembelajaran dengan menggunakan soal
selidik. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian
Komputer Statistical Packages for Social Sciences Versi 15.0 untuk mendapat nilai
frekuensi, peratus, min dan juga min. Melalui min keseluruhan yang diperolehi,
menunjukkan majoriti responden berpuas hati dengan kesesuaian teks, gambarajah,
soalan, ringkasan bab, aktiviti dan objektif yang terdapat dalam MPK.
vii
ABSTRACT
The purpose of this study is to develop Self Learning Module (SLM) of
Pattern Making topic. The construction of this SLM for helping student to overcome
the problems due to individual differences, practical time constraints and weak of
references. The content of this MPK is based on Clothing and Fabric and Clothing
study syllabuses for first year’s and second year’s students of Bachelor Technology
with Education (Living Skill), University Technology Malaysia (UTM). Model that
has been used for construct SLM is based on Teras Cabang Model by Shaharom
(1994). The assessments of the SLM involved two main phases, Formative
Evaluation One to One (PFSS) and Small Group Formative Evaluation (PFKK).
The purpose of PFSS and PFKK assessed the suitability of the SLM in terms of
texts, diagrams, questions, chapter summaries, activities and learning objectives
using questionnaires. Data were analyses descriptively using computer software
Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 15.0 to obtain the frequency,
mean, percentage and average mean. Finding from average mean showed majority
of the respondents satisfied with suitability of the texts, diagrams, questions, chapter
summaries, activities and learning objectives that applied in the SLM.
viii
KANDUNGAN
BAB
TAJUK
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
MUKA SURAT
iv
v
vi
viii
xiv
xvi
xviii
1.0
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.6.1 Pelajar
1.6.2 Pensyarah
1.6.3 Pelajar Sekolah
1.7 Skop Kajian
1.8 Batasan Kajian
1.9 Definisi istilah dan operasi
1.9.1 Modul Pengajaran Kendiri
1.9.2 Penilaian
1.9.3 Penilaian Formatif Satu dengan Satu
1.9.4 Penilaian Formatif Kelompok Kecil
1
5
11
11
12
12
13
13
13
14
14
15
15
16
16
16
ix
2.0
1.9.5 Pembinaan
1.9.6 Kesesuaian
1.9.7 Pengajaran
1.9.8 Pembelajaran
1.10 Rumusan
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Modul
2.2.1 Ciri-ciri Modul
2.2.2 Kegunaan Modul
2.2.3 Kebaikan Modul kepada pelajar
2.2.4 Kebaikan Modul kepada pendidik
2.3 Modul Pembelajaran Kendiri
2.4 Model Modul Pengajaran Kendiri
2.4.1 Model Burn
2.4.2 Model Klingstedt
2.4.3 Model Eijl
2.4.4 Model De Vito-Krockover
2.4.5 Model Meyer
2.4.6 Model Cece-Djadja
2.4.7 Model Teras-Cabang Shaharom
2.5 Elemen penilaian kesesuaian MPK
2.5.1 Teks
2.5.2 Gambarajah
2.5.3 Soalan
2.5.4 Ringkasan bab
2.5.5 Aktiviti
2.5.6 Objektif pembelajaran
2.6 Kelemahan menggunakan MPK
2.7 Kesimpulan
17
17
17
17
18
19
19
20
21
22
22
23
24
24
26
27
28
29
31
31
37
37
38
39
39
40
41
41
41
x
3.0
4.0
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Prosedur kajian
3.3 Fasa 1: Proses pembinaan MPK
3.3.1 Peringkat 1-Rasional pemilihan
model MPK
3.3.2 Peringkat 2-Kandungan MPK
3.3.3 Peringkat 3-Sipnosis
3.3.4 Peringkat 4-Kesahan isi kandungan
MPK
3.4 Fasa 2: Penilaian MPK
3.4.1 Peringkat 1-Rekabentuk kajian
