Post on 19-Jan-2017
SA/TU/2012
TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL.8/2013
____________________________________
OGOS 2013 (SELASA)
DATARAN KIMIA
IBU PEJABAT
JABATAN KIMIA MALAYSIA
Terima kasih saudara dan saudari Pengacara
Majlis,
2
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam
1Kimia.
Yang Berusaha En. Chang Hon Fong
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Yang Berusaha Tuan Haji Ismail bin Talib
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Pengarah-Pengarah Bahagian,
Pegawai-pegawai kanan Jabatan,
Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja
Jabatan Kimia sekalian.
MUKADIMAH
3
1. Syukur alhamdulillah kerana sekali lagi
kita dapat berkumpul pada pagi ini, bagi
menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan bil
8/2013. Terima kasih, tahniah dan syabas saya
ucapkan kepada semua yang hadir. Terlebih
dahulu saya merakamkan penghargaan
kepada Pengarah dan para pegawai serta
semua kakitangan Bahagian Pembangunan
dan Maklumat Teknologi (PMT) yang
menganjurkan majlis perhimpunan pada kali
ini.
2. Saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan selamat hari Raya Hari
Raya Aidul Fitri dan Salam Kemerdekaan ke-
4
56 kepada semua warga KIMIA Malaysia.
Setelah bercuti panjang bersama keluarga
tercinta, bila pulang bekerja, diharapkan
semoga kita bersemangat untuk kembali
menjalankan tugas demi KIMIA Malaysia.
Syawal 1432H
Warga KIMIA Malaysia yang dikasihi sekalian.
3. Ketibaan Syawal bererti membawa
kemenangan bagi kita setelah berjaya
menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan.
Ia merupakan lambang kemenangan umat
Islam hasil dari "peperangan" menentang
5
musuh dalam jiwa yang terbesar, yaitu hawa
nafsu.
4. Firman Allah SWT,
"Dan agar kamu membesarkan Allah atas apa-
apa yang telah Ia memberi petunjuk kepada
kamu, dan agar kamu bersyukur atas nikmat-
nikmat yang telah diberikan" (Surah Al-
Baqarah: 185).
5. Dibandingkan dengan bulan-bulan lain,
pada bulan inilah umat Islam sangat banyak
melakukan amalan silaturahim dengan
berkunjung ke kampung halaman, saling
bermaafan dengan saudara-mara, teman atau
6
jiran tetangga, dan sebagainya. Betapa Syawal
menjadi bulan yang penuh barakah, rahmat,
dan ampunan Allah kerana umat Islam
menguatkan tali silaturahim dan ukhuwah
Islamiyah.
Sunat Puasa Enam
6. Puasa enam hari pada bulan Syawal
selepas mengerjakan puasa di bulan
Ramadhan adalah amalan sunnat yang
dianjurkan bukan wajib. Banyak sekali
keutamaan dan pahala yang besar bagi puasa
ini. Diantaranya, barangsiapa yang
mengerjakannya nescaya dituliskan baginya
puasa satu tahun penuh (jika ia berpuasa pada
7
bulan Ramadhan). Sebagaimana diriwayatkan
dalam sebuah hadits shahih dari Abu Ayyub
Radhiyallahu 'Anhu bahawa Rasulullah
Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan
lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan
Syawal, berarti ia telah berpuasa setahun
penuh."
(H.R Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-
Nasa'i dan Ibnu Majah)
Hadirin sekalian,
PROGRAM KIMIA KE DESA ANJURAN JKM
7. Menyusuri permulaan kepada program
Kimia ke Desa ini, ia telah bermula pada 19
8
Mei yang lalu dimana JKM Cawangan Melaka
telah menganjurkan program “Kimia ke Desa”
yang pertama. Matlamat utama yang ingin
dicapai dengan pelaksanaan program ini ialah
untuk memupuk minat dalam sains dan inovasi
di kalangan masyarakat desa, terutama
golongan belia dan pelajar. Melalui program ini
juga, peranan Jabatan Kimia Malaysia diharap
dapat difahami dengan lebih dekat dan
mendalam oleh masyarakat. Di samping itu,
dalam proses pelaksanaan program ini, sudah
tentu memberi peluang kepada pelbagai pihak
untuk berinteraksi, berkenalan dan
mengeratkan lagi hubungan. Ia juga selaras
dengan saranan penjawat awam turun padang
9
dan mendekati masyarakat, serta memahami
keadaan di desa, agar perkhidmatan jabatan
dapat dipertingkatkan dan memberi manfaat
kepada masyarakat dengan lebih berkesan.
