Post on 26-Oct-2015
PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN
TOKOH - TOKOH ISLAM DALAM
BIDANG PSIKOLOGI, FALSAFAH
DAN SEJARAH
BIDANG PSIKOLOGI
Psikologi Islam lebih mementingkan kejiwaan daripada tingkah laku seperti yang
dijelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud,
‘Ketahuilah bahawa dalam tubuh itu ada sepotong daging,sekiranya ia elok maka
eloklah seluruh tubuh badan itu.Sekiranya ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh
badan pula. Ia merupakan hati’.
Menurut Ab. Alim Abdul Rahim (1994), konsep kejiwaan dalam Islam meliputi
empat aspek iaitunafs (jiwa),qalb (hati), roh danaql (akal). Istilah nafs lebih
menyatakan unsur penggerak dan aktiviti biologi.Nafs merupakan kata umum
meliputi manusia kesuluruhannya. Istilahqalb (hati) selalu digunakan berkaitan
dengan emosi dan akal pada manusia. Penggunaanqalb lebih khusus berbanding
dengannafs. Al-Ouran telah banyak menyentuh keempat-empat istilah yang
digunakan ini. Antaranya perkataanal-Nafs disebut atau diulang sebanyak 367
kali,al-Qalb disebut sebanyak 144 kali,al-Aql disebut sebanyak 49 kali danal- Roh
disebut sebanyak 25 kali.
Antara tokoh psikologi Islam pada zaman keagungan ilmu pengetahuan Islam
ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sina, Ibnu Rusyd dan Imam Ghazali. Menurut Al-
Farabi, akal adalah satu gejala yang mempunyai daya kekuatan yang dapat
memancarkan roh. Dalam daya kekuatan itu terdapat beberapa daya yang lain
seperti daya keinginan untuk hidup (survival instinct), dalam pemeliharaan diri (self
defence mechanism) dan pengembangan zuriat (breeding mechanism). Selain itu
terdapat juga daya perasaan dan imiginasi yang terkandung dalam daya mengenal.
Menurut Al-Farabi lagi, akal juga mempunyai dua bahagian kekuatan lain, iaitu dapat
berfikir sesuatu yang berbentuk abstrak yang terpisah daripada kebendaan yang
dapat diinderai, dan daya kekuatan untuk mencari sesuatu yang dapat memberi
faedah,kebaikan dan kesempurnaan jasmani.
Al-Farabi berpendapat lagi bahawa daya kekuatan yang kedua ini akan hancur
jasad ditelan bumi sedangkan daya kekuatan yang pertama akan dibangkitkan
bersama roh pada hari kiamat. Teori al-Farabi ini telah diperkembangkan lagi oleh
Ibnu Sina. Menurut beliau terdapat tiga bahagian roh iaitu roh manusia, roh haiwan
dan roh tumbuh-tumbuhan yang mempunyai daya kekuatan masing-masing.
Kejadian roh manusia menurutnya adalah unik kerana keupayaan roh untuk hidup
tanpa jasad. Tetapi mustahil jasad hidup tanpa roh kerana sekiranya roh
memisahkan dirinya dari jasad, jasad akan menjadi mayat. Menurutnya lagi roh
haiwan dan tumbuh-tumbuhan penting untuk kehidupan jasad manusia kerana
dengan adanya kedua-dua unsur ini telah membolehkan manusia untuk terus hidup.
Ibnu Rusyd pula, di dalam karya agungnyaal-Tahafut menyatakan bahawa roh
membolehkan jasad seseorang itu hidup. Menurut beliau, apabila mati, roh itu akan
terus hidup dalam alam kerohanian yang tidak berbentuk kebendaan. Pada hari
kiamat kelak, hanya roh sahaja yang akan dibangkitkan kembali, sedangkan jasad
telah menjadi tanah tetap musnah. Berbeza pula dengan pendapat ulama Al-Kalam
yang menjelaskan bahawa pada hari kiamat manusia dibangkitkan dalam bentuk roh
dan jasad.
