Penjanaan Ilmu Serumpun Ke arah Kelestarian Penyelidikan ...•Media, Khalayak dan Demokrasi...

Post on 31-Mar-2020

22 views 0 download

Transcript of Penjanaan Ilmu Serumpun Ke arah Kelestarian Penyelidikan ...•Media, Khalayak dan Demokrasi...

Tarikh-tarikh Penting

• Penghantaran abstrak 17 Jun 2010• Keputusan penerimaan abstrak 17 Julai 2010• Penghantaran kertas kerja lengkap 30 Ogos 2010

Maklumat Penginapan

PURI PUJANGGA Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor Tel : 603 8921 3361 / 3362 Fax : 603 8922 2890www.ukmholdings.ukm.my/puri/

HOTEL EQUATORIAL BANGI-PUTRAJAYAOff Persiaran Bandar43650 Bandar Baru BangiSelangor, MalaysiaTel: 603 8925 1111 / 603 8210 2222Faks: 603 8210 2888www.equatorial.com/bng/

HOTEL SMART22-1-1, Jalan MedanPusat Bandar 4ASeksyen 9, Bandar Baru Bangi43650 Bangi, SelangorTel: 603 8926 7273Faks: 603 8925 2836www.smarthotel.com.my

HOTEL PUTRAJAYA MARRIOTT HOTELIOI Resort62502 Putrajaya MalaysiaTel: 603 8949 8888Faks: 603 8949 8999www.marriottputrajaya.com

Untuk Maklumat Lanjut

Prof Madya Dr Mohammad Fadzeli JaafarSetiausaha SEBUMI3 2010d/a Pusat Pengajian Bahasa dan LinguistikFakulti Sains Sosial dan KemanusiaanUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 Bangi, SelangorMalaysia

Faks: 03-8925 5836Tel: 03-8921 6953Emel: sebumi3.2010@gmail.comLaman web: www.ukm.my/sebumi3

Anjuran bersama Universiti Kebangsaan Malaysia

dan Universitas Indonesia

Penjanaan Ilmu SerumpunKe arah KelestarianPenyelidikan dan

Kecemerlangan Akademik

12 – 13 Oktober 2010

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Universiti Kebangsaan Malaysia

www.ukm.my/sebumi3

Pendahuluan

Seminar bersama antara UKM-UI ataupun SEBUMI adalahsatu seminar dwitahunan anjuran bersama kedua-duauniversiti. SEBUMI yang pertama telah diadakan di UKMpada 15-16 Disember 2005 yang bertemakan “CabaranSemasa Isu Rentas Sempadan Malaysia-Indonesia”.Penganjuran seminar SEBUMI kali ke-2 bertema“Pengantarabangsaan Melayu Serumpun Ke arahKegemilangan Bersama“ diadakan di kampus utama UIiaitu di Depok pada 17-18 Jun 2008 yang membuka tabirdan jaringan akademik yang lebih luas.

Kerjasama rapat yang telah terbentuk ini diperkukuhkanlagi melalui seminar kali ke-3 iaitu SEBUMI 2010 yangakan dianjurkan pula oleh UKM di kampus Bangi,Selangor pada 12-13 Oktober 2010. SEBUMI 2010menyediakan landasan lebih mantap dan dinamik untukmencapai matlamat sepunya dalam mencipta kerjasamaserumpun ke arah kelestarian penyelidikan danperkembangan akademik kedua-dua universiti. Sesuaidengan matlamat membina satu wawasan menjana ilmuserumpun maka tema yang dipilih untuk SEBUMI kali ke-3ialah “PENJANAAN ILMU SERUMPUN KE ARAHKELESTARIAN PENYELIDIKAN DAN KECEMERLANGANAKADEMIK”.

Latar BelakangKerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia adalahsuatu yang perlu dipupuk dan dilestarikan terutamanya dikalangan para ilmuan yang arif tentang perkembangan isusemasa kedua-dua buah negara. Pengetahuan dankepekaan yang wujud adalah hasil penelitian dan analisissecara berterusan melalui penyelidikan empirikal,perbincangan serta wacana intelektual di kalangan paraakademik. Seminar SEBUMI merupakan landasan bagiahli-ahli akademik dari UKM dan UI juga universiti lainserta pihak-pihak berkepentingan untuk sama-samamembincangkan tentang isu-isu kepentingan bersamadan mencari alternatif serta memberi saranan ke arahpenyelesaian masalah secara bersepadu. Isu-isu yangmerentasi sempadan dan mencakupi ruanglingkupsejagat cukup sesuai untuk dibincangkan melalui satulandasan yang disertai oleh pelbagai lapisan ilmuan danpakar dari pelbagai disiplin.

Sesungguhnya, SEBUMI memberi peluang ke arahpenjanaan ilmu pengetahuan dan maklumat terkini dalampelbagai bidang ilmu falsafah dan teori budaya danbahasa, agama, komunikasi, hubungan antarabangsa,gender, psikologi, etika, persekitaran, pembangunaninsan dan seumpamanya bagi membentuk kerjasama duahala, yang seterusnya merangsang pertumbuhan dankegemilangan serumpun dalam kelestarian penyelidikandan pertumbuhan akademik. Perhubungan yang terjalinini seterusnya akan menjadi katalis ke arah terciptanyahala tuju sepunya dan kedamaian serumpun.

Objektif Seminar

1. Membina landasan kerjasama serumpun ke arahkecemerlangan akademik dan penyelidikan antara kedua-dua universiti.2. Mewujudkan jaringan kesarjanaan dan kepakarandalam kalangan ahli-ahli akademik dari UKM dan UI secarakhusus, dan jaringan bersama universiti-universiti lain,secara umumnya.3. Membincangkan isu-isu kepentingan sepunya kearah tindakan bersama melalui wacana intelektual danpenyampaian saranan.

Tema Seminar

PENJANAAN ILMU SERUMPUN KE ARAH KELESTARIANPENYELIDIKAN DAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

Subtema Seminar

• Bahasa, Sastera dan Kuasa Wacana• Agama dan Cabaran Global• Media, Khalayak dan Demokrasi• Sains Kesihatan dan Persekitaran• Gender dan Pembangunan Insan• Psikologi, Falsafah dan Peradaban• Teknologi Maklumat dan Komunikasi• Politik, Keamanan dan Konflik• Pembangunan Sumber Manusia dan Pengkomersilan• Integrasi Budaya dan Perubahan Sosial• Undang-undang, Etika dan Profesionalisme

Peserta Seminar

Penyertaan terbuka kepada ahli-ahli akademik ,penyelidik dan pelajar sarjana dari Universiti KebangsaanMalaysia dan Universitas Indonesia serta dari universiti-universiti lain di Malaysia, Indonesia dan Negara-negara dirantau Asia, pembuat dasar, wakil dari badan bukankerajaan (NGO) dan pakar profesional.

Yuran Penyertaan

• Pembentang dan Peserta RM250.00• Pelajar Sarjana RM100.00Bayaran melalui cek hendaklah ditulis kepada “BendahariUKM”.

Format Penulisan

Kertas kerja seminar boleh ditulis dalam BAHASAINGGERIS atau BAHASA MELAYU. Abstrak hendaklahditulis menggunakan Times New Roman bersaiz 11 poindan tidak melebihi 200 patah perkataan. Kertas kerjalengkap pula hendaklah ditulis tidak melebihi 15 halamanmenggunakan Times New Roman bersaiz 12 poin, langkau1.5 dan rujukan ditulis mengikut gaya AmericanPsychological Association (APA).