Post on 09-Sep-2019
PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM KALANGAN
GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR.
NORHAFIZAH MELIJAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGGUNAAN PUSAT SUMBER (PSS) SEKOLAH DALAM KALANGAN
GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR.
NORHAFIZAH BINTI MELIJAT
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
iii
DEDIKASI
“KHAS UNTUK YANG DISAYANGI.”
Nasarrudin Bin Mohd Nor
Suamiku tersayang: Pengorbananmu terlalu tinggi nilainya.
Nash Nurafiz
Nurul Adriana
Anak-anakku yang dikasihi: Kalian menjadi pendorong buat ibu.
Melijat Bin Ahmad
Tom Binti Dalip
Abah dan emak: Restumu menjadikan aku manusia.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya,
penyelidik dapat menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini dalam jangkamasa yang
ditetapkan. Penyelidik mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada En Abdul Razak Bin Idris di atas segala
bimbingan, nasihat dan cadangan yang membina serta bermanfaat dalam menjayakan
kertas projek ini.
Ucapan penghargaan ini juga untuk Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi,
sekolah-sekolah menengah yang terlibat dan semua guru-guru yang banyak membantu
dan bekerjasama dalam memberi maklumat bagi melancarkan kajian ini.
Tidak ketinggalan juga, penyelidik ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada rakan-rakan sealiran di atas segala pandangan yang membina.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui penggunaan Pusat Sumber Sekolah
(PSS) dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah Daerah Kota Tinggi, Johor.
Kajian ini juga meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan PSS dalam
kalangan guru-guru di sekolah menengah, pandangan guru-guru tentang keberkesanan
penggunaan PSS terhadap pencapaian akademik pelajar serta pandangan guru-guru
terhadap peranan Guru Perpustakaan dan Media di sekolah menengah. Kajian dijalankan
ke atas semua guru-guru sahaja tidak termasuk pihak pentadbir sekolah dan guru media.
Dalam kajian ini, soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada
semua guru (300 orang) dari lima buah sekolah yang dipilih secara rawak. Nilai alpha
yang diperolehi ialah 0.8680. Frekuensi iaitu nilai peratusan telah digunakan dalam
penganalisisan data. Dapatan kajian pada keseluruhannya menunjukkan guru-guru
menggunakan PSS. Dari aspek corak penggunaan PSS didapati guru-guru menggunakan
PSS untuk pelbagai tujuan yang dapat memanfaatkan guru dan pelajar. Terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi penggunaan PSS dan 81.6% guru-guru berpendapat
bahawa penggunaan PSS memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar.
Sebanyak 69.2% guru-guru berpendapat bahawa peranan guru Perpustakaan dan Guru
Media turut memberi sumbangan dan meningkatkan potensi penggunaan PSS.
vi
ABSTRACT
The objective of this study was to observe the usage of the School Resource
Centre (SRC) among teacher in the secondary school Kota Tinggi, Johor. The study was
also to identify the factors that influence the secondary school teacher to use the School
Resource Centre (SRC), the effectiveness of School Resource Centre (SRC) usage and
also the role plate by the media teacher’s as the person in charge of School Resource
Centre (SRC). The respondent was 300 secondary school teachers for five schools in
Kota Tinggi, Johor. The instrument used in this study was the set of questionnaire with
alpha 0.8680. The data was analyzed using descriptive analysis method in the form of
frequency and percentage. The finding of this study showed that the teachers used the
School Resource Centre (SRC) and few factors that influence the teacher in using
School Resource Centre (SRC). The teachers also agreed the School Resource Centre
(SRC) contribute to the student’s achievement.