3.4.1.1 Tempat kajian
3.4.1.2 Sampel kajian
3.4.1.3 Instrumen kajian
3.4.2 Peringkat 2-Penilaian Formatif
3.4.2.1 Penilaian Formatif Satu dengan
Satu (PFSS)
3.4.2.2 Penilaian Formatif Kelompok
Kecil (PFKK)
3.5 Fasa 3: Analisis data
3.6 Batasan kajian
3.7 Kesimpulan
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Penilaian MPK Asas Pola Pakaian
4.2.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu
4.2.1.1 Kesesuaian teks
4.2.1.2 Kesesuaian gambarajah
4.2.1.3 Kesesuaian soalan
4.2.1.4 Kesesuaian ringkasan bab
4.2.1.5 Kesesuaian aktiviti
43
43
45
45
47
48
48
49
49
49
49
50
51
53
53
54
56
57
58
58
58
59
60
61
62
63
xi
5.0
6.0
4.2.1.6 Kesesuaian objektif
4.3 Penilaian Formatif Kelompok Kecil
(PFKK)
4.3.1 Bahagian A-Maklumat diri responden
4.3.1.1 Jantina
4.3.1.2 Umur
4.3.1.3 Bangsa
4.3.1.4 Kelayakan akedamik
4.3.2 Bahagian B-Item-item persoalan kajian
4.3.2.1 Kesesuaian teks
4.3.2.2 Kesesuaian gambarajah
4.3.2.3 Kesesuaian soalan
4.3.2.4 Kesesuaian ringkasan bab
4.3.2.5 Kesesuaian aktiviti
4.3.2.6 Kesesuaian objektif pembelajaran
4.4 Kesimpulan
HASIL PEMBINAAN MPK
5.1 Pengenalan
5.2 Hasil pembinaan MPK Pola Pakaian
5.2.1 Bahagian pengenalan
5.2.2 Bahagian isi kandungan
5.2.3 Bahagian penilaian kendiri
5.2.4 Bahagian pengukuhan
5.2.5 Bahagian maklumbalas
5.2.6 Bahagian rujukan
5.3 Pengubahsuaian MPK selepas PFSS dijalankan
5.4 Pengubahsuaian MPK selepas PFKK dijalankan
5.5 Kesimpulan
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
6.1 Pengenalan
64
65
65
65
66
66
67
67
67
68
69
70
71
71
72
74
75
77
81
84
85
87
87
87
91
92
93
xii
6.2 Perbincangan dan kesimpulan
6.2.1 Kesesuaian teks yang digunakan dalam
MPK Pola Pakaian sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran
6.2.2 Kesesuaian gambarajah yang
ditunjukkan dalam MPK Pola Pakaian
sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran
6.2.3 Kesesuaian soalan yang dibina dalam
MPK Pola Pakaian sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran
6.2.4 Kesesuaian ringkasan bab yang dibuat
dalam MPK Pola Pakaian untuk
digunakan sebagai bahan pengajaran
dan pembelajaran
6.2.5 Kesesuaian aktiviti yang dijalankan
dalam MPK Pola Pakaian sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran
6.2.6 Kesesuaian objektif yang dibina dalam
MPK Pola Pakaian sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran
6.3 Kesimpulan
6.4 Cadangan penambahbaikan
6.4.1 Pengubahsuaian carta alir pembelajaran
MPK
6.4.2 Memasukkan nilai-nilai murni melalui
pembelajaran menggunakan MPK
6.5 Cadangan kajian masa hadapan
6.5.1 MPK dijadikan dalam bentuk perisian
multimedia
6.5.2 Menambah bilangan sampel kajian
6.5.3 Menjalankan ujian lapangan (Field
Trial)
93
93
94
95
96
96
97
97
98
98
101
101
101
102
102
xiv
SENARAI JADUAL
JADUAL
1.1
1.2
1.3
3.2
3.3
3.5
3.6
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
TAJUK
Sukatan kursus SPL 2112 Pengajian Pakaian
Tugasan amali
Bilangan pelajar mengikut pengkhususan
Komponen yang ada dalam model-model MPK
Skala likert
Kaedah pengiraan nilai tahap kesesuaian
Pengkelasan tahap kesesuaian terhadap MPK
berdasarkan analisis min keseluruhan
Item kesesuaian teks
Item kesesuaian gambarajah
Item kesesuaian soalan
Item kesesuaian ringkasan bab
Item Kesesuaian aktiviti
