Post on 31-Jan-2018
PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH
MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR
RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH
MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR
SESI PENGAJIAN: 2011/2013
Saya RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( / )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA).
Alamat tetap: PROF. MADYA DR. YUSOF B. BOON
23, Jalan Putra 2/9,
Bandar Putra,85000 Segamat,
Johor.
Tarikh:__________________ Tarikh: ___________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada
Pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab
dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
* Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan
Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja
kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
i
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran”
Tandatangan : ……………………………….................
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. YUSOF B. BOON
Tarikh :
ii
PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH
MENENGAH ZON BANDAR SEGAMAT, JOHOR
RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
SEPTEMBER 2013
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………………................
Nama Penulis : Raja Rozita Binti Raja Ariff Shah
Tarikh : September 2013
iv
DEDIKASI
Ditujukan Kepada Insan - Insan Yang Paling Istimewa Dalam Hidupku,
Suami tercinta, Ibubapa tersayang, Anak-anak yang dikasihi,
Terima kasih di atas segalanya…………..
Pengorbanan dan sokongan kalian
Dari sudut moral dan emosi, meniupkan semangat juang di jiwaku
Sesungguhnya jasa kalian amat besar
Tiada bahasa yang dapat mengungkapkan
Tiada ternilai untuk dibandingkan dengan apa jua di dunia ini
Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya
Kepada semua pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan,
Terima kasih di atas segala bantuan, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan
v
PENGHARGAAN
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,
Saya mengungkapkan Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t.
Akhirnya saya tiba jua ke penghujung perjuangan ini. Selama dua tahun bertungkus
lumus mengulangkaji, menyiapkan tugasan bersama rakan-rakan seperjuangan,
menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, suka duka yang dihadapi, penat lelah yang
dirasai, akhirnya saya sampai ke garisan penamat pengajian Sarjana ini.
Oleh itu, di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof.
Madya Dr. Yusof b. Boon, selaku penyelia Projek Sarjana ini, yang telah banyak
bersabar dengan karenah saya, di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan
bantuan yang telah beliau berikan sepanjang tempoh penyelidikan ini. Segala ilmu
dan kebaikan hati tuan amat saya hargai dan akan sentiasa dikenang.
Penghargaan ini juga diberikan semua pensyarah yang telah mengajar dan
banyak mencurahkan ilmu pengetahuan kepada saya sepanjang pengajian ini.
Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada pihak pentadbiran dan rakan-rakan
guru yang terlibat dalam penyelidikan ini di atas kerjasama yang kalian berikan.
Tidak lupa penghargaan diberikan kepada Tuan Pengarah Kolej Vokasional
Segamat, pihak pentadbiran dan rakan-rakan guru di atas segala sokongan moral dan
bantuan yang diberikan sepanjang tempoh menjalankan kajian ini. Penghargaan juga
diucapkan kepada sesiapa yang telah memberi sumbangan kepada penyelidikan ini
secara langsung atau pun tidak langsung dalam menghasilkan kajian ilmiah ini.
Sekian, Terima kasih.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap pengetahuan guru dan tahap
kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah
menengah zon bandar daerah Segamat. Selain itu, kajian ini turut mengkaji tahap
pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
sekolah menengah zon bandar daerah Segamat. Kajian turut dibuat untuk
menentukan sama ada terdapat perbezaaan antara tahap pengetahuan guru dan tahap
kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Hubungan antara
pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) terhadap tahap kepuasan guru di sekolah
menengah zon bandar daerah Segamat turut dikaji. Sebanyak 207 set soal selidik
telah diedarkan kepada guru-guru yang mengajar di enam buah sekolah menengah
yang terpilih di zon bandar, daerah Segamat Johor. Kajian rintis telah dijalankan
dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach bagi menentukan kebolehpercayaan
instrumen kajian. Nilai alpha yang diperolehi ialah 0.972. Melalui dapatan kajian
secara keseluruhannya, kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru dan
tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah
menengah zon bandar daerah Segamat berada pada tahap sederhana. Selain itu, tahap
pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga berada tahap sederhana. Dapatan
kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan guru
terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) berdasarkan faktor jantina dan
tempoh berkhidmat tetapi terdapat perbezaan berdasarkan kaum. Manakala tidak
terdapat perbezaan antara tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber
Sekolah (PSS). Kajian hubungan pula membuktikan terdapat hubungan yang lemah
antara pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media
(GPM) terhadap tahap kepuasan guru di sekolah menengah zon bandar daerah
Segamat.
