Post on 31-Dec-2016
KURSUS PEMANTAPAN
PENGURUSAN KEWANGAN
• Pengurusan Bayaran (Kerja &
Perkhidmatan Fasiliti
• Perubahan Kerja/Perubahan Kontrak
• Denda
By :
Fauziah Bachik (Bah. Dasar Operasi Konvensional, PPII)
17 Ogos 2016
Jenis-Jenis Bayaran
Bayaran Pendahuluan (Advance Payment)
Bayaran Kemajuan/Interim/Bulanan
Bayaran Akhir/Bayaran Muktamad
Bayaran Pendahuluan
Bayaran Pendahuluan (Syarat & Jenis Kontrak):
Dibenarkan dan boleh diberi kepada kontraktor tempatan
sahaja
Tidak terpakai kepada Kontrak Pusat (Central Contract)
Tidak terpakai untuk perkhidmatan perunding
Kaedah Kewangan
1. Semua Bayaran Pendahuluan hendaklah dicajkan terus
kepada Vot projek berkenaan.
2. Akaun subsidiari pendahuluan kontraktor hendaklah
diselenggarakan bagi mengakaun Bayaran Pendahuluan
yang telah diselaraskan melalui pembayaran balik yang
dibuat.
Nilai Bayaran Pendahuluan
Kontrak Bekalan : 25% daripada Nilai
Kontrak atau maksimum RM10 juta
mengikut mana yang lebih rendah
Kontrak Perkhidmatan : 15% daripada
Nilai Kontrak atau maksimum RM5 juta
mengikut mana yang lebih rendah
Kontrak Kerja : 25% dari Nilai Kerja
Pembina (Builder’s Work) atau maksimum
RM10 juta mengikut mana yang terendah
Syarat-Syarat Bayaran
Pendahuluan Kontraktor hendaklah mengemukakan permohonan tidak lewat daripada tiga (3) bulan selepas Serah/Milik Tapak.
Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi:
(a) Surat Setuju Terima telah ditandatangani dan dikembalikan;
(b) Bon Pelaksanaan telah dikemukakan;
(c) Polisi-polisi insurans seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat kontrak telah dikemukakan; dan
(d) Jaminan bagi bayaran pendahuluan telah dikemukakan. (Tempoh Jaminan : Tempoh Kontrak + 12 Bulan)
Bayaran Balik Pendahuluan
Dibuat melalui potongan terhadap Bayaran Kemajuan/Interim
Pemotongan hendaklah selesai dibuat selewat-lewatnya kemajuan kerja/bekalan/ perkhidmatan disempurnakan/disiapkan pada tahap 75%
UiTM/Pegawai Penguasa hendaklah sentiasa memantau dan mengawasi kemajuan pelaksanaan sesuatu kontrak untuk menentukan sekiranya pihak kontraktor gagal, Bayaran Pendahuluan yang belum dibayar balik dapat dituntut daripada bank/syarikat kewangan/syarikat insurans/syarikat takaful yang mengeluarkan Jaminan tersebut
Bayaran
Kemajuan/Interim/Bulanan
Kontrak Kerja :
- Arahan Bayaran & Semakan Bayaran
- Perakuan Bayaran (Borang JKR 66–Pin. 3/99)
- Dokumen sokongan
Kontrak Perkhidmatan :
- Arahan Bayaran & Semakan Bayaran
- Borang GRN (Pengesahan Kerja oleh PTJ)
- Inbois kontraktor
- Dokumen sokongan
Bayaran
Kemajuan/Interim/Bulanan Selepas Surat Setuju Terima dikeluarkan tetapi Perjanjian Kontrak BELUM ditandatangani
Boleh dibayar sehingga 3 bayaran dalam tempoh 4 bulan pertama sahaja.