8. Saya ingin merakamkan ucapan
penghargaan dan tahniah/ kepada seluruh
tenaga kerja Jabatan Kimia Malaysia
Cawangan Melaka, JKMC Sabah dan JKMC
Sibu kerana telah berjaya mengajurkan
Program Galakan Sains Dan Inovasi : Kimia
Ke Desa yang telah berlangsung pada 19 Mei
di Asahan, Melaka; 22 Jun di Kota Belud,
Sabah dan baru baru ini iaitu pada 6 Julai 2013
di Saratok, Sarawak. Syabas dan terima kasih
10
kepada semua atas usaha gigih bagi
merealisasikan satu lagi program masyarakat
yang diambil inisiatif oleh Kimia Malaysia.
Mengikut perancangan, program ini
dijadualkan untuk dijalankan di empat zon di
seluruh Negara, dengan peruntukan
RM100,000 dari MOSTI. Dan sehingga ke
peringkat ketiga ini, Alhamdulillah, sambutan
dan penerimaan orang ramai diatas
penganjuran ini sangat hebat dan sungguh
bermakna. Syabas kepada penganjur-
penganjur ini.
Hadirin sekalian,
11
Audit MS ISO 9001:2008
9. Satu audit pensijilan semula MS ISO
9001:2008 telah dijalankan oleh SIRIM QAS di
Makmal-makmal cawangan Pulau Pinang,
Terengganu, Johor, Sibu, Melaka dan Ibu
Pejabat pada sepanjang bulan Julai yang lalu.
Hasil daripada audit tersebut, hanya satu
ketidakpatuhan (minor NCR) dilaporkan oleh
juruaudit iaitu requirement 7.6: control of
monitoring and measuring equipment
dimana terdapat peralatan dibeberapa lokasi di
Jabatan Kimia tidak dikalibrasi mengikut
ketetapan yang telah ditentukan. Di sini, saya
ingin mengucapkan syabas kepada semua
12
warga Kimia yang telah memberi kerjasama
sebelum dan semasa proses pengauditan ini.
The maintenance of the Quality System should
be ongoing all the time and should be a daily
routine.
10. Saya gembira, Kimia Malaysia kini telah
menjadi sebuah Jabatan rujukan oleh agensi-
agensi yang ingin melaksanakan sistem
pengurusan baik pengurusan kualiti mahupun
pengurusan keselamatan & kesihatan
pekerjaan. Saya harap, sistem pengurusan
kualiti MS ISO 9001:2008, MS ISO/IEC
17025:2005, sistem ASCLD/LAB dan OSH
13
Jabatan dapat terus dimantapkan demi
kecemerlangan perkhidmatan Kimia Malaysia.
Hadirin sekalian,
Kursus-kursus anjuran Jabatan
11. Sebagai makluman, satu kursus
pemantapan peralatan bagi penolong pegawai
sanis dan pembantu makmal akan diadakan
pada 19-29 Ogos 2013 bertempat di Pusat
Latihan Kimia Malaysia, Melaka (PLKM).
Selain itu juga bengkel ‘Writing Science for
Easy Communication’ akan diadakan pada 25-
28 Ogos 2013 bertempat di Selesa Resort,
Bukit Tinggi, Pahang anjuran Bahagian
14
Penyelidikan dan Jaminan Kualiti (PJK) akan
turut diadakan.
Hadirin Sekalian
Sambutan Merdeka ke-56
12. Kita akan menyambut Hari kemerdekaan
Negara yang ke 56 pada 31 Ogos ini. Setelah
56 tahun, kemerdekaan yang dikecapi
bermakna kita bebas bukan sekadar daripada
penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual
dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati
ialah membebaskan diri daripada cengkaman
kuasa asing seterusnya berusaha bangkit
sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik
untuk memperolehi kemerdekaan perlu
15
didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan
untuk mempercepatkan proses pembangunan
negara. Menjadi tanggungjawab rakyat
generasi baru hari ini untuk mengenang dan
menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada
hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu
pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki
dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa
ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru
sahaja diperolehi amat rapuh.
