PERPUSTAKAAN -...

18
SEKITAR PERPUSTAKAAN 35 U-PUSTAKA : SUATU TINJAUAN DARI SEGI PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN DAN SAMBUTAN MASYARAKAT TERHADAP PERKHIDMATANNYA SELEPAS PASCA PERLAKSANAAN Zahuddin bin Sidek @ Salleh Perpustakaan Negara Malaysia, 232 Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur [email protected] ABSTRACT The ubiquitous availability of knowledge is crucial to the development of a nation. The role of the ubiquitous library in the context of development, national unity as well as competitiveness is vital for any nation today. The world itself is being transformed from a production-based economy into a knowledge-based economy and any nation that has aspirations of playing a meaningful role in this new economy must work on developing an innovative information delivery system. Recognizing the fact that the library should maximize the benefit of broadband technology and the need to bring about a transformation in the provision of library services to the people, the u-Pustaka initiative have been introduced by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), in collaboration with eight (8) selected consortium libraries in Malaysia. u-Pustaka is a pilot project in order to improve library services in Malaysia. Bringing the concept of 1Malaysia Library, u-Pustaka provides access to the wealth of knowledge resources for all and can be accessed at anytime and anywhere without the boundaries of time and location via the Internet. u-Pustaka manifests smart collaboration between the government and the private sector in order to bridge the digital divide and knowledge gap between people in urban and rural areas through exchange information and to promote lifelong learning towards creating a knowledge society, inclusively. This paper aims to assess the effectiveness and achievement of u-Pustaka services after its post-implementation and also to share some new developments of u-Pustaka services in the near future. Keywords: Ubiquitous Library, u-Pustaka, Digital Libraries, innovation in library services; library smart collaboration, delivery of library services. Pendahuluan Projek Perintis u-Pustaka ini merupakan satu inovasi usaha sama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan PNM yang dianggotai oleh lapan (8) perpustakaan konsortium termasuklah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS), Pustaka Negeri Sarawak (PUSTAKA), Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL), Perpustakaan INTAN Bukit Kiara dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) serta Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) yang baru menyertai konsortium pada tahun 2013. Di bawah Program Merapatkan Jurang Digital (MJD), Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan cadangan pelaksanaan projek perintis pembinaan rangkaian infrastruktur dan infostruktur berasaskan jalur lebar di semua perpustakaan tersebut atau dikenali sebagai u-Library (Ubiquitous Library) pada awal tahun 2009. Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Transcript of PERPUSTAKAAN -...

SEKITARPERPUSTAKAAN

35

U-PUSTAKA : SUATU TINJAUAN DARI SEGI PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN DAN SAMBUTAN MASYARAKAT TERHADAP

PERKHIDMATANNYA SELEPAS PASCA PERLAKSANAAN

Zahuddin bin Sidek @ SallehPerpustakaan Negara Malaysia,

232 Jalan Tun Razak, 50572 Kuala [email protected]

ABSTRACT

The ubiquitous availability of knowledge is crucial to the development of a nation. The role of the ubiquitous library in the context of development, national unity as well as competitiveness is vital for any nation today. The world itself is being transformed from a production-based economy into a knowledge-based economy and any nation that has aspirations of playing a meaningful role in this new economy must work on developing an innovative information delivery system. Recognizing the fact that the library should maximize the benefit of broadband technology and the need to bring about a transformation in the provision of library services to the people, the u-Pustaka initiative have been introduced by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), in collaboration with eight (8) selected consortium libraries in Malaysia. u-Pustaka is a pilot project in order to improve library services in Malaysia. Bringing the concept of 1Malaysia Library, u-Pustaka provides access to the wealth of knowledge resources for all and can be accessed at anytime and anywhere without the boundaries of time and location via the Internet. u-Pustaka manifests smart collaboration between the government and the private sector in order to bridge the digital divide and knowledge gap between people in urban and rural areas through exchange information and to promote lifelong learning towards creating a knowledge society, inclusively. This paper aims to assess the effectiveness and achievement of u-Pustaka services after its post-implementation and also to share some new developments of u-Pustaka services in the near future.

Keywords: Ubiquitous Library, u-Pustaka, Digital Libraries, innovation in library services; library smart collaboration, delivery of library services.

Pendahuluan

Projek Perintis u-Pustaka ini merupakan satu inovasi usaha sama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan PNM yang dianggotai oleh lapan (8) perpustakaan konsortium termasuklah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS), Pustaka Negeri Sarawak (PUSTAKA), Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL), Perpustakaan INTAN Bukit Kiara dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) serta Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) yang baru menyertai konsortium pada tahun 2013.

Di bawah Program Merapatkan Jurang Digital (MJD), Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan cadangan pelaksanaan projek perintis pembinaan rangkaian infrastruktur dan infostruktur berasaskan jalur lebar di semua perpustakaan tersebut atau dikenali sebagai u-Library (Ubiquitous Library) pada awal tahun 2009.

