Post on 02-Jun-2018
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
1/24
1
HURAIKAN KEBERKESANAN LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN DAN
MASYARAKAT DALAM USAHA MEMELIHARA PERPADUAN KAUM DI
NEGARA INI
1.0 Pengenalan
Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda
kerajaan yang paling penting kerana perasaab prasangka antara kaum boleh
menghancurkan perpaduan yang sedia wujud. Menyedari hakikat dan kepentingan
mengekalkan perpaduan, maka pelbagai langkah perlu dijalankan bagi
memastikannya berterusan. Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam
kalangan masyarakat majmuk adalah untuk mengekalkan keharmonian danmengelakkan perselisihan faham antara satu sama lain. Penduduk Malaysia yang
terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana
adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.
Amalan nilai murni ini yang menjadi tunjang kekuatan bagi sesebuah negara.
Perkara ini dapat mengelak berlakunya perselisihan atau persengketaan seperti
kejadian dalam sejarah hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1969. Rusuhan kaum
yang berlaku tidak memberi apa-apa keuntungan malah membawa banyakkemudaratan terhadap masyarakat dan negara lebih-lebih lagi dalam aspek ekonomi,
politik dan sosial.
Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa
pembangunan negara. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi
dan hidup bersatu-padu memangkinkan usaha untuk memajukan negara dalam
segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Pembangunan
pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan
seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat
sukarlah kerajaan mengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara
akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan.
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
2/24
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
3/24
3
Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) :
Intergrasi national adalah satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok
dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. Intergrasi ini merupakan harapan
kebanyakan masyarakat, terutama sekali masyarakat majmuk di Malaysia.
Sepertimana yang kita ketahui, sesebuah negara yang bebas, merdeka dan
berdaulat amat mementingkan perpaduan di kalangan rakyatnya .
Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006)
Rajah 2
Pendidikan yang terdapat di Malaysia mempunyai hubungkait serta pertalian
yang erat bagi memastikan negara kita dapat mencapai matlamat Wawasan 2020.Di samping itu juga, pendidikan juga memainkan peranan yang penting yang bukan
sahaja bertujuan memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan
perpaduan antara kaum. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan
kaum begitu signifikan untuk menyumbang ke arah mencapai matlamat Wawasan
2020 untuk menjadi sebuah negara majuyang mengikut acuan sendiri.
Perpaduan atau solidarity dapat didefinisikan sebagai satu proses yangmenyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan juga nilai bersama serta menanam
perasaan cinta dan bangga akan tanah air mereka sendiri. Di samping itu juga,
Kamus Dewan 1994 mentakrifkan perpaduan sebagai penggabungan, peleburan,
persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat
dan sebagainya.
Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa integrasi nasional bermaksud proses
menyatupadukan masyarakat pelbagai kumpulan kaum yang mempunyai perbezaan
kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti
nasional. Integrasi nasional Malaysia adalah bertujuan untuk mewujudkan kerjasama
dan keharmonian antara penduduk di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah
dan Sarawak. Ia bertujuan untuk menyatupadukan rakyat di seluruh negara dalam
satu kesatuan yang rapat dan harmoni .
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
4/24
4
Keadaan ini telah menunjukkan betapa pentingnya untuk mewujudkan
semangat perpaduan dan intergrasi nasional dalam konteks Malaysia. Maka,
kerajaan Malaysia dan masyarakat Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha dan
strategi untuk memastikan usaha bagi mencapai perpaduan dan intergrasi nasional
tercapai untuk membantu Malaysia menjadi sebuah negara aman dan maju.
2.0 Usaha Dan Strategi Kerajaan Dalam Memelihara Perpaduan Kaum
Perpaduan negara merupakan matlamat yang amat penting bagi semua
negara bebas, merdeka dan berdaulat. Ia adalah satu jaminan yang terpenting bagi
keutuhan nergara dan pentadbirannya. Negara kita iaitu Malaysia merupakan
sebuah negara yang kompleks, bukan sahaja daripada struktur pemerintahannya
tetapi juga dari segi penduduknya yang terdiri dari pelbagai kaum. Maka kerajaan
Malaysia telah melaksanakan beberapa usaha dan strategi untuk mewujudkan
perpaduan kaum di dalam negara. Usaha dan strategi kerajaan Malaysia untuk
mewujudkan perpaduan kaum di dalam negara dibahagikan kepada lima bahagian
utama iaitu:
I. PolitikII. Ekonomi
III. Sosial
IV. Pendidikan
V. Kebudayaan
I. Politik
Sebagai sebuah negara persekutuan, Malaysia mempunyai penduduk yangterdiri dari pelbagai kaum dan kumpulan etnik yang berbeza dari segi agama,
pekerjaan, kebudayaan dan juga kepentingan-kepentingan lain. Oleh itu,tugas
utama kerajaan kita ialah mewujudkan satu suasana politik yang stabil supaya
masyarakat majmuk di negara ini dapat hidup aman dan tenteram.
