Peranan Akidah-Usuluddin

Post on 23-Jun-2015

238 views 4 download

description

sharing is caring

Transcript of Peranan Akidah-Usuluddin

PERBENTANGAN USULUDDIN

oleh : Nuryatt

peranan akidah dalam

kehidupan individu.

1.Mengukuhkan keimanan terhadap Allah…

Akidah yang tersemat kukuh dalam hati seseorang individu dapat megukuhkan keimanan terhadap Allah.Melalui keyakinan terhadap Allah iman seseorang itu akan sentiasa hidup subur dalam hatinya kerana dia sentiasa menyakini bahawa setiap perlakuannya dalam pemerhatian Allah.

Maka hidupnya akan sentiasa terarah kepada kebaikan dan dalam masa yang sama sedaya upaya akan menghindarkan diri dari sebarang perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Allah.

Maka jelaslah akidah merupakan pemacu kepada seseorang individu untuk sentiasa berusaha memperbaiki tahap keimanannya kepada Allah melalui amal soleh yang dilakukan.

Allah telah memberi gambaran yang jelas tentang individu mukmin yang kukuh imannya kepada allah melalui firman-Nya dlm surah al-anfal ayat 2 – 4:

وجلت الله ذكر إذا الذين المؤمنون إنماايمنا زاداهم ءايته عليهم تليت وإذا قلوبهم

يتوكلون ربهم وعلى Dalam ayat ini dinyatakan bahawa

keimaanan individu boleh bertambah apabila jiwa sentiasa berinteraksi dengan al-Quran.

2.Menjamin kebahagiaan individu dunia dan akhirat

Akidah juga dapat menjamin kebahagian hidup seseorang individu samada di dunia mahupun akhirat. Kebahagian adalah satu aspek penting dalam kehidupan manusia.

Tanpa rasa bahagia kehidupan manusia akan celaru. Jiwa yang kontang dari rasa bahagia akan menjadi murung,gelisah dan tidak tenteram.

Akibatnya sesorang individu itu akan sampai kepada tahap hilang kawalan diri. Ketika itu dia akan melakukan perkara-perkara diluas batasan akal yang waras seperti membunuh diri dan sebagainya.

Kebahagiaan hakiki hanya akan diperolehi melalui akidah yang murni berteraskan keimanan kepada Allah.

3.Mewujudkan perasaan redha.

Redha bermaksud menerima dengan hati yang lapang dan terbuka tanpa ada rasa tidak puas hati terhadap apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita.

Perasaan redha bukan mudah untuk disemai dalam hati melainkan jika kita memiliki akidah yang kukuh kepada allah.

Perasaan redha akan lahir apabila kita menyakini bahawa setiap yang terjadi dalam hidup kita adalah ketetapan Allah dan di sebalik kejadiaan itu ada hikmatnya yang tersendiri.

4.Melahirkan ketenangan jiwa

Akidah mampu menundukkan seluruh pemikiran manusia dengan ketundukan yang memuaskan akal,menepati fitrah insaniah kerana itu dapat menenteramkan hati manusia.

Akidah Islam mengakui bahwa manusia memiliki Pencipta Yang Maha Bijaksana lagi Kuasa yang tidak dapat dicapai dengan indra dan tidak bisa disamakan dengan manusia.

Taktala mereka menjalani kehidupan yang penuh dengan permasalahan, mereka mesti mempunyai kesedaran bahawa untuk memperolehi keredhaan Allah,mereka tidak ada pilihan kecuali dengan menyelesaikannya dengan hukum yang menepati perintah² dan larangan Allah yang termaktub dalam Al-Quran & As-Sunnah.

Dengan ini, mereka akan terdorong untuk mempelajari hukum-hukum tesebut dan mengamalkannya dalam dalam kehidupan mereka.

Peranan akidah dalam

kehidupan masyarakat.

1.Melahirkan masyarakat berakhlak

Aqidah yang salimah dan sohihah memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat Islam hari ini.Tanpa aqidah yang suci, masyarakat Islam tidak akanwujud.

Aqidah juga menjadi benteng seseorang mukmin agar tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir yang boleh mencermarkan kesucian aqidah dalam masyarakat hari ini.

Akidah ini juga mewujudkan naluri ideal (dalam diri manusia) yang Islam menganjurkan agar naluri tersebut selalu dikembangkan demi terwujudnya manusia sempurna di bidang pemikiran, sosial dan perilaku akhlak masing-masing.