vii
ABSTRACT
This study was conducted to determine the knowledge of teachers and teacher
satisfaction on the management of the School Resource Centre (SRC) at the high
school urban zone in Segamat. In addition, this study examined the level of
management of the School Resource Centre (SRC) by Teachers Library and Media
(GPM) secondary urban zone in Segamat. The study was made to determine whether
there is a difference between the level of teacher knowledge and the management of
teacher satisfaction School Resource Center (SRC). The relationship between the
management of School Resource Center (SRC) of the level of satisfaction of
secondary school teachers in urban zones Segamat studied. A total of 207
questionnaires were distributed to teachers who teach in six selected secondary
schools in urban zones, Segamat, Johor. A pilot study was conducted using
Cronbach Alpha method for determining the reliability of the instrument. Alpha
value is 0.972. The results of the study as a whole, the study showed that the level of
knowledge among teachers and teacher satisfaction on the management of the School
Resource Centre (SRC) at the high school urban zone in Segamat is moderate. In
addition, the management of the School Resource Centre (SRC) by Teachers Library
and Media (GPM) secondary schools in Segamat urban zones are also moderate. The
study also showed no significant difference between the level of knowledge about
the management of the School Resource Centre (SRC) based on gender and length of
service but there is a difference based on race. While there was no difference
between the level of teacher satisfaction for the management of School Resource
Center (SRC). Relationship study also proves that the relation between the
management of the School Resource Centre (SRC) by Teachers Library and Media
(GPM) on the level of satisfaction of secondary school teachers in urban zones
Segamat district.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH x
SENARAI SINGKATAN xi
SENARAI SIMBOL xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 7
1.7 Kerangka Kajian 8
viii
1.8 Kepentingan Kajian 8
1.9 Batasan Kajian 9
1.10 Definisi Istilah dan Operasional 9
1.10.1 Pusat Sumber Sekolah 9
1.10.2 Pengurusan 11
1.10.3 Pengetahuan 12
1.10.4 Guru Perpustakaan dan Media (GPM) 12
1.11 Kesimpulan 13
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Sejarah dan Hala Tuju Pusat Sumber Sekolah 14
2.3 Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 17
2.4 Visi Pusat Sumber Sekolah 18
2.5 Misi Pusat Sumber Sekolah 18
2.6 Objektif Pusat Sumber Sekolah 18
2.7 Fungsi Pusat Sumber Sekolah 19
2.8 Piawaian Pusat Sumber Sekolah 19
2.9 Halatuju Pusat Sumber Sekolah di Malaysia 22
2.10 Arah Aliran Pusat Sumber Sekolah Sedunia 22
2.11 Guru Perpustakaan dan Media (GPM) 23
2.11.1 Peranan GPM 23
2.11.2 Senarai Tugas GPM 24
2.12 Kesimpulan 25
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Reka Bentuk Kajian 27
ix
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 28
3.4 Instrumen Kajian 30
3.5 Kajian Rintis 32
3.6 Prosedur Kajian 33
3.7 Analisis Data 34
3.8 Kesimpulan 37
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 38
4.2 Taburan Pengagihan Soal Selidik 39
4.3 Latar Belakang Responden 40
4.3.1 Umur 40
4.3.2 Jantina 41
4.3.3 Kaum 41
4.3.4 Tempoh Berkhidmat 42
4.4 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 42
4.4.1 Analisis Persoalan Kajian I : Apakah tahap 43
pengetahuan guru di sekolah menengah zon
bandar daerah Segamat terhadap pengurusan
Pusat Sumber Sekolah (PSS)?
4.4.2 Analisis Persoalan Kajian II: Apakah tahap 50
kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat
Sumber Sekolah (PSS) di sekolah menengah
zon bandar daerah Segamat?
4.4.2.1 Tahap Kepuasan Guru Terhadap 50
Kemudahan Yang Ditawarkan
4.4.2.2 Tahap Kepuasan Guru Terhadap 53
Perkhidmatan Kaunter Sirkulasi
Di Perpustakaan
x
xi
4.4.2.3 Tahap Kepuasan Guru Terhadap 55
Pengurusan Di Dalam Perpustakaan
4.4.2.4 Tahap Kepuasan Guru Terhadap 58
Kemudahan Bilik Sumber
4.4.2.5 Tahap Kepuasan Guru Terhadap 59
Layanan Guru / AJK Pusat Sumber
4.4.3 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Pengurusan Pusat 61
Sumber Sekolah
4.4.4 Analisis Persoalan Kajian III: Apakah tahap 62
pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)
oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat?
