Post on 03-Feb-2018
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
1
FAKLUTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBIS 1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1
NO. MATRIKULASI :720923125318001
NO.KAD PENGENALAN : 720923125318
NO. TELEFON : 010-5832982
E-MEL : juidah_salleh@oum.com
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SABAH.
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
2
ISI KANDUNGAN
BIL
TOPIK
MUKA
SURAT
1
PENGHARGAAN
3
2
PENGENALAN
4
3
MAKLUMAT INSTITUSI
5 -6
4
KAEDAH DAN TEKNIK HAFAZAN AL-QURAN
- MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT PULAI
CHONDONG, KELANTAN
- MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ITQAAN, SELANGOR
7-18
5
PENILAIAN TERHADAP KAEDAH DAN TEKNIK
19
6
CADANGAN APLIKASI TEKNIK HAFAZAN DALAM BILIK
DARJAH
19
7
KESIMPULAN
20
8
RUJUKAN
21
9
LAMPIRAN
22-30
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
3
Penghargaan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan masa, tenaga, dan idea
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang tenaga,
seperti Ustaz Silmi Umar (rujuk Lampiran B), Ustaz Mohd Shafie Md. Amin (rujuk
lampiran c) yang sudi ditemu bual bagi berkongsi sedikit sebanyak ilmu mengenai
kaedah dan teknik hafazan al-quran.
Selain itu juga, penghargaan diberi kepada penulis latihan ilmiah yang banyak
membantu saya menyempurnakan tugasan ini, Muhaidi Hj. Mustaffa (2010), yang
bertajuk Hafazan Al-Quran Dan Hubungannya Dengan Kecemerlangan Pelajar: Kajian
Di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong1, Kelantan Dari Tahun 1997
hingga 2007.
Melalui pengalaman ini, saya telah mendapat satu ilmu baru mengenai kepelbagaian
kaedah yang digunakan di institusi tahfiz dan ianya berbeza mengikut kepakaran guru
masing-masing.
Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ayuh kita hayati hasil pengkajian ini.
1 Rujuk Lampiran A
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
4
Pendahuluan
Menghafal al-quran adalah suatu sunnah yang disyariatkan kepada umat islam. Oleh
itu, dalam proses penghafalan, ia memerlukan kaedah-kaedah tertentu. Dalam pengkajian
ini, saya telah memilih 2 lokasi utama sebagai sumber maklumat mengenai kaedah yang
digunakan dalam proses penghafalan al-quran, iaitu Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat
(MTAQ)Pulai Chondong Pulai Chondong, Kelantan, dan juga Maahad Tahfiz Al Itqan,
Selangor.
Berikut adalah serba sedikit mengenai maklumat institusi yang menjadi bahan kajian
penulis. MTAQ merupakan sebuah sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang
merangkumi tiga kurikulum pendidikan, iaitu kurikulum tahfiz al-quran dan al-qiraat,
kurikulum agama YIK, dan kurikulum akademik. MTAQ mula ditubuhkan pada tahun
1992 dan menjadi antara pusat tahfiz terunggul di Kelantan2.
Seterusnya, akan diselitkan serba sedikit tentang maklumat institusi pengajian tahfiz
yang menjadi kajian kedua, iaitu Maahad Tahfiz Al Itqan yang terletak di Selangor. MTI
telah ditubuhkan pada 14 Mei 1997 di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),
kemudian secara rasminya dibuka pada 22 Mei 1997, bertapak di No. 2A, Jalan Nirwana
12, Taman Nirwana Ampang, Selangor3.
2 Muhammad Ismail Nik Zulkifli (2004). “Al-Hafiz” Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Pulai Chondong,
Kelantan, c.7. Kuala Lumpur: Menara Telekom. h.29
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
5
MAKLUMAT INSTITUSI
1.
MAAHAD TAHFIZ WAL QIRAAT PULAI CHONDONG, KELANTAN.
Tahun Sejarah Pentadbiran Pelajar Sumber
Kewangan
1992
Ditubuhkan
menggunakan
bangunan Lembaga
peperiksaan YIk, Nilam
Puri
Pengetua-Ustaz
Haji Mansor bin
Haji Daud
Tenaga Pengajar-
Ustaz
Nazamuddin bin
Jalaluddin
30 orang
Genarasi
sulung
pelajar
Yayasan Islam
Kelantan
16.5.1993 Beralih tempat ke
kompleks MTAQ Di
Pulai Chondong- 4 ekar
1998 Prasarana bertambah Kakitangan
Pengurusan
ditambah kepada
21 orang dan 4
orang sokongan
2001 Bilangan pelajar
bertambah dengan 2
50 orang
3 Ust. Mohd Shafie Md. Amin (t.t). Kertas Kerja Pengenalan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Itqan, op.cit.
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
6
kelas dibuka
18.8.2003 Ditukar nama kepada
Maahad Tahfiz Al-
Quran Wal Qiraat
22.10.2007 Menerima pelajar dari
cawangan MTAQ dari
Pasir Puteh kerana
terlibat bencana
kebakaran.
