Post on 12-Feb-2016
description
Kumpulan Peribahasa
Ada hati Ada keinginan
Ada jalan Ada cara, ikhtiar, usaha
Ada udang di sebalik batu @
Berlurah dibalik pendakian
Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan
Air muka Permukaan air
Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan)
Maruah, harga diri
Air seni Air kencing, air kecil
Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas
Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas
Akar umbi Akar tunjang
Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh
Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti
Alah bias tegal biasa Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa mengalaminya
Alah membeli menang memakai
Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat (tahan dan sebagainya)
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya
Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan
Ambil langkah Mulai hendak berjalan
Mulai bertindak
Ambil berat Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa
Anak emas Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa
Asam garam Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka)
Ayam tambatan Orang harapan
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka
Bagai aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan
Bagai ayam disambat helang Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa
1
Bagai bulan dipagar bintang Wajah perempuan yang cantik
Bagai kaca terhempas ke batu Sangat sedih
Bagai kacang lupakan kulit Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya) setelah menikmati kesenangan
Bagai minyak dengan air Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu
Bagai murai dicabut ekor Orang yang suka bercakap banyak
Bagai cincin dengan permata Sama padan, cocok benar
Bagai menatang minyak yang penuh
Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna
Baik sangka Rasa muhibah
Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang
Banyak makan garam Mempunyai banyak pengalaman hidup
Batu loncatan Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu
Belut kena ranjau Orang yang cerdik kena tipu
Beradu nasib Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan
Beradu tenaga Bertanding untuk menentukan siapa kuat
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Bersusah payah dahulu baru bersenang-senang
Berat mulut Tidak suka berkata-kata, pendiam
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Baik buruk sama-sama dipikul
Berat tulang Malas
Berbalik hati Berubah hati
Berdiri sama tegak, duduk sama rendah
Sama taraf atau sejajar antara dua pihak
Beri jalan Memberikan idea
Memberikan peluang kepada orang lain untuk mendapat keuntungan
Berkatalah benar walaupun Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin
2
pahit menyakitkan hati seseorang
Berkayuh sambil bertimba Melakukan dua pekerjaan sekaligus
Bermurah hati Suka memberi, tidak kedekut
Pengasih dan penyayang
Berpeluk tubuh Malas berusaha
Berputih mata Kalah dalam sesuatu persaingan
Bersatu teguh, bercerai roboh Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah
Bersekutu bertambah mutu Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi daripada satu pihak sahaja
Bertikam lidah Bertengkar
Besar hati Bangga, gembira
Besar pasak daripada tiang Besar belanja daripada pendapatan
Biar mati anak, jangan mati adat
Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adapt yang dipegang terpelihara
Bidan terjun Orang yang diminta melakukan sesuatu perkara secara tiba-tiba
Buah fikiran Pendapat
Cahaya mata Anak
Kekasih, buah hati
Cakap besar Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri
Campur tangan Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal orang lain
Terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai kerana perselisihan
Celik komputer Arif atau tahu tentang komputer
Dalam tangan Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperolehi
Dapat sama laba, cicir sama rugi
Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, maka keuntungan itu diberikan sama rata dan jika sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama
Darah daging Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah
3
Darah panas Pemarah, lekas marah
Darah seni Bakat semula jadi dalam bidang seni
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya
Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung
Mematuhi peraturan di tempat yang didiami
Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari
Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan
Durian rintuh Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka
Enggang lalu ranting patah Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah
Genggam bara biar sampai jadi arang
Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti
Goyang kaki Bersenang-senang
Gunting makan di hujung Mencapai sesuatu dengan diam-diam
Habis madu sepah dibuang Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan
Hancur hati Sedih, putus asa
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati
Hati gajah sama di lapah, hati kuman sama dicecah
Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sdikit sama-sama mendapat sedikit
Hati kecil Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya)
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian sebaliknya
Hidup segan mati tak mahu Orang yang hidup melarat
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri sendiri
Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung
Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan
Ibarat melukut di tepi gantang Tidak menolong kerana dirinya sendiri susah
4
Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang lain
Ilmu itu pelita hati Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan yang bijak
Jantung hati Orang yang dikasihi
Jauhari juga mengenal manikam
Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara
Jauh berjalan luas pandangan Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya
Jinak-jinak merpati Perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi sebenarnya tidak
Kacang hantu Orang jahat
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak makan)
Kaki joli Orang yang suka berfoya-foya
Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya
Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat sesuatu yang besar
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Jika takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan
Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang
Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Bekerjasama melakukan sesuatu
Kecil hati Berasa tersinggung
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja
Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan
Menyatakan kasih atas nasihat atau pertolongan
Keras lidah Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul
Lain lubuk lain ikannya Lain negeri lain orangnya
5
Lemak manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dimuntahkan
Yang nampak baik itu jangan terus diterima, dan yang nampak buruk itu jangan lekas ditolak
Lidah tidak bertulang Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya
Lupa daratan Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat kesenangan
Lintah darat Orang kaya yang menindas orang miskin dengan meminta bayaran tinggi daripada yang dihutangi
Makan angin Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih
Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut
Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mencapai kejayaan
Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk kekandang kerbau menguak
Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling
Mata hati Perasaan hati
Mati kutu Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea
Membaca jambatan ilmu Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan
Membanting tulang Bekerja keras
Membuka pekung di dada Mendedahkan keburukan diri sendiri
Menapak baru setapak, mendaki baru sekaki
Baru hendak belajar sesuatu
Menangguk di air keruh Mencari keuntungan sementara ada kekacauan
Mencolok mata Menyakitkan pandangan
Mencari jalan Mencari ikhtiar, usaha dan idea
Mengangkat bendera putih Menyerah kalah
Menunggu buah yang tak gugur Mengharapkan sesuatu yang tak jelas
Nafas baru Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan keupayaan baru
Naik darah Menjadi marah
Nasi sudah menjadi bubur Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi)
Orang mengantuk disorongkan bantal
Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki
Otak batu Bodoh
Otak cair Pandai
6
Padang jarak padang tekukur Padang atau tanah luas yang kosong
Panas baran Cepat marah, sangat pemarah
Pandai makan pandailah simpan
Pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa hadapan
Perang dingin Bergaduh dengan tidak bercakap
Pijak semut tak mati Perihal seorang perempuan yang baik lagi teratur
Pilih kasih Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan dan lain-lain
Pucuk dicita ulam mendatang Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan
Rezeki kalau secupak tidak akan jadi segantang
Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi
Ringan mulut Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka bercakap
Ringan tulang Rajin bekerja, tangkas
Ringan tulang berat perut Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki
Rupa tidak dapat diubah, perangai dapat diubah
Perangai seseorang dapat diubah sedangkan penampilannya dari segi fizikal tetap sama
Sambil menyelam minum air Sambil melakukan sesuatu perkara, ada perkara lain yang turut dilakukan
Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan
Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong
Sediakan payung sebelum hujan
Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik
Seperti api dalam sekam Sesuatu yang berlaku diam-diam
Seperti aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan
Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja
Seperti kera sumbang Orang yang takut mencampuri orang ramai
Tajam akal Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik
7
Sudah terhantuk baru terngadah
Sudah terkena baru beringat; orang yang lambat menyedari kesilapan
Tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Kekal dan tidak berubah-ubah walaupun zaman berubah
Tangan kosong Tidak membawa apa-apa
Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia
Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara
Tangkai jering Kedekut
Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti, barang yang tersedia dilepaskan
Tulang belakang Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan
Ukur baju dibadan sendiri Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita
Umpama biawak bercabang lidah
Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya
Umpama lebah membuang sengat
Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang
Yang bulat datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendirinya
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran
Benda yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang ada pula hilang atau habis
8