Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2010
-
Upload
fadzliaton-zainudin -
Category
Education
-
view
1.037 -
download
2
description
Transcript of Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2010
1
LAPORAN KESELURUHAN PELAKSANAAN PROGRAM PENARAFAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
2010
1. TUJUAN
Memaklumkan kepada Ahli Mesyuarat berkaitan pelaksanaan Program Penarafan
Pusat Sumber Sekolah 2010.
2. PENGENALAN
2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2000 (bertarikh 20 April 2000)
menegaskan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa
memberi penekanan yang sewajarnya dalam pelaksanaan program
berkaitan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di seluruh negara. Ini sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan seterusnya
mengupayakan generasi muda untuk mengharung cabaran dunia abad
ke-21 dengan lebih cemerlang.
2.2 Misi IFLA/UNESCO School Library in Teaching and Learning For All
juga telah menggariskan perkara berikut:
• PSS menyediakan informasi yang menjadi asas kecemerlangan
masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan
• PSS melengkapkan murid dengan kemahiran pembelajaran
sepanjang hayat
2.3 Justeru, bagi memastikan hasrat ini tercapai, pengurusan PSS perlu
dilaksanakan secara menyeluruh dan berkualiti bagi memenuhi
keperluan pengguna yang merangkumi tiga langkah berikut:
• Perancangan kualiti
• Kawalan kualiti
• Penambahbaikan kualiti
2.4 Perancangan, kawalan dan penambahbaikan kualiti PSS perlu diukur
melalui satu alat pengukuran prestasi yang berbentuk statistik dan
2
analisis data yang dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
sesuatu PSS.
2.5 Instrumen Penilaian PSS telah dibina, diselaraskan dan diguna pakai
di seluruh negara bagi mengukur petunjuk prestasi (performance
indicator).
2.6 Bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan pengukuran petunjuk
prestasi PSS, Program Penarafan PSS mula diperkenalkan pada tahun
2009.
3. LATAR BELAKANG
3.1 Cadangan pelaksanaan Program Penarafan PSS telah dibentang dan
diluluskan dalam Mesyuarat JK Induk Gerakan Tabiat Membaca
Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 1/2008 bertarikh 30 Julai 2008.
3.2 Program ini diselaraskan di seluruh negara berdasarkan pertimbangan
berikut:
• Satu mekanisme yang sistematik, berkesan dan cepat perlu
diwujudkan bagi tujuan mengenal pasti status kecemerlangan PSS
• Sebagai pemangkin kepada PSS yang sentiasa berusaha
meningkatkan kecemerlangan
• Sebagai salah satu bentuk pengiktirafan
• Sebagai salah satu bentuk tapisan (filter) bagi mengenal pasti
bentuk khidmat bantu / sokongan yang perlu diberikan kepada
sesuatu PSS
4. STRATEGI PELAKSANAAN
4.1 Program Penarafan PSS dilaksanakan mulai Julai 2009 melalui
penggunaan sistem iQ-PSS. iQ-PSS ialah singkatan bagi Indeks Kualiti
Pusat Sumber Sekolah diguna pakai sebagai indeks piawai pengukur
prestasi Pusat Sumber Sekolah seluruh Malaysia.