53 orang
Had Umur pelajar terdiri daripada individu berumur 13 hingga 18 tahun.
Pengambilan untuk pelajar lelaki dan perempuan yang memenuhi syarat-syarat yang
telah ditetapkan.
2.
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ITQAAN, SELANGOR
Institut ini ditubuhkan pada tahun 1997 dengan 4 orang sahaja. Institut ini
mendapat sumber kewangan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pelajar yang diambil terdiri daripada pelajar yang berumur 7 hingga 21 tahun
melalui temuduga pemilihan. Kini institut mempunyai lebih daripada 200 0rang
pelajar.
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
7
Kaedah dan Teknik Hafazan Al-Quran Di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat
Pulai Chondong, Kelantan
a) Kaedah Sebelum Menghafal
Di MTAQ, kaedah yang dipraktikkan sebelum para pelajar menghafal sesuatu ayat
quran ialah mereka perlu mendengar bacaan guru terlebih dahulu. Selepas itu giliran para
pelajar pula membaca dan guru akan mendengar bacaan mereka. Pada masa inilah guru
tersebut berperanan untuk membetulkan sebutan al quran para pelajarnya. Kalau tidak
diperbetulkannya sebelum mereka menghafal, kesalahan tersebut akan terbawa sampai
bila-bila. Kaedah ini sejajar dengan cara yang telah dilakukan oleh rasulullah sallallahu
alaihi wasallam ketika membaca al quran bersama jibril a.s di bulan ramadhan. Kaedah
ini juga dikenali dengan nama kaedah talaqqi.
b) Penggunaan mushaf yang khusus
Para hafiz al quran hendaklah menggunakan satu mushaf atau rasm al quran sahaja
untuk menghafal, kerana gambaran ayat yang mereka hafal itu Rasm tersebut termasuk
kedudukan ayat yang pertama dan ayat yang terakhirr dalam satu-satu muka surat itu
akan terpahat di dalam fikiran mereka4.
Apabila seseorang itu menukarkan mushaf yang biasa digunakan untuk menghafal
ataupun dia menghafal daripada mushaf yang berlainan kedudukan dan susunan ayat
serta muka suratnya, maka sudah tentu hafalannya akan menjadi berpecah-pecah dan
kucar-kacir5.
4 Abu Muhammad Jamal „Abd al Rahman (1995). al ‘Iqaz Li Tadhkir al Huffaz Bi al Ayat al Mutasyabihah
Fi al Alfaz, Kaherah: Dar Ummu al Qura. h. 13 5 „Abdullah al Qari bin Hj Salleh (1995) . Cara Baru Mengajar Tajwid dan Hafalan al Quran . Kuala
Lumpur: Darul Nu‟man. h. 44.
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
8
Dengan demikian, seseorang yang sudah menghafal 30 juzuk al quran sekalipun, akan
menjadi terganggu hafalannya ketika membaca mushaf al quran yang tidak biasa dipakai
semasa proses menghafalnya. Untuk itu, elakkan dari menggunakan mushaf yang
berbeza-beza6.
Para hafiz juga digalakkan supaya menggunakan mushaf yang terdapat pada setiap
akhir muka surat tanda bulatan yang menunjukkan akhir ayat dan setiap muka surat tidak
mengandungi ayat yang tertangguh atau bersambung ke muka surat yang lain. Biasanya
dalam satu juzuk terdapat 20 muka surat7. Tujuannya ialah untuk memudahkan para hafiz
membuat anggaran atau kadar hafalan pada setiap muka surat. Mushaf inilah yang
digunakan oleh pelajar MTAQ.
c) Menentukan kadar hafalan
Pihak pentadbir MTAQ telah menentukan kadar hafalan yang wajib dihabiskan oleh
setiap para pelajarnyabagi satu-satu tahun. Bagi pelajar yang berada di Safful Awwal
(tahun pertama), mereka perlu menghafalsekurang-kurangnya empat halaman dalam
seminggu.
Dengan itu, dalam setahun mereka akan wajib menghafal al-Quran sebanyak empat
juzuk dan empat surah. Tetapi bagi pelajar yang mampu lebih dari 4 muka seminggu,
mereka mampu mencapai tahap penghafazan 75% pada penghujung tahun. Bagi pelajar-
pelajar yang gagal mencapai hafazan 75% dari kehendak peratusan sekolah. Mereka ini
tidak dibenarkan naik ke tingkatan seterusnya.
Sebagai contoh tingkatan 1 ke Tingkatan 2. Para pelajar yang tidak mampu mencapai
tahap hafazan sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Guru akan
mengambil tindakan seperti mewujudkan kelas pengukuhan bagi membantu pelajar yang
lemah dari segi penghafazan al quran. Alternatif yang lain akan dilaksanakan oleh pihak
6 Drs. Ahsin W. al-Hafiz (1994). Bimbingan Praktis Menghafal al-Quran. Jawa Tengah: Bumi Aksara. h.
69. 7 Ustaz Ismail Masyhuri al Hafiz. Fadhilat Membaca dan Menghafal al Quran serta Panduan
Menghafalnya. Kuala Lumpur: Syarikat Nurulhas. h. 115.
