FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI...

36
Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1 1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2012 HBIS 1203 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 TAJUK TUGASAN : KAEDAH DAN TEKNIK INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NAMA PELAJAR : RAHMATIAH MOHD JUDA NO. MATRIKULASI : 75121212126962001 NO. KAD PENGENALAN : 751212-12-5962 NO. TELEFON : 0138862023 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : TAWAU NAMA E- TUTOR : ZARADI BIN SUDIN

Transcript of FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI...

Page 1: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2012

HBIS 1203

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1

TAJUK TUGASAN :

KAEDAH DAN TEKNIK INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN

NAMA PELAJAR : RAHMATIAH MOHD JUDA

NO. MATRIKULASI : 75121212126962001

NO. KAD PENGENALAN : 751212-12-5962

NO. TELEFON : 0138862023

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : TAWAU

NAMA E- TUTOR : ZARADI BIN SUDIN

Page 2: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

2

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

01. Pendahuluan ...4

02. Institusi Tahfiz Al-Quran di Malaysia

2.1 Sekolah Kiblah Dengkil Selangor &

Maahad Tahfiz Kiblah Bangi Selangor ...5

2.1.1 Sejarah Penubuhan ...6

2.1.2 Visi Dan Misi ...9

2.1.3 Bilangan Pelajar ...10

2.1.4 Sistem Pengajian

2.1.5 Sumber Kewangan ...14

2.1.6 Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran ...14

2.1.7 Hala Tuju Pelajar ...18

2.1.8 Kakitangan Sokongan ...19

2.2 Maahad Tahfiz As-Saidiyyah Seremban Negeri Sembilan

2.2.1 Sejarah Penubuhan Maahad Tahfiz ...21

2.2.2 Pengetua Maahad Tahfiz As-Saidiyyah ...22

2.2.3 Visi Dan Misi MTAS ...23

2.2.4 Bilangan Pelajar ...23

2.2.5 Sistem pengurusan Akademik ...24

2.2.6 Sumber kewangan ...24

2.2.7 Kaedah Pengajaran Yang Digunapakai ...24

Page 3: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

3

2.2.8 Hala Tuju Pelajar ...25

2.2.6 Kakitangan Sokongan ...26

03. Kekuatan, Kelemahan dan Perbandingan Kaedah Pengajaran Yang Digunakan

3.1 Maahad Tahfiz Kiblah Bangi Selangor ...27

3.2 Maahad Tahfiz As-Saidiyyah Seremban Negeri Sembilan ...29

3.3 Perbandingan Dan Kesimpulan Penggunaan Kaedah ...30

04. Teknik Yang Boleh Diaplikasikan Di Bilik Darjah

4.1 Teknik At-Tikrar ( Ulangan ) ...32

4.2 Teknik Berpasangan ...33

4.3 Teknik Keywords ...33

05. Kesimpulan ...35

Rujukan ...36

Page 4: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

4

1.0 PENDAHULUAN

Al-Quran ialah wahyu Allah S.W.T yang diturunkan kepada manusia melalui Rasulullah

SAW. Ia diturunkan untuk menjadi panduan dan peraturan hidup manusia samada dalam

bidang akidah, syariat, akhlak dan muamalah. Manusia dijanjikan oleh Allah SWT dengan

keselamatan, keamanan dan ketenteraman hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat

sekiranya mereka menurut segala panduan dan peraturan yang terkandung dalam al-quran.

Rasulullah menerima wahyu daripada Allah SWT melalui perantaraan Malaikat Jibril

dan Allah memberi jaminan bahawa Allah pasti mampu mengumpulkan wahyu tersebut ke

dalam dada baginda. Setiap kali baginda selesai menerima wahyu ayat Al-Quran baginda

akan menyampaikan kepada para sahabatnya. Baginda membacakannya dengan tekun dan

tenang sehingga para sahabat dapat membacanya semula dengan baik, menghafal lafaz-

lafaznya serta mampu memahami makna dan rahsia-rahsianya.

Kesucian al-Quran masih dapat dipertahankan selepas kewafatan Rasulullah

seterusnya pada zaman Khalifah Abu bakar dan Umar Al-Khattab. Selepas tempoh tersebut

negara-negara Islam pun terus berkembang dan berlaku percampuran bangsa dan kebudayaan

di kalangan orang Arab pada masa itu. Keadaan ini sangat menimbulkan kesrisauan akan

kesucian al-quran daripada dicemari. Sehinggalah pada zaman pemerintahan Khalifah

Uthman Bin Affan beliau memerintahkan supaya seluruh ayat al-quran dikumpul dan

diselaraskan dalam satu mushaf dikenali sebagai Mushaf Uthmani. Penambahbaikan

bertambah dari masa ke semasa sehinggalah ke hari ini di sebut sebagai Al-Quran Al-Karim

dan kesuciannya terus terpelihara.

Sesungguhnya Allah telah menjamin kesucian Al-Quran hingga ke hari kiamat dan

tidak akan dapat diubah walau satu huruf sekali pun. Untuk memelihara kesinambungan itu

lah perlu ada generasi Islam yang menjadi Huffaz Al-Quran. Dewasa kini terdapat banyak

institusi-institusi tahfiz al-Quran yang ditubuhkan di seluruh Malaysia. Kesedaran masyarakat

Islam sekarang adalah optimis sejajar dengan penetapan KBSR dan KBSM di sekolah yang

mewajibkan pendidikan Islam dan Al-Quran di semua peringkat pendidikan di Malaysia.

Semoga kesedaran ibubapa pada masa kini dan masa akan datang semakin bertambah

dengan menghantar anak-anak mereka ke Maahad Tahfiz untuk menjadi pada Huffaz yang

akan menjadi salah seorang penjaga kesucian Al-Quran. Semoga umat Islam akan sedar dan

berusaha agar dapat memenuhi matlamat “1 Rumah 1 Huffaz”, insyaallah.

