Post on 20-Jun-2015
Suatu masa dahulu kura-kura dan arnab bertelingkah “siapa yang lebih pantas?”, mereka ingin tamatkan pertelingkahan itu dengan mengadakan satu perlumbaan, mereka bersetuju akan litar perlumbaan dan mula berlumba…
Arnab bagai lipas kudung memecut mendahului kura-kura yang ketinggalan jauh dibelakang, arnab yang rasa yakin fikir “ah…aku boleh santai bawah pokok sebentar, relaks sambil tunggu kura-kura lebih dekat sikit….”
Arnab tertidur, kura-kura dengan kurnia kesabaran, dan penuh yakin menyusuri dan memintas arnab, tamatkan perlumbaan dan “kura-kura JOHAN”…
ARNAB terjaga dan sedar dia dah kalah…
The moral of the story is that slow and steady wins the race….
Versi cerita inilah yang kita selalu dengar, selalu di minta jadikan sebagai teladan…
Akan tetapi baru-baru ini ada seseorang buat suatu pengkisahan yang baru yakni lebih menarik.
KISAH arnab dan kura-kura belum tamat….
Arnab tersentak dan kecewa kalah dalam perlumbaan, membuat muhasabah diri “Defect Prevention (Root Cause analysis)”, dia sedar dia kalah kerana terlalu yakin, cuai dan tidak bersungguh-sungguh…
Sekiranya dia tidak terlalu yakin dan cuai, satu kemustahilan kura-kura boleh mengalahkannya…Arnab cabar kura-kura berlumba sekali lagi
Kali ini arnab mengenal erti kesilapan, tidak mengulangi kesilapan lumba dengan yakin, menang dengan mudah…
The moral of the story..Fast and consistent will always beat the slow and steady…
Bayangkan suatu situasi…kalau ada 2 orang dalam organisasi anda ;
Seorang (A) agak lambat, berstruktur serta boleh diharap dan seorang lagi (B) tangkas juga boleh diharap..sudah tentu (B) akan lebih menonjol dan mempunyai peluang dan masa depan lebih cerah.
Its good to be slow and steady; but it’s better to be fast and reliable…
TETAPI cerita tadi belum tamat di sini, kura-kura pula membuat refleksi dan kesedaran diri memberitahunya, dia tidak mungkin mengalahkan arnab di litar sama…
Kura-kura buat perancangan semula dan cabar arnab perlumbaan muktamad tetapi litar yang berlainan…
Arnab atas inspirasi keyakinan bersetuju, mereka berlumba…begitu pantas, konsisten arnab jauh tinggalkan kura-kura sehingga sampai dan temui halangan sungai, garisan penamat beberapa kilometer di seberang…
TERPEGUN.. Arnab terduduk dan fikir apa nak buat,……
kura-kura sampai dengan selamba pintas arnab, turun dalam sungai berenang lepas itu sambung lumba hingga ke penamat.
The moral of the story??…
First identify your core competency and then change the playing field to suit your core competency
Dalam organisasi kalau anda ada kemahiran berkomunikasi, pastikan anda wujudkan peluang untuk buat persembahan dan tonjolkan diri anda membolehkan pihak pengurusan dapat perhatian, …
Kisah tadi belum tamat…
Arnab dan kura-kura selepas mengenal diri masing-masing dan saling hormat-menghormati mengakrabkan silaturrahim, mereka fikir bersama dan sedar bahawa mereka boleh mengecapi kejayaan lebih bermakna perlumbaan tadi …
Jadi mereka lumba sekali lagi tapi bukan sebagai lawan tapi bagai kawan sepasukan…
Mereka mula…arnab gendong kura-kura lari laju sampai ke sungai, kura-kura pula bawa arnab menyeberang sungai, kemudian kura-kura naik balik belakang arnab…Mereka tamatkan perlumbaan bersama ..letih tetapi mengecapi kejayaan lebih puashati dan pecah rekod pula….
The moral of the story?…
It’s good to be individually brilliant and to have strong core competencies; but unless you are able to work as a team and harness each other’s core compentencies, you’ll always perform below par because there will always be situations at which you’ll do poorly and someone else does better.
Muafakat dan kerja sebagai satu pasukan ialah semata-mata memajukan kepimpinan situasi, beri peluang orang berkemahiran khusus ambil alih supaya hasil tugas lebih optima dan mantap…
Bulat Air Oleh Pembuluh, Bulat Kata Oleh Muafakat…..
….ada lagi pengajaran dan teladan dari pengkisahan tadi…
Perhatikan bahawa arnab dan kura-kura tidak putus asa berdepan dengan kegagalan atau kesulitan… Arnab muhasabah diri : lebih rajin, lebih usaha selepas mengenal erti kalah
…kura-kura pula tukar strategi selepas faham bahawa adakala walaupun dah berusaha bersungguh belum jamin boleh berjaya : Perlu nilai semula, rancang balik, jangan leka dengan keselesaan yang ada, kadang-kadang kita perlu bertungkus lumus ditambah dengan kerja lebih keras…
Disamping itu amat bersesuaian kita digalakkan untuk tukar strategi dan cuba sesuatu yang baru, kadang-kadang kedua-dua sekali…
Suatu hikmah…
Armab dan kura-kura belajar sesuatu sesama mereka, suatu hikmah.. justru sangat berguna…Kalau kita tidak tumpu bersaing sesama sendiri sebagai lawan tetapi tumpu bersaing berhadapan dengan situasi, kita akan lebih MENYERLAH
To sum up, the simple story of the hare dan tortoise teaches us many thingsImportant lessons are:♥ That fast and consistent will always beat
slow and steady;♥ Work to your competencies;♥ Pooling resources and working as a team
will always beat individual performers;♥ Never give up when faced with failure♥ And finally, compete against situation. Not
against a rival