Perpustakaan keluarga

Post on 25-May-2015

620 views 2 download

Transcript of Perpustakaan keluarga

PERPUSTAKAAN KELUARGA

MEMUPUK GALAKAN MEMBACA

Oleh :Mazlan Mohd Sanip

(Ketua Pusat Sumber IPG)

Allah berfirman :“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama

Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah ; Yang mengajarkan manusia melalui pena dan tulisan ; Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”

(Al Alaq : 1-5)

Pengenalan Membaca merupakan satu proses asas untuk mencungkil, menimba dan menghasilkan ilmu pengetahuan. Perlakuan dan sikap positif terhadap pembacaan hanya tumbuh dengan subur sekiranya berada dalam sesuana persekitaran sosial yang memberi galakan dan merangsang untuk pembacaan

Pemupukan Amalan Membaca

• Peranan persekitaran dalam

rumah• Peranan keluarga dalam

meletakkan minat• Kepelbagaian sumber ilmu (sepeti

buku yang berbagai dan komputer)

Definasi Perpustakaan keluarga

didefinasikan sebagai ruang, sudut, bilik yang menmpatkan bahan bacaan rujukan seperti buku, majalah, akhbar dan bahan eletronik seperti komputer, television, alat rakaman kaset atau video.

Tujuan • Menanam serta membina Tabiat

Membaca secara berterusan dalam kalangan keluarga.• Memberi pendedahan kepada

kanak-kanak-kanak tentang buku/ilmu pengetahuan pada umur yang muda.• Aktiviti Lazim Keluarga

Tujuan • Menghargai dan menilai bahan

bacaan dan ilmu pengetahuan.• Meningkatkan proses

pempelajaran di rumah.• Menggalakkan mengumpul

bahan bacaan /bahan eletronik dan disusun secara sistematik.

Panduan Menguruskan Perpustakaan

Keluarga

1. Tempat Pemilihan tempat yang sesuai untuk dijadikan Perpustakaan Keluarga amat penting supaya perpustakaan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Ibu bapa boleh memilih tempat-tempat yang berikut berdasarkan kemampuan mereka.

a) Ruang atau tempat yang sesuai untuk menempatkan bahan bacaan.

b) Sudut yang jauh dari punca kebisingan.

c) Sebuah bilik khas. Mempunyai sumber pencahayaan yang cukup dan peredaran udara yang baik

2. Koleksi Koleksi Perpustakaan Keluarga akan mencerminkan minat serta tingkat pembacaaan seseorang. Koleksi perpustakaan sebaik-baiknya mempunyai imbangan bahan-bahan bacaan yang berat dan ringan seperti berikut :

a) Bahan rujukan seperti kamu, atlas, ensiklopedia, buku manual, buku resepi dan buku panduan.

b) Bahan bacaan berbentuk pengetahuan dan ilmiah.

c) Bahan bacaan riadah seperti novel, buku bergambar.

d) Peralatan eletronik audio visual seperti komputer, pita video, kaset dan cakera padat.

e) Permainan pelajaran seperti scrable, sahibba, catur dan lain-lain.

3. Keperluan Asas Alat peperluan asas yang

dirasakan perlua bagi mewujudkan Perpustakaan Keluarga ialah seperti berikut :

a) Rak Buku Rak Buku beli siap

Rak Buku tempah

b) Kotak Majalah/Risalah

c) Rak peralatan eletronik

d) Lain-Lain Perkakas Keperluan asas lain yang lain boleh dipertimbangkan mengikut badget ialah meja dan kerusi pembaca, tikar atau pelapik bagi menuti lantai dan perhiasan yang lain untuk menambahkan lagi keceriaan dan keselesaan.

(gmbar cntoh)

Penyimpanan Rekod Buku

Perpustakaan Keluarga

Penyimpanan rekod penting untuk tujuan menyemak dan mengetahui jumlah bahan perpustakaan yang dimiliki. Terdapat pelbagai cara seperti berikut :

a) Membuat senarai bahan dan menyimpannya di dalam fail khas

b) Menggunakan kad katalog

c) Menyimpan rekod-rekod dalam komputer pribadi

(gmbar cntoh)

Tanda Hak Milik Buku

Perpustakaan Keluarga

Bahan bacaan dan eletronik yang disimpan di dalam Perpustakaan Keluarga perlu diberi tanda hak milik. Tanda hak milik boleh dibuat dalam pelbagai bentuk seperti :

a) Bercetak

b) Cop

c) Pelekat

d) Tulisan

Pengguna Buku Perpustakaan

Keluarga

Perpustakaan Keluarga boleh ditentukan sama ada untuk ahli keluarga, saudara mara, kawan-kawan atau jiran. Sekiranya hanya untuk ahli keluarga sahaja maka perlua menyediakan peraturan ringkas seperti meletakkan buku pada tempat yang disediakan.Jika dibuka juga kepada saudara-mara dan kawan-kawan anak, adalah perlu untuk peraturan yang lebih terperinci disediakan. Sekiranya ia dibuka kepada jiran pula, adalah penting menyediakan peraturan lebih terperinci seperti waktu pembukaan, kad keahlian, peraturan pinjaman dll.