vii
KANDUNGAN
Bab Tajuk Halaman
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI LAMPIRAN xi
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Rasional Kajian 5
1.7 Kepentingan Kajian 6
1.8 Skop Kajian 6
1.9 Definisi Istilah 7
2 SOROTAN KAJIAN 9
2.1 Pengenalan 9
2.2 Konsep Pusat Sumber Sekolah 10
viii
2.3 Penggunaan Pusat Sumber Sekolah 12
2.4 Tugas Guru Perpustakaan dan Media
(Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) 14
2.5 Kajian-kajian Lepas Berhubung
Penggunaan Pusat Sumber Sekolah 17
3 METODOLOGI KAJIAN 20
3.1 Pengenalan 20
3.2 Reka Bentuk Kajian 21
3.3 Populasi Kajian 21
3.4 Sampel Kajian 21
3.5 Instrumen Kajian 22
3.6 Kajian Rintis 23
3.7 Kaedah penganalisisan Data 23
3.8 Kesimpulan 23
4 DAPATAN KAJIAN 24
4.1 Pengenalan 24
4.2 Analisis Data 25
4.2.1 Analisis Bahagian A 25
4.2.2 Analisis Bahagian B 27
4.2.2.1 Corak Penggunaan PSS Dalam
Kalangan Guru-Guru di Sekolah
Menengah 27
4.2.2.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Penggunaan PSS Dalam Kalangan
Guru-guru di Sekolah Menengah 29
4.2.2.3 Kesan-kesan Penggunaan PSS
Terhadap Pencapaian Akademik
Pelajar Daripada Pandangan
Guru-guru 32
ix
4.2.2.4 Pandangan guru-guru di Sekolah
Menengah Terhadap Peranan Guru
Perpustakaan dan Media Sekolah 34
5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN 37
5.1 Pengenalan 37
5.2 Rumusan 37
5.3 Perbincangan 38
5.3.1 Corak penggunaan PSS dalam kalangan
guru-guru di sekolah menengah. 38
5.3.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi
penggunaan PSS dalam kalangan guru-guru
di sekolah menengah. 39
5.3.3 Kesan-kesan penggunaan PSS terhadap
pencapaian akademik pelajar daripada
pandangan guru-guru. 40
5.3.4 Pandangan guru-guru di sekolah menengah
terhadap peranan Guru Perpustakaan dan
Media 42
5.4 Kesimpulan 44
5.5 Implikasi Kajian 45
5.6 Cadangan 45
5.7 Penutup 46
RUJUKAN 47
LAMPIRAN 50
x
SENARAI JADUAL
No. Jadual Tajuk Halaman
3.5.1 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian 22
3.5.2 Set Skala Likert 23
4.2.1 Kekerapan dan Peratusan Responden 25
4.2.2.1 Kekerapan dan peratusan corak penggunaan Pusat Sumber
Sekolah dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah. 29
4.2.2.2 Kekerapan dan peratusan faktor-faktor yang
mempengaruhi penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam
kalangan guru-guru di sekolah menengah. 31
4.2.2.3 Kekerapan dan peratusan kesan-kesan penggunaan
Pusat Sumber Sekolah terhadap pencapaian akademik
pelajar daripada pandangan guru-guru. 32
4.2.2.4 Kekerapan dan peratusan pandangan guru-guru di sekolah
menengah terhadap peranan Guru Perpustakaan dan Media
Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) 34
xi
SENARAI LAMPIRAN Lampiran Tajuk Halaman
A Borang Soal Selidik Untuk Guru 50
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 57
C Keputusan Kajian Rintis 60
D Jadual Penentu Saiz Sampel 61
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perubahan dalam bidang pendidikan masa kini jelas mencerminkan betapa
pentingnya penguasaan ilmu pengetahuan bagi melahirkan generasi yang stabil dari
pelbagai aspek. Perubahan ini dapat dirasai oleh pelbagai pihak yang berkaitan
dengan pendidikan. Pusat Sumber Sekolah (PSS) tidak terkecuali malah menjadi
faktor dan pemangkin kepada perubahan ini. Ini jelas menunjukkan bahawa sekolah
merupakan tempat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan serta
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Suatu perubahan yang positif perlu dilakukan oleh pihak sekolah. Perubahan
demi perubahan dalam pengurusan dan memperkembangkan lagi Pusat Sumber
Sekolah telah diatur untuk membantu melahirkan pelajar yang cemerlang. Menurut
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran, Datuk
Yusoff Harun semasa berucap pada majlis perasmian Anugerah Pusat Sumber
Sekolah (PSS) Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2006, koleksi bahan dipilih akan
mempengaruhi penggunaan dan impaknya. Bahan berkenaan perlu ada kaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan diperkembangkan secara terancang bagi
menggalakkan penggunaan, pemikiran kreatif serta inovatif pelajar.
Kewujudan Koridor Raya Multimedia (MSC) turut memberi kesan yang
besar terhadap perubahan pendidikan. Kini, ilmu bukan sahaja boleh diperolehi
2
daripada pembacaan buku atau majalah sahaja, malah penggunaan teknologi seperti
CD Rom dan internet juga dapat membantu dan membekalkan informasi serta ilmu
pengetahuan. Ini jelas menunjukkan bahawa Pusat Sumber Sekolah telah menuju ke
arah Pusat Sumber Digital ataupun Pusat Sumber Elektronik. Penubuhan Pusat
Teknologi Pendidikan (PTP), bertindak sebagai pemangkin ke arah memajukan
pendidikan sains serta mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan. Selain itu, PTP
ditubuhkan bagi mewujudkan budaya teknologi pendidikan di kalangan guru dan
pelajar (Arzilawati Abdul Karim, 2003).