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
9
sekolah bagi menangani pelajar yang lemah dari segi penghafazan al quran. Sebagai
contoh, sepanjang cuti sekolah berlangsung (7 hari) pelajar hanya dibenarkan pulang ke
rumah selama 2 hari. Mnakala selebihnya pelajar akan mengikuti kelas pengukuhan yang
akan dipantau oleh guru kelas bagi pelajar tersebut.
Bagi pelajar Safful Thani (tahun kedua), mereka perlu menghabiskan hafalan
sebanyak 7 juzuk (selain dari juzuk di tahun pertama) dan begitu juga bagi pelajar Safful
Thalith (tahun ketiga), mereka perlu menambah hafalan mereka sebanyak 7 juzuk selain
daripada juzuk sebelumnya. Manakal bagi pelajar tahun keempat dan kelima, mereka
masing-masing perlu menghafal 6 juzuk al quran (selain dari juzuk yang dihafal
sebelumnya)8.
Untuk menghabiskan kadar hafalan sebanyak 4 halaman seminggu pula,para pelajar
terpaksa membuat kadar hafalan yang tertentu dalam sehari sama ada beberapa ayat atau
setengah muka surat. Ini bergantung kepada kemampuan mereka masing-masing untuk
menghabiskan kadar hafalan yang telah ditetapkan dalam seminggu.
Sistem hafazan yang diamalkan oleh MTAQ Pulai Chondong:-
i) METODE LAMA
A) Tingkatan 1: 4 Juzuk.
B) Tingkatan 2: 8 Juzuk.
C) Tingkatan 3: 8 Juzuk.
D) Tingkatan 4: 6 Juzuk.
ii) METODE TERKINI
A) Tingkatan 1: 6 Juzuk.
A) Tingkatan 2: 8 Juzuk.
B) Tingkatan 3: 8 Juzuk.
C) Tingkatan 4: 6 Juzuk.
Selebihnya akan disambung pada Tingkatan 5. Manakala sesi pengulangan
akan dilakukan pada Tingkatan 6.
8 Ustaz Silmi bin Omar.
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
10
d) Membaca doa sebelum menghafal
Doa yang biasa diamalkan oleh para pelajar di MTAQ sebelum menghafal al
quran ialah:
Maksudnya: Ya Tuhanku, cahayakanlah pandanganku dengan kitab Mu, lapangkanlah
dadaku dengannya, gunakanlah badanku dengannya, mudahkanlah sebutan lidahku,
kuatkanlah ingatanku, segerakanlah dengannya kefahamanku dan kuatkanlah azamku
dengannya. Bahawasanya tiada daya dan upaya melainkan denganMu wahai Tuhan Yang
Maha Pengasih.
Biasanya doa ini akan dibaca oleh salah seorang pelajar Maahad Tahfiz yang dipilih oleh
seseorang guru dan para pelajar lain akan mengikutinya secara beramai-ramai.
KAEDAH KETIKA MENGHAFAL
a) Menghafal di tempat yang sunyi
Tempat sebegini dapat menjernihkan fikiran dari sebarang gangguan, kekacauan
dan halangan-halangan seperti teriakan, permainan kanak-kanak dan perbuatan dunia.
Selain dari itu, elok juga seseorang itu membaca dan menghafal al-quran
di dalam taman yang cantik atau tempat-tempat yang menarik supaya suasana tersebut
dapat memberi ketenganan jiwa dan menyenangkan fikiran untuk menghafal al-quran9.
Di MTAQ, pihak pentadbir telah menyediakan bilik-bilik darjah sebagai tempat untuk
para pelajarnya menghafal al-Quran. Di samping itu, para pelajar juga menjadikan Masjid
MTAQ ini yang terletak bersebelahan dengan bangunan asrama sebagai tempat untuk
menghafal. Kedua-dua tempat ini amat sesuai untuk tujuan tersebut, kerana
9 Dr. Shalah „Abd Fattah al-Khalidy (1994). Panduan Bergaul Dengan Al Quran, terj. Muhammad Ichsan.
Penerbitan Kintan Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. h.63.
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
11
kedudukannya agak jauh dari jalan raya dan kebisingannya. Oleh itu, mereka dapat
memberikan penumpuan yang lebih untuk menghafal al-Quran tanpa sebarang gangguan
luar.
b) Menghafalnya di masa yang tenang
Penghafalan al-Quran memerlukan ketenangan dan jauh dari kebisingan. Keadaan ini
akan membantu seseorang hafiz itu memberi penumpuan yang lebih semasa menghafal.
Bagi para pelajar Maahad Tahfiz ini, masa yang digunakan untuk menghafal al-quran
bergantung kepada seseorang guru dan juga kesesuaian para pelajar sendiri.