Pengguna Buku Perpustakaan

Keluarga

Ahli keluarga

Saudara-mara & kawan anak-

anak

Jiran

(peraturan ringkas)

(peraturan terperinci)

(peraturan lebih terperinci)

Memelihara Bahan

Perpustakaan Keluarga

Buku-buku perlu dipelihara bagi mengelakkan kerosakan atau dimakan serangga. Cara memlihara buku adalah berikut :

a) Cari ruang atau sudut yang berangin.

b) Pilih rak buku tayang terbuka.

c) Elakkan rak dari cahaya matahari.

d) Elakkan dari makan dan minum di ruang bacaan.

e) Menjaga kebersihan dan kawalan dari serangga perosak.

f) Sediakan fail senarai perolehan buku-buku.

g) Rekodkan pinjaman buku oleh jiran atau rakan.

(gmbar cntoh)

(gmbar cntoh)

Aktiviti Galakan Membaca Bersama

Keluarga

Untuk memastikan bahan-bahan yang telah dibeli digunakan sepenuhnya, dicadangkan agar ahli keluarga mengadakan aktiviti yang sesuai bagi menggalakkan pembacaan. Aktiviti boleh dibahagikan kepada dua kategori:

a) Pokok buku (book tree)

b) Bercerita bersama (berdasarkan buku yang telah dibaca)

c) Membaca bersama

1) Aktiviti Dalam Rumah

d) Cari bahan / maklumat

e) Teka silang kata

f) Membaca puisi dan teka teki

g) Bermain permainan pembelajaran (seperti scrable, congkak atau catur)

(gmbar cntoh)

a) Menggalakkan ahli keluarga menjadi ahli perpustakaan awam atau perpustakaan yang berdekatan dgn rumah.

b) Melawat perpustakaan negara, perpustakaan awam, perpustakaan desa, perpustakaan bergerak atau yg berdekatan dengan rumah sekurangnya dua minggu sekali.

2) Aktiviti Luar Rumah

c) Mengunjungi pesta buku atau kedai buku.

d) Memberikan buku atau majalah sebagai hadiah.

e) Bersama-sama ahli keluarga mengikuti program yang dianjurkan oleh perpustakaan awam atau sekolah seperti program bercerita dll.

(gmbar cntoh)

Bembina Koleksi

Untuk menambah koleksi, ibu bapa boleh mengikuti langkah-langkah seperti:

a) Mengunjungi pesta buku atau

pameran buku yang dianjurkan dari masa ke semasa.

b) Mengambil peluang membeli buku-buku yang diberikan potongan harga.

c) Meminjam dari perpustakaan,

kelab buku dan sebagainya.

d) Membuat pertukaran buku dengan kawan.

e) Melanggan majalah dan surat khabar secara tetap.

Penyusunan Bahan

1. Definasi Penyusunan bermaksud

meletakkan berbaris-baris, berderet-deret, mengatur dan mengelolakan sesuatu supaya kemas dan lancar.

Dari istilah perpustakaan, penyusunan bermaksud meletakkan bahan di atas rak atau tempat mengikut kesesuaian sistematik berpandukan kepada panduan atau sitem tertentu.

2. Keperluan a) Memastikan bahan tersusun rapi di

atas rak.

b) Memudahkan untuk mendapatkan bahan yang diperlukan.

c) Menjimatkan masa untuk mendapatkan bahan yang diperlukan.

d) Memberikan keselesaan untuk mendapatkan bahan yang dikehendaki.

e) Mudah untuk mengenal pasti bahan yang telah hilang.

3. Panduan Menyusun Buku

a) Pastikan buku-buku berada ditempat atau rak masing-masing.

b) Buku hendaklah disusun secara menegak dengan tulang buku menghadapke luar.

c) Buku diletakkan dengan melihat label panduan label yang dilekatkan di setiap rak.

d) Susunan buku perlu mengikut label nombor panggilan yang di tempatkan di tulang buku bagi buku berkulit tebal dan di bahagian hadapan di bawah sebelah kiri bagi buku berkulit nipis.