Item Kesesuaian objektif
Peratus responden mengikut jantina
Peratus responden mengikut peringkat umur
Peratus responden mengikut bangsa
Peratus kelayakan akademik responden
Kesesuaian teks yang digunakan dalam MPK
Kesesuaian gambarajah yang digunakan dalam
MPK
Kesesuaian soalan yang dibina dalam MPK
Kesesuaian ringkasan bab yang terdapat dalam
MPK
Kesesuaian aktiviti yang digunakan dalam MPK
MUKA SURAT
2
3
6
46
51
55
55
59
60
61
62
63
64
65
66
66
67
68
68
69
70
71
xv
4.16
5.2
Kesesuaian objektif pembelajaran dalam MPK
Komponen yang terdapat dalam MPK Pola
Pakaian berdasarkan komponen yang terdapat
dalam MPK Model Teras-Cabang (Shaharom,
1994)
72
76
xvi
SENARAI RAJAH
RAJAH
1.1
2.1
2.2
3.1
3.4
5.1
5.2
5.2(a)
5.2(b)
5.2(c)
5.2(d)
5.2(e)
5.2(f)
5.2(g)
5.2(h)
5.2(i)
5.3(a)
5.3(b)
5.3(c)
TAJUK
Bahan rujukan
Sumber Model Teras Cabang (Shaharom, 1994)
Carta alir Model Teras Cabang Shaharom, 1994
Prosedur kajian pembinaan MPK Pola Pakaian
Menunjukkan rangka kerja Penilai Formatif yang
digunakan
Carta peringkat penghasilan MPK
Komponen yang terdapat dalam MPK Pola
Pakaian berdasarkan komponen yang terdapat
dalam Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994)
Rasional pembelajaran
Proses Pembelajaran MPK (ubahsuai daripada
Shaharom)
Praujian
Objektif Pembelajaran
Unit-unit pembelajaran bahagian teras
Aktiviti pembelajaran
Ujian diagnostik
Objektif pembelajaran bahagian pemulihan
Objektif pembelajaran bahagian pengayaan
Penukaran saiz tulisan 12 kepada 14
Pengubahsuaian jenis tulisan Calibri kepada
Times New Roman saiz 10
Pengubahsuaian gambarajah dari kecil kepada
besar
MUKA SURAT
10
32
36
44
52
74
76
78
79
80
82
83
84
85
86
86
88
88
89
xvii
5.3(d)
5.3(e)
5.3(f)
5.4(a)
5.4(b)
6.1
6.2
Penambahan soalan untuk Penilaian Kendiri
Aktiviti amali
Pengubahsuaian objektif pembelajaran
Jarak antara baris tulisan
Gambarajah dilabelkan
Carta alir proses perlaksanaan kaedah
pembelajaran bermodul Shaharom(1994)
Carta alir pengubahsuaian proses perlaksanaan
kaedah pembelajaran Shaharom
90
90
90
91
91
99
100
xviii
SENARAI SINGKATAN
MPK - Modul Pembelajaran Kendiri
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
Pb - Pembelajaran Bermodul
PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu
SPH - Sarjana Muda Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kursus Jahitan Pakaian merupakan salah satu kursus yang terdapat dalam
Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH)
yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (CD Panduan Akademik
Fakulti Pendidikan Siri Kemasukan, 2007/2008). Program ini di bawah Jabatan
Teknik dan Kejuruteraan (PTK) Fakulti Pendidikan. Tujuan kursus ini diadakan bagi
mengenalkan pelajar kepada pengetahuan mengenai jenis, klasifikasi dan pembinaan
fabrik. Ia juga mendedahkan kepada pelajar kemahiran asas dalam membuat
pakaian. Ia memberi penekanan kepada proses menjahit seperti asas melakar pola,
jenis garis leher, lubang lengan, belah dan kancing. Pada akhir kursus ini pelajar
seharusnya boleh membincang proses menjahit, prinsip memilih stail pakaian, bahan
keperluan menjahit pakaian, menilai hasil kerja dan mengenal pasti masalah semasa
menjalankan kerja amali (Sipnosis Mata Pelajaran Kursus Teknik dan Kejuruteraan,
2007/2008).
