Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

42
KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203 1.0 PENGENALAN. Membina sebuah negara yang merdeka dan berdaulat bukanlah perkara mudah.Ini diakuai sendiri oleh Tuku Abdul Rahman dimana beliau berkata bahawa; "...merdeka itu bukanlah suatu bendayang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan. Dengan kerananya kitaterpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga. (Sumber:http://www.malaysiamerdeka.gov.my ) Tambahan lagi, latihan berkerajaan sendiri terpaksa dilalui untuk memastikan rakyat tempatan mampu mentadbir negara sendiri pada masa akan datang. Dalam pada itu, rakyat pelbagai kaum juga harus bekerjasama dan bermuafakat untuk memastikan kemerdekaan dapat dicapai. Justru, adalah tidak dapat dinafikan bahawa kebijakasanaan pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah berjaya mencapai kemerdekaan negara melalui rundingan tanpa pertumpahan darah sepertimana negera lain di dunia ini wajar kita hargai dan teladani. Perkara ini harus menjadi panduan untuk kita terus mengekalkan keadaan aman dan damai yang kita kecapi sekarang, agar dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Seperti yang kita sedia maklum, kerjasama politik di Tanah Melayu bermula selepas Perang Dunia Kedua. Pelbagai 1

description

sejarah malaysia moden

Transcript of Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

Page 1: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

1.0 PENGENALAN.

Membina sebuah negara yang merdeka dan berdaulat bukanlah perkara mudah.Ini

diakuai sendiri oleh Tuku Abdul Rahman dimana beliau berkata bahawa;

"...merdeka itu bukanlah suatu bendayang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan.

Dengan kerananya kitaterpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga.

(Sumber:http://www.malaysiamerdeka.gov.my)

Tambahan lagi, latihan berkerajaan sendiri terpaksa dilalui untuk memastikan

rakyat tempatan mampu mentadbir negara sendiri pada masa akan datang. Dalam

pada itu, rakyat pelbagai kaum juga harus bekerjasama dan bermuafakat untuk

memastikan kemerdekaan dapat dicapai. Justru, adalah tidak dapat dinafikan

bahawa kebijakasanaan pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah berjaya

mencapai kemerdekaan negara melalui rundingan tanpa pertumpahan darah

sepertimana negera lain di dunia ini wajar kita hargai dan teladani. Perkara ini harus

menjadi panduan untuk kita terus mengekalkan keadaan aman dan damai yang kita

kecapi sekarang, agar dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang.

Seperti yang kita sedia maklum, kerjasama politik di Tanah Melayu bermula

selepas Perang Dunia Kedua. Pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi, namun

jalinan kerjasama ini ada yang berjaya dan tidak kurang juga yang menemui jalan

buntu. Keterbukaan berpolitik orang Melayu bermula dengan jalinan kerjasama

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dengan All Malayan Council Of Joint Action

(AMCJA) pada tahun 1947 dan toleransi ini berjaya melahirkan Perlembagan

Rakyat. Walaubagaimanapun, cadangan menuntut kemerdekaan ini ditolak oleh

pihak British kerana PUTERA dan AMCJA ini dikatakan golongan radikal atau parti

politik yang berhaluan kiri yang sentiasa bertindak agresif terhadap pentadbiran

British. Seterusnya, apabila lahir pula kerjasama politik kumpulan moderate iaitu

United Malayan National Organization (UMNO) dengan Malayan Chinese

Association (MCA) yang lebih dikenali sebagai PERIKATAN pada tahun 1949 telah

1

Page 2: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

memperlihatkan usaha menunutut kemerdekaan Tanah Melayu mula membuahkan

hasil apabila kerjasama politik pelbagai kamu ini lebih bersifat demokrasi untuk

mengelakkan berlaku sebarang pergolakan diantara kaum.

Kerjasama ini telah membuka mata pihak British bahawa orang

Melayu bersama-sama kaum lain yang bukan Melayu boleh bekerjasama dan

bertoleransi dalam politik demi memenuhi cita-cita memperuangkan negera ke arah

bekerjaan sendiri. Justru, kerjasama politik membawa maksud usaha sama parti

politik pelbagai kaum yang berkepentingan untuk sesuatu tujuan yang sama. Dalam

konteks perbincangan ini, tujuan yang dimaksudkan ialah merujuk kepada tujuan

mencapai kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Walaupun jalinan kerjasama politik di

Tanah Melayu dimulakan oleh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dengan All

Malayan Council Of Joint Action (AMCJA) pada tahun 1947, namun perbincangan

ini hanya berfokus kepada kerjasama politik bermula setelah penubuhan

Community Liaison Committiee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

pada tahun 1949. Ini kerana, bermula daripada penubuhan CLC ini sehingga

wujudnya kerjasama politik diantara UMNO yang merupakan parti kaum Melayu

manakala MCA yang merupakan parti kaum cina yang telah berjaya membawa

kepada kemerdekaan Tanah Melayu menjelang tahun 1957.

Selain itu, perbincangan ini hanya menyentuh secara sepintas lalu berkaitan

dengan kerjasama awal yang diwujudkan oleh PUTERA dengan AMCJA kerana

kedua-dua parti politik ini dikatakan parti politik yang berhaluan kiri. Mereka juga

dikatakan golongan yang radikal menyebabkan perjuangan menuntut kemerdekaan

tidak mendapat sokongan daripada pihak British. Berbeza dengan kerjasama yang

diusahakan oleh parti politik selepas mereka iaitu UMNO dan MCA yang disifatkan

lebih moderate dan bertoleransi menyebabkan perjuangan mereka mendapat

pengiktirafan daripada pihak British. Dengan itu, pihak Bristish juga telah

memberikan galakkan dengan memberikan syarat bahawa kerjasama diantara

kaum sangat penting jika ingin mendapatkan kemerdekaan. Perkara ini semakin

membakar semangat pejuang-pejuang yang menunutut ke arah berkerajaan

sendiri terutamanya daripada golongan kaum Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman

dan Dato Inn Jaafar bersama-sama dengan kaum laum lain yang terdapat d Tanah

2

Page 3: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

Melayu pada ketika itu. British memberi syarat sedemikian, bertujuan untuk

menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyakat. British juga berpendapat,

bahawa hal ini juga bertujuan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dan

pelaburannya di Tanah Melayu.Ini adalah kerana, pihak British telah banyak

membuat pelaburan di Tanah Melayu terutamanya dalam bidanng perlombongan

bijih timah, getah, dan perdagangan.Bijih timah dan getah yang dieksport dari

Tanah Melayu ke Amerika Syarikat telah membantu untuk memperkukuhkan sistem

kewangan British iaitu “blok sterling”. Oleh itu, British amat menjaga kepentingan

ekonomi mereka di Tanah Melayu. Jika tidak, kepentingan ekonomi mereka di

Tanah Melayu akan terjejas sekiranya mereka menentang gerakan nasionalis.