Page 5: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

5

2.0 INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

Di setiap negeri di Malaysia terdapat institusi-institusi hafazan yang diasaskan oleh kerajaan

atau pun swasta atau orang perseorangan. Antaranya ialah Maahad Tahfiz Kiblah dan

Sekolah Kiblah di Negeri Selangor dan Maahad Tahfiz As-Saidiyyah Negeri Sembilan.

2.1 SEKOLAH KIBLAH DENGKIL SELANGOR & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH

BANGI SELANGOR

Sekolah Kiblah telah didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) no. Ruj :

B2C4(Sel/IPS/153297). Selain mendapat kelulusan daripada kementerian ini, Sekolah Kiblah

juga diberi kebenaran oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN), Bahagian

Imegresen dan Pendaftaran Negara (no.ruj KDN(S)100/855/1 Jilid. 7-(48)) untuk mengambil

pelajar-pelajar antarabangsa.

Manakala Maahad Tahfiz Kiblah ditubuhkan pada Tahun 1996 dan didaftarkan

dengan Jabatan Agama Islam (JAIS) no: S(010197) KJ di bawah enakman No 2 Tahun 1998.

Ia adalah sebuah Institusi Pengajian Swasta yang berorientasikan Pengajian Menghafal Al-

Page 6: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

6

Quran, Bahasa Arab & Kefahaman Agama Islam. Maahad Tahfiz Kiblah dikelolakan

sepenuhnya oleh Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN).

Mulai Ogos 2004, pengurusan Maahad ini telah membuat satu perubahan dan

menyusun semula sistem pengajian Al-Quran dengan hasrat pada masa hadapan nanti

Maahad ini mampu bertaraf peringkat Diploma (Pengkhususan Qiraat) serta berdaya saing

tinggi dengan institut-institut Tahfiz tempatan yang lain. Untuk itu satu penilaian terhadap

proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz Al-Quran telah dilakukan.

Hasil daripada penilaian itu, tiga aspek utama dalam proses berkenaan mesti diberi

penekanan iaitu pengukuhan hafalan (Tahfiz) dan pemantapan tajwid secara talaqqi.

Kesemua aspek ini dikenali sebagai “Kaedah 3T”.

Antara matlamat penubuhan Sekolah Kiblah dan Maahad Tahfiz Kiblah ini adalah

melahirkan generasi muda Al-Quran sebanyak 30 juzuk dengan dhabit (mantap) dan

bertajwid serta memiliki pengetahuan dan kefahaman asas agama dan Bahasa Arab. Jangka

masa bagi peringkat sijil ialah selama 5 tahun dan 3 tahun bagi Diploma (Pengkhususan

Qiraat).

2.1.1 Sejarah Penubuhan Sekolah Kiblah & Maahad Tahfiz Kiblah

Sekolah Kiblah merupakan sebuah Institusi Pengajian Swasta Berasrama Penuh. Pada

awalnya Sekolah Kiblah beroperasi pada Tahun 1993 di Tanjung Kling dengan nama Institut

Kiblah, 17 km daripada Melaka Bandaraya Bersejarah.Setahun kemudian Sekolah Kiblah

telah berpindah ke Pedas, Negeri Sembilan. Pada akhir tahun 1995 Sekolah Kiblah mula

berpindah ke Sungai Merab Jaya Bangi Selangor.

Tanjung Kling Melaka (1993 – 1994) Pedas Negeri Sembilan (1994 – 1995)

Page 7: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

7

Bangi Selangor (1996 – 2010) Dengkil Selangor (2010 – kini)

Setelah 14 tahun beroperasi di Sungai Merab, Sekolah Kiblah sekali lagi berpindah ke

tapak Asrama Bestari milik Yayasan Selangor yang terletak di Ampar Tenang, Dengkil pada

26 Julai 2010. Lokasi baru ini agak strategik kerana ianya terletak di antara KLIA, Putrajaya

dan Cyberjaya.

Sementara itu operasi di Sungai Merab Bangi Selangor diteruskan dan menggunakan

nama Maahad Tahfiz Kiblah dengan jawatankuasa pentadbiran yang berasingan daripada

Sekolah Kiblah di tapak baru tetapi tetap berada dalam satu pengurusan yang sama.

Pelan Lokasi Sekolah Kiblah Dengkil Selangor

Page 8: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

8

Peta Lokasi Maahad Tahfiz Bangi Selangor

Ustaz Mohd. Zaharuddin Bin Hussain Ustaz Jaafar Bin Salleh

Pengetua Sekolah Kiblah Dengkil Selangor Pengetua Maahad Tahfiz Kiblah.

Page 9: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

9

2.1.2 Visi Dan Misi

Visi Sekolah Kiblah & Maahad Tahfiz Kiblah:

Cemerlang Dan Bermanhaj

Misi Sekolah Kiblah :

1. Berusaha meningkatkan prestasi akdemik iaitu KBSM, MKSK dan Pengajian Al-

Quran.

2. Menerapkan kefahaman dan penghayatan Manhaj dalam diri seluruh warga Sekolah

Kiblah

3. Membina dan memantapkan akhlak, ketrampilan dan jati diri setiap pelajar.

4. Meningkatkan kualiti dan kuantiti pelajar Sekolah Kiblah setiap tahun.

Misi Maahad Tahfiz Kiblah :

1. Berusaha meningkatkan prestasi hafazan.

2. Menerapkan Kefahaman & Penghayatan Manhaj dalam diri Seluruh Warga KIBLAH.

3. Membina & memantapkan akhlak, Ketrampilan & jati diri setiap pelajar.

4. Meningkatkan Kualiti & Kuantiti pelajar setiap Tahun.

Page 10: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

10

2.1.3 Bilangan Pelajar

Pada tahun 2012 jumlah pelajar Maahad Tahfiz Kiblah ialah seramai 140 orang iaitu 100

orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan. Sebilangan besar pelajar tinggal di

asrama yang disediakan pihak Maahad dan hanya 10% sahaja pelajar yang tinggal di luar

asrama.