3
4.2 iQ-PSS menterjemahkan kriteria kualitatif pencapaian PSS kepada
indeks kuantitatif kualiti, agar prestasi sesebuah PSS boleh diukur
secara seragam dan dianalisis bagi mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan PSS dalam merancang tindakan pembetulan dan
penambahbaikan dari segi pengurusan, peruntukan kewangan,
pembekalan bahan (koleksi) PSS, kemudahan fizikal dan peralatan,
program latihan, program galakan membaca (NILAM), dan Literasi
Maklumat agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
4.3 Pelaksanaan iQ-PSS adalah berdasarkan Instrumen Penilaian PSS
yang meliputi perkara berikut seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1: Kriteria dalam Instrumen Penilaian PSS
Bahagian A – Kemudahan Fizikal, Peralatan dan Bahan (15%) A1. Lokasi PSS Induk, Bilik Media & BBM A2. Susun Atur Bilik / Ruang A3. Perabot dan Kelengkapan A4. Ruang / Kemudahan Tambahan A5. Bahan Cetak A6. Bahan Bukan Cetak A7. Peralatan Elektronik A8. Ciri-ciri Keselamatan
Bahagian B – Pengurusan dan Pengelolaan PSS (15%) B1. Struktur Organisasi B2. Rancangan Tahunan B3. Pengurusan Kewangan PSS B4. Dokumen dan Rekod Pengurusan PSS B5. Dokumen dan Rekod Pengelolaan Koleksi B6. Dokumen dan Rekod Pengelolaan Peralatan B7. Keceriaan B8. Penglibatan Warga Sekolah dan Komuniti / NGO
Bahagian C – Penggunaan PSS (40%) C1. Waktu Operasi PSS C2. Jadual Waktu C3. Pinjaman (Sirkulasi) C4. Penggunaan Rancangan Eduweb TV C5. Aktiviti Pameran C6. Aktiviti Galakan C7. Pembelajaran Kendiri (SALC/PPAK) C8. Promosi / Publisiti C9. Literasi Maklumat C10. Penghasilan Bahan dan Perisian
4
Bahagian D – Program Galakan Membaca (NILAM) (20%) D1. Program NILAM D2. Penglibatan D3. Dokumen dan Rekod D4. Pencapaian D5. Pengiktirafan
Bahagian E – Program Peningkatan PSS (10%) E1. Rancangan Pembangunan Jangka Panjang E2. Sumber Kewangan Lain E3. Pembangunan Staf E4. Penilaian
Bahagian F – Kriteria Khusus (5 markah bonus) F1. Ciri Keistimewaan
4.4 Skop
iQ-PSS melibatkan entiti berikut:
• 9,887 sekolah seluruh Malaysia (termasuk SK, SMK, SABK,
SJK(C), SJK(T) )
• 367 Pusat Kegiatan Guru (PKG)
• 15 Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
• Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan, BTP
4.5 Proses
Proses kerja penarafan PSS seluruh Malaysia melibatkan Guru
Perpustakaan dan Media (GPM), Pegawai Teknologi Pendidikan di
PKG, Pegawai Unit PSP BTPN dan Pegawai Sektor PSP, BTP seperti
berikut seperti dalam Rajah 1.
5
Rajah 1: Proses Kerja Penarafan PSS
4.6 Kaedah
Kaedah yang diguna pakai dalam melaksanakan aktiviti iQ-PSS adalah
seperti berikut:
• Penetapan standard (piawai) Indeks Kualiti PSS (iQ-PSS).
• Kaji selidik melalui penarafan kendiri.
• Dibuat secara tahunan berdasarkan maklumat tahun semasa
dan tahun sebelum.
• Pemberian bintang (1-star, 2-star, 3-star, 4-star, 5-star) kepada
PSS.
4.7 Input
Input yang diperlukan adalah seperti berikut:
• Maklumat asas Sekolah dan PSS
• Maklumat Asas PKG
• Maklumat Asas BTPN
• Tahap pencapaian semua PSS
6
4.8 Output
Output daripada program iQ-PSS ini adalah seperti berikut:
• Tahap iQ bagi semua PSS (KPI)
• Analisis statistik iQ-PSS berdasarkan sekolah, PKG, BTPN dan
BTP. Analisis statistik iQ-PSS ini boleh digunakan bagi tujuan:
i). Pemilihan PSS terbaik untuk Program Anugerah Pusat
Sumber Cemerlang (APSSC).
ii). Menentu jumlah agihan geran per kapita PSS (PCG).
iii). Menentukan jumlah dan jenis koleksi agihan perolehan
bahan PSS kepada setiap sekolah.
iv). Menentukan keperluan kemudahan fizikal / peralatan bagi
PSS.
v). Merangka keperluan latihan.
vi). Merangka aktiviti bagi Program Literasi Maklumat.
vii). Penarafan berdasarkan bintang (star-ranking) digunakan
bagi mengenal pasti kecemerlangan PSS.
