Post on 06-Feb-2018
vi
PENGHARGAAN
Segala pujian dan kesyukuran yang tiada terhingga diucapkan kepada Allah SWT
dengan ucapan Alhamdulillah Rabbil Alamin. Dengan limpahan rahmat-Nya
sehingga penulis dapat menyelesaikan penulisan disertasi ini dengan baik. Selawat
dan salam penulis hadiahkan kepada baginda Muhammad Rasulullah SAW berkat
risalah Islam dan cahaya kebenaran yang beliau bawa, hingga ke hari ini kita
merasakan nikmatnya ajaran Islam yang beliau bawa sehingga kita menjadi mukmin,
muslim, dan muhsin yang muttaqin.
Setinggi-tinggi penghargaan penuh keikhlasan dan ucapan terimakasih yang
tiada terhingga kepada yang berbahagia Dr. Saadan Man selaku penyelia disertasi ini
di atas bimbingan, sarana, dan kesabaran beliau dalam membimbing dan
mengarahkan penulis sehingga dapat melengkapi kajian ini. Atas segala usaha beliau
dalam penyeliaan ini semoga memperoleh pahala daripada Allah SWT. Tidak lupa
pula penulis ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah di Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), khasnya kepada pensyarah di Jabatan
Fiqh dan Usul yang telah memberi penulis pelbagai disiplin ilmu semasa menuntut
ilmu di kampus tercinta. Semoga ilmu yang telah diajar tersebut dapat diamalkan
nantinya dalam masyarakat. Rasa terima kasih pula tak lupa penulis ucapkan kepada
Puan Noriah selaku setia usaha di Jabatan Fiqh dan Usul yang telah membantu
penulis dalam hal surat-surat penting yang diperlukan penulis semasa membuat
kajian. Semoga budi baiknya menjadi nilai ibadah di mata Allah SWT. Amin.
vii
Ucapan terima kasih yang tiada terhitung nilainya, penulis ucapkan kepada
kedua orang tua tercinta, ayahanda H. Lobe Dahlan Ritonga bin Jamarusin Ritonga
(Alm) dan ibunda Hj. Tiamar Siregar binti Jabila Siregar yang telah membesarkan
dan mendidik penulis sejak kecil hingga dewasa dan dengan ikhlasnya sentiasa selalu
memberi sokongan, motivasi serta doa yang tulus ikhlas kepada penulis, sehingga
penulis dapat menyelesaikan disertasi ini tepat pada waktunya. Semoga Allah SWT
membalas semua kebaikan yang telah beliau berdua berikan kepada penulis dengan
nilai pahala. Dan semoga Allahyarham ayahanda tercinta mendapat rahmat dan
ampunan daripada Allah SWT dan diterima segala amal ibadah dan kebaikannya,
Amin. Tidak lupa pula ucapan terima kasih kepada keluarga besar penulis iaitu
abanganda Prof. Dr. Ahmad Husein Ritonga, M. Ag, abanganda Drs. Mahmud
Ritonga, abanganda Nasir Agaha Ritonga, S.Ag, abanganda Mahidin Ritonga, S.Fil.I,
kakanda Ramalia Ritonga, kakanda Siti Hindun Ritonga (Almh) dan kakanda Maria
Hanum Ritonga yang sentiasa memberi motivasi kepada penulis dan juga sokongan
sama ada sokorang moral mahupun material. Kepada mereka semua semoga Allah
memberikan pahala yang berlipat ganda. Amin ya Rabbal Alamin.
Ucapan terima kasih setinggi-tingginya penulis rakamkan kepada Yang Arif
Drs. Muzzamil Ali, SH. selaku ketua Mahkamah Syariah Bireuen, Yang Berbahagia
Drs. Umar Budiman selaku Ketua Dinas Syariat Islam Bireuen, Yang Mulia Tengku
Jamaluddin Abdullah M.Hum. selaku Ketua Majlis Pemusyawaratan Ulama Bireuen,
Yang Berbahagia Drs. Badruzzaman Ismail, M.Hum selaku Ketua Majlis Adat Aceh
(MAA), Yang Mulia bapa Ricky Febrian S.H selaku Ketua Bahagian Tindakan
Jenayah Am, Yang Arif Tengku Ridwan Abdullah selaku Imam masjid dan tokoh
masyarakat, yang mana mereka semua telah sudi meluangkan masanya untuk
viii
bertemu bual dengan penulis untuk memperoleh informasi tentang pelaksanaan
syariat Islam dan hukuman sebat di bandar Bireuen. Penulis ucapkan jutaan terima
kasih ke atas budi baiknya semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada
mereka semua. Amin.