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
5/24
5
Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006):
satu cara unt ik mewujudkan perpaduan pol i t ik negara adalah menerusi
kon sensus a tau persetujuan. In i bermakn a kerajaan yang m emerintah diber i
kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat melalui pilihan raya .
Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006)
Rajah 3
Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam bidang politik untuk
menggalakkan perpaduan negara adalah berlandaskan peruntukan-peruntukan yang
terdapat dalam Perlembagaan iaitu :
Sistem kerajaan Berpersekutuan
Demokrasi Berparlimen
Kedudukan raja-raja Melayu
Bahasa kebangsaan
Hak mengamalkan agama masing-masing
Hak asasi rakyat Malaysia
Kedudukan Istimewa Kaum Bumiputera dan pribumi
Pembahagian kuasa dan tanggungjawab antara Kerajaan Persekutuan
dengan kerajaan negeri
Dalam Kerajaan Demokrasi Berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih
pemerintah negara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti
politik yang memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah
negara.
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
6/24
6
Menurut Wong Khek Seng et.al (2002) :
Malaysia adalah sebu ah kera jaan yang m engam alkan demok ras i berpar l imen.
Perkara utama m engapa Malaysia meng amalkan demo kras i berpar l imen adalah
galakan Bri t i sh semasa memberi kemerdekaan, Malaysia terdi r i dar ipada
pe lbagai kaum dan s i s t em in i m ember i pe luang d a lam penganu tan agama o leh
k a u m - kaum tertentu.
Wong Khek Seng et.al (2002)
Rajah 4
Di sini, parti politik Barisan Nasional menjadi pemerintah kerana memenangimajoriti kerusi yang dipertandingkan. Keadaan ini berlaku kerana Barisan Nasional
adalah satu parti politik yang terdiri daripada gabungan UMNO wakil Melayu, MCA
wakil Cina dan MIC wakil India yang melambangkan perpaduan antara tiga parti-
parti etnik di Malaysia. Parti Barisan Nasional yang mewakili pelbagai kaum ini telah
melambangkan wujudnya perpaduan dan intergasi nasional dalam kalangan
pemimpin kerana mereka akan mendengar suara rakyat dari pelbagai kaum dan
bukannya satu kaum. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang terdiri daripadapelbagai kaum ini telah memberi peluang kepada semua kaum menjalankan
pemerintahan. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa tidak wujud diskrimasi kaum
dalam konteks politik Malaysia kerana terdapat perwakilan daripada semua kaum
dalam Barisan Nasional.
Parti-parti kaum yang mewakili kaum masing-masing dalam Barisan Nasional
akan bekerjasama untuk membangunkan negara secara langsung akan
mewujudkan perpaduan politik diantara mereka. Pada masa kini, Barisan National
bukan lagi hanya diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC tetapi terdapat banyak lagi
parti politik kaum lain yang pada masa dahulu yang menjadi pembangkang telah
bergabung bersama untuk memerintah Malaysia. Penggabungan parti-parti politik ini
menimbulkan semangat perpaduan politik di bawah satu ideologi yang sama
walaupun terdiri daripada pelbagai kaum serta menggalakkan kerjasama, interaksi
dan saling tolak ansur sesama ahli.
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
7/24
7
Langkah-langkah keselamatan dan undang-undang juga memainkan peranan
penting dalam mengawal dan mencegah pertubuhan-pertubuhan yang
memperjuangkan kepentingan satu-satu kaum atau agama daripada melakukan
kegiatan yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan menggugat
kestabilan negara. Opsyen lain untuk mengawal keadaan seperti kod etika antara
parti politik dan seruan supaya bersikap dan bertindak sederhana kurang berkesan
dalam bidang politik.
II. Ekonomi
Pengeimbangan taraf sosioekonomi antara kaum dan wilayah dalam konteks
ekonomi yang sedang berkembang perlu diusahakan tanpa merugikan mana-mana
pihak. Program untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan dilaksanakan
tanpa mengira kaum oleh kerajaan. Selain itu, sektor swasta juga akan terus
digalakkan untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam usaha untuk
menyeimbangkan kedudukan sosioekonomi antara kaum bagi mengelakkan
berlakunya sebarang diskriminasi dan penyelewengan terhadap mana-mana kaum.
Ini juga adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya ketidakpuasan dalam diri
mana-mana kaum.
Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan
perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum berdasarkan pekerjaan
dan sistem pelajaran yang berbeza bagi mengelakkan interaksi antara penduduk di
Tanah Melayu yang terdiri daripada tiga rumpun utama iaitu
bangsa Melayu, Cina dan India. Keadaan ini telah menyebabkan perpaduan kaum
susah dipupuk malah menyebabkan berlakunya perpecahan antara kaum. Jadi, satu
proses perkembangan ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dirangka olehkerajaan Malaysia untuk membolehkan semua kaum menyertai semua bidang dan
peringkat kegiatan ekonomi.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayu8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
8/24
8
Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004):
Rajah 5
Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan telah menggunakan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) sebagai salah satu dasar untuk menggerakkan rakyat untuk bersatu
padu melalui penyusunan semula masyarakat. Melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB),
peluang pekerjaan yang luas diwujudkan dan pendapatan rakyat dapat
diseimbangkan bagi tujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan antara etnik-etnik
dan kawasan bandar dengan luar bandar. Dasar Ekonomi Baru (DEB) ternyatalah
amat berkesan dalam memupuk perpaduan kaum kerana dengan terhapusnya
perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat mewujudkan perpaduan
dalam kegiatan-kegiatan ekonomi di samping meningkatkan lagi taraf pembangunan
ekonomi Negara kita. Dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini, ianya
secara tidak langsung telah membawa kesan yang positif dalam memupuk
perpaduan dan integrasi di Malaysia. Pelaksanaannya telah berjaya mengubah
keadaan negara yang huru-hara pada ketika itu setelah menggabungkan ketiga-tiga
proses iaitu pendidikan, pembangunan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera ke dalam dasar-dasar dan program-program tertentu.
III. Sosial
Negara Malaysia mempunyai rakyat dari pelbagai bangsa, keturunan, suku
kaum dan golongan etnik yang amat berbeza di antara satu sama lain. Penempatan,
pekerjaan dan kebudayaan yang berbeza telah menyebabkan perpaduan kaum di
Malaysia susah dipupuk. Jadi, bagi menghapuskan jurang perbezaan ini, kerajaan
kita telah banyak merangka dan melaksanakan program-program bagi mewujudkan
Proses in i te lah di laksanakan oleh kerajaan menerusi Dasar Ekon om iBaru (DEB) yang m empuny a i ob jek t i f un tuk m embasmi kemisk inan
dan un tuk menyusun semula masyaraka t . DEB mempunya i duamat lamat yang u tama ia i tu pengamb ilan peker ja-peker ja d i pelbagaisektor ekonomi dan di semua per ingkat peker jaan ser ta hakmil ikhar ta-har ta produkt i f yang terdapat d i dalam Negara in i d isusunsemu la supaya pada tahun1990 orang Melayu akan dapat mem il ik isekurang-kurangnya 30% daripada jumlah hakmilik tersebut.
Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004)
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
9/24
9
perpaduan sosial di kalangan kaum yang pelbagai ini. Program-program sosial telah
ditumpukan kepada bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan kemudahan asas
seperti bekalan air, elektrik, jalan raya, pembentukan persatuan-persatuan
masyarakat dan sebagainya. Kerajaan juga melaksanakan program penempatan
semula yang boleh memberi peluang kepada semua kaum untuk hidup bersama
dalam suatu penempatan yang lengkap dan sempurna. Program-program ini amat
berkesan kerana apabila kaum yang berlainan hidup dalam suatu penempatan yang
sama, adat resam dan budaya kaum akan lebih mudah difahami dan dihormati.
Selain itu, Rukun Negara penting dalam membina perpaduan kaum kerana ia
merupakan asas perpaduan rakyat. Ia juga merupakan landasan yang menentukan
hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu lambang yang merupakan
bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh rakyat.
Antara lain, kerajaan juga mewujudkan banyak dasar yang bertujuan untuk
menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum. Terkini, Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep 1 Malaysia. Dasar
kepimpinan yang memperkenalkan konsep rakyat didahulukan, pencapaian
diutamakan memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian sesebuah
negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu.
Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004):
Rajah 6
Penerimaan rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara akan dapat
membantu melahirkan perpaduan sosial antara satu sama lain. Melalui amalan-
amalan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara di kalangan rakyat ini akan dapat
menjamin kewujudan sistem kerajaan yang bersifat demokratik dan stabil. Ini telah
Untuk menyatupadukan rakyat, negara memerlukansatu ideolog i ia i tu Rukun Negara di m ana ia dapatdidefinisikan sebagai Ideologi Negara Malaysia.
Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004):
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
10/24
10
menunjukkan bahawa kerajaan mencipta Rukun Negara untuk mewujudkan
perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan masyarakatnya yang berbagai kaum
dengan memberi mereka penghayatan dan menggunakan Rukun Negara sebagai
satu cara untuk memimpin mereka ke arah perpaduan intergrasi nasional.
IV. Pendidikan
Dalam aspek pendidikan, kerajaan mewujudkan satu sistem persekolahan
dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat universiti yang menggunakan satu
bahasa pengantaraan, kurikulum dan kokokurikulum yang seragam atau sejenis
peperiksaan serta sejenis pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama
kepada semua lapisan generasi muda yang terbabit agar adil dan saksama kepada
semua pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
Penyediaan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bahasa kaum-kaum
utama di negara pada peringkat sekolah rendah dan menengah turut dijadikan
sebagai satu matapelajaran pilihan semua pelajar. Oleh itu, setiap pelajar bebas
membuat pilihan terhadap mata pelajaran yang diminati tanpa sebarang paksaan.