Sesetengah guru menggalakkan para pelajarnya menggunakan waktu selepas Asar
untuk mengulang hafalan yang telah dihafal, selepas subuh pula untuk menghafal ayat
yang baru dan mentasmi‟ di depan guru pada waktu pagi. Ada juga guru yang
menganjurkan supaya masa selepas subuh sehingga pukul 7.15 pagi digunakan untuk
menghafal10
.
Namun bagi mereka yang menghafal al-quran di samping kegiatan yang lain,
mereka terpaksa mencari masa yang sesuaidan harus pandai memanfaatkan ruang
yang kosong untuk menghafal dan mentakrir. Antara masa yang tenang dan sesuai
untuk menghafal ialah:
1. Waktu sebelum terbit fajar
2. Selepas fajar hingga terbit matahari
3. Setelah bangun dri tidur di siang hari
4. Selepas sembahyang
5. Di antara maghrib dan Isyak11
Masa-masa ini dipilih kerana ia amat sesuai untuk menghafal. Tambahan pula, pada
masa tersebut seseorang itu mempunyai kecergasan dan ketenangan terutama selepas
bangun dari tidur dan selepas menunaikan sembahyang
10
Ustaz Silmi bin Omar 11
Drs. Ahsin W. al-Hafiz (1994). Op.cit. h. 58-59.
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
12
c) Dibaca dan didengar kepada orang lain.
Semasa dalam proses menghafal, para pelajar MTAQPC dikehendaki membaca
hafalan mereka didepan guru. Biasanya sebelum berhadapan dengan guru, pelajar-pelajar
akan membaca hafalan mereka dengan kawan-kawan mereka terlebih dahulu untuk
memastikan tidak berlakunya kesalahan samada dari sebutan huruf, hokum tajwid dan
sifat hurufnya. Sekiranya para pelajar tidak berbuat demikian, mereka tidak dapat
mengesan kesalahan yang terdapat dalam bacaan mereka12
.
KAEDAH SELEPAS MENGHAFAL
a) Solat 4 rakaat pada malam Jumaat setiap minggu
Selepas menghafal al-quran, setiap pelajar digalakkan supaya melazimkan solat
sunat hifzi pada setiap malam Jumaat. Amalan ini sangat penting untuk menguatkan
dan mengekalkan ingatan mereka. Seelok-eloknya solat ini hendaklah dilakukan pada
pertengahan atau di awal malam.
b) Tahajjud di tengah malam
Waktu malam bagi seseorang hafiz amat berlainan dengan malam orang yang
bukan hafiz. Waktu tengah malam merupakan saat yang paling sesuai untuk mereka
membaca dan mengulangi hafalan al-quran. Tugas mereka yang paling utama ialah
mentakrir hafalan dalam sembahyang tahajjud, kerana seseorang yang sentiasa
melancarkan hafalan mereka dalam sembahyang tahajjud akan mempunyai ikatan
yang kuat.
Imam Nawawi pernah berkata: “Solat dan membaca al-Quran di waktu malam
sangant digalakkan, kerana pada waktu itu hati berada dalam keadaan teguh, jauh dari
kesibukan hal-hal yang melalalaikan serta tidak menuruti bermacam-macam
12
Ustaz Silmi bin Omar
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
13
keinginan, lebih selamat dari riak dan hal-hal yang boleh merosakkan amal, di
samping kebaikan-kebaikan yang lain yang membawa oleh syariat pada waktu malam
hari.”13
Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud:
“Kemuliaan seseorang Mukmin itu terletak pada Qiamullail”14
c) Solat Subuh di Awal Waktu
Melazimkan solat Subuh di awal waktu yang diamalkan oleh para pelajar di
Maahad Tahfiz ini, bukanlah merupakan suatu kaedah dalam proses menghafal al-
quran. Amalan ini Cuma sebagai satu disiplin bagi seseorang untuk bangun seawal
yang mungkin.
Kalau mereka dapat solat subuh di awal waktu, membuktikan mereka bangun awal
dan sempat mengulang hafalan mereka dalam solat tahajjud. Dengan ini, mereka telah
menunjukkan komitmen dan sikap disiplin mereka dalam menghafal al-quran15
.
d) Melazimkan bacaan Surah al-Insyirah
Melazimkan bacaan Surah Al-Insyirah dan surah-surah yang lain bukanlah
merupakan suatu kemestian begi setiap hafiz, kerana ia hanyalah merupakan
pengalaman guru-guru di Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong
sendiri semasa mereka belajar di Mesir dan di Pusat Islam.
Amalan seumpama ini juga merupakan nukilan dari kata-kata ulama‟-ulama‟
terdahulu terhadap kelebihan surah ini, kerana di dalamnya terdapat ayat yang dapat
mencerahkan hati dan memudahkan seseorang itu untuk menghafal sesuatu, iaitu ayat
“inna ma‟al „usri yusra‟
13
Abdurrahman bin Abdul Khalik (1994). Kaedah Menghafal al-Quran. Kuala Lumpur:Penerbitan Kintan
Sdn. Bhd. h.44 14
Al-Hafiz Abi Qasim Sulayman bin Ahmad al-Tabrani (1968). Al-Mu‟jam al-Saghir, Mesir: Dar al-„Ilm,
j.1. h. 172
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
14
e) Melazimkan membaca surah al-‘laselepas solat sunat subuh
Amalan ini juga merupakan salah satu dari amalan-amalan yang biasa diamalkan
oleh pelajar MTAQ untuk menguatkan ingatan mereka dan mengelakkan dari lupa.
