Post on 20-Jul-2019
1
PENGENALAN KURSUS
Kursus :Teori Linguistik Kod Kursus : BBM 3106 Kredit : 3 (3+0) Pensyarah : Prof Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif Tajuk Kuliah : Maklumat Kursus Kandungan : (i) Biodata Penulis
(ii) Rangka Kursus
(iii) Kaedah Pengajaran
(iv) Jadual Belajar
(v) Penilaian Kursus
(vi) Panduan Menulis Tugasan
2
BIODATA PENULIS
Ahmad Mahmood Musanif, Ph.D (Malaya), Pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM dalam bidang teori linguistik, falsafah
bahasa, semantik, dan linguistik bandingan. Pengkhususan dalam bidang semantik
dan analisis wacana. Pernah berkhidmat sebagai tutor (1988-1989) dan pensyarah
sementara di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya (1989-1990). Mula
berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia semenjak 1990 hingga
kini, dan sekarang menjawat jawatan Profesor Madya. Telah menghasilkan empat
buah buku iaitu, Penghayatan dan Pemahaman Sejarah Melayu (1992), dan Kamus
Pelajar Terkini (1996) serta penulis bersama dengan Arbak Othman untuk buku
Pengantar Linguistik Am (2004) dan Teori Linguistik (2004). Tesis Sarjananya
bertajuk “Penambah Kata Kerja Bahasa Melayu Hari Ini dan Bahasa Melayu dalam
Hikayat Abdullah: Satu Kajian Perbandingan Makna”, dan Tesis PhD, berjudul
“Tanya-Jawab dalam Novel Salina Karangan A.Samad Said: Satu Kajian
Berdasarkan Teori Lakuan Pertuturan”. Banyak menyumbangkan kertas kerja dan
penyelidikan dalam bidang teori linguistik, semantik dan analisis wacana.
3
RANGKA KURSUS
NAMA KURSUS : TEORI LINGUISTIK (Linguistic Theory)
KOD KURSUS : BBM 3106 KREDIT : 3 (3+0) JUMLAH JAM PEMELAJARAN : 120 per semester PELAJAR HASIL PEMELAJARAN : Pelajar dapat :
1. menghuraikan perkembangan ilmu linguistik dari dahulu hingga kini (C5)
2. menghuraikan pelbagai teori dalam
linguistik (A4, LL)
3. menunjukkan kerelevanan pelbagai teori linguistik untuk menghuraikan bahasa Melayu (P2)
4. mencari idea dan mencari penyelesaian
alternatif (CPTS). SINOPSIS : Kursus ini merangkumi perkembangan ilmu
linguistik dan kepentingannya, nahu tradisional, teori tatabahasa struktural dan transformasi-generatif, keperihalan keadaan, analisis wacana dan kesan teori terhadap perkembangan linguistik Melayu.
(This course covers the development of linguistics and its significance, traditional grammar, structural and transformational-generative theories, situational context, discourse analysis and influence of theories towards the development of Malay linguistics).
KANDUNGAN KULIAH : Jam Pemelajaran
Bersemuka 1. Sejarah perkembangan ilmu linguistik 4
4
- zaman Yunani - zaman Islam - zaman Romawi
2. Teori linguistik 4 - pengertian
- ciri - teori linguistik dan teori bahasa 3. Linguistik tradisional 4 - ciri - aplikasi dalam huraian linguistik
4. Strukturalisme 4 - ciri
- pendekatan - kaedah analisis 5. Bahasa dan lakuan 4 - fungsi bahasa - ciri lakuan - jenis lakuan bahasa 6. Teori Lakuan Pertuturan 4 - pengertian - syarat kesesuaian - aplikasi dalam huraian bahasa 7. Teori Linguistik Tranformasi Generatif 4 - konsep asas - teori standard - teori standard tambahan 8. Perkembangan terkini dan pasca Generatif 4 - semantik generatif - kuasaan dan tambatan - program minimalis
9. Teori Semantik 4 - keperihalan keadaan - pragmatik - semantik sistem penuh
10. Analisis wacana dan genre 6
5
- pengertian - ciri - kandungan - teknik - jaringan sosial Jumlah 42 PENILAIAN : Kerja Kursus 60% Peperiksaan Akhir 40% RUJUKAN :
1. Arbak Othman & Ahmad Mahmood Musanif. (2006).Teori Linguistik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Asmah Haji Omar. (2002). Kajian dan
Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Asmah Haji Omar. (2006). Panduan Wacana
Akademik Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Radford, A. (2005). Linguistics : An Introduction.
Cambridge : Cambridge University Press.
Bahan Bacaan Lain Yang Dicadangkan
Sila merujuk senarai bahan-bahan bacaan tersebut pada setiap unit.
6
KAEDAH PENGAJARAN
Kursus ini disediakan dalam 8 Unit Kuliah. Kursus ini mengandungi pengenalan
kursus meliputi objektif pembelajaran, kandungan, penilaian unit dan sumber-
sumber pembelajaran dan bahan-bahan bacaan (buku rujukan dan bahan-bahan
bacaan yang ditetapkan), jadual belajar, kursus intensif bersemuka, latihan dan
aktiviti serta tugasan (esei ilmiah) untuk diserahkan pada tarikh yang ditetapkan.
Anda mesti membaca panduan belajar Unit 1 hingga 8, buku rujukan, dan bahan-
bahan bacaan yang ditetapkan bagi setiap unit. Maklumat ini penting untuk
pengetahuan dan untuk membantu dalam penyediaan tugasan anda.
JADUAL BELAJAR
Berikut disediakan jadual belajar untuk kursus BBM 3106.
Minggu Unit Tajuk
1 & 2 1 Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik
3 & 4 2 Teori Linguistk
5 3 Linguistik Tradisional
6 & 7 4 Strukturalisme
8 & 9 5 Fungsi Bahasa dan Teori Lakuan Pertuturan
10 & 11 6 Teori Linguistik Transformasi Generatif
12 7 Teori Semantik
13 & 14 8 Analisis Wacana dan Genre
7
Kursus Intensif Bersemuka Kursus ini akan ditetapkan oleh pihak UPMET menurut keperluan semasa.
PENILAIAN KURSUS Kerja Kursus Kerja kursus terdiri daripada ujian dan tugasan. Kerja Kursus juga akan diadakan pada hari-hari pertemuan. Markah bagi keseluruhan Kerja Kursus dan tugasan adalah 30%. Ujian Ujian akan diadakan pada pertengahan semester. Anda dikehendaki menjawab 1 soalan esei. Markah ujian adalah 30%. Peperiksaan Akhir Peperiksaan akhir mengambil masa 1 ½ jam. Anda dikehendaki menjawab 2 soalan esei. Markah peperiksaan akhir adalah 40%. Catatan : Semua pelajar hendaklah mengambil peperiksaan pada tarikh masa dan tempat yang ditetapkan. Sila rujuk surat yang berkaitan dengan peperiksaan.
8
PANDUAN MENULIS TUGASAN
1. Tajuk Tetap : Tajuk yang ditetapkan oleh pensyarah tidak boleh diubah, dipinda atau ditukar ganti dengan pelajar lain.
2. Format : Format Esei mesti mengandungi lima perkara utama seperti berikut :
a. Tajuk : Tajuknya mesti ringkas dan padat
b. Pengenalan : pengenalan mesti mengandungi pengertian dan konsep bagi tajuk yang dibahas.
c. Kandungan Isi dan Perbahasan : Perbahasan dan perbincangan mesti kritis dan argumentatif. Inilah bahagian utama dalam esei ini.
d. Kesimpulan : Kesimpulan yang saudara buat tentang isi kandungan yang dibahas.
e. Bibliografi : Pada bibliografi mesti mengandungi :
i. Bahan daripada buku : Nama pengarang, tarikh, judul buku, tempat terbit, penerbit. ii. Bahan daripada Jurnal : Nama pengarang, tarikh,judul karangan, nama jurnal, jilid, bilangan, halaman.
3. Kertas dan kulit luar : a. Setiap tugasan hendaklah ditulis tangan pada kertas kajang berwarna putih.
b. Panjangnya : Minimum 5 halaman.
Maksimum 7 halaman. c. Bentuk taipan pada kulit luar adalah seperti berikut :
9
No. Matrik : Program : Semester : Kod Kursus :
Judul Esei
Nama Penulis
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia
Serdang
Tarikh
d. Kertas untuk kulit luar perlulah berwarna cerah. e. Jangan menggunakan salut/kulit luar
daripada plastik.
4. Penyerahan : a. Setiap Kerja Kursus hendaklah diserahkan kepada pensyarah mengikut tarikh yang telah ditetapkan. b. Pelajar yang lambat menyerahkan kerja kursus ditolak atau dikurangi markahnya.
10
UNIT 1
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK
Pengenalan
Sejarah perkembangan ilmu linguistik bermula dengan kesedaran sarjana Yunani
tentang perbezaan antara bahasa orang awam dengan bahasa penulis
kesusasteraan klasik. Tradisi orang Yunani ini diteruskan dalam zaman Islam dan
Romawi. Dalam setiap zaman tersebut, muncul banyak tokoh, aliran pemikiran yang
membentuk beberapa kaedah huraian bahasa dan seterusnya memberikan kesan
kepada kajian dan perkembangan ilmu linguistik.
Objektif
1. Mengetahui sejarah perkembangan ilmu linguistik.
2. Memahami perkembangan ilmu linguistik dari dahulu hingga kini.
3. Menghuraikan perkembangan ilmu linguistik dan implikasinya terhadap
linguistik Melayu.
Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik
Sejak zaman dahulu lagi bahasa merupakan bahan kajian berbagai-bagai bidang
ilmu, misalnya falsafah, antropologi, psikologi, sosiologi, kesusasteraan dan
linguistik atau ilmu bahasa sendiri. Tentu sahaja tiap-tiap bidang ini mengkaji
bahasa dari sudut yang diminatinya: falsafah dari segi makna dan hukum-hukum
logik yang terungkap dalam bahasa; antropologi dari segi bahasa sebagai
11
pencerminan budaya; psikologi dari segi perkaitan bahasa dengan fikiran; sosiologi
dari segi perkaitan bahasa dengan masyarakat; kesusasteraan dari segi bahasa dan
keindahan serta penceritaan; dan ilmu bahasa dari segi bahasa sebagai sistem
perlambangan dan alat komunikasi.
Zaman Yunani dan Romawi
Linguistik mempunyai sejarah yang lama, sejak zaman Yunani Kuno lagi. Pada
zaman itu, linguistik termasuk dalam bidang falsafah, khususnya falsafah bahasa.
Yang boleh kita ambil sebagai wakil zaman itu ialah Heraclitus yang banyak
memperkatakan perkaitan antara bahasa dengan alam, dan dalam hal ini beliau
mempersoalkan gejala-gejala bahasa seperti gejala sebunyi (homonymy) dan
sejarah kata (etimology). Gejala sebunyi dipandang sebagai daya retorik dalam
bahasa, khususnya dalam puisi, dan gejala ini diperkaitkan pula dengan gejala-
gejala lain seperti sajak, (rima), asonansi dan “pun” atau permainan kata. Dari segi
etimologinya pula, sesuatu perkataan itu bukan semata-mata satu nama atau isyarat
bagi sesuatu benda, tetapi merupakan rakaman pengalaman masyarakat
penggunanya ( Asmah, 1992 :2).
Plato ialah orang pertama yang diketahui menyelidiki bahasa sebagai satu
daripada masalah falsafah. Pendekatan kajiannya adalah dari segi asal usul
bahasa, iaitu dari segi permulaannya dan dari segi sifat atau zatnya atau ‘it’s
beginning and it’s essence’. Plato menyoal tentang ketepatan nama-nama sebagai
12
lambang sesuatu benda, kejadian, kelakuan dan lain-lain. Dia melahirkan konsep
‘triad’ atau ketigaan dalam sifat bahasa iaitu :
(1) Nama atau bahasa sebagai lambang.
(2) Benda atau kejadian atau kelakuan atau kenyataan sebagai rujukan lambang.
(3) Keadaan hubungan antara kedua-dua itu, iaitu dari segi ketepatan atau
tidaknya hubungan itu.
Plato dengan menyebut Socrates telah membuat beberapa keterangan
tentang hubungan antara nama (lambang) dengan benda atau perkara (rujukan
lambang), iaitu dari segi ketepatan atau kejituan hubungan perujukan itu.
Pertama, mungkin ketepatan hubungan perujukan itu dihasilkan oleh nature
atau keadaan sedia jadi. Ini bermaksud hubungan antara nama atau perkataan
dengan benda atau perkarayang dirujuk adalah benar dan terbukti secara tersendiri,
tanpa ditentukan oleh manusia. Keadaan sifat sedia jadi benda atau perkara dengan
perkataan itu membuktikan kebenaran dan ketepatan penggunaan nama-namanya
secara tersendiri atau natural. Plato sama ada secara lelucon atau secara serius
talah menggunakan satu kaedah yang dipanggil folk etymology yang dikenali juga
playful etymology untuk menghuraikan asal usul dan sifat sesuatu perkataan.
Contoh kaedah etimologi itu misalnya dalam bahasa Inggeris tentang asal usul
perkataan strawberry yang menamakan sejenis buah kecil, ialah bahawa buah itu
sesudah dipetik dan diangkut ‘are buried in straw’, dan dengan itu terbitlah
perkataan ‘strawberry’. Begitu juga perkataan ‘flea’ yang menamakan sejenis
13
serangga (pijat), kerana serangga itu ‘will flee before one can catch it’, dan dengan
itu terbitlah perkataan ‘flea’. Banyak lagi contoh yang seumpama dengannya.
Satu contoh kaedah folk etymology bagi bahasa Melayu ialah perkataan
‘hantu’ yang dikatakan berasal daripada perkataan ‘Tuhan’, dengan membalikkan
kedudukan suku katanya. ‘Tuhan’ ialah nama untuk melambangkan kuasa luar biasa
yang ghaib yang berasal daripada perkataan Melayu kuno ‘tuha’ bermakna ‘tua’,
dengan meletakkan akhiran ‘-an’ menjadi ‘tuha-an’ bermakna “yang dituakan”.
Tetapi konsep ‘Tuhan’ lebih tinggi dan suci daripada konsep ‘hantu’ dan mungkin
dalam sistem kepercayaan Melayu kuno Tuhan ialah ketua bagi segala hantu.
Perkataan ‘kelapa’ juga mungkin timbul melalui kaedah etomologi yang sama, iaitu
suatu buah yang besarnya kira-kira sama dengan ‘kepala’ manusia maka dibalikkan
dua suku kata yang terakhir sehingga timbullah perkataan ‘kelapa’ itu. Mungkin
perkataan-perkataan demikian pada mulanya dibentuk secara lucu, tetapi setelah
mendapat penerimaan ramai atau ‘currency’ maka penggunaannya menjadi
merebak dan tekal (terus kekal). Jadi, fungsi lelucon atau ‘bermain-main’ dalam
perlakuan budaya boleh diibaratkan sebagai ‘makmal ujian yang terkawal’ di mana
sesuatu yang baharu itu diuji pemakaiannya, jika didapati tidak sesuai, maka
dibuangkan sahaja tanpa menjejaskan kesejahteraan masyarakat. Sebaliknya kalau
sesuai, maka akan terus digunakan (Hashim, 2006:104).
Cara yang kedua tentang asal usul perkataan yang dikaitkan dengan
perujukan antara perkataan atau nama dengan maknanya secara nature atau sedia
14
jadi ialah kedah sound symbolism etymology atau etimologi simbolisme bunyi. Di
dalam kaedah ini, makna sesuatu perkataan itu dikesani melalui penyusurgaluran
terhadap makna-makna yang didukung oleh setiap bunyi atau suku kata yang ada di
dalam perkataan itu. Contohnya di dalam bahasa Melayu, perkataan-perkataan
yang mempunyai dua suku kata atau lebih boleh disusurgalurkan maknanya
daripada makna yang didukung oleh setiap suku katanya yang berasal daripada
bahasa Austronesia Purba. Misalnya seperti berikut :
jur bermakna ‘panjang dan melurus’
lajur bermakna ‘memanjang terus’
bujur bermakna ‘memanjang tepi’
mujur bermakna ‘memanjang secara abstrak, iaitu nasib yang terus
baik’
jujur bermakna ‘perangai yang lurus’
Selain daripada perkaitan yang secara natural antara perkataan dengan
maknanya, Plato juga memperkatakan perkaitan yang secara ‘convention’ atau
penerimaan ramai tentang perkaitan yang demikian, iaitu sesuatu perkataan itu
mendapat rujukan maknanya oleh kerana penerimaan dan persetujuan masyarakat
umum terhadap perujukan itu. Daripada persoalan tersebut, kita lihat bahawa sudah
ada persoalan yang mengemukakan perbezaan antara alam tabii dengan
penggunaan bahasa dalam hubungan sosial antara manusia. Juga kita dapat
mengesan pemikiran tentang perkaitan antara signifiant (sound image) dan signifie
15
(konsep) yang kemudian menjadi konsep asas dalam linguistik moden. Kedua-dua
pandangan tentang perkaitan antara perkataan dengan makna itu, iaitu dikenali juga
sebagai kontroversi nature-convention mendapat perbincangan dan penghujahan
yang panjang lebar tanpa memberati mana-mana pihak. Plato juga telah
membahagikan ayat kepada onoma dan rhema, yakni pelaku dan perbuatan, yang
membawa kepada pengertian subjek dan predikat, atau judul dan komen, sekarang
ini (Asmah, 2011:7).
Selepas Plato, Aristotles juga menanamkan asas kajian linguistik dengan
membuat penelitian dan perbezaan antara huruf-huruf, suku kata dan perkataan.
Beliau juga telah meneliti kewujudan perkataan dengan mentakrifkannya sebagai
unit terkecil yang bebas dan bermakna. Aristotles telah membuat perbezaan antara
bentuk luaran bahasa (iaitu struktur nahunya) dengan rujukan maknanya kepada
benda-benda dan kejadian dalam alam ini (iaitu pragmatiknya). Aristotles juga telah
menambahkan satu kelas komponen sintaksis lagi selain nominal dan verbal, iaitu
syndesmoi yang merangkumi kelas-kelas seperti conjunction, preposition, articles
dan pronouns. Tiap-tiap golongan itu pula ditakrifkan berdasarkan ciri-ciri yang boleh
dikenal pasti dan kewujudannya boleh diramalkan pada semua anggota golongan
berkenaan. Sumbangan Aristotle yang terbesar dalam ilmu linguistik terdapat pada
analisis struktur bahasa, khususnya analisis ayat. Beliaulah yang pertama kali
mengemukakan teori ayat seperti yang dihuraikan di atas. Bagi Aristotle, nahu am
dilihat sebagai salah satu aspek logika formal. Dengan kaedahnya itu, maka
Aristotle telah membuka jalan bagi satu tradisi yang bertahan lama dalam pemikiran
16
linguistik. Berikutan dengan itu, maka kajian nahu dianggap sebagai sains
Aristotellian (Asmah, 2011:8).
Sistem Aristotles tentang analisis bahasa demikian, diperluas lagi oleh satu
kumpulan ilmuwan yang bernama The Stoics yang ditubuhkan oleh Zeno (sekitar
300 SM). Kumpulan Stoics ini memperluas analisis bahasa ini dengan
menambahkan jumlah kelas kata dan membuat definisi dengan lebih tepat serta
memperkenalkan kategori-kategori nahu yang baharu untuk meliputi aspek
morfologi dan bahagian-bahagian sintaksis yang berkaitan dengan kelas-kelas yang
baharu itu. Di bawah naungan usaha dan kajian kumpulan Stoics ini, ilmu bahasa
memperoleh tempat yang lebih jelas di dalam keseluruhan pengajian ilmu falsafah
(Hashim, 2006:108).
Kumpulan Stoics juga menubuhkan perbezaan atau dikotomi antara bentuk
atau form, iaitu signifier dengan makna atau meaning, iaitu signified. Bagi mereka
makna atau signified itu bukan hanya gambaran akal atau mental impression tetapi
sesuatu yang terbit di dalam akal pendengar melalui sesuatu pengucapan
berdasarkan pengetahuannya tentang bahasa itu.
Satu lagi kontroversi tentang kajian bahasa khususnya tentang nahu yang
menarik perhatian yang besar di kalangan pengkaji-pengkaji Yunani pada masa itu
ialah apa yang dikenali sebagai kontroversi ‘analogy-anomaly’. Aristotles dikatakan
bersetuju dengan pandangan analogi, manakala kumpulan Stoics cenderung
17
kepada pandangan anomali. Pandangan analogi berpendapat bahawa terdapat ciri-
ciri keseragaman dalam bahasa misalnya dalam paradigma bentuk, iaitu perkataan-
perkataan yang mempunyai status nahu yang sama, mempunyai juga bentuk fleksi
akhir dan struktur nada yang sama. Juga keselarasan terdapat dalam aspek
hubungan makna dengan bentuk, iaitu perkataan-perkataan yang berselaras secara
morfologi boleh dianggap secara analogi berselaras juga dari segi maknanya,
demikian juga sebaliknya. Pandangan anomali pula berpendapat bahawa bahasa
mempunyai banyak bentuk-bentuk dan ciri-ciri kekecualian atau ‘irregularities’ dan
exceptions, misalnya kelas-kelas paradigmatik untuk nominal dan verbal’
mempunyai banyak penyimpangan atau anomaly daripada yang biasa yang tidak
boleh dianggap salah oleh ahli-ahli bahasa. Begitu juga terdapat makna nahu yang
menyimpang daripada bentuk bahasa yang biasa, misalnya penanda jamak ’-s’ ada
digunakan untuk kata nama yang tunggal misalnya ‘Athens’,‘Thebes’. Demikian juga
penggunaan penanda jantina atau gender inflections yang kadang-kadang tidak
menunjukkan sama ada ‘jantan’ atau ‘betina’ terutama sekali kepada benda-benda
yang tidak hidup yang tentu sekali tidak benjantina! Kumpulan Stoics apabila
menolak pegangan bahawa satu perkataan itu hanya mempunyai satu makna, telah
menunjukkan satu pengertian yang penting tentang struktur semantik sesuatu
bahasa; iaitu makna bagi perkataan tidak wujud secara terpencil dan mungkin
berubah-ubah mengikut konteks penggunaannya. Kesimpulannya, kumpulan Stoics
ini telah menerima bahasa sebagai satu kebolehan manusia yang sedia jadi atau
natural yang seharusnya diterima dalam bentuk aslinya dengan segala sifat-sifat
‘irregularities’ itu.