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

SEKITARPERPUSTAKAAN

36

u-Pustaka dilaksanakan sebagai projek perintis yang melibatkan tujuh (7) buah perpustakaan sebagai pembekal sumber ilmu dan maklumat. Projek rintis ini telah diusahakan sejak tahun 2008 dengan kajian awal melibatkan tujuh (7) perpustakaan disusuli dengan pengujian ketersediaan prasarana fizikal dan prasarana maklumat dan penggubalan polisi berkaitan penyampaian perkhidmatan. Pembangunan sistem u-Pustaka bermula pada akhir tahun 2009 dan selesai pada 17 November 2010. u-Pustaka dilaksanakan sebagai projek perintis yang melibatkan tujuh (7) buah perpustakaan sebagai pembekal sumber ilmu dan maklumat. Projek rintis ini telah diusahakan sejak tahun 2008 dengan kajian awal melibatkan tujuh (7) perpustakaan disusuli dengan pengujian ketersediaan prasarana fizikal dan prasarana maklumat dan penggubalan polisi berkaitan penyampaian perkhidmatan. Pembangunan sistem u-Pustaka bermula pada akhir tahun 2009 dan selesai pada 17 November 2010. Dalam tempoh dua (2) tahun selepas pelaksanaannya iaitu tahun 2011 hingga 2012, kajian penilaian telah dijalankan ke atas keberkesanan u-Pustaka dan hasil penemuan daripada kajian ini akan menjadi asas kepada pengembangan dan perluasan perkhidmatannya ke seluruh negara pada tahun-tahun berikutnya.

Perkhidmatan u-Pustaka telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada 31 Mac 2011 di Perpustakaan Negara Malaysia. Mulai dari tarikh tersebut, perkhidmatan u-Pustaka telah dibuka secara rasmi kepada rakyat Malaysia di mana portal rasmi u-Pustaka boleh dicapai di alamat www.u-pustaka.gov.my atau www.u-library.gov.my. (Sila lihat, Foto 1)

Foto 1: Portal Rasmi u-Pustaka boleh dicapai di http://www.u-library.gov.my/

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

~ www.u-library.gov.my.port· {web/ouest! ('

'E:. PPu'ftW'91' l..YwNa ltMd'tlTjw"IM lOll

Ba~ pasur.an-pasukMI yang tttan mtl'l031ta1 unit/it m. !So!cU, HAOtrA PtoDOd' TCfQ!I!A IMtt..,hs~ -lema PERAK SJla muattlJrun dokUmen IheDlI~afl

~ tlo(li Ptflulup;!n !Jgrpgst.1k4iln Kanak.Kanak PH M

SEKITARPERPUSTAKAAN

37

PERKHIDMATAN U-PUSTAKA

Portal u-Pustaka merupakan gerbang ulung yang menyediakan capaian kepada sumber pengetahuan dan menyediakan perkhidmatan perpustakaan secara maya pada bila-bila masa, dari mana-jua dan kepada sesiapa jua. Portal u-Pustaka melibatkan 4 komponen utama berikut (Rajah 1):

Rajah 1: Empat (4) komponen utama portal u-Pustaka

a) Penerbitan laman web seperti berita, peristiwa, pautan, suapan berita ;b) Pengurusan kandungan - Ulasan Elektronik, Sumber Elektronik, Buku Audio, Papan

Pemuka ;c) Kolaborasi - Forum Perbincangan, Berbual Dengan Pakar, Tanyalah u-Pustaka ;d) Perkhidmatan - Peminjaman dan pemulangan bahan secara dalam talian, penghantaran

melalui pos, peminjaman melalui peralatan RFID dan transaksi pembayaran tanpa tunai.

Perkhidmatan yang disediakan oleh u-Pustaka menggabungkan perkhidmatan perpustakaan samada secara fizikal dan digital. Menerusi u-Pustaka, ahli berdaftar boleh melaksanakan peminjaman buku fizikal secara dalam talian, di mana ia ada menyediakan perkhidmatan penghantaran buku secara terus ke pintu rumah pengguna tanpa perlu mengunjungi perpustakaan. Pada masa yang sama, rakyat juga boleh mendapatkan sumber ilmu dan maklumat digital yang boleh dicapai secara dalam talian menerusi portal u-Pustaka. Ahli berdaftar u-Pustaka juga berpeluang untuk berinteraksi dan mendapatkan bantuan serta khidmat nasihat dengan pustakawan secara dalam talian menerusi ruangan “Tanyalah u-Pustaka”, disamping berkomunikasi secara maya dengan ahli berdaftar u-Pustaka yang lain menerusi kemudahan e-forum yang telah disediakan menerusi portal u-Pustaka.

Untuk menjadi ahli u-Pustaka, rakyat boleh mendaftar secara dalam talian, menerusi portal u-Pustaka. Setiap individu yang telah mendaftar sebagai ahli u-Pustaka akan memiliki `Papan Pemuka Peribadi’ masing-masing di mana menerusi papan pemuka peribadi ini, ahli akan dapat mengemaskini profail peribadi, membuat pencarian dan tempahan buku secara dalam talian, membaca pesanan (notifikasi) dari konsortium u-Pustaka mengenai status tempahan buku, mengurus dan melaksanakan pelbagai transaksi berkaitan sirkulasi, membayar

BeritaPeristiwaSuapan Berita (RSS)Pautan

Ulasan ElektronikPapan PemukaSumber ElektronikBuku Audio

Tanyalah u-LibraryBerbual Dengan PakarForum Perbincangan

Pinjaman dan permulangan(Tempahan dalam talian, bayarandalam talian, penghatanrandengan POS Laju, Meminjammelalui peralatan RFID diperpustakaan konsortium)

1.KomponenPenerbitanLaman Web

2.Komponen

PengurusanKandungan

4.Komponen

Perkhidmatan

3.KomponenKolaborasi

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

SEKITARPERPUSTAKAAN

38

Foto 2: Contoh skrin Papan Pemuka u-Pustaka Khusus Untuk Ahli dari Kategori Kanak-Kanak

Foto 4: Penglibatan u-Pustaka di dalam program Smart Kids 2013 di PWTC mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan ibu bapa dan kanak-kanak.