5. DAPATAN
5.1 Status Keseluruhan Penarafan PSS
Sehingga akhir Disember 2010, 7,437 sekolah (75.2%) daripada 9,887
sekolah telah berjaya ditarafkan dengan peningkatan sebanyak 11.6%
berbanding tahun 2009. (2009: 6,258 (63.6%) sekolah daripada 9,843
sekolah).
Status terperinci bagi 36.4% sekolah yang belum selesai ditarafkan
adalah seperti dalam Jadual 2 dan Rajah 2 di bawah.
7
Jadual 2: Status Keseluruhan Penarafan PSS
Rajah 2: Status Keseluruhan Penarafan PSS Dalam Peratus
Status Penarafan PSS mengikut negeri adalah seperti dalam Jadual 4.
Penarafan PSS di tiga buah negeri telah dilaksanakan sepenuhnya
iaitu Kedah (710), Pulau Pinang (386) dan Perlis (99).
Secara keseluruhannya, penarafan yang dilaksanakan di semua negeri
adalah lebih baik berbanding pada tahun 2009 seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 3. Hanya negeri Sabah sahaja mencatatkan
pelaksanaan penarafan yang rendah iaitu 138 (10.9%) daripada 1,270
PSS.
8
Jadual 3: Status Keseluruhan Penarafan PSS Mengikut Negeri
Jadual 3: Status Keseluruhan Penarafan PSS Mengikut Negeri
5.2 Lokasi PSS
Setiap sekolah di Malaysia mempunyai PSS. Daripada sejumlah 9,891
sekolah di seluruh negara, 7670 (77.6%) ialah sekolah rendah dan
2,221 (22.4%) merupakan sekolah menengah.
Secara keseluruhannya, 2,244 sekolah atau 23% (1,436 sekolah
rendah, 808 sekolah menengah) terletak di kawasan bandar
manakala 7,647 sekolah atau 77% (6,234 sekolah rendah, 1,413
sekolah menengah) terletak di kawasan luar bandar.
Perincian lokasi sekolah rendah bandar, sekolah rendah luar bandar,
sekolah menengah bandar dan sekolah menengah luar bandar adalah
seperti dalam Rajah 3 dan Jadual 4.
Rajah 3: Sekolah Mengikut Lokasi
Rajah 4: : Pecahan Sekolah Rendah dan Menengah Mengikut Lokasi
Jadual 4: Perincian Lokasi Sekolah Mengikut Negeri
5.3 Infrastruktur PSS
Analisis infrastruktur PSS adalah berdasarkan laporan 9,239
responden dalam maklumat asas PSS seperti dalam Rajah 5. 716
(8%) PSS mempunyai bangunan sendiri manakala 710 (8%) PSS
Sekolah Rendah Sekolah Menengah
10
mempunyai bangunan ubahsuai iaitu bangunan lain seperti makmal
atau bangunan lain yang telah diubahsuai dan ditukar kegunaannya
menjadi PSS.
Selain itu, 3,994 (43%) PSS terletak di bilik khas yang telah ditetapkan
dalam pembangunan sesuatu sekolah, manakala 3,720 (40%) PSS
berada di bilik yang telah diubahsuai berdasarkan keperluan semasa
sekolah. Walau bagaimanapun, 99 (1%) responden tidak menyatakan
infrastruktur PSS mereka.
Rajah 5: Infrastruktur PSS
5.4 Tahap iQ-PSS Keseluruhan
Sehingga akhir Disember 2010, sebanyak 7,437 PSS telah berjaya
ditarafkan berbanding 6,258 PSS pada tahun 2009 (Peningkatan
sebanyak 1,179 PSS) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.
Rajah
Rajah 7 menunjukkan. d
tahap 5-bintang
hingga F, berbanding
peningkatan 2.7%
1,419 (19%) PSS
keseluruhan, berbanding
peningkatan 6.2%.
1617 (21.7%) PSS
keseluruhan, berbanding
peningkatan 3.6%.
2208 (29.7%) PSS
keseluruhan, berbanding
penurunan 2.5%.