4.4.4.1 Aspek Merancang Dalam Pengurusan 62
Pusat Sumber Sekolah
4.4.4.2 Aspek Mengelola Dalam Pengurusan 64
Pusat Sumber Sekolah
4.4.4.3 Aspek Memimpin Dalam Pengurusan 67
Pusat Sumber Sekolah
4.4.4.4 Aspek Mengawal Dalam Pengurusan 68
Pusat Sumber Sekolah
4.4.5 Tahap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Oleh 70
Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
4.5 Analisis Persoalan Kajian IV : Adakah terdapat perbezaan 71
antara tahap pengetahuan guru di sekolah menengah zon
bandar daerah Segamat terhadap pengurusan Pusat Sumber
Sekolah (PSS) berdasarkan faktor demografi?
4.5.1 Tidak terdapat perbezaan antara pengetahuan guru di 72
sekolah menengah zon bandar daerah Segamat
terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)
berdasarkan faktor demografi
4.6 Analisis Persoalan KajianV : Adakah terdapat perbezaan 74
antara tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)
oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM di sekolah
xii
menengah zon Bandar daerah Segamat berdasarkan
faktor demografi?
4.6.1 Tidak terdapat perbezaan antara tahap pengurusan 74
Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan
dan Media (GPM) di sekolah menengah zon bandar
daerah Segamat berdasarkan faktor demografi
4.7 Analisis Persoalan Kajian VI : Adakah terdapat hubungan 76
yang signifikan antara pengurusan Pusat Sumber Sekolah
(PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dengan
tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber
(PSS) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat?
4.7.1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara 77
pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh
Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dengan
tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat
Sumber (PSS) di sekolah menengah zon bandar
daerah Segamat
4.8 Kesimpulan 77
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 79
5.2 Rumusan Kajian 79
5.3 Perbincangan Hasil Kajian 80
5.3.1 Tahap pengetahuan guru terhadap pengurusan 80
Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah
menengah zon bandar daerah Segamat
5.3.2 Tahap kepuasan guru terhadap pengurusan 86
Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah
menengah zon bandar daerah Segamat
xiii
5.3.3 Tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah 93
(PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media
(GPM) di sekolah menengah zon bandar
daerah Segamat
5.4 Cadangan Penambahbaikan 95
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 96
RUJUKAN 97
Lampiran A-B 100 -133
viii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jadual Krejeic dan Morgan (1970) 28
3.2 Senarai Sekolah-Sekolah Yang Terpilih Dalam Tujuan Kajian 30
3.3 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian 31
3.4 Indikator Skala Likert 32
3.5 Analisis Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach Mengikut Item Soal 33
Selidik Bagi Kajian Rintis (Alpha If Item Deleted) Mengikut Konstruk
3.6 Tahap Pemeringkatan Min 35
3.7 Garis Panduan Guilford 36
3.8 Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 36
4.1 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian 40
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 40
4.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 41
4.4 Taburan Responden Mengikut Kaum 41
4.5 Taburan Responden Mengikut Tempoh Berkhidmat 42
4.6 Tahap Pengetahuan Guru Di Sekolah Menengah Zon Bandar Daerah 48
Segamat Terhadap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)
4.7 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Kemudahan Yang Ditawarkan 52
4.8 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Perkhidmatan Kaunter Sirkulasi 55
Di Perpustakaan
4.9 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Pengurusan Di Dalam Perpustakaan 57
4.10 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Kemudahan Bilik Sumber 59
4.11 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Layanan Guru / AJK Pusat Sumber 60
4.12 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 61
ix
4.13 Aspek Merancang Dalam Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 64
4.14 Aspek Mengelola Dalam Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 66
4.15 Aspek Memimpin Dalam Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 68
4.16 Aspek Mengawal Dalam Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 70
4.17 Tahap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Oleh Guru 71
Perpustakaan dan Media (GPM)
4.18 Ujian-t Tahap Pengetahuan Guru Di Sekolah Menengah Zon 72
Bandar Daerah Segamat Terhadap Pengurusan Pusat Sumber
Sekolah (PSS) Mengikut Jantina
4.19 Ujian ANOVA Tahap Pengetahuan Guru Di Sekolah Menengah Zon 73
Bandar Daerah Segamat Terhadap Pengurusan Pusat Sumber
Sekolah (PSS) Mengikut Kaum
4.20 Ujian ANOVA Tahap Pengetahuan Guru Di Sekolah Menengah Zon 73
Bandar Daerah Segamat Terhadap Pengurusan Pusat Sumber
Sekolah (PSS) Mengikut Tempoh Berkhidmat
