Post on 02-Jul-2015
description
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS ILMU KHAS
NAMA:
ANIS SYAFIQAH BINTI MOHAMED NOOR
KUMPULAN:
G 3.1 ( PEND. KHAS MASALAH PENDENGARAN)
MATA PELAJARAN:
PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
NAMA PENSYARAH:
PUAN AMINAH OTHMAN
TARIKH SERAHAN:
19 MAC 2012
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAN
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Bersyukur kehadrat Illahi kerana
dengan berkat dan keizinan dariNya dapat saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus
Berasaskan Ilmu (KKBI) untuk subjek Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah
Rendah ini dengan jayanya pada masa yang telah ditetapkan.
Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah matapelajaran iaitu
Puan Aminah bt Othman kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini. Bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi benar-benar membantu
saya dalam menyiapkan tugasan KKBI ini.
Penghargaan dan ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan
yang banyak membantu melalui pengkongsian idea mengenai tugasan sepanjang masa
tempoh penyiapan KKBI ini. Jutaan terima kasih terutamanya kepada Nurul Husna
Ab.Rahman keranabanyak membantu saya dengan bersama – sama ke perpustakaan
saban waktu bagi proses pencarian bahan untuk kegunaan tugasan.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapakan terima kasih kepada ibu bapa
saya iaitu Encik Mohamed Noor bin Endil dan Puan Rohaiyati bt Aminullah kerana tidak
pernah jemu memberi semangat dan mendoakan kejayaan saya.
Akhir kata, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga
kepada semua insan yang membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam
menyempurnakan KKP ini. Sokongan dan dorongan yang diberikan sangat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
~~ Anis Syafiqah binti Mohamed Noor ~~
PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan salah satu matapelajaran yang wajib diajar di
sekolah oleh guru.Hal ini demikian kerana, melalui matapelajaran Bahasa Melayu ini
beberapa kemahiran dapat dikembangkan.Kemahiran-kemahiran tersebut termasuklah
kemahiran mendengar, kemahiran menulis dan kemahiran membaca. Kemahiran-
kemahiran ini penting untuk dikembangkan dalam memastikan perkembangan insan
secara menyeluruh dapat dicapai selaras dengan apa yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Matapelajaran Bahasa Melayu ini diajar di sekolah dengan berpandukan dua
kurikulum yang utama iaitu Kurikulum Berasakan Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR merupakan kurikulum khusus
untuk murid tahap 2 iaitu murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 manakala KSSR pula
merupakan kurikulum yang dibina khas untuk murid tahap 1 iaitu murid Tahun 1, Tahun
2 dan Tahun 3.
Namun demikian, KSSR merupakan kurikulum baharu yang diaplikasikan di
sekolah bermula tahun 2011 iaitu tahun lepas.Sebelum kewujudan KSSR di sekolah,
KBSR merupakan panduan guru dalam mengajar semua tahun pembelajaran bermula
Tahun 1 sehinggalah Tahun 6.Namun demikian, pembaharuan kurikulum telah dibuat di
mana KSSR telah digunakan bagi tahap 1 di sekolah-sekolah di Malaysia.
KBSR dan KSSR ini merupakan panduan utama guru dalam merancang
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah.Oleh hal yang demikian,
kemahiran dalam kedua-dua kurikulum ini perlu dikuasai oleh guru bagi memastikan
perancangan P&P berjalan denan baik selari dengan hasil pembelajaran dan standard
pelajaran yang digariskan.
Secara keseluruhannya, guru perlu mahir dalam kedua-dua kurikulum supaya
P&P dapat berjalan dengan berkesan di dalam bilik darjah.Selain itu, guru perlu
menglaji kedua-dua kurikulum ini supaya lebih jelas dan faham mengenai perkara yang
terkandung dalam setiap kurikulum tersebut.
MENELITI HASIL PEMBELAJARAN LISAN/MEMBACA/MENULIS.
MEMILIH TAJUK PENGAJARAN DAN BAHAN SESUAI DENGAN HASIL
PEMBELAJARAN.
MERANCANG EMPAT AKTIVITI.
BAHAN PENGAJARAN
PopiaKetam Istimewa (HIDANGAN UNTUK 4 ORANG)
Haipembacatersayang! Kita berjumpalagidenganresepi – resepi yang
enakdanlazatuntukandacubasempenacutisekolah yang panjangini. Baiklah, kali ini Chef
Zaminginmengajakandamemasaksejenismasakan yang cukupsedap,
rangupdanberkhasiat.Biasanyakitahanyamembelinya di pasarmalamataurestoran,tapi
kali iniapa kata anda buat sendiri dengan melihatresepi di bawah.