1735 (23.3%) PSS
keseluruhan, berbanding
penurunan 10.2%
5500
6000
6500
7000
7500
Rajah 6: Perbandingan Penarafan PSS
Rajah 7 menunjukkan. daripada jumlah ini, 458 (6.1%) PSS
bintang atau 85-100% markah keseluruhan Bahagian A
, berbanding 214 (3.4%) PSS pada tahun 2009
2.7%.
PSS mencapai tahap 4-bintang atau 70 – 84% markah
berbanding 799 (12.8%) PSS pada tahun 2009 dengan
6.2%.
PSS mencapai tahap 3-bintang atau 60 – 69% markah
, berbanding 1135 (18.1%) PSS pada tahun 2009 dengan
3.6%.
PSS mencapai tahap 2-bintang atau 45 – 59% markah
keseluruhan, berbanding 2,015 (32.2%) PSS pada tahun 2009 dengan
2.5%.
(23.3%) PSS berada pada tahap 1-bintang atau 0 – 44% markah
, berbanding 2,095 PSS (33.5%) pada tahun 2009 dengan
10.2%.
2009 2010
6258
7437
Penarafan PSS
PSS mencapai
100% markah keseluruhan Bahagian A
pada tahun 2009 dengan
84% markah
pada tahun 2009 dengan
69% markah
pada tahun 2009 dengan
59% markah
pada tahun 2009 dengan
44% markah
pada tahun 2009 dengan
Jadual 5 menunjukkan PSS telah mencapai peningkatan sebanyak
12.7% berbanding Petunjuk Prestasi
peningkatan sekurang
secara keseluruhan
Jadual 5: Petunjuk Prestasi Utama (KPI) BTP bagi PSS
Penarafan
��������������������
����������������
������������
��������
����
Jumlah
Kesimpulannya,
mencapai tahap 3 hingga 5
5.4.1 Pencapaian
Bahan
Pencapaian Bahagian A yang meliputi kemudahan fizikal,
peralatan dan bah
0
500
1000
1500
2000
2500
5*
214
458
Rajah 7: Prestasi Penarafan PSS
Jadual 5 menunjukkan PSS telah mencapai peningkatan sebanyak
berbanding Petunjuk Prestasi Utama (KPI) BTP iaitu
peningkatan sekurang-kurangnya 5% setahun. Perincian tahap iQ
secara keseluruhan adalah seperti dalam Jadual 5.
: Petunjuk Prestasi Utama (KPI) BTP bagi PSS
2009 Peratus 2010
214
34.3% 458
799 1419
1135 1617
2015 65.7% 2208
2095 1735
6258 7437
Kesimpulannya, terdapat peningkatan terhadap PSS yang telah
mencapai tahap 3 hingga 5-bintang daripada 34.3% kepada 47%.
Pencapaian Bahagian A – Kemudahan Fizikal, Peralatan dan
Pencapaian Bahagian A yang meliputi kemudahan fizikal,
peralatan dan bahan adalah seperti dalam Jadual 6.
4* 3* 2* 1*
799
1135
20152095
1419
1617
2208
1735
Prestasi Penarafan PSS
Jadual 5 menunjukkan PSS telah mencapai peningkatan sebanyak
Utama (KPI) BTP iaitu
Perincian tahap iQ-PSS
Peratus
47%
53%
terdapat peningkatan terhadap PSS yang telah
bintang daripada 34.3% kepada 47%.
Kemudahan Fizikal, Peralatan dan
Pencapaian Bahagian A yang meliputi kemudahan fizikal,
2009
2010
13
Jadual 6: Pencapaian Bahagian A
Penarafan 2009 Peratus 2010 Peratus
�������������������� 971
58.9%
1697
69.7% ���������������� 1653 2289
������������ 1062 1188
�������� 1370 41.1%
1290 30.3%
���� 1202 973
Jumlah 6258 7437
Kesimpulannya, terdapat peningkatan 10.8% kemudahan fizikal,
peralatan dan bahan PSS yang bertaraf 3-bintang ke atas.
Berdasarkan kajian ini, 5,117 (69.7%) PSS mempunyai
kemudahan fizikal, peralatan dan bahan PSS yang baik dan
berfungsi.