(gmbar cntoh)

4. Tatacara penyusunan

a) Sistem Pengelasan Dewey

b) Sistem Pembahagian perkara (dibentuk sendiri

a) Sistem Pengelasan Dewey

Sistem ini merupakan sistem yang telah digunakan secara meluas terutamanya di perpustakaan di seluruh Malaysia.

000 Umum

100 Falsafah

200 Agama

300 Sains Sosial

400 Bahasa

500 Teknologi / Sains Gunaan

600 Kesenian

700 Kesusasteraan

800 Geografi dan Sejarah

900 Fiksyen (Buku Cerita)

F

Contoh Sistem Pengelasan Dewey

b) Sistem Pembahagian

Perkara (dibentuk sendiri)

Mengikut sistem ini, bahan-bahan boleh disusun mengikut perkara/subjek bahan tersebut.

A Karya Am

B Falsafah

C Agama

D Sains Sosial

E Perniagaan, Perakaunan dan Pengurusan

F Bahasa

G Matematik

H Sains

I Perubatan dan Kesihatan

J Teknologi

K Sains Rumah Tangga

L Kesenian

M Sastera

N Geografi

FI Fiksyen

Contoh Sistem Pembahagian Perkara

(gmbar cntoh)

5. Majalah

Majalah tidak perlu disusun mengikut cara yang tertentu seperti mana menyusun buku. Ia boleh disusun mengikut judul majalah dan diletakkan di dalam kotak atau bakul dll. Majalah yang telah cukup keluarannya selama setahun jika ingin disimpan lebih baik sekiranya dijilid.

(gmbar cntoh)

6. Keratan Akhbar Keratan akhbar merupakan bahan yang

digunting dari rencana yang tersiar di akhbar. Dicadangkan memotong mengikut perkara-perkara yang berfaedah seperti resepi, ruangan agama, tokoh-tokoh, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Setelah digunting, keratan itu ditampal di atas kertas putih dan di catatkan nama akhbar dan tarikh keluaran. Kemudian bahan itu difailkan di dalam perkara yang telah ditentukan. Keratan akhbar juga boleh ditambalkan di dalam buku ‘scrap’ atau buku latihan

(gmbar cntoh)

7. Bahan-Bahan Pandang Dengar

Bahan-bahan seperti kaset, pita video dan CD boleh dikelaskan dan disusun mengikut sistem yang berkaitan buku. Ia boleh disusun bersama di antara bahan-bahan buku atau secara berasingan. Walaupun disusun bersama, bahan pandang dengar ini perlu diasingkan di antara buku-buku tersebut.

(gmbar cntoh)

(gmbar cntoh)

Faedah Mewujudkan Perpustakaan

Keluarga

a) Menyemai tabiat membaca seisi

keluarga sebagai memenuhi masa lapang.

b) Menjalin kemesraan melalui pembacaan buku oleh ibu bapa kepada anak-anak.

c) Dapat mengeratkan keakraban dan keharmonian seisi keluarga.

d) Menanam sikap menghargai bahan

bacaan ilmu di kalangan keluarga.

e) Bahan bacaan yang terkumpul dan disusun dengan rapi boleh digunakan dan dirujuk bila-bila masa di samping diperturunkan manfaatnya dari generasi ke generasi berikutnya.

Kesimpulan

Perpustakaan Keluarga boleh menjadi satu tampat penting untuk menimba ilmu di kalangan ahli keluarga. Bahan yang pernah dibeli, dibaca atau dihasilkan oleh ahli keluarga boleh dikumpul secara sistematik untuk mudah dikesan oleh anggota keluarga. Keadaan perpustakaan yang kemas dan tersusun boleh membangkitkan minat anak-anak dan juga ibu bapa untuk membaca dengan lebih selesa dan kerap

Sumber Rujukan

a) Bahagan Gerakan Literasi Maklumat, Pepustakaan Negara Malaysia (2003), Perpustakaan Keluarga.

b) Laman Web Perpustakaan Negara Malaysia, I – Baca.

c) Jawatankuasa Gerakan Membaca Kebangsaan Malaysia (1991) Pembacaan & Perpustakaan Keluarga : Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd.

d) Bahagian Teknologi Pendidikan (1989). Kementerian Pelajaran Malaysia, Perpustakaan Keluarga : Berita Publishing Sdn. Bhd.

Terima Kasih