Dalam program SPH ini, pelajar perlu mengikuti dua kali kursus jahitan
pakaian iaitu pada semester kedua dan semester ketiga. Antara sukatan kursus SPL
2112 Pengajian Pakaian yang perlu diikuti oleh pelajar semester ketiga adalah
seperti jadual 1.1.
2
Jadual 1.1 : Sukatan kursus SPL 2112 Pengajian Pakaian
No.
Sukatan
1. Elemen Rekabentuk Pakaian
2 Prinsip Rekabentuk Pakaian
3 Fabrik Buatan Manusia
4 Pembuatan fabrik Sintetik
5 Fabrik Campuran
6 Ciri-ciri Fabrik
7 Fabrik Tenun
8 Pembinaan Fabrik
9 Fabrik Kait
10 Tekstil
11 Penjagaan Tekstil dan Pakaian
Secara umumnya kursus SPL 2112 Pengajian Pakaian ini terbahagi kepada
dua iaitu amali dan teori. Oleh itu, pelajar perlu mengikuti kelas amali dan kelas
teori yang telah ditetapkan. Kelas amali ini bertujuan bagi membolehkan pelajar
mengaplikasikan konsep dan prinsip berdasarkan teori yang telah dipelajari di dalam
kelas. Berikut adalah tugasan amali yang perlu dijalankan oleh pelajar dalam kursus
jahitan ini. Sila rujuk jadual 1.2.
3
Jadual 1.2 : Tugasan amali
Melalui kelas amali yang dijalankan, tumpuan diberi kepada pelbagai
kemahiran dalam proses jahitan. Bagi kelas amali, untuk kursus SPL 2112 Pengajian
Pakaian pelajar telah diberi tugas untuk menyiapkan seluar dan T-Shirt. Proses
menghasilkan seluar bermula daripada mengambil ukuran, melakar pola, susun atur
pola di atas fabrik, pembinaan kocek, pembinaan zip fly opening, pembinaan kocek
sembunyi pembinaan ikatan pinggang dan memasang kancing. Selepas seluar siap
dijahit aktiviti diteruskan dengan menghasilkan T-shirt.
Melalui kemahiran-kemahiran yang diterapkan ini, Industri Tekstil dan
Pakaian merupakan salah satu penyumbang kepada sumber pendapatan negara.
Ianya merupakan industri kedua terpenting sebagai pendapatan dari eksport negara
dengan tenaga pekerja lebih dari 120 000 orang iaitu 10% dari sektor pembuatan.
Tekstil dan pakaian akan terus diperlukan oleh pengguna serata dunia. Dengan itu,
industri ini mempunyai potensi luas untuk berkembang dengan adanya pekerja yang
mencukupi (sinopsis rekaan fesyen Politeknik Johor Bahru, 2003).
Kod Subjek Subjek
Tugasan
SPL 2112
Pengajian Pakaian
• Melakar pola seluar lelaki
atau perempuan
• Susun atur pola di atas
fabrik
• Menggunting fabrik
• Pembinaan kocek
• Pembinaan zip fly opening
• Pembinaan kocek sembunyi
• Pembinaan ikatan
pinggang
• memasang kancing
• Pembinaan of T-shirt
4
Berdasarkan pernyataan di atas dapat dilihat betapa pentingnya kemahiran
dalam bidang jahitan perlu dipelajari dan diikuti dengan baik. Salah satu kemahiran
penting yang perlu dikuasai oleh pelajar ialah membuat pola pakaian. Seperti yang
kita ketahui, mendraf pola merupakan perkara penting dalam pembuatan pakaian.
Pola digunakan untuk membuat pakaian yang mudah seperti seluar, skirt, baju dan
lengan. Selain itu, pola digunakan untuk membuat stail pakaian dan juga
pengubahsuaian. Tanpa pola proses merekabentuk dan pengubahsuaian sukar
dilakukan.