18
Satu lagi kumpulan ilmuwan Yunani Purba yang menumpukan pengajian
kepada ilmu bahasa ialah ‘The Alexanderians’, iaitu yang bertempat di Iskandariah
Mesir Purba yang pada masa itu ditakluki oleh kerajaan Yunani. Kumpulan ini
berminat kepada kajian bahasa sebagai sebahagian daripada kajian kesusasteraan
dan berpegang kepada pandangan analogi. Seorang pengkaji daripada kumpulan ini
bernama Aristarchus (abad kedua SM) dikatakan sebagai pelopor ‘Scientific
Homeric Scholarship’ dan telah mencetuskan beberapa perkembangan dalam kajian
nahu. Beliau juga merupakan guru kepada seorang ahli tatabahasa Yunani Purba
yang terkenal yang mengarang buku yang berjudul Techne Grammatike satu-
satunya buku tatabahasa Yunani yang tersimpan sampai sekarang. Buku itu
dikatakan mengandungi huraian tentang keseluruhan tatabahasa Yunani dalam
bentuk ringkasan, iaitu merangkumi huraian fonetik, morfologi dan sedikit tentang
sintaksis. Kenyataann Thrax bahawa binaan ayat merupakan lapis teratas dalam
huraian tatabahasa, manakala perkataan merupakan lapis terbawah, iaitu sebagai
unit tatabahasa terkecil, diterima sehingga sekarang dalam tradisi kajian linguistik di
Eropah. Thrax menubuhkan lapan kelas kata, iaitu ‘noun, verb, participle, article,
pronoun, preposition, adverb, conjunction. Bagi setiap kelas kata itu, Thrax
memberikan huraian kategori terhadapnya, misalnya untuk ‘noun’ ada ‘gender, form,
number, case’ dan untuk ‘verb’ ada ‘mood, voice, type, form, number,
tense,conjugation’.
Tamadun dan peradaban Yunani Purba telah diteruskan oleh tamadun
Romawi Purba, bahkan ramai pengkaji cenderung untuk mengatakan bahawa
zaman Yunani-Romawi atau ‘Greco Roman era’ sebagai satu peradaban yang
19
bersambungan tanpa banyak perbezaan. Ilmu linguistik Romawi umumnya ialah
penerapan pemikiran Yunani, kontroversi Yunani dan kategori Yunani ke atas
bahasa Latin. Keserupaan struktur asas antara kedua-dua bahasa itu, ditambahkan
pula dengan keratan tamadun yang dicapai dalam alam Yunani-Romawi,
memudahkan perpindahan metalinguistik demikian.
Antara pengkaji-pengkaji bahasa Romawi yang terkemuka ialah Varro (116-
27 SM) dengan buku tatabahasa Latin berjudul De Lingua Latina yang mengandungi
25 jilid, dan Priscian (sekitar 500 M) Institutiones Grammaticae yang mengandungi
18 buah buku dengan seribu halaman.
Zaman Islam
Zaman Islam bermula dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 571
Masihi dan pengangkatannya sebagai Rasul pada tahun 610 Masihi, iaitu ketika
Baginda beumur 40 tahun. Wahyu yang Pertama diterima beliau sangatlah
signifikan, bukan sahaja kerana pengangkatannya sebagai Rasul atau Pesuruh
Allah, tetapi terkandung di dalamnya perintah supaya membaca, belajar, merenung,
berfikir, mengkaji, meyelidik untuk memperoleh ilmu yang akan diajar oleh Allah
Yang Maha Mengetahui, iaitu ayat 1-5, Surah al-‘Alaq (maksudnya):
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia mencipta manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah. Yang mengajar dengan Pena. Mengajarkan manusia apa yang belum diketahuinya”.
20
Ayat-ayat itu mengisyaratkan satu hakikat dalam agama Islam yang
menekankan pendidikan dan pembelajaran melalui tulisan dan bacaan, kerana
“…….semua kebudayaan, semua tamadun hidup berterusan dan berkembang maju
melalui penimbunan lorekan pena atau perakaman tulisan. Satu yang baharu
menambahkan timbunannya kepada pengetahuan yang lama, dan pengalaman-
pengalaman manusia yang bertimbunan itu merupakan tahap-tahap pencapaian dan
peningkatan kemanusiaan, yang jelas berbeza daripada makhluk-makhluk yang lain
(yang tidak ada kebolehan menulis dan membaca).” Dengan penekanan kepada
pembelajaran, pengkajian, penulisan dan sebagainya, maka lahirlah barisan demi
barisan ilmuwan-ilmuwan Muslim yang mengkaji berbagai-bagai bidang ilmu
pengetahuan. Walaupun pada zaman permulaan Islam tidak banyak hasil-hasil
pengajian yang tertulis oleh kerana beberapa sebab, namun kebanyakan ilmu-ilmu
dan bidang-bidang pengajian boleh dikesani ke zaman Islam itu. Demikianlah juga
bidang kajian pemikiran Islam.
Tentang persoalan kaitan bahasa dengan pemikiran, realiti dan kewujudan, memang
sudah lama menjadi bahan renungan dan perbincangan para ilmuwan Islam. Begitu
juga tentang pentafsiran dan huraian atau ‘ta’wil’ lambang-lambang yang ada dalam
al-Qur’an dan al-Hadith bermula sejak zaman awal Islam lagi. Ibnu Abbas (r.a)
seorang sahabat Rasulullah (s.a.w) dikatakan tokoh yang terkemuka dalam bidang
ta’wil ini. Imam Ghazali (r.a) dalam Ihya’ Ulumuddin telah menyebut satu Hadith
yang menyatakan bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah berdoa kepada Alllah (s.w.t)
supaya menajar Ibnu Abbas iman dan ta’wil. Satu Hadith lagi yang diriwayatkan oleh
21
Abu Hurairah (r.a) menyebut bahawa Rasulullah (s.a.w) berkata: “Al-Quran diwahyu
dalam lima wajah, iaitu, yang jelas dan ekspilisit tentang halal dan haram (muhkam),
yang beribarat (mutasyabih), simbol atau lambang (amthal)”. Jadi perbincangan
tentang simbolisme dalam al-Qur’an itu menjadi bahan pengajaran dan penelitian
ulama-ulama Islam, terutamanya ahli-ahli sufi. Ulamak telah menyatakan bahawa
untuk mentafsirkan ayat-ayat al-Quran seseorang perlu mengetahui 15 cabang ilmu
dalam Islam, iaitu lughat (fililogi bahasa), nahw (sintaksis) sarf (etimologi), isytiqaq
(morfologi) ‘ilm-ul-Ma’ani (semantik), ‘ilm-ul-Bayan (perlambangan), ‘ilm-ul-Badi’
(retorik), ‘ilm-ul-Qirat (penyebutan), ‘ilm-ul-‘Aqa’id, Usul-e-Fiqaah, Asbab-unaz-ul,
Nasikh-o-mansukh, ‘ilm-ul-Fiqah, ilmu Hadith, dan ilm-e-Wahbi. Berdasarkan
cabang-cabang ilmu tersebut jelas bahawa 8 daripadanya berkaitan dengan
subbidang dalam ilmu linguistik (Maulana Muhammad Zakariyya, 1990;300-303).
Kesimpulan
Sejak dahulu lagi bahasa merupakan bahan kajian berbagai-bagai bidang ilmu.
Linguistik yang merupakan bidang yang khusus mengkaji bahasa sudah mula
bertapak sejak zaman Yunani lagi dan diteruskan ke zaman Romawi dan Islam.
Perkembangan ilmu linguistik ini senenarnya selari dengan perkembangan ilmu-ilmu
lain yang berlaku akibat daripada perkembangan yang berlaku di kalangan
masyarakat bahasa itu sendiri.
22
Soalan Latihan
1. Jelaskan hubungan yang sedia jadi (natural) antara nama dengan benda atau
perkara yang dirujuk oleh nama tersebut.
2. Bincangkan kontrovesi tentang kajian bahasa khususnya dari segi nahu
antara golongan analogi dengan anomali.
Rujukan
1. Asmah Haji Omar. 1992. Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Asmah Haji Omar. 2011. Teori dan Kaedah Nahu: Sejarah Pertumbuhan
Aliran Pemikiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Hashim Musa. 2006. Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
4. Maulana Muhammad Zakariyya. 1990. Faza’il-E-A’mal: The Teaching of
Islam. New Delhi: Idara Isha’at-E-Diniat (P) Ltd.
23
UNIT 2
TEORI DALAM LINGUISTIK
Pengenalan
Teori merupakan pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan
sesuatu perkara. Ia juga merupakan prinsip-prinsip atau dasar bagi pembentukan
sesuatu ilmu. Ini bermakna apabila seseorang itu berteori, maka dia sebenarnya
mengemukakan teori atau prinsip sesuatu ilmu. Semua disiplin ilmu mempunyai
teori masing-masing sama ada dalam bidang sejarah, ekonomi, sains, falsafah,
kemanusian dan sebagainya. Justeru linguistik yang merupakan satu bidang ilmu
bersifat saintifik, tentulah mempunyai teori-teorinya untuk dijadikan prinsip dan dasar
untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa. Teori linguistik bersifat saintifik
kerana ia berupaya membuat ramalan yang dapat diuji secara empirikal.
Objektif
1. Memahami pengertian teori linguistik.
2. Mengetahui ciri-ciri teori dalam penyelidikan linguistik.
3. Mengetahui perbezaan antara teori linguistik dengan teori bahasa.
Teori dalam Penyelidikan
Teori merupakan rumusan pandangan sehingga mampu diberi definisi, konsep,
prinsip kriteria, ciri atau gejala yang wujud bagi sesuatu yang diteorikan. Maklumat
yang dirumuskan oleh teori mendekati ciri-ciri ilmu. Walaupun tidak sampai kepada
24
tahap sekonkrit ilmu, sekurang-kurangnya teori tidak terkeluar dari wilayah
kebenaran, kalau tidak benar berasaskan fakta, ia benar dari segi reason. Dalam hal
ini, Shafie (1995) menjelaskan beberapa kriteria yang dapat mengukuhkan
pembinaan sebuah teori, antaranya:
1. Adanya prinsip-prinsip asas yang dapat diolah dan diulas sehingga
dikenal pasti kriteria-kriterianya.
2. Dapat dianalisis secara relevan dan bersifat ilmu.
3. Ada kolerasi antara tahap-tahap persoalan dan perbandingan.
4. Kekukuhan hujah, walaupun ia merupakan sebahagian daripada
keseluruhan.
5. Ada pendekatan yang sistematik sehingga ia tidak diragukan
kebenarannya.
Satu daripada tujuan penyelidikan atau penyelidikan linguistik adalah untuk
menguji teori atau hipotesis yang sedia ada. Kebanyakan penyelidikan sebenarnya
cuba menyelidiki sesuatu hipotesis. Hipotesis adalah satu andaian yang penuh
dengan daya fikir tentang cara benda-benda boleh terjadi. Menurut Wray et al.
(1998:7):
An experimental hypothesis makes predictions about the outcome of specific controlled events, and the outcomes actually achieved enable you to confirm or fail to confirm the hypothesis.
Hipotesis juga sebenarnya digunakan dalam penyelidikan bukan
eksperimental seperti bahasa. Dalam hal ini, hipotesis membolehkan kita mengenal
pasti secara lanjut tentang perbezaan atau ciri-ciri yang kita lihat dalam data.
25
Dengan itu kita boleh membina koleksi data dengan cara yang tepat. Sebagai
contoh, dalam satu kajian pemerhatian, hipotesisnya ialah seorang kanak-kanak
akan saling bertindak dengan cara berbeza-beza dengan orang dewasa berbanding
dengan kanak-kanak yang lain.
Jika penyelidikan tidak dibina berdasarkan satu hipotesis, ia akan
memberikan kesan buruk iaitu tidak dapat menjelaskan perkara yang telah ditemui
dalam kajian. Hipotesis dibuat dalam penghuraian bagi teori-teori. Teori adalah satu
penjelasan untuk sesuatu benda yang boleh diperhatikan.
Banyak penyelidikan yang berjaya, mengandungi percubaan-percubaan dan
analisis yang mencabar teori-teori yang kukuh dengan data-data yang baru. Oleh
kerana linguistik merentasi sains dan juga kemanusian, maka linguistik
menghuraikan data intelektual dengan cara yang berbeza-beza:
1. Data kuantitatif, iaitu ujian statistik dapat dilakukan: dapatan uji kaji,
jumlah perkataan dan sebagainya.
2. Data kualitatif: perhitungan, persepsi, pengertian dan sebagainya.
3. Teori tulen: model-model proses dalaman yang walaupun dapat diuji
dalam istilah bahasa, sebenarnya atau pada hakikatnya tidaklah
experimental.
26
Semua penyelidikan seharusnya berdasarkan teori atau model teori.
Kebanyakan penyelidikan merangkumi ujian, dengan maksud seperti satu uji kaji
atau pemerhatian, atau mungkin satu ramalan bagi sesuatu teori atau model. Kerja-
kerja pemerhatian, temu duga, uji kaji dan kajian kes mestilah ditunjangi oleh
beberapa teori atau model. Dengan itu dapatannya boleh digunakan untuk
perbincangan yang lebih luas. Gabungan antara data yang dikutip di lapangan dan
analisis menggunakan teori yang terbaik akan menghasilkan satu kajian bahasa
yang boleh dipertanggungjawabkan (Nor Hashimah, 1996:29).
Teori dalam Ilmu Linguistik
Linguistik, seperti disiplin sains yang lain, mementingkan pembentukan satu sistem
konsep mujarad yang dapat menghuraikan sifat bahasa yang tergambar secara
sempurna, bukannya sekadar mengutip data sahaja. Menurut Popper yang dipetik
oleh Kempson (1991:2), perkembangan teori linguistik pada amnya telah melalui
pola yang tertentu dalam membina satu sistem (teori) yang mujarad untuk
meramalkan fakta tertentu:
1. Membina satu sistem (teori) yang mujarad untuk menjelaskan satu
bahagian tertentu struktur bahasa.
2. Mengkaji akibat daripada pembinaan sistem tersebut.
3. Menolak sistem tersebut jika sistem itu meramalkan fakta tertentu yang
sebenarnya tidak dapat diperoleh.
27
4. Menggantikan sistem itu dengan sistem pengganti yang sesuai dengan
faktanya.
Berdasarkan pola perkembangan di atas, dapat dijelaskan bahawa seorang
ahli bahasa itu menumpukan perhatian pada pembinaan teori am tentang sifat
bahasa, dan juga pada pembinaan tatabahasa satu-satu bahasa. Kedua-duanya ini
mencerap pengetahuan penutur bahasa berkenaan yang membolehkan penutur
tersebut menggunakan bahasanya sebagai alat perhubungan, dan seterusnya
membekalkan bahan uji bagi kekangan sejagat yang didakwa terdapat dalam
tatabahasa semula jadi. Ahli linguistik (sama dengan ahli bahasa) mengkaji ayat
sesuatu bahasa untuk mendapatkan konsep dalam bahasa tersebut. Kemudian
konsep yang dipertemukan dalam sesuatu bahasa itu diperiksa sama ada
dipertemukan juga dalam bahasa lain. Jika sedemikian maka konsep itu dianggap
sejagat dan disebut teori bahasa.
Dengan teori bahasa (konsep sejagat) seseorang ahli bahasa menganalisis
bahasa lain. Tujuan ahli bahasa adalah menganalisis bahasa dan menghuraikan
juga nahu bahasa tersebut. Sehingga sekarang, kelima-lima ribu bahasa di dunia
belum dianalisis kesemuanya. Dari semasa ke semasa, dipertemukan bahasa baru
yang dapat dianalisis. Ahli bahasa terus menganalisis bahasa yang belum pernah
dianalisis lagi dengan tujuan untuk mendapatkan konsep sejagat yang baru dalam
bahasa tersebut. Oleh itu, tujuan ahli linguistik ialah mendapatkan konsep sejagat
untuk menganalisis bahasa (Lufti Abas, 1985:26)
28
Teori linguistik am bersifat saintifik, iaitu berupaya membuat ramalan yang
dapat diuji secara empirikal. Jika sesuatu hipotesis dinyatakan secara samar-samar
sehingga tiada siapa pun yang dapat menguji hipotesis itu sama ada benar atau
tidak, maka teori yang sedemikian tidak lagi empirikal dan tidak benar dari sudut
pandangan sains. Bukat setakat itu sahaja, malah satu-satu teori dapat diuji melalui
usaha-usaha mencari kelemahannya. Ini disebabkan usaha membuktikan satu-satu
teori itu tidak benar dapat dilakukan melalui seperangkat fakta yang tertentu
manakala mustahil kita dapat membuktikan kebenaran sesuatu teori melalui cara ini.
Fakta mungkin serasi atau tidak serasi dengan satu-satu teori, keserasian itu tidak
pernah membuktikan kesahihan tersebut, kerana teori tersebut tidak benar
disebabkan alasan lain yang tidak berkait dengan fakta itu. Pada amnya, percubaan
sains tidak menghiraukan bukti yang menunjukkan satu-satu teori itu benar, tetapi
dengan bukti yang mungkin dapat menunjukkan teori itu tidak benar (Kempson,
1992:1-2).
Teori Linguistik dan Teori Bahasa
Teori linguistik adalah seperangkat hipotesis yang digunakan untuk menerangkan
data bahasa sama ada bersifat lahiriah seperti bunyi bahasa ataupun yang bersifat
batiniah seperti makna (Harimurti, 1983:166). Teori linguistik merupakan cabang
linguistik yang menumpukan perhatian pada teori umum dan kaedah-kaedah umum
dalam penyelidikan bahasa sama ada dalam bidang linguistik, psikolinguistik dan
sebagainya. Misalnya teori kasus dalam bidang semantik, teori gelombang dan teori
pohon dalam bidang linguistik bandingan, teori behavioris dalam bidang
29
psikolinguistik dan lain-lain. Begitu juga dengan teori-teori linguistik yang lain seperti
teori struktural, transformasi generatif, tagmemik, analisis wacana, lakuan pertuturan
dan sebagainya.
Sebagai contoh, misalnya teori pohon dan teori gelombang dalam bidang
linguistik bandingan sejarawi. Dengan memperlihatkan perkembangan dialek secara
beransur-ansur menjadi bahasa, dan bagaimana bertumpang tindihnya dialek-dialek
dan juga bahasa sekeluarga dalam rantaian yang bahagian-bahagiannya terjalin
erat satu sama lain, maka kita dapat membuktikan bahawa bahasa-bahasa tidak
berpecah secara mendadak. Malah sesudah perpisahan, bahasa-bahasa itu tetap
mempunyai pertembungan satu sama lain dan ini bertentangan dengan apa yang
diutarakan oleh Schleicher dalam konsep teori pohonnya (family tree theory).
Teori pohon melihat pemecahan bahasa-bahasa dari induknya seperti
pencabangan pada pokok-pokok. Pencabangan itu berlaku secara mendadak , tiap-
tiap kali bercabang dua dan makin lama makin berjauhan sehingga tiada lagi
pertembungan satu sama lain. Skema (1) menggambarkan konsep yang dibawa
oleh teori ini.
30
Skema (1)
Sebaliknya teori pohon amat berbeza daripada teori gelombang yang
dikemukakan oleh Wilhelm Schmidt. Menurut teori gelombang, bahasa berpisah
antara satu sama lain secara beransur-ansur dan sesudah berpisah, berlaku
pertembungan timbal balik antara satu sama lain, seperti halnya dengan gerak
gelombang. Bahasa-bahasa yang masih dekat hubungannya terdapat dalam jarak
yang dekat antara satu sama lain dan juga dalam kawasan yang juga merupakan
titik pemisahan, sedangkan bagi yang jauh dari titik pemisahan akan berkuranglah
persamaan-persamaan itu.
Untuk memahami teori ini, kita hendaklah mencampakkan seketul batu ke
dalam air. Kita akan lihat di sekitar jatuhnya batu itu, riak gelombang adalah agak
besar, tetapi gelombang mengembang ke arah luar dan riaknya makin menipis.
F1 G1 H1 E2 E1 F2 G2 D1 C2 H2 C1 D2 B1 B2 A
31
Sekitar gelombang yang menebal itu boleh disamakan dengan bahasa-bahasa yang
masih dekat hubungannya antara satu sama lain, sedangkan lingkaran luar
menunjukkan gelombang semakin menipis itu melambangkan bahasa yang sudah
jauh berpisah sungguhpun masih ada ciri-ciri yang diwarisi dari bahasa sumber.
Skema (2)
Teori gelombang itu sesuai dengan penemuan tentang pemecahan bahasa-
bahasa sekeluarga. Dengan itu kita akan dapati bahawa tempat jatuhnya batu itu
masih merupakan bahasa induk atau purba dengan dialek-dialeknya. Lingkaran
ombak yang terdapat di sekeliling sekitaran itu merupakan bahasa-bahasa yang
baru berkembang dari dialek-dialek, sedangkan lingkaran-lingkaran seterusnya
merupakan bahasa yang sudah lama berpisah. Skema (2) di atas sedikit sebanyak
sesuai dengan gambaran yang dibawa oleh teori gelombang ini (Asmah, 1985:105-
106).
Dialek F
Dialek A Dialek E Dialek C Dialek B Dialek D Dialek C
32
Teori bahasa pula ialah teori dalam linguistik deskriptif yang memperkatakan
ciri-ciri dan fakta-fakta tentang struktur bahasa sejagat yang terdapat dalam semua
bahasa manusia di dunia ini. Falsafah bahasa berminat tentang teori bahasa untuk
mendapatkan sifat-sifat dan struktur umum dalam semua bahasa asli manusia.
Sifat-sifat dan struktur umum sedemikian akan membantu pengkaji beberapa
generalisasi (generalization) atau pandangan umum terhadap bentuk dan
kandungan bahasa yang boleh diasaskan kesimpulannya untuk melahirkan
kebenaran tentang bentuk dan kandungan pengetahuan konsepsi manusia. Tetapi
ini hanyalah langkah pertama. Teori itu tidak dapat menerangkan kepada pengkaji
pengitlakan yang manakah yang boleh digunakan, bagaimana hendak
menggunakannya, ataupun masalah falsafah yang mana yang akan diselesaikan
jika ia menggunakan pengitlakan sedemikian.
Teori bahasa yang mengkaji bentuk-bentuk dan sifat-sifat umum dalam
bahasa asli manusia, berbeza dengan huraian tentang sesuatu bahasa sahaja iaitu
yang menunjukkan sifat-sifat tersendiri atau partikular bagi sesuatu bahasa.
Misalnya huraian tentang bentuk bahasa Inggeris berbeza dengan huraian tentang
bentuk bahasa Melayu. Ini adalah linguistik deskriptif bagi sesuatu bahasa. Teori
bahasa sebaliknya cuba menghuraikan sifat-sifat umum yang terkandung di dalam
semua bahasa asli manusia dengan melihat sifat-sifat dan ciri-ciri yang merentasi
semua bahasa.
33
Oleh itu dalam kajian tentang sesuatu bahasa, kita memeriksa butir-butir
terperinci di dalam tiap-tiap bahasa untuk mengetahui jarak perbezaan antara
bahasa-bahasa itu, sedangkan dalam kajian ciri-ciri umum, kita ingin mengetahui
had-had perbezaan itu. Kedua-dua pendekatan itu saling bergantung antara satu
sama lain. Huraian terperinci bagi sesuatu bahasa akan membantu pengkajian
terhadap butir-butir yang boleh diabstrakkan atau disedut keluar untuk mendapatkan
pengitlakan tentang bahasa-bahasa itu.