Berdasarkan kaedah sebegini, bukan hanya pelajar yang terdiri daripada bangsa
yang sama sahaja yang belajar di dalam satu kelas malah melibatkan pelajar yang
berbangsa lain. Situasi ini akan menimbulkan keseronokan belajar dan pelajar yang
berbangsa lain juga berpeluang untuk mempelajari bahasa yang selain daripada
bahasa ibunda mereka sendiri. Contohnya, pelajar yang berbangsa Melayu
berpeluang dan bebas untuk memilih untuk belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina (SJK (C)) jika mereka berminat untuk mempelajari bahasa Mandarin. Begitu
juga dengan bangsa lain.
Di samping itu, untuk sekolah-sekolah dan institusi pendidikan yang mana
pelajarnya terdiri dari satu kaum sahaja, tindakan yang efektif perlu diambil bagi
membolehkan pelajar institusi pendidikan tersebut berinteraksi dan bergaul dengan
pelajar institusi yang berlainan kaum. Antara langkah yang diambil adalah seperti
acara-acara sukan, sosial, khemah, kerja dan sebagainya.
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
11/24
11
Sesungguhnya, pendidikan yang ada pada hari ini telah memainkan peranan
penting dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.
Pendidik hari ini telah membuktikan bahawa mereka berjaya mengimbangkan
kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.
Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, pendidikan
bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar.
Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006):
Rajah 7
Ini adalah penting kerana generasi muda inilah yang akan membentuk negara
Malaysia pada masa depan sama ada masyarakatnya bersatu atau sebaliknya.
Maka kerajaan telah membuat pelbagai dasar dalam pendidikan untuk memastikan
generasi muda dapat memupuk perpaduan didalam sistem pendidikan didalam
sekolah. Sehingga Penyata Razak 1956, tiada terdapat satu sistem pendidikan
nasional di Tanah Melayu. Kewujudan sistem sekolah berbilang bahasa telah
menyulitkan proses pencapaian perpaduan. Perpaduan masyarakat melalui
pendidikan hanya dapat dicapai melalui sistem persekolahan dengan kurikulum yang
sama untuk semua kaum. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman
Talib 1960.
Pendidikan adalah a la t pent ing b agi Malaysia untu k mem upu k
dan m enanam semanga t pe rpaduan d i ka langan generas i mu da
terutamanya bagi kanak- kanak dibangku sekolah.
Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006)
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
12/24
12
Menurut Wong Khek Seng et. al. (2002):
Rajah 8
Kerajaan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menjadikan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa penghantar yang utama. Bahasa
kebangsaan merupakan alat perhubungan dan perpaduan yang penting bagi negara
yang berbilang bangsa seperti Malaysia.
Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) :
Rajah 9
Keadaan ini telah menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia menggunakan
Bahasa Melayu sebagai medium untuk mewujudkan perpaduan intergrasi nasional.
Kerajaan mengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar akan belajar semua mata
pelajaran melalui Bahasa Melayu kecuali beberapa mata pelajaran dalam Bahasa
Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu akan membolehkan pelajar berkomunikasi
dengan rakan yang berlainan kaum supaya dapat menggalakkan perpaduan
dikalangan pelajar-pelajar di sekolah. Kerajaan telah menyediakan pembelajaran
Dasar Pendidikan Kebang saan adalah ber tujuan un tukmenya tu padu semua kaum dan m enyed iakan t enaga ker j a
yang mencukupi untuk pembangunan negara. Won Khek Sen et. al. 2002
Perkara 152 Per lemb agaan Malaysia mem perun tukkan bahawaBahasa Melayu dikenal i seb agai Bahasa Malaysia se lepas 1969adalah bahasa kebang saan n egara . Pada tahun 1957, Dewan B ahasa
dan Pustaka (DBP) te lah di tu buh kan bagi m emaju danmem perkayakan Bahasa Melayu. Kerajaan telah mew ujud kanKempen Mingg u Bahasa dan Bulan Bahasa bag i mengga lakkan
penggunaan Bahasa Melayu oleh semua kaum. Cogan kata, BahasaJiwa Bangsa dilancarkan pada tahun 1960. A kta BahasaKebang saan 1967 telah mem perun tukkan B ahasa Melayu sebagaibahasa rasmi.
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
13/24
13
secara percuma kepada semua pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah
supaya semua orang mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira asal-
usul mereka. Ini akan membolehkan pelajar miskin boleh mendapat peluang belajar
yang sama dengan pelajar lain. Semua ini telah menunjukkan pendidikan
merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memastikan masyarakat Malaysia
mencapai perpaduan.