13. Tema Sambutan Kemerdekaan ke 56
pada tahun ini adalah “Malaysiaku Berdaulat,
Tanah Tumpahnya Darahku” di mana tema
yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri ini
16
dipilih kerana ianya lebih bersifat perpaduan
dan berorientasikan kepada patriotik dan
kesatuan negara bangsa. Ia juga dipilih bagi
mengingatkan rakyat kepentingan bersatu
demi mempertahankan negara di samping
mewujudkan kesedaran rasa sayang dan
cintakan Negara. Selaras dengan pendekatan
tema ini, konsep sambutan pada tahun ini akan
lebih menjurus kepada elemen-elemen
perpaduan, patriotik, kedaulatan dan
keselamatan negara.
14. Insiden pencerobohan Lahad Datu dan
Semporna di Sabah menjadi iktibar terbaik
dalam memperbaiki teras utama selaras
17
dengan tema yang dipilih dimana ianya
berorientasikan kepada kepada elemen-
elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan
keselamatan negara. Bagi menghayati
semangat kemerdekaan ini, saya ingin
menyeru kepada kepada semua warga kimia
agar menghayati tema yang telah diberikan
sempena dengan sambutan kemerdekaan
pada tahun ini, disamping mengibarkan jalur
gemilang tidak kiralah di kenderaan tuan/puan
sekalian mahupun dirumah. Sebagai
makluman. pada 16 Ogos yang lalu, saya telah
menghadiri Majlis Pelancaran Kibar Jalur
Gemilang sempena Sambutan Hari
Kemerdekaan ke-56 peringkat kebangsaan
18
Tahun 2013 bertempat di Dataran Zero
Kilometer, Jam Besar Sungai Petani, Kedah
Darul Aman. Menyelami erti kemerdekaan ini
dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa
akan menyedarkan seluruh rakyat betapa
perjuangan kemerdekaan tidak pernah
terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi
pemangkin kepada generasi baru negara untuk
meneruskan kecemerlangan yang telah
dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu
menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha
gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.
19
Minggu OSH Jabatan
Tuan/tuan dan puan/puan,
Salah satu acara tahunan Jabatan adalah
Minggu OSH yang akan dianjurkan oleh Unit
OSH, Bahagian IKTD pada 2 hingga 6
September 2013. Antara program-program
yang dirancang adalah ceramah kesihatan dan
keselamatan, kempen derma darah,
pemeriksaan kesihatan dan lain-lain aktiviti
yang berkaitan dengan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan. Program lengkap akan
dikeluarkan nanti dan warga Kimia semua di
galakkan mengambil kesempatan untuk
menyertai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.
20
Hadirin Sekalian
Sambutan Hari Raya JKM 2013
15. Jabatan akan menganjurkan sambutan
Hari Raya 2013 pada 29 Ogos 2013
(Khamis). Tema yang dipilih adalah ‘Warna-
Warni’. Adalah menjadi harapan saya agar
sambutan hari raya yang akan disambut kelak
akan memberi peluang kepada semua warga
KIMIA MALAYSIA untuk merapatkan
silaturrahim sambil menikmati juadah yang
disediakan. Secara tidak langsung, ia dapat
mewujudkan semangat kekeluargaan dan
mengukuhkan perpaduan sesama kita. Ia
juga memberi kesempatan kepada kita untuk
saling bermaaf-maafan dan juga
21
mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia
terjalin. Walaupun semangat kekeluargaan di
tempat kerja tidak setebal pertalian keluarga
sendiri, ia tidak kurang pentingnya dalam
menentukan keharmonian sesebuah
organisasi dan seterusnya negara. Sebagai
sebuah negara yang mempunyai pelbagai
bangsa dan kaum, kita seharusnya
mengamalkan sikap muafakat dan
berkerjasama di antara satu sama lain bagi
menyumbangkan kepada pembangunan
negara dan seterusnya membawa kepada
kebaikan bersama. Bak kata pepatah
‘MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.
22
PENUTUP
16. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya
pada pagi ini, saya mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan Selamat Hari Raya
Aidilfitri kepada semua warga KIMIA
MALAYSIA sekalian.
Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.,
Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
23
Bermaaf-maafan sesama kita.
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
17. Dengan kata-kata itu tadi, saya akhiri
dengan, Wabillahittaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.