Selain itu, pihak British juga sedar bahawa mereka tidak akan dapat untuk

menghapuskan pemberontakan komunis tanpa kerjasama daripada penduduk

Tanah Melayu. Penduduk Tanah Melayu semestinya tidak akan memberikan

kerjasama kepada pihak British sekiranya usaha mereka untuk berjuang ke arah

perpaduan dan seterusnya mencapai kemerdekaan tidak disokong oleh pihak

British. Oleh yang demikian, usaha mereka ini telah disokong oleh pihak Bristish

yang juga telah memberikan syarat supaya kerjasama diantara kaum adalah sangat

penting jika ingin mendapatkan kemerdekaan.

3

Page 4: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

2.0 PARTI-PARTI POLITIK PELBAGAI KAUM YANG BEKERJASAMA

DALAM PROSES KEMERDEKAAN.

Memandangkan focus perbincangan ini adalah lebih kepada kerjasama politik yang

di bersifat moderate, banyak toleransi dan tujuan utama kerjasama adalah untuk

mendapat pengiktirafan British untuk mencapai kemerdekaan, maka parti-parti

politik yang terlibat adalah seperti berikut:

2.1 CLC

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Community Liason

Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949. Pada peringkat awal CLC hanya

dianggotai oleh kaum Melayu dan Cina sahaja. Orang Melayu diwakili oleh Parti

UMNO diketuai oleh Dato’ Onn Bin Ja’afar manakala orang Cina di wakili oleh Parti

MCA yang diketuai olehTun Tan Cheng Lock. Mulai Ogos 1949, CLC turut

dianggotai oleh seorang wakil kaum India, Ceylon, Serani dan Eropah. Pengerusi

CLC ialah Dato’ E.E.C Thuraisingam dan penasihatnya ialah Sir Malcom

Macdonald, GabenorJeneral Asia Tenggara.Tujuannya penubuhan CLC adalah

untuk mewujudkan persefahaman antara kaum yang akhirnya membawa kepada

perpaduan kaum.

2.2 UMNO

Apabila Malayan Union yang ditubuhkan oleh Bristish mendapat tentangan

daripada penduduk tempatan.Kongres bersetuju dengan cadangan untuk

menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National

Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR)

yang akan dibentang dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 yang

bertempat di Johor Bharu. Dalam Kongres Dato’ Onn Jaafar mengumumkan

penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. Penubuhan ini bertujuan untuk (i) Menentang

Malayan Union, (ii) Menyatukan orang Melayu daripada seluruh Semenanjung

Tanah Melayu, (iii)Mengadakan satu organisasi sosial, (iv)Menjaga kepentingan

politik dan ketuanan Melayu, (v)Memajukan pendidikan orang Melayu dan

4

Page 5: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

(vi)Melindungi kepentingan orang Melayu. UMNO juga memperjuangkan sebuah

negara Malaya merdeka dan berdaulat, disamping memelihara dan

mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-

Raja Melayu. Semasa UMNO dibawah pucuk pimpinan Dato Onn Bin Jaafar, parti

pernah membuka keahlian kepada orang bukan Melayu untuk menggalakkan

pelbilang kaum dapat berinteraksi sesame sendiri seterusnya membentuk

perpaduan, namun tidak mendapat sambutan kaum lain.

2.3 MCA

Parti MCA atau The Malayan Chinese Association adalah perti yang pertama

bekerjasama dengan UMNO. Diawal penubuhannya pada 1949, MIC ini dipimpin

oleh Tun Tan Cheng Lock dan golongan yang menyertai parti ini terdiri daripada

golongan peniaga dan pengusah lombong seperti colonel Lee Han Shik dan Leog

Yew Koh.Tujuaan penubuhan MIC adalah untuk menjaga kepentingan orang cina.

Disamping itu, parti juga pernah menyokong perjuangan Dato Onn Bin Jaafar dan

IMP tentang kerjasama kaum dalam sebuah parti. Sokongan kearah perpaduan

kaum yang membawa kepada kerjasama kaum tidak hanya terhenti setakat itu

sahaja apabila parti juga menyokong usaha tersebut dengan menyertai Parti

Perikatan.

2.4 MIC

Kongres Indian Se-Malaysia juga telah ditubuhkan pada 1946 dan diketuai oleh

K.L.Devaser.Parti ini digerakkan oleh golongan professional dan disokong oleh

Kongres Kebangsaan India.Penubuhan parti ini adalah bertujuan untuk menjaga

kepentingan orang India walaupun pada awal penubuhanya kurang mendapat

sokongan daripada kaum India sendir. Sama seperti MCA, parti MIC juga telah

menyokong perjuangan Dato Onn Jaafar di IMP tentang kerjasama aum dalam

sesebuah parti. Sokongan itu terbukti apabila pada tahun 1955, MIC mengambil

keputusan untuk menyertai Parti Perikatan bersama-sama dengan MCA dan

UMNO.

5

Page 6: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

2.5 IMP

Parti ini ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar selepas keluar dari UMNO pada tahun

1951.Parti ini mementingkan kerjasama antara kaum dalam sebuah unit parti. IMP

telah membuka keahliannya kepada rakyat Tanah Melayu tanpa mengira kaum.

Alam usaha mewujudkan perpaduan, parti IMP telah menegakkan konsep

kerjasama kaum dalam satu parti dan membuka keahlian kepada sema

kaum.Walaubagaimanaoun, penubuhan parti ini kurang mendapat sokongan dan

sambutan daripada pelbagai kaum dan juga UMNO.Jadi parti ini terpaksa

dibuburkan pada 1953.

2.6 Parti Negara

Kembali memperjuangkan kepentingan orang Melayu merupakan matlamat utama

parti ini.Tokoh yang menubuhkan parti ini adalah Dato Onn Bib Jaafar selepas

beliau membubarkan Independent Malayan Parti atau Parti Kemerdekaan Malaya

(IMP) pada tahun 1954. Sama seperti parti IMP, parti ini juga telah berusaha

mewujudkan perpaduan dengan membuka keahlian kepada semua kaum yang ada

di Tanah Melayu dengan harapan semua kaum dapat bersatu dalam satu perti

politik yang sama. Selain itu juga, parti telah menerima kerakyatan “jos soli”dengan

syarat ibu atau bapa telah menjadi warganegara Malaysia.

2.7 PAS

PAS telah ditubuhkan pada tahun 1951 dan terbuka kepada semua umat Islam di

Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan bangsa. Itu merupakan salah satu usaha

PAS dalam menwujudkan perpaduan dikalangan kaum.Pada awal penubuhannya,

parti ini dipimpim oleh Haji Ahmad Fuad. Sokongan PAS dalam mewujudkan

perpaduan juga disusuli dengan penyertaan parti dalam Konvensi National tajaan

UMNO pada taun 1954.

6

Page 7: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

3. Kerjasama parti-parti politik pelbagai kaum membawa kearah

kemerdekaan Tanah Melayu.