Foto 5: Promosi perkhidmatan u-Pustaka kepada pengunjung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 di PWTC.

Foto : Contoh skrin Papan Pemuka u-Pustaka Khusus Untuk Ahli dari Kategori Remaja

denda, menyertai e-forum, memberi ulasan kepada buku dan sebagainya. Terdapat 3 kategori rekabentuk ̀ papan pemuka’ disediakan untuk ahli u-Pustaka iaitu dari kategori dewasa, kanak-kanak dan remaja. (Sebagai contoh, sila lihat Foto 2 dan Foto 3 untuk skrin Papan Pemuka Ahli untuk Kategori Kanak-Kanak dan Remaja).

SAMBUTAN MASYARAKAT TERHADAP PERKHIDMATAN U-PUSTAKA

Perkhidmatan u-Pustaka telah mendapat liputan meluas dari media-media massa tempatan sejak dari tahun 2010 sehingga kini. Selain dari itu, u-Pustaka turut mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan masyarakat seluruh negara. Publisiti dan aktiviti promosi terhadap perkhidmatan u-Pustaka kepada rakyat sedang dan akan terus dilaksanakan oleh kesemua perpustakaan konsortium u-Pustaka yang terlibat samada menerusi media-media massa, siri jelajah u-Pustaka ke pelbagai institusi dan perpustakaan di dalam negara, sesi taklimat, sesi pendidikan pengguna, penglibatan di dalam program/aktiviti luar bersama rakyat dan sebagainya. Foto 4 dan Foto 5 adalah contoh antara beberapa program/aktiviti promosi yang pernah dilaksanakan oleh perpustakaan konsortium u-Pustaka pada tahun 2013.

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

SEKITARPERPUSTAKAAN

39

Penggunaan Portal u-Pustaka

Sejak memulakan perkhidmatannya pada 31 Mac 2011 sehingga 31 Disember 2013, keseluruhannya portal u-Pustaka telah dilawati oleh 315,314 pelawat dari 112 buah negara termasuk Malaysia. Pecahan bilangan lawatan ke portal u-Pustaka mengikut tahun adalah sebagaimana dinyatakan dalam Jadual 1 dan Rajah 2 di bawah:

Jadual 1: Jadual di bawah menunjukkan pecahan bilangan lawatan ke portal u-Pustaka mengikut tahun.

Rajah 2: Graf di bawah menunjukkan perkembangan bilangan pelawat ke portal u-Pustaka dari tahun 2011 hingga 2013.

Berdasarkan kepada data statistik di atas, dapatlah disimpulkan di sini bahawa capaian kepada portal u-Pustaka sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Adalah diharapkan penggunaan portal u-Pustaka ini akan terus meningkat pada tahun-tahun seterusnya.

Keahlian u-Pustaka

Bilangan keseluruhan ahli berdaftar u-Pustaka setakat 31 Disember 2013 adalah seramai 332,801 orang yang merangkumi 271,233 orang (Dewasa); 23,027 orang (Kanak-Kanak) dan 38,541 orang (Remaja/Belia). Pecahan bilangan keahlian u-Pustaka mengikut tahun dan kategori keahlian adalah sebagaimana dinyatakan dalam Jadual 2 (i) dan Rajah 3 (i) di bawah:

TAHUN BIL. LAWATAN (hits) 2011 82,455

2012 99,484

2013 133,375

JUMLAH 315,314

Nota : Statistik di atas adalah setakat 31 Disember 2013 Perkhidmatan u-Pustaka dibuka secara rasmi kepada orang ramai mulai 31 Mac 2011.

Sumber : Google Analytics (u-Pustaka)

150,000

100,000

50,000

0

2011 2012 2013

Bil. Lawatan (hits)

82,455 99,484

133,375

Petunjuk:Bil. lawatan(hits)

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

SEKITARPERPUSTAKAAN

40

Jadual 2 (i) : Jadual di bawah menunjukkan pecahan bilangan keahlian u-Pustaka mengikut tahun (2010 – 2013) dan kategori keahlian.

Rajah 3 (i) : Graf di bawah menunjukkan pecahan bilangan keahlian u-Pustaka mengikut tahun (2010 – 2013) dan kategori keahlian.

TAHUN PECAHAN KEAHLIAN MENGIKUT

KATEGORI BIL. KEAHLIAN (KESELURUHAN)

Kanak-Kanak Remaja Dewasa2010 8,121 21,788 143,046 172,955

2011 126 808 7,223 8,157

2012 14,423 14,888 114,190 143,501

2013 357 1,057 6,774 8,188

JUMLAH 23,027 38,541 271,233 332,801

Nota : - Statistik di atas adalah setakat 31 Disember 2013- Perkhidmatan u-Pustaka dibuka secara rasmi kepada orang ramai

mulai 31 Mac 2011.- Kerja-kerja migrasi data keahlian pengguna aktif dari pangkalan

data sistem perpustakaan bersepadu perpustakaan konsortium kepada pangkalan data keahlian u-Pustaka telah dilaksanakan pada tahun 2010 (data dari kesemua 7 perp. konsortium) dan 2012 (data dari PNS).