Kajian sifat-sifat umum tentang bahasa-bahasa akan menunjukkan sifat-sifat
yang serupa atau invariants dalam semua bahasa yang boleh diasaskan sebagai
sifat mutlak yang harus ada dalam tiap-tiap huraian mana-mana bahasa asli
manusia sekalipun. Jadi sifat umum itu akan menjadi batu pengukur kejituan huraian
tentang bahasa mana sekalipun. Ringkasnya huraian terperinci setiap bahasa boleh
memberi sekumpulan sifat umum bagi semua bahasa dan sifat-sifat umum semua
bahasa boleh menjadi batu pengukur tentang kejituan huraian terperinci bagi setiap
bahasa.
Sifat-sifat umum bahasa atau invariant hadir dalam semua bahasa asli
manusia. Oleh sebab sifat invariant ini berkait dengan pengitlakan bahasa, maka
teori bahasa bolehlah dilihat sebagai model yang mengeluarkan aturan-aturan
untuk menyatakan perkara-perkara berikut:
1. Pengitlakan linguistik dalam huraian terhadap sebarang bahasa asli manusia.
34
2. Sejumlah aturan yang boleh menunjukkan konstruksi yang boleh
digunakan untuk memformulasikan aturan-aturan itu.
Oleh itu, kajian tentang bahasa-bahasa umumnya membentuk satu model
yang dapat menerangkan kepada kita bagaimanakah hendak mensistemkan fakta-
fakta tentang tiap-tiap satu bahasa asli manusia. Huraian tentang sesuatu bahasa
adalah benar secara empiris jika butir-butir linguistik menunjukkan bahawa huraian
sedemikian dapat membezakan satu bahasa dengan bahasa yang lain, dan jika
bukti-bukti empiris menyokong dakwaan bahawa tiap-tiap huraian menunjukkan
keadaan yang lengkap dan mustahak bagi bahasa-bahasa yang berlainan itu.
Sebaliknya teori bahasa menerima sokongan empiris daripada huraian yang
disahkan terhadap sesuatu bahasa. Satu teori bahasa sejagat adalah sah selagi
aturan-aturan bagi setiap huraian bahasa asli yang jitu mempunyai bentuk-bentuk
yang dikehendakinya dan menggunakan rumus-rumus yang diberikan status
sebagai universals of language atau kesejagatan dalam bahasa. Dengan itu
sekumpulan fakta linguistik yang sama memberi bukti-bukti empiris untuk huraian-
huraian linguistik juga memberi bukti empiris bagi pengitlakan antara bahasa-
bahasa untuk membentuk teori bahasa sejagat. (Hashim, 2006:44).
Kesimpulan
Linguistik sebagai satu disiplin sangat mementingkan pembinaan satu teori, yang
dapat memberikan huraian sifat bahasa yang tergambar secara sempurna,
bukannya setakat mengumpul fakta sahaja. Teori yang digunakan dalam
35
menghuraikan bahasa harus sesuai, iaitu mampu menjelaskan segala masalah yang
timbul dalam sesuatu bahasa. Teori bahasa pula merupakan sifat-siafat sejagat
yang ada dan merentasi semua bahasa manusia yang ada di dunia ini.
Soalan Latihan
1. Bandingkan pengertian teori bahasa dengan teori linguistik serta berikan
contoh.
2. Jelaskan proses pemecahan bahasa dari dialek menurut teori gelombang.
Rujukan
1. Asmah Haji Omar. 1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Harimurti Kridalaksana. 1983. Kamus Linguistik. Jakarta: PT Gramedia.
3. Hashim Musa. 2006. Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
4. Kempson, Ruth M. 1991. Teori Semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka (Terjemahan Zaiton Ab. Rahman).
5. Lutfi Abas. 1985. “Falsafah Bahasa” dlm. Beriga Bil. 8. Brunei Darul Salam:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
36
6. Nor Hashimah Jalaludin. 1996. “Penelitian Lapangan:Kaedah dan Prinsip
Asas”. Dlm. Jurnal Bahasa Moden Fakulti Bahasa dan Linguistik,
Universiti Malaya Bil.10:27-43.
7. Shafie Abu Bakar. 1995. “Takmilah: Teori Sastera Islam”. Dlm. Nadwah
Ketakwaan Melalui Kreativiti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
8. Wray, Alison et al. 1998. Projects in Linguistics: A Practical Guide to
Researching Language. London: Arnold.
37
UNIT 3
PENDEKATAN TRADISIONAL
Pengenalan
Dalam era teknologi moden, seseorang mungkin tertanya-tanya: mengapa perlunya
cara-cara moden itu buat seseorang? Apakah pula yang salah dengan yang lama
iaitu pendekatan tradisional? Adakah tatabahasa baru ini ditimbulkan dengan hasrat
semata-mata menangkis dan menentang pandangan yang lama, atau yang
terdahulu? Inilah antara persoalan yang harus dijawab dengan yakin, dan selagi kita
belum yakin dan pasti bahawa tatabahasa tradisional itu benar-benar mengandungi
kelemahan dan kekurangan, kita tidak semestinya perlu menerima tatabahasa
moden semudah yang disangkakan.
Objektif
1. Mengetahui kelemahan dalam pendekatan tatabahasa tradisional.
2. Mengetahui ciri-ciri pendekatan tradisional.
3. Mengetahui ciri-ciri pendekatan tradisional yang masih relevan dengan
linguistik moden.
Ciri-Ciri Tatabahasa Tradisional
Sekiranya tatabahasa tradisional telah menyediakan pemerian menyeluruh yang
memuaskan tentang sebarang atau mana-mana bahasa, tidak perlulah rasanya kita
beralih kepada tatabahasa baru. Akan tetapi, ianya tidak demikian kerana
38
tatabahasa tradisonal sememangnya mempunyai kelemahan asas yang agak ketara
di kalangan pemerhati yang sensitif. Antara ciri-ciri kelemahan yang pernah ditemui
adalah sebagaimana yang dibincangkan di bawah ini:
1. Pemerian bahasa dalam tatabahasa tradisional sebahagian besarnya
berdasarkan kepada pemerian bahasa Yunani, Latin dan bahasa-bahasa di
India yang telah berkembang daripada kajian-kajian yang di buat terhadap
bahasa Sanskrit.
2. Definisi lazim bagi lapan golongan kata tidak memadai dan tidak memuaskan.
Kesemuanya tidak jelas dan berputar-putar, dan tidak ada kriteria tunggal
yang dapat digunakan untuk klasifikasi. ‘Kata nama’ diberi definisinya sebagai
nama bagi orang, tempat dan benda. Dalam ayat ‘Hijau adalah warna yang
saya suka’, kata [hijau] adalah suatu kata nama, tetapi ia tidak dapat memberi
definisi mengikut pengertian ‘ orang, tempat atau benda’. Oleh sebab itu, kita
akan mengatakan bahawa [hijau] merupakan adjektif yang digunakan
sebagai kata nama.
3. Pergerakan atau peralihan daripada makna kepada fungsi dalam
pendefinisian bukan sahaja bagi golongan kata tetapi juga bagi klausa telah
menimbulkan kekeliruan. Contohnya:
(1) Mereka harus mengampunkan anak kami yang tidak melakukan
kesalahan sebelum ini.
39
Dalam ayat (1) di atas, jika yang dianggap sebagai ‘kerana dia’ , maka
klausa ‘yang tidak melakukan kesalahan sebelum ini’ akan dikelaskan
sebagai klausa adverbial sebab-akibat; tetapi jika yang dianggap ganti nama
relatif yang menerangkan kata nama ‘anak kami’ , klausa selepasnya itu akan
dikelaskan sebagai klausa adjektif.
4. Klasifikasi kadang-kadang tidak menentu (eratik)
Kita ambil sahaja ayat :
(2) Kami bergantung pada dinding yang sedang dalam pembinaan.
Kita akan bertanya, ‘Bagaimanakah kita hendak menghuraikan klausa yang
sedang dalam pembinaan dalam hubungan tersebut?’ Makna boleh wujud
tetapi juga boleh menimbulkan ketaksaan. Ayat itu boleh bermaksud ‘ Kami
bergantung pada dinding yang sedang dibina’ atau ‘Kami bergantung pada
pembinaan dinding sekarang’.
5. Walaupun sesetengah ahli tatabahasa menganggap tatabahasa sebagai
identifikasi golongan kata dan analisis ayat, pada umumnya tatabahasa
diberikan maksud sebagai kajian ‘bahasa yang betul’. Tatabahasa tidak
dianggap kajian bahasa dan dialek secara deskriptif, tetapi sebaliknya
merupakan disiplin preskriptif dan proskriptif.
40
6. Terdapat beberapa lagi masalah yang rumit dalam pemerian konvensional.
Subjek ayat didefinisikan sebagai suatu pelaku ‘agen’ . Sila perhatikan contoh
yang berikut:
(3) Jalil membunuh ular itu.
(4) Jalil menerima tekanan.
Dalam ayat seperti Jalil membunuh ular itu, definisi mungkin sesuai dan
wajar, sebab Jalil memang berfungsi sebagai ‘pelaku’. Akan tetapi dalam ayat
seperti Jalil menerima tekanan, Jalil bukan ‘pelaku’ tetapi adalah ‘penerima’
atau ‘penderita’.
7. Apabila kata nama digunakan sebagai ‘subjek’ kepada kata kerja, ia
dikatakan berada dalam kasus nominatif. Kita telah pun melihat bagaimana
silap definisi ‘subjek‘ tadi. Oleh sebab itu, berlaku kesilapan pada definisi
kasus nominatif yang juga menjadi salah.
Kasus didefinisikan sebagai ‘hubungan yang didukung oleh kata nama
pada beberapa kata lain, atau perubahan bentuk (sekiranya ada) yang
dengannya hubungan ini ditunjukkan’. Sila perhatikan contoh yang berikut:
(5) Dia sangat marah pada saya.
41
Dalam ayat Dia sangat marah pada saya, saya merupakan sumber
‘kemarahan’ dan Dia merupakan ‘penderita’ sekiranya ‘hubungan’ bermaksud
‘hubungan makna’. Malah dalam Dia sangat marah pada saya, Dia berada
dalam kasus datif. Sekiranya maksud ‘hubungan’ itu adalah ‘hubungan
gramatikal’ dalam Jalil dibunuh, Jalil tidak berada dalam kelas kasus
nominatif sebab Jalil bukan ‘subjek’ ayat tersebut. Jika istilah ‘kasus’ itu
bermaksud ‘perubahan bentuk’, maka terdapat hanya satu kasus dalam
bahasa Inggeris iaitu kasus genitif, kecuali bagi ganti nama. Kita boleh
melihat perubahan bentuk dalam contoh-contoh yang berikut dalam bahasa
Inggeris:
(6) Jalil came to see me.(Nominatif)
(7) I saw Jalil. (Akusatif)
(8) I gave Jalil a pen. (Datif)
(9) Let me see the list, Jalil. (Vokatif)
8. Disebabkan kekeliruan dalam pendefinisian ‘subjek’ ayat dan ‘kasus’ dalam
ayat, subjek dapat diklasifikasikan sebagai subjek gramatikal, subjek
nosional, subjek eliptis, subjek apositif, subjek frasa, subjek klausa dan
sebagainya.
9. Kekeliruan yang serupa juga berlaku dalam klasifikasi kata. Dalam ayat Put
the cat out, kata out dapat dianggap sebahagian daripada kata kerja (put out)
atau juga dipanggil suatu adverba. Dalam ayat The poem reads well, kata
42
well dapat dianggap adjektif atau adverba. Ia dikatakan adjektif kerana
menerangkan kata nama poem dan bandingan dapat dibuat antara well –
better – best. Kata well juga dapat digunakan sebagai adjektif predikat dan
dapat diterangkan oleh sesuatu adverba very (very well). Kata well juga
berfungsi sebagai adverba dalam well enough. Semua ini menimbulkan
masalah adjektif lwn. adverba.
10. Dalam tatabahasa tradisional, pertimbangan tidak diberikan kepada fonologi.
Ini kerana tatabahasa tersebut gagal menyelesaikan masalah ketaksaan
sedangkan ia dapat diterangkan dengan mengaitkannya dengan fonologi.
Kita dapati bentuk [-ing] sebelum kata nama dalam bahasa Inggeris
mengelirukan kerana ia boleh berupa gerund atau participle. Contoh
Chomsky Flying planes can be dangerous dapat dijadikan contoh khusus
dalam hal ini. Sekiranya flying ditekankan, maka ia berfungsi sebagai gerund
dan ayat akan mempunyai satu makna. Tetapi jika planes ditekankan, maka
flying merupakan suatu participle yang digunakan sebagai adjektif dan ayat
juga mempunyai makna yang lain.
11. Sebagai tambahan, semua masalah ketaksaan nahuan juga telah diabaikan
dalam nahu tradisional. Dalam ayat seperti Dia bercadang mengambil bas
untuk ke Singapura, Dengan cara berjalannya sahaja, kita sudah mengetahui
siapa dia dan Dia mengetahui banyak maklumat tanpa kajian, hubungan
dalaman dapat menunjukkan sebab-sebab untuk ketaksaan dalam nahu.
43
12. Cara binaan koordinat ditentukan juga dalam nahu tradisional. Biasanya, kata
sendi setara diberikan definisi sebagai kata yang digunakan untuk
menghubungkan unit-unit yang sama statusnya. Ia menyambungkan kata dan
frasa yang lain, atau satu klausa dengan klausa yang lain. Jika kita
membandingkan ayat seperti Rahman dan Jalil bersetuju dan Rahman dan
Jalil telah pergi, kita dengan mudah dapat melihat proses penyambungan
bukan hanya berupa tindakan meletakkan unit-unit tersebut bersama-sama.
Dalam ayat yang pertama, ayat dapat berupa sama ada ‘Rahman dan Jalil
sama-sama bersetuju’ atau ‘Rahman dan Jalil bersetuju dengan seseorang
yang lain’. Dalam ayat yang kedua pula, makna boleh jadi ‘kedua-dua’
Rahman dan Jalil telah pergi ‘bersama-sama’ atau ‘masing-masing’ Rahman
dan Jalil telah pergi ‘sendiri – sendiri’. Sehingga kita mengetahui hubungan
masing-masing merupakan unsur dalam ayat, prinsip yang terlibat dalam
proses penyambungan tidak mungkin dapat dibuat dengan jelas dan tepat.
13. Ayat telah pun diberikan definisi dengan cara yang pelbagai, malahan sangat
banyak. Ada yang mengatakan ‘ayat sebagai kombinasi kata yang di
dalamnya memperkatakan tentang sesuatu’ ada pula yang mendefinisikan
ayat sebagai ‘kombinasi kata yang membawa maksud yang sempurna’ dan
ayat sebagai unit ‘yang menunjukkan tujuan yang dapat difahami’. Penguna
masih lagi tidak pasti apakah yang dikatakan ‘maksud yang sempurna’ itu.
Ucapan Aku rasakan begitu juga boleh juga menjadi ayat tetapi maksudnya
44
sedikit berbeza apabila digunakan secara terpisah. Ucapan Keluarlah dari sini
boleh jadi bukan ayat yang sempurna tetapi ia bermaksud sesuatu.
14. Nahu tradisional merupakan sumber maklumat yang kaya. Banyak contoh
dikemukakan di dalamnya tetapi nahu sebenar (prinsip-prinsip dan proses
pembinaan ayat) perlu ditentukan oleh pembaca yang bijak pandai.
Jespersen
Otto Jespersen ialah ahli tatabahasa Danish yang berkempen menentang
strukturalisme. Model nahu Jespersen tidak hanya berbeza daripada model nahu
struktural tetapi juga mewakili langkah yang terkedepan dalam kajian bahasa.
Antara anggapan beliau adalah:
a. Bahasa: Asas bahasa ialah aktiviti manusia iaitu aktiviti seseorang
yang dilakukannya dapat difahami oleh orang lain.
b. Bahasa yang utama ialah pertuturan.
c. Bahasa adalah satu set kebiasaan.
d. Pengusaan bahasa: Anak kita mempelajari bahasa, cukup dengan
mendengar dan memahami.
e. Jespersen membuat perbezaan antara sistem bahasa dan
persembahan sistem dalam pengucapan sebenar.
f. Sebagai aktiviti manusia: Bahasa dapat dikaji oleh ahli psikologi.
45
g. Bahasa hendaklah dipandang sebagai ‘selalu dalam keadaan yang
sentiasa berubah’.
h. Perasaan penutur natif: perasaan yang bersifat naluri, bagi bahasanya
hendaklah menjadi sebahagian daripada data linguistik.
Kesimpulan
Walaupun banyak ciri-ciri kelemahan yang terdapat dalam pendekatan tradisional
dari segi konsep nahu dan juga huraian linguistik, tetapi pendekatan tradisional
merupakan sumber maklumat yang kaya. Banyak contoh dikemukakan di dalam
pendekatan tradisional dan perlu ditentukan kebenarannya oleh pembaca yang
bijak.
Soalan Latihan
1. Tatabahasa tradisional dinggap oleh para pengkaji bahasa mempunyai
kelemahan asas. Jelaskan ciri-ciri kelemahan tersebut dan berikan contoh.
2. Jelaskan anggapan Jespersen tentang bahasa sehingga beliau dianggap
mewakili langkah yang terkedepan dalam kajian bahasa.
Rujukan
1. Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif. 2004. Teori Linguistik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
46
UNIT 4
LINGUISTIK STRUKTURAL
Pengenalan
Aliran struktural boleh dikatakan bermula dengan Ferdinand de Saussure,
seorang ahli linguistik berbangsa Swiss. Dan strukturalisme yang dipelopori oleh de
Saussure ini mempengaruhi pemikiran dalam bidang-bidang lain seperti antropologi,
sosiologi, pengkajian kesusasteraan dan psikoanalisis. Di Eropah, strukturalisme
paling berpengaruh di negeri Perancis, tetapi tidak begitu di Britain dan negara-
negara lain. Dalam mengkaji bahasa, dasar pemikiran strukturalisme ini diambil oleh
Leonard Bloomfield di Amerika Syarikat, yang kemudian memperkembangkannya
dengan karya-karyanya. Bukunya yang terkenal, Language, yang pertama kali
diterbitkan dalam tahun 1933, masihi merupakan buku asas dalam kursus-kursus
linguistik di seluruh dunia.
Objektif
1. Mengetahui ciri-ciri pemikiran pendekatan linguistik struktural.
2. Mengetahui kaedah huraian bahasa berdasarkan linguistik struktural.
3. Mengenali tokoh-tokoh linguistik struktural dan sumbangannya dalam
perkembangan linguistik moden.
47
Ciri-Ciri Pemikiran Linguistik Struktural
Menurut aliran struktural ini bahasa tidak lain daripada sistem lambang (a system of
signs). Lambang dianalisis oleh de Sausure kepada dua komponen. Yang pertama
ialah komponen bunyi yang dinamakan signifiant dalam bahasa Perancis (iaitu
signifier dalam bahasa Inggeris) dan yang kedua ialah komponen mental atau
konseptual atau makna, yang dinamakan signifie’ dalam bahasa Perancis (iaitu
signified dalam bahasa Inggeris). Makna tidak sama dengan benda yang dirujuk,
tetapi hanya merupakan rujukan kepada benda itu, sedang signifier itu adalah bunyi-
bunyi yang dituturkan atau didengar, yang mendukung makna. Bunyi atau urutan
bunyi yang tidak mendukung makna tidak dianggap sebagai signifier.
Dalam pengwujudan bahasa tidak ada pemisahan antara signifier dengan
signfied. Pemisah seperti itu hanya berlaku dalam pengkajiannya di tangan ahli-ahli
linguistik. Unsur-unsur yang berfungsi dalam sistem lambang ini dikenal sebagai
“kod”. Dengan demikian, sesuatu perkataan itu merupakan satu kod kerana
mempunyai signifier dan signifiednya. Demikian juga frasa dan ayat.
Dari segi analisisnya, kod-kod dianggap mewakili unit-unit tertentu dalam
bahasa. Dengan demikian terdapat unit bunyi, unit morfem, unit kata, unit frasa, unit
klausa dan unit ayat. Tiap-tiap unit itu mempunyai unsur-unsur yang mempunyai
hubungan mendatar atau sintagmatik (syntagmatic) dan juga hubungan menegak
(paradigmatic atau associative) di antara satu sama lain. Hubungan sintagmatik
itulah yang melahirkan struktur. Misalnya, pada perkataan rumah terdapat struktur
yang terdiri dari dua suku kata, iaitu ru + mah. Jadi struktur untuk rumah, dilihat dari
48
segi suku kata, ialah S1 + S2. Dilihat dari segi fonem-fonem satuan bunyi yang
mendirikannya, perkataan rumah mempunyai struktur KVKVK (K = konsonan,
v = vokal).
Prinsip yang sama diterapkan dalam menganalisis frasa dan ayat. Misalnya,
bunga biru, rumah besar dan orang kaya semuanya terdiri dari struktur KN + KS (KN
= kata nama, KS = kata sifat). Ayat Saya hendak makan terdiri dari struktur KN –
KKB – KK ( KN = kata nama, KKB = kata kerja bantu, KK = kata kerja).
Dalam menganalisis struktur nuit-unit itu, unsur-unsur itu boleh juga dilihat
dari segi fungsi atau tugasnya. Misalnya, frasa-frasa bunga biru, rumah besar dan
orang kaya boleh dianalisis kepada struktur Inti + Kerangan; yakni rumah, bunga
dan orang adalah inti bagi frasa-frasa tersebut, sedangkan biru, besar dan kaya
merupakan keterangan bagi unsur-unsur inti itu.
Bagi ayat Saya hendak makan, saya berfungsi sebagai Pelaku atau Subjek,
sedangkan hendak makan adalah perbuatan atau Predikat. Dengan itu timbullah
struktur Pelaku-Perbuatan, atau Subjek-Predikat (Asmah, 1992:8)
Salah satu lagi prinsip asas yang terdapat dalam linguistik struktural ialah
prinsip yang melihat peranan bahasa dari dua segi. Dari segi individu ini dinamakan
parole (yang sebenarnya bermakna bercakap atau bertutur). Denagn pengertian ini,
apabila seseorang itu bercakap, apa-apa yang lahir ialah parole. Sesuatu parole itu
akan berbeza dengan parole yang lain, kerana dua orang tidak mungkin seratus
49
peratus sama. Bagaimanapun, seperti yang ternyata dalam suatu masyarakat
bahasa, pengguna-pengguna bahasa yang begitu banyak mematuhui peraturan-
peraturan yang sama, yang rata-rata diketahui oleh mereka semua. Peraturan-
peraturan itu ada dalam kepala semua pengguna bahasa yang berkenaan. Tidak
semua peraturan itu lahir dalam satu-satu pengwujudan parole. Hanya yang relevan
pada parole-parole pada ketika-ketika tertentu sahaja yang dilahirkan. Dengan
demikian, peraturan-peraturan itu dilihat sebagai satu satuan kumpulan langue, dan
dalam langue ini termaktub segi sosial dan psikologi dalam bahasa.
