Penjagaan gigi

Post on 28-Jul-2015

127 views 10 download

Transcript of Penjagaan gigi

Dr. Najmuddin Bin MohamadDr. Najmuddin Bin MohamadPegawai Pergigian U41Pegawai Pergigian U41

Klinik Pergigian Kuala LipisKlinik Pergigian Kuala Lipis

MAKLUMAT ASAS KESIHATAN PERGIGIAN

KEPENTINGAN KESIHATAN PERGIGIAN DALAM

KEHIDUPAN

Hidup yang berkualiti. • Bebas dari penyakit pergigian• * Implikasi terhadap kos – penjimatan

masa dan wang jika tidak memerlukan rawatan pergigian.

meningkatkan penampilan dan keyakinan diri dalam interaksi sosial seseorang.

3

GIGI SIHAT GIGI SIHAT A. Struktur gigi

* 2 bahagian – korona ( kelihatan ) - akar ( bahagian tertanam)

B. Tisu gigi

i. Enamel - bahagian korona yg kelihatan putih & paling keras dalam tubuh manusiaii. Dentina - bawah enamel, warna kuningiii. Pulpa - mengandungi saluran darah yg membawa nutrien untuk gigi & sarafiv. Sementum - lapisan nipis meliputi akar gigi

C. Bahagian penyokong gigi

Gusi - tisu lembut mengelilingi leher gigi

Tulang alveolar - tulang rahang menyokong akar gigi

Membran periodontium - terdiri dari fiber-fiber yg melekatkan dinding simentum ke tulang alveolar

STRUKTUR GIGI…

GIGI SUSU…

Pengunyahan

Pertuturan

Estetik

Panduan untuk

gigi kekal tumbuh

MASALAH PERGIGIAN

PLAK GIGI

PENYAKIT GUSI

KECEDERAAN

PERGIGIAN

GIGI YANG TIDAK

TERATUR (MALOKLUSI

)

KANSER

MULUT

KARIES GIGI

PLAK (BIOFILM)Selaput lembut dan tidak berwarna yang terbentuk

dan melekat di permukaan gigi / tisu mulut.

Mengandungi pelbagai jenis bakteria.

Mudah dihilangkan dengan cara memberus gigi.

Terbentuk semula sebaik sahaja gigi dibersihkan dan berkumpul serta menebal sepanjang masa.

Penyebab utama karies dan masalah gusi.

Sekiranya tidak dibersihkan, lama-kelamaan mengeras di permukaan gigi dan menjadi KARANG GIGI.

Plak setelah diwarnakan

Plak sebelum diwarnakan

KARIES GIGIMasalah pergigian yang sering berlaku di

kalangan kanak-kanak dan remaja.

Panggilan biasa bagi penyakit ini ialah: - Gigi berlubang - Gigi reput - Gigi rosak - Gigi buruk - Kaviti

Berkait rapat dengan plak yang mengandungi bakteria.

Penyebab karies utama adalah gula. Tindak balas gula dengan bakteria dalam plak menghasilkan asid yang akan melarutkan lapisan permukaan gigi.

Bakteria juga boleh menyimpan lebihan gula dan menjadikannya sebahagian daripada plak. Ia akan menghasilkan asid apabila tidak terdapat gula di persekitaran mulut .

FAKTOR PENTING PROSES KEJADIAN KARIES

PERMUKAAN GIGI YANG RENTAN

(SUSCEPTIBLE)

GULA

MASA

BAKTERIA

karies

Apakah tanda-tanda yang biasa dialami oleh

seseorang yang mengidap karies gigi ?

Gigi yang sihat (bebas daripada karies)

Urat saraf dan bekalan darah

Peringkat Awal Karies Gigi

Seseorang itu TIDAK merasa sebarang masalah / kesakitan

Urat saraf dan bekalan darah

Jika dibiarkan …..… Seseorang akan rasa sensitif / ngilu bila mengambil makanan / minuman sejuk, masam atau manis

Urat saraf dan bekalan darah

Jika tidak dirawat awal, gigi akan terus mereput hingga ke

bahagian lapisan urat saraf dan bekalan darah

Urat saraf dan bekalan darah

Seseorang akan mengalami kesakitan yang amat sangat , rasa berdenyut-denyut dan sukar untuk tidur malam

Peringkat seterusnya… bekalan darah akan terputus dan urat

saraf tidak lagi berfungsi

Seseorang TIDAK merasa sebarang kesakitan kerana gigi telah mati (bekalan darah terputus/ urat saraf tidak berfungsi)

Gigi yang mati tidak mendatangkan kesakitan sehinggalah terdapat

jangkitan kuman pada hujung akar gigi tersebut….…

Jangkitan kuman di bahagian hujung akar gigi

Jangkitan kuman daripada kerosakan gigi

Gusi bengkak, bernanah, gigi terasa longgar dan sakit bila mengunyah

RAWATAN ABSES

MASALAH GUSI / PERIODONTIUM

Gingivitis ialah keradangan gusi yang berpunca daripada toksin yang dihasilkan oleh bakteria (plak).