Pakaian Rasmi Pelajar Sekolah Tahfiz

Pakaian Rasmi Pelajar Maahad Tahfiz Kiblah

Page 11: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

11

2.1.4 Sistem Pengajian

Program Kurikulum yang dijalankan di Sekolah Kiblah adalah berdasarkan Kurikulum

Bersepadu 3 Dimensi iaitu :

1. Program Akadaemik

2. Program Syahsiah

3. Program Penghayatan Islam

Page 12: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

12

Bahagian akademik dipecahkan kepada dua bahagian iaitu KBSM dan MKSK.

KBSM adalah teras pendidikan di Malaysia dan pelajar Sekolah Kiblah akan menduduki

pepriksaan awam yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu PMR dan

SPM. Pelajar Tingkatan 1 – 5 akan mengikuti matapelajaran teras Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam, Geografi dan mata pelajaran

tambahan lain seperti Ekonomi Asas, Perdagangan, Kimia, Fizik, Biologi dan sebagainya

mengikut aliran.

Sementara MKSK pula adalah ciri utama Kurikulum Sekolah Kiblah. Ia dapat

mengimbangi pendidikan KBSM dan perkembangan sakhsiah dalam membentuk intelek,

emosi, rohani dan jasmani pelajar. MKSK tiada peperiksaan awam tetapi tetap diuji di

peringkat sekolah-sekolah Kiblah. Setelah mengikuti pelajaran Khas Kiblah pelajar dapat

menguasai bahasa Arab dengan baik dan memungkinkan pelajar untuk membaca kitab-kitab

asal dalam tulisan Arab. Matapelajaran MKSK adalah Usuluddin, Qowaid, Feqah, Tajwid,

Mutalaah, Tafsir, Ulum Hadith, Ulum Quran dan Usul Fiqh. Mata pelajaran Akademik

MSKS ini terbahagi kepada peringkat Menengah Rendah dan Peringkat Menengah Atas.

Pelajar-pelajar yang berkemampuan dalam program Tilawah akan dikembangkan

untuk mengikuti program Tahfiz Al-Quran di Maahad Tahfiz Kiblah yang bertempat di

Bangi. Pelajar lelaki dan perempuan daripada Sekolah Kiblah berpeluang untuk meneruskan

pengajian di Maahad Tahfiz Kiblah. Di Maahad Tahfiz Kiblah pelajar akan lebih

menumpukan terhadap pengajian hafazan Al-Quran mengikut tahap dan sukatan yang telah

ditetapkan. Pelajar akan mengikuti pengajian hafazan sekurang-kurangnya 3 tahun pengajian

dan tidak melebihi 5 tahun untuk khatam hafaz Al-Quran. Mata pelajaran KBSR hanyalah

pilihan kepada pelajar yang berminat untuk mengikuti peperiksaan awam PMR dan SPM.

Selepas tamat di Maahad Tahfiz Kiblah pelajar akan dihantar semula ke Sekolah Kiblah

untuk menumpukan bidang mata pelajar akademik dan mengambil peperiksaan SPM. Berikut

adalah carta yang menunjukkan sistem pendidikan di Maahad Tahfiz Kiblah :

Page 13: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

13

Kajian dan perbahasan seterusnya hanya tertumpu kepada sistem pengajian Maahad

Tahfiz Kiblah sahaja bersesuaian dengan matlamat tugasan iaitu pengkajian kaedah

pengajaran dan pembelajaran hafazan Al-Quran.

Page 14: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

14

2.1.5 Sumber kewangan

Sumber kewangan Maahad Tahfiz Kiblah adalah yuran bulanan pelajar sebanyak RM1215.00

setahun bagi pelajar baru dan RM1065 setahun bagi pelajar lama. Di samping dana yang

telah disediakan oleh Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN). Selain itu sumbangan orang

perseorangan membantu dalam dana Maahad ini. Pada tahun 2011 Kerajaan Negeri Selangor

telah menyalurkan bantuan sebanyak RM20,000.00 kepada Maahad ini. Adakalanya pihak

Maahad menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan secara tidak berkala.

Senarai bayaran yuran tahun 2012

Namun atas inisitiatif pihak pengurusan Maahad mereka sentias memohon bantuan

daripada kerajaan supaya dapat menyalurkan bantuan. Dijangka dalam tempoh 2 tahun lagi

tapak baru akan dibuka bagi Maahad tahfiz Kiblah yang terletak di Jenderam Selangor.

2.1.6 Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran

Penekanan kepada kaedah 3T (kaedah yang berorientasikan pengukuhan hafalan (Tahfiz),

pemantapan Tajwid secra Talqqi dalam setiap tahap pengajian. Tajwid/ Tartil dan Talaqqi

adalah 2 kaedah dasar dalam pengajian Al-Quran samada secara hafalan atau tanpa hafalan.

Page 15: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

15

Pengukuhan hafalan (Tahfiz) dibuat melalui aktiviti-aktiviti penambahan dan

penjagaan dengan penekanan kepada kaedah-kaedah :

1) Kaedah Tashih Tilawah

2) Kaedah Tahfiz

3) Kaedah Tasmi’

4) Kaedah Murajaah

Kaedah Hafazan Maahad Tahfiz Kiblah

Penekanan kepada KAEDAH 3T KIBLAH (Kaedah yang berorientasikan pengukuhan

hafazan (TAHFIZ),

i. pemantapan TAJWID secara TALAQQI dalam setiap Hafazan. TAJWID / TARTIL

dan TALAQQI adalah kaedah dasar dalam pengajian Al-Quran (Sama ada secara

hafazan atau tanpa hafazan.

ii. Pengukuhan hafazan dibuat melalui aktiviti-aktiviti penambahan dan penjagaan

mengikut TAHAP-TAHAP yang telah ditetapkan dengan memberi penekanan kepada

kaedah-kaedah berikut :

TAHAP SATU (HAFAZAN)

(Dikhususkan kepada pelajar yang telah mahir membaca Al-Quran tanpa bantuan guru).