Berdasarkan linguistik struktural ini, bahasa adalah bentuk, bukan barang:
“Language is a form, not a substance”. Dengan itu, apa-apa yang dianalisis atau
disuguhkan ialah bentuknya. Dari itu juga, kita lihat bahawa makna tidak memainkan
peranan yang besar dalam aliran ini, sungguhpun de Saussure mempostulasikan
makna. Komponen bahasa yang diutamakan dalam aliran ini ialah signifiernya
bukan signifiednya.
Aliran struktural ini sangat berpengaruh dalam pertengahan pertama abad
kedua puluh ini, bukan sahaja dalam analisis bahasa bahkan juga dalam pengajaran
bahasa. Kaedah audiolingual yang mementingkan latih tubi dengan cara pemilihan
pola-pola dan secara beransur-ansur menggantikan unsur-unsur dalam pola-pola
tertentu, dan kemudian secara beransur-ansur menggantikan pola itu dengan pola
yang lain, tidak lain dan tidak bukan adalah penerapan kaedah struktural ini.
50
Aliran struktural ini juga memberi keutamaan kepada bahasa lisan diatas
tulisan, baik dalam analisis mahupun dalam pengajaran bahasa. Kajian sesuatu
bahasa berdasarkan aliran ini adalah bersifat empiris, yakni bahan yang dikaji dan
kesimpulan-kesimpulan yang dibuat adalah berdasarkan apa-apa yang nyata
disaksikan, dan dalam bahasa yang didengar.
Strukturalisme de Saussure telah mempengaruhi kajian dalam ilmu-ilmu lain
seperti antropologi, sosiologi dan kesusasteraan, terutama sekali kajian ahli-ahli
berbangsa Perancis. Tetapi dalam masa yang sama terdapat pengaruh falsafah
ilmu-ilmu lain ke dalam linguistik. Teori Darwin berhubung dengan organisme tabii
dan pencabangan benda-benda hidup ke dalam keluarga dan subkeluarganya juga
mempunyai pengaruhnya ke atas kajian bahasa, khususnya dalam ilmu
perbandingan bahasa. Maka timbullah teori pohon yang dipelopori oleh ahli bahasa
Jerman, August Schleicher. Menurut teori ini, bahasa bercabang-cabang dalam
evolusi dari satu bahasa ke satu bahasa, dan berlakunya itu adalah secara
mendadak dan tanpa sebab yang khusus. Sesudah bercabang, anggota dari satu
cabang itu tidak lagi berhubung dengan cabang yang lain. Teori ini disangkal oleh
teori yang lain yang lebih dikenali sebagai teori gelombang yang menerangkan
bahawa evolusi dalam bahasa bukanlah seperti cabang-cabang pada pokok, tetapi
lebih menyerupai riak gelombang. Teori yang dipelopori oleh Wilhelm Schmit ini
mengatakan bahasa berubah secara beransur-ansur dan perubahan-perubahan
disebabkan oleh hal-hal yang berlaku dalam masyarakat. Penurunan dari satu
bahasa kepada bahasa yang lain bukanlah disebabkan pencabangan tetapi
51
disebabkan oleh pemisahan yang makin lama makin jauh jaraknya. Hanya dengan
teori ini sahaja kita dapat menerangkan wujudnya pelbagai dialek dalam satu-satu
bahasa tertentu (Asmah, 1992:10).
Tokoh Linguistik Struktural Sarjana berbangsa Swiss, Ferdinand de Saussure (1857-1913), yang hasil-hasil
kuliahnya diterbitkan pada tahun 1916 dengan judul Cours de Linguistique Generale
(terjemahan dalam bahasa Inggerisnya (Course in General linguistics:1959) telah
membuat beberapa perbezaan tentang sifat-sifat semula jadi bahasa. Kita boleh
memendekkan idea beliau itu seperti yang berikut:
a. Konsep ialah sesuatu yang non-verbal, dan psikologis secara tulen. Tanpa
sebarang hubungan dengan konsep ini, ‘pertuturan’ adalah semata-mata
penyuaraan percakapan secara sembarangan. Bahasa bertugas sebagai
penghubung antara fikiran dan bunyi. Konsep adalah sesuatu yang
ditandai atau yang dimaksudkan (signified) dan pengucapan adalah
pelambangnya (signifier).
b. Linguistik merupakan kajian tentang tanda linguistik (linguistic sign) yakni
perkaitan signifier dengan signified. Perkaitan ini adalah arbitrari.
Disebabkan tanda itu arbitrari, ia tidak mungikuti sebarang peraturan
kecuali yang ditentukan oleh tradisi. Tanda linguistik dikatakan arbitrari
dalam hubungannya dengan konsep. Pemilihan kata onomatopoeia pun
52
dikatakan arbitrari, sebab ia berbeza daripada bahasa ke bahasa (seperti
bahasa Inggeris bow-bow atau bahasa Tamil Lol-Lol).
c. Pertuturan seseorang itu ialah parole. bahasa ini berbeza daripada
seorang dengan seorang yang lain. Terdapat juga sistem abstrak selain
bahasa individu, ini dinamakan langue. Bahasa bukan ucapan setiap
individu tetapi bersifat supraindividualistik iaitu suatu fenomena sosial.
d. Linguistik sinkronik (statik) merupakan kajian peristiwa bahasa pada aras
masa yang sama iaitu pada suatu titik waktu yang tertentu yang
dinamakan juag linguistik deskriptif. Linguistik diakronik (evolusi) pula
merupakan kajian peristiwa bahasa pada suatu jangka masa tertentu yang
turut dikenali sebagai linguistik historis.
e. Dalam bahasa, terdapat banyak perbezaan. Dengan kata lain, nilai yang
dikaitkan kepada unsur bahasa semata-mata bergantung pada
pertentangannya dengan unsur-unsur lain, atas hakikatnya yang berbeza
daripada unsur-unsur lain. Unsur-unsur itu tidak dicirikan oleh sebarang
kualiti yang positif yang dimilikinya tetapi oleh kualiti yang bertentangan
dan berbeza-beza.
Pandangan yang ditemukan oleh De Saussure meninggalkan kesan yang wajar.
Penerbitan Cours de Linguistique Generale telah dinggap oleh para sarjana Barat
53
dan Eropah sebagai sijil kelahiran linguistik moden. Semenjak de Saussure
memasukkan perkaitan imej secara psikologis dengan konsep yang berkenaan
sebagai sebahagian daripada deskripsi linguistik, idea yang dikemukakannya itu
menjadi unsur pertikaian. Sesetengah sarjana lebih cenderung mengaitkan
hubungan perkaitan ini dengan bidang semantik atau psikologi.
Bloomfield adalah ahli antropologi yang berpengaruh dalam kajian bahasa di
Amerika. Minatnya yang pertama adalah tentang hukum perubahan bunyi dalam
bahasa-bahasa Indo-Eropah. Dua tahun lamanya beliau di Munich, pusat ahli nahu
Neo-grammarian, untuk mengkaji apa yang kemudiannya dianggap di Eropah
sebagai tanggungjawab utama ahli bahasa, iaitu perubahan bunyi dalam bahasa-
bahasa Indo-Eropah. Sebagai seorang yang percaya akan teori, dan terbuka
kepada aliran baru, beliau telah berjaya meletakkan asas tentang sains bahasa
secara keseluruhan.
Beliau memanggil kajian bahasa sebagai suatu sains, sebab itu merasai
bahawa ia hanya boleh menghasilkan keputusan hanya apabila dianggap suatu
sains. Beliau cuba menubuh asas untuk sains ini dalam ‘ A Set of Postulates’ nya
dan beliau telah menjelaskan semua ini dengan panjang lebar dalam bukunya
bertajuk Language. Beliau berminat menubuhkan suatu model dengan tujuan
bahasa manusia dapat dihuraikan dengan lebih mendalam.
54
Teori Stimulus-Respons merupakan cetusan Bloomfield yang menarik dari segi
penggunaan bahasa. Teori ini menyatakan bahawa bahasa membuat seseorang
memberi reaksi atau respons (R) apabila seseorang lain memberi stimulus (S).
Proses dari stimulus kepada respons (yang menggunakan bahasa) dikenal sebagai
tindakan bertutur, dan tindakan ini berlaku dalam peristiwa yang terdiri daripada tiga
bahagian yang berturutan, iaitu:
A. Peristiwa yang berlaku sebelum tindakan bertutur.
B. Tindakan bertutur
C. Peristiwa yang berlaku selepas tindakan bertutur (Asmah, 2011:62).
Sebagai ilustrasi kepada proses ini, Bloomfield menggunakan cerita Jack dan Jill
yang terkenal. Dalam cerita itu, Jill berasa lapar, ternampak sebiji epal, dan
menerusi penggunaan bahasa dia dapat menyuruh Jack memetik buah epal itu
untuknya. Jika dia bersendirian dia akan mendapat RANGSANGAN (R) yang akan
menghasilkan TINDAK BALAS (G), menyebabkan dia bergerak untuk mendapatkan
buah epal tersebut. Ini dapat digambarajahkan seperti berikut:
R G
Tetapi oleh kerana Jack ada bersamanya, rangsangan tidak menghasilkan tindak
balas G, tetapi tindak balas linguistik, yakni bentuk pertuturan kepada Jack yang
dilambangkan sebagai (g). Gelombang bunyi pertuturan yang dihasilkan ini, terus
menimbulkan rangsangan kepada Jack, iaitu rangsangan linguistik (r), ini pula
55
menghasilkan tindak balas bukan linguistik G untuk memetik buah epal itu. Jadi ini
menghasilkan gambarajah seperti berikut:
R g ……r G
Jadi peristiwa bahasa berlaku daripada pertalian antara pertuturan (yang
ditunjukkan dengan g ….r) dan peristiwa praktik (R) dan (G) yang terjadi sebelum
dan selepasnya (Palmer, 1989:62-63).
Pembelajaran bahasa, menurut Bloomfield, ialah belajar menafsir hubungan
antara Rg dan rG dalam komuniti bahasa. Bloomfield, yang benar-benar
menghargai perbezaan yang di buat oleh de Saussure telah pun menubuhkan
hubungan parole dengan langue.
Bloomfield merasakan bahawa kajian linguistik tidak dapat berdasarkan pada
makna, mengikut definisi nasional dan yang seumpama, sebab ia tidak menjadi
dasar bagi pembentukan nahu. Misalnya, jika kita mengatakan suatu ‘kata nama’
nama seseorang, tempat atau benda, ia tidak mengandungi sebarang maklumat
tentang bentuk kata tersebut. Dalam pada itu pun, beliau juga percaya bahawa
makna tidak dapat ditinggalkan. Makna hendaklah digunakan dalam analisis untuk
mencari apakah bentuk mempunyai makna yang sama atau berbeza.
Makna hanya digunakan sebagai alat dalam analisis tetapi ia tidaklah menjadi
sebahagian daripada deskripsi linguistik, sebab makna tidak mempunyai laluan
56
dalam analisis saintifik. Seorang ahli bahasa harus memulakan sesuatu yang dapat
dilihatnya iaitu, ‘bentuk’, yang tentunya mempunyai makna. Dengan menubuhkan
kategori dan strukturnya berdasarkan ‘bentuk’ beliau kemudiannya meneruskan
pemeriksaan tentang fungsi dan maknanya. Makna fungsian jenis ini hendaklah
dinyatakan berdasarkan penyebarannya dalam kaitan dengan bentuk-bentuk lain
dalam bahasa.
Minat dan kecenderungan utama Bloomfield ialah untuk membentuk linguistik
menjadi suatu sains iaitu prinsip yang dapat dilakukan ialah, pengetepian psikologi
daripada linguistik, penggunaan keterangan deskriptif saintifik dan penggunaan
makna pada tahap setakat mempertimbangakan hubungan bentuk-bentuk tuturan
dengan bentuk-bentuk lain dalam tatabahasa. Bagi Bloomfield, keterangan deskriptif
hendaklah dengan istilah-istilah ‘fizikal’ iaitu istilah yang hanya diperoleh daripada
definisi tepat daripada set istilah harian tentang kejadian fizikal’. Kecenderungan dan
kemahuan pendekatan saintifik telah membawa kepada klasifikasi yang terikat oleh
data. Pandangan Bloomfield tentang sains, dari sudut ilmu linguistik menjelaskan
bahawa data semestinya didekati dengan fikiran yang terbuka, dan generalisasi
hendaklah dibuat berdasarkan induksi tulen (Arbak dan Ahmad Mahmood, 2004:54).
Kesimpulan
Pemikiran linguistik struktural telah membawa pemikiran baru dari sudut huraian
bahasa yang mementingkan bentuknya. Apa sahaja yang dilihat dalam bahasa
harus didasarkan kepada bentuknya sama ada perkataan atau ayat. Pemikiran
57
struktural juga telah membawa disiplin sains dalam ilmu linguistik, iaitu kepentingan
data dalam huraian bahasa.
Soalan Latihan
1. Bandingkan pengertian istilah-istilah yang berikut:
a) Parole dengan langue
b) Sinkronik dengan diakronik
2. Jelaskan cara ahli linguistik struktural menghuraikan struktur perkataan, frasa
dan ayat.
Rujukan
1. Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif. 2004. Teori Linguistik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Asmah Haji Omar. 1992. Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
3. Asmah Haji Omar. 2011. Teori dan Kaedah Nahu: Sejarah Pertumbuhan
Aliran Pemikiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Palmer, F.R. 1989. Semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
(Terjemahan Abdullah Hassan).
58
UNIT 5
FUNGSI BAHASA DAN TEORI LAKUAN PERTUTURAN
Pengenalan
Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang biasanya hidup dengan
berkeluarga, berjiran dan bermasyarakat. Dalam hal in, manusia harus nmemenuhi
keperluan asas mereka seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Selain itu
manusia juga perlu berinteraksi atau berkomunikasi dalam menjalinkan hubungan
antara individu dan juga dalam hidup bermasyarakat. Sehubungan itu, bahasa
bukan sahaja berfungsi untuk menerangkan atau menghuraikan sesuatu benda atau
peristiwa, tetapi juga digunakan untuk mempersembahkan lakuan pertuturan.
Objektif
1. Mengetahui pengertian fungsi bahasa dan jenisnya.
2. Mengetahui konsep lakuan bahasa dan penggunaannya dalam bahasa Melayu.
3. Memahami teori lakuan pertuturan dan aplikasi dalam bahasa Melayu.
Fungsi Bahasa dalam Komunikasi
Yang dimaksudkan dengan fungsi komunikasi bagi bahasa ialah fungsi yang
dijalankan oleh bahasa dalam menimbulkan komunikasi atau perhubungan antara
para pemeran bahasa, baik secara pertuturan mahupun secara bertulis.
Penyampaian sesuatu komunikasi ada kalanya menimbulkan tindak balas, dan ada
kalanya tidak. Tindak balas itu boleh berupa tindak balas dalam bentuk bahasa atau
pun juga tindak balas dalam bentuk gerak geri atau kedua-duanya (Asmah,
59
1988:22). Apabila seseorang itu berjumpa dengan orang lain, sama ada di pejabat,
di rumah, di kedai kopi atau di jalan raya tindakan pertama yang berlaku antara
mereka ialah menegur satu sama lain. Walaupun mereka merancangkan untuk
berjumpa untuk memperkatakan sesuatu hal, meraka tidak terus membincangkan
perkara itu. Mereka bertegur sapa dahulu.
Dalam kehidupan kita sekarang ini, banyak cara kita bertegur sapa, iaitu
dengan mengucapkan “ Selamat pagi”, “Apa khabar”, “Assalammualaikum” ( bagi
orang Islam). Ucapan –ucapan ini mempunyai bentuk balasannya sendiri, seperti
yang berikut:
(1) (i) Penutur Pertama: Selamat pagi.
Penutur Kedua: Selamat pagi.
(ii) Penutur Pertama: Apa khabar?
Penutur Kedua: Khabar baik.
(iii) Penutur Pertama: Assalammualaikum.
Penutur Kedua: Waalaikumussalam.
Cara bertegur sapa yang seperti ini merupakan cara yang berkembang
apabila orang Melayu mengalami pertemuan kebudayaan dengan orang Inggeris
dan orang Arab. Tetapi ini tidak bermakna bahawa sebelum adanya pengaruh
60
daripada bahasa Arab dab bahasa Inggeris itu, orang Melayu tidak mempunyai cara
sendiri untuk bertegur sapa. Dua ucapan yang am yang digunakan untuk tujuan ini
ialah:
(2) (i) Nak ke mana tu?
Nak pergi mana tu?
(ii) Dok buat apa?
Ucapan (2)(i) digunakan apabila berjumpa di jalan, atau jika salah satu pihak,
yakni yang disapa, sedang berjalan. Tegasnya ucapan berkenaan digunakan jika
ada gerak berjalan. Ucapan (2)(ii) pula digunakan apabila tidak ada gerak berjalan,
yakni kedua-dua pihak berjumpa dalam keadaan statik. Ucapan-ucapan seperti di
atas itu masih kedengaran di kalangan orang Melayu, terutamanya sekali di
kampung-kampung.
Sungguhpun ucapan-ucapan di atas itu merupakan pertanyaan, maksud yang
hendak disampaikan bukanlah meminta maklumat. Tidak ada tujuan mendapatkan
jawapan. Orang yang disapa tidak diperlukan menjawab pertanyaan berkenaan
tetapi boleh menjawab apa sahaja, asalkan sopan. Misalnya:
(3) (i) Penutur Pertama: Nak pegi mana tu?
Penutur Kedua: (a) Situ
(b) Jalan-jalan saja.
(ii) Penutur Pertama: Dok buat apa tu?
61
Penutur Kedua: (a) Tak ada.
(b) Sajalah seronok-seronok.
Ucapan-ucapan yang seperti itu hanyalah untuk membuka jalan mengadakan
komunikasi atau perbualan seterusnya. Dalam ilmu linguistik aliran London ucapan
yang seperti ini dinamakan phatic communication, yang bermakna pembuka
komunikasi.
Ucapan pembuka komunikasi timbul berdasarkan kehendak sosial. Wujudnya
komunikasi timbul berdasarkan kehendak sosial. Wujudnya ucapan-ucapan seperti
itu mendekatkan pihak-pihak yang berbual itu satu sama lain dan membuat
komunikasi seterusnya berjalan lancar. Jika individu-individu yang terlibat dalam
sesuatu peristiwa bahasa tertentu dan mereka kenal satu sama lain, misalnya,
dalam pertemuan di pejabat, stesen kereta api, dan sebagainya, tidak bertegur sapa
dengan salah satu ucapan pembuka komunikasi tentu sahaja ada yang tidak kena
dalam hubungan antara mereka. Selain itu, jika ada seseorang individu datang
kepada individu yang lain dengan terus menyampaikan sesuatu berita atau khabar,
tentu sahaja orang yang mendengar mentafsirkan bahawa ada keadaan darurat
atau kecemasan.
Ucapan pembuka komunikasi ini boleh juga diikuti oleh “cakap-cakap” (small
talk) yang tidak ada kena-mengena dengan apa yang hendak diperbualkan atau
dibincangkan. Cakap-cakap ini boleh berkenaan dengan cuaca semasa, bertanya
khabar tentang perjalanan ke tempat berkenaan, bertanya khabar tentang keluarga
62
atau kesihatan diri, memberi komen yang positif tentang warna atau fesyen pakaian,
dan sebagainya.
Cakap-cakap ini boleh dianggap sebagai bahagian pembuka komunikasi,
yakni bahagian yang tidak wajib. Gunanya adalah untuk menimbulkan keadaan
yang lebih mesra dengan pihak yang diajak bercakap (Asmah, 1995:43).
Selain daripada fungsi bahasa sebagai di atas, Halliday (1973) dalam tujuh
fungsi dalam Asmah (1992:144) juga telah mengemukakan tujuh fungsi bahasa ,
iaitu fungsi alatan (instrumental), pentertib (regulatory), interaksi atau perhubungan
(interactional), peribadi (personal), penemuan (heuristic), khayalan (imaginatitive)
dan pernyataan (representational).
Dari kajian Asmah didapati bahawa kanak-kanak menggunakan bahasa
dengan fungsi-fungsi yang dinyatakan. Untuk memudahkan pembaca, beliau telah
menggunakan tajuk-tajuk yang sederhana yang lebih mudah dikenal pasti, iaitu:
(1) bercerita (meliputi fungsi-fungsi pernyataan, khayalan, interaksi,
peribadi)
(2) bertengkar dan berbahas (interaksi)
(3) bekerjasama (interaksi)
(4) menyatakan keinginan (pentertib, interaksi, pernyataan)
(5) mengkritik (pentertib, interaksi)
(6) memerintah atau meminta (interaksi, pentertib)
63
(7) bertanya (interaksi)
(8) menjawab (interaksi)
(9) mengulas (interaksi)
(10) melarang (interaksi)
(11) mengajak (interaksi)
Dalam kajian tersebut didapati bahawa kanak-kanak mulai bercakap antara 1
½ hingga 2 tahun. Kanak-kanak perempuan mula bercakap lebih awal daripada
kanak-kanak lelaki. Adakah kanak-kanak yang lebih awal bercakap ini lebih cerdas
mindanya dari yang lambat bercakap? Hal ini tidak dapat dipastikan kecuali dengan
adanya pemerhatian yang lebih mendalam (Asmah, 1992:144).
Lakuan Bahasa
Yang dimaksudkan dengan lakuan bahasa adalah tindakan yang dilakukan yang
tergambar dalam bahasa yang digunakan. Lakuan bahasa boleh juga disamakan
dengan fungsi butir pertuturan atau tutur kata. Dalam hal ini, yang dilihat ialah fungsi
yang bagaimanakah yang ada pada tutur kata tertentu. Sebagai contoh, permintaan
maklumat adalah salah satu lakuan bahasa dan lakuan ini diwujudkan dengan
berbagai-bagai cara, dengan bertanya, meminta, bahkan dengan memberi komen
sahaja.
Sesuatu peristiwa bahasa itu dicirikan oleh sekurang-kurangnya satu lakuan
bahasa. Dalam peristiwa yang menunjukkan satu pihak menyuruh pihak yang lain
64
melakukan sesuatu dan pihak yang disuruh itu mematuhi suruhan dengan tindakan
gerak sahaja tanpa menuturkan apa-apa, maka yang terdapat hanya satu lakuan
bahasa, iaitu lakuan menyuruh atau memerintah. Andai kata pihak yang disuruh itu
bertindak balas dengan jawapan bahawa dia akan atau tidak akan menjalankan
suruhan itu, maka dalam peristiwa bahasa yang berkenaan terdapat dua lakuan
bahasa, iaitu suruhan dan performatif. Lakuan performatif menunjukkan adanya
perubahan situasi dalam suatu peristiwa atau pengwujudan situasi baharu. (Asmah,
1995:21).