Terdapat pelbagai teknik yang boleh kita pelajari dalam membuat dan
mengubahsuaian pola pakaian. Namun begitu, disebabkan oleh kekangan yang
berlaku sepanjang proses pembelajaran pelajar sukar untuk memahami cara mendraf
pola pakaian. Bagi memahami dan memantapkan lagi pengetahuan yang ada, pelajar
memerlukan buku sebagai sumber rujukan. Menurut Sulaiman (2002), biasanya bagi
satu kursus yang ditawarkan pelajar memerlukan 5 hingga 10 buah buku rujukan.
Modul Pengajaran Kendiri (MPK) merupakan pakej pengajaran dan
pembelajaran kandungan kendiri yang mempunyai beberapa komponen pendidikan
yang berketrampilan. MPK menggunakan strategi pembelajaran penguasaan yang
bertujuan untuk membolehkan pelajar belajar dengan sendiri berdasarkan kecepatan
diri yang berasaskan teknologi pendidikan dan boleh dalam bentuk bercetak dan
bukan bercetak atau gabungan kedua-duanya (Shaharom, 1994). Menurut Burns
(1971) pembelajaran bermodul ini juga membantu pelajar meneruskan pembelajaran
mereka mengikut kemampuan diri masing-masing.
Objektif utama pembinaan sesuatu MPK adalah untuk meningkatkan
pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu dari segi
sikap, minat terhadap matapelajaran, latar belakang, gaya belajar, motivasi dan lain-
lain (Shaharom, 1993). MPK ini juga dapat membantu pelajar-pelajar untuk
menguasai sesuatu tajuk berdasarkan tahap kemampuan mereka dan melakukan
5
proses pembelajaran tanpa ada batasan dari segi masa serta kawalan daripada
pensyarah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Berdasarkan tinjauan awal yang dijalankan ke atas 40 orang pelajar tahun
empat semester akhir bagi program SPH menunjukkan 90% bersetuju MPK Pola
Pakaian dibina. Faktor ini disebabkan oleh kekurangan bahan rujukan yang
bersesuaian untuk dijadikan rujukan oleh para pelajar dalam menguasi sesuatu tajuk
atau topik. Kebanyakan bahan rujukan yang terdapat dipasaran tidak bersesuaian
dengan sukatan pelajaran kursus. Oleh yang demikian, pelajar memerlukan MPK
Pola Pakaian bagi mengatasi masalah ini dalam menimbulkan minat mereka
terhadap jahitan kerana kebanyakan pelajar yang mengikuti program ini tidak
mempunyai asas dalam bidang jahitan.
Ini dapat dilihat berdasarkan jadual 1.3 menunjukkan bilangan pelajar
mengikut pengkhususan latar belakang akademik, di mana terdiri daripada lulusan
Diploma Kejuruteraan, Diploma Pengurusan, Diploma Hospitaliti, Matrikulasi dan
STPM. Data ini diperolehi melalui tinjauan awal yang dijalankan ke atas pelajar
tahun empat program SPH ambilan kemasukan Julai 2007/2008 dan ambilan
kemasukan Disember 2007/2008 iaitu seramai 115 orang pelajar. Bilangan pelajar
tahun empat semester akhir merupakan ambilan kemasukan Julai 2007/2008 adalah
seramai 40 orang, manakala pelajar tahun empat merupakan ambilan kemasukan
Disember 2007/200 adalah seramai 75 orang menjadikan jumlah pelajar tahun empat
seramai 115 orang. Berdasarkan jadual 1.3 tersebut, majoriti pelajar yang mengikuti
program SPH terdiri daripada pelajar yang pernah mengikuti kursus diploma
kejuruteraan. Bagi mereka yang berada dalam bidang teknikal biasanya
menggunakan otak kiri untuk belajar. Menurut Danial (1998), otak kiri lebih fokus
kepada fakta, logik, nombor, tulisan, bahasa, pertuturan dan perincian mengenai
sesuatu perkara. Ini berbeza dengan otak kanan yang lebih memfokus kepada emosi,
kreativiti, warna, nada, penglihatan, bentuk, corak dan konsep. Di samping itu,
6
mereka tidak pernah mengikuti kelas jahitan secara formal dimana kursus ini
memerlukan lebih otak kanan untuk berfikir. Perbezaan latar belakang akademik ini
menjadikan setiap pelajar tidak sama dari segi minat dan kebolehan individu.