3.1 KE ARAH MENCAPAI PERPADUAN

Usaha kearah mencapai perpaduan kaum seterusnya disusuli dengan

usaha kerjasama kaum ke arah berkerajaan sendiri merupakan titik

permulaan kearah merealisasikan kemerdekaan Tanah Melayu. Namun,

sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan dengan proses

kemerdekaan, kita harus meneliti terlebih dahulu perkara-perkara yang

berlaku semasa usaha ke arah mencapai perpaduan kaum dan usaha

kerjasama kaum ke arah berkerajaan sendiri giat dilaksanakan. Kedua-dua

7

KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN

Kerjasama kaum ke arah berkerajaan sendiri

Ke arah mencapai perpaduan kaum

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan

Antara Kaum

Usaha Parti-Parti Politik mewujudkan perpaduan kaum:

i. UMNOii. MICiii. MCAiv. IMPv. PASvi. Parti Negara

Pendidikan Ke arah Perpaduan dengan mewujudkan:

i. Laporan Barnes 1951.

ii. Lapaoran Fenn-Wu 1951.

iii. Ordinan Pelajaran 1952.

iv. Laporan Razak 1956.

Sistem Ahli1951

PROSES KEMERDEKAAN

Kelonggaran Syarat

Kerakyatan Persekutuan

Pembentukan Parti Perikatan

Pilihan Raya Majlis

Perudangan Persekutuan

(MPP)

Pilihan Raya Majlis

Bandaran

Page 8: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

usaha ini merupakan perintis dalam membawa kepada proses kemerdekaan

Tanah Melayu.

Diantara usaha awal yang diambil kearah mencapai perpaduan

adalah dengan Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum.

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Community Liason Committee

(CLC) ditubuhkan pada Januari 1949.Penubuhan CLC ini adalah bertujuan

untuk mewujudkan persefahaman diantara kaum. Persefahaman ini sangat

penting kerana tanpa persefahaman antara kaum bukan sahaja perpaduan

tidak dapat dicapai tetapi pertelingkahan atau pergaduhan mungkin akan

berlaku dikalangan kaum yang terdapat di Tanah Malayu pada ketika itu.

Sekiranya ini berlaku, impian untukmenjalinkan kerjasama ke arah

berkerajaan sendiri tidak mungkin menjadi kenyataan.Oleh itu,CLC telah

mengadakan beberapa rundingan dengan UMNO dan rundingan tersebut

dijalankan selama dua tahun.Dalam rundingan tersebut, UMNO telah

mengemukakan memorandumnya untuk mempertahankan ketuanan Melayu,

namun CLC menolak tuntutan tersebut.Walaubagaimanapun, satu kompromi

telah dibuat antara UMNO dengan CLC untuk mengatasi kebuntuan

rundingan tersebut.Hasil daripada kompromi ini, beberapa perkara penting

telah dipersetujui. Perkara-perkara tersebut merangkumi kerakyatan

Persekutuan dilonggarkan, orang Melayu diberikan bantuan dari segi

ekonomi dan pendidikan, dan setiap proses pilihan raya harus diadakan

daripada peringkat Majlis Bandaran, Negeri dan Majlis Perundingan

Persekutuan.

Dalam usaha ke arah untuk melahirkan perpaduan kaum, beberapa

buah parti politik telah ditubuhkan juga. Sepertimana yang telah

dibincangkan sebelum ini, antara parti politik tersebut adalah seperti

Independence Of Malaya Party (IMP) dan Parti Negara. Sehubungan dengan

itu, Menteri Besar British dan Parti Negara telah mengadakan Konferensi

Nasional pada bulan 1954 sebagai usaha untuk melahirkan kerjasama

politik. Walaubagaimanapun, tiga buah parti iaitu UMNO, MCA dan MIC

kemudian telah bekerjasama menubuhkan Parti Perikatan. Selain itu, pada

8

Page 9: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

peringkat awal, Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) juga telah cuba

bekerjasama dengan UMNO dalam Konvensi Nasional pada bulan Ogos

1954. Konferensi Nasional dan Konvensi Nasional adalah medan

perbincangan pelbagai parti politik untuk mencari penyelesaian bagi

merealisasikan perpaduan kaum. Persidangan itu juga telah membincangkan

kepentingan mengadakan pilihan raya.

Setelah penubuhan CLC, usaha parti-parti politik dalam mewujudkan

perpaduan kaum diteruskan bagi memastikan kemerdekaan Tanah Melayu

dapat menjadi kenyataan sepertimana yang diimpikan.Diantaranya ialah

UMNO, ketika ditadbir oleh Dato Onn Bin Jaafar, telah banyak berusaha

mewujudkan perpaduan kaum dengan membuka keahlian parti UMNO

kepada semua kaum bukan Melayu. Selain itu, UMNO juga telah

melonggarkan syarat kerakyatan Persekutuan dan Negeri. Seterusnya

UMNO juga yang mencadangkan Sistem Ahli Apabila UMNO dibawah

pentadbiran Tunku Abdul Rahaman, beliau telah memupuk perpaduan bagi

mewujudkan kerjasama kaum dengan membentuk Parti Parikatan yang

menggabungkan tiga parti politik utama iaitu UMNO, MCA dan MIC. MCA

ketika itu berada dibawah pimpinan Tun Tan Chin Lock manakala MIC

dibawah pimpinan K.L Devaser juga berusaha mewujudkan perpaduan agar

terjalinnya kerjasaman politik pelbagai kaum.Dengan itu, kedua-dua

pemimpin tersebut telah menyokong idea perjuangan Dato Onn Bin Jaafar

dan IMP mengenai kerjasama kaum dalam sebuah parti.Sokongan itu

terbukti apabila pada 1955, kedua-dua parti ini menganggotai Parti

Perikatan.

Pada tahun 1951 apabila Dato Onn Jaafar menubuhkan IMP, beliau

sekali lagi menegakkan konsep kerjasama kaum dalam satu parti dan sekali

lagi beliau telah membuka keahlian IMP kepada semua

kaum.Walaubagaimanapun, IMP tidak berapa mendapat sambutan daripada

masyarakat. Disamping itu juga, PAS tidak ketinggalan dalam mewujudkan

kerjasama politik apabila parti ini juga telah membuka keahlian kepada

semua orang bukan islam tanpa mengira bangsa. Selain itu, pada tahun

9

Page 10: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

1951 PAS telah menyertai Konvensi Nasional tajaan UMNO. Namun, apabila

IMP tidak mendapat sambutan yang menggalakan daripada masyarakat,

Dato Onn Bin Jaafar telah menubuhkan Parti Negara pada tahun 1954 dan

sekali lagi beliau telah membuka keahlian kepada semua kaum. Parti ini juga

mendukung konsep kerjasama kaum dalam sebuah parti.Dalam soal

kerakyatan, Parti Negara menerima kerakyatan jus soli dengan syarat ibu

atau bapa telah menjadi warganegara Tanah Malayu.