A – untukintipopia
60 g isi ketam (ada dijual di pasar raya atau rebus dan keluarkan isinya)
40 g lobak merah – dimayang halus
40 g sengkuang – dimayang halus
2 ulas bawang putih – dicincang
10 g kacang tanah – digoreng tanpa minyak dan dikisar
5 g biji sawi – digoreng tanpa minyak
8 keping kulit popia bersaiz sederhana (ada dijual di pasar raya)
B – untuksospopia
4 biji cili merah – dibuang biji dan
dikisar
2 ulas bawang putih – dicincang
2 sudu besar sos Thai
1 sudu besar tepung jagung –
dibancuh dengan air sedikit
Untukintipopia
1. Sediakan kuali untuk menumis, masukkan minyak dan panaskan
atas api kecil.
2. Masukkan bawang putih cincang dan biar hingga kuning serta
berbau wangi. Kemudian masukkan pula lobak merah, dan
sengkuang. Tumis seketika tetapi jangan sampai layu.
3. Masukkan isi ketam dan kacang tanah yang telah digoreng dan
dikisar. Gaul rata.
4. Setelah naik bau, masukkan biji sawi ,perasakan dengan gula,
garam dan gaul rata. Padamkan api dan biar inti sejuk.
5. Letakkan inti popia yang telah sejuk di atas kulit popia dan
gulung hingga habis.
6. Panaskan minyak untuk mengoreng penuh dan goreng popia
hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Bahan – bahannya:
Cara membuatnya:
Untuksospopia
1. Tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan cili kisar.
2. Masukkan sos cili Thai dan biarkan mendidih seketika.
Perasakan menggunakan gula dan garam. Pekatkan sos tadi
dengan bancuhan tepung jagung dan angkat.
Bahan pengajaran dipetik dari Majalah Kuntum
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MATAPELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 6
Kelas : 6 Wira
Matapelajaran : BahasaMelayu
Tarikh : 8 Mac 2012
Masa : 11.30 – 12.30 tengahari (60 minit)
Bilanganmurid : 20 orang
BILANGAN
NAMA
KEHADIRAN
Tajuk : Makananberkhasiat, “ PopiaKetamistimewa”
Objektifmuriddapat :
1) Memberikanarahantentangcarapenyediaansesuatumakanan;
“PopiaKetamistimewa”.
2) Memahamiarahantentangcarapenyediaansesuatumakanan;
“PopiaKetamistimewa”.
Isi kandunganberdasarkan:
a) Popiaketam(bahanmaujud), gambar, teks, perkataan dan video.
Hasilpembelajaran:
1.3 Memberikandanmemahamiarahansertapesanantentangsesuatu perkara.
Pengetahuansediaadamurid: murid-muridtelahmengetahuibeberapajenismakanan yang
terdapat di Malaysia sepertiNasiLemak, Roti canai,Yong Tau Fu, NasiGoreng, Roti
Bakar, Popiadansebagainya.
Bahan bantu mengajar: gambartunggal, kadperkataan, kertaswarna
(merah,biru,hijaudankuning),liriklagu, video, LCD, komputer riba.
LANGKAH
DAN
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI P&P
CATATAN
Set induksi
(5 minit)
MerasaPopiaKetam
Istimewa
1) GurumembawaPopiaKet
am Istimewa
kebilikdarjah.
2) Guru
membahagikanPopiaKet
am Istimewa
kepadamurid-
muriduntukmuridmerasak
eenakanjuadahtersebut.
3) Guru
bertanyakepadamurid-
muridmengenai rasa
PopiaKetam Istimewa
tersebut.
Siapa yang
pernahmakanPopia
?
Bagaimanakahrasa
Popia?
Adakahmurid-
muridpernahmelihat
ibu /
emakmemasakPopi
a di rumah?
Siapakah yang
Bahanmaujud:
Juadah“PopiaKeta
m Istimewa”
pernahmembantuib
umemasakPopia?
Langkah 1
(15minit)
Bacaanteksdanmeng
eluarkanarahan yang
terdapatdalamteks.
Arahan yang terdapat
dalamteks:
1. Sediakankuali.
2. Masukkanminy
ak.
3. Panaskankuali
.
4. Masukkanbaw
angputih yang
telahdicincang.
5. Biarbawangput
ihhinggakunin
gsertaberbauw
angi.
6. Masukkanloba
kmerah, dan
sengkuang.
7. Tumislobakme
rah dan
sengkuangsek
etika.