1. Kaedah TALAQQI bersama Guru (MUSHAFAHAH-Sebelum Mengahafaz)

2. Kaedah HAFAZAN ( Selepas Maghrib dan Isyak)

3. Kaedah TASMI' (Memperdengarkan Hafazan bersama Guru)

4. Kaedah MURAJAAH (Mengulang hafazan yang telah dihafaz bersama Guru)

5. UJIAN PENILAIAN

TAHAP DUA (NAZIROH)

Dikhususkan kepada pelajar yang baru atau yang tidak pandai membaca Al-Quran dan perlu

mendapat bimbingan dari guru melalui kaedah berikut :

1. Kaedah Bacaan IQRA'

2. Kaedah Bacaan Al-Quran secara Tartil (Bantuan dari Guru)

Page 16: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

16

Berikut adalah jadual rutin harian bagi pelajar Maahad Tahfiz Kiblah :

Masa Aktiviti Kaedah

4.30 a.m – Solat Subuh Menghafaz Al-Quran K. Hafazan

6.30 am – 7.30 am Memperdengarkan hafazan baru K. Tasmik

8.30 am – 9.30 am Bersama-sama guru memperbetulkan bacaan

dan tajwid sebelum menghafaz

K. Talaqqi

Musyafahah

9.30 am – 11.30 am Menghafaz Al-Quran ( Bacaan yang diberi hari

ini)

K. Hafazan

11.30 am – 1.30 pm Pelajar rehat, tidur, solat zohor dan makan

2.30 pm – Solat Asar Kelas Pelajaran Agama (MKSK)

4.30 pm – 7.30 pm Riadah, rehat mandi dan makan

7.30 pm – 9.30 pm Solat Magrib dan Isyak

9.30 pm – 11.30 pm Menghafaz Al-Quran K. Hafazan

Nota - Tanda oren menunjukkan peruntukkan masa hafazan adalah sebanyak 70% daripada

jadual rutin harian.

Page 17: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

17

Berdasar carta di atas, para pelajar dimulakan dengan pengenalan bacaan Al-Quran

peringkat asas dan akan menjalani ujian khas untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian

tahfiz di Maahad Tahfiz Kiblah selama lebih kurang 3 tahun dan tidak melebihi 5 tahun.

Sekiranya pelajar layak mengikuti pengajian tahfiz mereka akan menumpukan

sebanyak 70% pengajian dengan hafazan Al-Quran. Mata pelajaran agama (MKSK) akan

mereka jalani setiap hari pada pukul 2.30 pm – 4.30 pm. Manakala mata pelajaran akademik

KBSM pula diajarkan pada hari sabtu sabtu sahaja bagi pelajar yang berminat.

Kebanyakan pelajar khatam hafazan Al-Quran dalam tempoh 3 tahun bermula dari

umur 15 tahun. Rekod terbaik pencapaian khatam tahfiz ialah selama 2 tahun sahaja. Selepas

itu pelajar etrsebut akan kembali semula ke Sekolah Kiblah untuk meneruskan pengajian

formal dan menumpukan kepada peperiksaan SPM.

Page 18: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

18

2.1.7 Hala Tuju Pelajar

Peluang pengajian lanjutan terbuka luas kepada pelajar Maahad Tahfiz Kiblah dan Sekolah

Kiblah. Bagi graduan Maahad Tahfiz Kiblah dan sekolah Kiblah mereka boleh melanjutkan

pengajian ke Universiti Luar Negara seperti Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Islam

Madinah, Universiti Jordan, Kolej Islam Yala, Universiti Al-Andalus Yaman dan lain-lain.

Selain itu mereka juga mempunyai pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti

luar negara (seperti di atas) dan tempatan seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan

Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Uneversiti Sain

Malaysia dan lain-lain lagi. Manakala Kolej tempatan pula seperti KUIS, UNISEL, MARA,

LEGENDA, KLIUC dan lain-lain.

Page 19: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

19

2.1.8 Kakitangan Sokongan

CARTA ORGANISASI 2012 / 2013

YAYASAN KEBAJIKAN NUSANTARA (YAKIN)

Penasihat Kehormat : Tan Sri Ainuddin Bin Abdul Wahid

Pengerusi : Tan Sri Dato' Hashim Bin Meon

BARISAN TEKNIK SDN. BHD. (BATEK)

Pengarah Urusan : Ismail Bin Omar

PENGURUSAN MAAHAD

Mudir AM : Ustaz Zaharuddin Bin Hussain (Sekolah Kiblah)

Mudir : Ustaz Jaafar Bin Salleh ( Maahad Tahfiz Kiblah )

Timbalan Mudir : (KOSONG)

Penolong Kanan Akademik : Ustaz Sulaiman Bin Ahmad Jamaluddin

Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar : Ustaz Zundullah Bin Syaifullah

TENAGA PENGAJAR : Ustaz Sulaiman Bin Ahmad Jamaluddin

Ustaz Zundullah Bin Syaifullah

Ustaz Muhammad Nazim Bin Siham

Ustaz Fakrul Aiman Bin Che Aziz

Ustaz Tengku Ibrahim Helmi Bin Tengku Mohammad

Ustaz Hawary Rosul

Ustaz Saifulloh Bin Rahmat

Ustaz Abdullah Khabiburrohman Bin Muhtar

Ustaz Fuad Saeed Jabir Saeed

Ustaz Ibrahim Fahad Sulaiman

Page 20: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

20

Ustazah Asnavy Bin Zaly

Ustazah Zaleha BInti Abdullah

Ustazah Khaulah Binti Abdul Halim

Ustazah Syaadiyatussolihah Binti Muhammad Harias

Ustazah Asma Lateh

KAKITANGAN SOKONGAN

Pegawai Kewangan : Encik Muhd Ekhram Bin Musa

Kerani : Puan Khairun Nadiyah Binti Minghat

Pembatu Kerani : Encik Abdul Rahim Bin Ahmad Jamaluddin

WARDEN : Ustaz Fakrul Aiman Bin Che Aziz

Ustazah Khaulah Binti Abdul Halim

Page 21: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

21

2.2 MAAHAD TAHFIZ AS-SAIDIYYAH SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

Pada sekitar tahun 1934 - 1950 Tuan Sheikh Haji Ahmad bin Sheikh Haji Mohd. Sa'id (bekas

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan) pernah mendirikan sebuah Institusi Pendidikan Islam yang

dikenali sebagai Madrasah As - Sa'idiyyah di Pondok Rasah, Negeri Sembilan.