Jelas menunjukkan, bahawa segala usaha tersebut adalah untuk

mewujudkan perpaduan kaum.Daripada mewujudkan perpaduan kaum,

kesemua usaha murni ini merupakan langkah awal untuk melahirkan dasar

kerjasama pelbagai kaum dalam politik di Tanah Melayu. Antara tokoh yang

paling awal menyedari kepentingan kerjasama pelbagai kaum ini adalah

Dato Onn Bin Jaafar dimana beliau yang menubuhkan IMP. Manakala,

Tunku Abdul Rahman pula adalah tokoh yang telah memulakan kerjasama

parti dalam sebuah mengabungan parti-parti politik tersebut dengan

pembentukan Parti Perikatan.

Walaupun parti-parti politik penyumbang utama dalam usaha

mewujudkan perpaduan tetapi, harus diingat bahawa sistem pendidikan juga

memainkan peranan. Memandangkan sistem pendidikan di Tanah melayu

pada ketika itu terdiri daripada lima jenis sekolah iaitu sekolah vernakular

Melayu, vernakular Tamil,vernakular Cinadan sistem aliran Inggeris. Perbeza

aliran ini menyebabkan perbezaan politik, ekonomi dan sosial sehingga

menghalang perpaduan kaum.Ini kerana, jika diteliti kita dapati setiap sistem

pendidikan ini mempunyai perbezaan yang ketara dalam semua

aspek.Perbezaan ini tidak dapat melahirkan semangat bersatu padu dan

persefahaman antara rakyat.Justru, bagi merapatkan jurang perbezaan

pendidikan dan membentuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk

Tanah Malayu, beberapa Laporan pelajaran telah dikeluarkan.Antaranya

ialah Laporan Pelajaran yang mencadangkan untuk melahirkan Sistem

Pendidikan Kebangsaan. Melalui sistem ini, pengendalian sistem pendidikan

yang seragam sukatan pelajaran dan penggunaan bahasa kebangsaan di

10

Page 11: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

Tanah Melayu supaya setiap pelajar dapat belajar dalam sistem pendidikan

yang sama.Dengan itu, Laporan Pelajaran telah menjadikan Laporan Barnes

1951 sebagai asas kepada laporan pendidikan seterusnya.Dalam laporan

Barnes mencadangkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantar di sekolah rendah dan bahasa Inggeris di sekolah

menengah.Akan tetapi, Laporan Feen-Wu 1951 telah menolak cadangan

tersebut dengan menuntut bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar di

sekolah Cina.Ini menyebabkan matlamat menjadikan sitem pendidikan

sebagai alat perpaduan tidak dapat dilaksanakan.Oleh yang demikian,

Ordinan Pelajaran 1952 telah diadakan dan menerima cadangan Laporan

Barnes 1951.Seterusnya, Laporan Razak1956 juga menerima cadangan

laporan Barnes tetapi demi menjaga keharmonian politik, Laporan Razak

juga telah membenarkan bahasa vernakular hanya digunakanselama 10

tahun selepas merdeka.Ini bermaksud, sebelum mencapai kemerdekan,

sekolah aliran vernakular ini diminta menggunzkan bahasa Melayu.Hasil

persetujuan tersebut, maka semangat perpaduan mula disemai apabila

sekolah aliran berbeza ini beransur-ansur menjadi sekolah umum yang

menggunkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Namun, seperti

yang dijanjikan, selepas 10 tahun mencapai kemerdekaan, sekolah

vernakular ini dibenarkan semula untuk menggunakan bahasa vernakular

masing-masing.

3.2 KERJASAMA KAUM KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI.

Di antara prasyarat bagi Persekutuan Tanah Melayu untuk

berkerajaan sendiri ialah kerjasama kaum.Oleh itu, dasar kerjasama kaum

telah menjadi pegangan dalam setiap langkah menuju ke arah berkerajaan

sendiri.Terdapat beberapa langkah telah diambil oleh Tanah Melayu untuk

mewujudkan kerjasama kaum.Salah satu daripadanya ialah melalui Sistem

Ahli yangdiperkenalkan pada April 1951. Terdapat 2 tujuan utama Sistem

11

Page 12: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

Ahli diperkenalkan ialah untuk melatih orang melayu dan kaum lain dalam

pentadbiran Tanah Melayu dan juga untuk memupuk perpaduan. Dalam erti

kata lain, Sistem Ahli merupakan satu langkah yang penting kea rah

mewujudkan perpaduan. Penubuhan Sistem Ahli ini adalah merupakan

cetusan idea daripada Dato’ Onn Ja’afar dan disokong oleh oleh pihak British

serta Raja-raja Melayu.

Sistem Ahli ialah merupakan satu sistem kabinet bayangan yang

terdiri daripada beberapa orang pegawai pentadbir penjajah (British) dan

tokoh-tokoh politik. Anggota yang dilantik dalam sistem ini dikenali sebagai

Ahli dan boleh diibaratkan senagai menteri. Pelantikan dibuat oleh

Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja

Melayu.Ahlinya diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

Keanggotaan dalam Sistem Ahli ini terdiri daripada 5 orang penduduk Tanah

Melayu yang terdiri daripada semua kaum di persekutuan Tanah Melayu (3

orang Melayu, seorang Cina dan seorang India) dan 4 orang pegawai British.

Di antara yang dilantik untuk memegang jawatan dalam Sistem Ahli ialah

Dato’ Mahmud Mat (Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan), Tunku

Yaacob ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Ahli Pertanian dan

Perhutanan), Dato’ Onn Ja’afar (Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri), Dr. Lee

Tiang Keng (Ahli Kesihatan) dan E.E.C Thuraisingam (Ahli Pelajaran).Melalui

sistem ini, tokoh-tokoh politik diberi peluang bertanggungjawab dan

menggunakan kuasa politik dalam bidang tertentu. Di samping itu juga, pada

tahun 1955, Dr. Ismail Abdul Rahman, iaitu wakil daripada UMNO dan H.S

Lee, iaitu wakil MCA telah dilantik untuk menjadi anggota Sistem Ahli. Tujuan

pelantikan itu dibuat adalah untuk mencerminkan proses perpaduan kaum

yang kukuh di Persekutuan Tanah Melayu. Oleh itu, kerjasama di antara

kaum dalam menjalankan tugas-tugas kerajaan disemai di peringkat tertinggi

dalam politik negara yang masih dan terus diamalkan sehingga ke hari ini.

Kerjasama kaum juga dipupuk melalui kelonggaran syarat

kerakyatan Persekutuan. Jawatankuasa Hubungan antara Kaum yang

ditubuhkan pada tahun 1949 adalah bertujuan untuk melonggarkan syarat

12

Page 13: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu.Tujuan kelonggaran ini adalah untuk

memberi taraf kewarganegaraan kepada golongan imigran supaya mereka

mencurahkan taat setia sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu.Di

samping itu, kelonggaran ini juga bertujuan untuk mengelakkan golongan

imigran daripada terus terpengaruh dengan Parti Komunis Malaya.