Selain itu, Imam Ghazali dalam karyanya Ihya’ Ulumuddin telah membezakan roh
dan jasad manusia. Menurut Ghazali, terdapat tiga unsur di dalam roh manusia
iaitual- qalb (hati),al-nafs (nafsu) danal- ‘aql (akal). Di dalam hati menurutnya, sifat
semula jadinya cintakan kebaikan. Nafsu pula mempunyai dua unsur kekuatan iaitu
kebaikan dan kejahatan yang mempengaruhi hati. Jika nafsu baik lebih banyak,
maka hati akan bertambah baik, tetapi jika nafsu jahat lebih banyak maka hati akan
dikuasai oleh nafsu jahat. Akal pula berfungsi untuk mencari ilmu bagi
membersihkan hati ke arah kebaikan dan kebenaran. Ia juga berfungsi untuk
mencari jalan yang paling berkesan untuk melaksanakan kehendak hati ke arah
kebaikan Malah akal juga berfungsi untuk melaksanakan kehendak hati bagi tujuan
kebaikan atau kejahatan.
Al-Ghazali juga menjelaskan bahawa rohanilah yang menguasai jasad manusia.
Segala pancaindera rasa seperti mata, telinga, mulut, lidah, akalnya dan anggota
badannya serta segala organ yang ada dalam diri manusia semuanya tunduk
kepada titah perintah rohani manusia. Al-Ghazali menganggap bahawa jasad
manusia dengan segala anggotanya merupakan tentera kepada hati dan rohani
manusia
BIDANG FALSAFAH
Kedatangan Islam telah membawa perkembangan yang baharu di dalam falsafah
dunia. Hal ini kerana falsafah Islam mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang
mengatasi falsafah sebelumnya. Falsafah Islam diasaskan atas kekuatan wahyu dan
akal memperkukuhkannya. Antara tokoh yang menyumbang dalam bidang falsafah
Islam ialah Al- Kindi, al-Farabi, Ibnu Rusyd, Al-Ghazali, Ibnu Hazm, Ibnu Maskawaih,
Ibnu Sina dan sebagainya.
Al-Kindi merupakan orang pertama dalam Islam membincangkan falsafah
sebagai suatu ilmu yang tersendiri. Beliau telah mengarang sebanyak 263 karya
falsafah yang sebahagian besarnya telah diterjemahkan ke beberapa bahasa
Eropah. Falsafah Al-Kindi membincangkan tentang pertama, adanya Tuhan
menyebabkan adanya alam ini, kedua kegiatan Tuhan berkembang di antara langit
dengan bumi, ketiga jiwa bumi adalah daya penggerak Tuhan, keempat jiwa bumi
telah menyebabkan terjadinya langit, bintang dan planet-planet di angkasa lepas,
kelima jiwa manusia merupakan pancaran jiwa bumi, keenam manusia bersifat
dualisme, ketujuh kemerdekaan kekal dan abadi hanya dapat dicapai dalam dunia
akal budi keamanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t dan yang terakhir, orang
yang hendak mencapai kemerdekaan dan kebebesan itu harus memperkembangkan
kekuatan akalnya dengan jalan ilmu ketuhanan dan ilmu tentang alam semesta.
Falsafah Islam mencapai kematangan dengan munculnya ahli falsafah Islam iaitu
Al- Farabi. Nama sebenar beliau ialah Abu Nasr al-Farabi (870-950 M) dan dikenali
di dunia Barat dengan panggilan Alpharabius. Al-Farabi telah mempelajari falsafah
daripada Yuhanna Ibnu Khailan. Pada awalnya beliau sangat berminat dengan
falsafah yang dikemukakan oleh Aristotles sehingga beliau sanggup membaca
bukuAnima karya Aristotles sebanyak 200 kali danPhysica sebanyak 40 kali. Beliau
menggunakan ilmu falsafah untuk mencari dan menentukan kebenaran. Beliau
berpendapat bahawa kebenaran yang sempurna dan mutlak adalah berdasarkan
kepada akidah Islamiah. Menurut Al- Farabi lagi, seorang ahli falsafah tidak
seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik. Sebaliknya perlu
menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.
Tanpa sains menurutnya, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan
untuk dieksploitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah
yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah
yang tertinggi kerana keduanya saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini beliau
mencadangkan agar diwujudkan sebuah Negara kebajikan yang diketuai oleh ahli
falsafah. Antara buku-buku yang masyhur ialah seperti al-Mahaniyatul Fadhilah
(bidang politik), Bandar yang Ideal ( al-Madinah al-Fadila) dan Bandar Kerajaan (al-
Siyasah al-Madaniyyah).