Surah ini hendaklah dibaca setiap hari selepas sembahyang sunat subuh dan apabila
sampai ke ayat yang keenam iaitu “sanuqri‟uka fala tansa” maka ia hendaklah diulang
sebanyak 10 kali. Seelok-eloknya bacaan surah ini dijadikan amalan harian di
samping amalan-amalan yang lain.
Hal ini disebabkan pandangan ulama sebagai mana yang dinukilkan oleh al-
Qurtubi dalam Tafsir beliau, mereka mengatakan “Jika diizinkan oleh Allah,
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam akan melupai apa yang telah dihafal, tetapi
selepas diturunkan ayat ini, baginda sallallahu alaihi wasallam tidak lagi melupai
sesuatu yang telah dibaca dan dihafal16
.
Oleh sebab inilah, para pelajar di sini digalakkan supaya menjadikan ayat ini
sebagai salah satu dari amalan harian mereka untuk menguatkan ingatan mereka.
f) Doa selepas menghafal
Doa yang diamalkan oleh pelajar MTAQ selepas menghafal ialah:
Allahumma inni astau di‟uka ma „allamtani farodadhu ila waktu hajati ilaihi fala
tansaihu wa sollallahu ala sayyidina muhammdin wa ala alihi wasohbihi ajma‟in.
15
Temubual, op.cit
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
15
Kaedah dan teknik hafazan di Maahad Tahfiz Al-Itqan (MTI)
MTI mempunyai kaedah hafalan yang tersendiri yang dinamai dengan kaedah al-
huffaz. Kaedah inilah yang telah diperkenalkan oleh Dr. Shafie b. Md. Amin berdasarkan
pengalamannya dalam bidang menghafal al-quran. Walaupun beliau mula menghafal al-
Quran pada usia 27 tahun namun dengan kegigihan beliau, kejayaan tetapa ada. Berlatar
belakangkan seorang graduan akauntan dari universiti negara barat, beliau mampu
menunjukkan satu contoh yang baik buat masyarakat umumnya. Bagi menghuraikan
kaedah hafalan al-huffaz ini beberapa teknik atau pendekatan telah diasaskan seperti
berikut:
a) Pembahagian Juzuk-Juzuk Hafalan
Bagi melakasanakan kaedaha hafalan al-huffaz ini pembahagian juzuk telah disusun
untuk memudahkan para pelajar menghafal dan menyusun jadual untuk mengulang
hafalan-hafalan ayat yang telah dihafal. Pendekatan pembahagian juzuk ini akan memberi
gambaran dan rangsangan kepada pelajar supaya sentiasa berusaha untuk mengikuti
jadual yang telah ditetapkan sekali gus dapat menghafal keseluruhan 30 juzuk al-quran.
Jangkaan hafalan-hafalan tersebut adalah seperti berikut:
a) Penambahan Ayat-Ayat Hafalan
Di dalam kaedah hafalan Al Huffaz suatu bentuk penambahan ayat diperkenalkan bagi
memudahkan pelajar menghafal dan tidak membebankan. Penambahan itu berbeza
mengikut peringkat umur. Jadual penambahan ayat hafalan dalam sehari adalah seperti
yang terdapat pada lampiran G.
16
Abu „Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansari Al Qurtubi (1993). Al-Jami‟ li Ahkam al-Quran. J.20.
t.t.p:Dar al- Fikr. h. 17.
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
16
a) Muraja’ah Muka Surat Harian
Teknik di mana pelajar perlu mengulang bacaan beberapa muka surat yang
ditentukan di hadapan guru-guru bagi memastikan pelajar dapat mengingati hafalan al-
quran dengan baik. Teknik ulangan bergantung kepada jumlah hafalan ayat-ayat al-
quran yang telah dihafal. Ia merupakan teknik terpenting di dalam kaedah Al-huffaz
bagi memastikan hafalan tidak hilang. Teknik tersebut adalah seperti yang terdapat
dalam Lampiran H
b) Empat Jam Sehari
Waktu inilah digunakan oleh pelajar untuk membaca hafalan baru dan hafalan lama
kepada guru pembimbing di dalam kelas.
Masa tersebut bermula dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari. Dari jam 9.30 hingga
10.00 pagi adalah waktu rehat para pelajar. Waktu yang digunakan sepenuhnya adalah
hanya empat jam sahaja.
c) Hafalan Baru Di Rumah
Ia perlu dipantau oleh keluarga masing-masing bagi memastikan mereka benar-benar
menghafal ayat-ayat baru untuk diperdengarkan kepada guru hafalan keesokan harinya
di MTI. Dalam boring tersebut terdapat tandatangan ibu bapa, setelah memantau hafalan
anak-anak dengan gundalan yang sepatutnya.
d) Lima Kali Buka dan Lima Kali Tutup
Teknik ini terbukti berkesan dan memudahkan hafalan dengan mudah, dan dapat
mendisiplinkan pelajar dalam proses penghafalan ayat baru.