Sumber : Business Intelligence Module, Modul Pentadbiran Sistem u-Pustaka

Bil. Ahli berdaftar

160,000

140,000

120,000

100,000

80,000

60,000

40,000

20,000

02010 2011 2012 2013

8,1211268 08

7,22314,423

21,788

143,046

14,888

114,190

357 1,0576,774

Tahun

Petunjuk:

Kanak-Kanak

Remaja

Dewasa

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

-

-

-JI • •

-I- -

"-<'

• • •

SEKITARPERPUSTAKAAN

41

Bagi sepanjang tahun 2013 sahaja, seramai 8,188 orang telah mendaftar sebagai ahli u-Pustaka di mana 6,774 daripadanya adalah merupakan ahli kategori dewasa, 1,057 ahli dari kategori remaja dan 357 ahli dari kategori kanak-kanak. Pecahan keahlian mengikut bulan dan kategori keahlian adalah sepertimana dinyatakan dalam Jadual 2 (ii) dan Rajah 3 (ii) di bawah:

Jadual 2 (ii) : Jadual di bawah menunjukkan pecahan bilangan keahlian u-Pustaka bagi tahun 2013 (mengikut bulan dan kategori keahlian).

Rajah 3 (ii) : Graf di bawah menunjukkan pecahan bilangan keahlian u-Pustaka bagi tahun 2013, mengikut bulan dan kategori keahlian.

BULANBilangan ahli berdaftar

(mengikut kategori keahlian)Bilangan

Keseluruhan Ahli BerdaftarKanak-Kanak Remaja Dewasa

Januari 28 49 428 505

Februari 38 80 595 713

Mac 14 84 742 840

April 18 80 478 576

Mei 13 98 388 499

Jun 49 198 699 946

Julai 30 116 609 755

Ogos 6 18 170 194

September 20 83 536 639

Oktober 32 102 844 978

November 48 77 651 776

Disember 62 72 633 767

KESELURUHAN 357 1,057 6,774 8,188

Nota : Statistik di atas adalah setakat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013.

Sumber : Business Intelligence, u-Pustaka

Bil. Ahli berdaftar

900

800

700

600

500

400

300

200

100

0

Januari

Februari

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

September

Oktober

November

Disember

Bulan

Petunjuk :Kanak-Kanak

Remaja

Dewasa28

49 3880

14

84 80

1349

306 19 20

83 102

32 4877 72 62

633651

844

536

170

609

699

388

478

742

428

595

198

11698

14

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

--l-

I • •

1.01 -:it] -- jEll f;:tJ ..,. .. --;;;; •

SEKITARPERPUSTAKAAN

42

Perkhidmatan Sirkulasi u-Pustaka

Secara keseluruhannya, sebanyak 16,321 transaksi sirkulasi (meliputi peminjaman, pembaharuan peminjaman dan pemulangan bahan) telah berlaku sejak perkhidmatan u-Pustaka dibuka kepada orang ramai pada tahun 2011 sehinggalah pada 31 Disember 2013. Pada sepanjang tahun 2013 sahaja, keseluruhannya sebanyak 1,840 naskah buku telah dipinjam, 344 buah buku telah diperbaharui peminjaman manakala sebanyak 1,956 buah buku pula telah dipulangkan oleh ahli u-Pustaka. Pecahan mengikut bulan dan jenis transaksi sirkulasi ini dapat digambarkan menerusi Jadual 3, Rajah 4 (i) dan Rajah 4 (ii) di bawah:

Jadual 3 di bawah menerangkan secara jelas mengenai statistik transaksi sirkulasi u-Pustaka bagi sepanjang tahun 2013 ( mengikut bulan dan jenis transaksi ).

BULANBil. Pinjaman

Bahan (Check-Out)

Bil. Bahan DiPerbaharui Peminjaman (Renewal)

Bil. Bahan Dipulangkan (Check-In)

JUMLAH Keseluruhan

JANUARI 180 46 253 479FEBRUARI 214 32 195 411

MAC 167 48 186 401APRIL 231 40 218 489

MEI 283 34 305 622JUN 100 37 115 252

JULAI 94 35 123 252OGOS 68 17 80 165

SEPTEMBER 128 15 128 271OKTOBER 89 10 78 177

NOVEMBER 170 16 148 334DISEMBER 116 14 127 257JUMLAH 1,840 344 1,956 4,140

Sumber : Business Intelligence System, Modul Pentadbiran Portal u-PustakaNota: Statistik di atas adalah untuk tempoh dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2013

sahaja.

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

SEKITARPERPUSTAKAAN

43

Rajah 4 (i): Graf di bawah menunjukkan jumlah keseluruhan transaksi sirkulasi u-Pustaka oleh pengguna u-Pustaka Bagi Sepanjang Tahun 2013 (mengikut bulan).