4.21 Ujian-t Tahap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Oleh Guru 75
Perpustakaan dan Media (GPM) Di Sekolah Menengah Zon Bandar
Daerah Segamat Mengikut Jantina
4.22 Ujian ANOVA Tahap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Oleh 75
Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Di Sekolah Menengah Zon Bandar
Daerah Segamat Mengikut Kaum
4.23 Ujian ANOVA Tahap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Oleh Guru 76
Perpustakaan dan Media (GPM) Di Sekolah Menengah Zon Bandar
Daerah Segamat Mengikut Tempoh Berkhidmat
4.24 Ujian Korelasi Pearson Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Oleh Guru 77
Perpustakaan dan Media (GPM) Dengan Tahap Kepuasan Guru Terhadap
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Di Sekolah Menengah Zon
Bandar Daerah Segamat
x
SENARAI RAJAH
RAJAH PERKARA MUKA SURAT
1.1 Kerangka Kajian 7
xi
SENARAI SINGKATAN
AJK - Ahli Jawatankuasa
ANOVA - Analysis of Variance
APD - Alat Pandang Dengar
Bil - Bilangan
BBM - Bahan Bantu Mengajar
BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
GPM - Guru Perpustakaan dan Media
JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PSS - Pusat Sumber Sekolah
PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
SP - Sisihan Piawai
SPSS - Statistical Package for Social Sciences
xii
SENARAI SIMBOL
% - Peratus
- Alpha
> - Lebih besar daripada
< - Lebih kecil daripada
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 100
B Nilai Analisis Data 109
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sekolah merupakan suatu institusi pendidikan bagi pelajar menimba ilmu
pengetahuan seawal usia 4 tahun sehinggalah berusia 17 tahun. Selain itu, sekolah
juga menjadi tempat bagi pelajar untuk mempelajari dan memupuk nilai-nilai
kehidupan dalam diri. Dengan demikian, keberkesanan dan kejayaan sesebuah
sekolah dari semua bidang seperti kurikulum dan kokurikulum banyak bergantung
kepada pengurusan dan pentadbiran pihak sekolah berkenaan. Ini bermaksud
pengurusan sekolah yang baik akan mempengaruhi pencapaian akademik,
pencapaian kokurikulum dan juga imej sesebuah sekolah itu.
Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, institusi pendidikan seperti
sekolah turut mengalami impak hebat daripada era globalisasi dan perkembangan
kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Malah sistem pendidikan di
Malaysia turut pesat berkembang seiring dengan kemajuan negara dan selaras
dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu. Tugas seorang
guru tidak lagi sekadar mengajar dan menjadi sumber utama pengetahuan tetapi telah
diperluaskan sebagai agen perubahan, pemudah cara dalam pengajaran dan
pembelajaran dan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar (Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010).
2
Pendidikan yang berkualiti dapat menghasilkan sumber manusia yang
berilmu pengetahuan dan memenuhi keperluan tenaga kerja agar dapat bersama-sama
membangunkan negara. Oleh itu, perkembangan dan kemajuan negara bergantung
kepada kecemerlangan dan kualiti pendidikan yang dihasilkan. Justeru itu, hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek haruslah dirialisasikan.
Kemajuan teknologi dan maklumat yang berkembang pesat dalam abad ini
ternyata mempengaruhi sistem pendidikan di negara kita. Saban tahun, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) akan sentiasa melakukan penambahbaikan dalam sistem
pendidikan yang menuntut ke arah perubahan yang lebih baik. Dalam hal ini, Pusat
Sumber Sekolah (PSS) juga tidak terkecuali. Malah perkembangan ini turut
mempengaruhi pengurusan dan fungsi Pusat Sumber. Oleh yang demikian, Bahagian
Teknologi Pendidikan (BTP) menjadi satu organisasi penting dalam KPM yang
bertanggungjawab untuk memperkasakan keupayaan kepimpinanan sekolah melalui
pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak BTP dalam membantu untuk
memantapkan dan memajukan sistem pendidikan. Antaranya mewujudkan
perjawatan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) secara sepenuh masa untuk
mengurus Pusat Sumber Sekolah. BTP juga turut menghasilkan modul sebagai
panduan sumber rujukan kepada GPM untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan
dan mengendalikan PSS dengan berkesan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengurusan dan fungsi Pusat Sumber Sekolah (PSS) pada masa kini telah
banyak mengalami perubahan sejajar dengan kepesatan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Bahan bantu mengajar kini berbentuk kepada elektronik dan
keperluan untuk mengakses bahan-bahan tidak hanya terhad kepada guru malah
terbuka kepada pelajar dan para ibu bapa. Oleh yang demikian, pembelajaran pelajar
3
pada masa kini tidak hanya terhad dalam kemahiran di kelas malah pelajar – pelajar
perlu dibekalkan dengan kemahiran mencari, menganalisis, mentafsir dan
menggunakan maklumat-maklumat yang diperoleh dengan berkesan.