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
17
e) Gundalan 60 Kali
Ia adalah kiraan bilangan sebanyak 60 kali dalam proses hafalan, untuk setiap ayat
yang dihafal. Ia merangkumi bilangan keseluruhan lima kali buka dan lima kali tutup
seperti teknik f.
f) Sepuluh Kali Ulang
Ia adalah teknik penutup kepada ayat-ayat yang telah dihafal sebanyak 60 kali bacaan.
Kaedah ini juga menyediakan bintang-bintang khusus bagi mengira 10 ulangan bacaan
tersebut.
g) Pemotongan ayat-ayat al-Quran
Ia membawa pendekatan dengan memotong ayat-ayat yang panjang kepada
potongan-potongan yang pendek.
h) Borang Hafalan Tasmi’ Bulanan
Ia dicipta untuk mendisiplinkan dan membantu mereka mengulang ayat hafalan.
Ia digunakan selama sebulan (Rujuk Lampiran I).
i) Penggredan Hafalan
Ia adalah sebagai penunjuk gred, panduan bagi guru dan pelajar dalam
memastikan hafalan pelajar kukuh dan mantap. Bagi pelajar yang tidak dapat mencapai
aras yang ditetapkan, mereka tidak dibenarkan menyambung hafalan baru. Hanya
pelajar yang mencapai tahap mumtaz sahaja dibenarkan menambah hafalan baru.
Penunjuk gred adalah seperti yang terdapat dalam lampiran J.
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
18
Jadual Penggredan Hafalan Pelajar
j) Penggunaan Borang Hafalan Hifz
Borang ini perlu ada pada setiap pelajar untuk guru menanda hafalan baru
pelajar.Ia diguna dalam tempoh sebulan bagi setiap boring. Guru akan merekodkan
tarikh, bilangan ayat, baris ayat dan gred para pelajar dalam boring tersebut (rujuk
Lampiran K)
k) Talaqqi
Kaedah ini bertepatan dengan konsep penurunan wahyu. Melaluinya, murid-murid perlu
menyemak bacaan ustaz dengan melihat kepada mushaf. Seterusnya murid pula
membaca ayat yang telah dibacakan kepadanya. Waktu ini, guru penyemak akan
memastikan bacaan pelajar tepat.
n) Susunan Hafalan al Quran
Kaedah ini mengamalkan pendekatan menghafal dari belakang al-quran iaitu dari juzuk
ke 30 (rujuk lampiran L). Ia juga bagi memupuk minat penghafal bahawa proses hafalan
bukanlah sesuatu yang susah.
o) Ujian Hafalan
Ia dilakukan setiap penggal, dan skema pemarkahan boleh dirujuk pada lampiran M
Bilangan kesalahan yang ditegur
Bilangan ayat yang dihafal X 100 = A% (Kesalahan)
100 – A = B % (Jumlah markah yang diperolehi oleh pelajar)
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
19
Penilaian Terhadap Kaedah dan Teknik
Melalui kajian yang dibuat, penulis mendapati bahawa kedua-dua institusi masing-
masingnya mempunyai kaedah tersendiri dalam proses penghafalan al-quran. Di MTAQ,
kaedah yang digunakan bersesuaian dengan tahap umur pelajar, dan jenis kurikulum yang
terdapat di ionstitusi tersebut.
Manakala di MTI pula, ia mengambil kira perbezaan tahap keupayaan pelajar dari segi
umur. Hal ini adalah kerana kanak-kanak juga dihantar di institusi ini, berbeza dengan
MTAQ yang mana pelajarnya terdiri daripada golongan remaja. Akan tetapi di MTI, ia
memerlukan ketelitian yang lebih rapi dalam ketertiban penyusunan jadual hafalan
pelajar.
Bersesuaian juga dengan lokasi institusi, MTAQ teletak di kawasan luar Bandar.
Maka penulis faham bahawa cabaran dalam mengelola pelajar lebih rendah jika
dibandingkan dengan MTI, yang mana ianya terletak di kawasan Bandar.
Cadangan Aplikasi Teknik Hafazan Dalam Bilik Darjah
Melalui penel;itian penulis dengan kaedah-kaedah yang terdapat di institusi-institusi
ini, penulis mencadangkan agar penggunan kaedah al-huffaz digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran bilik darjah.
Ini kerana di seseubuah sekolah, pelajar terdiri daripada pelbagai tahap umur. Justeru,
melihat kepada penyusunan teliti yang ada pada teknik al-huffaz, penulis memilih untuk
menggunakan teknik ini kerana penulis akan menyesuaikan pengajaran dengan umur
pelajar.
