Post on 21-Dec-2015
PERBEZAAN DAN PERSAMAAN BENTUK DAN STANDARD PENTAKSIRAN
BENTUK PENTAKSIRAN STANDARD PENTAKSIRAN
Definisi Bentuk adalah sesuatu yang direka,
manakala pentaksiran merupakan
proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, menilai dan
menginterprestasi maklumat
tentang hasil pembelajaran
seseorang pelajar bagi tujuan
tertentu
Amalan pentaksiran yang
perlu dirujuk untuk
menentukan kaedah
pentaksiran yang digunakan
mematuhi standard yang
sebenar
Merancang
pentaksiran
Melibatkan fokus utama yang
hendak dikaji dan mengenalpasti
latar belakang kanak-kanak, tempat
kajian dan aspek yang hendak
dikaji berdasarkan 6
perkembangan.
Standard 1 pentaksiran juga
menjelaskan pentaksiran
harus dijalankan konsisten
dengan tujuan pentaksiran
yang ditetapkan dan
sepertimana standard ke 2
iaitu pentaksiran harus
dijalankan ke atas
pengetahuan, kemahiran dan
sikap yng dirangkumi dalam
kurikulum PERMATA dan
KSPK
Membina
instrument
kajian
Alat kajian yang digunakan adalah
untuk mengumpul data adalah
i) Pemerhatian
ii) Analisis Dokumen
iii) Temubual
iv) Soal selidik
Standard 3 : Pentaksiran
dijalankan secara berterusan
. Kaedah pemerhatian
kanak-kanak formal dan tidak
formal. Pentaksiran
pendidikan awal kanak-
kanak tidak boleh dilakukan
dengan ujian.
Merekod,
menyimpan
data
Merekod boleh menggunakan alat
seperti
i) Senarai Semak
ii) Skala Kadar
iii) Rekod Anekdot
iv) Rekod Berterusan
Menyimpan didalam Portfolio dan
rakaman, photo dan
v) Standard 4 : Kaedah
pentaksiran harus sah
dan sahih, sesuai
dengan
perkembangan kanak-
kanak dan berasaskan
kaedah saintifik .
i) Senarai Semak
ii) Skala Kadar
iii) Rekod Anekdot
iv) Rekod Berterusan
Menganalisi
s dan
melaporkan
Setiap data yang direkod akan
dianalisis dan Segala data yang
direkod menggunakan senarai
semak, skala kadar, rekod anekdot,
atau rekod berterusan perlu
ditafsirkan untuk membolehkan
guru membuat rumusan mengenai
murid dan melaporkan kepada
ibubapa, guru dan sama ada perlu
merujuk kepada Pakar
Seterusnya pentaksiran
harus dijalankan dengan
penuh etika, hak asasi
kanak-kanak perlu dipatuhi.
Tindakan
Susulan
Tindakan susulan adalah meberi
pengukuhan dan peneguhan
keatas kanak-kanak yang telah
mencapai perkembangan dan
Standard pentaksiran kelima:
Hasil pentaksiran digunakan
untuk merancang tindakan
susulan demi meningkatkan
pemulihan kepada kanak-kanak
yang belum mencapai tahap
perkembanga.
mutu pengajaran dan
pembelajaran dan untuk
membantu pengajaran.
Kesimpulan yang didapati ialah berdasarkan jadual diatas persamaan didapati
dalam bentuk dan standard pentaksiran yang digunakan adalah bagaimana kaedah
pemerhatian digunakan dan perbezaan alat instrument yang digunakan dalam
merekod pentaksiran tersebut.
Segala maklumat yang diperolehi hasil daripada proses pentaksiran dan
penilaian perkembangan kanak-kanak perlulah dicatat dan direkod dengan jelas dan
sistematik. Terdapat beberapa teknik merekod maklumat yang diperoleh secara
sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid
iaitu dengan menggunakan Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan juga
Rekod Berterusan.
Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti
perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan.
Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah
laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan
juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting
yang perlu diambil perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu
disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan
hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas.
Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks
semula jadi. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan
tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa
kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal. Terdapat
beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai Semak
iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu, orang yang tidak mahir dan
menilai juga dapat menggunakannya dengan selesa. Ianya dapat digunakan di
hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan hanya mengingati
tingkah laku yang sudah diperlihatkan. Selain itu, dengan menggunakan Senarai
Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada
satu masa. Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam merancang
kurikulum untuk kanak-kanak.
Di sebalik kebaikan-kebaikan yang telah dinyatakan, terdapat juga beberapa
kelemahan penggunaan Senarai Semak. Di antaranya adalah ianya mengandungi
kurang informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan
tingkah laku atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian
menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah laku
tertentu shaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas
pandang daripada melihat dan memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan.
Selain itu juga, data atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku
yang dipamerkan oleh kanak-kanak sahaja.
Rekod Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan
dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai kemahiran atau amalan
murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau
gred. Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan
penggunaan Skala Kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua
tunjang.
Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau
tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod
Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di
mana sesuatu peristiwa itu berlaku. Antara perkara-perkara yang perlu
dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah membuat pemerhatian
terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan
kepada aspek perkembangan
murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu
peristiwa berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif. Dalam Rekod
Anekdot, maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang
menggambarkan
tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran
menyelesaikan masalah murid.
Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau
"narrative" yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya
sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat
sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam
tempoh tiga hingga lapan minit dan ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh
lebih lama iaitu sekitar dua puluh lima minit sehingga tiga puluh minit.
Prosedur –prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah
pertamanya guru perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan.
Seterusnya, item yang akan difokuskan semasa pemerhatian perlu dipastikan.
Langkah ketiga adalah dengan merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara
terperinci. Rekod yang dicatat hendaklah tepat dan padat. Prosedur terakhir perlu
diambil perhatian adalah mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut
urutan.
Antara kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat
memberi gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh
yang ditetapkan (Surayah dan Haslinda, 2009). Yang keduanya, Rekod Berterusan
yang turut dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek
perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga,
kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan
dalam apa jua situasi dan tujuan.
Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah ia
dapat menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu
juga, penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana seseorang gruru
itu perlu memberi lebih tumpuan pada proses perekodan.