Kewujudan Pusat Sumber Sekolah bukan lagi terhad kepada sebuah
perpustakaan sekolah yang dipenuhi dengan buku-buku ilmiah dan majalah sahaja.
Perpustakaan yang merupakan sebahagian daripada Pusat Sumber tidak hanya
sebagai tempat untuk pelajar berkumpul sambil mentelaah pelajaran. Ilmu tidak lagi
sekadar diperoleh melalui pembacaan buku semata-mata malah penggunaan
teknologi seperti CD ROM dan pelayar internet turut membantu dalam
mempelbagaikan maklumat dan ilmu pengetahuan.
Oleh yang demikian, guru-guru juga perlu mendorong diri untuk menjalankan
pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif serta melengkapkan
kemahiran secukupnya mengenai Pusat Sumber Sekolah (PSS). Antara objektif PSS
ialah berperanan untuk menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai
kemudahan pembelajaran dan juga membantu pelajar dan guru untuk menghasil,
menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Pusat Sumber Sekolah sebagai satu institusi pembelajaran perlu difokuskan
dan diberikan keutamaan oleh pihak pengurusan sekolah. Inovasi dalam pengurusan
Pusat Sumber perlu diperkembangkan bagi tujuan pembestarian pendidikan. Peranan
Guru Perpustakaan dan Media (GPM) masa kini sememangnya sangat mencabar
dalam tanggungjawabnya untuk menguruskan Pusat Sumber Sekolah. GPM pada
tahun 2013 ini seharusnya amat jelas peranannya dan menjadi lebih proaktif
berbanding pada awal kewujudan jawatan GPM pada tahun 2005.
Ternyata perkembangan pesat dunia pendidikan telah memberikan impak
positif kepada perkembangan Pusat Sumber di sekolah. PSS sebagai pusat ilmu dan
pusat pengajaran dan pembelajaran di sekolah wajar menjadi agen perubahan untuk
memartabatkan Pusat Sumber Sekolah sebagai nadi utama pengajaran dan
pembelajaran. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah perlu dilaksanakan secara
4
sistematik dan efisien untuk mencapai kualiti dan kecemerlangan pendidikan yang
lebih berkesan.
1.3 Penyataan Masalah
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan satu kemudahan frasarana yang
ditubuhkan di sekolah untuk menyediakan kemudahan dan koleksi bahan pengajaran
dan pembelajaran yang diuruskan secara sistematik. Malah PSS juga menjadi satu
pusat yang menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi
memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pusat Sumber Sekolah
juga sebagai penjana pembentukan masyarakat yang berilmu pengetahuan, gemar
membaca dan berkemahiran maklumat sejajar dengan kepesatan teknologi maklumat
dan komunikasi masa kini.
Kelemahan pengurusan Pusat Sumber Sekolah telah mendapat perbincangan
yang meluas di kalangan pengkaji pada awal tahun 1990–an. Terdapat pelbagai
kelemahan pengurusan yang telah dikesan antaranya kekurangan latihan dan
kepakaran, kekurangan masa oleh penyelaras pusat sumber untuk menguruskan PSS
pada masa persekolahan kerana jumlah waktu mengajar yang banyak, tidak ada
kakitangan perkeranian untuk membantu dalam proses rutin harian di Pusat Sumber
dan kekurangan minat, kemahiran dan keyakinan guru-guru untuk menggunakan
media pendidikan di sekolah.
Namun demikian, dalam usaha untuk memantapkan dan memajukan sistem
pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah pun memperuntukkan
perlantikan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) bermula pada tahun 2005.
Perlantikan GPM merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
memantapkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah dan berharap GPM dapat
menguruskan PSS dengan baik dan berkesan.
5
Namun, kelemahan pengurusan Pusat Sumber telah menjadi penghalang
kepada penggunaan kemudahan pembelajaran dan media pendidikan di kalangan
guru. Karenah birokrasi, prosedur yang ketat dan kesukaran mendapatkan bahan dan
alatan Pusat Sumber kadang kala melemahkan keinginan berkobar-kobar para guru.