Ibnu Rusyd atau nama sebenarnya Abu Al-Walid Muhammad bin Ahmad bin
Muhammad bin Ahmad bin Ahmad bin Rusyd juga turut menyumbang terhadap
bidang falsafah. Beliau lahir di Cordova dan lebih dikenali sebagaiAv e r ro e s di
dunia Barat. Antara buku-buku yang telah dihasilkan mengenai falsafah ialah Mahadi
al-Falasifah danTahafut al-Tahafut. Menurut Mustafa Hj Daud (1991), Ibnu Rusyd
telah membuat pembaharuan dalam bidang falsafah Islam dengan membawa
pandangan baru berkaitan Al-Quran. Beliau telah menjelaskan, “Al-Quran itu
diturunkan oleh Tuhan untuk semua manusia.Oleh sebab manusia mempunyai
tingkat-tingkat tertentu, ada yang berilmu, ada yang bodoh, maka pengertian Al-
Quran itu pun, tentu bertingkat pula menurut tingkat mereka.” Aboe Bakar
Atjeh (1979) menyatakan bahawa mengikut Ibnu Rusyd, hidup sendiri dan
terasing daripada pergaulan umum tidak dapat menhasilkan sesuatu yang berfaedah
kepada manusia. Azizan Baharudin (1986) menyatakan Ibnu Rusyd memainkan
peranan penting dalam perkembangan skolatisisme melalui ulasannya tentang
tulisan-tulisan Aristotle. Pada pertengahan abad ke 13 Masihi, hampir kesemua
karya falsafah Ibnu Rusyd telah diterjemahkan ke bahasa latin dan telah
mempengaruhi ahli pemikir Eropah. Antaranya ialah St. Thomas Aquines.
Selain itu, Al-Ghazali atau nama sebenarnya Abu Hamid Ibnu Muhammad al-
Tusi al- Ghazali merupakan tokoh falsafah Islam yang paling agung. Beliau sangat
berminat terhadap falsafah. Beliau telah berjaya menggabungkan antara falsafah
dan tasauf dengan akidah, syarak dan akhlak. Karyanya yang terkenal ialah Ihya
Ulumuddin. Dalam kitab ini beliau telah menghubungkan ilmu lahir dengan ilmu batin
dan ilmu fekah dengan tasauf di bawah tinjauan falsafah yang mendalam. Menurut
Aboe Bakar Atjeh (1979) kitab ini berisi suara jiwanya yang sudah insaf,dan oleh
sebab itu merupakan hasil pengalaman-pengalaman dalam perjalanannya mencari
kebenaran, mencari Tuhan serta kebahagiaan jiwanya. KitabIhya disusun di dalam
empat bahagian iaitu Ibadat, Adat, Muhlikat danMujiat. Kitab ini merupakan
pandangan al-Ghazali mengenai akhlak hasil daripada penyelidikannya bertahun-
tahun lamanya. Kitab ini banyak diterjemahkan ke dalam berpuluh-puluh bahasa di
dunia ini termasuk bahasa Malaysia. Kitab-kitab lain Al-Ghazali ialah Mizan al-Amal,
Al-Arbain, Minhajul Abidin dan banyak lagi.
Tokoh-tokoh dari Andalus juga mempelopori bidang falsafah. Antaranya ialah
Ibnu Hazm yang telah menulis lebih kurang 400 karya mengenai falsafah. Antara
yang termasyhur ialah Ring of The Dove, Kitab al-Taqrib li-Hadd al-Mantiq al-
Madkhal ilayh, Jenis Sams dan Al-Akhlaq. Azizan Baharuddin (1986) menjelaskan
Ibnu Hazm menyatakan bahawa mereka yang bertemankan ilmu dan mengetahui
kegunaannya, patut pula menyampaikannya kepada orang lain dengan cara yang
sebaik mungkin. Dia juga mengatakan bahawa falsafah bukanlah bidang yang boleh
dikaji oleh sebahagian orang khasnya mereka yang belum mempunyai ilmu dan
persediaan yang cukup. Ibnu Hazm menganggap falsafah sebagai suatu alat yang
boleh digunakan untuk membela agama.
Tokoh yang lain ialah Ibnu Maskawaih (936-1030 Masihi) yang berasal dari Parsi.
Nama sebenar beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Yaakub dan dikenali dalam
dunia falsafah sebagai nama Abu Ali. Beliau sangat terkenal sebagai ahli falsafah
akhlak, terutama karyanyaTahzibul-Akh lak. Menurut Aboe Bakar Atjeh (1979),
menyatakan Ibnu Maskwaih ialah seorang teoritis dalam hal-hal akhlak iaitu
mengupas falsafah akhlakiah serta analisis pengetahuan. Beliau telah mengupas
dengan begitu mendalam tentang falsafahassa’adah (bahagia) dengan cara ilmiah.