Tambahan pula, proses mendraf pola memerlukan proses yang berulang-ulang bagi
mendapatkan ukuran yang tepat. Oleh itu, ia memerlukan kesabaran dan minat yang
tinggi kerana proses mendraf pola mengambil masa yang panjang untuk
menyiapkannya.
Jadual 1.3: Bilangan pelajar mengikut pengkhususan.
Bil kelulusan Bil Pelajar Kejuruteraan Elektrik/Elektronik 21 Kejuruteraan Awam 12 Kejuruteraan Mekanikal 9 Fizik 1 Ukur Bahan 5 Ukur tanah 1 Teknologi Makanan 2 Seni Bina 1 Rekabentuk Industri 1 Teknologi Pengurusan 4 Pengurusan Hotel dan Katering 1 Rekaan Fesyen 1 Pengurusan Sumber Manusia 2 Pengurusan Perniagaan 6 Pengurusan Teknologi Perakaunan 17 Matrikulasi 4 STPM 27
Jumlah 115
Bagi kelas amali yang dijalankan, pensyarah menggunakan kaedah
demontrasi atau tunjuk cara bagi menunjukkan langkah untuk mendraf pola. Kaedah
tunjuk cara ataupun demonstrasi adalah salah satu kaedah yang paling sesuai kerana
membawa pelajar kepada keadaan yang sebenar. Kaedah tunjuk cara ialah satu
kaedah yang memerlukan penglibatan antara pensyarah dan pelajar melalui
pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan pelajar akan sama-sama
terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama ataupun berbeza
(Tengku Sarina & Yusmini 2006).
7
Semasa kelas amali jahit, pelajar tidak dapat memberi tumpuan terhadap
demostrasi yang diberikan kerana dilakukan dalam kumpulan yang besar. Pelajar
terpaksa berhimpit-himpit dengan rakan-rakan yang lain untuk melihat demostrasi
yang dilakukan oleh pensyarah. Keadaan ini menyebabkan pelajar mengambil
kesempatan untuk membuat kerja lain semasa demostrasi dilakukan oleh pensyarah.
Oleh itu, pelajar lebih suka bertanya kepada pelajar yang memberi tumpuan semasa
demontrasi dijalankan. Keadaan ini mendorong kepada kesilapan yang akan
dilakukan oleh pelajar tersebut ketika mendraf pola hasil daripada tunjuk ajar oleh
rakan. Kesan daripada itu, mereka akan terus ketinggalan dalam menguasai sesuatu
tajuk amali. Dengan adanya MPK pembelajaran pelajar akan lebih terarah di mana
pelajar akan lebih bersedia setiap kali sesi pembelajaran dimulakan. Menurut
Shahabudin, Rohizani dan Zohir (2007), modul merupakan bahan pengajaran dan
pembelajaran terancang yang disediakan oleh guru atau pensyarah berdasarkan
sukatan pelajaran. Modul juga digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
memandangkan setiap individu mempunyai kesediaan dan keperluan yang berbeza.
Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kurang interaktif dimana hanya
berpusatkan kepada pensyarah sahaja menyebabkan mereka kurang memahami
bagaimana untuk menghasilkan pola dengan baik. Pelajar hanya bergantung kepada
arahan yang diberikan oleh pensyarah menyebabkan mereka kurang berfikir
bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu tugasan jika tertinggal satu arahan.
Menurut Shahabuddin (2007), pembelajaran berpusatkan guru bertindak secara
autokratik dan memberi arahan kepada pelajar supaya melaksanakan aktiviti
pembelajaran. Kaedah ini banyak menggunakan teknik hafalan bagi mengingati
setiap arahan yang diberikan hingga menyebabkan pelajar menjadi kurang kreatif.