Masalah-masalah yang dihadapi seperti ini kadangkala mengundang rasa
ketidakpuasan hati para guru dan melihat perkhidmatan Pusat Sumber sebagai satu
bebanan tambahan. Guru-guru tidak melihat kewajaran PSS sebagai satu komponen
yang digabungjalin dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Oleh itu, amat wajar satu kajian yang menyeluruh terhadap keperluan
pengetahuan dan tahap kepuasan guru tentang pengurusan PSS perlu dijalankan
untuk memartabatkan kembali peranan Pusat Sumber sekolah sebagai nadi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
1.4 Objektif Kajian
Beberapa objektif kajian yang ingin dicapai daripada kajian ini adalah :
i. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru di sekolah menengah zon bandar
daerah Segamat terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
ii. Mengenal pasti tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber
Sekolah (PSS) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat.
iii. Mengenal pasti tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru
Perpustakaan dan Media (GPM) di sekolah menengah zon bandar daerah
Segamat.
iv. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan guru
di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat tentang Pusat Sumber
Sekolah (PSS) berdasarkan faktor demografi.
v. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan antara tahap pengurusan Pusat
Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) di sekolah
menengah zon bandar daerah Segamat berdasarkan faktor demografi.
6
vi. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara
pengurusan Pusat Sumber Sekolah oleh Guru Perpustakaan dan Media
(GPM) dengan tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber
Sekolah (PSS) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan iaitu :
i. Apakah tahap pengetahuan guru di sekolah menengah zon bandar daerah
Segamat terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)?
ii. Apakah tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah
(PSS) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat?
iii. Apakah tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru
Perpustakaan dan Media (GPM) di sekolah menengah zon bandar daerah
Segamat?
iv. Adakah terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan guru di sekolah
menengah zon bandar daerah Segamat terhadap pengurusan Pusat Sumber
Sekolah (PSS) berdasarkan faktor demografi?
v. Adakah terdapat perbezaan antara tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah
(PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) di sekolah menengah zon
bandar daerah Segamat berdasarkan faktor demografi?
vi. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan Pusat Sumber
Sekolah oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dengan tahap kepuasan
guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah menengah
zon bandar daerah Segamat?
7
1.6 Hipotesis Kajian
Terdapat tiga hipotesis kajian yang telah dibina dan perlu diuji dalam
kajian ini. Hipotesis tersebut adalah seperti berikut :
Ho1 : Tidak terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan guru di sekolah
menengah zon bandar daerah Segamat terhadap pengurusan Pusat
Sumber Sekolah (PSS) berdasarkan faktor demografi.
Ho2 : Tidak terdapat perbezaan antara tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah
(PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) di sekolah menengah
zon bandar daerah Segamat berdasarkan faktor demografi.
Ho3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan Pusat
Sumber Sekolah oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dengan
tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)
di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat.
1.7 Kerangka Kajian
Rajah 1.1 : Kerangka Kajian
Pengurusan
Pusat Sumber Sekolah
Pengetahuan guru
Kepuasan guru
Demografi
8
Kerangka kajian ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 di
bawah yang mengandungi tiga komponen iaitu aspek tahap pengetahuan guru, tahap
kepuasan guru dan tahap pengurusan pusat sumber sekolah. Kajian ini dijalankan
untuk mengkaji tahap pengetahuan para guru terhadap pengurusan pusat sumber dan
tahap kepuasan guru terhadap pengurusan pusat sumber sekolah. Komponen tahap
pengetahuan guru dan tahap kepuasan guru terhadap pengurusan pusat sumber
sekolah dihubungkan berdasarkan faktor demografi.
1.8 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan dalam kalangan guru-guru sekolah yang mengajar di
sekolah menengah zon bandar daerah Segamat, Johor. Kajian ini bertujuan untuk
menambahkan ilmu dan pengalaman pengkaji di dalam bidang penyelidikan
berkaitan pentadbiran dan pengurusan sekolah. Justeru itu, pengkaji ingin
menjalankan kajian berkaitan pengurusan pusat sumber sekolah. Ia bertujuan untuk
melihat sama ada amalan pengurusan pusat sumber sedia ada dapat diuruskan dengan
cekap dan berkesan mengikut dasar pengurusan yang telah ditetapkan oleh pihak
Bahagian Teknologi Pendidikan. Jika tidak, pengkaji ingin mencadangkan amalan
pengurusan pusat sumber yang bersesuaian dengan perubahan generasi masa kini.
Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk melihat sama ada guru-guru
mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan pusat sumber dan menggunakan
pusat sumber sebagai tempat rujukan utama terutama untuk meningkatkan prestasi
pembelajaran pelajar. Malah, pengkaji juga berminat untuk mengetahui sama ada
para guru berpuashati dengan pengurusan pusat sumber di sekolah masing-masing.
Jika tidak, pengkaji ingin mencadangkan perubahan-perubahan yang perlu dilakukan
oleh pihak sekolah supaya dapat menguruskan pusat sumber dengan lebih berkesan.