8. Jangansampai
layu.
9. Masukkanisike
tamdankacang
1) Guru
memintamuridmembacat
eks resepi
“PopiaKetamIstimewa”.
2) Guru
memintamuridmengeluar
kan 10 arahan yang
terdapatdalamteksterseb
ut. 3) Guru
memintamuridmenyataka
narahantersebutkepadar
akan-rakan.
Teks “Popia Ketam
Istimewa”
tanah yang
telahdigorengd
andikisar.
10. Gaul rata isiketamdankacangtanah.
Langkah 2
(15minit)
Menyusunteksarahan
mengikuturutan yang
betul
Teks arahan:
1) Guru
menyediakansatuset
lembarankerja yang
berbentukteksarahan
yang tidaktersusun.
2) Muriddimintauntuk
Menyusuntekstersebutm
engikuturutan yang betul.
3) Guru
menyemakjawapanyang
telahdiberikanbersama-
samadenganmuriddanme
mberikanpenilaian.
Lembaran kerja
Langkah 3
(10 minit)
Menyatakanarahanbe
rdasarkangambar.
1) Guru
membahagikanmuridkep
Kad warna
(Merah,Kuning,
Kad warna:
Gambar tunggal dan
arahan:
adadua orang
satukumpulan.
2) Muridsecaraberpasangan
dimintauntukmemilihsatu
warnasamaadaMerah,
Biru, Kuning dan Hijau.
3) Guru
akanmemberikanlembara
nkerjaberbentukgambart
unggalkepadamuridberda
sarkanwarna yang
telahmerekapilih.
4) Muriddimintauntukmena
mpalgambartunggalterse
but di papanputih.
5) Guru
menyediakankadjawapan
untukdipiliholehmurid.
6) Muridseterusnyaakanme
milihkadjawapan yang
mengandungiarahan
yang betul berdasarkan
gambar.
7) Muridmenampalkadjawa
pantersebut di
bawahgambartunggal.
8) Muridmembacakanjawap
anmereka.
9) Guru bersamamurid-
murid yang lain
membuatpenilaian.
Hijau dan Biru)
Gambar tunggal
Kad jawapan
Langkah 4
(10 minit)
Menyatakankebaikan
memasakmakananse
ndiridaripadamembeli
di kedai.
Jawapan:
1) Menjimatkanw
ang.
2) Kebersihanma
kananterjamin.
3) Makanan yang
disedikanlebih
berkhasiat.
4) Dapatmakand
alamkuantiti
yang banyak.
5) Dapatmenikm
atimakananter
sebutbersama
keluarga.
6) Dapatmengera
tkanhubungan
kekeluargaan.
7) Dapat
berkongsi
1) Guru
memintamuridmenye
naraikankebaikanme
masakmakanansendir
idaripadamembeli di
kedai.
2) Muridmenyenaraikanj
awapan yang
bersesuaiandenganso
alan yang
diajukanoleh guru.
3) Guru
danmuridbersama-
samamembincangkan
jawapan yang
sesuaiuntuksoalan
yang diberikan.
Soalan:
“ Kebaikan
memasak
makanan sendiri
daripada membeli
di kedai”
makanan yang
dimasak
dengan jiran-
jiran.
Penutup
(5 minit)
Nyanyianlagu:
Popia Oh Popia,
adaptasidarilagu
“Ketupat Oh Ketupat”
*Popia Oh Popia
KuahCiliPopia
Popia Oh Popia
KuahCiliPopia
Ketam, Ketam
KuahCiliPopia
*ULANG semula 1x
1) Guru membuat
tayangan video lagu
Popia Oh Popia.
2) Guru meminta murid
melihat dan
mendengar video
dengan teliti.
3) Guru
memintamuridmenya
nyibersama-sama.
4) Guru
memintamuridmenya
nyisambilmembuatper
gerakanbadan seperti
yang terdapat
ditunjukkan di dalam
video.
Popia : buat
pergerakan
tangan seperti
menggulung
Popia.
Kuah Cili : buat
pergerakan
seperti sedang
Liriklagu
LCD
Komputer riba
Video
mengacau
kuah dengan
kedua-dua
belah tangan.
Ketam-buat
pergerakan
seperti
penyepit
ketam.
5) Guru
bertanyakembalimeng
enaitajukpembelajara
nkepada murid-murid
selepas selesai
menyanyikan lagu
“Popia Oh Popia”.
6) Muridmembuatrumus
anapa yang mereka
pelajaripadahariini.
LAMPIRAN
SET INDUKSI
LANGKAH 1
Mengeluarkanarahandaripadateks “PopiaKetamistimewa”.