Syarat-syarat berikut perlu dipenuhi:
(a) Surat Setuju Terima telah ditandatangani dan dikembalikan;
(b) Bon Pelaksanaan telah dikemukakan;
(c) Polisi-polisi insurans seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat kontrak telah dikemukakan; dan
Penting: Bayaran seterusnya akan hanya dibuat selepas perjanjian kontrak ditandatangani
Bayaran
Kemajuan/Interim/Bulanan Bayaran hanya akan dibayar selepas
Pegawai Penguasa atau pegawai lain yg
telah diberi kuasa berpuas hati bahawa
kontraktor telah melaksanakan kerjanya
dengan baik dan telah mencapai tahap
kemajuan kerja yang setimpal seperti
mana disyaratkan dalam Dokumen
Kontrak
Bayaran Akhir/Bayaran
Muktamad KONTRAK KERJA :
Perlu diselesaikan 3 bulan selepas tamat tempoh membaiki kecacatan atau 3 bulan selepas perakuan siap memperbaiki kecacatan (CMGD) dikeluarkan yang mana terkemudian
Kontraktor mesti kemukakan semua tuntutan disertakan dengan bukti / inbois / bil dan dokumen sokongan
Kontraktor mesti menyertakan Akuan Statutori atau perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Buruh bahawa semua pekerja telah dibayar termsuk caruman KWSP atau Perkeso
Bayaran Akhir/Bayaran
Muktamad KONTRAK KERJA :
Boleh dikeluarkan tanpa menunggu tamat tempoh tanggungan kecacatan kerana Bon Pelaksanaan masih sah untuk membolehkan kerja memperbaiki kecacatan dibayar dari tuntutan Bon Perlaksanaan
Mendapatkan tanda tangan kontraktor sebelum Pegawai Penguasa diluluskan bukan sebahagian dari syarat-syarat kontrak. Sekiranya kontraktor enggan tandatangan Perakuan Bayaran Akhir/Muktamad, bayaran akan teruskan tanpa tanda tangan kontraktor
Bayaran Akhir/Bayaran
Muktamad KONTRAK PERKHIDMATAN :
Bayaran akhir akan dibuat pada bulan terakhir di dalam tempoh perjanjian dan/atau sehingga nilai terakhir Jumlah Harga Kontrak dibelanjakan dan/atau mana-mana yang terdahulu.
Ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut dikemukakan oleh kontraktor:
a) Akuan Statutori
b) Pemulangan Pas Keselamatan Pekerja
Perubahan Kerja KONTRAK KERJA (Sebutharga)
Jk Sebutharga boleh meluluskan jumlah perubahan terkumpul tidak melebihi 20% daripada jumlah kontrak atau tidak melebihi RM100,000 mengikut mana yang terendah
KONTRAK KERJA (Tender)
JPeP/N boleh meluluskan perubahan kerja bagi harga asal kontrak melebihi RM500,000 sehingga RM10juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 10% daripada nilai kontrak ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM10 juta jumlah perubahan terkumpul tidak melebihi 20% daripada jumlah kontrak atau jumlah perubahan kerja yang dicadangkan tidak melebihi RM1 juta
Lembaga Tender boleh meluluskan perubahan kerja bagi harga asal kontrak melebihi RM10 juta sehingga RM20 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 20% daripada nilai kontrak ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM20 juta jumlah perubahan terkumpul tidak melebihi RM4 juta
Selain dari di atas, kelulusan adalah dari MOF
Perubahan Kerja
KONTRAK PERKHIDMATAN (Sebutharga)
Jk Sebutharga boleh meluluskan nilai tambahan tidak melebihi 50% daripada kontrak asal tertakluk kepada nilai maksimum RM250,000 dengan syarat jumlah tambahan ini dan nilai kontrak asal tidak melebihi RM750,000
KONTRAK PERKHIDMATAN (Tender)
Lembaga Tender boleh meluluskan nilai tambahan tidak melebihi 50% daripada kontrak asal tertakluk kepada nilai maksimum RM7.5 juta dengan syarat jumlah tambahan ini dan nilai kontrak asal tidak melebihi RM25 juta
Selain dari di atas, kelulusan adalah dari MOF
DENDA KELEWATAN
Satu denda / gantirugi yang dikenakan kepada Kontraktor / Pembekal yang gagal memenuhi sesuatu obligasi kontrak yang telah ditetapkan dalam kontrak akibat kelewatan
Kontrak Kerja :
Perakuan Kerja Tidak Siap dikeluarkan denda Liquidated And Ascertain Damages (LAD) akan dikenakan
DENDA KELEWATAN
Kontrak Kerja:
Pengiraan Denda LAD
10% / 365 hari = 0.0273%
0.0273% x Harga Kontrak (termasuk GST)
= Kadar Denda Sehari
Nilai denda ini dinyatakan di dalam Syarat-syarat Kontrak dan Surat Setuju Terima
Kontrak Perkhidmatan :
5% dari nilai perkhidmatan/barang bagi
hari pertama kelewatan
DAN; Tambahan 1% bagi kelewatan hari
berikutnya sehingga tarikh serahan
disempurnakan
Denda dikenakan sehingga maksimum
100%
DENDA KELEWATAN
Sekian Terima Kasih