5.4.2 Pencapaian Bahagian B – Pengurusan dan Pengelolaan
PSS
Bahagian B memperincikan pengurusan dan pengelolaan PSS
yang meliputi struktur organisasi, perancangan tahunan,
pengurusan kewangan, pengurusan dokumen dan rekod PSS,
koleksi dan peralatan, keceriaan dan juga penglibatan warga
sekolah dan agensi luar.
Pencapaian 7,437 responden dalam Bahagian B adalah seperti
dalam Jadual 7.
Jadual 7: Pencapaian Bahagian B
Penarafan 2009 Peratus 2010 Peratus
�������������������� 887
55.9%
1525
67.3% ���������������� 1486 2209
������������ 1065 1274
�������� 1294 45.1%
1250 32.7%
���� 1526 1180
Jumlah 6258 7437
14
Kesimpulannya, terdapat peningkatan 11.4% pengurusan dan
pengelolaan PSS yang bertaraf 3-bintang ke atas. Berdasarkan
kajian ini, 5,008 (67.3%) PSS telah menguruskan rekod dan
dokumentasi dengan berkesan.
5.4.3 Pencapaian Bahagian C – Penggunaan PSS
Bahagian C yang merangkumi sebahagian besar pemarkahan
dalam Instrumen Penilaian PSS (40% daripada jumlah
keseluruhan) memperincikan waktu operasi, jadual waktu
bertugas, pinjaman, penggunaan, aktiviti pameran, aktiviti
galakan, pembelajaran kendiri, aktiviti promosi, program literasi
maklumat dan penghasilan bahan dan perisian. Bahagian dilihat
penting untuk memastikan keberkesanan sesebuah PSS.
Pencapaian 7,437 responden dalam Bahagian C adalah seperti
dalam Jadual 8.
Jadual 8: Pencapaian Bahagian C
Penarafan 2009 Peratus 2010 Peratus
�������������������� 151
26.3%
335
35.1% ���������������� 599 1010
������������ 896 1268
�������� 1887 73.7%
2369 64.9%
���� 2725 2455
Jumlah 6258 7437
Kesimpulannya, terdapat peningkatan 8.8% ke atas tahap
penggunaan 3-bintang ke atas. Berdasarkan kajian ini, 2,613
(35.1%) PSS seluruh negara memberikan perkhidmatan yang
berkesan kepada murid serta aktif memberikan perkhidmatan,
aktiviti kesedaran dan galakan serta penghasilan bahan sumber
pendidikan sepanjang tahun 2010.
15
5.4.4 Pencapaian Bahagian D – Program Galakan Membaca
Bahagian D menilai keberkesanan pelaksanaan program
galakan membaca khususnya Program NILAM iaitu program
bacaan terancang yang diperkenalkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia pada tahun 1998. Antara item utama yang
terdapat dalam bahagian ini ialah pengurusan Program NILAM,
penglibatan murid, pengurusan dokuken dan rekod bacaan
murid, pencapaian murid dalam program NILAM dan bentuk
pengurusan pengiktirafan kepada murid yang menunjukkan
komitmen dalam program ini.
Laporan daripada 7,437 responden mendapati peningkatan
5.3% terhadap pelaksanaan program NILAM bertaraf 3-bintang
ke atas. Berdasarkan kajian ini, 2,884 (38.8%) PSS mencapai
tahap pengurusan program galakan membaca yang berkesan
seperti dalam Jadual 9.
Jadual 9: Pencapaian Bahagian D
Penarafan 2009 Peratus 2010 Peratus
�������������������� 328
33.5%
462
38.8% ���������������� 716 1064
������������ 1053 1358
�������� 1955 66.5%
2407 56.4%
���� 2206 2146
Jumlah 6258 7437
5.4.5 Pencapaian Bahagian E – Program Peningkatan PSS
Bahagian E pula menilai keberkesanan pelaksanaan program
peningkatan PSS yang meliputi rancangan pembangunan
jangka panjang, sumber kewangan, pembangunan staf dalam
perkara yang berkaitan pengurusan PSS dan penilaian yang
dilaksanakan bagi menambahbaik PSS.