Sebagai contohnya penggunaan arahan yang banyak semasa demontrasi dijalankan
menyukarkan pelajar untuk mengingati langkah kerja yang perlu dilakukan bagi
menyiapkan pola. Pelajar biasanya hanya mampu peroleh sebanyak 30% sahaja apa
yang disampaikan oleh pensyarah dan 70% lagi biasanya diperoleh daripada bahan
lain atas usaha mereka sendiri (Sulaiman, 2002).
Faktor masa juga memainkan peranan yang penting dalam memahami
pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah. Peruntukan masa amali bagi subjek
8
jahitan oleh pihak universiti hanya tiga jam seminggu. Tiga jam masa amali tidak
mencukupi bagi pelajar menguasai kemahiran-kemahiran mendraf pola kerana masa
tersebut tidak digunakan sepenuhnya untuk kerja amali yang akan dilakukan. Hal ini
disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan sepanjang kelas amali
seperti 10 hingga 15 minit masa digunakan untuk kaedah tunjuk cara dilakukan oleh
pensyarah. Manakala 15 minit lagi digunakan untuk mengambil bahan-bahan dan
bagi pelajar yang menggunakan mesin jahit, mereka juga mengambil masa untuk
memasang benang pada mesin jahit tersebut. Kadang kala pelajar akan berhadapan
dengan masalah mesin jahit seperti jarum jahitan patah, gegendung benang habis
dan mesin tidak dapat berfungsi dengan baik. Oleh yang demikian, tidak semua
kemahiran dapat dikuasai oleh pelajar dalam masa yang singkat dan pelajar
memerlukan daya usaha mereka sendiri untuk mengusai kemahiran-kemahiran
dalam mendraf pola. Dengan adanya MPK pelajar dapat mengatasi masalah
kekangan masa dan mereka dapat belajar dengan sendiri.
Berdasarkan faktor-faktor di atas, mendorong pelajar untuk mencari bahan
rujukan. Bahan rujukan ini digunakan dengan harapan dapat membantu mereka
mengukuhkan lagi isi pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah. Daripada
pemerhatian yang dilakukan, buku rujukan jahitan pakaian khusus pola pakaian
yang ada dipasaran tidak membantu pelajar dalam pembelajaran kendiri. Bahan
yang digunakan untuk pembelajaran kendiri merupakan pembelajaran yang
terancang iaitu bahan yang akan dipelajari telah disusun secara secara berturutan
(Esah, 2005:10). Kebanyakan buku rujukan yang ada dipasaran tidak meletakkan
sasaran yang jelas dalam aktiviti penyampaiannya menyebabkan persembahannya
tidak terancang dan sistematik dari segi persembahan gambar rajah, aktiviti dan
bahasa.
Dari segi gambarajah sesebuah buku rujukan perlulah mempunyai
persembahan yang menarik bagi menarik perhatian pelajar menggunakannya. Jika
kita lihat, buku rujukan jahitan yang terdapat dipasaran, persembahannya kurang
menarik dari segi gambar rajah. Peranan gambarajah amat penting dan tidak boleh
dipandang remah sewaktu meletakkannya kerana mempengaruhi kefahaman pelajar.
9
Menurut Abdul Ghani, Abdul Rahman dan Abdul Rasyid (2007) gambarajah
penting dalam membantu pelajar memahami isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Bahagian aktiviti merupakan perkara penting kerana ia menjadi kayu
pengukur kepada tahap kefahaman pelajar. Buku rujukan mengenai Pola Pakaian
yang terdapat dipasaran tidak mempunyai ruang aktiviti bagi membolehkan pelajar
menguji kefahaman mereka. Selain itu, buku rujukan tersebut cenderung kepada
penerangan dan tidak memasukkan ruang aktiviti bagi meningkatkan kefahaman
pelajar apabila menggunakan buku tersebut. Menurut (Sukri,1998) kebanyakan
bahan-bahan pembelajaran yang menjadi rujukan pelajar lebih tertumpu kepada
maklumat tetapi kurang menekankan kepada aktiviti melibatkan pelajar. Kenyataan
ini disokong oleh (Abu Ani, 2001) yang menyatakan bahawa buku rujukan yang
terdapat dipasaran kurang menekankan kepada aktiviti yang melibatkan pelajar
secara aktif. Ini menyebabkan pelajar tersasar akan maksud serta isi sebenar yang
ada dalam bahan rujukan tersebut.