Jumlah KeseluruhanTransaksi Sirkulasi

700600500

400300200

1000

Januari

Februari

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

September

Oktober

November

Disember

Bulan

JumlahKeseluruhanTransaksiSirkulasi

479411

401

489

622

252 252

165

271

177

334

257

Rajah 4 (ii): Graf di bawah menunjukkan bilangan bahan dipinjam, diperbaharui peminjaman dan dipulangkan oleh pengguna u-Pustaka Bagi Tahun 2013 (mengikut bulan).

Bil. Bahan

Bulan

350

300

250

200

150

100

50

0

Januari

Februari

Mac

April Me

iJun

Julai

Ogos

September

Oktober

November

Disember

46

32

180

253

214

195

167

48

186

231218

283

305

34

100

40 37

115

94

35

123

68

17

80

128 128

8978

170

15

148

115127

141015

Petunjuk:

Bil. BahanDipinjam(Check-Out)

Bil. BahanDiperbaharuiPeminjaman(Renewal)

Bil. BahanDipulangkan(Check-In)

Secara keseluruhannya, jika dilihat dari segi pilihan stesyen/saluran untuk peminjaman buku pula, didapati bahawa majoriti pengguna masih gemar melaksanakan peminjaman menerusi kaunter perkhidmatan u-Pustaka berbanding menggunakan mesin kiosk pelbagai guna. Begitu juga dari segi pilihan pengguna untuk kaedah pemulangan buku, majoriti pengguna masih cenderung melaksanakan pemulangan buku menerusi kaunter perkhidmatan u-Pustaka di perpustakaan konsortium kemudian diikuti dengan penggunaan walk-to bookdrop, drive-thru bookdrop, mesin autosorter dan mesin kiosk pelbagai guna.

Dilihat dari segi pilihan pengguna untuk membuat pembaharuan peminjaman buku untuk sepanjang tempoh 2011 - 2013, didapati bahawa sebanyak 791 buku telah diperbaharui peminjamannya secara transaksi dalam talian (online renew) berbanding 243 buku diperbaharui peminjaman secara datang sendiri ke premis perpustakaan konsortium (local renew). Secara keseluruhannya sebanyak 1,034 buah buku telah diperbaharui peminjaman oleh pengguna sejak dari tahun 2011 sehingga 2013. Jika dilihat perbandingan mengikut tahun pula, didapati bahawa secara keseluruhannya sebanyak 449 buah buku telah diperbaharui peminjaman

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

~~===== . ii:tH-H-ll-U .

SEKITARPERPUSTAKAAN

44

oleh pengguna pada tahun 2012, kemudian diikuti sebanyak 344 buah buku diperbaharui peminjaman pada tahun 2013 manakala pada tahun 2011 pula, keseluruhannya sebanyak 241 buah buku telah diperbaharui peminjaman.

Dilihat dari segi statistik peminjaman buku mengikut perpustakaan konsortium (borrow on-site) bagi sepanjang tahun 2013, di dapati bahawa PNM menduduki tempat pertama dari segi populariti pilihan pengguna untuk meminjam buku iaitu sebanyak 56.77% , kemudian diikuti oleh Perpustakaan Negeri Sabah (17.53 %), PPA Pahang (9.96 %), Perpustakaan Kuala Lumpur (6.38%), Perpustakaan INTAN (3.64%), Pustaka Negeri Sarawak (3.25%), PPA Selangor (2.13 %), dan PPA Negeri Sembilan (0.34%). Ini dapat dijelaskan menerusi Jadual 4 dan Rajah 4 (iii) di bawah:

Jadual 4 : Jadual di bawah menunjukkan bilangan buku dipinjam mengikut perpustakaan konsortium (borrow on-site) bagi sepanjang tahun 2013.

PERPUSTAKAAN KONSORTIUM

BILANGAN BUKU DIPINJAM PERATUS (%)

INTAN 65 3.64PKL 114 6.38PNM 1,014 56.77PNS 313 17.53

PPANS 6 0.34PPAP 178 9.96PPAS 38 2.13

PUSTAKA 58 3.25JUMLAH

KESELURUHAN 1,786 100

Sumber : Business Intelligence System, Modul Pentadbiran Portal u-PustakaNota: Statistik di atas adalah untuk tempoh dari 1 Januari sehingga 31

Disember 2013 sahaja.

Rajah 4 (iii): Graf di bawah menunjukkan bilangan buku dipinjam mengikut perpustakaan konsortium (borrow on-site) bagi sepanjang tahun 2013.

Bil. Buku Dipinjam

1200

1000

800

600

400

200

0

INTAN

PKLPNM

PNS

PPANSPPAP

PPAS

PUSTAKA

65 114

1,014

313

6

178

38 58

PerpustakaanKOnsortium

Petunjuk:

Bil. Buku Dipinjam

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

-

t===~------==---

.....

SEKITARPERPUSTAKAAN

45

Sumber : Business Intelligence System, u-PustakaTarikh Kemaskini: 31 Disember 2013

Sumber : Business Intelligence System, u-PustakaTarikh Kemaskini: 31 Disember 2013

Transaksi Pembayaran Tanpa Tunai u-Pustaka

Secara kumulatifnya, jika dilihat dari segi transaksi pembayaran tanpa tunai untuk sepanjang tempoh dari tahun 2011 sehingga 2013, keseluruhannya sebanyak 1,791 transaksi telah berlaku melibatkan MEPS E-Debit, 733 transaksi melibatkan MEPS FPX, 322 transaksi melibatkan Touch ‘n Go dan 28 transaksi melibatkan Quik 2 Go. Pecahan mengikut tahun dan kategori / jenis pembayaran tanpa tunai adalah sebagaimana dinyatakan pada Jadual 5 (i) dan Rajah 5 (i) di bawah.