Dengan ini, penulis akan menggunakan panduan boring tersebutb apabila melakukan
pnp dalam bilik darjah. Penulis tidak menafikan kehebatan teknik yang digunakan di
institusi MTAQ, akan tetapi jika diberi piliohan, penulis akan mengutamakan teknik al-
huffaz, dan mengambil tips sebelum dan selepas menghafal juga daripada teknik yang
diguna pakai di MTAQ. Oleh itu, dengan pemahaman yang mendalam mengenai kedua-
dua kaedah ini, penulis berharap agar teknik pnp untuk subjek hafazan dalam bilik darjah
akan menghasilkan keberkesanan yang tinggi.
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
20
Kesimpulan
Kedua-dua kaedah Maahad Tahfiz Al Itqan dan Maahad Tahfiz Pulai Chondong
mempunyai pendekatan dan teknik masing-masing dalam proses penghafalan al-quran.
Kaedah yang diguna pakai di MTAQ Pulai Chondong lebih bersifat tradisional
berbanding kaedah yang digunapakai di MTI.
Hal ini disebabkan perbezaan umur di antara pelajar di MTAQ Pulai Chondong, iaitu
terdiri daripada pelajar 13-18 tahun. Manakala di MTI pula terdiri dari pelajar 7-18 tahun.
Kaedah ujian hafalan pelajar memeberi kesan yang besar terhadap ingatan ayat-ayat yang
dihafal, dan ia merupakan tunjang asas yang bakal mencerminkan kekuatan hafalan di
dalam kaedah masing-masing.
Akhir kata, saya ingin menyimpulkan bahawa jika seseorang guru berjaya memilih
mana-mana kaedah untuk proses hafazan, maka ianya perlu selari dengan tindakan dan
susulan yang diaplikasi dalam kaedah tersebut. Ini bermakna, selangkah kita mula
berjalan, kita akan akhirinya dengan sebuah kejayaan, iaitu menghasilkah para huffaz
yang cemerlang di dunia dan akhirat.
(3029 Patah perkataan).
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
21
Rujukan
Al-Hafiz Abi Qasim Sulayman bin Ahmad al-Tabrani (1968). Al-Mu‟jam
Al-Saghir, Mesir: Dar al-„Ilm, j.h.172
„Abdullah al Qari bin Hj Salleh (1995) . Cara Baru Mengajar Tajwid dan Hafalan
Al Quran. Kuala Lumpur: Darul Nu’man. h. 44.
Abdurrahman bin Abdul Khalik (1994). Kaedah Menghafal al-Quran. Kuala
Lumpur: Penerbitan Kintan Sdn. Bhd. h. 44
Abu „Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansari Al Qurtubi (1993). Al-Jami‟ li
Ahkam al-Quran.J.20.t.t.p:Dar al_fikr . h. 17.
Abu Muhammad Jamal „Abd al Rahman (1995). al ‘Iqaz Li Tadhkir al Huffaz Bi al Ayat
Al Mutasyabihah Fi alAlfaz, Kaherah: Dar Ummu al qura . h. 13
Dr. Shalah „Abd Fattah al-Khalidy (1994). Panduan Bergaul Dengan Al Quran, terj.
Muhammad Ichsan. Penerbitan Kintan Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. H. 63
Drs. Ahsin W. al-Hafiz (1994). Bimbingan Praktis Menghafal al-Quran. Jawa
Tengah: Bumi Aksara . h. 69.
Muhaidi Hj. Mustaffa (2010). Hafazan Al-Quran Dan Hubungannya Dengan
Kecemerlangan Pelajar: Kajian Di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai
Chondong Kelantan Dari Tahun 1997 hingga 2007. Tesis Sarjana Jabatan AL-Quran dan
Al hadith, Akademi Pengajian islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Muhammad Ismail Nik Zulkifli (2004). “Al-Hafiz” Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat
Pulai Chondong, Kelantan, c. 7. Kuala lumpur:menara Telekom. H.29
Sedek Ariffin (2012). Kaedah Menghafal Al-Quran di Institusi Tahfiz AL-Quran di
Malaysia: Kajian Perbandingan di Antara Kaedah Darul quran, JAKIM Dengan
Al-Huffaz. Tesis Sarjana Sarjana Jabatan AL-Quran dan Al Hadith, Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Ust. Mohd Shafie Md. Amin (t.t). Kertas Kerja Pengenalan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-
Itqan, op.cit.