Kini dua orang anak Tuan Sheikh Haji Ahmad iaitu Dato' Haji Mohd. Murtadza bin

Sheikh Haji Ahmad ( mantan mufti Negeri Sembilan ) dan Al -Hafiz Ustaz Muhamad Muhsin

bin Sheikh Hj Ahmad meneruskan usaha murni tersebut.

2.2.1 Sejarah Penubuhan Maahad Tahfiz

Pusat Pendidikan As-Sa'idiyyah adalah lanjutan daripada sebuah sekolah agama rakyat yang

ditubuhkan pada tahun 1985. Ia pada mulanya dinamakan sebagai Darul Falah sebelum

dikenali sebagai Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah (SRIAS). Penubuhan SRIAS adalah

bagi merealisasikan hasrat sekumpulan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka dididik

dengan konsep pendidikan Islam yang bersepadu.

Ia bermula hanya dengan sebuah kelas yang mengandungi tidak sampai 10 orang

murid dan seorang guru di rumah salah seorang daripada pengasas SRIAS di Golf Height,

Seremban. Pada tahun 1992, selepas beberapa kali berpindah, SRIAS telah membina

bangunan sementara di atas sebidang tapak yang disewa dari Sekolah Agama Rakyat

Ampangan, di Gedung Lalang.

Akhirnya, pada tahun 1999, selepas 14 tahun ditubuhkan, SRIAS berjaya membina

bangunannya sendiri di atas sebidang tanah wakaf di Taman Rashidah Utama, Jalan

Senawang - Paroi, Seremban, Negeri Sembilan. Pada tahun 2000, Maahad Tahfiz As-

Page 22: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

22

Sa'idiyyah (MTAS) ditubuhkan dengan pendaftaran pelajar seramai 10 orang dan tahun

berikutnya lebih 15 orang dan kini tahun 2012, jumlah keseluruhan pelajar ialah 195 orang.

Pelajar Batch 1 dan 2 Tahun 2000, 2001

2.2.2 Pengetua Maahad Tahfiz As-Saidiyyah

Pengetua Maahad Tahfiz As-Saidiyyah ialah Ustaz Mohamad Muhsin Sheikh Ahmad.

Bertugas sebagai Pengetua Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah sejak tahun 2000 sehingga

sekarang. Dilahirkan pada 31hb Mei 1948. Beliau mendapat pendidikan peringkat menengah

di Sekolah Arab Al-Attas, Johor Bahru dan Sekolah Arab Al-Mashor, Pulau Pinang.

Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran peringkat Diploma di Maahad Tahfiz Al-Quran

JAKIM.

Page 23: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

23

Beliau memperolehi Ijazah dalam bidang Syariah dan Al-Quran dari Universiti Al-

Azhar di Mesir sebelum memperolehi Sijil Perguruan dari Maktab Perguruan Islam pada

tahun 1981. Beliau telah berkhidmat dengan pelbagai institusi kerajaan dan swasta sejak

tamat pengajian, antaranya ialah sebagai guru di Selangor, Penolong Pendaftar di Universiti

Islam Antarabangsa (UIA), Guru dan Penyelaras Unit Tilawah Al-Quran UIA dan Pensyarah

Tahfiz Al-Quran di Institut Tahfiz Al-Quran di Brunei Darussalam.

2.2.3 Visi Dan Misi Maahad Tahfiz As-Saidiyyah

MOTTO :

“AL-QURAN SUMBER KEHIDUPAN”

VISI :

Menjadi sebuah Maahad Tahfiz yang cemerlang di Negeri Sembilan Menjelang tahun 2020

MISI :

Memartabatkan Pendidikan Islam bersepadu dengan melaksanakan perkara berikut :

1. Meningkatkan potensi pelajar dalam bidang Al-Quran, Akademik dan Sahsiah

2. Mewujudkan biah solehah sebagai asas pembinaan sekolah cemerlang

3. Menjadikan sekolah yang menyumbangkan ke arah pembinaan masyarakat Islam.

2.2.4 Bilangan Pelajar

Maahad Tahfiz As-Saidiyyah terbahagi kepada 2 pengurusan iaitu Maahad Tahfiz As-

Saidiyyah Lelaki dan Maahad Tahfiz As-Saidiyyah (Perempuan). Kedua-dua Maahad ini

berlainan lokasi tapi dalam satu daerah yang sama. Maahad Tahfiz As-Saidiyyah (Lelaki)

mempunyai seramai 100 orang pelajar dan Maahad Tahfiz As-Saidiyyah (Perempuan)

mempunyai seramai 50 orang pelajar.

Page 24: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

24

2.2.5 Sistem Pengurusan Akademik

Maahad Tahfiz As-Saidiyyah menyediakan pembelajaran dari tingkatan 1 hingga 5 iaitu mata

pelajaran akademik KBSM dan akademik agama Islam dan ko-kurikulum. Semua pelajar

diwajibkan mengikuti pembelajaran Hafazan Al-Quran. Dalam Maahad ini penguasaan

pembelajaran hafazan disasarkan sebanyak 6 juzuk bagi setiap tingkatan. Dijangkakan

sehingga tingkatan 5 pelajar akan selesai menghabiskan hafazan 30 juzuk Al-Quran.

Namun begitu, sasaran yang ditentukan ini adalah bergantung kepada kebolehan dan

kemampuan seseorang pelajar itu. Terdapat pelajar yang berjaya menghafaz sebanyak 6 juzuk

setahun tetapi ada juga pelajar yang tidak dapat mencapai kepada jumlah sasaran itu.

Terdapat juga pelajar yang berjaya menamatkan hafazan Al-Quran dalam masa 3 tahun.

2.2.6 Sumber kewangan

Sebuah pusat pendidikan Tahfiz swasta di Seremban, Negeri Sembilan. Yang

menggabungkan pendidikan Tahfiz & Akademik disamping mempunyai kegiatan Ko-

Kurikulum seperti sukan, kawad kaki, memasak, perkhemahan dan lain-lain aktiviti.