Kurikulum sekolah rendah dan menengah memberikan tumpuan sewajarnya
kepada matapelajaran dan pembelajaran sejarah negara. Pendidikan dan aktiviti
kurikulum menerapkan nilai-nilai mendokong pencapaian perpaduan negara. Sikap
dan nilai-nilai termasuklah kesejahteraan, bertolak ansur, saling menghormati antara
kaum dan agama, taat setia dan cinta kepada negara. Pendidikan sepanjang hayat
iaitu program pendidikan dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak di luar sistem
pendidikan formal turut dilakukan bagi memastikan semangat perpaduan kaum
dapat dikekalkan.
Selain daripada isu yang ditekankan seperti yang telah dinyatakan di atas,
kerajaan juga bertindak untuk melaksanakan dan menjalankan beberapa strategi
untuk membantu meningkatkan perpaduan antara kaum di negara kita terutamanya
bagi generasi muda yang masih lagi berada di bangku sekolah. Salah satu usaha
yang diambil oleh kerajaan adalah seperti pada Jadual 1 di bawah.
Jadual 1 : Sekolah Wawasan
Sekolah Wawasan
Tujuan penubuhan sekolah wawasan adalah untuk melahirkan anak bangsa
Malaysia yang bersifat lebih mencintai negara atau bersemangat dan berjiwa
patriotisme.
Sekolah Wawasa juga menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum secara
berinteraksi dengan matlamat untuk memantapkan dan mengukuhkan lagi
semangat serta amalan yang muhibah serta terbentuknya semangat
perpaduan dalam kalangan murid di sekolah.
Masyarakat yang lebih harmoni juga dapat dibentuk melalui perhubungan
yang mesra antara ibu bapa yang kerap kali bertemu di sekolah lebih-lebih
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
14/24
14
lagi jika terdapat sebarang aktiviti yang melibatkan kerjasama daripada ibu
bapa seperti gotong-royong sekolah.
Hubungan murid-murid di sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan
budaya juga dapat diperbaiki secara tidak langsung. Perpaduan dansemangat silaturahim akan terbentuk kerana masing-masing terdiri daripada
latar belakang dan budaya yang berlainan antara satu sama lain.
Sekolah Wawasan juga menggabungkan tiga sekolah yang terdiri daripada
aliran yang brbeza dalam satu kompleks yang mana para pelajarnya akan
menggunakan segala kemudahan atau infrastuktur sekolah secara bersama-
sama.
Oleh itu, pelajar akan berinteraksi antara satu sama lain secara tidak
langsung dan hubungan mereka akan menjadi lebih erat kerana mereka
dapat memahami budaya, bahasa serta pemikiran kaum yang lain.
Selain itu, peranan guru juga penting dalam bidang pendidikan. Hal ini
demikian kerana di sekolah, guru banyak bersama dengan anak murid mereka dan
mata pelajaran yang dipelajari murid-murid juga mempunyai unsur-unsur moral. Hal
ini dapat disokong dengan garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)yang menekankan peranan guru sebagai pembina Negara Bangsa iaitu :
I. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan
Guru akan menanamkan rasa cinta akan bahasa Malaysia ke dalam diri murid-
murid mereka melalui setiap mata pelajaran kecuali mata pelajaran yang tidak
menggunakan bahasa Melayu seperti Bahasa Inggeris, Arab dan sebagainya. Di
sekolah jenis kebangsaan (SK), bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar.Hampir setiap mata pelajaran yang diajar dalam bahasa Melayu dan murid-
murid digalakkan bertutur dalam bahasa Melayu. Program ilmiah seperti
program wacana ilmu, minggu bahasa kebangsaan, pertandingan menulis, dan
sebagainya turut dijalankan agar perasaan cinta terhadap bahasa dapat dipupuk
yang mana sekaligus membentuk hubungan erat antara murid dan juga seluruh
warga sekolah.
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
15/24
15
II. Memantapkan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional
Melalui aspek tersebut, kerajaan telah melaksanakan program Rancangan
Intergrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Melalui pelaksanaan program
tersebut, penyertaan masyarakat setempat dapat digalakkan dan seterusya
dapat merapatkan hubungan yang erat dalam kalangan warga sekolah dan juga
masyarakat setempat. Contohnya, dalam aktiviti merentas desa, ibu bapa
digalakkan untuk mengikut serta dalam aktiviti tersebut bersama-sama dengan
anak-anak mereka dan juga warga sekolah. Oleh itu, akan terjalinnya hubungan
erat dalam kalangan masyarakat setempat dan juga warga sekolah.
III. Memupuk Kecintaan Terhadap Seni, Warisan dan Budaya Bangsa
Aktiviti perbarisan, istiadat menaikkan bendera dan menyanyikan lagu
kebangsaan, acara sambutan Bulan Kemerdekaan dan sebagainya merupakan
aktiviti yang dapat merangsang perasaan hormat dan cinta akan negara yang
secara tidak langsung menggalakkan perpaduan antara kaum. Dalam mata
pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan banyak
ditekankan nilai murni. Tambahan pula, program yang dirancang dapat
menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Contohnya seperti kempen cintakan warisan seni bangsa dan Negara, kempen
mengibarkan Jalur Gemilang dan lain-lain.