Tanda keradangan kelihatan apabila plak telah bertapak melebihi 48 jam.

Gusi akan kelihatan merah, bengkak dan mudah berdarah.

Gusi akan kembali sihat sekiranya punca masalah diatasi.

Periodontitis ialah keradangan tisu periodontium yang boleh merebak ke dalam tulang alveolus dan meresap tulang tersebut.

Tulang yang menyusut (bone resorption) tidak boleh diganti.

Gejala periodontitisGusi menurun (resesi gingiva)Gigi menjadi longgar Penyusutan tulang alveolus- menyebabkan

poket gingiva dan bengkak gusi.

Peringkat Penyakit Gusi

Gusi yang sihat.

Toksin daripada plak menjadikan gusi bengkak dan merah. Apabila plak bertambah dan menjadi keras, kalkulus akan terjadi. Mulut juga akan berbau busuk.

Peringkat Penyakit Gusi

Tambahan toksin menjadikan gusi lebih bengkak dan merah. Resapan tulang berlaku.

Gusi terlalu bengkak dan mudah berdarah. Gusi menurun disebabkan resapan tulang. Gigi menjadi longgar dan tidak berfungsi.

GINGIVITIS…

PERIODONTITIS…

Jangan keliru!!!!

Karies GigiKaries Gigi Karang Gigi

Keadaan gigi yg tidak tersusun dari yang sepatutnya.

Rawatan menggunakan aplians boleh tanggal atau aplians tetap (‘braces’).

MALOKLUSI

Rawatan…Membuat rawatan

ortodontik.

Membuat cabutan gigi yang mengalami kesesakan di dalam mulut.

Memasang ‘braces’ untuk merapatkan gigi.

Adalah satu keadaan di mana sel-sel dari tisu bahagian mulut tumbuh secara tidak normal.

Ia boleh melibatkan bahagian lidah, bibir, bahagian dalam pipi, gusi, lantai mulut dan lelangit.

KANSER MULUT

Mengelakkan tabiat yang berisiko / tidak sihat

Elakkan menghisap rokok, tembakau dan shisha.

Elakkan minuman beralkohol.

Elakkan tabiat mengunyah sireh, pinang dan tembakau.

Keburukan merokokSalah satu faktor kepada terjadinya

kanserMenyebabkan penyakit gusiMenyebabkan bau mulut yang busukMenyebabkan stain / merubah gigi

menjadi kehitamanMelambatkan penyembuhan sesudah

pencabutan gigi

Rawatan pergigianKaries gigi = Tampalan / cabutanContoh bahan tampalan : amalgam,

komposit & GICGigi berlubang dan sakit= rawatan

saluran akar / cabutanPenyakit gusi (gingivitis /periodontitis)

= penskaleran / cuci gigiKehilangan gigi = pembuatan gigi palsuGigi tidak teratur = braces / rawatan

ortodontik

AMALAN KESIHATAN & PENCEGAHAN

MASALAH PERGIGIAN

Memberus gigi & penggunaan flosBerus gigi 2x/hari untuk menghapuskan plak.

Gunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida.

Fluorida berperanan mencegah karies gigi, membantu dalam proses pembaikan (‘remineralisation’) dan memperlahankan kerosakan gigi.

Memberus gigi tidak hanya mencegah masalah gigi tetapi juga boleh mengawal masalah gusi.

Amalan memflos sekurangnya SEKALI SEHARI untuk menghilangkan plak di celah-celah gigi yang tidak boleh dibersihkan oleh berus gigi.

Memberus gigi Memflos

Cara-cara memberus gigi

• Dihadapan cermin• Menggunakan berus gigi yang sesuai

• Bermuncung tirus• Berbulu lembut

• Ubat gigi berfluorida• Teknik yang betul

Amalan pemakanan sihat1. Makanan seimbang. makanan yang mengandungi semua zat

makanan untuk memastikan pertumbuhan gigi dan tisu mulut yang sihat.

2. Kurangkan pengambilan gula. Mengawal jumlah dan kekerapan makanan/minuman

yang mengandungi gula.

Hadkan jumlah pengambilan gula. (kurang dari 10 sudu teh sehari)

Hadkan pengambilan semasa waktu makan utama sahaja.

Awasi makanan yang mengandungi gula tersembunyi.

Pilih makanan/minuman kurang gula atau bebas gula.

Pilih snek yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, kacang, keropok dan sebagainya di antara waktu makan utama.

Pemeriksaan pergigian secara berkala

Mengenal pasti masalah pergigian di peringkat awal.

Rawatan dapat diberi seawal mungkin.

Senyuman manis sepanjang hayat…