Kewujudan Pusat Sumber Sekolah telah mendorong guru-guru untuk
melengkapkan diri dengan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang secukupnya
mengenai Pusat Sumber Sekolah. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak semasa merasmikan persidangan Antarabangsa Sekolah Bestari di
Kuala Lumpur, sewajarnya semua kakitangan sekolah dan pentadbir diberi latihan
dan pendedahan secukupnya, sekurang-kurangnya dapat menggunakan aplikasi asas,
seperti e-mel, pemproses perkataan dan pelayar internet (Berita Harian, 16 April
2007).
Sehubungan dengan itu, kecemerlangan sesebuah Pusat Sumber Sekolah
merupakan tanggungjawab bersama dan agar dapat melahirkan generasi yang lebih
Cemerlang, Gemilang dan Terbilang pada masa hadapan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pusat Sumber Sekolah (PSS) dahulunya merupakan sebuah bilik yang
terdapat di dalam kawasan sekolah yang lebih dikenali sebagai perpustakaan. Selepas
melalui pelbagai perubahan, PSS juga dikenali sebagai Pusat Sumber Ilmu, Pusat
Pembelajaran, Pusat Sumber Elektronik, Pusat Sumber Pendidikan dan berbagai lagi
yang boleh dikaitkan dengan tempat untuk memperolehi ilmu pengetahuan. PSS
berperanan untuk membantu guru-guru dan pelajar menggunakan pelbagai
3
kemudahan pembelajaran agar mereka tidak hanya mengharapkan kepada buku-buku
teks ataupun kaedah tradisional sahaja untuk menimba ilmu pengetahuan.
Selain daripada itu, PSS juga merupakan pusat untuk menghasil, mengumpul
dan menggunakan pelbagai peralatan oleh warga sekolah untuk mencapai
kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Selain daripada itu, PSS juga melatih serta
membimbing pelajar dan guru dalam menggunakan kemahiran mencari dan
mengaplikasikan maklumat secara sistematik. Namun demikian, pelajar masih
bermasalah apabila mereka melangkah ke pusat pengajian yang lebih tinggi. Ini
menunjukkan bahawa mereka masih tidak dapat mengintegrasikan ilmu yang
dibekalkan.
Perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi menyebabkan
PSS telah melangkah lebih jauh lagi. Pusat sumber juga telah menjadi pusat
perhubungan antara sekolah-sekolah dengan agensi-agensi maklumat yang lain bagi
tujuan berkongsi dan memperolehi bahan dan maklumat. Ini selaras dengan
keperluan semasa di mana PSS telah menjadi sebuah pusat yang memberi
perkhidmatan dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Namun demikian, tahap
kesediaan warga sekolah masih rendah untuk mengintegrasi dan mengaplikasikan
sumber-sumber tersebut dalam perlaksanaan kurikulum di sekolah.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memastikan PSS
dapat berfungsi dan berperanan dengan berkesan terutama bagi membantu guru-guru
dan semua pelajar dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Satu
jawatan khas yang telah diwujudkan di sekolah iaitu Guru Perpustakaan dan Media
adalah bertujuan untuk memantap dan memajukan lagi sistem pendidikan.
Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 3/2005, Setiap Sekolah Bestari
diperuntukan dengan seorang guru Penyelaras Bestari dan setiap sekolah telah
diperuntukan seorang Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat
Sumber Sekolah) sepenuh masa (Dato’ Dr. Hj Ahamad bin Sipon, 2005).
4
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah nyatakan, penulis ingin
membuat kajian tentang penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dalam kalangan
guru-guru di sekolah menengah. Kajian ini juga ingin mengetahui faktor-faktor yang
mempengaruhi penggunaan PSS dalam kalangan guru-guru serta mengenalpasti
kesan penggunaan PSS. Selain daripada itu, kajian ini juga dijalankan untuk
mengetahui pandangan guru-guru di sekolah menengah terhadap peranan Guru
Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah).
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
i. Mengenalpasti corak penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam kalangan
guru-guru di sekolah menengah.
ii. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Pusat Sumber
Sekolah dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah.
iii. Mengenalpasti kesan-kesan penggunaan Pusat Sumber Sekolah terhadap
pencapaian akademik pelajar daripada pandangan guru-guru.
iv. Mengenalpasti pandangan guru-guru di sekolah menengah terhadap peranan
Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber
Sekolah).
5
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif kajian, beberapa persoalan dapat ditentukan
seperti:
i. Bagaimanakah corak penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam kalangan
guru-guru di sekolah menengah?
ii. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Pusat Sumber Sekolah
dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah?
iii. Apakah kesan-kesan penggunaan Pusat Sumber Sekolah terhadap pencapaian
akademik pelajar daripada pandangan guru-guru?
iv. Apakah pandangan guru-guru di sekolah menengah terhadap peranan Guru
Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah)?