Jadual 5 (i): Jadual di bawah menunjukkan transaksi pembayaran tanpa tunai u-Pustaka mengikut tahun (2011 – 2013) dan kategori / jenis pembayaran tanpa tunai pilihan pengguna.

TAHUNE-Pembayaran Pwembayaran Dalam Talian

(Online Payment)MEPS E-Debit Touch ‘N Go MEPS FPX Quik 2 Go

2011 872 101 384 282012 576 128 240 02013 343 93 109 0

JUMLAH 1,791 322 733 28

Rajah 5 (i): Jadual di bawah menunjukkan transaksi pembayaran tanpa tunai u-Pustaka mengikut tahun (2011 – 2013) dan kategori / jenis pembayaran tanpa tunai pilihan pengguna.

Bil. Transaksi

1000

900

800

700

600

500

400

300

200

100

0

2011 2012 2013 Tahun

872

576

128

240

343

93 109

00

101

384

28

Petunjuk :

MEPS E-Debit

Touch ‘nGo

MPES FPX

Quik 2 Go

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

=----== -=-------:--==- -1---- -

SEKITARPERPUSTAKAAN

46

Berdasarkan kepada jadual serta graf di atas, dapatlah disimpulkan di sini bahawa MEPS E-Debit masih merupakan pilihan paling popular di kalangan pengguna setiap tahun, untuk membuat pembayaran tanpa tunai bagi perkhidmatan u-Pustaka, kemudian diikuti dengan MEPS FPX, Touch ‘n Go dan Quik 2 Go.

Bagi sepanjang tahun 2013 sahaja, secara keseluruhannya sebanyak 545 transaksi pembayaran tanpa tunai telah berlaku untuk u-Pustaka di mana 343 daripadanya adalah merupakan transaksi MEPS E-Debit, 109 transaksi melibatkan transaksi MEPS FPX manakala 93 transaksi pula melibatkan transaksi Touch ‘n Go. Tiada transaksi yang berlaku bagi Quik 2 Go untuk sepanjang tahun 2013. Pecahan bilangan transaksi pembayaran tanpa tunai u-Pustaka (mengikut bulan dan jenis/mod transaksi pembayaran tanpa tunai) bagi sepanjang tahun 2013 ini dapat digambarkan menerusi Jadual 5 (ii) dan Rajah 5 (ii) di bawah:

Jadual 5 (ii): Jadual di bawah menunjukkan bilangan transaksi pembayaran tanpa tunai, u-Pustaka bagi sepanjang tahun 2013 (mengikut bulan, jenis dan mod pembayaran ).

BULAN

E-Pembayaran(E-Payment)

Pembayaran Dalam Talian

(Online Payment)

JUMLAH KESELURUHAN

TRANSAKSIMEPS

E-DebitTouch ‘N

Go MEPS FPX

JANUARI 42 9 14 65

FEBRUARI 40 15 6 61

MAC 35 14 7 56

APRIL 75 33 9 117

MEI 29 6 17 52

JUN 28 3 8 39

JULAI 14 4 0 18

OGOS 15 5 4 24

SEPTEMBER 14 1 7 22

OKTOBER 30 0 28 58

NOVEMBER 20 3 8 31

DISEMBER 1 0 1 2

JUMLAH 343 93 109 545

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

SEKITARPERPUSTAKAAN

47

Rajah 5 (ii): Graf di bawah menunjukkan bilangan transaksi pembayaran tanpa tunai u-Pustaka Bagi Tahun 2013 (mengikut bulan, jenis dan mod pembayaran).

Bil. Transaksi

Bulan

80

70

60

50

40

30

20

10

0

Janu

ari

Febru

ari

MacApril Mei

Jun

Julai

Ogos

Septe

mber

Oktober

Novem

ber

Disem

ber

4240

75

33

29 28

9

35

15

668

337

171414

14 14

30

28

8

20

7

1 100

15

5

440

9

Petunjuk:MEPS E-Debit

Touch ‘nGo

MEPS FPX

IMPAK POSITIF PERKHIDMATAN U-PUSTAKA

(a) Peningkatan Penggunaan Perkhidmatan Jalur Lebar Di Kalangan Perpustakaan dan Rakyat

u-Pustaka mengambil manafaat daripada perkembangan teknologi jalur lebar dan Internet untuk mendekatkan rakyat kepada dunia pengetahuan dan perkhidmatan perpustakaan secara maya di mana ia boleh dicapai tanpa sempadan masa dan lokasi. Selaku pemimpin dan peneraju di peringkat awal perlaksanaan projek u-Pustaka, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama semua perpustakaan konsortium serta rakan strategik yang terlibat, dilihat telah berjaya memanafaatkan teknologi jalur lebar Negara serta menjayakan salah satu Pelan Jalur Lebar Negara menerusi penyediaan perkhidmatan perpustakaan secara maya, menerusi u-Pustaka. Sambutan perkhidmatan u-Pustaka di kalangan rakyat dilihat semakin menggalakkan berikutan bertambahnya bilangan ahli berdaftar, bilangan transaksi, bilangan bahan dipinjam dan akses kepada portal u-Pustaka.