2.Mewujudkan masyarakat yang prihatin

Untuk mewujudkan sebuah masyarakat Islam, yang harmoni, perihatin dan bebas daripada unsur-unsur jahiliah maka kita perlu memahami dan mengkaji aqidah tauhid yang sebenarnya.

3.Membentuk masyarakat yang seimbang

Agama Islam adalah agama yang didasari oleh iman atau akidah yang diperolehi melalui jalan akal yang muncul dipemikiran manusia melalui wahyu dari al Khalid. Oleh itu akidah Islam merupakan sebuah akidah akaliah yang merupakan pemikiran dasar yang menyeluruh terhadap alam, manusia, dan hidup.

4.Mengukuhkan kesatuan dan Perpaduan

Akidah juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kesatuan dan perpaduan masyarakat. Islam meletakkan asas perpaduan ialah berdasarkan kesatuan akidah bukannya di atas dasar bangsa dan keturunan sebagaimana yang berlaku di zaman jahiliah arab.

Memandangkan pentingnya perpaduan yang bermula daripada perasaan persaudaraan antara sesama individu mesyarakat maka langkah pertama yang dilakukan oleh rasulullah ialah mempersaudarakan kaum muhajirin dan ansar.

Kesan daripada tindakan rasulullah ini dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dibawah satu kalimah tauhid.

Kejayaan rasulullah membentuk perpaduan masyarakat atas dasar akidah adalah bukti jelas bahawa akidah yang mantap dalam diri setiap individu masyarakat merupakan pemangkin kepada terbinanya perpaduan yang kukuh dalam masyarakat.

Terdapat banyak gesaan samada dalam quran mahupun hadis berkaitan perpaduan antaranya:

Dalam surah al-Hujurat: أخويكم بين فأصلحوا إخوة المؤمنون إنما

Rasulullah bersabda:بعضا بعضه يشد كالبنيان للمسلم المسلم

يحب ما ألخيه يحب حتى احدكم اليؤمن.لنفسه

5.Menjadi umat contoh Bagi menjadi umat contoh kepada

kepribadian berakidah yang berjalan mestilah sesuai dengan akal yang terarah, perilaku yang lurus dan siap mengemban missi, tidak seperti kepribadian yang mengalami kevakuman akidah, yang seluruh perhatiannya tercurahkan kepada egoisme dan kemaslahatan dirinya.

Kesimpulannya, selagi Akidah Islam tidak diberikan peranan yang sewajarnya dalam kehidupan muslimin, selagi itulah ia tidak akan membawa sebarang penggaruh yang signifikan dalam kehidupan individu dan masyarakat kaum muslimin. Jauh sekali untuk berpenggaruh secara domestik mahupun antarabangsa!

Faedah keimanan

1. terhindar daripada ajaran-ajaran sesat yang akan merosakan akidah seseorang terhadap Allah swt.

2. dapat meneguhkan keimanan dan keyakinan kita kepada sifat-sifat kesempurnaanNya.

3. sebagai seorang muslim yang mulia,kita dapat memantapkan akidah kita dan orang lain supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh merosakan akidah seperti menyembah berhala,menyembah syaitan dan memuja semangat atau roh orang yang sudah mati.

4) Dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak lawan yang cuba memesongkan akidah seseorang.

5) Antara perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab dan timbangan amalan.

6) Kesannya dalam kehidupan seharian ialah kita akan sentiasa mengingati mati dan akhirat.Oleh sebab itu,kita akan terpaksa berfikir 100 kali,1000 kali sebelum berbuat dosa dan akhirnya kita akan membatalkan niat kita tersebut.

Hubungan akidah dengan

akhlak

1. Akidah yang kukuh kepada Allah sudah pasti akan menerbitkan akhlak yang baik dan mulia.

2. Hal ini kerana, akhlak islam adalah pancaran daripada kekuatan akidahnya.

3. Akidah berperanan sebagai jentera penggerak supaya manusia melakukan apa yang disukai dan diredhai Allah.

4. Orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat akan dikesani dengan sifat-sifat Allah yang termahal dan tertinggi yang akan mengesani pula pelbagai perlakuan dan kegiatan hidup yang baik.

5. Iman adalah ibarat bumi yang menjadi tempat semaian benih akhlak.

6. Iman itu sendiri sudah mengandungi segala benih akhlak yang baik.

7. Seseorang yang benar-benar beriman dengan sendirinya telah membawa segala benih akhlak yang mulia.

8. Apabila keimanan menjadi sempurna dan membuahkan hasil, ia akan lahir dalam bentuk keluhuran akhlak.

9. Elemen-elemen ini merupakan asas² islam yang sewajibnya kita hayati agar dapat menjadi muslim dan mukmin yang seimbang.