Di samping itu, muncul pula Ibnu Sina ( 980-1037 Masihi). Beliau lebih dikenali
sebagai Avicenna di dunia Barat. Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (1988),
falsafah Islam telah mencapai kesempurnaanya di tangan Ibnu Sina. Ibnu Sina telah
menghasilkan buku al-Shifa’ yang menerangkan dan menghuraikan semua sistem
falsafah Yunani dengan cara yang mudah. Antara karya falsafah beliau dalam
falsafah ialah Danesh Nameh ( dalam bahasa Parsi), Uyun al-Hikmah (bahasa
Arab), Mujiz Kahir dan Tis’u rasail fi hikmati wal tabi’iyyat. Menurut Mustafa Haji
Daud ( 1991), isu utama yang dibicarakan oleh Ibnu Sina di dalam falsafah ialah
pertama, membuktikan kewujudan dan keesaan Allah s.w.t dan kedua
membicarakan hal roh manusia dan kaintannya dengan Allah s.w.t.
BIDANG PENDIDIKAN
Pendidikan meliputi hampir semua bidang aktiviti manusia dan mencakupi
pelbagai bidang yang sama luasnya dengan tamadun manusia seperti politik,
ekonomi, falsafah, seni dan sebagainya. Pakar-pakar pendidikan mengemukakan
pelbagai pendapat mengenai tujuan pendidikan dalam Islam termasuk para pemikir
Islam zaman silam seperti Ibn Khaldun, Al-Ghazali, Al-Farabi dan lain-lain.
Imam Al-Ghazali merupakan salah seorang tokoh pemikir Islam yang sangat
terkenal bukan sahaja dalam kalangan umat Islam, bahkan di kalangan bukan Islam.
Beliau sangat tinggi ilmunya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, akidah, fikah,
ilmu kalam, tasawuf, pendidikan, politik dan lain-lain.
Semasa hayatnya, Imam Al-Ghazali telah memperkatakan dan membincangkan
tentang banyak perkara mengenai pendidikan, dalam konteks kaedah pembelajaran
dan penyebaran ilmu. Ilmu serta pendidikan adalah amat penting bagi sesiapa
sahaja di mana-mana tempat di dunia ini. Melalui pendidikan, individu dapat
memajukan diri, negara, bangsa dan agama. Pendidikan perlulah sentiasa
berkembang dalam proses mencari kebenaran ilmu. Pendidikan juga pada dasarnya
merupakan aset terpenting dalam pembinaan tamadun manusia dan
perkembangannya.
Al-Ghazali memegang falsafah yang menyatakan, "Sebahagian ilmu tidak akan
menyerah dirinya kepada kamu sebelum kamu menyerah sepenuh jiwa raga
kepadanya. Apabila kamu telah menyerah sepenuh jiwa raga kepadanya,
sebahagian ilmu diberikan kapada kamu, namun sebahagian lagi masih belum tentu
untuk menerima kamu" (Mahayudin Yahaya, 2001). Melalui ungkapan ini, Al-Ghazali
menekankan bahawa seseorang yang ingin menuntut ilmu haruslah membersihkan
hati mereka daripada pekerti buruk dan unsur negatif. Malahan kesucian jiwa dan
kemuliaan akhlak merupakan asas untuk memperoleh kesucian ilmu dan keberkatan
daripada Tuhan supaya dapat dimanfaatkan untuk diri dan orang lain. Imam Al-
Ghazali juga menyarankan agar seseorang menuntut ilmu secara tertib mengikut
keutamaan ( Sivachandralingam S. R. & Ayadurai L., 2001). Ini bermakna, ilmu yang
paling penting haruslah dituntut terlebih dahulu sebagai bekalan untuk
menyempurnakan ilmu akhirat jika sekiranya umur tidak panjang.
Al-Farabi dalam falsafah pendidikannya menekankan bahawa pendidikan
adalah sesuatu yang harus diperjuangkan. Beliau melahirkan idea tentang
pendidikan berdasarkan falsafah yang dibawa oleh Plato dan Aristotel. Melalui
falsafah ini beliau mencuba untuk memperkenalkan suatu kaedah yang mampu
membawa keluar sesuatu bangsa dari sebuah pemikiran yang sempit kepada realiti
kehidupan yang sebenarnya. Dasar pendidikan Al-Farabi adalah bertujuan untuk
mencapai kesempurnaan hidup yang dicapai melalui kebahagaian yang diperolehi.