V. Kebudayaan
Rajah 10
Melalui kegiatan budaya, rakyat dapat berinteraksi dan memahami antara
satu kaum dengan yang lain. Hal ini akan memudahkan lahirnya rasa persefahaman,
toleransi dan perpaduan di kalangan masyarakat. Untuk mencapai tujuan tersebut,kerajaan Malaysia telah menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang
Kebudayaan m erupakan kese lu ruhan ca ra h idup manus ia .Pembang unan Kebu dayaan Kebangsaan bagi Negara-negarayang ba ru m erdeka amat lah pen t ing un tuk mewujud kan sebuah
Negara yang stabil dan bersatupadu.
(h t tp : / /www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf / )
http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
16/24
16
berteraskan kebudayaan rakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi unsur
penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Unsur-unsur kebudayaan
kaum lain yang sesuai dan wajar juga diterima menjadi unsur Dasar Kebudayaan
Kebangsaan. Terdapat tiga prinsip dalam Dasar Kebudayaan kebangsaan iaitu :
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan
rakyat rantau asal negara ini.
Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi
unsur kebudayaan kebangsaan.
Islam menjadi unsur penting dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
Kerajaan akan menerapkan pepaduan dan intergrasi nasional kepada rakyat
yang pelbagai etnik dalam aktiviti yang akan dijalankan menerusi Dasar Kebudayaan
Kebangsaan seperti memperkenalkan konsep rumah terbuka semasa perayaan
seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas untuk
mengalakkan masyarakat pelbagai etnik didalam Malaysia untuk saling kunjung-
mengunjung di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan
budaya. Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan masyarakat dapat mengenali
budaya dan agama orang lain dan secara langsung akan mewujudkan perpaduan
dan intergrasi nasional dikalangan rakyat. Dengan ini, kita dapat tahu bahawa Dasar
Kebudayaan Kebangsaan ini amat berkesan dalam menjadi titik pertemuan dan
asas perpaduan ke arah mewujudkan satu identiti nasional bangsa Malaysia.
Kerajaan juga turut melaksanakan beberapa strategi lain bagi menanam
semangat perpaduan. Antaranya ialah:
I. Intergrasi Wilayah
Langkah-langkah yang sedang diambil ialah penambahbaikan sistem
perhubungan kebangsaan pengangkutan, peluasan sistem radio dan
televisyen nasional kepada Sabah dan Sarawak dan Wilayah persekutuan
Labuan. Tumpuan khusus kepada usaha intergrasi wilayah dan perhubungan
centre-periphery dilakukan sehingga perpaduan sampai ke tahap yang
memuaskan.
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
17/24
17
II. Strategi Keselamatan
Strategi keselamatan terbahagi kepada dua aspek utam iaitu aspek
pencegahan dan aspek pemulihan. Aspek pencegahan melibatkan usaha-
usaha bagi mencegah dari berlakunya ancaman kepada keselamatan negara
atau pihak awam manakala pemulihan pula ialah usaha untuk
menenteramkan keadaan setelah berlakunya sesuatu konflik. Tambahan pula,
aspek pencegahan merangkumi penguatkuasaan sekatan di sisi undang-
undang ke atas hak kebebasan bercakap, berhimpun, tahanan preventif,
penguatkuasaan peruntukan Akta Hasutan dan kawalan terhadap akhbar .
Aspek pemulihan merujuk kepada keselamatan dan ketenteraman awam
melibatkan tindakan-tindakan terutamanya daripada pihak polis dan dibantu
oleh pihak-pihak lain seperti RELA, Rukun Tetangga
III. Strategi Pembangunan Kawasan
Pemaju perumahan serta pihak berkuasa hendaklah mengambil kira aspek
pembangunan dalam memajukan kawasan setempat. Perkara ini dapat
dilaksanakan melalui Jawatankuasa Penduduk seperti Rukun Tetangga dan
penganjuran aktiviti yang melibatkan semua penduduk tanpa mengira kaum.
IV. Strategi Penggunaan Tenaga Manusia
Majikan sama ada swasta ataupun kerajaan hendaklah memastikan bahawa
sebarang faktor seperti kaum, agama dan budaya tidak mempengaruhi
lantikan jawatan agar tidak akan menimbulkan sebarang implikasi dan juga
komplikasi dalam mana-mana institusi. Majikan memainkan peranan mereka
dengan menerapkan unsur-unsur perpaduan dalam kalangan pekerja melalui
dasar syarikat dan program serta aktiviti yang dianjurkan.