Pernyataan adalah lakuan bahasa yang menggungkapkan fikiran untuk
menyatakan atau memberi maklumat tentang sesuatu, misalnya, keadaan,
peristiwa, sifat atau apa sahaja, baik konkrit mahupun abstrak. Pernyataan terbahagi
kepada dua golongan , iaitu pernyataan biasa dan pentakrifan. Pernyataan biasa
adalah maklumat yang disampaikan malalui ayat berita tentang apa sahaja sama
ada konkrit atau abstrak. Contohnya:
(4) (i) Dian pergi ke kedai Pak Abu.
(ii) Semalam hujan sangat lebat.
(iii) Kejayaan memerlukan usaha dan pengorbanan.
Pentakrifan adalah pernyataan yang menghuraikan sesuatu konsep dengan
memberikan ciri-ciri atau sifat-sifat khusus yang dimiliki oleh konsep itu, yang
65
dengan sendirinya membezakan konsep berkenaan daripada konsep yang lain.
Misalnya:
(5) (i) Klorit adalah bahan organik yang terbentuk dari proses semula jadi
alam dan mempunyai bentuk serta struktur kimia tertentu.
9ii) Morfem adalah unit tatabahasa yang terkecil yang mempunyai makna.
Pernyataan pengakuan pula mempunyai nilai benar pada pernyataan yang
dibuat. Lakuan ini diungkapkan dalam bentuk ayat berita atau ayat penyata. Ayatnya
boleh terdiri daripada ayat selapis atau ayat kompleks. Jika strukturnya merupakan
struktur ayat kompleks, maka klausa-klausanya adalah klausa utama dan klausa
objek (Asmah, 2009:433). Klausa objek ditandai oleh bahawa, misalnya dalam ayat
“Saya mengaku bahawa semua maklumat yang saya beri ini adalah benar”. Jelas
daripada contoh di atas itu bahawa kata kunci dalam lakuan ini ialah mengaku.
Seperti halnya dengan pengakuan, pengesahan juga mempunyai nilai benar.
Dalam bahasa yang formal seperti bahasa bertulis atau bahasa undang-undang,
pengesahan terdapat dalam bentuk ayat kompleks dengan klausa utama dan klausa
objek. Klausa objek ini ditandai oleh bahawa.
Dalam hal ini struktur ayat pengesahan sama dengan struktur ayat
pengakuan. Bezanya terletak pada kata kerjanya. Dalam ayat pengakuan, seperti
yang diberikan di atas, kata kerjanya ialah mengaku, tetapi dlam ayat pengesahan
kata kerjanya ialah mengesahkan, seperti dalam ayat “Dengan ini saya
66
mengesahkan bahawa cap ibu jari kanan orang yang membuat perlantikan di atas
ini telah diturunkan di hadapan saya”.
Teori Lakuan Pertuturan
Dalam komunikasi, bahasa digunakan untuk tujuan yang tertentu dalam sesuatu
adegan. Bahasa digunakan oleh penutur atau penulis untuk menyatakan atau
menghuraikan sesuatu perkara. Disamping itu, bahasa juga digunakan oleh penutur
untuk berjanji, menempelak, menyatakan persetujuan, mengkritik dan sebagainya.
Terdapat sebilangan ujaran yang tidak menerangkan sesuatu, atau tidak
mengandungi sebarang maklumat yang bermakna. Oleh itu, ujaran tersebut tidak
boleh dianggap sebagai benar atau palsu, tetapi pertuturan ayat tersebut
merupakan lakuan atau sebahagian daripada lakuan. Hal ini telah dinyatakan oleh
Austin (1962:5) seperti berikut:
“...some utterances that seems like statement lack what is thought to be necessary property of statements a truth value. Not only do such statements not ‘describe’ or ‘report’ anything but the uttering of the sentence is or is part of, doing of an action, which again would not normally be described as, or as ‘just’, saying something.”
Austin menganggap pertuturan ayat yang merupakan lakuan sebagai ujaran
performatif. Kenyataan ini menunjukkan bahawa apabila penutur mengujarkan
sesuatu ujaran, sebenarnya penutur itu melakukan sesuatu lakuan, bukan setakat
mengucapkannya sahaja, seperti yang dijelaskan oleh Austin (1962:6-7):
“I proposed to call it a performative sentences or a performative utterance, or, for short, a “performative’. The term “performative”
67
will be used in a variety of cognate ways and constructions, much as the term ‘imperative” is. The name is derived, of course, from “perform”, the usual verb with the noun “action”: it indicates that issuing of the utterance is the performing of an action – it is not normally thought as just saying something”.
Ayat performatif ini berbeza dengan ayat konstatif. Menurut Schiffrin
(1994:51), ayat konstatif adalah pernyataan yang digambarkan oleh ayat penyata
yang dapat ditentukan benar atau palsu, manakala ayat performatif adalah ayat
penyata yang mempersembahkan sesuatau lakuan. Dalam bahasa Inggeris
misalnya, menurut Ross (1970:222), ayat performatif mestilah mempunyai syarat-
syarat yang tertentu, antaranya (a) subjeknya mestilah ganti nama diri pertama, (b)
biasanya mempunyai objek langsung atau objek tak langsung yang merupakan kata
ganti nama diri kedua dalam strukturnya, (c) berbentuk pengesahan dan tidak
berbentuk negatif, (d) dalam kala kini, dan (e) kata kerjanya mestilah satu daripada
kata kerja utama yang mempunyai makna leksikal seperti berikut:
Advise, answer, appoint, authorized, beg, bequeath, beseech, caution, cede, claim, close, command, condemn, counsel, dare, declare, demand, empower, enquire, entreat, excommunicate, grant, implore, inform, instruct, offer, order, pledge, pronounce, propose, request, require, say, sentence, vow, warn, write.
Austin (1962:32), juga menggolongkan ayat-ayat seperti di bawah ini sebagai ayat
performatif.
(6) (i) I order you to go
(Saya perintahkan kamu pergi) (ii) Go!
(Pergi)
68
Perbezaan yang jelas dalam kedua-dua ayat di atas ialah ayat (6) (i) kata
kerja performatifnya tergolong dalam jenis yang nyata, iaitu order, manakala ayat
(1)(ii) kata kerja performatifnya tidak ditunjukkan secara nyata dalam ayat.
Seperti yang telah dinyatakan di atas, ayat konstatif adalah ayat penyata
yang dinilai dari segi benar atau palsu, manakala ayat performatif merupakan ayat
penyataan yang mempersembahkan lakuan tertentu. Dalam Teori Lakuan
Pertuturan (seterusnya TLP) yang diberi tumpuan adalah ayat performatif. Ini
bermakna yang dikaji dalam TLP adalah persembahan sesuatu ujaran dalam situasi
pertuturan tertentu. Seterusnya, Austin mengatakan bahawa semua ujaran yang
mempersembahkan lakuan pertuturan mengandungi tiga gerak laku yang berlainan,
(a) lakuan pengucapan (locutionary act), iaitu gerak laku menuturkan sesuatu ayat
dengan makna yang tertentu, (b) Lakuan niat pengucapan (illocutionary act), iaitu
menuturkan sesuatu ujaran dengan niat yang tertentu, misalnya memuji, mengkritik,
memberi amaran dan sebagainya, (c) Lakuan tindak balas pengucapan
(perlocutionary act), iaitu kesan sebenar ujaran penutur kepada pendengar,
misalnya menakutkan pendengar, menyebabkan pendengar melakukan sesuatu dan
sebagainya.
Untuk menjelaskan ketiga-tiga jenis gerak laku di atas, Kempson (1991:62-
63) memberikan contoh seperti berikut. Misalnya, seorang anak enggan berbaring di
atas katil untuk tidur, lalu ayahnya berkata, “Saya akan padamkan lampu”. Lakuan
pengucapan dalam ujaran ini ialah pengujaran ayat Saya akan padamkan lampu.
69
Bagaimanapun, ayah anak tersebut mungkin bermaksud supaya ujaran
tersebut ditafsirkan sebagai satu ancaman, dan inilah lakuan niat pengucapan.
Lakuan tindak balas pengucapan pula ialah tindak balas seterusnya daripada anak
tersebut yang diharapkan oleh ayahnya ekoran ujaran tersebut, iaitu anak itu
menjadi takut dan terdiam lalu tidur. Perbezaan antara lakuan niat pengucapan
dengan lakuan tindak balas pengucapan sangat penting. Lakuan tindak balas
pengucapan adalah kesan langsung kepada pendengar yang diharapkan oleh
penutur agar terjadi sebagai ekoran daripada ujarannya. Lakuan niat pengucapan
pula tidak merupakan kesan langsung lakuan pengucapan, malah ia merupakan inti
ujaran penutur tersebut, iaitu maksud sebenar penutur dalam ujarannya.
Perbezaan tiga jenis lakuan bagi sesuatu ujaran dapat diringkaskan seperti
berikut: seorang penutur mengucapkan ayat-ayat dengan makna yang tertentu
(lakuan pengucapan), dengan niat yang tertentu (lakukan niat pengucapan), untuk
menimbulkan kesan yang tertentu pada pendengar (lakuan tindak balas
pengucapan).
Dalam contoh ujaran “Saya akan padamkan lampu”, lakuan niat pengucapan
hanyalah tersirat dalam ujaran tersebut. Ia tidak diungkapkan sebagai sebahagian
daripada lakuan pengucapan. Bagaimanapun, dalam beberapa keadaan tertentu,
lakuan niat pengucapan itu jelas dinyatakan. Inilah yang disebut ujaran performatif
yang nyata, seperti dalam contoh ayat-ayat yang berikut:
(7) (i) Saya berjanji dengan awak saya akan ke sana.
70
(ii) Saya yakin dia akan jatuh.
(iii) Saya mengaku saya silap.
Jenis ujaran seperti (7)(i) –(iii) ini tidak munkgkin untuk dibincangkan sebagai
bersifat benar atau palsu kerana ujaran tersebut bukan merupakan cerita tetapi
merupakan gerak laku. Ujaran (7)(i)-(iii) berbeza dengan ujaran yang berikut
walaupun menggunakan kata kerja yang sama.
(8) (i) Dia berjanji dengan wanita itu bahawa dia akan ke sana.
(ii) Dia yakin bahawa budak itu akan jatuh.
(iii) Dia mengaku dia silap.
Jenis ujaran seperti (8)(i)-(iii) tidak satu pun dapat dianggap sebagai ujaran
performatif kerana ayat-ayat tersebut digunakan untuk menceritakan sesuatu, bukan
sebagai gerak laku berjanji, menyakini atau mengakui.
Dalam menerangkan jenis lakuan pertuturan, Searle (1969:22-24), terlebih dahulu
memberikan contoh perbualan antara pendengar dengan penutur. Seandainya
penutur mengujarkan satu daripada ayat-ayat yang berikut, bagaimanakah untuk
menerangkan ujaran-ujaran yang tersebut?
(9) (i) Sam smokes habitually
(Sam selalu merokok)
71
(ii) Does Sam smoke habitually?
(Adakah Sam selalu merokok?)
(iii) Sam, smoke habitually!
(Sam , selalulah merokok!)
(iv) Would that Sam smoke habitually
(Mahunya Sam selalu merokok)
Apakah yang cuba dilakukan oleh penutur apabila menuturkan satu daripada
ujaran-ujaran di atas? Yang jelas, ayat-ayat di atas terdiri daripada unsur-unsur
yang sama dan disusun berdasarkan peraturan tatabahasa bahasa Inggeris. Dalam
ayat (9)(i), penutur membuat penyataan, dalam ayat (9)(iii), penutur memberikan
arahan dan dalam ayat (9)(iv), penutur meluahkan keinginan atau kemahuannya.
Dalam persembahan tersebut, penutur mempersembahkan lakuan-lakuan
yang berbeza, tetapi penutur merujuk kepada satu rujukan tertentu, iaitu Sam dan
penutur juga menyebutkan satu hal, iaitu “smoke habitually” bagi perkara yang
dirujuknya. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa dalam ujaran keempat-empat ayat
di atas, rujukan dan sebutannya adalah sama. Oleh itu, daripada maksud lakuan
pertuturan yang lengkap (seperti contoh di atas), dapat dipastikan maksud
menyebut dan merujuk, sama ada menyatakan, menanyakan, mengarahkan,
meluahkan dan sebagainya. Penentuan untuk memisahkan maksud yang demikian
72
ini adalah berdasarkan kenyataan bahawa rujukan dan sebutan yang sama boleh
wujud dalam persembahan lakuan pertuturan yang berbeza.
Lakuan-lakuan pertuturan tersebut telah diberikan nama secara khusus
dengan istilah seperti berikut (a) mengujarkan kata-kata = mempersembahkan
lakuan ujaran (utterance acts), (b) merujuk dan menyebut = mempersembahkan
lakuan proposisi (propositional acts), dan (c) menyatakan, menanyakan,
mengarahkan dan sebagainya = mempersembahkan lakuan niat pengucapan
(illocutionary acts).
Dalam hubungan ini, jelas bahawa lakuan proposisi yang sama dapat
menggambarkan lakuan niat pengucapan yang berbeza, dan ada kalanya
seseorang penutur mempersembahkan lakuan ujaran tanpa mempersembahkan
lakuan proposisi atau lakuan niat pengucapan dalam ujaran itu. Ini bererti,
seseorang penutur boleh mengujarkan kata-kata tanpa sebarang maksud tertentu.
Perhatikan pula ayat yang berikut:
(10) Mr. Samuel martin is a regular smoker of tobacco
(Mr. Samuel martin adalah seorang yang gemar menghisap tembakau)
Jelas beralasan untuk mengatakan bahawa ada konteks tertentu untuk
penutur mengujarkan ayat (10) bagi mempersembahkan lakuan proposisi yang
sama seperti ayat (9)(i)-(iv) kerana rujukan dan sebutannya adalah sama. Lakuan
niat pengucapan dalam ayat (10) juga sama dengan (9)(i) kerana penyataan telah
73
dilakukan. Bagaimanapun, lakuan ujaran dalam (10) dan dalam (9)(i)-(iv) adalah
berbeza, kecuali beberapa perkataan yang menunjukkan persamaan. Ini bermakna,
dalam mempersembahkan lakuan ujaran yang berbeza itu, penutur dapat juga
mempersembahkan lakuan proposisi dan lakukan niat pengucapan yang sama.
Dengan perkataan lain, ayat yang sama dapat juga digunakan untuk
mempersembahkan penyataan yang berbeza.
Lakuan ujaran sebenarnya terkandung dalam jalinan kata-kata dalam ayat,
manakala lakuan niat pengucapan dan lakuan proposisi terkandung dalam
pengujaran kata-kata dalam ayat berdasarkan konteks yang tertentu, dengan syarat-
syarat yang tertentu dan dengan maksud atau niat yang tertentu.
Sebagai tambahan kepada tiga jenis lakuan tadi, Searle (1962:25), telah
menambah satu lagi lakuan pertuturan yang dikenali sebagai lakuan tindak balas
pengucapan. Perkara yang berkaitan dengan maksud lakuan niat pengucapan
adalah akibat atau kesan lakuan niat pengucapan tersebut kepada aksi, pemikiran,
keyakinan dan sebagainya kepada pendengar. Sebagai contoh, untuk
memaklumkan seseorang boleh dengan meyakinkannya, untuk membuat
permintaan boleh dengan menjadikannya melakukan sesuatu dan untuk memberi
amaran boleh dengan menakutkan atau mengancamnya. Ungkapan-ungkapan yang
berhuruf condong ini menunjukkan lakuan tindak balas pengucapan (perlocutionary
acts).
74
Perkara yang berkaitan dengan maksud lakuan proposisi dan lakuan niat
pengucapan adalah jenis ungkapan-ungkapan tertentu yang diujarkan dalam
persembahan lakuan pertuturan itu sendiri. Ciri nahu bagi lakuan niat pengucapan
adalah ayat sempurna. Ciri nahu bagi lakuan proposisi adalah bahagian-bahagian
ayat, iaitu bahagaian sebutan untuk lakuan sebutan dan nama khas, ganti nama dan
frasa nama tertentu untuk lakuan rujukannya.
Berdasarkan pandangan semantik, dapat dibezakan dua unsur dalam struktur
sintaksis ayat, iaitu penanda proposisi dan penanda niat pengucapan. Perhatikan
ayat-ayat yang berikut;
(11) (i) I promise to come (Saya berjanji akan datang) (ii) I promise that I will come (Saya berjanji bahawa saya akan datang)
Dalam ayat (11)(i), struktur permukaannya tidak menunjukkan perbezaan
antara penanda niat pengucapan dengan penanda kandungan proposisi.
Bagaimanapun, dalam ayat (11)(ii), terdapat perbezaan antara penanda niat
pengucapan “I promise” (Saya berjanji) dengan penanda kandungan proposisi “that I
will come” (bahawa saya akan datang) yang tergambar pada struktur
permukaannya. Walaupun begitu, sekiranya dikaji struktur dalaman bagi ayat (11)(i),
didapati bahawa penanda frasa yang mendasari ayat tersebut mengandungi “I
promise + I will come” (Saya berjanji + Saya akan datang). Dalam struktur dalaman,
75
dapat ditentukan unsur-unsur yang menjadi penanda niat pengucapan dengan
unsur-unsur yang menjadi penanda kandungan proposisi.
Kesimpulan
Dalam komunikasi, bahasa digunakan oleh penutur dan pendengar untuk
menyatakan atau menghuraikan sesuatu hal atau perkara. Di samping itu, bahasa
juga merupakan cara untuk mempersembahkan lakuan pertuturan yang terdiri
daripada lakuan pengucapan, lakuan niat pengucapan dan lakuan tindak balas
pengucapan. Di antara gerak laku tersebut niat pengucapan sangat penting kerana
daripada niatlah akan terujar lakuan pengucapan dan seterusnya menghasilkan
gerak balas daripada pendengar.
Soalan Latihan
1. a) Jelaskan pengertian lakuan bahasa.
b) Bandingkan pengertian pernyataan biasa dengan pernyataan pentakrifan
serta berikan contoh.
2. Berdasarkan contoh ujaran Saya akan padamkan lampu terangkan
pengertian lakuan pengucapan, lakuan niat pengucapan dan lakuan tindak
balas pengucapan.
76
Rujukan
1. Asmah Haji Omar. 1986. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Asmah Haji Omar. 1988. Bahasa Diraja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
3. Asmah Haji Omar. 1992. Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Asmah Haji Omar. 1995. Wacana Temu Duga dan Wawancara. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Austin, J.L. 1962. How To Do Things With Word. Oxford: Clarendon Press.
6. Kempson, Ruth M. 1991. Teori Semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. (Terjemahan Zaiton Ab. Rahman).
7. Ross, J.R. 1970. “On Declarative Sentence”, dlm. R.A Jacobs dan P.S.
Rosenbaum (eds.) Readings in English Transformational Grammar.
Waltham, Massachusetts: Ginn and Company.
8. Schriffin, D. 1994. Approaches To Discourse. Oxford UK and Cambridge
USA: Blackwell Publishers.
9. Searle, J.R. 1969. Speech Acts: An Essay in the Pghilosophy of Language.
London: Cambridge University Press.
77
UNIT 6
LINGUISTIK TRANSFORMASI GENERATIF
Pengenalan
Selaras dengan perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang, linguistik juga
berkembang pesat selari dengan perkembangan manusia dalam menelusuri era
moden dalam kehidupan. Sejak zaman tradisional lagi linguistik telah berkembang
dengan teori-teorinya dalam menghuraikan bahasa, dan tahun 60-an merupakan
titik tolak kepesatannya dengan munculnya aliran Linguistik Transformasi Generatif.
Objektif
1. Mengetahui asas teori transformasi generatif.
2. Mengetahui perkembangan teori transformasi generatif sejak 1957 hingga kini.
3. Mengetahui aplikasi teori transformasi genneratif dalam menghuraikan bahasa
Melayu.
Konsep Asas
Aliran Linguistik Transformasi Generatif (seterusnya TG) mulai muncul dengan
penerbitan buku Noam Chomsky, Syntactic Structures, dalam tahun 1957. Dalam
buku ini Chomsky mengemukakan teori yang mengutarakan bahawa bahasa terdiri
dari rumus-rumus yang terhad jumlahnya tetapi yang dapat menghasilkan jumlah
ayat yang tidak terhingga banyaknya. Chomsky mengemukakan tiga jenis rumus
78
dalam pembentukan ayat, iaitu rumus struktur frasa (phrase structure rules), rumus
transformasi (transformational rules), dan rumus morfofonemik (morphophonemic
rules).
Rumus struktur frasa memberi huraian lahiriah kepada sesuatu ayat dengan
membahagi-bahagikan ayat kepada unsur-unsurnya, dan unsur-unsur itu dikenal
sebagai frasa. Contoh rumus struktur frasa diberi di bawah ini dan rumus itu dipetik
dari Syntactic Structures untuk ayat : “The man hit the ball”.
(1) Sentence NP + VP
(2) NP T+N
(3) VP Verb + NP
(4) T the
(5) N man, ball, etc.
(6) Verb hit, took etc.
Struktur frasa ini boleh juga diwujudkan dengan rajah, yakni rajah pohon.
Rajah untuk contoh yang diberi di atas itu adalah seperti berikut:
Sentences
NP VP
T N Verb NP the man N T ball hit the (Syntactic Structures: 26-27)
79
Bagaimanapun, Chomsky berpendapat bahawa struktur frasa sahaja tidak
memadai, kerana rumus yang seperti itu tidak dapat menerangkan bagaimana
terbentuknya berbagai-bagai jenis ayat, misalnya bagaimana terbitnya ayat pasif
dari ayat aktif, ayat tanya dari ayat berita, dan seterusnya. Untuk tujuan tersebut,
Chomsky mengemukakan apa yang dinamakan rumus transformasi
(transformasional rules).
Kata transformation itu sebenarnya bermakna “pemindahan bentuk”.
Dalam hal ini, rumus-rumus yang dicadangkan oleh Chomsky itu adalah rumus-
rumus yang memindahkan bentuk ayat, dari satu jenis kepada jenis yang lain.
Dalam teori yang dikemukakannya dalam tahun 1957 itu, jenis ayat yang menjadi
pangkal pemindahan bentuk itu adalah ayat berita yang paling ringkas The man hit
the ball. Dengan melalui beberapa peringkat atau proses transformasi itu, maka
seseorang penutur itu boleh menghasilkan berbagai-bagai jenis ayat, misalnya:
Ayat tanya Did the man hit the ball?
Ayat perintah Hit the ball!
Ayat pasif The ball was hit by the man.
Rumus morfofonemik pula memberi bentuk ejaan atau bunyi kepada lambang-
lambang abstrak seperti NP, VP, dan sebagainya.
80
Dalam tahun 1965, terbitlah pula buku Chomsky, Aspects of the Theory of Syntax,
yang mengemukakan pembaharuan kepada teori transformasinya yang lebih awal.