16
Laporan daripada 7,437 responden mendapati hanya 1,953
(26.3%) mempunyai perancangan dalam perancangan jangka
panjang PSS bertaraf 3-bintang ke atas. Berdasarkan kajian
ini, terdapat penurunan dari segi program peningkatan jangka
panjang PSS yang berkesan seperti dalam Jadual 10 .
Kesimpulannya, program intervensi bagi meningkatkan
kemahiran GPM mennyediakan perancangan, pelaporan,
anggaran kewangan dan kajian perlu ditekankan dalam khidmat
nasihat dan kepakaran kepada mereka bagi membantu
meningkatkan prestasi dalam bahagian ini.
Jadual 10: Pencapaian Bahagian E
Penarafan 2009 Peratus 2010 Peratus
�������������������� 242
33.5%
565
26.3% ���������������� 383 693
������������ 417 695
�������� 931 66.5%
1293 73.7%
���� 4285 4191
Jumlah 6258 7437
5.4.6 Rumusan Bahagian A – E
Secara keseluruhannya, pencapaian PSS mengikut bahagian
adalah seperti dalam Rajah 8.
Rajah 8: Rumusan Pencapaian 2011 Mengikut Bahagian
5.5 Pengutomasian Pengurusan PSS
Pengurusan seharian PSS dapat ditingkatkan dan perkhidmatan
diberikan dengan lebih berkesan melalui penggunaan sistem automasi
Daripada 9,239
automasi manakala sebahagian kecil sahaja iaitu
mempunyai sebarang sistem automasi PSS seperti yang d
dalam Rajah 9.
Rajah
0%
Bahagian A
Bahagian B
Bahagian C
Bahagian D
Bahagian E
1697
1525
335
462
565
1010
1064
693
Rumusan Pencapaian 2011 Mengikut
: Rumusan Pencapaian 2011 Mengikut Bahagian
Pengutomasian Pengurusan PSS
Pengurusan seharian PSS dapat ditingkatkan dan perkhidmatan
diberikan dengan lebih berkesan melalui penggunaan sistem automasi
9,239 responden, 9,077 (98%) PSS menggunakan sistem
automasi manakala sebahagian kecil sahaja iaitu 162 (2%)
mempunyai sebarang sistem automasi PSS seperti yang d
Rajah 9: Status Sistem Automasi PSS
20% 40% 60% 80% 100%
2289
2209
1064
1188
1274
1268
1358
695
1290
1250
2369
2407
1293
973
1180
2455
2146
4191
Rumusan Pencapaian 2011 Mengikut
Bahagian
Pengurusan seharian PSS dapat ditingkatkan dan perkhidmatan dapat
diberikan dengan lebih berkesan melalui penggunaan sistem automasi.
PSS menggunakan sistem
%) PSS tidak
mempunyai sebarang sistem automasi PSS seperti yang ditunjukkan
100%
973
1180
Rumusan Pencapaian 2011 Mengikut
5*
4*
3*
2*
1*
18
5.6 Koleksi Bahan Bacaan PSS
Koleksi bahan bacaan merupakan antara perkara yang dititik beratkan
dalam sesebuah PSS. Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menetapkan bahawa setiap PSS perlu mempunyai koleksi yang
mencukupi bagi setiap murid. Nisbah murid dengan koleksi bacaan
yang ditetapkan bagi sekolah rendah ialah 1:15 manakala koleksi
bacaan sekolah menengah ditetapkan pada nisbah 1:20.
Laporan daripada 7,766 responden mendapati 3,971 (67%) sekolah
rendah telah mencapai piawaian koleksi bacaan yang ditetapkan iaitu
1:15 manakala 1,916 (33%) menyatakan bahawa koleksi mereka
masih belum mencapai sasaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
10.
Rajah 10: : Koleksi Bacaan PSS Sekolah Rendah dan Menengah
19
Perincian koleksi bahan mengikut lokasi pula adalah seperti dalam
Rajah 11 dan 12. 691 (56%) sekolah rendah bandar mempunyai
koleksi bacaan dengan nisbah 1:15 manakala 551 (44%) PSS belum
mencapai piawaian koleksi bacaan.