Sumber dana utama Maahad Tahfiz As-Saidiyyah ini ialah yuran pelajar sebanyak

RM400.00 sebulan atau pun lebih kurang RM4400.00 setahun. Selain itu sumbangan orang

perseorangan juga membantu dalam dana Maahad ini.

2.2.7 Kaedah Pengajaran Yang Digunapakai

Pengukuhan hafalan (Tahfiz) dibuat melalui aktiviti-aktiviti penambahan dan penjagaan

dengan penekanan kepada kaedah-kaedah seperti berikut :

1) Kaedah Tashih Tilawah

2) Kaedah Tasmi’

3) Kaedah Murajaah

Dari segi pelaksanaan pembelajaran hafazan dalam kelas, pelajar dibahagikan kepada

beberapa firqah (kumpulan) mengikut aras pembelajaran pelajar. Pelajar yang mempunyai

kemahiran membaca Al-Quran dengan baik akan diletakkan dalam kumpulan Tahfiz.

Page 25: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

25

Manakala pelajar yang belum dapat membaca dengan baik akan diletakkan dalam kumpulan

Nazirah.

Dari segi jadual pembelajaran Maahad Tahfiz sesi P&P bermula pada pukul 7.30 pagi

sehingga 1.00 tengahari. Semua pelajar tinggal di asrama dan mengikuti jadual yang telah

ditetapkan oleh pengurusan asrama. Berikut adalah jadual P&P dan rutin seharian pelajar

Maahad Tahfiz As-Saidiyyah.

Masa Aktiviti

7.30 – 9.00 pagi P&P dimulakan dengan pembelajaran hafazan. Pelajar akan

memperbetulkan dahulu bacaan dihadapan guru hafazan

sebelum menghafal sesuatu surah.

9.00 – 1.00 tengahari Pelajar akan menjalani sesi P&P pelajar akademik KBSM.

Antara Zohor dan Asar

Dan antara Magrib dan

Isyak

Pelajar akan menghafaz sekurang-kurangnya 1 muka surat

sehari.

Selepas Isyak hingga

10.30 malam

Sesi pembelajaran ulangkaji (Asrama)

Nota : Tanda oren menunjukkan 50% peruntukan masa rutin harian dalam penumpuan

hafazan Al-Quran

2.2.8 Hala Tuju Pelajar

Beberapa alumni menyambung pengajian di Darul Quran ataupun ke luar negara

seperti mesir, Jordan, Syria,UK dan Morocco serta tidak lupa juga di institut pengajian di

Malaysia seperti KUIS, UITM, UPM, USIM, KUIN, dan banyak lagi.

Page 26: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

26

2.2.9 Kakitangan Sokongan

Guru-guru Maahad Tahfiz As-Saidiyyah Seremban Negeri Sembilan

Page 27: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

27

03. Kekuatan, Kelemahan dan Perbandingan Kaedah Pengajaran Yang Digunakan

Hasil daripada temubual bersama kakitangan kedua-dua Maahad Tahfiz dan juga temubual

beberapa orang pelajar mendapati antara kaedah pengajaran yang lazim digunakan hampir

sama antara kedua-duanya iaitu Kaedah Tajwid melalui Talaqqi dan Musyafahah, Kaedah

Tasmik dan Tartil serta Kaedah Murajaah.

Daripada pihak pelajar pula mereka mengaplikasikan beberapa teknik hafazan Al-

Quran yang berlainan mengikut kemudahan dan kesesuaian dengan diri pelajar itu sendiri.

Berikut adalah jenis-jenis teknik yang digunakan oleh pelajar :

3.1 Maahad Tahfiz Kiblah Bangi Selangor

Teknik hafazan Penerangan Teknik /Contoh /Kebaikan /Kelemahan

Teknik Chunking

Memisahkan satu ayat yang panjang kepada beberapa bahagian ayat

yang sesuai mengikut tunjuk ajar guru. Pelajar yang menguasai

Bahasa Arab dengan baik tidak menghadapi maslah kerana dapat

memisahkan ayat mengikut jalan cerita dan terjemahan ayat Al-Quran.

Kelebihan :

Pelajar dapat menghafaz di samping memahami makna dan jalan

cerita. Hafazan ayat Al-Quran bersifat lebih kekal di minda pelajar.

Kelemahan :

Bagi pelajar yang kurang menguasai Bahasa Arab adalah kurang

sesuai untuk cuba memisahkan ayat yang panjang tanpa bantuan guru.

Dibimbangi pelajar akan memutuskan ayat pada kalimah “Laa” dan

menjejaskan makna ayat Al-Quran.

Teknik Mengulang

(At-Tikrar)

Membaca secara berulang-ulang satu ayat sekurang-kurangnya 5 kali.

Selepas itu pelajar akan menghafal ayat tersebut. Apabila ayat tersebut

telah dihafal pelajar akan mengulanginya lagi sebanyak 5 kali.

Seterusnya pelajar akan menghafal ayat yang kedua pula dengan

teknik yang sama. Sebelum menghafaz ayat ketiga pelajar mengulang

semula ayat 1 dan 2 sebanyak 5 kali. Begitulah seterusnya hingga

Page 28: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

28

sampai kepada ayat yang berada di pertengahan muka surat al-Quran

(contohnya ayat ke 10). Apabila telah hafaz separuh muka surat

pelajar akan mengulang semula hafazan semua ayat hingga separuh

muka surat. Pelajar seterusnya melanjutkan ke separuh muka surat

lagi dengan teknik yang sama hinggalah hafazan sampai kepada 1

muka surat.

Kebaikan :

Pelajar dapat melazimi dan mendalami bacaan ayat sebelum

menghafaz dan hafazan akan kekal dalam minda pelajar.

Kelemahan :

Pelajar mengambil masa yang panjang untuk proses hafazan dan

sesetengah pelajar akan merasa letih dengan teknik ulangan ini.

