Post on 14-Apr-2018
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
1/21
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
2/21
1
Sistem Pemerintahan Britain
Selepas Zaman Pertengahan, telah berlaku kemerosotan sistem feudalisme di Eropah.
Keadaan ini telah membolehkan raja-raja mengumpul kekayaan dan mengukuhkan
kedudukannya. Ini telah membawa kepada penubuhan negara bangsa iaitu sebuah negara
yang bebas daripada konsep dunia empayar dan di bawah kedaulatan raja berkuasa mutlak.
Negara bangsa di Eropah terbentuk melalui dinasti, keluarga baharu, perkahwinan diraja dan
konsep empayar. Perkembangan ini berlaku di negara England pada abad ke-15 dan England
berada di bawah pemerintahan beraja mutlak hampir 2 abad iaitu bermula pada 1485 setelah
berakhirnya Perang Bunga Ros. Sistem pemerintahan ini diasaskan oleh Raja Henry VII dari
Dinasti Tudor yang memerintah England dan berakhir pada tahun 1603 semasa pemerintahan
Ratu Elizabeth I.
Mengikut sistem raja berkuasa mutlak, seseorang pemerintah (raja) berkuasa sepenuhnya
untuk menggubal dan melaksanakan segala dasar dan kedudukannya adalah mengatasi
undang-undang negara. Sepanjang pemerintahan Dinasti Tudor, England mempunyai kerajaan
yang stabil dan mendapat sokongan daripada rakyat. Kerajaan ini menghormati prinsip
perbatasan kuasa pemerintah seperti mana yang terdapat dalam Magna Carta dan tidak
membelakangkan parlimen. Dasar-dasar pemerintahan raja berkuasa mutlak di England
seperti keagamaan, luar negeri dan perdagangan yang dijalankan oleh Raja Henry VII, Raja
Henry VIII dan Ratu Elizabeth I diterima oleh rakyat. Namun demikian semasa pemerintahan
Dinasti Stuart (1603-1688), sistem pemerintahan beraja mutlak semakin diperkasakan oleh
Raja James I dan Raja Charles I sebelum bertukar kepada raja berpelembagaan.
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
3/21
1
Sistem Pemerintahan Raja Berkuasa Mutlak
Selepas tamatnya Perang Bunga Ros, sistem pemerintahan beraja mutlak telah diterima oleh
rakyat kerana ingin menamatkan keadaan huru-hara yang berlaku. Sistem beraja mutlak yang
diasaskan oleh Dinasti Tudor memperlihatkan sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat
sokongan rakyat. Pemerintahan Dinasti Tudor adalah berdasarkan kepada Magna Carta iaitu
satu piagam yang digubal untuk mengawal kuasa raja. Raja-raja Tudor tidak mementingkan
prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerintahan mereka. Raja-raja Tudor dapat
bekerjasama baik dan dapat mengawal 2 buah dewan parlimen England yang terdiri daripada
House of Lords (tuan tanah, bishop dan kerabat diraja) danHouse of Common (knight, orang
kaya dan peguam). Pada abad ke-17, muncul golongan gentry di luar bandar yang memiliki
tanah dan menjadi kaya daripada golongan bangsawan. Di bandar pula muncul golongan
bourjois yang semakin kaya dan menguasai ekonomi melalui kegiatan perdagangan. Kedua-
dua kumpulan mula berani mempertikaikan pengaruh politik golongan aristokrat dalam
House of Lords.
Pada abad ke-17 juga, wujud perbalahan antara mazhab Kristian di England iaitu antara
penganut Protestan (golongan puritan) yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican (gereja
kebangsaan di England) di atas pengamalan tradisional gereja Kristian (Katolik). Golongan
puritan ini ingin membersihkan amalan agama di England daripada pengaruh gereja Katolik
Rom dan mahu gereja di England bebas daripada kawalan politik. Golongan puritan menjadi
semakin berpengaruh dan menarik minat pelbagai golongan masyarakat kerana dalam ajaran
mereka mengutamakan kehidupan berdisiplin dan menolak upacara atau istiadat agama yang
tradisional. Pemerintah Dinasti Tudor berjaya menangani dengan baik tentangan golongan
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
4/21
1
puritan yang tidak berpuas hati dengan golongan anglican dan ingin mewujudkan gereja yang
bebas daripada kawalan politik. Selepas berakhir Dinasti Tudor pada tahun 1603, maka
bermula pula era pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1702) di England yang diasaskan oleh
Raja James I dari Scotland. Namun dasar pemerintahan Dinasti Stuart berbeza dengan Dinasti
Tudor, dan ini telah membawa penentangan parlimen dan berlaku kebangkitan golongan
puritan sehingga membawa tercetusnya perang saudara yang dikenali sebagai Revolusi
Puritan (1642-1648).