Jawapan:
1. Sediakankuali.
2. Masukkanminyak.
3. Panaskankuali.
4. Masukkanbawangputih yang telahdicincang.
5. Biarbawangputihhinggakuningsertaberbauwangi.
6. Masukkanlobakmerah, sengkuang, dantauge.
7. Tumislobakmerah, sengkuangdantaugeseketika.
8. Jangansampailayu.
9. Masukkanisiketamdankacangtanah yang telahdigorengdandikisar.
10. Gaul rata isiketamdankacangtanah.
11. Masukkanbijisawisetelahnaikbau.
12. Masukkanguladangaramuntukmemberi rasa.
13. Gaul guladangaram rata.
14. Padamkanapi.
15. Biarkanintisejuk.
16. Letakkanintipopia yang telahsejuk di ataskulitpopia.
17. GulungPopiahinggahabis.
18. PanaskanminyakuntukmengorengPopia.
19. GorengPopiahinggakuningkeemasan.
20. Angkatdantoskan.
LANGKAH 2
Denganmerujukkepadaarahan yang dikeluarkansusunarahan di
bawahmengikuturutanlangkah yang betuluntukmenghasilkanhidanganberkhasiat
“PopiaKetamIstimewa”.
Masukkan bawangputih yang telah dicincang
Biar bawang putih hinggakuning serta berbau wangi
Masukkan lobak merah, sengkuang dan tauge
Tumis lobakmerah, sengkuang, dantauge seketika
Jangansampailayu
LANGKAH 3
GAMBAR 1 ( KAD MERAH)
Panaskanminyak untuk mengoreng Popia
Gorengpopiahinggakuning keemasan
Angkatdan toskan
Sediakankuali
Masukkanminyak
Panaskan kuali
Letakkan inti popia yang telahsejuk di ataskulitpopia
Gulung Popia hingga habis
Masukkanisiketamdankacangtanah yang telahdigorengdan
dikisar
Gaul rata isi ketam dan kacang tanah
Masukkanbijisawi setelah naik bau
Masukkan gula dan garam untuk memberi rasa
Gaul gula dan garam
Padamkanapi
Biarkan inti sejuk
GAMBAR 1.1
GAMBAR 1.2
GAMBAR 1.3
GAMBAR 2 ( KAD KUNING)
GAMBAR 2.1
GAMBAR 2.2
GAMBAR 3 (KAD HIJAU)
GAMBAR 3.1
GAMBAR 3.2
GAMBAR 4 (KAD BIRU)
GAMBAR 4.1
GAMBAR 4.2
PILIHAN JAWAPAN (KAD JAWAPAN)
Gambar tunggal dan jawapan yang telah ditampal
Sediakan kuali.
Masukkan minyak.
Panaskan kuali.
Biarkan inti sejuk.
Panaskan minyak untuk menggoreng Popia.
Gulung Popia hingga habis.
Letakkan inti Popia yang telah sejuk di atas kulit Popia.
Goreng Popia hingga kuning keemasan.
Angkat Popia dan Toskan
LANGKAH 4
Menyatakankebaikanmemasakmakanansendiri.
Jawapan:
1) Menjimatkanwang.
2) Kebersihanmakananterjamin.
3) Makanan yang disedikanlebihberkhasiat.
4) Dapatmakandalamkuantiti yang banyak.
5) Dapatmenikmatimakanantersebutbersamakeluarga.
6) Dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
7) Dapat berkongsi makanan yang dimasak dengan jiran-jiran.
PENUTUP
Nyanyianlagu “Popia Oh Popia.
Adaptasidari lagu “Ketupat Oh Ketupat”
Laguasal:
Lagubaru:
Ketupat Oh Ketupat
KuahKacangKetupat
Mc Donald, Mc Donald
KuahKacangKetupat
*PopiaOh Popia
KuahCiliPopia
Popia Oh Popia
Kuah Cili Popia
Ketam, Ketam
KuahCiliPopia
*ULANG semula 1x
ANALISIS PERBEZAAN HASIL PEMBELAJARAN
PERBEZAAN HASIL PEMBELAJARAN 1.3
Saya telah memilih hasil pembelajaran lisan 1.3 bagi tahun satu dan tahun
enamuntuk dibandingkan.Saya telah merujuk kepada buku sukatan pelajaran Bahasa
Melayu bagi tahun satu dan tahun enam dalam meneliti aspek perbezaan hasil
pembelajaran 1.3 iaitu memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang
sesuatu perkara untuk kedua-dua tahun pembelajaran ini.Saya turut merujuk pelbagai
sumber bagi membuat perbezaan dengan lebih terperinci dan tepat.Antara sumber
yang saya rujuk iaitu buku tekstahun satu dan tahun enam, kamus dewan bagi melihat
makna perkataan yang terdapat dalam huraian hasil pembelajaranserta guru-guru yang
mengajar Bahasa Melayu di sekolah.