9
1.9 Batasan Kajian
Kajian ini mengkaji skop tahap pengetahuan dan tahap kepuasan guru
terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah di sekolah menengah zon bandar di
daerah Segamat, Johor. Dalam kajian ini, hanya sebilangan sekolah sahaja di daerah
Segamat yang terlibat dalam kajian ini. Justeru itu, guru - guru dari enam buah
sekolah zon bandar telah dikenalpasti sebagai responden penyelidikan. Oleh yang
demikian, dapatan kajian ini hanya mewakili sampel kecil daripada keseluruhan
populasi guru sekolah menengah di seluruh negeri Johor.
1.10 Definisi Istilah dan Operasional
Dalam kajian ini, definisi-definisi berikut digunakan untuk menjelaskan
maksud pusat sumber sekolah, pengurusan, pengetahuan, guru perpustakaan dan
media.
1.10.1 Pusat Sumber Sekolah
Menurut Abd. Rahim Selamat (1982), pusat sumber adalah integrasi antara
perpustakaan, buku dengan perkhidmatan pandang dengar, menjadi satu alat yang
bersepadu. Bagi Wehmeyar (1984) merujuk pusat sumber sebagai satu persekitaran
pendidikan dan bukan gantian kepada bilik darjah, juga bukan sebuah pusat untuk
mendapatkan maklumat semata-mata, tetapi seharusnya menyediakan pengalaman-
pengalaman yang estetik dan kreatif serta menyediakan keadaan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk murid mengembangkan tanggungjawab mereka
sebagai individu dan ahli masyarakat.
Edsall (1984) pula menyatakan bahawa PSS adalah sebuah organisasi yang
menyusun dan menyebarkan semua bahan pembelajaran dan pengajaran yang telah
10
dikelaskan dan diindekskan untuk kegunaan pelajar. Di sini terdapat sumber-sumber
hidup dan bukan hidup,bercetak dan bukan bercetak yang boleh digunakan untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran.Ia juga meliputi pelbagai jenis
kemudahan yang boleh meningkatkan mutu pendidikan. Pusat sumber ialah sebuah
tempat yang di dalamnya terdapat berbagai bentuk dan jenis sumber yang membantu
dan memperkukuhkan lagi segala gerak kerja pengajaran dan pembelajaran (Abd,
Rahim M.Saad, 1992).
Sementara Zaimi bin Zakaria (2001) menyatakan pusat sumber sekolah ialah
tempat pengumpulan dan penyebaran pelbagai maklumat. Ia dianggap sebagai pusat
pengajaran dan pembelajaran yang diuruskan secara sistematik dan terancang oleh
kakitangan media yang terlatih untuk mempelbagai perkhidmatan bagi
mempertingkat mutu pendidikan.
Menurut Isnazhana et.al (2006) pula, pusat sumber sekolah merupakan pusat
penyimpanan dan memberi perkhidmatan mengenai pelbagai sumber pengajaran dan
pembelajaran. Di dalamnya mengandungi bahan jenis buku, bahan cetak,bahan
bukan buku, bahan grafik, bahan dengar dan alat-alat serta objek. Ia juga tempat
menyimpan rekod bahan lain yang terdapat di sekolah, memberi perkhidmatan
maklumat, dan mempunyai ruang dan alat untuk kakitangan sekolah dan murid-
murid membuat bahan pengajaran dan pembelajaran.
Dalam konteks kajian ini, pusat sumber merujuk kepada satu tempat
pengumpulan pelbagai alat dan bahan media pendidikan yang dikelaskan,
dikatalogkan dan disusun atur bagi memudahkan pengguna dan tempat untuk warga
sekolah berkumpul, memilih dan menggunakan alat pengajaran dan pembelajaran
untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. PSS menjadi pusat
kelolaan dan tumpuan bagi GPM untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan yang
berkaitan dalam bidangnya.
11
1.10.2 Pengurusan
Pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu aktiviti perancangan dan
pergerakan atau panduan oleh sesuatu organisasi berhubung dengan segala kaedah-
kaedah, peraturan-peraturan juga tanggungjawab serta tugas-tugas kakitangan (Mohd
Zamzuri, 2002).
Pengurusan dalam aspek pendidikan adalah bertujuan untuk memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat dijalankan dengan teratur
dan sempurna tanpa sebarang gangguan. Robiah (1989), menegaskan bahawa
pengurusan sebagai satu proses membahagikan tugas-tugas dikalangan anggota-
anggota organisasi itu, mengatur sumber-sumber seperti alat-alat dan wang serta
mengurus semuanya supaya berkaitan antara satu sama lain. Mereka itu menjadi satu
kesatuan yang teguh.