Raja James I merupakan raja yang berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja. Baginda
menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi kedudukan undang-undang. Oleh itu semua
pihak seperti parlimen, mahkamah, gereja, dan sebagainya mesti berkhidmat kepada raja dan
bukannya berkongsi kuasa. Pemerintahan Raja James 1 mendapat tentangan daripada
golongan puritan dan ahli-ahli parlimen kerana baginda mengamalkan dasar agama yang lebih
memihak kepada mazhab Katolik. Golongan puritan juga telah menolak bishop yang dilantik
oleh Raja James I dan kemarahan golongan ini memuncak apabila baginda mengahwinkan
puteranya dengan puteri dari Perancis yang bermazhab Katolik. Tindakan baginda yang
membelakangkan parlimen dalam urusan pengenaan cukai telah memburukkan lagi hubungan
Raja James I dengan golongan puritan. Ketegangan hubungan ini telah mendorong Raja
James I membubarkan parlimen pada tahun 1611. Tindakan baginda telah menyebabkan
keadaan politik England kucar kacir dan lebih memburukkan keadaan apabila Raja Charles I
yang memerintah England pada tahun 1625 juga tidak menyukai golongan puritan. Baginda
juga bertindak membelakangi parlimen dalam urusan pengutipan cukai. Mana-mana ahli
parlimen yang menentang baginda telah ditahan dan tentera akan mengawal mereka.
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
5/21
1
Akibat tidak berpuas hati dengan pemerintahan kuku besi raja, maka rakyat telah bersatu
untuk menafikan kuasa mutlak raja. Akibatnya pada tahun 1628 parlimen telah
mengemukakan Petition of Right yang mengutuk tindakan autokratik raja. Akibat kecaman ini
baginda telah menangkap 9 orang ahli parlimen yang menentang baginda secara terbuka di
parlimen. Sehubungan itu, baginda membubarkan parlimen dan memerintah secara mutlak
tanpa parlimen selama 11 tahun. Raja Charles I telah mengenakan pelbagai jenis cukai dengan
bebas dan menaikkan cukai dengan sewenang-wenangnya telah mengancam ahli-ahli
parlimen. Dalam aspek agama pula, Raja Charles I memulihkan semula amalan roman
khatolik sebagai amalan dalam gereja Anglican yang menyebabkan kebangkitan golongan
puritan. Pada tahun 1639, Raja Charles I telah menubuhkan semula parlimen untuk tujuan
mendapatkan peruntukkan yang diperlukan oleh baginda tetapi ahli parlimen enggan
bekerjasama dengan baginda. Ini telah mendorong baginda membubar semula parlimen yang
baru ditubuhkan dalam masa 3 minggu dan menangkap beberapa ahli parlimen.
Pada tahun 1642, rusuhan telah berlaku di Ireland yang telah menyebabkan beberapa orang
British bermazhab Protestan dibunuh oleh penganut Katolik. Sekali lagi berlaku pertikaian
tentang penubuhan tentera sama ada dikendalikan oleh raja atau parlimen. Akhirnya
peperangan telah berlaku dan tentera gereja di bawah pimpinan Oliver Cromwell telah berjaya
mengalahkan tentera raja pada tahun 1645 dan tahun 1648. Raja Charles I telah dihukum
bunuh dan parlimen telah mengisytiharkan England sebuah negara republik dengan Oliver
sebagai ketua negara yang baharu. Pemerintahan Oliver berhadapan dengan kebangkitan 2
golongan iaitu levellers dan diggers yang dianggap mengancam pemerintahannya. Pada tahun
1658, Oliver meninggal dunia dan diganti dengan anaknya iaitu Richard Cromwell. Walau
bagaimanapun dalam masa setahun memerintah beliau telah meletakkan jawatannya kerana
tidak mendapat sokongan parlimen dan tentera.
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
6/21
1
Perkembangan Raja Berperlembagaan di England
Sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan raja berperlembagaan
selepas berakhirnya Revolusi Cemerlang yang berlaku secara aman dan memberi impak yang
besar terhadap perubahan landskap politik England selepas 1688. Raja Charles II telah ditabal
sebagai raja England selepas Richard Cromwell meletak jawatannya dan mesti mengamalkan
sistem beraja berperlembagaan. Sistem pemerintahan raja berperlembagaan juga membawa
kepada perkembangan politik kepartian apabila wujud dua buah parti iaitu Parti Whig dan
Parti Torries yang sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan aristokrat, gentry dan bourjuis.
Golongan rakyat atau kelas bawahan masih tidak diberikan ruang untuk terlibat secara
langsung dalam politik di England ketika itu. Selepas Raja Charles II meninggal dunia pada
tahun 1685, diganti pula oleh Raja James II yang lebih cenderung untuk memulihkan kembali
doktrin kuasa suci raja. Oleh itu Raja James II telah disingkirkan dan kemudiannya Marry II
dan Raja William of Orange telah ditabal sebagai raja England yang baharu selepas
berlakunya Revolusi Cemerlang (1698) tanpa berlaku pertumpahan darah.
Parlimen meluluskan Toleration ActdanBill of Rightpada 1699. Raja berperlembagaan
adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf
raja sebagai ketua negara. Toleration Act bertujuan mewujudkan kebebasan beragama bagi
penganut Kristian yang bermazhab Protestan di England. Manakala Bill of Right pula
mengemukakan beberapa peruntukan berhubung dengan bidang kuasa raja dalam soal
undang-undang dan pencukaian serta keadilan dan hak untuk mengecapi kebebasan.
Raja berperlembagaan di England memerintah berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh
parlimen dan tidak lagi mempunyai kuasa autokratik. Raja tidak boleh memansuhkan undang-
undang yang telah diluluskan oleh parlimen. Raja tidak dibenarkan untuk campur tangan
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
7/21
1
dalam urusan mahkamah dalam aspek penguatkuasaan undang-undang. Kedudukan parlimen
menjadi semakin kuat apabilaAct of Settlementdiluluskan pada 1701 yang menetapkan
hanya raja yang bermazhab protestan sahaja yang layak menjadi raja. Raja juga
bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat dan mempunyai
keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif. Sistem pemerintahan beraja mutlak di England
juga telah menghapuskan pergeseran antara raja dengan parlimen dalam soal-soal dasar
pemerintahan dan keadaan ini secara langsung telah memperkukuhkan perpaduan dalam
politik negara tersebut.
Raja boleh menghadapiPetition of Rightyang dikemukakan oleh rakyat dan
mempertahankan kedudukannya berdasarkan undang-undang. Dalam menjalankan
pemerintahan, raja tertakluk kepada perlembagaan dan juga dibatasi oleh undang-undang bagi
membenarkan sesuatu tindakan yang diambil oleh raja. Oleh yang demikian pada 1689
bermula sistem pemerintahan raja berpelembagaan di England dan kekal sehingga hari.
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
8/21
1
Sistem Kerajaan Jepun
Menurut sejarah awal orang Jepun pada dasarnya mempunyai darah bangsa Mongul yang
berkait rapat dengan jiran - jiran iaitu Korea dan China. Penempatan mereka bermula di
kepulauan selatan Jepun melalui Pulau Formosa dan Ryukyu. Jepun dikenali secara meluas
sebagai Tanah Matahari Terbit. Ia juga pernah dikenali sebagai Yamato.
Era pemerintahan dan tamadun Jepun telah melalui beberapa zaman antaranya :
- Zaman Yayoi (Zaman Pra Sejarah)
- Zaman Nara dan Hein (710M)
- Zaman Heian (749M-1185)
- Zaman Kamakura (1192M)
- Zaman Kesyogunan Ashikaga (1336M)
- Zaman Sengoku Jidai (1460M-1573M)
- Zaman Kesyogunan Tokugawa.
- Zaman Meiji
Zaman Yayoi adalah zaman permulaan dalam tamadun Jepun kerana pada zaman ini logam di
gunakan secara meluas serta kemajuan dalam proses pengairan yang menyebabkan hasil
pengeluaran padi meningkat. Ketika itu perbezaan diantara golongan kaya dan miskin telah
mula timbul. Perbezaan pemikiran dalam isu politik dan sosial juga telah wujud diantara
rakyat dan pihak pemerintah. Lama kelamaan lebih ramai pemimpin-pemimpin politik
muncul seperti di Yamato. Kumpulan Yamato ini merupakan nenek moyang keluarga
Imperial Jepun yang bertakhta sekarang.
Maharaja di jepun tidak mempunyai kuasa khususnya selepas tahun 1192M dan kekuasaaan
sebenar dalam pemerintahan terletak di bahu golongan bangsawan yang dikenali sebagai
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
9/21
1
Daimyo. Untuk mengukuhkan kuasa, Daimyo telah mewujudkan satu pasukan tentera yang
kuat dibawah pimpinan golgongan Samurai. Dengan ini ia mampu meluaskan pengaruh di
wilayah yang lain dan mengekalkan kuasa dan kedudukan sebagai pemerintah mutlak.
Pada 1603 , Shogun Tokugawa telah memerintah, dan pemerintahan yang dilakukan secara
kuasa penuh dan golongan Shogun merupakan pentadbir daerah yang berada di kelas kedua
selepas Maharaja. Maharaja dijadikan sebagai boneka sahaja di istana, sementara
pemerintahan yang sebenar adalah dilakukan oleh Shogun Tokugawa.
Pemerintahan Keshogunan Tokugawa telah digantikan pada tahun 1868 setelah Maharaja
Meiji menaiki takhta. Ketika ini Jepun melalui suatu proses peralihan ke era pemodenan.
Maharaja Meiji telah menghapuskan sistem feudal yang dikuasai oleh Daimyo dan Samurai
kepada sistem pemerintahan pusat.