Dan menurut beliau lagi, untuk mencapai tujuan ini seseorang haruslah berani dan
bersikap terbuka.
Konsep pendidikan yang diperkenalkan oleh Al-Farabi adalah berdasarkan
konsep menurut paradigma Islam. Konsep ini merupakan gabungan antara teori dan
praktikal yang dapat menunjukkan kebenaran yang sebenarnya. Gabungan teori dan
praktikal dalam falsafah Al-Farabi ini adalah gabungan antara aspek demonstratif
dan aspek persuasif yang digunakan dalam kaedah pembelajaran. Dalam perspektif
Al-Farabi, aktiviti pendidikan merupakan penerapan nilai-nilai, pengetahuan
intelektual dan ketrampilan praktikal yang kemudiannya harus dikembangkan
menurut tujuan asalnya iaitu membawa manusia ke arah kesempurnaan.
Kesempurnaan manusia menurutnya adalah proses akhir dalam mendapatkan nilai-
nilai pengetahuan intelektual dan nilai-nilai tingkah laku bermoral. Untuk mencapai
tahap ini, negara harus menyediakan belanjawan khas untuk pendidikan dan Al-
Farabi menetapkan bahawa belanjawan pendidikan diambil dari sebahagian zakat
dan kharaj (pajak tanah).
Ibn’ Khaldun pula menggariskan bahawa pendidikan atau ilmu dan mengajar
merupakan suatu kemestian dalam membangun masyarakat manusia. Ini dapat
dirumus pada pandangannya mengenai tujuan pendidikan iaitu untuk memberi
peluang kepada fikiran untuk aktif dan bekerja kerana ia penting bagi mematangkan
fikiran, memperoleh pelbagai cabang ilmu pengetahuan dan memperoleh pekerjaan
untuk mencari penghidupan. Ibn Khaldun menyatakan bahawa maksud pendidikan
adalah transformasi nilai-nilai yang diperoleh dari pengalaman untuk
mempertahankan kewujudan manusia dalam peradaban masyarakat (Mahayudin
Yahaya, 2001). Ini kerana dengan adanya pendidikan manusia berupaya
melestarikan dan mewariskan nilai-nilai yang ada dalam masyarakat agar
masyarakat dapat mengadaptasi kehidupan dengan lebih sempurna.
Menurut Ibnu Khaldun lagi, pertumbuhan pendidikan dan ilmu pengetahuan
dipengaruhi oleh peradaban. Beliau berpendapat bahawa terdapat perbezaan dari
segi sosial hasil daripada kecerdasannya yang diperoleh melalui pengajaran. Ibnu
Khaldun membahagikan ilmu pengetahuan kepada tiga iaitu Ilmu Lisan, Ilmu Naqli
dan Ilmu Aqli. Beliau juga menekankan bahawa terdapat tiga jenis kurikulum yang
perlu diajarkan kepada murid-murid. Pertama, kurikulum yang merupakan alat bantu
pemahaman. Kurikulum ini termasuklah ilmu bahasa, ilmu nahwu, ilmu balaghah dan
syair. Kedua, kurikulum sekunder, iaitu matapelajaran yang menjadi tonggak untuk
memahami Islam. Kurikulum ini meliputi ilmu-ilmu hikmah seperti logika fizik,
metafizik, dan matematik. Ketiga, kurikulum primer iaitu subjek yang menjadi pati
ajaran Islam. Kurikulum ini meliputi semua bidang al-ulum al naqliyah seperti ilmu
tafsir, ilmu hadis, ilmu qiraat dan sebagainya.
KESIMPULAN
Intelektual-intelektual Islam seperti AL-Ghazali, Al-Farabi, Ibn Khaldun, Al- Kindi,
Ibn Rusyd dan ramai lagi telah banyak menyumbangkan ilmu dan falsafah dan teori
dalam dunia Islam dan mengembangkan Tamadun Islam. Sumbangan- sumbangan
tokoh-tokoh ini seharusnya dihargai dan setiap umat manusia amnya dan umat
Islam khususnya perlu mempelajari dan mencontohi para ilmuan ini yang tidak jemu
menimba ilmu dan seterusnya memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat
seluruh dunia.