Teori baru ini memberi unsur baru sebagai tambahan kepada pengertian
transformasi, iaitu unsur “Generatif”, dan dengan itu dikenal sebagai Teori
Transformasi Generatif (Transformational Generative Theory). Kata “Generatif”
bermakna “menghasilkan, menjanakan”. Tegasnya, rumus-rumus dalam teori ini
menghasilkan ayat-ayat dalam bahasa yang dianggap baik.
Jika “transformasi” dalam teori tahun 1957 bermakna pemindahan bentuk
dari satu jenis ayat kepada jenis ayat yang lain, maka kata yang sama dalam teori
1965 bermakna “pemindahan struktur”, yakni dari struktur dalaman (deep structure)
kepada struktur permukaan (surface structure). Jelas di sini Chomsky
memperkenalkan dua jenis “struktur” yang penting yang sejajar dengan apa yang
dinamakannya “competence” (keupayaan) dan performance (pengwujudan).
Dengan competence dimaksudkan pengetahuan penutur dan pendengar tentang
peraturan-peraturan dalam bahasanya, sedangkan performance adalah
penggunaan bahasa yang sebenarnya.
Dalam teori 1965 ini Chomsky mengatakan bahawa setiap bayi yang
dilahirkan itu sudah pun dibekalkan dengan rumus-rumus bahasanya. Dalam
perkataan lain, dia sudah ada keupayaan yang sejadi sejak dilahirkan, dan
performancenya itu datang kemudian apabila dia bergaul dengan masyarakat.
Dengan itu transformasi dalam teori barunya ini merupakan transformasi dari
81
keupayaan yang sejadi itu kepada pengwujudan bahasa yang sebenarnya. Rumus-
rumus yang menggambarkan keupayaan sejadi itu adalah rumus-rumus yang
abstrak, yang terdiri dari lambang-lambang yang menggambarkan golongan frasa,
misalnya FN atau NP (Frasa Nama, Noun Phrase), FK atau VP (Frasa Kerja, Verb
Phrase) dan sebagainya. Ringkasnya, competence adalah struktur batin, dan
performance adalah struktur lahir (Asmah, 1992:49-50)
Teori TG terus berkembang dengan adanya pindaan dan pembaharuan oleh
pengikut-pengikut Chomsky serta juga oleh Chomsky sendiri. Pindaan dan
pembaharuan itu bertitik tolak dari teori 1965 yang juga dikenal sebagai Teori
Standard.
Teori Standard
Dalam teori standard seperti yang terdapat dalam buku Aspects of the Theory of
Syntax, nahu terbahagi kepada 3 komponen, iaitu:
(i) Komponen sintaksis,
(ii) Komponen semantik, dan
(iii) Komponen fonologi.
Rumus Sintaksis Rumus sintaksis terdiri daripada rumus asas dan rumus transformasi. Rumus asas
terdiri daripada rumus struktur frasa seperti yang terdapat dalam model Syntactic
Structures tetapi rumus yang menulis kembali lambang bukan terminal kepada
82
perkataan tidak lagi terdapat dalam teori standard. Di tempatnya digantikan dengan
rumus-rumus penyisipan leksikal. Rumus ini membolehkan penyisipan kata daripada
leksikon sekiranya bersesuaian dengan ciri-ciri sintaksis yang ditetapkan. Rumus-
rumus penyisipan leksikal inilah yang menentukan pemilihan kata-kata yang boleh
berkolokasi. Ayat-ayat seperti Colourless green ideas sleep furiously, misalnya,
akan ditandakan sebagai ayat yang tidak gramatis.
Leksikon merupakan kamus atau senarai kata yang menyatakan semua maklumat
fonologi, sintaksis, dan semantik sesuatu kata itu.
Contoh rumus struktur frasa yang terdapat dalam teori standard adalah seperti yang
berikut:
7. A → FN + FK
Kopula + Predikat
FK → K (FN) + (FS) + (FS) + (ket)
S’
Predikat
FN → N + (S’) + (Pen)
Adj
(Spt) + nama predikat
Predikat N → + N + N → + bilang + bilang → + bernyawa + bernyawa → + manusia
83
Hasil daripada rumus di atas dinamakan lambang kompleks, dan
merupakan satu perubahan yang penting dalam teori standard. Contoh rajah pohon
dengan lambang-lambang kompleks adalah seperti yang terdapat di bawah:
8. A FN FK N Pen K FN + N N Pen + bilang + nyawa N + manusia = bernyawa • • • Lambang-lambang kompleks ini akan menentukan jenis nama yang boleh hadir di
bawah nod-nod tertentu. Misalnya dalam rajah di atas nama budak boleh hadir di
bawah nod N sebelah kiri tetapi tidak boleh hadir di bawah nod N sebelah kanan.
Kemasukan leksikal bagi kata budak mempunyai ciri [ + manusia ] yang
bersesuaian dengan lambang kompleks yang terdapat di bawah nod N di sebelah
kiri tetapi tidak sesuai dengan kod nod N di sebelah kanan yang mempunyai ciri [ –
manusia ].
9. budak [ + N, – abstrak, + manusia, – dewasa] Syarat kehadiran seperti ini dinamakan rumus pemilihan (selectional rules). Rumus
ini penting untuk memastikan bahawa ayat-ayat seperti yang berikut tidak
diterbitkan.
84
10. (a) * Kayu memukul Ali. (b) * Saya minum nasi itu. (c) * Buku itu memanjat pokok. (d) * Meja itu mengejar kucing.
(Nik Safiah, 1988:29-31)
Teori Standard Tambahan
Walau bagaimanapun, Chomsky kemudiannya merasa kurang puas hati dengan
teori standard (1965) ini kerana terdapat bukti-bukti empirikal yang menunjukkan
bahawa struktur permukaan juga turut menentukan erti ayat-ayat. Maksudnya,
sebahagian daripada informasi semantik terutamanya yang menyinggung aspek-
aspek menidakkan (negation) dan kuantifikasi (quantification) tidak terdapat dalam
struktur dalaman sintaksis, lantas harus dicari dalam struktur permukaan. Justeru
itu, Chomsky pun mengubahsuaikan teori standardnya dengan mengikutsertakan
struktur permukaan sebagai turut menentukan erti ayat (interpretasi semantik). Oleh
itu, interpretasi semantik ditentukan oleh kedua-dua struktur dalaman dan struktur
permukaan sintaksis. Pengubahsuaian ini melahirkan teori yang dikenal sebagai
teori standard tambahan (extended standard theory) (EST).
Perkembangan selanjutnya memeperlihatkan kelahiran teori revised
extended standard theory (REST). REST juga lahir sebagai hasil daripada
modifikasi yng dibuat oleh Chomsky terhadap andaian-andaian dalam EST.
Chomsky telah melengkapkan teori semantik interpretifnya dengan menyatakan
bahawa erti sebenar ayat-ayat ditentukan juga oleh sistem-sistem lain, iaitu struktur
kognitif dan persekitaran (konteks).
85
Lantaran itu berdasarkan andaian dalam REST, kita dapati bahawa erti
sebenar terbahagi kepada dua, yakni semantik linguistik (Erti I) yang ditentukan oleh
struktur dalaman dan struktur luaran sintaksis, dan semantik bukan linguistik (Erti II)
yang hanya dapat difahami apabila ayat dihubungkan dengan knowledge of the
world. Yang dimaksudkan dengan knowledge of the world ialah segala sistem
kepercayaan, agama, adat resam, falsafah, pandangan dunia dan amalan-amalan
sosial yang mendasari kehidupan masyarakat. Knowledge of the world ini juga dapat
diertikan sebagai konteks yang melingkungi penggunaan bahasa dalam masyarakat.
Teori REST ini dapat digambarkan seperti berikut:
Dasar Komponen Transformasi Representasi Semantik I Representasi Semantik II Sistem-sistem lain
Fakta pengetahuan dunia (konteks) membentuk isi-isi sistem kognitif
Budaya
Struktur dalaman dan sturktur luaran (EST) berfungsi untuk memberikan
bentuk-bentuk logik, yakni erti linguistik (pada peringkat representasi semantik I)
yang ditentukan oleh rumus-rumus tatabahasa (rumus-rumus projeksi). Interpretasi
erti yang spenuhnya (representasi semantik II) ditentukan oleh rumus-rumus yang
Tatabahasa
kalimat
Penanda Frasa
Awal
Struktur
Permukaan
Bentuk
Logik
86
bukan bahagian daripada tatabahasa tetapi merupakan faktor-faktor bukan linguistik
yang datangnya daripada konteks (Yap Eng Moi, 1985:273-289).
Kesimpulan
Teori TG memang berkembang pesat sejak tahun 1957 lagi hingga akhir tahun
1990-an. Bagaimanapun, dapat dikatakan bahawa teori standard seperti yang
dikemukakan dalam Aspects itulah yang menjadi teras dalam teori TG.
Perkembangan terus berlaku hinggalah kepada timbulnya teori program minimalis
pada pertengahan tahuan 1990-an. Semuanya ini menunjukkan kesuburan
pemikiran yang berlaku di kalangan ahli linguistik dalam TG.
Soalan Latihan
1. Berdasarkan contoh, huraikan tiga rumus pembentukan ayat dalam teori
Transformasi Generatif.
2. Bandingkan pengertian keupayaan dengan pengwujudan menurut teori
linguistik Transformasi Generatif.
Rujukan
1. Asmah Haji Omar. 1992. Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Chomsky, N. 1957. Syntactic Structures. The Hague: Mouton and Co.
87
3. Chomsky, N. 1965. Aspects of The Theory of Syntax. The Hague: Mouton
and Co.
4. Nik Safiah Karim (ed.). 1988. Linguistik Transformasi Generatif: Suatu
Penerapan pada Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
5. Yap Eng Moi. 1985. “Penerapan Teori Semantik dalam Bidang
Penterjemahan”. Dlm. Dewan Bahasa 29(4):273-289.
88
UNIT 7
TEORI SEMANTIK
Pengenalan
Semantik selalunya dianggap sebagai huraian makna antara perkataan. Cara ini
lebih mudah diterangkan dengan menggunakan rujukan. Bagaimanapun, makna
juga sebahagian besarnya adalah berkaitan dengan hubungan antara bahasa
dengan dunia kebahasaan. Dunia bahasa bermaksud konteks atau keperihalan
yang melatari satu-satu unsur linguistik sama ada kata, ungkapan atau ayat.
Objektif
1. Mengetahui konsep keperihalan keadaan dalam teori semantik.
2. Mengetahui perbezaaan antara semantik dan pragmatik.
3. Mengetahui huraian pragmatik menurut teori semantik sistem penuh.
Keperihalan Keadaan
Konsep ini mula-mula sekali diperkenalkan oleh Malinowski, seorang ahli
antropologi yang telah menumpukan pengkajiannya kepada penduduk-penduduk di
kepulauan Trobriand di Pasifik Selatan. Beliau menghadapi masalah dalam
menterjemahkan teks-teks yang dirakamkannya iaitu beliau tidak dapat
menterjemah dengan tepat perkataan-perkataaan yang dituturkan oleh penduduk-
penduduk kepulauan tersebut ke dalam bahasa Inggeris.
89
Firth tertarik hati dengan konsep konteks situasi atau keperihalan keadaan
yang diperkenalkan oleh Malinowski ini dan telah menggunakannya dengan lebih
mendalam di dalam kajian linguistik khususnya bagi bidang semantik. Bagi Firth,
makna adalah sama dengan fungsi dan gejala makna dapat dilihat dalam setiap
peringkat struktur bagi sesuatu bahasa. Makna dalam setiap peringkat itu perlu
dilihat dalam konteks tertentu. Di dalam bahasa Melayu, di peringkat fonologi
misalnya, bunyi-bunyi [b], [p], [t], [d] dan sebagainya , secara tersendiri memang
tidak ada makna tetapi kalau kita lihat bunyi-bunyi itu dalam konteks atau
persekitaran tertentu, bunyi-bunyi itu nyata berfungsi. Misalnya, bunyi [t], di dalam
konteks [tadi], membawa makna, tetapi sekiranya [t] itu digugurkan, tinggal hanya
bunyi [adi], gabungan bunyi-bunyi itu ketara tidak bermakna. Hanya dengan
ditambah bunyi [t] di awalnya, barulah gabungan bunyi-bunyi tadi mempunyai
makna. Kenyataan ini ketara juga apabila kita gantikan bunyi [t] itu dengan bunyi lain
seperti bunyi [p]. Perkataan [tadi] bertukar menjadi [padi] dan maknanya berubah.
Dengan demikian jelaslah bahawa, bunyi-bunyi itu berfungsi atau bermakna kalau
diletakkan di dalam konteks-konteks tertentu. Walau bagaimanapun, bagi Firth,
fungsi atau makna pada peringkat fonologi seperti ini adalah kecil (minor function).
Di peringkat morfologi pula sebagaimana fonem, morfem-morfemnya seperti
me-, ber-, ter-, dan sebagainya secara tersendiri tidak mempunyai makna tetapi
kalau morfem-morfem itu diletakkan di dalam konteks perkataan-perkataan yang
tertentu, ia mempunyai makna. Sebagai contoh, perkataan-perkataan terjatuh,
termakan, terdaya, melaut, menangis, mencangkul dan lain-lain, adalah berbeza
maknanya dengan jatuh, makan, daya, laut, tangis, cangkul dan lain-lain.
90
Di peringkat intonasi ayat pula sekiranya kita mengucapkan perkataan haus
dalam intonasi yang berlainan, ia membawa maksud yang berlainan. Misalnya,
ujaran “Haus!” dan “Haus?” membawa maksud yang berlainan. Ujaran “Haus!” lebih
merupakan satu penglahiran rasa dahaga yang dialami oleh penutur sendiri
sementara ujaran “Haus?” (dengan intonasi ayat tanya), bukan lagi merupakan
penglahiran rasa penutur tetapi merupakan pertanyaan kepada pendengar ujaran
itu. Sekiranya ujaran ini (Haus?) ditujukan kepada si A, tentunya si A akan memberi
jawapan, misalnya, “Tidak, saya tidak haus!” atau “Ya, saya berasa haus” atau
mungkin juga katanya “Belum, masih boleh dipakai lagi!”. Dalam keadaan ini
ternyata bahawa “konteks” ujaran benar-benar menenentukan makna. Sekiranya
perktaaan “haus” dimaksudkan kepada “dahaga” maka ia memungkinkan jawapan
yang berhubungan dengannya (seperti contoh di atas). Makna pekataaan ini
berbeza sekali sekiranya konteks ujaran itu berhubung dengan keadaan “kasut”
misalnya, di mana di sini, “haus” bukan lagi bererti dahaga tetapi “kasut yang telah
kehilangan bunga”. Menurut Firth, dalam kajian semantik, peringkat konteks situasi
yang akhir inilah yang paling penting dan inilah sebenarnya kajian semantik.
Menurut Firth lagi, ada tiga perkara yang terlibat di dalam konteks situasi ini,
iaitu (a) para pengambil bahagian di dalam pertuturan, (b) perkara yang
diperkatakan, dan (c) kesan dari pertuturan itu. Orang-orang yang terlibat di dalam
sesuatu konteks pertuturan menentukan penggunaan sesuatu perkataan. Di dalam
masyarakat Melayu misalnya, apabila seorang anak bertutur dengan ibu bapa atau
91
orang-orang yang lebih tua daripadanya, ia tidak boleh menggunakan perkataan
“aku” dan “engkau” kerana ia dianggap membawa maksud yang tidak manis atau
tidak sopan. Tetapi perkatan “aku” dan “engkau” ini membawa konotasi yang
berlainan apabila digunakan semasa bertutur dengan kawan khususnya kawan
rapat. Bagi sesetengah orang, penggunaaan kata-kata ini boleh menunjukkan
kemesraan. Begitu juga dengan halnya dengan penggunaan kata rujukan “encik”
dan “tuan” digunakan oleh seseorang apabila ia berhubung dengan orang yang lebih
tinggi pangkat atau kedudukan daripadanya. Ia tidak akan menggunakan rujukan
demikian apabila bertutur dengan rakan-rakan atau ahli keluarganya.
Tajuk perbincangan atau perkara yang diperkatakan juga dianggap satu
daripada aspek penting dalam konteks situasi. Ini adalah kerana tajuk perbincangan
sememangnya menentukan penggunaan perbendaharaan kata tertentu dengan
makna yang tertentu juga. Sebagai contoh, perkataan “arak” sebagaimana yang
telah disebutkan di atas tadi, kalau digunakan dalam konteks “hidangan minuman”,
perkataan itu dimaksudkan kepada “minuman keras” tetapi kalau dalam konteks lain
misalnya mengenai “acara sambutan”, perkataan ini bererti “berjalan beriringan
secara beramai-ramai”. Begitu juga dengan perkataaan “ pasang”. Kalau perkataan
ini diperkatakan dalam konteks atau tajuk “keadaan sungai”, ia membawa
pengertian “air naik” tetapi kalau dibincangkan dalam konteks tatabahasa, perkataan
ini berfungsi sebagai “penjodoh bilangan”.
92
Kesan pertuturan pula dimaksudkan kepada apakah reaksi atau perlakuan
yang ditunjukkan oleh para penutur selepas terlafaznya sesuatu ujaran. Sebagai
contoh, katakan si A mengujarkan “Amboi! Seronoknya” kepada si B dan selepas
ujaran itu berlaku pertengkaran di antara kedua-duanya. Di sini nyata bahawa
ujaran itu mengandungi pengertian yang negatif. Mungkin sebenarnya si A
menyindir si B. Sebaliknya kalau selepas ujaran si A dan si B riang ketawa atau si A
sama-sama menikmati keseronokan yang dirasai oleh si B, maka ujaran si A tadi
mengandung pengertian yang positif, yakni maksud “seronok” itu memang sebenar-
benarnya “seronok” bukan sebaliknya. Demikianlah pentingnya konteks situasi
dalam penentuan makna sesuatu ujaran (Raminah dan Rahim, 1985:285-287).
Semantik dan Pragmatik
Dari segi amalannya, masalah membezakan ‘bahasa’ (langue) daripada
‘penggunaan bahasa’ (parole) berkisar pada perbalahan dalam menentukan
batasan semantik dan pragmatik. Kedua-dua bidang ilmu ini mengkaji makna tetapi
yang membezakan satu daripada yang lain berpunca daripada dua penggunaan
kata kerja bermaksud yang berlainan:
(1) (i) Apakah maksud X?
(ii) Apakah yang anda maksudkan dengan X?
Lazimnya, semantik menganggap makna sebagai pertalian dua segi, seperti dalam
(1)(i), manakala pragmatik menganggap makna sebagai pertalian tiga segi, seperti
93
dalam (1)(ii). Oleh yang demikian makna dalam pragmatik ditakrif dengan
mengambil kira penutur atau penggunaan bahasa, tetapi makna dlam semantik
ditakrif semata-mata sebagai ciri ungkapan sesuatu bahasa, tanpa mengambil kira
keadaan penutur atau pendengar tertentu.
Soalan ini akhirnya harus dinyatakan juga: bagaimanakah kita tahu fenomena yang
kita kaji adalah fenomena pragmatik dan bukannya fenomena semantik? Oleh
sebab pragmatik mengkaji makna dengan mengambil kira situasi tuturan, maka
merujuk satu atau atau lebih aspek situasi tuturan yang berikut ini akan dijadikan
kriteria.
(i) Penyapa atau sidilawan-sapa
Untuk memudahkan perbincangan, akan dinamakan masing-masing penyapa dan
sidilawan-sapa sebagai t (‘penutur’) dan d (‘pendengar’). Huruf-huruf ini adalah
singkatan untuk ‘penutur/penulis’ dan ‘pendengar/pembaca’. Oleh yang demikian,
dengan menggunakan singkatan t dan d maka tidaklah kita menghadkan pragmatik
kepada mengkaji bahasa pertuturan sahaja. Perbezaan yang nyata boleh
dikemukakan antara penerima (orang yang dimaksudkan sebagai penerima mesej)
dah sidilawan-sapa (orang yang dimaksudkan sebagai penerima mesej). Seseorang
penerima boleh jadi siapa saja yang kebetulan ada di sisi kita, atau orang yang
memang hendak memasang telinga terhadap apa yang kita bualkan, iaitu bukannya
sidilawan-sapa sahaja. Perbezaan ini relevan bagi kajian ini oleh sebab sang
analisis yang menganalisis makna pragmatik bolehlah, secara unggul, dianggap
94
sebagai penerima: dia seumpama ‘lalat di dinding’ yang cuba untuk mengerti isi
sesuatu wacana dengan berpandukan apa-apa saja dalil konteks yang boleh
diperolehnya. Penggunaan simbol d, walau bagaimanapun, akan sentiasa
bermaksud satu atau lebih sidilawan-sapa atau orang yang kepadanya ujaran itu
ditujukan oleh t.
(ii) Konteks ujaran
Konteks telah dimengertikan dengan cara yang berbagai-bagai, misalnya sebagai
melibatkan aspek suasana fizikal atau sosial yang ‘relevan’ bagi sesuatu ujaran.
Yang akan dianggap sebagai konteks ialah pengetahuan latar belakang apa pun
yang dianggap sebagai pengetahuan yang dimiliki bersama oleh t dan d dan yang
membantu d mentafsir apa yang dimaksudkan oleh t dengan ujarannya.
(iii) Matlamat ujaran
Sering didapati bahawa lebih berguna jika kita bercakap tentang matlamat atau
fungsi sesuatu ujaran daripada bercakap tentang makna yang dihajatkan, atau
tentang hajat t apabila mengujarkan sesuatu ujaran. Istilah matlamat lebih bersifat
berkecuali daripada hajat, oleh sebab ia tidak melibatkan penggunaannya dengan
konsep kemahuan atau dorongan, tetapi boleh digunakan secara umum untuk
merujuk kegiatan yang peka matlamat. Oleh sebab ini, perkataan hajat mungkin
mengelirukan.
95
(iv) Ujaran sebagai bentuk lakuan atau kegiatan : lakuan tuturan
Kalau dikatakan nahu mengendalikan benda statik dan mujarad seperti ayat (dalam
sintaksis) dan proposisi (dalam semantik), maka pragmatik mengendalikan lakuan
verbal atau perlakuan yang berlaku dalam situasi tertentu, dalam waktu tertentu.
Jadi, dari segi ini, pragmatik mengendalikan bahasa di tahap yang lebih konkrit lagi
daripada nahu.