V. Strategi Media Massa
Perkembangan media massa mampu menghubungkan hampir semua rakyat
di negara kita termasuklah masyarakat terpencil yang tingal di kawasan
pedalaman. Media massa sangat penting dan berkesan untuk membantu
memupuk perpaduan negara melalui penyampaian maklumat , pembentukan
sikap dan pandangan rakyat serta penerangan nilai-nilai positif ke arahmemajukan semangat perpaduan. Contohnya, rancangan televisyen yang
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
18/24
18
selalu menegaskan semangat kejiranan secara langsung dan tidak langsung
dapat mewujudkan kesedaran dalam diri individu yang melihatnya.
VI. Strategi Kesukanan
Sukan merupakan bidang yang paling ideal bagi membentuk perpaduan dan
intergrasi dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum, umur dan taraf
sosioekonomi. Acara sukan dapat mewujudkan peluang dan persekitaran
bagi pergaulan dan interaksi sosial dan melahirkan suasana yang sangat
sesuai bagi memupuk semangat persaudaraan dan solidari tanpa mengira
kaum dan keturunan masing-masing.
VII. Strategi Pemasyarakatan Perpaduan
Konsep pemasyarakatan perpaduan yang diperkenalkan pada tahun 1998
ialah satu strategi kerajaan ke arah menerapkan ciri identiti nasional bagi
membangunkan bangsa Malaysia yang berasaskan semangat persaudaraan
dan semangat kewarganegaraan yang tinggi melalui proses penerepan nilai-
nilai murni mengenai perpaduan dalam kalangan smua lapisan masyarakat
dengan menggunakan segala saluran dan prasarana yang sedia ada yang
sesuai bagi maksud proses penerapan tersebut.
VIII. Strategi Pertubuhan Sukarela
Jentera kemasyarakatan seperti Rukun Tetangga dan persatuan-persatuan
penduduk digunakan sebanyak mungkin sebagai saluran untuk menerapkan
nilai-nilai murni, perpaduan dan intergrasi nasional melalui aktiviti
kemasyarakatan yang terancang.
IX. Strategi Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan
Memperbanyak penyelidikan mengenai perpaduan negara dan intergrasi
nasional adalah sangat perlu bagi mengetahui pola hubungan kaum semasa.
Pengesan ini dapat diperkukuhkan dengan adanya penerbitan bahan-bahan
bacaan mengenai perpaduan dan integrasi dan adat resam masyarakat
Malaysia.
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
19/24
19
X. Strategi Pemantauan Isu-Isu Semasa Dan Konflik
Mewujudkan mekanisme pemantauan tahap perpaduan dan integrasi
nasional secara berterusan dan sistematik merupakan langkah pengesanan
awal. Pengesanan perhubungan sosial perlu dipertingkatkan lagi melalui
sistem online kerana bukan sahaja maklumat dapat dikesan atau diperolehi
dengan segera malah dapat membantu pihak jabatan dan agensi lain
mengambil langkah pencegahan sekiranya terdapat sebarang isu yang tidak
diingini berlaku.
XI. Strategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) Dan
Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN)
Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL ) dan
Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri untuk membincangkan isu-isu
perpaduan dan intergrasi nasional hendaklah memainkan peranan mereka
dengan lebih berkesan.
XII. Strategi Program Dan Aktiviti Perpaduan
Program pemetaan perpaduan merupakan satu proses untuk meningkatkan
kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran tertentu bagi meningkatkan
kadar perpaduan dan semangat bekerjasama dalam kalangan golongan
masyarakat setempat. Setiap kawasan yang disasar akan dilaksanakan
program atau aktiviti bagi mengikat pertalian silaturahim. Aktiviti-aktiviti yang
tersusun akan dirancang mengikut kumpulan sasaran.
XIII. Strategi Lain
Antara strategi lain yang dilakukan oleh kerajaan adalah seperti mewujudkanlatihan dalam bidang komunikasi antara budaya dalam sesuatu masyarakat
itu. Pengauditan dasar-dasar kerajaan akan dilakukan. Selain itu, kerajaan
juga menghasilkan satu etika mengenai hak dan tanggunjawab kemanusiaan
untuk rakyat Malaysia. Penerbitan bahan bacaan secara meluas mengenai
kaum-kaum di Malaysia juga dikeluarkan dalam jumlah yang banyak agar
mencukupi dan informasi tersebut dapat disampaikan secara menyeluruh
kepada rakyat Malaysia.
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
20/24
20
3.0 Usaha Dan Strategi Sekolah dan Masyarakat Dalam Memelihara Perpaduan
Kaum.
I. Sekolah
Sekolah juga memainkan peranan yang besar dalam memelihara perpaduan
kaum. Keadaan ini berlaku kerana sekolah merupakan asas kepada pembentukan
seseorang insan yang boleh mengamalkan nilai perpaduan dan intergrasi nasional.