Kelonggaran syarat ini telah dibuat pada 2 peringkat iaitu pada

peringkat Persekutuan dan peringkat negeri. Di peringkat persekutuan,

syarat kerakyatan dilonggarkan melalui 3 cara iaitu melalui kuat kuasa

undang-undang, melalui permohonan dan juga melalui naturalisasi.

Kelonggaran syarat kerakyatan persekutuan melalui undang-undang telah

dikuatkuasakan untuk seseorang rakyat sultan di mana-mana negeri Melayu

dan seorang warganegara British dan koloni-koloninya yang lahir di Negeri-

negeri Selat. Kelonggaran syarat kerakyatan melalui permohonan pula akan

diberi kepada seseorang warganegara British dan koloni-koloni yang

berumur 18 tahun, berkelakuan baik, dan bersedia mengangkat sumpah taat

setia kepada Persekutuan. Seterusnya, kelonggaran syarat kerakyatan juga

diberikan melalui naturalisasi. Melalui proses naturalisasi, kerakyatan akan

diberikan kepada seseorang warganegara British dan koloni-koloninya yang

telah menetap di negeri ini selama 10 tahun dari 12 tahun secara berturut-

turut.

Manakala, Syarat Kerakyatan Negeri 1951 pula terbahagi kepada 2

iaitu dilaksanakan secara kuat kuasa undang-undang dan secara

permohonan. Melalui syarat kerakyatan secara kuat kuasa undang-undang,

orang asli di negeri-negeri Melayu, orang Melayu yang dilahirkan di negeri

Melayu dan orang bukan Melayu yang dilahirkan di negeri itu di mana salah

seorang daripada ibu bapanya dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu akan

diberi kerakyatan. Manakala, melalui syarat kerakyatan secara permohonan,

seseorang individu tersebut boleh memohon untuk menjadi warganegara

sekiranya telah mencapai umur 21 tahun, dilahirkan di negeri itu,

berkelakuan baik, mengangkat sumpah taat setia kepada raja dan

melepaskan kewarganegaraan yang asal. Kesan daripada kelonggaran

13

Page 14: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

syarat kerakyatan ini, maka rakyat persekutuan Tanah Melayu bukan sahaja

terdiri daripada golongan orang Melayu dan orang asli, tetapi terdiri juga

daripada golongan imigran.Golongan imigran ini kebanyakannya terdiri

daripada orang Cina dan India.

Kerjasama kaum ke arah berkerajaan sendiri juga dipupuk melalui

Pembentukan Parti Perikatan.Pemimpin ketiga-tiga buah Parti terbesar

iaitu UMNO, MCA dan MIC berpendapat bahawa penubuhan Parti Perikatan

akan dapat melahirkan perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai

kaum di negara ini. Kerjasama di antara parti-parti ini telah mendapat

sokongan daripada pihak British. Ini adalah kerana melalui kerjasama yang

wujud di antara ketiga-tiga parti ini, ianya akan mewujudkan suasana politik

yang stabil dan dapat menjaga kepentingan ekonomi persekutuan Tanah

Melayu. Maka, dengan ini, ekonomi Persekutuan Tanah Melayu akan

terjamin. Kerjasama antara kaum ternyata merupakan satu pakatan politik

yang murni sehingga melahirkan perpaduan kaum di Persekutuan Tanah

Melayu.Pada tahun 1952, Pakatan UMNO Kuala Lumpur dan MCA Selangor

telah bergabung dalam Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur.Pakatan ini

telah Berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Di

samping itu juga, pemimpin utama UMNO dan MCA juga menyambut baik

pakatan ini dan berazam untuk membentuk pakatan yang lebih besar di

peringkat Tanah Melayu. Pada tahun 1954, satu Konvensi Nasional yang

membentuk Parti Perikatan UMNO-MCA telah diadakan.Setahun kemudian,

iaitu pada tahun 1955, MIC telah menyertai Parti Perikatan iaitu UMNO-

MCA-MIC.

Pada tahun 1951, pilihanraya peringkat tempatan iaitu pilihanraya

Majlis Bandaran yang pertama telah diadakan bertujuan untuk memberi

peluang kepada penduduk tempatan menjalankan tanggungjawab mereka ke

arah berkerajaan sendiri.Pilihanraya Majlis Bandaran yang pertama telah

diadakan di Georgetown, Pulau Pinang pada bulan Disember 1951.Dalam

pilihanraya ini, parti radikal yang dianggotai oleh pelbagai kaum telah

memenangi 6 daripada 9 buah kerusi yang dipertandingkan. Pada bulan

14

Page 15: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

Februari 1952, Pilihanraya Majlis Bandaran telah diadakn Kuala Lumpur

dimana parti UMNO dan MCA telah menjalinkan kerjasama bagi menghadapi

pilihanraya tersebut. Hasil daripada kerjasama tersebut, UMNO-MCA berjaya

memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Selain daripada itu,

pilihanraya Majlis Bandaran juga telah diadakan di bandar-bandar utama

yang lain seperti Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan Seremban. Kerjasama yang

ditunjukkan oleh parti UMNO-MCA dalam pilihanraya ini telah meyakinkan

penduduk bandar-bandar lain di Persekutuan Tanah Melayu dan ini terbukti

apabila UMNO-MCA memenangi 26 daripada 37 kerusi Majlis Bandaran

yang dipertandingkan.Kemenangan ini telah Berjaya melahirkan Perikatan

UMNO-MCA pada tahun 1954.

Selepas pilihanraya Majlis Bandaran, pilihanraya Negeri juga mula

diperkenalkan pada tahun 1954 untuk memberi peluang yang lebih luas

kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang bakal memerintah. Dalam

pilihanraya negeri ini, parti Perikatan UMNO-MCA telah Berjaya memenangi

226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan.Kemenangan ini telah

membuktikan bahawa masyarakat menerima kerjasama antara kaum dalam

politik tanah air.Konsep kerjasama ini juga telah mengukuhkan lagi

keyakinan rakyat terhadap parti Perikatan sehingga ke hari ini.