Menurut Yahya (1989) pula, pengurusan adalah apa jua bentuk aktiviti yang
boleh memberi kepuasan kepada pengguna terhadap barangan atau servis yang
mereka nikmati dan ini dilakukan dengan cara yang ekonomi dan berkesan. Aktiviti-
aktiviti yang terkandung dalam bidang pengurusan merangkumi aktiviti-aktiviti
seperti merancang, menyusun, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal. Di
samping itu, pengurusan juga merupakan satu proses mengagihkan semua input
organisasi termasuk sumber ekonomi dan sumber kakitangan dengan cara
perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bertujuan untuk
mengeluarkan output (segala barang-barang dan perkhidmatan) yang diperlukan oleh
pengguna supaya objektif organisasi tercapai (Jaafar, 1988).
Dalam kajian ini, pengurusan dikaitkan dengan cara-cara menguruskan pusat
sumber sekolah melalui aspek merancang, mengelola, memimpin dan mengawal.
Pengurusan merupakan proses penting dalam meningkatkan kualiti. Pengurusan PSS
yang baik dapat memastikan segala sumber yang ada dalam sesebuah sekolah
diuruskan dengan efektif dan efisyen.
12
1.10.3 Pengetahuan
Pengetahuan boleh ditakrifkan sebagai sesuatu ilmu yang diperolehi oleh
seseorang individu. Dalam kajian ini, pengetahuan merujuk kepada ilmu-ilmu yang
telah diperoleh oleh seseorang guru melalui proses tertentu seperti kursus, latihan
dan pembacaan. Pengetahuan yang ada pada seseorang guru dapat membantu untuk
memahami bidang tugas dan tanggungjawab pengurusan bagi Guru Perpustakaan dan
Media. Selain itu, guru - guru perlu mempunyai pengetahuan untuk menggunakan
PSS dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
1.10.4 Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
Guru terlatih yang dipilih berdasarkan pengetahuan, kebolehan, kemahiran
dan kelayaka yang ada padanya berhubung dengan media, teknologi pendidikan atau
pusat sumber. Beliau juga harus berkebolehan dalam pengurusan dan pentadbiran
serta bertanggungjawab untuk memperkembang, mentadbir dan seterusnya
melaksanakan sepenuhnya rancangan PSS bagi memenuhi kehendak dan keperluan
pengguna. Beliau harus dilantik oleh pengetua untuk menjalankan tugas ini selain
daripada tugas hakikinya (Ab. Rahim, 1990; Zohra,1995)
Yusup Hashim (1992) mendefinisikan penyelaras pusat sumber adalah guru
perpustakaan dan media dan merupakan seorang pemimpin dan pakar dalam
organisasi sumber atau media yang merancang program sumber pendidikan untuk
meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Padlon (2004),
guru perpustakaan dan media dan memegang jawatan sebagai penyelaras pusat
sumber dan merupakan jawatan yang paling penting dalam organisasi pusat sumber
sekolah.
Dalam konteks kajian ini, GPM merupakan seorang guru biasa yang
mengajar mata pelajaran tertentu dan turut terlibat dalam ko-kurikulum sekolah.
13
Beliau mempunyai ijazah yang berkaitan dan telah dilantik oleh pengetua untuk
mengendalikan dan menguruskan PSS.
1.11 Kesimpulan
Bab ini memberikan latar belakang kajian mengenai pengetahuan dan
kepuasan guru terhadap pengurusan PSS dan juga menyingkap mengenai pengurusan
PSS oleh Guru Perpustakaan dan Media. Pengurusan PSS yang baik dapat menjadi
nadi penggerak untuk menjadikan sesebuah sekolah lebih cemerlang dan sesuai
dengan keperluan pembelajaran masa kini. Pengetahuan guru terhadap pengurusan
PSS sebenarnya dapat membantu untuk guru itu sendiri akan kepentingan PSS dalam
meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang
berpuas hati dengan pengurusan PSS akan mewajarkan penggunaan PSS dengan baik
berbanding dengan guru yang sebaliknya. Oleh itu, pengurusan PSS oleh GPM perlu
dipertingkatkan menerusi perlaksanaan program yang lebih berkesan. Seharusnya
menjelang abad ini, PSS tidak boleh lagi menoleh ke belakang, menunggu dan
ketinggalan sebaliknya harus menyusun atur dan mengemas kini semua perancangan
agar matlamat dan objektif PSS dapat dicapai sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Negara (FPN).
Justeru diharapkan kajian ini dapat memberikan maklumat yang berguna
kepada guru serta bakal-bakal guru tentang peranan mereka terhadap pengurusan
PSS. Setiap warga sekolah harus memainkan peranan masing-masing dan guru
sebagai agen perubahan perlu memastikan PSS memainkan peranannya dengan baik
dan berkesan.