Berdasarkan hasil pembelajaran tahun satu dan tahun enam ini saya dapat
melihat bahawa hasil pembelajaran adalah samabagi setiap tahun iaitu berkenaan
dengan memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu
perkara.Namun, yang membezakannya adalah huraian hasil pembelajaran bagi tiap-
tiap tahun pembelajaran tersebut. Ini kerana, huraian hasil pembelajaran bagi kedua-
dua tahun adalah berbeza antara satu sama lain dan dibahagikan kepada tiga aras
yang mana setiap aras berbeza antara satu sama lain. Aras-aras ini juga mempunyai
sub-sub kecil yang terkandung di dalamnya iaitu Aras 1, Aras 2 dan Aras 3tahun satu
dapat dibahagikan kepadadua sub kecil di dalamnya dan begitu juga dengan Aras 1
dan Aras 2 tahun enam iaitu (i) dan (ii). Aras 3 bagi tahun enam sahaja yang berbeza
iaitu dibahagikan kepada tiga sub kecil iaitu (i), (ii) dan (iii).
Perbezaan-perbezaan ini walaubagaimanapun dapat dilihat dengan lebih jelas
dengan membezakan aras-aras yang terdapat di dalam huraian hasil pembelajaran
Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR) bagi tahun satu dan tahun enam ini
secara satu demi satu dan berperigkat-peringkat.Perbezaan ini dapat dilihat dengan
membuat perbandingan di antara Aras 1 huraian hasil pembelajaran bagi tahun satu
dengan Aras 1 huraian hasil pembelajaran tahun enam. Aras 2 dan Aras 3 turut
dibandingkan seperti aras 1 bagi melihat perbezaan di antara kedua-dua tahun
pembelajaran ini.
Perbezaan pertama yang dapat dilihat ialah perbezaan di antara Aras 1 huraian
hasil pembelajaran tahun satu dengan Aras 1 huraian hasil pembelajaran tahun
enam.Aras 1 bagi tahun satu hanya berfokuskan kepada mendengar arahan serta
pesanan dengan teliti dan menyatakan arahan serta pesanan dengan sebutan yang
betul dan jelas.Manakala, bagi tahun enam pulaberfokuskan kepada memberikan
arahan serta menyampaikan pesanan dengan menggunakan intonasi yang betul dan
bersopan sertamelibatkan memberikan arahan serta menyampaikan pesanan mengikut
keutamaan.
Berdasarkan Aras 1 ini banyak perbezaan yang dapat dilihat. Perbezaan
pertama iaitu Aras 1 bagi tahun satu adalah lebih mudah dan senang berbanding
dengan Aras 1 tahun enam yang lebih sukar.Aras 1 bagi tahun satu dikatakan mudah
dan senang kerana skop pembelajaran hanya tertumpu kepada mendengar dan
menyatakan arahan semata-mata tidak seperti Aras 1 bagi tahun enam yang mana
skop pembelajaran adalah lebih luas iaitu murid perlu memberikan arahan dan
menyampaikan pesanan menggunakan intonasi yang betul dan bersopan serta
menyampaikannya mengikut keutamaan.
Perbezaan ini dapat dilihat dengan lebih jelas dengan merujuk kepada aspek
cadangan aktiviti yang boleh dijalankan guru di dalam bilik darjah untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran (P&P) Aras 1 hasil pembelajaran 1.3 ini. Berpandukan
buku sukatan pelajaran Bahasa Melayu perbezaan cadangan aktiviti Tahun 1 dan
Tahun 6 untuk aras 1 adalah sangat berbeza. Cadangan aktivti P&P Tahun 1 dilihat
sangat senang dan mudah untuk dikuasai berbanding dengan aktiviti P&P Tahun 6
yang lebih sukar.
Selain itu, cadangan aktiviti Tahun 1 ini dilihat lebih mudah untuk dikendalikan
oleh guru di dalam kelas dan dilihat tidak mengambil masa yang begitu lama untuk
mengajar murid berkenaan dengan kemahiran yang dikehendaki berbanding dengan
cadanganaktiviti Tahun 6 yang mengambil masa yang lama untuk diajar kepada murid.