Seterusnya, pada tahun 1954, pihak British telah menubuhkan

jawatankuasa pilihanraya yang terdiri daripada pegawai kanan British dan

wakil parti-parti politik. Tujuan penubuhan jawatankuasa ini adalah sebagai

langkah untuk melanjutkan proses berkerajaan sendiri. Pihak British telah

memperuntukkan 100 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan (MPP),

iaitu 52 kerusi dipilih melalui pilihanraya dan 48 ahli MPP dilantik oleh

Pesuruhjaya Tinggi British. Sebelum pilihanraya diadakan, setiap parti politik

telah mengadakan kempen pilihanraya, iaitu selepas hari penamaan calon

pada 15 Julai 1955.Dalam kempen tersebut, Parti Perikatan telah

mengeluarkan manifestonya untuk meraih sokongan. Terdapat beberapa

perkara yang terkandung dalam Manifesto Parti Perikatan iaitu: 1)Mencapai

kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun, 2)Mewajibkan pendidikan rendah,

15

Page 16: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

3)Melindungi hak raja Melayu sebagai raja berperlembagaan, 4)Menamatkan

darurat dan 5)Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan. Pada 27

Julai 1955, pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) telah

diadakan di mana Parti Perikatan telah memenangi sebanyak 51 daripada 52

kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan Parti Perikatan dalam pilihanraya

Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) ini adalah disebabkan oleh

beberapa faktor.Salah satu daripadanya ialah sikap tolak-ansur parti-parti

yang bertanding dalam pembahagian pilihanraya.Kemenangan ini juga

disebabkan oleh kebijaksanaan pemimpin parti berunding dalam

menyelesaikan masalah politik.Faktor ketiga ialah kesanggupan setiap kaum

untuk berkongsi kuasa dalam politik Negara.Faktor keempat ialah kerana

kesepakatan semua kaum untuk menolak pengaruh Parti Komunis

Malaya.Faktor kelima ialah disebabkan oleh semangat penduduk

persekutuan Tanah Melayu yang berkobar-kobar untuk mencapai

kemerdekaan. Selain itu juga, kemenangan parti perikatan juga adalah

kerana manifesto pilihanraya diterima umum.

Kemenangan Parti Perikatan dalam setiap pilihanraya yang diadakan

disebabkan oleh dasar kerjasama di antara beberapa buah parti politik. Ini

membuktikan bahawa dasar kerjasama di antara kaum mampu meyakinkan

pihak British bahawa Persekutuan Tanah Melayu telah bersedia untuk

memilih pemimpin dan berkerajaan sendiri yang akan menguruskan

pentadbiran negara selepas merdeka nanti. Oleh itu, dasar kerjasama kaum

dan politik adalah merupakan pendekatan terbaik bagi masyarakat berbilang

bangsa di Negara kita dan wajar didukung oleh setiap warganegara yang

mencintai kedamaian di sesebuah negara.

3.3 PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU.

Proses mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu bukanlah satu proses

yang mudah sekiranya pelbagai kaum yang berada di Tanah melayu pada ketika itu

16

Page 17: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

tidak mengamalkan nilai kerjasama dan bersatu padu. Namun, apa yang dapat kita

lihat pada ketika itu ialah adanya tolak ansur terutamanya antara parti-parti politik

dalam membahagikan kerusi kemenangan dan berkongsi kuasa, kebijaksanaan

dan kepimpinan wakil-wakil politik, serta kesepakatan di antara mereka untuk

mewujudkan negara yang merdeka. Tambahan pula, Parti Perikatan yang

menerajui sistem politik negara pada masa itu telah memenangi majoriti kerusi

pada pilihan raya 1955 dan mampu memberikan kepercayaan penuh kepada

penduduk tempatan untuk membawa kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Rentetan dengan Kemenangan Parti Perikatan itu, Tunku Abdul Rahman telah

dilantik sebagai ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan membentuk barisan

kabinet pertama.

Perjuangan parti ini bukan setakat untuk memenangi setiap pilihan raya,

malahan tujuan utama adalah ingin mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Dengan itu, satu rundingan telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman bersama

dengan Majlis Raja-raja melayu. Melalui rundingan tersebut, satu rombongan

merdeka telah dbentuk. Rombongan ke London ini diketuai oleh Tunku Abdul

Rahman sendiri bersama dengan wakil Parti Perikatan yang lain iaitu Dato’Abdul

Razak bin Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman dan H.S. Lee. Sementara empat

orang wakil Raja-raja Melayu terdiri daripada Dato’Panglima Bukit Gantang,

Dato’Nik Ahmad Kamil, Abdul Aziz Othman dan Dato’Mohd Seth. (Lew Hee Men,

2012)

Rundingan ini yang berlangsung selama tiga minggu dan dipengerusikan

oleh Lord Lennox-Boyd.Rundingan ini berjaya mencapai persetujuan di antara

kedua-dua pihak dan perjanjian kemerdekaan telah dimeterai pada 8 Februari

1956. Antara persetujuan yang terkandung dalam perjanjian London ini ialah

kerajaan British bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu

pada 31 Ogos 1957 dengan syarat selepas merdeka, Tanah Melayu akan kekal

sebagai lingkungan Komanwel dan mengamalkan pemerintahan secara demokrasi.

Selain itu, suruhanjaya bebas akan ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan

Merdeka. Parti Perikatan tidak boleh mengambil alih perniagaan British di Tanah

Melayu dan pegawai tinggi British akan digantikan dengan menteri-menteri

17

Page 18: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

perikatan. Sementara itu antara kandungan lain perjanjian ini ialah dalam aspek

pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan pusat diteruskan dan konsep Raja

Berperlembagaan dikekalkan (Chong Voon Sei, 2012).

Setelah temeterainya Perjanjian London dahulu, para pemimpin memikirkan

perlunya satu suruhanjaya dibentuk bagi menggubal Perlembagaan Tanah

Melayu.Dengan itu, Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada Mac 1956 yang diketuai

oleh Lord Willam Reid dan dianggotai oleh Tuan Abdul Hamid (Pakistan), Tuan B.

Malik (India), Sir Ivor Jennings (England) dan Sir William Mackell (Australia).

Penggubalan Perlembagaan bagi negara ini adalah berdasarkan kepada

pemerintahan demokrasi berparlimen. Antara kandungan yang terdapat dalam

perlembagaan ini ialah pembentukan sebuah kerajaan berpusat dan berlandaskan

konsep demokrasi, menjamin kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan istimewa

orang melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain dan melantik seorang

ketua negara dari kalangan Raja-raja Melayu.

Kesan daripada pembentukan perlembagaan ini telah mendorong kepada

penghantaran satu memorandum oleh Parti perikatan.Namun begitu, sebahagian

sahaja memorandum yang diterima dan mendapat tolak ansur daripada pihak MCA

dan MIC seperti berkaitan dengan pemberian hak istimewa orang melayu dan

penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi.Sementara itu, bagi pihak

UMNO, mereka pula bersetuju dengan penggunaan prinsip jus soli dalam

memberikan taraf kerakyatan kepada kaum bukan melayu. Setelah melalui pelbagai

pindaan, akhirnya Rang Perlembagaan Kemerdekaan diluluskan oleh Majlis

Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan berkuatkuasa pada 27 Ogos

1957. Rang Perlembagaan 1957 merupakan satu usaha yang penting dalam

memberi persediaan awal kepada rakyat Tanah Melayu untuk membentuk kerajaan

sendiri selepas mencapai kemerdekaan nanti.Tambahan pula, sebagai sebuah

negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum, mentadbir negara sendiri

adalah satu tujuan utama selepas dibelenggu oleh penjajah sekian lama (Suhaiza

Bt Ibrahim, 2007).Dengan itu, atas keyakinan untuk memerintah negara sendiri,

Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan bagi Tanah

18

Page 19: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

Melayu pada 31 Ogos 1957 di padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka (Sumber:

Arkib Negara Malaysia).

Apabila tibanya tarikh 31 Ogos 1957, bermula satu detik sejarah bagi Tanah

Melayu. Laungan sebanyak tujuh kali “Merdeka” oleh Tunku Abdul Rahman

bersama-sama penduduk tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum bangkit

dengan satu semangat yang membara untuk memerintah negara

sendiri.Kepercayaan penduduk tempatan terhadap kerjasama parti-parti politik dan

perpaduan antara kaum-kaum ketika itu telah membuahkan hasil bahawa

perjuangan mereka adalah tidak sia-sia.

Kemerdekaan ini menandakan bahawa pucuk pimpinan negara akhirnya

diserahkan semula oleh penjajah kepada pemerintah tempatan setelah hampir 446

tahun dijajah oleh kuasa asing. Setiap langkah yang diatur dan dirancang oleh

pemimpin negara pada masa itu adalah bertujuan membangunkan semula

penduduk dari aspek sosial, ekonomi, politik dan juga mewujudkan suasana hidup

yang harmoni, tenteram dan bersatu padu antara pelbagai kaum dalam satu negara

(Suhaiza Bt Ibrahim, 2007).

3.0 RUMUSAN/KESIMPULAN/PENUTUP

Apabila direnung kembali kronologi bagaimana Kemerdekaan Tanah Melayu dicapai,

perkara yang perlu diberi perhatian semestinya bermula daripada usaha kearah

perpaduan kaum diikuti oleh usaha kearah kerjasama pelbagai kaum yang seterusnya

membawa kepada proses memperjuangkan Kemerdekaan Tanah Melayu. Justru, jika

diteliti pelbagai usaha telah dilakukan agar Kemerdekaan yang diimpikan oleh

penduduk Tanah Melayu bukan lagi “omong kosong” semata-mata. Disamping itu,

tuntutan kemerdekaan yang lebih bersifat demokrasi tanpa pertumpahan darah

merupakan sesuatu yang amat membanggakan dan harus diteladani. Ini menunjukkan

bahawa rundingan secara damai merupakan suatu langkah yang amat produktif dalam

mengetengahkan sesuatu tuntutan mahupun pandangan dan bukanlah melalui

kekerasan semata-mata ataupun perjuangan yang bersifat agresif sehingga

menimbulkan provokasi yang melampau sehingga mengorbankan nyawa.

19

Page 20: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

4.0 REFLEKSI AHLI KUMPULAN.

Tugasan “Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Dan Proses Kemerdekan

Tanah Melayu” bukanlah sesuatu yang baru bagi ahli kumpulan kami

memandangkan sebelum ini kami pernah didedahkan dengan beberapa tajuk lain

yang berkaitan. Selain itu, semasa di sekolah menengah juga terdapat sukatan

yang ada menyentuh dengan agak teliti berkaitan dengan tajuk ini. Ini telah

memberi kelebihan kepada ahli kumpulan kami dalam memahani dengan lebih

mendalam berkaitan tajuk ini. Selain itu, maklumat berkaitan dengan tugasan ini

juga mudah diperolehi memandangkan tajuk ini agak terkenal dan sering

dibincangkan dalam blog-blog berkaitan sejarah. Dengan itu, kami berpendapat

bahawa tajuk ini telah mendapat sambutan dalam perbincangkan kerana ia

memberi ruang kepada pelbagai pihak untuk mengetengahkan pendapat mengikut

persepsi masing-masing. Ini kerana, tajuk ini mempunyai kaitan dengan isu-isu

semasa yang melibatkan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia lebih-lebih lagi

pada konteks masa kini. Selain itu, bahan rujukan juga boleh didapati

menerusilaman-laman web kerajaan dan ini telah menyakinkan kami bahawa

segala maklumat yang diperoleh adalah terbukti kesahihanya kerana kami percaya

maklumat yang terkandung di dalam laman web kerajaan adalah terbukti kerana

telah digazedkan sebagai fakta sejarah. Disamping itu, ahli kumpulan kami amat

teruja membuat kajian berkaitan dengan tajuk ini kerana banyak pengetahuan baru

telah kami perolehi untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan kami tentang tajuk

ini. Tambahan lagi, banyak pengajaran yang dapat diteladani berdasarkan peristiwa

–peristiwa yang usaha sepajang memperjuangkan kemerdekaan, contoh kami

menyedari betapa pentingnya perpaduan kaum untuk negera kita yang terdiri

daripada berbilang bangsa agar kita dapat hidup aman dan harmoni.

Walaubagaimanapun, ahli kumpulan kami agak sukar mendapat peristiwa-

peristiwa gambar yang berkaitan dengan tajuk perbincangan kami ini. Kami

mendapati bahawa maklumat berkaitan tajuk ini adalah lebih berbentuk fakta

semata-mata. Oleh itu, agak sukar untuk kami memberi gambaran sebenar tentang

peristiwa-peristiwa penting seperti aktiviti atau peristiwa berkaitan dengan

20

Page 21: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

kerjasama politik pelbagai kaum ini.Kekangan-kekangan lain seperti pertindahan

fakta dalam sumber-sumber yang kami perolehi menyebabkan kami terpaksa

mengambil masa yang agak lama untuk meneliti semula fakta tersebut dan tidak

mengambilnya secara bulat-bulat untuk dijadikan rujukan kepada tugasan kami ini.

Selain itu, dengan masa yang agak terhad juga, kami terpaksa menginterpretasi

beberapa fakta sejarah tersebut yang kami rasa agak mengelirukan kemudian

menterjemahkannya ke dalam bentuk fakta yang mudah difahami untuk

mengelakkan kekeliruan dikalangan sesetengah pihak. Ini sedikit sebanyak telah

memberi tekaanan kepada ahli kumpulan kami dalam menyiapkan tugasan ini.

21

Page 22: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

5.0 BIBLIOGRAFI

1. Chong Voon Sei,2012.Sejarah PMR. SAP publications (M) Sdn Bhd

2. Lew Hee Men, Zamri Zakaria, Mansor Hasan, 2012. Success Sejarah PMR.Oxford

Fajar Sdn. Bhn.

3. Norizan Yusoff, 2009. Sejarah Malaysia.Federal Marshall Cavendish (Malaysia)

Sdn. Bhd.

4. Sabihah Osman, Muzaffar Tate, Ishak Ibrahim, 2000. Sejarah Tingkatan 3

5. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala

6. Lumpur.

7. Suhaiza Binti Alias, 2007. Malaysia negara kita.MDC Publishers Sdn. Bhd.

8. http://ajijoi.blogspot.com/2011/06/kerjasama-politik-antara-kaum-rakyat.html

9. http://cikguazid.com/nota-sejarah-ting-3/bab-4-kerjasama-kaum-ke-arah-

kemerdekaan/

10.http://www.slideboom.com/presentations/293430/Bab-4-%3A-Kerjasama-antara-

Kaum-ke-Arah-Kemerdekaan.

11.http://www.arkib.gov.my/Kerjasama-Kaum

12.http://www.malaysiamerdeka.gov.my

13.http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Perikatan 14.http://pkpmsm1.tripod.com/politik.html

22

Page 23: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

6.0 LAMPIRAN

6.1 PARTI POLITIK PELBAGAI KAUM YANG MEMBENTUK PARTI

PERIKATAN

UMNO MIC MCA

6.2 TOKOH PERPADUAN

23

Dato Onn Bin Jaafar Pengasas UMNO yang pertama. Mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan di

England. Memegang jawatan sebagai Pegawai Tadbir Johor sebelum memimpin

UMNO. Pernah dilantik menjadi Menteri Besar Johor pada tahun 1946.

Tunku Abdul Rahman Pendidikan tinggi di Kolej St. Catharine di University Cambridge 1925 20 tahun Memegang jawatan sebagai Presiden UMNO selepas Dato

Onn Bin Jaafar meletak jawatan. 31 Disember 1956, mengetuai misi ke London untukmembincangkan

mengenai kemerdekaan Tanah Melayu. Perdana Menteri Malaysia Pertama 1957

John A. Thivy. Pengasas dan presiden pertama Parti MIC pada 8 Ogos 1946. Perpendidikan undang-undang.

Tun Tan Cheng Lock. Presiden parti pertama MCA 1949 Mendapat pendidikan tinggi di Raffles Institution, Singapura 1908  Memperkenal konsep jus soli bersyarat bagi bukan Melayu. Membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan (National Conventions)

yang dianjurkan bersama UMNO pada 23 Ogos 1953 sehingga membentuk Parti Perikatan.

Page 24: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

6.3 PERISTIWA PILIHANRAYA TANAH MELAYU.

24

Pilihanraya pertama 1955 Para pengundi sedang menunggu giliran untuk mengundi.

Pilihanraya Majlis Perundangan.

Page 25: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

6.4 RENTETAN PERISTIWA PENGIYSTHIHARAN TARIKH

KEMERDEKAAN.

Peristiwa-peristiwa bergambar;

25

01 Januari 1956Rombongan Rundingan Kemerdekaan

Dari kiri: Datuk Ahmad Kamil, Datuk Dr Ismail, Datuk Hj Abdul Wahab, YTM Tunku Abdul   Rahman, Dato' Mohammad Seth, Kolonel Sir H.S. Lee, Dato' Abdul Aziz Majid dan Datuk Abdul Razak Barisan belakang: T.H. Tan(Setiusaha Wakil Perikatan) dan Abdul Kadis Shamsuddin (Setiuasaha wakil Raja-raja)

01 Januari   1956

Rombongan Kemerdekaan bertolak ke Karachi, Pakistan menaiki kapal laut bernama M.V. Asia.

01 Januari 1956

Seramai 10,000 orang yang sebilangan besar terdiri daripada ahli-ahli UMNO telah menghantar Rombongan Kemerdekaan di Pelabuhan Tanjung

Rombongan ke London

Perjanjian London

Suruhanjaya Reid

Rang Perlembagaan KemerdekaanPengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 1957

Page 26: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

 

 

26

01 Januari 1956

Seramai 10,000 orang yang sebilangan besar terdiri daripada ahli-ahli UMNO telah menghantar Rombongan Kemerdekaan di Pelabuhan Tanjung

01 Januari 1956

Keratan Akhbar Melayu, 6 Januari 1956 yang menunjukkan kapal laut M.V. Asia ke Karachi, Pakistan.

Keratan Akhbar Utusan Melayu, Rombongan Kemerdekaan yang diketuai oleh YTM Tunku sedang berbincang di Lancaster House.

8 Januari 1956

YTM Tunku dan Lennox Boyd (Setiausaha Tanah Jajahan Inggeris) menandatangani Perjanjian Merdeka di London.

20 Februari 1956 (11.00 pagi)

YTM Tunku yang mengetuai Rombongan Kemerdekaan tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka dengan Malayan Airways.

Page 27: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

 

 

 

27

20 Februari 1956

Rombongan Merdeka yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman disambut oleh lebih kurang 1,000 jawatankuasa penyambut daripada Parti Perikatan semasa tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka.

20 Februari 1956

Rombongan Kemerdekaan berehat seketika di rumah Tan Cheng Lock di Klebang, Melaka dalam perjalanan dari Batu Berendam ke Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956 (3.30 petang)

Rombongan Kemerdekaan tiba di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956

YTM Tunku Abdul Rahman, Datuk Panglima Bukit Gantang, Toh Muda Hj. Abdul Wahab Abdul Aziz dan Leong Yew Koh telah diarak dengan kereta berwarna hitam bernombor plat M 4442 dari Batu Berendam hingga ke Klebang untuk berehat di rumah Tan Cheng Lock.

Page 28: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

 

 

 

 

28

20 Februari 1956

YTM Tunku menjulang keris yang dihadiahkan oleh kaum ibu UMNO Melaka yang diwakili oleh Puan Zainab bt Samdin.

20 Februari 1956

Orang ramai melaungkan 'Merdeka'setibanya Rombongan Kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956

En Ghafar Baba, mempengerusikan perhimpunan raksasa di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956

Datuk Abdul Hamid Jumat, Ketua Cawangan UMNO Singapura sedang menyerahkan Peta Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura pada YTM Tunku Abdul Rahman Putra di Padang Bandar Hilir, Melaka.

Page 29: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

 

 

 

29

20 Februari 1956

Orang ramai mendengar ucapan YTM Tunku Abdul Rahman di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956

Ucapan oleh Datuk Panglima Bukit Gantang, Toh Muda Haji Abdul Wahab di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956

YTM Tunku Abdul Rahman membaca Watikah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan yang disusun oleh En Senu Abdul Rahman, Tn Syed Nasir Ismail dan ditulis oleh En Ibrahim Mahmood (Pengarang Akhbar Merdeka

20 Februari 1956

Ucapan wakil MCA Leong Yew Koh di Padang Bandar Hilir, Melaka.

Page 30: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

 

 

30

20 Februari 1956

Dr. Ismail (kiri) dan Dato' Abdul Razak (kanan) turut menandatangani pengisytiharan tarikh Kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956

Watikah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Malayu yang ditandatangani oleh ahli-ahli Rombongan Merdeka di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956

YTM Tunku Abdul Rahman melaungkan 'MERDEKA'.

20 Februari 1956

Rombongan Kemerdekaan berarak keluar selepas mengumumkan tarikh kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

Keratan Akhbar Utusan Melayu bertarikh 21 Februari 1956

Page 31: Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Membentuk Perpaduan-new

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SJC 2203

31

31 Ogos 1957

Pengisytiharaan Kemerdekaan Tanah Melayu di Padang Merdeka.