(b) Memudahkan Capaian Kepada Perkhidmatan Perpustakaan u-Pustaka Secara Maya

u-Pustaka menyediakan perkhidmatan perpustakaan dan maklumat secara maya menerusi Internet. Antaranya seperti pencarian bahan, perkhidmatan tempahan, peminjaman, pembaharuan peminjaman dan pemulangan secara dalam talian serta capaian kepada sumber ilmu dan maklumat. Menerusi penggunaan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh u-Pustaka seperti kiosk pelbagai guna, gelongsor buku berasaskan teknologi RFID, sistem e-pembayaran tanpa tunai dan khidmat penghantaran buku kepada pengguna menerusi Pos Laju, rakyat dengan mudah akan dapat melaksanakan pelbagai transaksi berkaitan u-Pustaka seperti pendaftaran keahlian, peminjaman & pemulangan buku, pembayaran dan penerimaan buku yang dipinjam dari perpustakaan konsortium u-Pustaka.

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

-L A

/\ -/ -

- I -..J • \

-/\ "'" ~

.... ~ '"

:x;;:::: "' J-

--c:::: '-.. ' / '\ '\ ~

-r -

SEKITARPERPUSTAKAAN

48

(c) u-Pustaka menyokong Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Masyarakat Berilmu Pengetahuan

u-Pustaka membuka ruang dan peluang kepada rakyat untuk mencapai, meneroka dan memanafaatkan sumber-sumber ilmu dan maklumat yang disediakan menerusi portal u-Pustaka untuk peningkatan dari segi pengetahuan, kualiti hidup dan kualiti kerja secara berterusan. Portal u-Pustaka banyak menyediakan pautan capaian kepada laman web kandungan tempatan, portal e-pembelajaran, akses kepada e-buku/e-majalah/e-jurnal serta pelbagai perkhidmatan pangkalan data khusus tertentu yang boleh dimanafaatkan oleh rakyat di mana ia boleh dicapai di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa saja, mengikut keselesaan di rumah. Menerusi papan pemuka ahli di portal u-Pustaka, kemudahan carian buku yang berasaskan Katalog Induk Kebangsaan telah disediakan bagi memudahkan ahli membuat pencarian dan seterusnya melaksanakan peminjaman kepada bahan yang diingini secara dalam talian. Kemudahan e-forum yang disediakan pula membolehkan ahli u-Pustaka untuk berkomunikasi, berdiskusi dan berkongsi pengetahuan/pengalaman sesama ahli. Contoh skrin papan pemuka ahli u-Pustaka (Kategori Dewasa) adalah seperti di Foto 6.

Foto 6: Contoh antaramuka skrin atau halaman papan pemuka peribadi khusus untuk ahli berdaftar (Kategori Dewasa), melaksanakan pelbagai transaksi berkaitan u-Pustaka.

(d) Inovasi Kepada Perkhidmatan Perpustakaan Menerusi u-Pustaka

u-Pustaka adalah satu model inovatif yang boleh dijadikan contoh di dalam penyediaan perkhidmatan perpustakaan secara digital. u-Pustaka adalah suatu inisiatif sistem rangkaian perkhidmatan perpustakaan digital seumpamanya di Malaysia, yang begitu rumit dan kompleks untuk dibangunkan. Namun hasil daripada sinergi usahasama dalam u-Pustaka ini telah berjaya menghasilkan beberapa inovasi, antaranya:

i. Persepakatan pintar dan kerjasama menerusi Jawatankuasa Teknikal Konsortium u-Pustaka telah menggerakkan tenaga professional bekerjasama untuk membangunkan Sistem u-Pustaka dan kandungannya.;

ii. Penyediaan perkhidmatan yang mendahulukan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan perpustakaan terus ke pintu rumah pengguna menerusi Pos Malaysia serta kemudahan pemulangan buku menerusi gelongsor buku (Sila lihat, Foto 8);

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

c

SEKITARPERPUSTAKAAN

49

iii. Satu kad keahlian perpustakaan secara gabungan melalui MylD (penggunaan MyKad/MyKid/MyPR) yang membolehkan rakyat mencapai sumber maklumat berbentuk fizikal dan digital dari perpustakaan konsortium secara serentak’

iv. Merangkaikan pelbagai Sistem Pengurusan Perpustakaan di bawah satu gerbang pengetahuan, serta penggunaan sistem tag RFID bagi kesemua buku-buku pinjaman di bawah u-Pustaka (Sila lihat, Foto 9);

v. Kios perpustakaan pelbagai fungsi seperti pencarian maklumat, pendaftaran keahlian, pinjaman buku, pembayaran (Sila lihat, Foto 7).

vi. Pembayaran menggunakan aplikasi bayaran tanpa tunai menerusi kios pelbagai guna u-Pustaka. Integrasi beberapa sistem pembayaran tanpa tunai yang pertama dalam satu perkhidmatan iaitu:

• KadTouch‘nGo• Quick2Go(pembayarandalamtalian)• MEPS FPX (perbankan dalam talian seperti Maybank2u) serta MEPs e-Debit

(menggunakan kad debit bank).