Ustaz Ismail Masyhuri al Hafiz. Fadhilat Membaca dan Menghafal al Quran serta
Panduan Menghafalnya. Kuala Lumpur:Syarikat Nurulhas. h. 115
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
22
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
23
LAMPIRAN D
LAMPIRAN E
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
24
No Tahap Pengajian Target Juzuk Hafalan
1 Tadika 1 Iqra‟
2 Tadika 2 Iqra‟
3 Darjah 1 2
4 Darjah 2 2 1/2
5 Darjah 3 3 1/2
6 Darjah 4 4
7 Darjah 5 5
8 Darjah 6 6 1/2
9 Mutawassit 1 6 1/2
30 Juzuk
Lampiran F: Jadual Pembahagian Juzuk Hafazan
No Tahap Pengajian Bilangan Ayat Tambahan
1 Darjah 1 3
2 Darjah 2 4
3 Darjah 3 5
4 Darjah 4 6
5 Darjah 5 8
6 Darjah 6 10
7 Mutawassit 1 30
Lampiran G: Borang Penambahan Ayat-ayat Hafazan
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
25
No Tahap Jumlah Juzuk Muka Surat
1 Darjah 1 2 5
2 Darjah 2 4 1/2 10
3 Darjah 3 8 20
4 Darjah 4 12 30
5 Darjah 5 17 30
6 Darjah 6 23 1/2 40
7 Mutawassit 1 30 60
Lampiran H: Bilangan muka surat yang diulang setiap hari
Tarikh Juz‟ Surah/MS/Ayat 1 2 3 4 5 6 7 8 … 30 31
2/7/2012 22 Yasin/1/Ayat
01-4
3/7/2012 22 Yasin/1/Ayat
05-8
4/7/2012 22 Yasin/1/Ayat
09-12
5/7/2012 22 Yasin/1/Ayat
13-16
6/7/2012 22 Yasin/1/Ayat
17-20
7/7/2012 22 Yasin/1/Ayat
21-24
8/7/2012 22 Yasin/1/Ayat
25-27
Lampiran I: Borang Hafalan Tasmi‟ Bulan Julai
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
26
No Tanda Gred Hafalan Takrif
Mumtaz مز 1
Cemerlang
a) Tiada kesalahan
iaitu:
–Salah membunyikan
baris
- Meninggalkan
huruf dalam
bacaan
- Menambah huruf
dalam bacaan
- Lupa pangkal
ayat
b) Satu kesalahan
yang dibetulkan
sendiri
c) Kesalahan yang
ringan yang
dibetulkan oleh guru
tetapi dapat
disambung dengan
baik
d) Secara
keseluruhan para
pelajar boleh
membaca dengan
lancer dan yakin
Jayyid ج 2
Baik
a) Tidak lebih dari
tiga kesalahan
iaitu:
–Salah membunyikan
baris
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
27
-Meninggalkan huruf
dalam bacaan
-Menambah huruf
dalam bacaan
-Lupa pangkal ayat
b) Banyak teragak-
agak dan kurang
keyakinan
Daif ض 3
Lemah
a) hafalan yang terlalu
lemah dan terlalu banyak
tersangkut-sangkut dan
ditegur
Lampiran J: Borang Penggredan Hafalan
Ayat
Tarikh 1-2
Baris 2
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
28
Lampiran K: Borang Hafalan Baru (Hifz)
Ayat
Tarikh 1-2 3-4
Baris 2 3
Isnin
Selasa مز
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
Borang Hafalan Baru (Hifz)
Ayat
Tarikh 1-2 3-4 5-6
Baris 2 3 2
Isnin
Selasa مز
Rabu مز مز
Khamis مز ج مز
Jumaat
Sabtu
Borang Hafalan Baru (Hifz)
Ayat
Tarikh 1-2 3-4 5-6
Baris 2 3 2
Isnin
Selasa مز
Rabu مز مز
Khamis
Jumaat
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
29
Sabtu
Borang Hafalan Baru (Hifz)
No Surah Juzuk
1 Al-Nas hingga al Naba‟ 30
2 Al-Mursalat hingga al-Mulk 29
3 Yasin 23
4 Al-Sajadah 21
5 Al-Dukhan 25
6 Al-Tahrim hingga al-
ankabut
28-21
7 Al-fatihah hingga al-qasas 1-20
Lampiran L: Susunan hafalan dalam kaedah Al-Huffaz
Jadual Skema pemarkahan kaedah hafalan al-Huffaz
No Markah % Pangkat Keputusan
1 90- 100 Mumtaz Cemerlang
2 70- 89 Jayyid Jiddan Sangat Baik
3 60- 79 Jayiid Baik
4 50- 59 Maqbul Lulus
5 0- 49 Rasib Gagal
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203
30
TEMUBUAL DENGAN SEKOLAH :
1. Sejarah penubuhan sekolah tahfiz
2. Persekitaran sekolah tahfiz
3. Kakitangan sekolah tahfiz
4. Pengurusan sekolah?(termasuk kewangan, asrama dll)
5. Bilangan kelas?
6. Bilangan pelajar
7. Bagaimanakah cara pendaftran untuk pelajar baru? Adakah perlu di jalankan hafazan?
8. Bagaimanakah cara pemilihan untuk pelajar baru
9. Jadual kelas
10. Intensif hafazan dalam sehari
11. Bagaimana kaedah paling berkesan bagi aktiviti hafazan yang digunakan oleh pelajar.
TEMUBUAL DENGAN PELAJAR?
1. Bagaimanakah cara pelaksanaan pendaftaran?
2. Bagaimanakah cara menghafal surah?
3. Jadual seharian
4. Cara pembahagaian waktu