Namun demikian, cadangan aktviti aras 1 bagi kedua-dua tahun ini kebiasaannya dapat
dikuasai oleh murid secara keseluruhan dengan merujuk kepada tahun pembelajaran
masing-masing.
Merujuk kepada buku sukatan pelajaran Bahasa Melayu ini cadangan aktiviti
P&P bagi Tahun 1 hanya tertumpu kepada aktiviti lakonan menyampaikan pesanan
kepada orang lain iaitu murid akan melakonkan berpadukan skrip yang disediakan oleh
guru. Sebagai contohnya, murid melakonkan situasi ketua murid menyampaikan
pesanan guru kepada rakan sekelas. Manakala, aktiviti P&P bagi Tahun 6 pula lebih
tertumpu kepada skop aktiviti yang lebih besar iaitu murid membuat simulasi
memberikan arahan kepada rakan mengenai sesuatu. Sebagai contohnya, murid
membuat simulasi cara mendapatkan barangan atau perkhidmatan. Barang dan
perkhidmatan tidak terikat kepada mana-mana barang atau perkhidmatan. Murid boleh
membuat simulasi cara membeli makanan haiwan peliharaan dengan mengemukakan
soalan seperti di mana, berapa harga dan jenis makanan haiwan yang sesuai.Selain itu,
aktiviti P&P Tahun 6 ini juga tertumpu kepada menyampaikan pesanan dan arahan
dengan teratur mengikut keutamaan.Sebagai contohnya, murid menyampaikan
pesanan guru mengenai tugasan kepada rakan mengikut urutan tugasan yang
diberikan, tarikh serahan dan tarikh mula tugasan.
Selain itu, perbezaan juga dapat dilihat dengan melihat kepada aspek ayat yang
digunakan dalam menyampaikan pesanan atau arahan.Merujuk kepada tahun satu,
ayat yang digunakan adalah lebih mudah dan ringkas yang terdiri daripada ayat-ayat
pendek manakala ayat bagi tahun enam dilihat lebih panjang dan lebih kompleks
berbanding dengan ayat yang digunakan oleh murid tahun satu.
Perbezaan lain pula dapat dilihat dari aspek pemilihan perkataan dalam
menyampaikan arahan. Pemilihan perkataan bagi tahun satu dilihat lebih mudah dan
sempit berbanding dengan pemilihan perkataan bagi tahun enam dilihat lebih luas. Ini
dapat dilihat denganpemilihan perkataan bagi tahun satu adalah menjurus terus kepada
arahan dan pesanan yang ingin disampaikan berbanding dengan pemilihan perkataan
tahun enam yang mana turut menyelitkan hal-hal lain di dalam perbualan iaitu dengan
bertanyakan khabar rakan sebelum pergi kepada objektif utama iaitu menyampaikan
arahan mahupun pesanan.Selain itu, perkataan-perkataan yang menunjukkan
kesopanan juga diselitkan di dalam arahan dan pesanan tahun enam ini.Antara
perkataan yang digunakan iaitu perkataan terima kasih.
Perbezaan kedua pula iaitu melibatkan Aras 2 tahun satu dan Aras 2 tahun
enam. Perbezaan ini dapat dilihat dengan Aras 2 bagi tahun satu berfokuskan kepada
mengecam perkataan berbentuk arahan serta pesanan dan menerima dan
melaksanakan arahan serta pesanan dengan betul manakala tahun enam pula
berfokuskan kepada mendengar arahan serta pesanan dengan teliti untuk membuat
tindakan wajar dan melaksanakan arahan dengan cepat dan terancang. Mengecam
arahan dan pesanan bagi tahun satu ini merujuk kepada mengamati dan memerhati
perkataan arahan yang biasa didengar dengan menyebut senarai perkataan arahan
yang biasa didengar kepada rakan-rakan. Menerima dan melaksanakan arahan pula
melibatkan murid melakukan arahan dan pesanan yang diterima dengan betul.Huraian
hasil pembelajaran tahun enam mendengar arahan serta pesanan dengan teliti untuk
membuat tindakan wajar dan melaksanakan arahan dengan cepat dan terancang pula
melibatkan penggunaan pancaindera pendengaran untuk mengetahui arahan dan
pesanan dalam membuat tindakan yang bersesuaian berdasarkan arahan yang
diterima serta melibatkan murid untuk melakukan arahan yang diberikan secara cepat
dan terancang.