Tenik Keywords /

Kata kunci

Teknik ini sesuai digunakan bagi pelajar yang ingin mengukuhkan

hafazan yang telah diselesaikan. Pelajar akan menyenaraikan kalimah

setiap permulaan ayat sebagai keywords dalam sekeping kertas.

Sekiranya pelajar terlupa sesuatu ayat pelajar akan merujuk keywords

ayat tersebut. Ini membantu pelajar melancarkan hafazan terutamanya

bagi pelajar yang mudah lupa.

Kebaikan :

Hafazan menjadi lancar kerana pelajar dapat mengingat keywords

bagi sesuatu ayat.

Kelemahan :

Pelajar akan bergantung kepada keywords untuk menghafal ayat.

Apabila pelajar lupa keywords maka pelajar akan lupa keseluruhan

ayat dan hafazan akan tergantung.

Page 29: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

29

3.2 Maahad Tahfiz As-Saidiyyah Seremban Negeri Sembilan

Teknik hafazan Penerangan Langkah /Contoh /Kebaikan /Kelemahan

Teknik

Berpasangan

Pelajar memilih seorang rakan yang mempunyai keserasian dan minat

yang sama. Pelajar A akan menghafaz 1,2 atau 3 ayat dengan dipantau

oleh pelajar B. Pelajar B pula menghafaz ayat 1, 2 atau 3 ayat

seterusnya dengan dipantau oleh pelajar A. Secara tidak langsung

kedua-dua pelajar dapat menghafaz keseluruhan ayat dalam masa

yang singkat. Kemudian pelajar akan berganti-ganti memperkukuhkan

secara berselang-seli berulang-ulang kali sehingga hafazan menjadi

mantap.

Kebaikan :

Pelajar mengambil masa yang singkat untuk menghafaz satu muka

surat dan memberi rasa seronok dan bersemangat untuk menghafaz

lagi kerana dapat bekerjasama bersama rakan.

Kelemahan :

Pelajar akan bergantung kepada rakan untuk menghafaz dan pelajar

akan merasa kekok apabila menghafaz sendirian disebabkan keuzuran

rakan yang menjadi pasangannya.

Teknik mendengar

Kaset / CD bacaan

Al-Quran

Pilih bacaan seorang Qari yang baik. Sebelum mula menghafaz

pelajar hendaklah mendengar bacaan yang ingin dihafal berulang-

ulang kali sebaik-baiknya sebanyak 5 kali. Sebaiknya gunakan pemain

kaset / CD yang boleh diprogramkan had bacaan Al-Quran. Pelajar

akan mengamati cara, lagu, tempat berhenti sehingga betul-betul

terpahat di minda. Mulakan menghafaz bersama-sama dengan kaset /

CD. Apabila sudah hafaz pelajar hendaklah menghafaz sendiri

mengikut cara dan gaya bacaan Qari tadi.

Page 30: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

30

Kebaikan :

Pelajar dapat menghafaz dengan gaya bacaan yang menarik seperti

bacaan Qari terkemuka.

Kelemahan :

Proses menghafaz akan etrganggu apabila pemain atau CD mengalami

kerosakan atau kehilangan. Selain itu menyukarkan pelajar merujuk

semula bacaan sekiranya tidak membawa pemain CD tersebut.

3.3 Perbandingan Dan Kesimpulan Penggunaan Kaedah

Terdapat banyak teknik hafazan yang boleh diaplikasikan pelajar yang dapat

mempercepatkan hafazan pelajar. Antaranya ialah :

1. Teknik Chunking

2. Teknik At-Tikrar

3. Teknik Keywords / Kata Kunci

4. Teknik Berpasangan

5. Teknik mendengar Kaset / CD bacaan Al-Quran

Setiap teknik mempngaruhi kecekapan dan membantu pelajar dalam hafazan Al-Quran

kerana setiap kaedah dan teknik mempunyai kelebihan tersendiri. Pelajar hanya perlu

memilih mana satukah teknik yang sesuai dengan kecenderungan, minat dan gaya

pembelajaran masing-masing.

Contohnya pelajar yang minat menggunakan peralatan muzik sesuai menggunakan

“Teknik Mendengar Kaset / CD”. Bagi pelajar yang meminati aspek bahasa sesuai

menggunakan “Teknik Chunking” kerana hafazan lebih kepada penceritaan. Manakala

pelajar yang gemar menggunakan imaginasi dan kreativiti otak kanan sesuai menggunakan

“Teknik Keywords”.

Pelajar yang komitmen akan mencuba setiap teknik hafazan dan melihat hasilnya samada

teknik itu memberi keberkesanan yang baik terhadap penghafazan pelajar atau pun

sebaliknya. Dengan mengenalpasti teknik yang paling sesuai dan berkesan bagi seseorang

pelajar itu seterusnya mengamalkan dalam pembelajaran sudah tentu lah ia memberi impak

Page 31: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

31

yang terbaik seterusnya membantu pelajar terus maju berbanding pelajar lain. Kemungkinan

tempoh khatam hafazan adalah lebih singkat berbanding tempoh yang dijangkakan bagi

seseorang pelajar.

Kesimpulannya, seorang pelajar itu harus sentiasa berusaha dan bersemangat untuk

meneruskan perjuangan menghafaz Al-Quran seterusnya menjaga hafazan agar tidak terjejas.

Aktiviti keduniaan yang berlebihan boleh menjejaskan kualiti hafazan seseorang pelajar

tahfiz. Apa yang paling penting ialah mencari keredhaan Allah dan menjadi salah seorang

penghafaz Al-Quran bagi memastikan Agama Islam dan Al-Quran yang suci akan kekal

terpelihara hingga ke akhir hayat.