Penggunaan bahasa merupakan perkara penting kerana ia boleh
mengelirukan pembaca jika penggunaannya tidak betul. Jika kita lihat buku rujukan
mengenai Pola Pakaian yang terdapat dipasaran kebanyakannya di dalam bahasa
inggeris. Tambahan pula buku tersebut hasil terbitan penerbit luar negara, ini
menimbulkan sedikit kesukaran kerana penggunaan bahasanya yang agak rumit.
Penggunaan bahasa inggeris yang tinggi menyukarkan pelajar terutamanya bagi
mereka yang kurang menguasai bahasa tersebut. Dari pengalaman penyelidik sendiri
penggunaan bahasa yang terlalu sukar difahami akan menimbulkan perasaan bosan
dan hilang minat. Sila rujuk rajah 1.1.
10
Rajah 1.1: Bahan rujukan
Walaubagaimana pun, terdapat juga buku rujukan mengenai Asas Pola Pakaian
dalam bahasa melayu. Walaupun buku ini menggunakan bahasa melayu, ayat yang
digunakan terlalu panjang dan terlalu padat hingga menyukarkan pembaca untuk
memahaminya. Bagi membantu pelajar memahami sesuatu arahan atau isi
pembelajaran ayat yang digunakan mestilah ringkas tetapi mempunyai maksud yang
jelas dan terang.
Hal ini menunjukkan pelajar memerlukan bahan rujukan tambahan yang
sesuai untuk proses pembelajaran mereka. Lantas, pembinaan MPK Asas Pola
Pakaian ini diharap dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan buku rujukan yang
sedia ada. Di samping menyediakan MPK Asas Pola Pakaian bagi Kursus Pengajian
Pakaian yang belum ada lagi di UTM. MPK ini juga dibina bagi membantu pelajar
mendapat bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan bagi mendalami pengetahuan
mereka (Shaharom, 1994).
11
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pelajar kursus Pakaian dan Fabrik
dan Pengajian Pakaian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam memahami
cara mendraf pola pakaian adalah disebabkan oleh latar belakang pencapaian
akedamik terdahulu mereka yang berbeza serta kaedah pengajaran yang berpusatkan
pensyarah telah memberi kesan terhadap pembelajaran mereka. Selain itu, kekangan
masa dan ketidaksesuaian bahan rujukan dari segi gambarajah, aktiviti dan bahasa
yang terdapat dipasaran turut mengganggu pelajar dalam menguasai isi
pembelajaran. Oleh itu, MPK Pola Pakaian dibina sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran (P&P) bagi kursus Pakaian dan Fabrik dan Pengajian Pakaian di
UTM. MPK Pola Pakaian turut dinilai kesesuaiannya supaya pelajar dapat belajar
dengan lebih efektif melalui penggunaan MPK.
1.4 Objektif Kajian
Objektif dalam kajian ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:
1.4.1 Membina Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Asas Pola Pakaian berdasarkan
Model Teras-Cabang (Shaharom Noordin, 1994).
1.4.2 Menilai kesesuaian MPK Asas Pola Pakaian sebagai bahan pembelajaran
dari aspek:
1.4.2.1 Teks yang digunakan dalam MPK Asas Pola Pakaian.
1.4.2.2 Gambarajah yang ditunjukkan dalam MPK Asas Pola Pakaian. 1.4.2.3 Soalan-soalan yang dibina di dalam MPK Asas Pola Pakaian.
1.4.2.4 Ringkasan bab yang dibuat dalam MPK Asas Pola Pakaian. 1.4.2.5 Aktiviti yang dibina dalam MPK Asas Pola Pakaian.
1.4.2.6 Objektif pembelajaran yang dibina dalam MPK Asas Pola Pakaian.