(v) Ujaran sebagai hasil lakuan verbal
Ada satu lagi maksud yang ada pada perkataan ‘ujaran’ yang dapat digunakan
dalam pragmatik; maksud ini merujuk hasil sesuatu lakuan verbal dan bukannya
kepada lakuan verbal itu sendiri. Misalnya, kata-kata Would you please be quiet?
yang diujarkan dengan nada menaik bersopan boleh diperihalkan sebagai ayat, atau
sebagai pertanyaan, atau sebagai permintaan. Tetapi, akan memudahkan kerja jika
kita mengekalkan istilah seperti ayat dan pertanyaan untuk menamakan benda-
benda kenahuan yang diterbitkan daripada sistem bahasa, dan mengkhaskan istilah
ujaran untuk menamakan kejadian benda ini yang dikenal pasti melalui
penggunaannya dalam situasi tertentu. Oleh yang demikian, sesuatu ujaran
bolehlah dianggap sebagai kejadian ayat, atau token-ayat, tetapi tidaklah boleh
dianggap sebagai ayat. Dalam maksud yang kedua inilah maka ujaran adalah unsur
yang maknanya kita kaji dalam pragmatik. Sebenarnya, kita boleh dengan tepat
memperihalkan pragmatik sebagai kajian yang mengendalikan makna ujaran, dan
semantik sebagai kajian yang mengendalikan makna ayat. Tetapi, tidak perlulah kita
mengandaikan bahawa kesemua ujaran adalah token ayat. Ada kalanya kita
96
mungkin mahu menganggap sesuatu cebisan bahasa sebagai ayat yang sama ada
terlalu pendek ataupun terlalu panjang untuk dikelaskan sebagai satu ayat. (Leech,
1993:15-17)
Semantik Sistem Penuh
Kajian semantik pada peringkat ini dipelopori oleh Sperber dan Wilson. Sperber dan
Wilson tidak bersetuju dengan idea yang dikemukakan oleh golongan semantik
syarat-benar dalam memberikan makna sebenar bagi sesuatu ayat atau ujaran.
Sperber dan Wilson memulakan hujah mereka dengan memberi seberkas ayat:
(2) (i) Saya merasa gembira.
(ii) Ali membeli ketam.
(iii) Dia juga
Bagi ketiga-tiga ayat di atas, kita tidak dapat memberikan syarat-benarnya
tanpa sebarang maklumat tambahan. Dalam ayat (2)(i) kita memerlukan maklumat
seperti waktu ujaran dan siapakah saya, sementara dalam ayat (2)(ii), selain dari
waktu ujaran, kita perlukan maklumat siapakah Ali dan ketam apakah yang
dimaksudkan? Dalam ayat (2)(iii) pula, kita perlukan maklumat tentang waktu ujaran,
siapakah dia dan apakah frasa kerja yang telah digugurkan.
Maklumat ini tidak dapat diberikan oleh nahu generatif. Nahu generatif hanya
menumpukan perhatian kepada ayat dan bukan ujaran. Walau bagaimanapun,
maklumat yang diperlukan bagi menentukan syarat-syarat hanya boleh diterapkan
97
pada ayat dan bukannya pada ujaran, memandangkan semantik syarat-syarat ayat
(2)(i)-(ii) bukannya tentang ayat tetapi ujaran bagi ayat tersebut dalam konteks dan
niat tertentu. Di sini jelaslah bahawa semantik syarat-benar hanya boleh diterapkan
pada ayat dan bukannya pada ujaran, memandangkan semantik syarat-benar tidak
melibatkan faktor bukan linguistik dalam memberikan makna sebenar sebagaimana
yang dihajati.
Bagi golongan semantik syarat-benar, masalah waktu ujaran dan siapa
penutur ujaran tersebut tidak menjadi masalah. Bagi mereka saya adalah sudah
pasti merujuk kepada penutur, kemudian ditentukan nama penutur tersebut dan
akhirnya diberikan waktu ujaran. Rumus interpretasi semantik akan dapat diberikan
bukan sahaja pada ayat malah pada pasangan ayat-konteks. Contohnya, maklumat
konteks diberikan iaitu si penutur ialah Siti dan masa ujaran adalah pada 30
November. Jadi ayat (2)(i) akan menjadi benar dalam semua dunia kemungkinan
iaitu Siti merasa gembira pada 30 November. Atau dalam contoh lain, diberikan
maklumat yang si penutur ialah Siti dan waktu ujaraan adalah pada hari Ahad lepas.
Jadi, ayat (2)(i) akan menjadi benar dalam semua dunia kemungkinan yang Siti
merasa gembira pada 23 November lepas dan begitulah seterusnya. Kebanyakan
ahli semantik syarat-benar percaya bahawa aspek penggantungan konteks dapat
diselesaikan dengan cara begini.
Bagaimana pula dengan ayat (2)(ii)? Ali boleh merujuk kepada lebih daripada
seorang Ali dalam waktu ujaran tersebut dan perkataan ketam itu sendiri bersifat
98
taksa. Bolehkah kita sekadar mengatakan bahawa ada dua makna bagi perkataan
ketam? Jadi, ayat (2)(ii) akan mempunyai dua syarat-benar yang tersendiri.
Bagaimana pula jika Ali itu melebihi 10 orang? Maka akan ada lebih daripada 10
ayat dengan syarat-benar yang tersendiri. Sesungguhnya, bukan ini jalan
penyelesaiannya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah ujaran yang taksa. Ini
semua hanya dapat diselesaikan oleh pragmatik dan bukannya semantik. Begitu
juga halnya dengan ayat (2)(iii), konteks diperlukan bagi mendapatkan frasa kerja
yang digugurkan.
Seterusnya, kita melihat bagaimana Sperber dan Wilson menafsir ayat-ayat
di atas. Mereka menggunakan model semantik sistem penuh. Daripada bahasa
semula jadi, ayat ini diterjemahkan ke dalam bentuk logik. Jadi, ayat (2)(i)-(iii)
mempunyai bentuk logik seperti yang berikut:
(a) Saya gembira. Bentuk logik: gembira pada [penutur] [waktu ujaran] (b) Ali membeli ketam. Bentuk logik: sama ada: (1) membeli pada [individu [sejenis [waktu bernama Ali] makanan laut] ujaran] atau: (2) membeli pada [individu [sejenis alat [waktu bernama Ali] tukang] ujaran]
99
(c) Saya juga Bentuk logik: [seseorang [ciri-cirinya] Individu
Bentuk-bentuk logik ini melahirkan makna ayat yang diujarkan tetapi banyak
meninggalkan ketaksaan dan rujukan yang belum diselesaikan. Penterjemahan
daripada bahasa semula jadi kepada bentuk logik masih dapat dianggap sebagai
sebahagian daripada nahu dan pemberian maknanya masih dikira tidak lengkap.
Pemberian makna pada peringkat ini dikenali sebagai semantik linguistik
memandangkan hanya faktor linguistik sahaja yang diambil kira. Ia masih
merupakan pembahagian makna logik yang kering tanpa memasukkan apa-apa
maklumat bukan linguistik. Perkara yang ditekankan pada peringkat ini hanyalah
pencirian bagi setiap perkataan bagi mendapatkan makna pada peringkat
perkataan. Makna pada peringkat ini juga belum dapat ditentukan syarat-benarnya.
Bagi membolehkan kita memberikan syarat-benar ayat tersebut, kita
memerlukan selapis lagi representasi iaitu antara bentuk logik dan interpretasi
semantik. Di sini maklumat tambahan bagi sisi atau dikenali juga sebagai bahasa
pemikiran (language of thought). Perbezaan antara bentuk proposisi dengan bentuk
logik ialah bentuk proposisi mampu dicari salah benarnya, dan dengan itu juga
mampu menentukan set syarat-benarnya.
100
Dalam rangka ini, bentuk logik ialah sebahagaian daripada terjemahan
bahasa semula jadi kepada bahasa pemikiran. Bagi melengkapkan bentuk logik ini
kepada bentuk proposisi yang seterusnya menentukan syarat-benar, kita perlu
mempunyai prinsip pragmatik dan maklumat konteks. Dalam rangka yang diberikan
oleh Sperber dan Wilson, pendengar seharusnya menerima ujaran yang selari
dengan prinsip-prinsip relevans, kemudian memilih rujukan yang sesuai dan mudah
dan menjelaskan ketaksaaan yang timbul bagi mendapatkan makna yang sebenar.
Dalam prinsip pragmatik Sperber dan Wilson, faktor kontekslah yang menguasai
pergerakan daripada bentuk logik kepada bentuk proposisi sepenuhnya.
Teori semantik sistem penuh ini jelas menggambarkan interaksi antara
semantik dengan pragmatik. Ayat bahasa semula jadi akan diterjemahkan ke dalam
bentuk logik. Pada tahap ini pemberian makna yang memasukkan faktor linguistik
sahaja diambil kira. Di sinilah peranan semantik sebagai sebahagian daripada nahu
terhenti. Tetapi pemberian makna yang terhenti pada tahap ini belum dapat
dianggap sebagai pemberian makna yang lengkap. Ini adalah kerana antara rumus
terjemahan semantik linguistik dengan rumus interpretasi semantik (yang
kadangkala dirujuk sebagai semantik sebenar) terdapat satu jurang. Jurang ini tidak
lagi diisi oleh semantik tetapi prinsip pragmatik. Pragmatik pula tidak dapat dianggap
sebagai sebahagian daripada nahu kerana pragmatik adalah berkenaan dengan
pengetahuan bukan linguistik yang digunakan bagi menginterpretasi ujaran. Rumus
semantik yang hanya dapat dianggap sebagai sebahagian daripada nahu adalah
daripada peringkat rumus terjemahan yang menghubungkan bahasa semula jadi
101
kepada bentuk logik. Proses seterusnya daripada bentuk logik kepada bentuk
proposisi dikuasai oleh prinsip pragmatik. Oleh itu, dakwaan golongan semantik
syarat-benar bahawa semantik ialah sebahagian daripada nahu dan seterusnya
dapat memberikan interpretasi semantik adalah tidak tepat.
Sperber dan Wilson telah merangka teori semantik sistem penuh yang
menghubungkaitkan ilmu semantik dan pragmatik bagi memperoleh makna yang
lebih sempurna. Ikatan antara kedua-dua ilmu itu tersimpul rapi dan meyakinkan
hingga berjaya memberikan alternatif kepad teori-teori yang terdahulu. (Nor
Hashimah, 1992:16-20)
Kesimpulan
Semantik sebagai kajian tentang makna dalam ilmu linguistik terus berkembang
hinggalah ke zaman munculnya pragmatik sebagai lanjutan kepada semantik.
Bidang pragmatik juga terus berkembang dengan pesat dengan munculnya teori
semantik sistem penuh dan juga teori relevans. Ini menunjukkan betapa suburnya
bidang ini mengikuti arus kemajuan ilmu yang selari dengan kemajuan masyarakat
penuturnya yang mentafsir bahasa dengan pelbagai sudut pandangan dan
pemikirannya.
Soalan Latihan
1. Berdasarkan contoh, jelaskan peranan peserta dalam konteks situasi
pertuturan.
102
2. Bandingkan pengertian makna dari sudut semantik dan pragmatik.
Rujukan
1. Firth, J.R. 1964. Papers in Linguistics 1934-1951. London: Oxford University
Press.
2. Leech, G. 1993. Prinsip Pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. (Terjemahan Azhar M. Simin).
3. Nor Hashimah Jalaluddin. 1992. Semantik dan Pragmatik: Satu pengenalan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Raminah Sabran dan Rahim Syam. 1985. Kajian Bahasa. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
103
UNIT 8
ANALISIS WACANA DAN GENRE
Pengenalan Kajian bahasa dalam teks atau wacana mula muncul ekoran kajian Malinowski dan
Firth berhubung dengan kaedah situasi dan teori keperihalan keadaan yang
mengkaji bahasa dalam konteksnya. Dari itu, telah lahir pula aliran yang mengkaji
bahasa dalam unit yang lebih luas dari ayat, yakni mengkaji bahasa dalam teks atau
wacana. Dengan itu, timbullah apa yang dikenali sekarang sebagai analisis wacana
atau linguistik teks.
Objektif 1. Mengetahui pengertian analisis wacana.
2. Mengetahui pendekatan dan aplikasi analisis wacana dalam bahasa Melayu.
3. Mengetahui konsep genre dan unsur-unsur yang terkandung di dalamnya.
Analisis Wacana Analisis wacana adalah kajian tentang pelbagai fungsi bahasa dari sudut
penggunaannya dalam urutan ujaran. Tanpa konteks situasi atau hubungan ujaran
antara ayat-ayat, maka kita sukar untuk berhubungan antara satu sama lain. Ini
menunjukkan bahawa yang dikaji dalam analisis wacana adalah bahasa dari segi
penggunaannya. Hal ini dinyatakan oleh Brown dan Yule (1989:1) seperti berikut:
104
‘…the analysis of discource is necessarily the analysis of language in use. As such it cannot be restricted to the description of linguistic forms independent of the purposes of functions which these forms are designed to serve in human affairs.’
Analisis wacana tidak terbatas pada kajian unsur-unsur yang membentuk
ayat dari segi tatabahasa sahaja, tetapi menerangkan hubungan antara bahasa
dengan konteks penggunaannya. Perkara yang ditekankan dalam analisis wacana
bukanlah ayat atau klausa sebagai unit tatabahasa semata-mata, tetapi penggunaan
unit-unit tersebut dalam konteks situasi pertuturan yang sebenarnya, seperti yang
ditekankan oleh Coulthard (1977:7) yang memetik pendapat Labov :
‘Labov (1972) emphasizes that the first and most important step is to distinguish ‘what is said from what is done’ that is, discourse analysis must be concerned with the functional use of language. Thus, for all discourse analysis the unit of analysis is not the grammatically defined ‘clause’ of ‘sentence’. Although the unit may very frequently consist of one clause of sentence’.
Penekanan kepada aspek penggunaan bahasa dan tidak semata-mata
kepada aspek tatabahasa memang penting dalam kajian linguistik. Ini kerana makna
atau maksud sebenar sesuatu perkataan atau ayat hanya akan dapat diketahui
dengan lebih jelas apabila dilihat dalam konteks situasi pertuturan yakni dalam
penggunaan bahasa yang sebenarnya. Wittgenstein (1953:125) pula telah
melangkah satu tapak lagi ke hadapan dengan menegaskan bahawa makna bukan
setakat apa yang dapat dilihat daripada bentuknya, tetapi penggunaan itulah
maksudnya. Menurutnya, The meaning of words is its use in the language.
105
Dalam pengertian yang lebih luas, analisis wacana mengkaji hubungan
antara unsur-unsur linguistik dari segi maksud yang sebenarnya wujud. Ini
bermakna analisis wacana tidak mengkaji struktur bahasa yang melebihi batas yang
disusun secara nahuan semata-mata tetapi melihat bagaimana unit linguistik itu
digunakan oleh penutur dan pendengar dalam peristiwa bahasa yang sebenarnya.
Menurut Harris (1952), dalam artikelnya yang berjudul Discource Analysis,
analisis wacana adalah: ‘pemenggalan satu-satu wacana kepada unsur-unsur dasar
atau bahagian-bahagian komponennya melalui kaedah penyebaran standard’. Dari
sudut hubungan antara ayat, analisis wacana sebenarnya merupakan kajian yang
menghuraikan urutan ujaran dalam wacana yang mempunyai kesepaduan makna.
Hal ini penting kerana ayat-ayat yang betul dari sudut tatabahasa, tetapi tidak
mempunyai kesepaduan makna akan sukar difahami oleh pendengar atau
pembaca.
Analisis wacana sebenarnya merupakan satu analisis linguistik terhadap
wacana pertuturan atau tulisan yang wujud. Analisis wacana cuba mengkaji struktur
bahasa melebihi batas ayat atau klausa. Ini menunjukkan bahawa analisis wacana
mengkaji penggunaan bahsa dalam konteks sosial dan secara khususnya dalam
interaksi perbualan antara penutur dengan pendengar.
Analisis wacana cuba meneliti bagaimana manusia menggunakan bahasanya
untuk berkomunikasi. Secara khusus, bagaimana penutur membina mesej linguistik
106
untuk disampaikan kepada pendengar, dan bagaimana pula pendengar cuba
memahami mesej linguistik tersebut. Ini bererti, analisis wacana cuba meneliti
bentuk-bentuk bahasa yang digunakan dalam komunikasi antara penutur-pendengar
atau penulis-pembaca.
Dalam analisis wacana, aspek pragmatik penting kerana banyak perkara atau
pertimbangan dalam bahasa tidak dapat diterangkan dengan jelas jika hanya
berdasarkan kepada penerangan nahu ayat semata-mata. Hal ini dijelaskan oleh
Brown dan Yule (1989:27) seperti berikut:
‘... we emphasized that the discourse analyst necessesrily takes a pragmatic approach to the study of language in use. Such approach brings into consideration a number of issues which do not generally receive much attention in the formal linguist’s description of sentential syntax semantics.
Sifat dan struktur bahasa mempunyai hubungan dengan fungsi bahasa,
seperti yang dilahirkan oleh penutur-penuturnya, dan fungsi-fungsi itu berkaitan
dengan masyarakat bahasa itu sendiri. Dengan itu, huraian struktur sesuatu bahasa
perlu memberikan perhatian kepada latar belakang kebahasaan dalam
masyarakatnya, jika tidak, huraian itu hanya akan mendedahkan fakta bahasa yang
bersifat abstrak yang dipisahkan daripada pengggunaannya. Hanya dengan
mengolah sistem dan fungsi bahasa secara serentak sahajalah dapat menerangkan
bentuk dan struktur dalam bahasa.
107
Pendekatan analisis wacana mementingkan kontek dan latar sosial pengguna
bagi memerikan tatabahasa sesuatu bahasa. Objek sasaran yang diperlakukan
dalam analisis wacana atau nahu wacana adalah ayat yang mempunyai maksud
yang bertindak dalam lingkungan yang berlatarbelakangkan konteks situasi
pertuturan. Analisis wacana merupakan kajian terhadap ayat yang sebenarnya
digunakan, iaitu kajian ayat dalam konteks. Dengan perkataan lain, analisis wacana
atau sintaksis wacana mengendalikan ayat-ayat tersahih dan bukan ayat-ayat
berbunyi pelik (Azhar, 1993:7).
Pendek kata, analisis wacana merujuk kepada kajian bahasa yang lebih
menyeluruh, yang melampaui batas ayat dan klausa. Hal tersebut merupakan
bidang disiplin kerana analisis wacana itu sendiri memerlukan sokongan
pengetahuan daripada pelbagai disiplin. Sebagai satu pendekatan dalam linguistik,
pendekatan analisis wacana bertujuan untuk menjelaskan peraturan yang
mencirikan penggunaan bahasa dan untuk memperlengkapkan pendekatan yang
lain.
Pendekatan Analisis Wacana
Pendekatan analisis wacana mula bersemarak pada tahun 1970-an dan menjadi
salah satu bidang yang penting dalam linguistik. Tujuan pendekatan ini adalah untuk
menjelaskan peraturan yang mencirikan penggunaan bahasa. Analisis wacana juga
bertujuan untuk mencari dan menghuraikan ciri kelaziman dalam penggunaan
bahasa. Berikut akan dijelaskan dua pendekatan atau kaedah dalam analisis
wacana.
108
Etnografi Komunikasi
Etnografi Komunikasi merupakan pendekatan analisis wacana yang mengemukakan
teori yang agak berbeza berdasarkan antropologi dan linguistik. Pendekatan ini cuba
menganalisis pola-pola komunikasi sebagai sebahagian daripada pengetahuan
budaya dan perilaku manusia. Hymes (1971) telah menegaskan peri pentingnya
kajian tentang kemampuan berkomunikasi (communicative competence), iaitu
keupayaan untuk menghasilkan ucapan yang tepat dalam perbualan.
Empat aspek penting dalam kemampuan berkomunikasi adalah potensi
sistematik (systematic potential) ketepatan (appropriateness), kejadian yang berlaku
(accurrence) dan kebolehpercayaan (feasibility). Selanjutnya, Hymes (1972) telah
mengemukakan analisis etnografi perbualan (ethnography of speaking) yang
menumpukan kepada penggunaan bahasa dalam perbualan, iaitu dari sudut judul
perbualan, mesej yang hendak disampaikan dalam perbualan dan latar serta aktiviti
yang terlibat semasa perbualan itu terjadi.
Pendekatan etnografi komunikasi ini cuba menganalisis pola-pola
komunikasi dengan kaedah pemerhatian terhadap peserta perbualan. Sesuatu unit
komunikasi dapat dijelaskan dengan bantuan sistem penggolongan yang
membahagikan sesuatu komunikasi kepada komponen-komponen tertentu. Sistem
atau grid penggolongan tersebut dikenali sebagai grid perbualan (speaking grid)
iaitu setiap huruf merupakan singkatan bagi setiap komponen yang berbeza yang
berperanan dalam sesuatu komunikasi (Schiffrin, 1994:142).
109
Latar tempat dan waktu [S] yang berbeza akan membezakan bentuk bahasa
yang digunakan. Semasa kuliah sedang dijalankan, seorang pensyarah akan
menggunakan bahasa yang formal dan pola-pola berbahasa baku. Sebaliknya,
pensyarah tersebut akan menggunakan bahasa yang tidak formal dan lebih mesra
jika berada dalam adegan yang lain, misalnya dalam majlis makan malam, atau
ketika berada di padang permainan.
Peserta perbualan [P] juga penting dalam menentukan pola komunikasi.
Status sosial, umur, jarak perhubungan, dan pengalaman yang dimiliki bersama
antara peserta akan menentukan bentuk bahasa yang digunakan dalam komunikasi.
Begitu juga dengan tujuan sesuatu komunikasi [E] sama ada untuk pendakwaan,
persidangan, mesyuarat, berjenaka dan sebagainya. Tujuan komunikasi yang
berbeza akan membezakan pola bahasa yang digunakan sama ada dari segi istilah,
susunan ayat atau perbendaharaan kata.
Urutan lakuan [A] juga menjadi faktor penting yang menentukan penggunaan
bahasa dalam komunikasi. Urutan lakuan pertuturan ini meliputi giliran bertutur
dalam perbualan dan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan, misalnya pertanyaan
diikuti dengan jawapan, ajakan diikuti oleh persetujuan atau penolakan dan
sebagainya. Pertanyaan akan menggunakan bentuk ayat tanya, manakala jawapan
biasanya akan menggunakan bentuk ayat penyata. Isi sesuatu komunikasi
merupakan analisis tentang judul dan pertukaran judul serta bentuk yang digunakan
untuk menyatakan sesuatu judul tersebut.
110
Nada perbicaraan [K] meliputi cara pemikiran yang disampaikan, makna yang
tersirat dan emosi yang mengiringi sesuatu peristiwa pertuturan. Unsur-unsur seperti
sindiran, rayuan, kiasan, cemuhan dan sebagainya akan menentukan bentuk-bentuk
penggunaan bahasa dalam komunikasi. Dalam rayuan akan terdapat bentuk-bentuk
ungkapan seperti tolonglah, berilah, dalam cemuhan terdapat bentuk-bentuk bahasa
yang kasar dan kesat, manakala dalam kiasan terdapat bentuk peribahasa,
perumpamaan dan sebagainya.