Sekolah jenis kebangsaan adalah lebih berkesan dalam usaha memupuk perpaduan
kaum. Hal ini demikian kerana dengan adanya sistem pendidikan berteraskan
kebangsaan yang bersifat terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa
Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduandalam kalangan murid. Apabila murid berbilang kaum di peringkat awal didedahkan
dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah rendah lagi, usaha untuk
membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan
dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan
berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti
semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini, generasi Malaysia yang
lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu mampu dilahirkan. Selain itu,menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid.
Jelasnya, generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan
perpaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.
II. Masyarakat
Aktiviti kemasyarakatan merupakan salah satu cara yang berkesan untuk
memupuk perpaduan. Hal ini demikian kerana aktiviti masyarakat merupakan aktiviti
yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang
dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu
antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang
tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negatif masyarakat
terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa
dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan
sukar untuk diterapkan.
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
21/24
21
Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti
gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti
tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti
kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat
perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara
untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa
mahupun agama. Antara peranan yang boleh dilakukan oleh masyarakat dalam
memastikan perpaduan kaum sentiasa terjalin dengan mantap adalah seperti :
Rukun Tetangga
Rumah Terbuka
Penerimaan Budaya
Program di Institusi Pengajian Tinggi
Peranan NGO
Penerangan lanjut berkenaan peranan anggota masyarakat dalam menyemaikan
dan mewujudkan semangat perpaduan dapat dilihat pada Jadual 2 seperti di bawah.
Jadual 2 : Peranan Masyarakat
Rukun Tetangga Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan
pada tahun 1957 berikutan berkuatkuasanya
peraturan-peraturan yang tertentu. Pada
peringkat awal, Tukun Tetangga
membolehkan rakyat untuk mengawal
keselamatan di kediaman masing-masing.
Contohnya, rakyat yang tinggal berjiran
dapat tolong-menolong antara satu sama
lain sekiranya terdapat pencerobohan di
kawasan kediaman mereka. Hal ini secara
tidak langsung dapat membantu
mengeratkan silaturahim mereka.
Pada 1 Januari 1983, kerajaan telah
memperkenalkan satu pembaharuan yang
memberikan penekanan kepada konsep
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
22/24
22
semangat kejiranan yang bertujuan untuk
memupuk serta mengukuhkan lagi semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat
setempat. Pada Tahun 2000, pendekatan Rukun
Tetangga telah dibuat pindaan sekali lagi
dengan memberikan mandat yang lebih
bersifat meluas iaitu pembangunan
masyarakat secara bersepadu ke arah
mewujudkan perpaduan nasional.
Rumah Terbuka Rumah terbuka akan diadakan oleh setiap
rakyat Malaysia apabila tibanya musim
perayaan.
Setiap golongan etnik di malaysia akan
kunjung-mengunjungi ke rumah jiran
tetangga walaupun berlainan etnik. Jadi,
hubungan antara mereka akan menjadi lebih
baik dan mesra.
Penerimaan Budaya Masyarakat bukan Melayu mula menerima
budaya orang Melayu dari segi pakaian dan
makanan.
Contohnya, ramai masyarakat bukan Melayu
pada zaman kini mula menjadikan pakaian
tradisional Melayu seperti baju kurung
sebagai pakaian mereka. Di tempat kerja
misalnya, pekerja akan memakai pakaian
batik pada setiap hari Khamis.
Ini telah menunjukkan bahawa masyarakat
mula berfikiran terbuka dan dapat menerima
sisipan budaya dalam diri mereka.
Program Di Institusi
Pengajian Tinggi
Kandungan kursus atau silibus di semua
institusi pendidikan haruslah menitikberatkan
aspek-aspek pendidikan yang bersifat
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
23/24
8/11/2019 perpaduan kaum (1).docx
24/24
4.0 Penutup
Intihanya, langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan dan masyarakat
dalam memelihara perpaduan kaum adalah sangat berkesan dan sangat diperlukan.
Tetapi, tidak seratus peratus matlamat kerajaan kita dalam memupuk perpaduan
anatara kaum tercapai. Perpaduan kaum di Negara kita masih lagi belum berada
dalam keadaan yang stabil kerana terdapat segolongan masyarakat yang agak
keras kepala dan bersikap pesimis terhadap program yang dilaksanakan. Jadi,
semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan
masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang
enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya
kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya.
Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha
dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk
yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya
perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan
dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua
pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akantercapai. Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan
tanggungjawab masing-masing untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai
medium komunikasi menjadi saluran maklumat dan membangkitkan semangat
bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-kempen
mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya menjaga
keharmonian hidup sesama rakyat. Semua ini dapat dikongsi bersama-sama dengan
adanya alat komunikasi media massa seperti televisyen, radio mahupun internet.
Kemudahan yang kita nikmati sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan negara.
Kesimpulannya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik
antara kaum yang sama-sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang
perlu diamalkan bila-bila masa dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini
tidak ranap begitu sahaja setelah hampir 54 tahun negara kita mencapai
kemerdekaan.