Foto 7: Kiosk pelbagai guna u-Pustaka boleh digunakan oleh pengguna untuk pelbagai transaksi seperti pendaftaran keahlian, peminjaman buku dan transaksi pembayaran tanpa tunai.

Foto 8: PGelongsor Buku (Book Drop) untuk kemudahan pengguna memulangkan buku yang dipinjam daripada perpustakaan konsortium u-Pustaka

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

SEKITARPERPUSTAKAAN

50

e) u-Pustaka Sebagai Contoh Kerjasama Pintar Melibatkan Pelbagai Pihak

u-Pustaka adalah merupakan contoh kerjasama yang baik dalam perlaksanaan projek di peringkat kebangsaan di mana ia merealisasikan bukan sahaja kerjasama di kalangan perpustakaan, malahan melibatkan kerjasama dan persefahaman dengan pelbagai pihak lain seperti institusi perbankan utama tempatan, Touch N Go, Pos Laju, MAMPU, Jabatan Pendaftaran Negara, rakan teknologi u-Pustaka, Telekom Malaysia dan lain-lain lagi. (Sila lihat Rajah 6).

Rajah 6 : u-Pustaka merupakan suatu inisiatif yang melibatkan pakatan strategik 18 organisasi yang terlibat.

Foto 9: Penggunaan Tag RFID untuk buku-buku pinjaman yang digunakan oleh kesemua perpustakaan konsortium u-Pustaka.

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Pakatan Strategik Dengan 18 Organisasi ~

it==

SEKITARPERPUSTAKAAN

51

U-PUSTAKA : PERANCANGAN AKAN DATANG

u-Pustaka telah menggariskan pelbagai perancangan untuk dilaksanakan samada dalam tempoh jangka pendek dan jangka panjang. Perkhidmatan u-Pustaka akan secara berterusan diperbaiki, dimantapkan dan diperluaskan lagi demi memenuhi keperluan rakyat. Penambahbaikan terhadap persembahan portal, aplikasi/sistem serta pemantapan dari segi kandungan turut akan diberikan perhatian. u-Pustaka juga bercadang untuk memperluaskan perkhidmatannya ke seluruh Negara dalam tempoh enam hingga sepuluh tahun yang akan datang, menerusi penglibatan 8 buah perpustakaan awam negeri yang belum menyertai serta lain-lain perpustakaan yang berminat untuk menganggotai konsortium u-Pustaka. Dalam masa terdekat ini, usaha-usaha pembangunan aplikasi mobile bagi u-Pustaka juga sedang di dalam proses perlaksanaan di mana kerja-kerja pengintegrasian serta pengujian sistem kini sedang giat dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti promosi terhadap keahlian dan perkhidmatan u-Pustaka kepada rakyat akan sentiasa terus dilaksanakan setiap tahun oleh kesemua perpustakaan konsortium u-Pustaka sama ada menerusi media-media massa, sesi literasi maklumat, program-program outreach serta penglibatan di dalam lain-lain aktiviti.

PENUTUP

u-Pustaka merupakan inovasi terkini dalam perkhidmatan perpustakaan di Malaysia dan akan terus berkembang sejajar dengan kemajuan pelbagai bidang terutama dari sudut teknologi dan penyampaian perkhidmatan maklumat. Budaya perkongsian dan pertukaran maklumat serta kolaborasi yang diwujudkan melalui u-Pustaka berpotensi menjadi platform utama untuk melestarikan pembelajaran sepanjang hayat dan penjanaan ilmu pengetahuan di kalangan rakyat. Adalah diharapkan perkhidmatan u-Pustaka dapat terus dikembangkan dan dimanafaatkan oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

SEKITARPERPUSTAKAAN

52

SENARAI RUJUKAN

Halim Shafie, Dato’ Dr. (2008). `Ubiquitous Library’. (Keynote Address). Paper presented at the Digital Library Seminar, SKMM, Cyberjaya, 5 December 2008.

Indahsah Hj. Sidek, Assoc. Prof. (2010). `Ubiquitous Library : Strategizing Information Delivery Services to Connect Communities in a Knowledge Society’.MyConvergence. 4 (1) January 2010: p.43-49.

Indahsah Hj. Sidek, Assoc. Prof. (2011). `U-Library: From Idea To Reality’. Paper presented at the Seminar u-Library: Extending Beyond Traditional Boundaries, 25 January 2011, held at Auditorium SKMM, Cyberjaya.

Nafisah Hj. Ahmad, Hajah (2012). `u-Pustaka : Inovasi Perkhidmatan Perpustakaan Untuk Pembangunan Masyarakat Berilmu Pengetahuan’. Sekitar Perpustakaan. Bil. 41, 2012. : p.1-6.

Raslin Abu Bakar, Dato’ (2011) . `u-Library: The National Strategy Towards Knowledge Society’. (Plenary Paper). Paper presented at the Asia Pacific Conference on Library and Information Education & Practice (A-LIEP 2011): Issues, Challenges and Opportunities, Pullman Hotel, Putrajaya , 24th June 2011.

Zahuddin b. Sidek @ Salleh, Yatimah Yaacob & Shazlin Azni Shaharuddin Shah (2011). Pustaka 1Malaysia = u-Pustaka (u-Library) : Suatu Transformasi Di Dalam Penyampaian Perkhidmatan Perpustakaan di Malaysia’. (Slide Presentation, unpublished).

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia