Penyelidikan kualitatif dalam pendidikan (merekod mengurus dan menganalisis data)

Post on 18-Jul-2015

810 views 4 download

Transcript of Penyelidikan kualitatif dalam pendidikan (merekod mengurus dan menganalisis data)

PENYELIDIKAN KUALITATIF DALAM PENDIDIKAN (MBE 12802)

TAJUK 11 : MEREKOD, MENGURUS DAN MENGANALISA DATA

PENSYARAH: PROF DR WAN MOHD RASHID BIN WAN AHMAD

KUMPULAN 4:

• AHMAD SALIHIN BIN OTHMAN GB130014

• NOOR ASHLIZA BINTI AZIZAN GB130071

• SUHAILI BINTI HANAFI GB130070

• NUR AZZARINA BINTI KHAMIS GB130056

• MOHAMED OSMAN ABDI GB130158

PENGENALAN

• Dalam kajian kualitatif, proses mengumpul data sebenarnya adalahberjalan serentak dengan proses menganalisis data. Ini adalah untukmengelakkan penyelidik daripada berhadapan dengan masalahkehilangan beberapa maklumat penting dan seharusnya tidak patutditinggalkan atas kecuaian penyelidik kerana lambakan data.

DEFINISI ANALISIS DATA KUALITATIF

• Analisis data kualitatif adalah usaha yang dilakukan dengan bekerjadengan data, menganjurkannya, memecahkannya kepada unit-unit yangterkawal, mensintesiskannya, mencari pola, mencari apa yang penting danapa yang perlu dipelajari, dan memutuskan apa yang akan memberitahukepada orang lain (Bogdan & Biklen, 1982).

• Analisis data adalah suatu proses yang sistematik dalam mengurus danmemaparkan hasil dapatan kajian dalam cara yang mudah difahami.

• Analisis data melibatkan proses menguruskan data dan mensintesiskandata, mengkaji hasil dapatan kajian serta menginterpretasikan hasildapatan kajian.

PENDEKATAN DAN METOD MENGANALISIS

• Dalam penyelidikan kualitatif penganalisisan data dilakukan secaraberterusan sepanjang proses penyelidikan.

• Secara keseluruhan proses penganalisisan data meliputi 3 urutan aktiviti, iaitu penyaringan data (data reduction), persembahan data (data display) dan penulisan kesimpulan/verifikasi (conclusion drawing/ verifikasi) (Miles & Huberman,1994).

• Penyaringan data (Data Reduction)

Proses ini merupakan usaha untuk mengurangkan jumlah data denganmemilih dan mengasingkan data yang kurang relevan.

Aktiviti meringkaskan, memilih buang dan menyusun data dalam bentuktertentu dilakukan untuk menjadikan data lebih berfokus bagi membantuproses membuat keputusan.

Proses penyaringan data boleh dilakukan secara berterusan sepanjangproses pelaksanaan penyelidika: sebelum, semasa dan selepas proses mengumpul data.

• Pengekodan data adalah bahagian penting dalam penyaringan data. Proses ini melibatkan aktiviti:

-Membaca transkripsi untuk menentukan pola atau tema topik;

-Menulis ayat sebagai kod kategori untuk mewakili pola atau topik;

-Menyenaraikan kategori menurut abjad atau nombor;

-Membaca keseluruhan data dan memberikan tanda bagi setiap unit (ayat dan perengan dengan kategori pengkodan yang berkaitan);

-Menguruskan data dengan cara mengasingkan unit-unit mengikutkategori dan memasukkannya ke dalam fail menggunakan komputer,

-Membina kod pola untuk mengenal pasti tema atau keterangan yang muncul.

• Persembahan data (Data Display)

Persembahan data merupakan cara sistematik yang paling jelas untukmemaparkan data agar mudah difahami. Data juga harus dipersembahkansecara tersusun dan padat serta dapat menjelaskan keputusan yang dibuat. Untuk itu, persembahan data boleh dilakukan dengan menggunakanperkataan, matrik, graf, carta, jadual dan huraian.

• Penulisan Kesimpulan dan Verifikasi

Proses penganalisisan data dilakukan untuk membolehkan penyelidikmembina kesimpulan tentang persoalan kajian. Bagi menjamin keesahan, kesimpulan yang dibina mestilah disokong dengan bukti-bukti daripadadata. Untuk itu, beberapa langkah, seperti meneliti hubungan antara data, menyemak keesahan melalui bukti yang menyokong dapatan, mencari buktiyang tidak selaras dengan dapatan, mempertimbangkan perspektifalternatif, iaitu pemahaman yang diperoleh daripada kajian, menyemaksilang dengan perspektif responden dan/atau rakan penyelidik lain perludilakukan.

PERINGKAT-PERINGKAT DALAM MENGANALISIS DATA KUALITATIF

• Proses menganalisis data dilakukan apabila telah selesai peringkat pengutipan data dilakukan. Peringkat ini adalah penting dalam menentuka kejayaan sebuah kajian yang dijalankan.

• Pemerosesan data-data kualitatif melibatkan beberapa peringkat untuk tujuan analisis. Antaranya ialah :

-Transkripsi

-Organisasi Data

-Pelaziman (membiasakan diri dengan data)

-Koding

-Tema

-Demonstrasi Kebolehpercayaan dan Keesahan

-Laporan

• Transkripsi

- Proses transkrip atau menyalin adalah langkah pertama dalam proses penganalisaan data misalnya menyalin data-data dalam bentuk rakaman audio yang mengandungi temubual penyelidik dan responden, perbincangankumpulan fokus, rakaman video atau catatan kerja lapangan.

- Transkripsi hendaklah dilakukan secara menyeluruh tanpa meninggalkan apajuga yang didengar dan diperhatikan.

- Proses menyalin atau transkripsi merupakan proses yang memerlukanperhatian, masa dan kesabaran seseorang penyelidik. Namun demikian proses ini akan dapat memberi peluang kepada penyelidik menyelami setiap data yang diperoleh.

• Organisasi Data

‾ Setelah proses transkripsi selesai, adalah perlu untuk menyusun data mengikutbahagian yang senang untuk digunakan semula. Nombor mungkin akan diberipada setiap temu bual atau kod, atau membahagikan nota-nota lapangankepada bahagian-bahagian tertentu mengikut tarikh data dipunggut ataumengikut konteks atau pun menyimpan data mengikut bahagian masing-masing dalam folder.

• Pelaziman (membiasakan diri dengan data)

- Setelah lambakan data disusun mengikut bahagian – bahagian tertentu, maka tibalah masanya untuk membiasakan diri dengan data – data yang diperolehi. Proses pelaziman adalah dengan mendengar kandungan temubual dalam pita rakaman, membuat tontonan semula bahan berbentukvideo, membaca iaitu membaca semula data-data, membuat memo danmembuat ringkasan sebelum proses analisis secara formal bermula. Iaadalah peringkat yang penting terutamanya jika pengumpulan dan proses transkripsi data bukan dilakukan oleh penyelidik sendiri.

• Koding

- Proses pengkodan adalah langkah yang sangat penting dalam proses menganalisis data kualitatif dengan menggunakan sebarang pakej perisiankomputer.

- Koding melibatkan proses mengenalpasti petikan-petikan di dalam teks danmenyimpan rujukan kepada petikan teks berkenaan di dalam item database yang dipanggil Node (dalam perisian Nvivo). Node boleh mengandungipelbagai rujukan dan boleh mengkod petikan-petikan daripada sebarangdokumen yang telah disediakan.

- Menurut Udo Kelle (1995) koding mempunyai dua fungsi utama iaitu kodingboleh melambangkan satu petikan teks yang mengandungi maklumat khususuntuk tujuan membenarkan retrieval.

- Koding juga dibuatkan semata – mata untuk melambangkan fakta yang wujuddalam satu-satu maklumat menerusi data-data mentah.

• Tema

- Tema akan timbul hasil daripada sorotan kajian lepas. Lagi banyak sorotankajian lepas yang dibaca maka banyaklah tema yang terhasil. Tema jugaakan timbul daripada ciri-ciri fenomena yang dikaji. Selain daripada itu, tema adalah daripada definisi yang telah dipersetujui oleh professional ataupun daripada nilai-nilai penyelidik, orientasi teoritikal danpengalaman personal dengan perkara yang dikaji (Blumer, 1979; Strauss, 1987; Maxwell, 1996).

• Demonstrasi Kebolehpercayaan dan Keesahan

- Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat pentingbagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumenmaka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajianyang baik dan berkualiti (Ghazali, 2002). Kesahan merujuk kepada ujianmengukur apa yang sepatutnya diukur (Tuckman, 1978).

- Trangulasi data dalam penyelidikan kualitatif adalah bertujuan untuk menjaminkebolehpercayaan dan kesahihan penemuan penyelidik. Perisian Nvivo bolehmelaksanakan tugas ini iaitu dengan kemudahan Modeler dan Search Tool.

- Menurut Gonzalo Bacigalupe (2003), menggunakan Nvivo menyatakan bahawamodeler boleh membantu menjelaskan data, memeriksa konseptual yang hilangdan menghasilkan persoalan baru. Dengan menggunakan modeler jugaperbincangan juga boleh dibuat kerana keupayaan meneroka, membina, menguji, memerhatikan hubungan dan menentukan corak data yang diperolehi.

• Laporan

- Laporan adalah peringkat penyempurnaan kajian. Pada bahagian inipenyelidik hendaklah mentafsir, mengulas dan menyebarkan dapatan kajianberdasarkan kepada data-data yang diperoleh. Penyelidik hendaklahmempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mendalam dalam bidangyang dikaji. Oleh itu hasil analisis haruslah dipersembahkan dengan jelas, kemas dan meyakinkan pembaca. Laporan kajian boleh dibuat berpandukanpelbagai cara sama ada menerusi semakan senarai koding yang dibuat(coding report), pembahagian node (node report), attribute, berpandukanperwakilan visual (modeler) atau pun dengan bantuan search tool.

PENGGUNAAN PERISIAN DALAM MENGURUS DAN MENGANALISIS DATA KUALITATIF

• Perisian Nvivo Versi 2.0 adalah satu perisian yang boleh membantupenyelidik mengorganisasi data dengan lebih mudah dan teratur. NVivoVersi 2.0 adalah contoh perisian yang boleh digunakan untuk membantumengurus data kualitatif. Strauss & Corbin (1998) ada menjelaskankeperluan perisian untuk mengorganisasi data kualitatif.

• Perisian ini tidak sama dengan perisian SPSS (Software Package for Social Sciene) yang digunakan dalam penyelidikan berstatistik atau kuantitatif.

• Perisian ini juga relevan digunakan pada peringkat awal penyelidikanhingga ke peringkat pembentukan teori.

Contoh pengkalan data penyelidik dalam perisian Nvivo Versi 2.0

• Ciri-Ciri Perisian Nvivo Versi 2.0

- Perisian NVivo mudah digunakan, senang diurus dan tidak mempuyai step yang banyak untuk difahami.

- Nvivo akan memaparkan antaramukanya apabila perisian itu di klik dan iaakan memaparkan satu antaramuka yang mudah digunakan dan jelas. Antaramuka ini dikenali sebagai Project Pad.

- Setiap kali hendak menggunakan Nvivo sudah pastinya pengguna akandipaparkan dengan antaramuka ini terlebih dahulu. Antaramuka ini akandapat membantu dan memudahkan penyelidik menggunakan perisian ini. Antaramuka ini terdiri dari tujuh butang primer dan lima butang sekunder.

• Butang-butang berkaitan yang boleh digunakan

Butang Primer Butang Sekunder

a) Document b) Nodes c) Atrributesd) Set e) Search f) Show Relations g) Explore Models

a) Create a document b) Explore a Document c) Browse a Document \d) Edit a documente) Explore a document

Project Pad Perisian Nvivo

• Bagi memudahkan pengurusan data kualitatif, telah dibangunkanbeberapa perisian, salah satunya perisian Nvivo versi 2.0.

• Perisian akan dapat membantu penyelidik kualitatif untuk menguruskandata dengan baik.

• Pengurusan data akan menjadi lebih mudah, menjimatkan masa. Terdapatbeberapa ciri-ciri (features) yang penting yang sangat membantu sepertireport yang akan menjelaskan dengan lebih mendalam berkaitandokumen dan node.

CONTOH PENGGUNAAN NVIVO PADA SETIAP PERINGKAT ANALISIS DATA KUALITATIF

• TRANSKRIPSI

Langkah 1

Setelah program Nvivo dibuka, paparan berikut akan muncul. Terdapat 4 butang iaitu:

Langkah 2

Apabila butang Create a New Project paparan New Project Wizard akanmuncul. Pilihan Custom jika bertujuan untuk mengawal lokasi ataumenggunakan kata laluan (password) untuk tujuan mengawal keselamatanprojek. Pilihan Typical adalah selain daripada tujuan diatas dan klik butangNext untuk pergi ke langkah seterusnya.

Langkah 3

Pilihan butang Next akan membawa kita kepada paparan berikut:

Paparan berikut akan muncul setelah butang Next diklik:

Seterusnya klik butang Finish jika butiran betul dan klik ada butang Backsekiranya sebarang pembetulan perlu dilakukan

Langkah 4

Berikut adalah paparan menu utama apabila langkah 3 telah selesai. Menu inimengandungi butang-butang yang akan melaksanakan fungsi-fungsi yang berlainan. Pertama adalah penggunaan butang Documents. Butang ini berfungsi bagimemanggil atau import semua himpunan data kualitatif yang telah disediakan. Explore all Project Documents adalah kemudahan untuk meneroka semuadokumen atau fail yang telah diimport tadi. Sementara itu, butang Browse, Change, Link and Code a Documents adalah untuk diubahsuai (edit), dipautkan (link), dandikod (code).

Langkah 5

Setelah klik pada submenu Make a Project Document paparan itu berikutakan muncul. Beberapa pilihan diberi dan setiap pilihan yang dibuat adalahberdasarkan jenis data yang ingin dianalisa. Langkah-langkah adalahseperti berikut:

• ORGANISASI DATA

Paparan di atas menunjukkan bagaimana cara mengorganisasi kesemua data yang akan terlibat dalam folder-folder tertentu.

Dalam Nvivo fail-fail boleh dihimpun dengan mengikut bahagian dengancara memberi warna yang sama bagi setiap bahagian. Ini boleh dilakukandengan langkah berikut :

• PELAZIMAN DATA (MEMBIASAKAN DIRI DENGAN DATA )

Ia adalah peringkat yang penting terutamanya jika pengumpulan danproses transkripsi data bukan dilakukan oleh penyelidik sendiri. Selain itu, boleh juga membiasakan diri dengan data-data iaitu dengan Explose all Project Documents pada paparan menu utama.

• KODING

Proses pengkodan dimulakan dengan membuka fail menerusi pilihanbutang Browse pada paparan menu utama.

Paparan fail yang dipilih bagi melakukan pengkodan telah dibuka. Lakukanproses membuat koding mengikut langkah-langkah yang disediakan di bawah.

Bagi melihat hasil koding yang telah dibuat ialah dengan klikkan butangview diatas bar menu document browser window dan aktifkan butangcoding stripe. Contoh hasil koding adalah seperti paparan berikut :

• DEMONSTRASI KEBOLEHPERCAYAAN DAN KEESAHAN

Perisian Nvivo boleh melaksanakan tugas ini iaitu dengan kemudahanModeler dan Search Tool.

Dengan menggunakan modeler , perbincangan juga boleh dibuat keranakeupayaan meneroka, membina, menguji, memerhatikan hubungan danmenentukan corak data yang diperolehi.

Oleh itu perisian Nvivo tidak hanya dipaparkan dengan data-data dapatandalam kajian seperti kemudahan Documents dan Node Explorer atauAttribute Explorer tetapi juga membenarkan penyelidik mendapatkan danmeneroka secara lebih mendalam, lebih abstrak atau pemikiran padaperingkat tinggi menerusi dapatan kajian penyelidik.

Contoh:

Corak interaksi yang diperoleh adalah hasil daripada proses koding yang dilakukanterhadap semua kes atau responden yang terlibat, pembahagia kategori danpembentukan tema.

Perwakilan secara visual seperti carta alir dalam peringkat analisis data-data kualitatif adalah sangat berguna kepada penyelidik terutamanya dalammembantu penyelidik melihat hubungan (Links), membuat laporan danmembentangkan hasil dapatan sesuatu kajian. Contohnya keputusanmarkah ujian pencapaian pra dan pos yang dihasilkan oleh perisian SPSS boleh dirujuk bagi membuat perkaitan dan sebagainya.

• KESIMPULAN

THANK YOU