Tak lupa pula penulis ucapkan rasa terimakasih kepada semua sahabat
pelajar Universiti Malaya sama ada yang berasal daripada Indonesia mahupun
Malaysia, khasnya kepada rakan-rakan seperjuangan di blok 21 Taman Bukit
Angkasa yang sudah memberi sokongan dan idea dalam penulisan disertasi ini. Juga
tidak lupa penulis ucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Tengku Murthada
Polem di bandar Bireuen dan juga masyarakat bandar Bireuen yang telah memberi
kerjasama yang baik untuk memberi informasi dan pandangan tentang pelaksanaan
hukuman sebat di bandar Bireuen, semoga Allah SWT melipat gandakan pahala
mereka semua. Amin.
Harapan penulis semoga kajian ini mendatangkan manfaat kepada penulis
khasnya dan kepada orang ramai amnya. Kepada sesiapa sahaja yang hendak
mengkaji tentang pelaksanaan hukuman sebat di mana pun berada semoga disertasi
ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan dalam kajian seterusnya. Amin.
Wassalamu’alaikum Wr. Wb.
Kuala Lumpur, 15 Februari 2013
Yang benar,
Hasir Budiman Ritonga
IGA 080005
hasir_ritonga@yahoo.com
Dusun Sukaramai, Desa Tebing Linggahara Baru
Kec. Bilah Barat, Kab. Labuhan Batu, Sumut-Indonesia
ix
PANDUAN TRANSLITERAI
Penukaran dari tulisan Arab ke tulisan Rumi dalam disertasi ini adalah berdasarkan
transliterasi yang telah ditetapkan oleh Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
di dalam buku panduan penulisan tesis/disertasi Ijazah Tinggi keluaran 2001.
KONSONAN
Huruf Arab Transkripsi Rumi Huruf Arab Transkripsi Rumi
Ï ط a, ’ (Hamzah) ا، ء
Ð ظ B ب
‘ ع T ت
Gh غ Th ث
F ف J ج
Q ق Í ح
K ك Kh خ
L ل D د
M م Dh ذ
N ن R ر
H هـ Z ز
W و S س
Y ي Sh ش
H ة Î ص
Ì ض
VOKAL
Vokal Panjang Vokal Pendek
Huruf Arab Huruf Rumi Huruf Arab Huruf Rumi
A َـ É آ
U ِـ Ë و
I ُـ Ê ي
DIFTONG
Huruf Arab Huruf Rumi
Aw اَو
Ay اَي
iy/Ê يـ
Uww و
x
SENARAI KEPENDEKAN
APBD : Anggaran Pendapatan dan Belanja Daerah
Bil : Bilangan
BT : Bujur Timur
Cet : Cetakan
Cm : Centimeter
DPRD : Dewan Perwakilan Rakyat Daerah
Drs. : Doktorandus
Ed : Editor
et al : et alibi
IAIN : Institut Agama Islam Negeri
Ibid : Ibidem
J. : Juzuk
Jil : Jilid
Keppres : Keputusan Presiden
Km : Kilometer
KUHP : Kitab Undang-Undang Hukum Pidana
LU : Lintang Utara
MIPA : Matematik dan Ilmu Pengetahuan Alam
NAD : Nanggroe Aceh Darussalam
No. : Nombor
op.cit : Opera Citato
Perda : Peraturan Daerah
r.a : RaÌiyallahu’anhu
RI : Republik Indonesia
Rp. : Rupiah
SAW : Øallallahu ‘Alaihi wa Sallam
SD : Sekolah Dasar
SH : Sarjana Hukum
SLTA : Sekolah Lanjutan Tingkatan Atas
SLTP : Sekolah Lanjutan Tingkatan Pertama
SMAN : Sekolah Menengah Atas Negeri
SMPN : Sekolah Menengah Pertama Negeri
SMU : Sekolah Menengah Umum
SWT : SubÍÉnahu wa Ta’ÉlÉ
t.t : Tanpa Tahun
T.T.P. : Tanpa Tempat Penerbit
terj. : Terjemah
Unsyia : Universitas Syiahkuala
UUD : Undang-Undang Dasar
UUPA : Undang-Undang Pemerintahan Aceh
Vol. : Volume
WH : Wilayatul Hisbah