Perbezaan ini dapat dilihat dengan merujuk kepada beberapa aspek iaitu arahan
dan pesanan bagi Tahun satu adalah lebih ringkas dan umum berbanding dengan
arahan untuk tahun enam yang lebih kompleks dan spesifik.Arahan dan pesanan untuk
tahun satu adalah bertujuan untuk menyampaikan pesanan seseorang kepada
seseorang yang lain. Sebagai contohnya, menyampaikan pesanan dan arahan yang
diterima daripada guru kepada rakan-rakan sekelas supaya mengemas kelas sebelum
pulang ke rumah.Manakala arahan dan pesanan bagi Tahun 6 dikatakan lebih
kompleks dan spesifik kerana arahan dan pesanan yang diterima perlu dilaksanakan
mengikut turutan yang diberikan supaya arahan yang diterima dapat dilaksanakan
dengan cepat dan terancang. Sebagai contohnya, iaitu arahan dan pesanan adalah
berkisar tentang langkah-lakah keselamatan di jalan raya ataupun arahan seseorang
kepada seseorang yang lain untuk mencari benda tersembunyi mengikut arahan-
arahan yang telah diberikan.
Seterusnya, aspek lain yang dapat dibezakan adalah berkenaan dengan kosa
kata yang digunakan dalam menyampaikan arahan dan pesanan. Kosa kata yang
digunakan bagi tahun satu adalah lebih mudah dan sedikit berbanding dengan tahun
enam yang lebih banyak dan susah untuk difahami. Kosa kata yang digunakan dalam
menyampaikan arahan dan pesanan bagi tahun satu adalah terlalu sedikit di mana
arahan yang diberikan adalah dalam bentuk dialog pendek arahan dan pesanan guru
kepada murid untuk disampaikan kepada rakan-rakan. Manakala kosa kata bagi tahun
enam dikatakan banyak kerana arahan dan pesanan disampaikan dalam bentuk
ceramah ataupun perbualan yang lebih panjang.
Perbezaan seterusnya melibatkan Aras 3 tahun satu dan Aras 3 tahun enam.
Perbezaan ini dapat dilihat dengan huraian hasil pembelajaran Aras 3 bagi tahun satu
berfokuskan kepada menyatakan arahan dengan intonasi yang betul dan cara
menyakinkan serta melakukan arahan serta pesanan dengan betul. Manakala huraian
hasil pembelajaran bagi Aras 3 tahun enampula berfokuskan kepada memberikan
arahan secara ringkas dan tepat, mendengar arahan serta pesanan dengan teliti untuk
membuat tindakan yang tepat dan melaksanakan arahan serta pesanan dengan cepat
dan tersusun berpandukan peraturan-peraturan tertentu.
Huraian hasil pembelajaran bagi tahun satu dan tahun enam untuk Aras 3 ini
sememangnya mempunyai perbezaan yang ketara di mana skop huraian hasil
pembelajaran bagi tahun satu adalah lebih sempit berbanding dengan tahun enam
dengan merujuk kepada Aras 3 ini. Hal ini demikian kerana, huraian hasil pembelajaran
Aras 3 bagi tahun satu hanya dibahagikan kepada dua pecahan kecil berbeza dengan
huraian hasil pembelajaran tahun enam yang dibahagikan kepada tiga pecahan yang
lebih luas.
Perbezaan Aras 3 ini dapat dilihat dengan meneliti aspek perbezaan yang lain
iaitu dari segi cadangan aktiviti P&P guru di dalam bilik darjah. Cadangan aktiviti bagi
Aras 3 untuk tahun satu ini terbatas kepada aktiviti lakonan situasi memberikan arahan
semata-mata.Arahan yang diberikan bolehlah melibatkan situasi memberikan arahan
kepada rakan untuk ke perpustakaan. Sebagai contohnya, murid akan melakonkan
situasi dengan memberikan arahan seperti „Kawan-kawan sekalian, cikgu Zamani
menyuruh kita ke perpustakaan.
Manakala cadangan aktiviti P&P tahun enam adalah lebih luas dan menyeluruh
menunjukkan penguasaan kemahiran yang tinggi terhadap hasil pembelajaran 1.3 ini.
Ini kerana, aktiviti P&P dalam bilik darjah melibatkan aktiviti memberikan arahan kepada
rakan untuk membina sesuatu.Misalnya membina rajah peta minda. Murid akan
dibahagikan kepada kumpulan dua orang di mana seorang akan memberikan arahan
dan seorang lagi melaksanakan arahan berdasarkan arahan-arahan yang diberikan
oleh rakan.Selain itu, aktiviti bagi murid tahun enam juga bertumpu kepada simulasi
menghadapi sesuatu keadaan yang memerlukan murid mendengar arahan dengan teliti
dan tepat bagi tujuan membuat tindakan yang tepat.Sebagai contohnya, murid
membuat simulasi menghadapi kebakaran dalam bilik darjah dengan guru memainkan
peranan untuk memberikan arahan kepada murid.Aktiviti P&P tahun enam ini juga
tertumpu kepada teknik main peranan dalam melaksanakan arahan serta pesanan yang
diterima.