Alat [ I ] atau saluran komunikasi sama ada lisan, tulisan, isyarat, bersemuka,
melalui telefon, pesanan ringkas, sembang maya dan sebagainya juga dapat
menentukan bentuk-bentuk komunikasi. Perbualan secara bersemuka akan
dipengaruhi oleh bentuk bahasa seharian yang lebih mesra, manakala dalam
pesanan ringkas terdapat banyak bentuk-bentuk singkatan. Begitu juga dengan
norma-norma budaya [N] dalam sesuatu msyarakat dapat mempengaruhi
penggunaan bahasa dalam komunikasi antara peserta perbualan. Ini meliputi
bentuk-bentuk bahasa yang khusus, misalmya perkataan-perkataan tertentu yang
tidak sesuai digunakan atau mungkin menjadi pantang larang dalam masyarakat.
Akhirnya, genre [G] merupakan jenis penulisan yang melibatkan penggunaan
bahasa yang berbeza dari segi bentuk-bentuk bahasa yang digunakan,
kandungannya, teknik dan jaringan sosial yang terlibat dalam komunikasi. Dalam
puisi, mungkin banyak unsur bahasa kiasan, perlambangan dan sebagainya.
Sebaliknya, dalam khutbah unsur-unsur bahasa yang menunjukkan peringatan dan
nasihat akan digunakan.
111
Tujuan analisis etnografi komunikasi sebenarnya adalah untuk menjelaskan dan
menjadikan peraturan pentafsiran sebagai satu sistem yang digunakan oleh
masyarakat penutur. Bagaimanapun, kajian tentang etnografi komunikasi ini belum
mencapai tujuan tersebut. Oleh itu, sarjana dari disiplin yang lain telah cuba
mengkaji perbualan dengan cara yang agak berbeza seperti dalam bahagian yang
berikut.
Analisis Perbualan Perbualan sebagai objek kajian linguistik secara khusus telah disarankan oleh Firth
(1957:32) yang menegaskan bahawa: ‘Neither linguists nor psycholinguists have
begun the study of conversation; but it is here we shall the key to a better
understanding of what language really is and how it works’.
Analisis perbualan sebagai pendekatan analisis wacana sebenarnya cuba
mengenal pasti satu prinsip umum perbualan yang dapat dijadikan panduan bagi
penutur mengujarkan sesuatu agar dapat difahami oleh pendengar. Prinsip
perbualan ini dikenali sebagai prinsip kerjasama yang dinyatakan oleh Grice (1975:
45) seperti berikut : ‘Make your conversational contribution such as is required, at
the stage at which it occurs, by the accept purpose or direction on the talk exchange
in which you are engaged’.
112
Menurut prinsip ini, penglibatan peserta dalam perbualan hendaklah seperti
yang diperlukan pada tahap peristiwa itu berlaku dan sesuai dengan tujuan atau
arah perbualan tersebut. Dengan cara ini perbualan yang lancar serta difahami
dapat dilakukan. Untuk memperincikan prinsip kerjasama ini, Grice telah
mengemukakan empat petunjuk (maxim) yang menjadi ciri-ciri utama yang dapat
dijadikan panduan kepada penutur dalam mengujarkan sesuatu. Petunjuk-petunjuk
tersebut adalah petunjuk kualiti, kuantiti, perhubungan, dan cara.
Menurut petunjuk kualiti, penutur harus memastikan sumbangan maklumat
yang diberikan benar dan betul. Dari segi petunjuk kuantiti pula, penutur hendaklah
memastikan maklumat yang hendak dibicarakan seinformatif mungkin dan tidak
melebihi daripada yang diperlukan. Dari segi petunjuk perhubungan, penutur harus
memastikan perbualannya relevan di setiap peringkat, manakala dari segi petunjuk
cara, penutur harus jelas dalam perbualannya dan pendengar dapat memahaminya.
Oleh itu, perbualan tersebut mestilah ringkas, tersusun, tidak kabur dan tidak taksa.
Daripada petunjuk di atas, jelas bahawa matlamat utama adalah untuk
menganjurkan kebenaran dalam perbualan. Semua bentuk perbualan haruslah
berlandaskan petunjuk yang disenaraikan. Penyelewengan terhadap petunjuk akan
menjejaskan maklumat yang hendak disampaikan. Dalam pendekatan Grice ini ada
kekecualian, iaitu penggunaan bahasa figuratif seperti metafora, hiperbola, ironi dan
sebagainya.
113
Bagaimanapun, prinsip perbualan Grice ini telah ditolak oleh Sperber dan
Wilson (1986). Mereka mendakwa penutur tidak perlu melanggar petunjuk bagi
menerangkan bahasa figuratif. Mereka menyatakan bahawa kesemua petunjuk
bukanlah diperlukan, malah kesemua petunjuk ini dapat dihimpunkan dalam satu
prinsip, iaitu prinsip relevans.
Prinsip relevans lebih menekankan bentuk komunikasi yang dapat difahami
antara penutur dan pendengar. Selain itu, penutur seharusnya dapat menjamin
perbualan itu benar-benar berkaitan serta sesuai difahami oleh pendengar. Dengan
kata lain, penutur dapat memastikan yang diperkatakan itu mempunyai ciri-ciri
relevans yang optimal. Relevans yang optimal bermaksud setiap ujaran mempunyai
kesan konteks yang maksima yang dirumuskan dalam masa yang sesingkat
mungkin. Dengan itu, konteks haruslah seimbang dengan masa memproses bagi
menghasilkan kandungan maklumat yang diharapkan (Nor Hashimah,1992:33).
Analisis Genre
Perkembangan pesat dalam ilmu linguistik sekarang ini telah mendorong ahli
bahasa untuk menerokai bidang-bidang baru untuk memperkaya khazanah
penyelidikan dalam ilmu linguistik. Banyak usaha dilakukan untuk menyelidiki
aspek-aspek bahasa yang belum dikaji oleh orang-orang terdahulu sebagai
penemuan baru untuk diperkenalkan kepada para peminat dan pencinta bahasa
dan linguistik.
114
Kebanyakan ahli linguistik kurang memberi perhatian kepada istilah genre kerana
mereka lebih cenderung untuk membincangkan aspek-aspek bahasa yang lain
seperti fonem, kata, klausa, ayat, sehinggalah ke peringkat wacana. Sebahagian
ahli linguistik pula enggan menggunakan istilah genre kerana istilah ini seringkali
dikaitkan dengan istilah genre dalam kajian kesusasteraan. Dalam banyak keadaan
pula, istilah ini sering digunakan oleh ahli-ahli linguistik yang menjurus dalam bidang
etnografi dan juga linguistik sistemik. Bagaimanapun, istilah ini digunakan dengan
meluas dalam bidang retorik, media dan akhir-akhir ini mendapat tempat dalam
kajian linguistik.
Pengertian Genre
Perkataan ‘genre’ berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud “jenis” atau
“golongan”. Para pengkaji telah mengemukakan pelbagai pengertian untuk
mendefinisikan istilah ‘genre’ ini. Antaranya, genre merujuk kepada peringkat
proses sosial yang mempunyai matlamat tertentu dalam sesuatu budaya yang
digambarkan melalui bahasa. Komponen-komponen yang membina sesuatu
peristiwa bahasa terdiri daripada beberapa proses yang bermula daripada proses
pertama dan diikuti pula oleh proses kedua dan seterusnya. Proses-proses yang
terlibat ini saling berkaitan antara satu sama lain sebagai satu bentuk kesatuan yang
utuh yang dinamakan genre (Ab. Razak, 1998:235).
Ahli linguistik sistemik dalam memberikan pengertian genre cuba untuk
membezakan antara istilah laras dan genre. Laras meletakkan batasan linguistik
pada tahap perbendaharaan kata dan sintaksis, sedangkan batasan genre terletak
115
pada tahap struktur wacananya. Genre mempunyai permulaan, pertengahan, dan
akhiran dalam sesuatu urutan peristiwa bahasa. Tidak seperti halnya dengan laras,
genre hanya boleh digambarkan oleh wacana yang sempurna atau wacana yang
boleh dianggap sempurna. Genre (seperti laporan penyelidikan, laporan
perniagaan,) adalah struktur wacana yang sempuna, sedangkan laras (seperti
bahasa laporan saintifik, bahasa dalam laporan akhbar) lebih menggambarkan
pilihan gaya bahasa yang lebih umum, seperti yang dinyatakan oleh Couture dalam
Swales (1990:41) :
‘Unlike register, genre can only be realized in complete texts or texts that
can be projected as complete... genres (research report, explanation, business report) are completeble structured texts, while registers (language of scientific reporting, language of newspaper reporting) represent more generalizable stylistic choice. Genre have ‘complementary’ registers, and communicative success with texts may require ‘an appropriate relationship to systems of genre and register’
Genre juga merupakan satu peristiwa komunikatif yang terjadi dalam
masyarakat. Peristiwa komunikatif itu sendiri dijelaskan dalam bentuk bahasa,
kekerapan dan persekitaran kontekstual sesuatu wacana. Peristiwa yang jarang-
jarang berlaku juga akan diberikan status genre sekiranya ia menonjol dalam suatu
budaya yang ada. Peristiwa komunikatif tidak hanya melibatkan wacana dan juga
pemerannya, tetapi juga ciri-ciri kontekstual, seperti peranan wacana dan juga ciri-
ciri fizikalnya, aspek sejarah dan persekitaran budaya (Ab Razak, 1998:26)
116
Dalam pada itu, Swales (1990:58) menjelaskan bahawa takrif genre dalam
linguistik dan kesusasteraan sebagai satu kategori dalam LSP (language for special
purpose) adalah seperti berikut:
A genre comprises a class of communicative events, the members of which share some set of communicative purposes. These purposes are recognized by the expert members of the parent discourse community, and thereby constitute the rationale for the genre. This rationale shapes the schematic
structure of the discourse and influences and constrains choice of content and style.
Berdasarkan kenyataan di atas. jelas bahawa genre terdiri daripada satu jenis
peristiwa komunikatif yang mempunyai sekumpulan tujuan komunikasi yang dimiliki
bersama. Tujuan-tujuan komunikasi ini dapat dikenali oleh orang yang ahli dalam
masyarakat tertentu sehingga mereka dapat menentukan rasional untuk
menyatakan sesuatu bentuk peristiwa bahasa tertentu itu dapat dianggap sebagai
genre atau tidak. Rasional ini dapat membentuk struktur skema bagi wacana
tersebut dan menentukan serta membataskan pilihan kandungan dan juga gaya
bahasanya.
Genre dalam pengertian yang lebih luas merujuk kepada apa sahaja kelainan
bahasa sama ada lisan atau tulisan yang dapat dibezakan secara formal dan yang
telah mencapai tahap dikenali secara umum (general recognition) seperti iklan
perdagangan, jenaka, dan khutbah. Sesuatu genre telah menetapkan beberapa ciri
yang boleh dikenal pasti dalam bentuk penggunaan bahasa, khususnya yang
berkaitan dengan perkara yang dibincangkan, tujuan yang hendak dicapai, struktur
wacana, bentuk perbincangan, dan darjah keformalan.
117
Genre selalunya berlaku serentak atau seiringan dengan peristiwa bahasa,
tetapi mesti dijelaskan secara bebas atau tersendiri dari segi analisisnya. Genre dan
peristiwa bahasa boleh wujud dalam situasi yang berbeza. Misalnya, khutbah
sebagai satu genre biasanya dapat dikenal pasti dalam satu latar tempat tertentu
sebagai sebahagian daripada rukun fardu Jumaat, tetapi ciri khususnya mungkin
sebagai satu seruan kepada para hadirin, secara serius atau mungkin secara
berseloroh dalam situasi yang lain. Peristiwa bahasa itu sendiri dibataskan kepada
kegiatan-kegiatan, atau aspek-aspek kegiatan yang secara langsung dikuasai oleh
peraturan-peraturan atau norma-norma penggunaan bahasa. Norma-norma ini
merupakan norma-norma budaya dalam sesuatu masyarakat yang dapat
mempengaruhi penggunaan bahasa dalam komunikasi antara peserta dalam
perbualan. Norma-norma ini meliputi bentuk-bentuk bahasa, misalnya perkataan-
perkataan tertentu yang tidak sesuai diucapkan atau mungkin menjadi pantang
larang budaya dalam masyarakat (Ahmad Mahmood, 1998:67).
Genre sebenarnya adalah jenis penulisan yang mempunyai bentuk,
kandungan dan tekniknya yang menggambarkan adanya jaringan sosial (social
network) tertentu yang menggunakannya (Asmah, 1995:60). Oleh itu, semua bentuk
peristiwa bahasa seperti tumu duga, temu bual, wawancara dan sebagainya yang
mempunyai bentuk, kandungan, dan tekniknya, serta jaringan sosial tertentu dapat
dianggap sebagai genre.
118
Unsur-unsur dalam Genre
Sesuatu peristiwa bahasa yang mempunyai unsur-unsur tertentu yang membina
sesebuah genre dapat digolongkan sebagai genre. Antara unsur-unsur yang ada
pada genre termasuklah bentuk, kandungan, dan tekniknya yang menggambarkan
adanya jaringan sosial (social network) yang menggunakannya. Sebagi satu
peristiwa bahasa, dalam genre terdapat peristiwa yang dapat menjawab soalan-
soalan etnografi komunikasi, iaitu siapa bercakap dengan siapa, di mana, tentang
apa, dan melalui saluran yang bagaimana? Sesuatu unit komunikasi dapat
dijelaskan dengan bantuan sistem penggolongan yang membahagikan sesuatu
komunikasi kepada komponen-komponen tertentu. Soalan-soalan etnografi
komunikasi ini semuanya telah dibicarakan dalam kajian wacana, terutamanya
wacana lisan, khususnya wacana perbualan. Ciri yang tidak diperkatakan dalam
etnografi komunikasi dan juga wacana adalah jaringan sosial yang memang menjadi
ciri khusus yang membezakan wacana dengan genre.
Dari segi bentuk, satu-satu peristiwa bahasa itu dilihat sebagai kegiatan
bahasa yang melibatkan pemeran, latar, saluran komunikasi, kandungan perbualan
atau perbincangan, peraturan interaksi, dan struktur interaksi. Pemeran adalah
orang yang mengambil bahagian dalam sesuatu peristiwa bahasa. Pemeran boleh
terdiri daripada satu orang, dua orang, atau lebih. Peristiwa bahasa yang
mempunyai dua orang pemeran atau lebih bersifat interaktif. Perbualan biasa, temu
duga, wawancara, dan pelbagai jenis perbincangan adalah peristiwa yang interaktif
sifatnya.
119
Latar pula merupakan keseluruhan keadaan yang menjadi latar belakang
bagi kegiatan bahasa yang terjadi yang terdiri daripada latar fizikal (seperti bilik
pejabat, dewan mesyuarat, bengkel di kilang dan sebagainya), dan juga latar
suasana (seperti sama ada formal atau sebaliknya, mesra atau sebaliknya dan
tegang atau sebaliknya). Saluran komunikasi pula adalah cara kegiatan bahasa itu
disampaikan seperti secara bersemuka, melalui telefon secara persendirian atau
melalui telefon menerusi televisyen. Dalam sesuatu interaksi biasanya melibatkan
dua orang atau lebih pemeran. Oleh itu terdapat beberapa peraturan interaksi yang
melibatkan giliran bercakap, pilihan bahasa atau kelainan bahasa, serta juga
kepatuhan kepada peraturan-peraturan sosial. Pilihan bahasa atau kelainan bahasa
merupakan peraturan yang perlu diambil perhatian yang khusus, sama ada hendak
digunakan bahasa tertentu, dialek tertentu atau kelainan tertentu. Dalam
wawancara, misalnya boleh digunakan apa-apa kelainan bergantung kepada
suasana serta juga pameran yang disoal. Wawancara dengan menteri atau tokoh
mesyarakat tentu sahaja memerlukan bahasa yang formal. Jika bahasa yang seperti
ini digunakan untuk mewawancara penjual ikan di pasar borong tentu sahaja tidak
kena pada tempatnya.
Peraturan sosial yang berlaku dalam komunikasi bahasa ialah peraturan yang
memberi tumpuan kepada hubungan orang-orang yang mengambil bahagian, dari
segi kedudukan masing-masing serta juga apa yang dipercakapkan dan latar
keseluruhan peristiwa komunikasi berkenaan. Peraturan yang seperti ini
mempengaruhi bahasa yang digunakan oleh pemeran-pemeran yang berkenaan,
120
khususnya dari segi ungkapan-ungkapan sapaan serta juga rujukan nama orang –
orang yang berkenaan.
Struktur interaksi sesuatu kegiatan biasa terdiri dari pembukaan, penerusan
peristiwa, dan penutupnya. Secara lebih terperinci sesuatu peristiwa interaktif terdiri
daripada struktur pembuka, pengenalan pameran, penyataan tujuan, tanya jawab
dan penutup (Asmah, 1995:1-5).
Kandungan merupakan apa yang diperkatakan dalam sesuatu wacana.
Tanpa kandungan tidak akan ada wacana. Kajian kandungan boleh dijalankan pada
tanya jawab, temu bual, dan soal siasat yang berlaku antara pemeran. Kandungan
juga meliputi tujuan yang hendak dicapai dalam sesuatu peristiwa bahasa, yang
pada amnya untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu bergantung kepada
jenis peristiwa bahasa tersebut. Dalam hal ini, orang yang bertanya itulah yang
meminta maklumat dan orang yang menjawab merupakan orang yang memberi
maklumat.
Unsur teknik dalam genre meliputi lakuan bahasa dan juga strategi komunikasi.
Yang dimaksudkan dengan lakuan bahasa adalah tindakan yang dilakukan yang
tergambar dalam bahasa yang digunakan. Dalam hal ini, yang dilihat ialah fungsi
yang bagaimanakah yang ada pada tutur kata tertentu. Sebagai contoh, permintaan
maklumat adalah salah satu lakuan bahasa, dan lakuan ini diwujudkan dengan
berbagai-bagai cara, dengan bertanya, meminta, bahkan dengan memberi komen
sahaja.
121
Strategi komunikasi pula adalah cara-cara yang digunakan oleh pemeran-
pemeran yang terlibat dalam peristiwa bahasa untuk mencapai tujuan tertentu,
misalnya untuk mendapatkan maklumat, mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut,
memastikan komunikasi berterusan, dan seterusnya. Strategi bermakna kaedah
yang digunakan untuk mencapai tujuan tertentu. Antara kaedah-kaedah dalam
strategi komunikasi ialah kaedah langsung, kaedah tak langsung, bercerita semula,
mengungkapkan semula, patah balik, menimbulkan humor dan sebagainya. Kaedah
tak langsung, misalnya mempunyai beberapa tujuan, antaranya untuk mengelak
menyatakan sesuatu, untuk tidak menjatuhkan air mika orang dan sebagainya.
Satu unsur yang penting dalam genre adalah jaringan sosial. Unsur bentuk,
kandungan, dan teknik adalah apa yang dapat dilihat ketika berlakunya sesuatu
peristiwa bahasa sama ada perbualan, temu duga atau wawancara. Bagaimanapun,
wawancara berkenaan bukan merupakan satu peristiwa bahasa sacara kebetulan
seperti dalam perbualan biasa. Wujudnya itu dirancangkan. Dengan itu, pemeran-
pemerannya yang sebenarnya itu bukanlah setakat orang yang bertanya dan
menjawab, tapi ada orang –orang lain di belakang tabir yang mempunyai kuasa
terhadap keseluruhan wawancara itu. Semua pemeran yang terlibat itu merupakan
satu jaringan sosial.
Dalam temu duga pekerjaan misalnya, pemeran-pemeran dibelakang tabir
adalah badan berkuasa dalam institusi yang mengadakan temu duga itu. Badan
inilah yang terlebih dahulu menetapkan calon yang bagaimana yang dikehendaki.
122
Temu duga dijalankan berdasarkan ketetapan yang telah dibuat yang memberi
corak kepada temu duga berkenaan (Asmah, 1995:61-62)
Kesimpulan
Analisis wacana muncul dengan pendirian ahli linguistik yang mahu melihat bahasa
dari segi penggunaannya. Pelbagai bentuk bahasa yang digunakan dengan
pelbagai fungsi dan makna dapat dilihat dalam wacana. Analisis wacana terus
berkembang dengan kajian terhadap genre yang agak berbeza dengan wacana
biasa (misalnya perbualan). Yang membezakan genre ini dengan wacana adalah
bentuk dan jaringan sosial yang khusus dalam genre yang tidak terdapat dalam
wacana yang biasa dan umum.
Soalan Latihan
1. Berdasarkan contoh, bincangkan lima grid SPEAKING dalam analisis wacana
menurut pendekatan etnografi komunikasi.
2. Jelaskan pengertian prinsip kerjasama dalam analisis perbualan dan
terangkan empat maksim yamg menjadi panduan penutur untuk menuturkan
sesuatu ujaran.
123
Rujukan
1. Ab. Razak Ab. Karim. 1998. “Warkah Melayu Lama Sebagai Satu Genre’
Tesis PhD. Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
2. Ahmad Mahmood Musanif. 1998. “Tanya-Jawab dalam Novel Salina
karangan A. Samad Said: Satu Kajian Berdasarkan Teori Lakuan
Pertuturan”. Tesis PhD. Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti
Malaya.
3. Asmah Haji Omar. 1995. Wacana Temu Duga dan Wawancara. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Azhar M. Simin. 1993. Sintaksis Wacana ‘Yang’ dalam Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Brown, G dan Yule, G. 1989. Discourse Analysis . Cambridge: Cambridge
University Press.
6. Coulthard, M. 1977. An Introduction to Discourse Analysis. London:
Longman.
7. Firth, J. R. 1957. Papers in Linguistics 1934-1951. London: Oxford University
Press.
8. Grice, H.P. 1975 “Logic and Conversation” dlm. P. Cole dan J. Morgan (eds.)
Syntax and Semantics. Vol.3: Speech Acts. New York: Academic Press.
9. Harris, Z.S. 1952. “Discourse Analysis” dlm. Language 28:1-30.
10. Hymes, D. 1971. ‘Sociolinguistics and the Ethnograph of Speaking’ dlm. E.
Ardener (ed.) Social Anthropology and Linguistics. Association of
Social Anthropologists Monograph 10. London: Taristock, 47-93.
11. Hymes, D. 1972. “Models of the Interaction of Language and Social Life”.
dlm. J.J. Gumprerz dan D. Hymes (eds.) Directions in Sociolinguistics
New York: Holt, Teinhart and Winston, Inc.
124
12. Nor Hashimah Jalaluddin. 1992. Semantik dan pragmatik: Satu pengenalan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
13. Schiffrin, D. 1994. Approaches to Discourse. Oxford UK and Cambridge
USA: Blackwell Publishers.
14. Sperber, D. dan Wilson, D. 1986. Relevance. Cambridge M.A: Harvard
University Press.
15. Swales, J. M. 1990. Genre Analysis: English in Academic and Research
Settings. Cambridge: Cambridge University Press.
125
TEORI LINGUISTIK
BBM 3106
BBM 3106 (Unit 1 – 8)
B.A (Bahasa dan Linguistik Melayu)
AHMAD MAHMOOD MUSANIF
Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan