PERBEZAAN DAN PERSAMAAN BENTUK DAN STANDARD PENTAKSIRAN.docx

8
PERBEZAAN DAN PERSAMAAN BENTUK DAN STANDARD PENTAKSIRAN BENTUK PENTAKSIRAN STANDARD PENTAKSIRAN Definisi Bentuk adalah sesuatu yang direka, manakala pentaksiran merupakan proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, menilai dan menginterprestasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu Amalan pentaksiran yang perlu dirujuk untuk menentukan kaedah pentaksiran yang digunakan mematuhi standard yang sebenar Merancang pentaksir an Melibatkan fokus utama yang hendak dikaji dan mengenalpasti latar belakang kanak-kanak, tempat kajian dan aspek yang hendak dikaji berdasarkan 6 perkembangan. Standard 1 pentaksiran juga menjelaskan pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran yang ditetapkan dan sepertimana standard ke 2 iaitu pentaksiran harus dijalankan ke atas pengetahuan,

Transcript of PERBEZAAN DAN PERSAMAAN BENTUK DAN STANDARD PENTAKSIRAN.docx

Page 1: PERBEZAAN DAN PERSAMAAN BENTUK DAN STANDARD PENTAKSIRAN.docx

PERBEZAAN DAN PERSAMAAN BENTUK DAN STANDARD PENTAKSIRAN

BENTUK PENTAKSIRAN STANDARD PENTAKSIRAN

Definisi Bentuk adalah sesuatu yang direka,

manakala pentaksiran merupakan

proses pembelajaran yang

merangkumi aktiviti menghurai,

mengumpul, menilai dan

menginterprestasi maklumat

tentang hasil pembelajaran

seseorang pelajar bagi tujuan

tertentu

Amalan pentaksiran yang

perlu dirujuk untuk

menentukan kaedah

pentaksiran yang digunakan

mematuhi standard yang

sebenar

Merancang

pentaksiran

Melibatkan fokus utama yang

hendak dikaji dan mengenalpasti

latar belakang kanak-kanak, tempat

kajian dan aspek yang hendak

dikaji berdasarkan 6

perkembangan.

Standard 1 pentaksiran juga

menjelaskan pentaksiran

harus dijalankan konsisten

dengan tujuan pentaksiran

yang ditetapkan dan

sepertimana standard ke 2

iaitu pentaksiran harus

dijalankan ke atas

pengetahuan, kemahiran dan

sikap yng dirangkumi dalam

kurikulum PERMATA dan

KSPK

Membina

instrument

kajian

Alat kajian yang digunakan adalah

untuk mengumpul data adalah

i) Pemerhatian

ii) Analisis Dokumen

iii) Temubual

iv) Soal selidik

Standard 3 : Pentaksiran

dijalankan secara berterusan

. Kaedah pemerhatian

kanak-kanak formal dan tidak

formal. Pentaksiran

pendidikan awal kanak-

kanak tidak boleh dilakukan

Page 2: PERBEZAAN DAN PERSAMAAN BENTUK DAN STANDARD PENTAKSIRAN.docx

dengan ujian.

Merekod,

menyimpan

data

Merekod boleh menggunakan alat

seperti

i) Senarai Semak

ii) Skala Kadar

iii) Rekod Anekdot

iv) Rekod Berterusan

Menyimpan didalam Portfolio dan

rakaman, photo dan

v) Standard 4 : Kaedah

pentaksiran harus sah

dan sahih, sesuai

dengan

perkembangan kanak-

kanak dan berasaskan

kaedah saintifik .

i) Senarai Semak

ii) Skala Kadar

iii) Rekod Anekdot

iv) Rekod Berterusan

Menganalisi

s dan

melaporkan

Setiap data yang direkod akan

dianalisis dan Segala data yang

direkod menggunakan senarai

semak, skala kadar, rekod anekdot,

atau rekod berterusan perlu

ditafsirkan untuk membolehkan

guru membuat rumusan mengenai

murid dan melaporkan kepada

ibubapa, guru dan sama ada perlu

merujuk kepada Pakar

Seterusnya pentaksiran

harus dijalankan dengan

penuh etika, hak asasi

kanak-kanak perlu dipatuhi.

Tindakan

Susulan

Tindakan susulan adalah meberi

pengukuhan dan peneguhan

keatas kanak-kanak yang telah

mencapai perkembangan dan

Standard pentaksiran kelima:

Hasil pentaksiran digunakan

untuk merancang tindakan

susulan demi meningkatkan

Page 3: PERBEZAAN DAN PERSAMAAN BENTUK DAN STANDARD PENTAKSIRAN.docx

pemulihan kepada kanak-kanak

yang belum mencapai tahap

perkembanga.

mutu pengajaran dan

pembelajaran dan untuk

membantu pengajaran.

Kesimpulan yang didapati ialah berdasarkan jadual diatas persamaan didapati

dalam bentuk dan standard pentaksiran yang digunakan adalah bagaimana kaedah

pemerhatian digunakan dan perbezaan alat instrument yang digunakan dalam

merekod pentaksiran tersebut.

Segala maklumat yang diperolehi hasil daripada proses pentaksiran dan

penilaian perkembangan kanak-kanak perlulah dicatat dan direkod dengan jelas dan

sistematik. Terdapat beberapa teknik merekod maklumat yang diperoleh secara

sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid

iaitu dengan menggunakan Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan juga

Rekod Berterusan.

Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti

perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan.

Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah

laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan

juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting

yang perlu diambil perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian

dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu

disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan

hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas.

Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks

semula jadi. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.

Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan

tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa

kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal. Terdapat

beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai Semak

iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu, orang yang tidak mahir dan

Page 4: PERBEZAAN DAN PERSAMAAN BENTUK DAN STANDARD PENTAKSIRAN.docx

menilai juga dapat menggunakannya dengan selesa. Ianya dapat digunakan di

hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan hanya mengingati

tingkah laku yang sudah diperlihatkan. Selain itu, dengan menggunakan Senarai

Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada

satu masa. Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam merancang

kurikulum untuk kanak-kanak.

Di sebalik kebaikan-kebaikan yang telah dinyatakan, terdapat juga beberapa

kelemahan penggunaan Senarai Semak. Di antaranya adalah ianya mengandungi

kurang informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan

tingkah laku atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian

menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah laku

tertentu shaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas

pandang daripada melihat dan memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan.

Selain itu juga, data atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku

yang dipamerkan oleh kanak-kanak sahaja.

Rekod Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan

dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai kemahiran atau amalan

murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau

gred. Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan

penggunaan Skala Kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua

tunjang.

Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau

tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod

Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di

mana sesuatu peristiwa itu berlaku. Antara perkara-perkara yang perlu

dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah membuat pemerhatian

terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan

kepada aspek perkembangan

murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu

peristiwa berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif. Dalam Rekod

Anekdot, maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang

Page 5: PERBEZAAN DAN PERSAMAAN BENTUK DAN STANDARD PENTAKSIRAN.docx

menggambarkan

tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran

menyelesaikan masalah murid.

Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau

"narrative" yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya

sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat

sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam

tempoh tiga hingga lapan minit dan ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh

lebih lama iaitu sekitar dua puluh lima minit sehingga tiga puluh minit.

Prosedur –prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah

pertamanya guru perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan.

Seterusnya, item yang akan difokuskan semasa pemerhatian perlu dipastikan.

Langkah ketiga adalah dengan merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara

terperinci. Rekod yang dicatat hendaklah tepat dan padat. Prosedur terakhir perlu

diambil perhatian adalah mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut

urutan.

Antara kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat

memberi gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh

yang ditetapkan (Surayah dan Haslinda, 2009). Yang keduanya, Rekod Berterusan

yang turut dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek

perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga,

kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan

dalam apa jua situasi dan tujuan.

Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah ia

dapat menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu

juga, penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana seseorang gruru

itu perlu memberi lebih tumpuan pada proses perekodan.