Kesimpulannya, huraian hasil pembelajaran bagi tahun satu dan tahun enam
bagi hasil pembelajaran 1.3 iaitu memberikan arahan serta pesanan tentang sesuatu
perkara ini sememangnya berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini dapat dilihat
dengan merujuk kepada cadangan aktiviti yang diberikan di dalam buku sukatan
pelajaran Bahasa Melayu bagi tahun satu dan tahun enam. Melalui cadangan aktiviti ini
juga beberapa perbezaan lain dapat dikenal pasti. Antara perbezaan tersebut iaitu dari
aspek pemilihan perkataan, ayat, kosa kata, individu yang terlibat dalam penyampaian
arahan dan pesanan serta skop hasil pembelajaran bagi tiap-tiap tahun pembelajaran
sama ada tahun 1 atau tahun enam.
REFLEKSI
Tugasan yang saya terima bagi semester ini untuk subjek Pengajian sukatan
pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta membuat perbandingan hasil pembelajaran yang sama bagi Tahun
1 dan Tahun 6.
Tugasan ini dapat meningkatkan nilai-bilai perguruan dalam diri saya sebagai
bakal guru. Ini kerana, tugasan ini benar-benar dapat meningkatkan kefahaman dan
ilmu saya mengenai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan juga dapat
melatih diri saya untuk menyediakan bahan P&P yang menarik dan berkesan dalam
bilik darjah.Selain itu, tugasan ini juga dapat melatih saya untuk menyediakan bahan
P&P yang sesuai mengikut tahap murid dengan berpandukan aras, tahap kesukaran
dan bahan dengan merujuk kepada huraian sukatan pembelajaran bagi setiap tahu
masing-masing.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan semasa saya
mengendalikan tugasan ini. Ini kerana, soalan tugasan ini tidak terperinci menerangkan
mengenai apa yang perlu dilakukan oleh pelajar. Saya keliru untuk membuat
perbandingan hasil pembelajaran bagi Tahun 1 dan Tahun 6 kerana Tahun 1 di sekolah
sudah diajar mengikut Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KSSR) manakala
Tahun 6 dikekalkan dalam KBSR.Perbandingan sememangnya tidak dapat dibuat
kerana berbeza dari aspek kurikulum.Lantaran itu, saya merujuk kepada pensyarah
untuk mendapatkan kepastian. Berdasarkan kolaborasi yang dibuat, pensyarah
mengatakan bahawa perbandingan perlu dibuat berdasarkan aspek yang sama iaitu
KBSR.
Oleh itu, bagi pendapat saya penambahaikkan terhadap soalan perlu dibuat
supaya para pelajar tidak tersalah mentafsir soalan tugasan yang telah diedarkan
kepada mereka.Soalan tugasan ini seharusnya mengariskan bahawa perbandingan
yang perlu dibuat perlu merujuk kepada KBSR semata-mata. Kelemahan lain ialah saya
tidak tahu untuk melaksanakan tugasan ini. Tambahan pula, sub tugasan dua belum
dipelajari semasa di kelas.Saya juga belum pernah melihat buku panduan khas bagi
Tahun 1 dan Tahun 6.Perkara ini menyebabkan saya risau sekiranya tersalah merujuk
sumber untuk membuat perbandingan.Cadangan penambahbaikkan yang dapat saya
ketengahkan bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menyediakan soalan yang
dibawah penguasaan kemahiran pelajar supaya pelajar mendapat gambaran sendiri
dalam mebuat tugasan yang diberikan.
Namun demikian, segala kesukaran dan kekurangan ini dapat diatasi dengan
merujuk kepada pelbagai sumber iaitu pensyarah dan guru-guru di sekolah. Melalui
proses pencarian ilmu dan penyelesaian masalah ini saya dapat meningkatkan tahap
penguasaan ilmu yang lebih baik dan ilmu yang diperolehi lebih tahan lama dan tidak
dilupuskan dalam jangka masa yang singkat.
Kesimpulannya, tugasan ini benar-benar mampu mendidik saya untuk menjadi
guru bahasa yang baik dan berpengetahuan tinggi pada masa hadapan.