PERIBAHASA MELAYU

Post on 05-Dec-2015

253 views 4 download

description

Bahasa Melayu

Transcript of PERIBAHASA MELAYU

Seperti katak di bawah tempurung - amat cetek/sedikit pengetahuannya

Seperti embun di hujung rumput - Kasih sayang yang cepat hilang.

Mencurah air ke daun keladi - Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.

Sudah jatuh di timpa tangga - Berturut-turut mendapat kesusahan.

Orang mengantuk disorongkan bantal - Memperoleh apa yang diingininya.

Seperti ayam berak kapur - Rupa pucat kerana menghidap penyakit.

Nasi sudah menjadi bubur - Perkara yang sudah dilakukan, tak dapat diubah lagi.

Indah khabar dari rupa - Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya

Ada gula, ada semut - Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.

Bagai harimau beranak muda - Orang perempuan yang terlalu bengis.

Maksud peribahasa - peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa juga merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.