Jepun mengamalkan sistem raja berperlembagaan berasaskan sistem British. Parlimennya
digelar dengan nama Kokka ( ). Kokkai terdiri dari dua dewan iaitu Dewan Rakyat Shuugi-
in () dan Dewan Pertuanan Sangi-in (). Hakmengundi diberikan kepada semua
warganegara jepun yang berumur 20 tahun keatas.Kabinetnya pula dianggotai oleh Perdana
Menteri dan Jemaah Menteri. Ahli Kokkai akan melantik salah seorang dari kalangan mereka
sebagai Perdana Menteri, dan menteri-menteri yang lain akan dilantik oleh Perdana Menteri
itu sendiri.
Jepun memiliki sebuah keluarga diraja yang diketuai oleh seorang Maharaja (tenn), yang
merupakan raja serta Ketua Negara Jepun. Tetapi, beliau tidak memiliki sebarang kuasa
berkaitan dengan pentadbiran negara. Beliau hanya memainkan peranan di dalam upacara-
upacara istiadat. Maharaja Jepun merupakan simbol negara dan kesatuan rakyat. Akihito (
), merupakan Maharaja Jepun ketika ini dan juga merupakan Maharaja Jepun yang ke 125.
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
10/21
1
Akihito merupakan anak lelaki sulung dan juga anak yang kelima kepada Maharaja Showa
(Hirohito) dan Maharani Kojun (Nagako). BergelarTsugo no miya (; Putera Tsugo) semasa
kanak-kanak, beliau dibesarkan dan diajar oleh guru persendirian dan kemudian menghadiri
Sekolah Rendah Lelaki "Boy's Elementary" dan Department Menengah "Secondary
Departments" ketika itu, Peers' School (Gakushuin selepas 1947), 1940-1952. Beliau
dipisahkan dari keluarganya pada usia tiga tahun.
Ketika pihak Amerika melakukan pengeboman ke atas bandar Tokyo pada Mac 1945, beliau
dan saudara mudanya, Putera Masahito (sekarang Putera Hitachi), dipindahkan keluar dari
Tokyo. Putera Mahkota Akihito belajar Bahasa Inggeris dengan Elizabeth Gray Vining
selepas Perang Dunia II. Beliau menerima perlantikan sebagai Putera Mahkota (Rittaishi no
Rei) di Istana Imperial pada 10 November 1951, walaupun beliau merupakan Putera Mahkota
kepada Takhta Bunga Kekwa sejak dari 23 December 1933.
Pada Jun 1953, Putera Mahkota Akihito mewakili Jepun di upacara pertabalan Ratu Elizabeth
II dari United Kingdom. Beliau berkahwin dengan Michiko ( lahir 24 Oktober 1934),
anak perempuan sulung Shoda Hidesaburo (), presiden dan pengerusi kehormat Kilang
Pengisar Tepung Nisshin. Perkahwinan yang berlangsung pada 10 April 1959 tersebut telah
memecahkan tradisi diraja kerana Shoda Michiko merupakan rakyat pertama yang berkahwin
dengan keluarga diraja. Selepas kemangkatan bapanya pada 7 Januari 1989, Putera Mahkota
Akihito menaiki takhta dan secara rasmi menjadi Maharaja Jepun yang ke 125 pada 12
November 1990.
Semenjak menaiki takhta, beliau sentiasa berusaha untuk merapatkan jurang diantara keluarga
Maharaja dengan penduduk Jepun. Maharaja Akhito dan Maharani Michiko ke 18 negara,
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
11/21
1
termasuk kesemua 47 wilayah di Jepun. Beliau dan Maharani Michiko mempunyai tiga orang
anak iaitu Putera Mahkota Naruhito (23 Februari 1960), Puteri Akishino ( , 11 November
1965) dan Puteri Sayako (, atau Puteri Nori, 18 April 1969). Era pemerintahan
Akihito digelar era "Heisei" ().
Konsep Raja Berpelembagaan.
Raja berpelembagaan adalah merupakan salah satu corak ataupun jenis kerajaan yang telah
ditubuhkan dan ia ditubuhkan dibawah satu perlembagaan yang mengiktiraf kedudukan raja
sebagai ketua negara. Raja berpelembagaan yang moden selalunya menggunakan konsep
Politik tiga serangkai (Trias Politica). Ini bermakna kedudukan Raja didalam rangkaian
eksekutif hanyalah sebagai ketua simbolik dan kuasanya tertakluk kepada perlembagaan
negara. Sebaliknya, jika didalam sistem monarki mutlak (absolute monarchy) seorang raja
mendapat kekuasaan penuh dalam pemerintahannya.
Pada masa kini, lazimnya perwakilan demokrasi akan digabungkan dengan sistem raja
berpelembagaan. Oleh yang demikian, rakyat akan masih mempunyai kuasa didalam sesuatu
kerajaan dan raja hanya mempunyai peranan traditional didalam sesebuah negara. Pemimpin
yang dipilih rakyat iaitu Perdana Menteri adalah orang yang akan memerintah negara dan
bukannya raja.Namun, ada juga kerajaan yang tidak demokratik yang bergabung dengan raja
seperti Raja Jepun yang bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin oleh seorang
diktator ketika Perang Dunia II.
Pada tahun 1192M, Jepun telah mengurangkan kuasa mutlak pemerintah. Perlembagaan
Empayar Jepun (Dai-Nippon Teikoku Kenp), yang juga dikenali sebagai Meiji atau
Perlembagaan Imperial, merupakan undang-undang yang tertinggi di Jepun bermula pada 29
November 1890 sehingga 2 May 1947. Diperkenalkan selepas Pemulihan Meiji, ia merupakan
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
12/21
1
satu sistem raja berpelembagaan yang wujud berdasarkan model Prussia, yang mana Maharaja
Jepun adalah pemerintah yang aktif dan mempunyai kuasa politik yang menyeluruh, namun
kuasa tersebut dikongsikan bersama dewan diet. Jepun telah mengalami suatu tempoh
reformasi dari segi politik dan sosial secara menyeluruh dengan dasar pembaratan, selepas
pemulihan Meiji yg memulihkan kuasa politik maharaja. Ia bertujuan untuk memajukan
Empayar Jepun ke arah yang lebih tinggi setaraf dengan negara-negara di Barat.
Perlembagaan ini merupakan titik tolak kepada penubuhan kerajaan berparlimen yang
pertama di Asia. Pemulihan Meiji ini dianggap penting sebagai titik penting didalam sistem
raja di Jepun. Ketika memerintah maharaja Meiji telah sedar akan pengaruh daripada barat
dan telah membuat sesuatu bagi memastikan sistem beraja dapat dipertahankan dan
dikekalkan.
Perlembagaan Meiji mewujudkan had terhadap kuasa-kuasa cabang eksekutif dan kemutlakan
maharaja. Kehakiman bebas juga telah di wujudkan. Namun ia amat kabur di dalam perkataan
yang digunakan, dan kebanyakkan tempat ia bertentang dengan dirinya sendiri. Pemimpin-
pemimpin kerajaan dan parti-parti politik dibiarkan mentafsir sama ada Perlembagaan Meiji
dapat digunakan untuk menjustifikasi pemerintahan kuku besi atau liberal-demokratik. Di era
zaman empayar Jepun, inilah perbezaan pendapat paling ketara yang timbul. Golongan intelek
Tekle Hawariat Tekle Mariyam di Habsyah telah menggunakan Perlembagaan Meiji sebagai
model untuk Perlembagaan Habsyah 1931. Selepas jepun kalah pada pengakhiran Perang
Dunia II, satu perlembagaan baru yang berpandukan demokrasi libral barat telah
menggantikan Perlembagaan Meiji.
Pada 21 Oktober 1881, Ito Hirobumi telah dilantik bagi mengetuai suatu biro kerajaan untuk
menyiasat dan mengkaji sistem-sistem kerajaan berperlembagaan. Pada 1882, Ito telah
mengetuai satu delegasi ke luar negara bagi mengkaji dan mendalami pelbagai sistem secara
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
13/21
1
langsung. Di sebabkan terlalu liberal Perlembagaan Amerika Syarikat telah di tolak, manakala
Great Britain pula dikatakan memberikan parlimen terlalu banyak kuasa dan tidak stabil.
Sistem Spanyol dan Perancis pula disifatkan sebagai despotik. Dan akhirnya delegasi ini
tertarik dengan struktur Empayar Jerman dan Prussia. Pada tahun 1885, Kabinet telah
diwujudkan bagi menggantikan Majlis Negara dengan Ito sebagai Perdana Menteri. Menteri
Kiri, Menteri Kanan dan Canselor yang telah diwujudkan sejak abad ke-7 dihapuskan.Pada
tahun 1888, majlis Privi telah ditubuhkan untuk menimbangkan perlembagaan yang akan
dirangka dan menasihati Maharaja. Jawatankuasa penggubalan termasuk Ito Miyoji, Kancko
Kentaro, Iwakura Tomomi, dan Inouc Kowashi. Beberapa cendikiawan seperti Jerman Rudolf
von Gneist dan Lorenz von Stein juga terlibat sama sebagai penasihat luar. Perkara yang
penting adalah timbangan antara kedaulatan diraja pada Maharaja dan perundangan berwakil
pilihan rakyat bagi menghadkan kuasa diraja itu. Versi yang terakhir telah di hantar kepada
Maharaja pada 1888 setelah 2 tahun berada diperingkat percubaan. Perlembagaan Meiji telah
digubal secara rahsia tanpa sebarang debat umum oleh jawatankuasa dan diguna pakai dengan
referandum.
Perlembagaan hukum fundamental Jepun (3 Mei 1947), yang juga diknali sbagai
Perlembagaan Keamanan, digubal pada sistem politik dalaman Jepun yang enggan
menerima perjanjian oleh Amerika Syarikat selepas Perang Dunia II. Walaupun sukar pada
awalnya, terbukti sangat baik dan telah mendapat sokongan meluas di Jepun. Ini
menggantikan perlembagaan Meiji dan menerapkan perubahan mendasar dalam negara dan
memberikan hak baru kepada rakyat. Ini termasuk penyerahan kedaulatan daripada Mharaja
kepada rakyat, tumpuan kuasa eksekutif pada Perdana Menteri dan Kabinet dan supremasi
majlis rendah perundangan. Secara menyeluruh menjamin hak asasi manusia, termasuk
ekonomi, sosial dan kebebasan beragama. Perkara 9 daripada perlembagaan itu mungkin yang
paling terkenal dan di perdebatkan, Jepun untuk terlibat dalam sebarang sengketa dan
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
14/21
1
menyangkal penggunaan kekuatan untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa. Oleh yang
demikian berakhirlah perjalanan sistem beraja mutlak di Negara Matahari Terbit itu.
Sistem pemerintahan raja perlembagaan British pula adalah mengikut Sistem Westminster
adalah sebuah sistem parlimen kerajaan demokratik dimodel selepas kerajaan British
(Parlimen United Kingdom). Istilah ini datangnya dari Istana Wesminster, tempat terletaknya
Parlimen United Kingdom. Sistem ini adalah satu prosedur berturut-turut untuk menjalankan
sebuah badan perundangan. Ia digunakan, atau telah sekali digunakan, dalam badan
perundangan kebangsaan dan badan perundangan subkebangsaan dari kebanyakkan
Komenwell dan bekas negara-negara komanwell, bermula dengan wilayah Kanada dan tanah
jajahan Australia dalam abad pertengahan abad ke-19. Ada sistem parlimen lain yang
prosedur-prosedurnya sangat berbeza dari sistem Westminster. Menurut pakar undang-undang
perlembagaan, institusi raja dan Parlimen UK (yang dirujuk sebagai Induk kepada segala
Parlimen dunia) merupakan sistem Raja Berperlembagaan yang Ideal dan Realistik yang
harus diikuti sebagai contoh oleh dunia.
Perakuan dari segi sejarah dengan jelas mengatakan Sistem Feudal beraja mutlak British
berakhir setelah Magna Carta ditandatangani pada tahun 1215. Nama yang tepat untuk Magna
Carta adalah Magna Carta Libertatum, Piagam Kemerdekaan. Dokumen ini biasanya
disingkatkan sebagai Magna Carta atau Great Charter. Ini boleh dianggap sebagai bil hak
untuk England abad pertengahan, walaupun tidak banyak diterapkan selama beberapa abad.
Lebih penting lagi, ia menjadi asas yang menukar wajah pemerintahan England selamanya,
dengan menetapkan bahawa raja tidak lagi berkuasa dalam pemerintahannya. Raja John dari
England memeterai Magna Carta selepas tekanan besar dari pihak Gereja dan golongan
Bangsawan meminta raja untuk mengeluarkan pertanyaan mengenai hak dan jaminan
menguatkuasakannya. Sebelum ini pihak pemerintah (Raja) sering melakukan perkara
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
15/21
1
mengatasi undang-undang yang sedia ada dan ini telah menimbulkan kritikan dan kemarahan
serta sering dikritik kerana dasar luar negeri dan tindakan didalam negara sendiri. Para
bangsawan menyediakan rancangan, dan selepas beberapa rundingan, Raja John terpaksa
menyetujui pemeteraian Magna Carta di Runnymede pada bulan jun 1215. Banyak daripada
hak di Magna Carta sebenarnya muncul pada dokumen lama, seperti Piagam Kebebasan yang
diterbitkan oleh Henry I. Namun, Magna Carta juga mengandungi beberapa fasal yang sangat
berpengaruh terhadap perkembangan bil hak serupa, seperti pindaan terhadap 10 pertama
Perlembagaan Amerika Syarikat. Diantara mereka ada hak untuk Habeas Corpus, sebuah
klausa melindungi kebebasan gereja dan klausa yang mengenai Peraturan untuk sistem
perundangan.
Ciri-ciri penting sistem Westminster termasuk yang berikut, walaupun bukan semua aspek-
aspek berikut telah dikekalkan dalam setiap sistem asal Westminster. Ketua Negara yang
adalah pemegang nominal atau teoretikal kuasa eksekutif, dan memegang pelbagai kuasa
yang bertentangan, yang mana tugas-tugas seharian terdiri dari melakukan suatu peranan
mengetuai upacara rasmi tertentu. Contoh-contoh termasuk raja British, Presiden-presiden dan
Gabenor negeri/provinsi dalam negara yang mengamalkan sistem pemerintahan persekutuan.
- Seorang ketua kerajaan atau ketua eksekutif , dikenali sebagai Perdana Menteri, yang
terutama atau menteri pertama, yang secara rasmi dilantik oleh ketua negara. Dalam
amalan, ketua kerajaan adalah dilantik oleh parti yang terbesar dalam parlimen.
- Sebuah de fecto cabang eksekutif biasanya dibuat dari ahli-ahli legislature dengan
ahli-ahli lbih tua dalam sebuah kabinet dipimpin oleh ketua kerajaan.ahli-ahli yang
seperti dipimpin ileh ketua kerajaan, ahli seperti melaksanakan kuasa eksekutif atas
nama ukuran dasar atau teori kuasa eksekutif mengetuai kerajaan, ahli-ahli berkuasa
eksekutif.
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
16/21
1
- Pembangkang parlimen (sebuah sistem pelbagai parti)
- Sebuah badan perundangan pilihan, selalunya dwidewan, di mana sekurang-kurangnya
satu dewan dipilih, walaupun sistem dewan tunggal juga wujud, ahli-ahli legislatif
biasanya dipilih oleh daerah pada pilihan first-past-the-post (bertentangan dengan
perwakilan seimbang seluruh negara)
- Sebuah dewan rendah parlimen dengan kebolehan untuk memecat sebuah kerajaan
dari jawatan dengan menahan bekalan (menolak sesuatu belanjawan), meluluskan
sesuatu usul tidak keyakinan atau menewas suatu usul keyakinan. Sistem Westminster
membenarkan sebuah kerajaan untuk ditewas atau dipaksa untuk memasuki suatu
pilihanraya umum, bebas dari suatu kerajaan baru yang dipilih.
- Sebuah parlimen yang dapat dibubarkan dan pilihanraya dapat dipanggil pada bila-bila
masa.
- Hak istimewa parlimen, yang membenarkan Badan Perundangan untuk membincang
mana-mana isu yang dianggap dari dirinya untuk menjadi berkaitan, tanpa ketakutan
akibat-akibat berakar dari penyala fitnah atau merakam yang disebutkan.
- Minit mensyuarat, dikenali sebagai Hansard, termasuk kebolehan untuk badan
perundangan untuk mogok perbincangan dari minit-minit ini.
Kebanyakan tatacara sistem-sistem Westminster berasal dengan konvensyen, amalan dan
duluan Parlimen United Kingdom, yang adalah sebahagian dari apa yang diketahui sebagai
Perlmbagaan United Kingdom. Tidak seperti perlembagaan Brir=tish yang tidak di tulis,
kebanyakan negara yang menggunakan sistem Westminster telah merekodkan sistem dalam
suatu perlembagaan yang bertulis.
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
17/21
1
Meskipun konvensyen tidak dikodkan, amalan dan duluan bersambung untuk memainkan
peranan penting dalam kebanyakan negara, oleh kerana banyak perlembagaan idak
menetapkanelemen-elemen penting tatacara, contohnya, sesetengah perlembagaan lebih lama
menggunakan sistem Westminster tidak menjelaskan kewujudan Kabinet dan/atau Perdana
Menteri, kerana pegawai-pegawai ini telah diambil kesempatan oleh pengarang-pengarang
perlembagaan ini.
Seterusnya kita akan melurusi bagaimana sistem ini beroperasi dan dilaksanakan. Corak
fungsi-fungsi eksekutif di dalam sistem Westminster adalah agak kompleks. Dalam intisari ,
ketua negara biasanya seorang raja atau presiden, adalah seorang ketua upacara yang adalah
sumber kuasa eksekutif nominal yang teoretikal dalam sistem. Dalam amalan, suatu tokoh
seperti itu tidak akan secara aktif melatihkan kuasa eksekutif, walaupun melalui pihak kuasa
eksekutif boleh dilatihkan dengan namanya.
Ketua kerajaan, biasanya digelar perdana menteri, akan secara bergagasan mendapatkan
sokongan suatu majoriti dalam dewan bertanggungjawab, dan seharusnya dalam mana-mana
khusus dapat memastikan kewujudan bukan majoriti keseluruhan terhadap kerajaan. Jika
parlimen meluluskan suatu resolusi tidak keyakinan, atau menolak kelulusan suatu perkara
penting seperti belanjawan, oleh itu kerajaan harus samada meletakkan jawatan supaya
sebuah kerajaan berlainan dapat dilantik atau mencari suatu pembubaran parlimen supaya
pilihanraya umum baru dapat dijalankan supaya dapat mengesahkan semula atau menolak
mandat kerajaan.
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
18/21
1
Pihak berkuasa eksekutif dalam sebuah sistem Westminster adalah secara asas dilatih oleh
kabinet, bersama dengan lebih menteri yang pangkat bawah, walaupun ketua kerajaan
biasanya mempunyai peranan dominan dalam jabatan. Di United Kingdom, pemerintah beraja
secara teori memegang pihak berkuasa eksekutif, walaupun Perdana Menteri United Kingdom
dan kabinet secara berkesan mengenakan kuasa eksekutif.
Sebagai satu contoh, Perdana Menteri dan kabinet secara umum harus meminta keizinan ketua
negaraapabila menjalankan fungsi-fungsi eksekutif. Contohnya Perdana Menteri Britain
meminta untuk membubarkan parlimen supaya suatu pilihanraya umum mengambil tempat,
Perdana Menteri adalah secara perlembagaan terpaksa meminta keizinan dari raja supaya
dapat mendapat suatu permintaan seperti itu. Kuasa ini dikenali sebagai Progatif Diraja, yang
mana dalam zaman moden dilatihkan oleh raja hanya pada nasihat Perdana Menteri. Sejak
raja British adalah seorangraja berperlembagaan, baginda perlu mematuhi nasihat menteri
baginda, kecuali apabila melaksanakan kuasa simpanan dalam waktu krisis. Di United
Kingdom, peruntukan mengatakan raja berhak melantik Perdana Menteri, sebagai contoh.
Namun hak itu bergantung kepada parti politik yang menang dalam pilihanraya.
Disinilah letaknya semantics bahawa perdana menteri hendaklah terdiri daripada ahli yang
mendapat keyakinan majoriti ahli-ahli Parlimen atau badan demikian.
Adat ini muncul dalam Sistm Westminster lain di dunia, dengan akibatnya dari pengaruh
pemerintahan jajahan British. Di dunia Komenwel seperti Kanada, New Zealand atau
Australia, Perdana Menteri diwajibkan untuk meminta keizinan dari Gabenor-Jendral apabila
melaksanakan keputusan eksekutif, dengan satu cara yang mirip dengan amalan British. Suatu
senario analog juga bermuncul dalam Republik Komanwel, seperti india atau Trinidad dan
Tabago.
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
19/21
1
Ketua Negara akan sering mempengerusikan mensyuarat dengan ketua kerajaan dan kabinet,
sebagai cara mengekalkan polisi kerajaan dan sebagai suatu cara menasihat dan memberi
menteri amaran pada tindakan mereka. Suatu amalan seperti itu mengambil tempat di United
Kingdom dan India. Di Unuted Kingdom, Ratu mempengerusikan mesyuarat mingguan rahsia
dengan Perdana Menteri untuk membincangkan polisi kerajaan dan untuk memberikan
pendapat baginda dan menasihatkan pada isu-isu hari ini. Di India, Perdana Menteri secara
perlembagaan terpaksa memegang sesi lazim dengan Presiden, dalam cara yang mirip dengan
amalan di British. Pada intisari, ketua negara, sebagai pihak berkuasa eksekutif yang
teoretikal, pemerintah tetapi tidak memerintah.Frasa ini bermakna bahawa peranan ketua
negara dalam kerajaan biasanya berupacara dan oleh itu tidak secara lanjut melembagakan
kuasa eksekutif. Kuasa simpanan ketua negara adalah cukup untuk memastikan kerja sama
dengan sesetengah permintaan mereka. Meskipun, perlanjutan kuasa-kuasa semacam itu
berlainan dari satu negara ke satu negara dan ia sering adalah suatu hal yang berkontroversi.
Suatu susunan eksekutif pertama seperti itu pertama kali timbul di United Kingdom. Dalam
sejarah, raja British dipegang secara lanjut melatihkan pihak berkuasa eksekutif. George I dari
Great Britain adalah raja British pertama untuk menugaskan sesetengah kuasa eksekutif ke
seorang Perdana Menteri dan suatu kabinet menteri-menteri, secara besar kerana baginda juga
adalah raja Hanover di jerman dan tidak fasih bertutur bahasa inggeris. Dari masa ke masa,
susunan berlanjut untuk melatihkan kuasa eksekutif pada belah pihak diraja. Suatu konsep
semacam itu telah diperteguhkan dalam Perlembagaan England (1876) oleh alter Bagehot,
yang mengemfasiskan aspek-aspek kerajaan yang menimbulkan rasa hormat dan cekap.
Dari segi ini Bagehot menyatakan bahawa raja harus menjadi satu sudut fokal untuk negara,
sementara Perdana Menteri dan Kabinet sebenarnya menjalankan keputusan eksekutif.
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
20/21
1
Disini jelas kita lihat walaupun kedudukan raja perlembagaan untuk kedua-dua negara
digunapakai tetapi perlaksanaannya adalah berbeza. Kesan daripada perjanjian dan
pemeteraian perundangan yang dijalankan oleh golongan tertentu telah mengakibatkan kuasa
raja hilang dan kuasa baru telah muncul iaitu kuasa rakyat.
Penutup
Demokrasi adalah bentuk atau mekanisme sistem pemerintahan suatu negara sebagai upaya
mewujudkan kedaulatan rakyat (kekuasaan warganegara) atas negara untuk dijalankan oleh
pemerintah negara tersebut. Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan
kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu Sistem
Raja Berperlembagaan dan sistem Republik. Britain dan jepun telah memilih dan
mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak
dulu lagi. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang
membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak
menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.
Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Perlembagaan
Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita.
Beberapa pindaan perlembagaan di buat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan
perkembangan politik semasa.
7/27/2019 Perbandingan Raja Britain dan Maharaja Jepun
21/21