Peraturan Pemarkahan Kertas2-BM

Post on 07-Dec-2015

79 views 3 download

description

pemarkahan bm

Transcript of Peraturan Pemarkahan Kertas2-BM

PERATURANPEMARKAHAN PENULISAN

BAHASA MELAYU

011 / 012

CARA PEMERIKSAAN

1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik iaitu

melihat secara keseluruhan evidens /bukti dan penskoran dibuat mengikut kriteria yang ditetapkan.

2. Bagi soalan Bahagian B (karangan),minimum

tiga idea yang berkaitan dengan tugasan. Pertimbangan markah yang sesuai perlu

diberikan bagi idea disertakan dengan huraian

dan contoh,idea berserta contoh,idea berserta

huraian atau idea sahaja.

CARA PEMERIKSAAN

3. Satu idea lengkap dengan pengolahan yang

baik boleh diberikan pertimbangan untuk cemerlang.

Contoh;

i. Murid menjawab beberapa cara

untuk menjaga kebersihan.

ii. Murid menjawab hanya menghuraikan

satu cara menjaga kebersihan.

LANGKAH-LANGKAHPEMERIKSAAN

1. Pemeriksa hendaklah membaca evidens dengan

teliti untuk mendapatkan kesan (impression)

daripadanya.Selepas itu,pemeriksa menilai dan

menentukan tahap evidens itu berdasarkan

kriteria penskoran.

2. Pemeriksa hendaklah membaca evidens itu sekali

lagi sambil menurunkan tanda-tanda pemeriksaan

dan menetapkan skor berdasarkan kriteria

penskoran.

LANGKAH-LANGKAHPEMERIKSAAN

3. Evidens yang tiada kaitan langsung dengan

tugasan bagi soalan B,markah maksimumnya 05.

Bagi murid yang menyalin soalan atau mengguna

kan bahasa yang tidak difahami.markahnya 01.

*Catatkan di bawah tugasan murid:

Tidak menjawab tugasan.

4. Bagi karangan yang tidak mematuhi format,

karangan yang tidak memerlukan format tetapi

ditulis berformat atau sebaliknya,tolak 02 markah

daripada markah keseluruhan.

LANGKAH-LANGKAHPEMERIKSAAN

5. Penilaian keseluruhan (impression) akan turun

bagi karangan yang kurang daripada jumlah

perkataan yang ditetapkan dan bagi karangan

yang melebihi jumlah perkataan,akan dinilai

seperti biasa.

6.Baca semula karangan itu dengan teliti untuk

pertimbangan yang muktamad.

TANDA-TANDAPEMERIKSAAN

1. Isi / idea

2. ( ) Kesalahan idea / fakta

3. Kesalahan struktur ayat

4. Kesalahan penggunaan kata / kosa

kata / imbuhan.

5. Kesalahan penggunaan kata / kosa

kata / imbuhan secara berulang.

6. O Kesalahan tanda baca

7. O Kesalahan tanda baca yang berulang

TANDA-TANDAPEMERIKSAAN

8. Kesalahan ejaan

9. Kesalahan ejaan yang berulang

10. Pengulangan idea / fakta

-ditandakan di bahagian tepi sebelah

kiri atau kanan.

ASPEK-ASPEK YANG DINILAIBAHAGIAN A

1. Menjawab tugasan. 2. Ayat.

3. Kata (Imbuhan / Kata Ganda / Kata Majmuk)

4. Kosa kata.

5. Ejaan dan Tanda baca.

BAHAGIAN A(10 MARKAH)

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang 9 - 10i. Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik / tugasan.

ii. Setiap ayat ada subjek dan predikat serta mempunyai penerang dan keterangan yang meluas.

iii.Penggunaan kosa kata / kata yang luas dan sesuai dengan bahan grafik / tugasan.

iv.Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.

( 5 idea )

BAHAGIAN A(10 MARKAH)

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Baik 7 - 8i. Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik / tugasan.

ii. Setiap ayat ada subjek dan predikat serta mempunyai penerang dan keterangan.

iii.Penggunaan kosa kata / kata yang masih luas dan sesuai dengan bahan grafik / tugasan.

iv.Terdapat beberapa kesalahan tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.

( 4 idea )

BAHAGIAN A(10 MARKAH)

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Memuaskan

4 - 6i. Menggunakan ayat tunggal tetapi sesuai dengan bahan grafik / tugasan.

ii. Penggunaan kosa kata / kata yang terhad tetapi sesuai dengan bahan grafik / tugasan.

iii.Terdapat banyak kesalahan tanda baca dan ejaan yang menjejaskan ayat.

( 2 – 3 idea )

BAHAGIAN A(10 MARKAH)

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Pencapaian Tahap Minimum

1 - 3i. Ayat masih sesuai / ayat dan kata tidak sesuai atau tidak berkaitan dengan bahan grafik / tugasan.

ii. Penggunaan kosa kata / kata yang tidak sesuai dengan bahan grafik / tugasan.

iii.Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.

( 1 idea )

ASPEK-ASPEK YANG DINILAIBAHAGIAN B

1. Menjawab tugasan / Menepati idea. 2. Ayat.

3. Kata (Imbuhan / Kata Ganda / Kata Majmuk)

4. Idea.

5. Pengolahan.

6. Ejaan dan tanda baca.

BAHAGIAN B(30 MARKAH)

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang

24 - 30i. Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tugasan.

ii. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tugasan.

iii.Pengolahan idea sangat baik dan penyampaian yang jelas,tersusun dan menarik.

iv.Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.

( 28 – 30 )

( 24 – 27 )

BAHAGIAN B(30 MARKAH)

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Baik 17 - 23i. Penggunaan ayat yang masih gramatis dan bertepatan dengan tema tugasan.

ii. Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tugasan.

iii.Pengolahan idea yang baik dan penyampaian yang jelas dan masih menarik.

iv.Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca tetapi tidak menjejaskan karangan.

( 20 - 23 )

( 17 - 19 )

BAHAGIAN B(30 MARKAH)

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Memuaskan

11 - 16i. Penggunaan ayat yang kurang gramatis atau menggunakan ayat tunggal berkaitan dengan tugasan.

ii. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad.

iii.Pengolahan idea yang mudah dan ringkas dengan penyampaian yang kurang menarik.

iv.Penggunaan ejaan dan tanda baca yang terhad serta terdapat banyak kesalahannya.

( 14 - 16 )

( 11 - 13 )

BAHAGIAN B(30 MARKAH)

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Pencapaian Tahap Minimum

01 - 10i. Penggunaan ayat tunggal tetapi tidak gramatis / tidak bertepatan dengan tugasan. ii. Penggunaan kata dan kosa kata yang sangat terhad.

iii.Pengolahan idea yang tidak jelas / tidak tepat / tidak berkaitan dengan tugasan.Penyampaian yang tidak menarik.

iv.Penggunaan ejaan dan tanda baca pada tahap minimum / tidak menguasai kemahiran penggunaan ejaan dan tanda baca.

( 06 - 10 )

( 01 - 05 )

ASPEK-ASPEK YANG DINILAIBAHAGIAN C

1. Menjawab tugasan / Menepati idea. 2. Ayat.

3. Kata (Imbuhan / Kata Ganda / Kata Majmuk)

4. Pengolahan.

5. Ejaan dan tanda baca.

BAHAGIAN C(20 MARKAH)

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang

18 - 20i. Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan ransangan / tugasan. ii. Penggunaan kata dan kosa kata yang luas serta sesuai dengan bahan ransangan / tugasan

iii.Ejaan dan tanda baca yang betul.

iv.Pengolahan idea masih menepati tugasan.

4 nilai murni

( 5 NILAI )

sjk

sk

BAHAGIAN C(20 MARKAH)

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Baik

12 - 17i. Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan ransangan / tugasan. ii. Penggunaan kata dan kosa kata yang serta sesuai dengan bahan ransangan

iii.Ejaan dan tanda baca yang betul.

iv.Pengolahan idea masih menepati tugasan.

3 nilai murni

( 15 – 17 )

( 12 – 14 )

( 4 NILAI )sk

sjk

BAHAGIAN C(20 MARKAH)

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Memuaskan

06 - 11i. Menggunakan ayat mudah serta ringkas berdasarkan bahan ransangan / tugasan. ii. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad dan terdapat yang kurang sesuai dengan bahan ransangan / tugasan.

iii.Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.

iv.Pengolahan idea kurang menepati tugasan.

2 nilai murni

( 09 - 11 )

( 06 - 08 )

( 3-2 NILAI )sk

sjk

BAHAGIAN C(20 MARKAH)

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Pencapaian Tahap Minimum

01 - 05i. Menggunakan ayat yang tidak gramatis berdasarkan bahan ransangan / tugasan. ii. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad / tidak sesuai dengan bahan ransangan / tugasan.

iii. Tidak menguasai ejaan dan tanda baca.

iv.Pengolahan idea kurang / tidak menepati tugasan.

1 nilai murni

sk/sjk

SETITIS ILMU UNTUKDIKONGSI SAMA

DISEDIAKAN OLEH;

RAMLAN BIN HJ MISLAN

PPD SEBERANG PERAI TENGAH.