10.Tanpa salah satu daripadanya, akan pincanglah kehidupan seseorang itu dan akan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang dapat merosakkan akidah.

KONSEP AKHLAK TERPUJI

(MAHMUDAH)

PENGERTIAN AKHLAK TERPUJI Akhlak mahmudah ialah perbuatan

terpuji menurut pandangan akal dan syariat islam. Akhlak mahmudah ini ialah sifat

rasulullah s.a.w dan amalan utama penganut islam sejati.

Iman Ghazali telah menetapkan 4 prinsip utama akhlak yang

menunjangi akhlak manusia bagi melahirkan akhlak terpuji iaitu:

Hikmah (kebijaksanaan)

Iaitu satu keadaan akal yang membolehkan secara semulajadi membezakan di antara baik dan buruk dalam semua perbuatan

ikhtiariyah (perbuatan yang lahir dgn pilihan manusia sendiri).

Daripada sifat ini akan melahirkan sifat baik hati, cerdik, bersangka baik dan

pertimbangan baik.

Adil

Ia adalah kekuatan jiwa yang dapat meletakkan perasaan

marah dan nafsunya mengikut kesesuaian keadaan

berlandaskan pertimbangan akal dan syariat.

Syajaah

Ia adalah keupayaan diri yang akal dapat mengawal perasaan marah atau mengikut apa yang dituntut oleh akal dan syarak.

Pemarah, berani, bermujahadah dengan nafsu, menanggung

penderitaan, lemah lembut dan tetap pendirian

Iffah

Ia adalah keupayaan diri yang dapat mendidik keinginan nafsu

syahwat agar tunduk kepada kemahuan akal dan syariat.

Pemurah, malu,sabar, pemaaf, tolong-menolong,peramah dan kurang mengharapkan orang

lain.

Apabila keempat-empat sifat ini wujud dalam diri manusia, barulah akan

melahirkan sifat-sifat mahmudah yang lain. Jika sifat ini terhakis atau

berlebihan dalam diri manusia akan melahirkan sifat yang keji pula. Sabda

rasulullah s.a.w yang bermaksud “sebaik-baik perkara adalah

bersederhana.” Imam al Ghazali berpendapat bahawa

akhlak yang baik dapat dicapai melalui proses mujahadah dan riadah dengan melawan hawa nafsu dan cuba mempertingkatkan akhlak diri sendiri.

Konsep akhlak tercela

(mazmumah)

Akhlak tercela atau akhlak buruk dalam bahasa arab dikenali sebagai sifat-sifat mazmumah, merupakan sifat-

sifat yang bercanggah dengan ajaran al-quran dan as-sunnah.

Sebarang sifat dan akhlak yang tergolong dalam kategori akhlak yang buruk amat dibenci dan dikeji dalam pandangan islam. Antara akhlak atau sifat mazmumah ialah memyekutukan Allah, bohong, takbur, dengki,khianat

dan sebagainya.

Akhlak mazmumah ialah perbuatan tercela menurut pandangan akal

dan syariat islam. Akhlak mazmumah ini bukan sifat

rasulullah s.a.w dan amalan utama penganut islam

sejati,sebagaimana sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud,

“tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya

terdapat kesombongan yang sebesar zarah.” (riwayat muslim)

Dengki Perasaan iri hati atau rasa benci

seseorang. Biasanya perasaan ini timbul pada seseorang

manusia bila mana dia melihat orang lain mendapat nikmat atau mempunyai kelebihan daripadanya kemudian dia

mengharap semoga nikmat dan kelebihan yang ada pada orang

lain itu hilang dan berpindah pada dirinya.

Fitnah

Menyampaikan cakap seseorang kepada orang lain dengan

menambah disana- sini supaya orang yang mendengar menjadi

benci dah naik radang.

Mengumpat

Memperkatakan seseorang dibelakangnya. Biasanya yang diperkatakan ini adalah sekitar

kelakuan, keadaan badan, perangai dan sebagainya.

Bertengkar

Berbantah. Secara takrif yang agak lebih tepat bertengkar

dapat diertikan dengan bertukar fikiran untuk mencari

kemenangan tanpa hakim. Dengan demikian setiap

perbincangan yang hanya bertujuan untuk mencari

kemenangan,kemegahan adalah tidak baik. Bertengkar yang

dibolehkan adalah untuk mencari kebenaran.

Konsep adab dalam islam

Islam merupakan agama yang amat menitiberatkan soal adab dalam kehidupan bagi menjamin keselamatan dan kebahagian didunia dan diakhirat.

Setiap adab mempunyai sebab dan penjelasan,mengapa ia perlu dilakukan oleh setiap individu yang bergelar muslim.

Melaksanakannya bukanlah satu kewajipan, namun ia dapat memberi natijah dan manfaat yang besar sehingga memberikan kesan terhadap masyarakat sekeliling.

Rasulullah bersabda :”sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak(manusia)”.

Ini bermaksud baginda sendiri memulakan dakwah islamdengan melalui jalan-jalan adab.

Beliau tidak terus memulakannya dengan dakwah secara terangan mahupun dgn hukum² syarie, namun baginda menujukkan akhlak yang mulia bermula sejak kecil lagi.

ADAB ANAK DENGAN IBU BAPA

• Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan/ajaran ibubapa.

• Bercakap dgn lemah lembut dan suara yg rendah ketika bertutur dgn ibu bapa.

• Sentiasa hormat dan kasih kepada mereka.

• Sentiasa mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka.

• Jangan sesekali menderhaka kpda mereka.

• Hendaklah memanggil mereka dgn panggilan yang disenangi mereka.

• Gembirakan hati ibu bapa dengan menolong kerja rumah.

• Ucap salam dan pohon kemaafan kpd ibu bapa ketika bertemu dan berpisah.

• Muliakan sahabat-sahabat mereka.

Adab pelajar dengan guru

Beri hormat dan salam kepada guru.

Berdiri apabila bercakap dengannya/ ketika sudah selesai mengajar.

Minta izin sebelum bercakap dan jangan bercakap terlalu banyak.

Jangan memperkecilkan kebolehan guru.

Jangan menyindir/ketawakan guru ketika mengajar.

Jauhilah daripada menduga guru dengan perkara-perkara yang mengguris perasaannya.

Duduk dengan sopan ketika guru mengajar.

Adab dengan rakan-rakan

Menghulurkan bantuan kepada mereka apabila mereka amat memerlukannya.

Bersikap jujur dalam persahabatan. Jangan memburuk-burukkan seseorang

kawan dihadapan kawan yang lain. Jangan membuka aib kawan. Jangan cemburu dengan kejayaan

kawan. Saling menasihati untuk melakukan

kebaikan dan menjauhi kejahatan.

RUJUKAN Al-Math, Muhammad, Faiz. 1100 Hadits Terpilih; Sinar Ajaran Baru Muhammad. Jakarta: Gema Insani Press, 1991. Audah, Ali. Konkordansi al-Qur’an; Panduan Kata dalam Mencari

Ayat alQur’an. Bandung: Mizan, 1997. Al-Bukhari, Muhammad Ismail. Shahih al-Bukhari. T.Tp: Dar wa

Mathabi’ alSyab, T.Th. Departemen Agama RI. Al-Qur’an dan Terjemahnya. Jakarta: 1994. Ghazali, Muhammad. Akhlak Seorang Muslim, (terj. & edit.). Moh.

Rifai dari judul asli Khuluq al-Muslim. Semarang: Wicaksana, 1993. Kurdi, M. Amin. Tanwir al-Qulub Fi Mualati Alam al-Ghuyub. Beirut:

Dar al Fikr, tt. Majah, Ibnu. Sunan Ibnu Majah. Beirut: Dar al Fikr, t.t. Muslim, Ibn Hajjaj. Shahih Muslim. Kairo: al-Halabi wa Auladuh,

T.Th. Tibi, Bassam. The Challenge of Fundamentalism; Political Islam and

the New World Disorder. California: University of California Press, 1998

aftar Pustaka At-Tamhid fi Diraasatil Aqidah Al-Islamiyah, Prof. Dr. Sayyid

Ahmad Musayyar. Fatawa fil Aqidah Al-Islamiyah, Prof. Dr. Sayyid Ahmad

Musayyar Al-Azhar Fi Alfi ‘Aam, Dr. Muhammad Abdul Mun’im Khofaji. Islam dan Pembaharuan, Enslikopedi masalah-masalah, John J.

Donohue dan Jhon L. Esposito. Diktat Tauhid Universitas Al-Azhar S1 tahun 1-4, fakultas

Ushuludin Jurusan Tafsir Sejarah Tuhan, Karen Amstrong. Tulisan Esay berjudul an Indonesian Community in Cairo,

Michael Laffan. www.organisasi.org www.pusatbahasa.kemdiknas.go.id 10.  www.kompas.com 11.  www.rakyatmerdekaonline.com

Sekian☺