Kajian sekolah rendah luar bandar pula menunjukkan 3,280 (71%)
PSS telah mencapai sasaran manakala 1,365 (29%) PSS belum
mencapai piawaian yang ditetapkan.
Kesimpulannya, PSS sekolah rendah luar bandar mempunyai 15%
koleksi lebih banyak daripada PSS Sekolah rendah bandar. Terdapat
beberapa faktor yang membezakan koleksi buku antara sekolah
rendah bandar dan luar bandar. Antaranya ialah jumlah enrolmen
murid, per capita grant (PCG), sumbangan pihak luar dalam
meningkatkan koleksi dan sebagainya.
Rajah 11: Koleksi Bacaan PSS Sekolah Rendah Mengikut Lokasi
Bagi kategori sekolah menengah pula yang perlu mempunyai koleksi
bacaan 1:20, hanya 395 (21%) PSS sahaja yang telah mencapai
piawaian manakala 1,484 (79%) masih belum mencapai sasaran.
Sekolah menengah luar bandar mencatatkan 235 (20%) PSS yang
telah mencapai piawaian manakala 917 (80%) PSS belum mencapai
piawaian seperti dalam Rajah 12.
20
Laporan kajian sekolah menengah bandar pula menunjukkan hanya
160 (22%) PSS telah mencapai piawaian 1:20 manakala manakala 567
(78%) PSS masih belum mencapai piawaian.
Bagi kategori sekolah menengah bandar dan luar bandar, koleksi
bacaan PSS tidak mempunyai perbezaan yang ketara berbanding
sekolah rendah bandar dan luar bandar.
Rajah 12: Koleksi Bacaan PSS Sekolah Menengah Mengikut Lokasi
Kesimpulannya, tumpuan bagi program peningkatan koleksi bacaan
PSS perlu diberikan kepada sekolah rendah bandar dan sekolah
menengah sama ada bandar atau luar bandar. Ini adalah kerana faktor
enrolmen murid yang tinggi di sekolah-sekolah tersebut.
5.7 Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
Guru Perpustakaan dan Media (GPM) merupakan agen utama dan
juga penggerak sesebuah PSS. Peranan mereka amat penting dalam
kemajuan dan kecemerlangan sesuatu PSS.
5.7.1 Kompetensi GPM
GPM yang kompeten dan memahami serta menghayati konsep
dan falsafah kewujudan PSS dapat menjadikan sesebuah PSS
sebagai nadi ilmu. Kajian iQ-PSS yang dilaporkan oleh 9,239
responden mendapati bahawa 6,632 (71.8%) mempunyai
kemahiran pengurusan PSS di pelbagai peringkat seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 11. 6,480 (70%) GPM telah menjalani
21
Latihan Asas Pengurusan PSS yang meliputi pengenalan
kepada teknologi pendidikan, pengenalan kepada PSS,
kemudahan, perkhidmatan dan pengurusan PSS serta program
galakan membaca dan literasi maklumat. Latihan ini dapat
membantu GPM melaksanakan tugas harian di PSS.
Perincian kompetensi GPM adalah seperti yang ditunjukkan
oleh Jadual 11.
Jadual 11: Kompetensi GPM
Walau bagaimanapun, 2,807 (28.2%) GPM belum menghadiri
apa-apa latihan berkaitan pengurusan PSS. GPM ini perlu
dikenal pasti bagi memastikan mereka mendapat pendedahan
berkaitan bidang pengurusan PSS secukupnya.
5.7.2 Pengalaman Mengajar GPM
Laporan iQ-PSS turut mendapati 4,090 (44.3%) GPM
mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan
dan telah mengajar lebih daripada 10 tahun. Walau
bagaimanapun, daripada 9,239 responden, 3,236 (35%)
merupakan guru baru yang mengajar antara 0 – 5 tahun.
Perincian pengalaman mengajar GPM adalah seperti dalam
Jadual 12.
22
Jadual 12: Pengalaman Mengajar GPM
Kesimpulannya, pentadbir sesebuah sekolah harus peka
kepada kepentingan guru berpengalaman sebagai pengurus
PSS di sekolah. Ini adalah kerana GPM seharusnya mempunyai
pengalaman yang luas dalam pedagogi dan dapat
mengaplikasikannya dalam program dan aktiviti PSS. GPM
berpengalaman juga dapat menjadi pembimbing kepada rakan
guru yang lain dalam mengaplikasikan teknologi pendidikan
yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.