Page 32: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

32

04. Teknik Yang Boleh Diaplikasikan Di Bilik Darjah

Hasil daripada kajian dan analisis kaedah dan teknik hafazan pelajar Maahad Tahfiz Kiblah

dan Maahad Tahfis As-Saidiyyah ada beberapa teknik hafazan yang sesuai untuk

diaplikasikan dalam pengajaran dalam bilik darjah Sekolah Rendah. Teknik tersebut ialah :

4.1. Teknik At-Tikrar

Contohnya dalam Bidang Hafazan Tahun 1 tajuk Surah An-Nas ayat 1 – 6.

i. Guru membimbing murid membaca surah An-Nas dengan lengkap dan berulang-

ulang sehingga 5 kali.

ii. Guru membimbing murid menghafaz ayat 1 sebanyak 5 kali.

iii. Kemudian menghafaz ayat 2 sebanayk 5 kali.

iv. Sebelum menghafaz ayat 3 murid mengulangi dulu ayat 1 & 2.

v. Begitulah seterusnya hingga ayat yang ke-6.

Page 33: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

33

4.2 Teknik Berpasangan

Contohnya dalam bidang Hafazan Tahun 3 tajuk Surah Al-Humazah ayat 1-9.

i. 2 orang murid pilihan.

ii. Guru membahagikan ayat surah Al-Humazah kepada 2 ayat iaitu :

iii. Murid 1 menghafaz ayat 1&2 dan dibantu oleh murid 2.

iv. Murid 2 pula menghafaz ayat 3&4 dan dibantu oleh murid 1.

v. Begitulah seterusnya hingga selesai ayat 9.

vi. Seterusnya pelajar A & B mrnggabungkan hafazan mereka dan membaca ayat secara

berselang-seli sehingga lengkap 1 surah.

vii. Pelajar A & B bertukar ayat pula dan menggabungkan semual hafazan mereka secara

berselang-seli hingga lengkap 1 surah.

4.3 Teknik Keywords

Contohnya Bidang Hafazan Tahun 5 tajuk Surah Asy-Syarhu ayat 1-8.

i. Guru meminta pelajar membaca surah berulang-ulang kali sebanyak 5 kali mengikut

teknik At-Tikrar.

ii. Guru meminta murid menyenaraikan kalimah bagi setiap permulaan ayat dalam surah

Asy-Syarhu.

Page 34: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

34

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

iii. Guru meminta murid mengukuhkan hafazan mengikut keywords tersebut.

Page 35: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

35

05. Kesimpulan

Dengan mengamati segala aspek kajian bermula daripada isi kandungan maklumat bagi 2

institut tahfiz, penggunaan kaedah dan teknik, melihat keberkesanan dan perbandingan

seterusnya menyerap teknik yang boleh digunapakai dalam bilik darjah dapatlah disimpulkan

beberapa perkara yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Antaranya ialah perbezaan sistem pengajian di antara Maahad Tahfiz memungkinkan

berlakunya perbezaan dari segi penguasaan dan pencapaian pelajar. Sebagai contoh Maahad

Tahfiz Kiblah menunpukan sebanyak 70% daripada kurikulum kepada penumpuan hafazan

Al-Quran. Begitu juga dengan jadual pebelajaran harian pelajar lebih banyak tertumpu

kepada aktiviti hafazan. Daripada tempoh pengajian yang dianjurkan selama 3 – 5 tahun,

pelajar sudah dapat mencapai rekod terbaik selama 2 tahun sahaja untuk khatam hafazan 30

juzuk.

Berbeza dengan Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, sistem pengajian yang ditawarkan

mengandungi kurikulum mata pelajaran akademik KBSM, akademik Agama Islam, Hafazan

Al-Quran dan kokurikulum. Penumpuan untuk hafazan hanyalah sebanyak 30% sahaja

daripada jadual pembelajaran harian. Sukatan hafazan yang ditentukan adalah sebanyak 6

juzuk bagi satu tingkatan dan dianggarkan pelajar akan selesai khatam hafazan 30 juzuk

semasa berada di tingkatan 5. Namun hasilnya terdapat juga pelajar yang tidak mencapai

sasaran tersebut bahkan ada yang mampu khatam sebanyak 2 juzuk sahaja dalam setahun.

Walau bagaimana pun segalanya bergantung kepada kebolehan pelajar itu sendiri.

Sekiranya pelajar itu adalah pelajar yang komited sudah pelajar tersebut mampu membuat

yang terbaik. Peranan guru juga adalah penting dalam memastikan pelajar dapat mencapai

target yang ditetapkan dengan memastikan pelajar menggunakan teknik hafazan yang sesuai

dengan kebolehan mereka.

Apa yang paling penting ialah pengkajian ini menyedarkan bahawa betapa pentingnya

pendidikan Al-Quran kepada generasi hari ini dan akan datang bagi memastikan

kesinambungan Al-Quran dalam bidang tahfiz akan terus berlanjutan. Dalam mengharungi

cabaran zaman globalisasi seharusnya umat Islam mengambil peluang untuk memajukan

bidang Al-Quran seiring dengan kemajuan teknologi maklumat.

Page 36: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/75121212… · Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah

Rahmatiah Mohd Juda/Semester Mei 2012/HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

36

Rujukan

Ahmad Kamarudin Ibrahim, Ismail Mat Ludin, KhairilAnuar Ahmad (2011). HBQE1103

Ulum Al-Quran. Kuala Lumpur : Meteor Doc. Sdn.Bhd.

Muhammad Zaini Bin Yahya, Zulhazmi Bin Umar @ Muhammad Salleh, Afendi Bin

Sahi(2008). Pendidikan Islam Tahun 5 KBSR. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan

Pustaka

Aimi Bin Hamzah, Zulkifli Bin Husin, Muhammad Fauzi Bin Daud, Muhammad Shah Bin

Ujang (2010). Pendidikan Islam Tahun 3 KBSR. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan

Pustaka

URL :

http://www.saidiyyah.com (20/06/2012)

http://maahad.tahfizkiblah.com.my (20/06/2012)

http://www.sekolahkiblah.com.my (06/07/12)

http://engkizarquran.wordpress.com/2011/11/05/konsep-pengajaran-dan-pembelajaran-

membaca-al-quran-dalam-pendidikan-islam/ 10/6/12

http://ml.scribd.com/doc/25353041/Pendidikan-Islam-Assgmnt-2 (8/7/2012)