5.7.3 Gred Perjawatan GPM
Walaupun Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 menyatakan
bahawa jawatan GPM disandang oleh guru DGA 29 di sekolah
rendah dan DG 41 di sekolah menengah, kajian mendapati
terdapat guru daripada gred jawatan DGA 32, DGA 34, DG44
dan DG 48 menyandang jawatan GPM.
Perincian gred perjawatan GPM adalah seperti dalam Jadual
13.
Jadual 13: Gred Perjawatan GPM
23
Walau bagaimanapun, 473 (5.1%) GPM tidak menyatakan gred
sebenar jawatan mereka.
5.7.4 Bilangan Waktu Mengajar GPM
Walaupun Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 menyatakan
GPM yang dilantik secara ”over and above” perlu mengajar
antara 6 – 8 waktu seminggu supaya tumpuan dan usaha dapat
diberikan sepenuhnya kepada kemajuan PSS, kajian mendapati
bahawa 8,595 (93%) GPM mengajar lebih daripada waktu yang
ditetapkan.
3,634 (39.3%) GPM menyatakan mereka mengajar lebih
daripada 20 waktu seminggu seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 14.
Jadual 14: Bilangan Waktu Mengajar GPM Seminggu
Kesimpulannya, tugas yang dipikul oleh GPM amat berat
disebabkan bilangan waktu mengajar yang banyak sedangkan
waktu yang ditetapkan untuk pengurusan PSS adalah 20 waktu
seminggu. Akibatnya, majoriti GPM tidak dapat memberikan
tumpuan kepada pengurusan PSS kerana disebabkan beberapa
faktor seperti keperluan sekolah, kepakaran GPM diperlukan
dalam subjek yang diajar dan kurangnya kepekaan Guru Besar
dan Pengetua terhadap kepentingan PSS kepada murid.
24
5.7.5 Lantikan GPM
Sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan pertukaran
GPM di sekolah dan seterusnya mengganggu pengurusan PSS
di sekolah, Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca Bil.
2/2008 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia, Tan Sri Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Dom, telah membuat
keputusan agar Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri melantik
GPM.
Kajian mendapati 3,877 (42.%) daripada 9,239 responden telah
dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri seperti yang ditunjukkan
oleh Jadual 15.
Jadual 15: Lantikan GPM
Kesimpulannya, kadar pertukaran GPM masih di peringkat yang
tinggi. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan pertukaran
ini, antaranya, kenaikan pangkat, bertukar tempat bertugas dan
sebagainya. Kerjasama daripada semua pihak adalah amat
diperlukan bagi memastikan kos atau Return of Investment
(ROI) melatih dan memberi kemahiran kepada GPM mendapat
pulangan yang sepatutnya.
6.0 PENUTUP
Sistem iQ-PSS yang mula diperkenalkan pada Julai 2009 merupakan salah
satu kaedah untuk memantau dan menyelaras pembangunan Pusat Sumber
Sekolah. Laporan daripada Indeks Kualiti PSS dapat digunakan untuk
menentukan hala tuju dan merancang pembangunan PSS di samping menilai
keberkesanan pengurusan PSS sama ada di peringkat sekolah, zon, daerah,
negeri dan negara. Dengan adanya pemantauan yang bersistematik ini,
25
adalah diharapkan sebarang keputusan berkaitan pembangunan PSS dapat
dibuat dengan lebih tepat dan memenuhi keperluan pengguna.
Selepas dua tahun pelaksanaannya, iQ-PSS dapat dijadikan Petunjuk
Prestasi (Performance Indicator) bagi mengenal pasti sistem kualiti
penyampaian perkhidmatan pendidikan terutamanya dalam bidang Pusat
Sumber Sekolah yang telah dilaksanakan di semua peringkat, mencapai
sasaran yang ditetapkan.
Disediakan oleh:
Fadzliaton Zainudin Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur 18 Mac 2011