Post on 14-Apr-2018
7/30/2019 Persekitaran Dan Iklim Bilik Darjah PBS
1/2
2. PERSEKITARAN DAN IKLIM BILIK DARJAH
2.2. Huraikan bagaimana bahan dan sumber pengajaran pembelajaran
dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara menyeluruh.
Berdasarkan hasil pemerhatian saya semasa berada dalam bilik darjah iaitu
kelas prasekolah yang telah kami masuk pada hari itu untuk memuat
pemerhtian dan kajian, saya mendapati bahawa terdapat pelbagai bahan dan
sumber pembelajaran yang dipamerkan di dalam bilik darjah tersebut.
Namun, bahan dan sumber pengajaran yang terdapat dalam bilik darjah
tersebut bukanlah digunakan secara menyeluruh. Ini kerana, guru hanya
menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tema yang
dipelajari sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan ketika itu.
Murid-murid prasekolah diberi peluang untuk meneroka sendiri bahan dan
sumber pengajaran yang terdapat dalam bilik darjah tersebut. Sebagai
contoh, di dalam bilik darjah tersebut dibahagikan kepada beberapa ruang
seperti ruang membaca, ruang bercerita, ruang IT dan juga ruang belajar.
Murid-murid berpeluang untuk menggunakan buku cerita yang disediakan
disamping itu terdapat ruang IT di mana murid-murid juga diberi satu masa
untuk menggunakan kemudahan IT tersebut.
2.3 Catatkan bahan dan sumber pengajaran yang mudah digunakan oleh
murid.
Di dalam bilik darjah tersebut terdapat pelbagai bahan dan sumber
pengajaran yang dipamerkan.
Antara bahan dan sumber pengajaran yang mudah digunakan oleh murid
adalah buku-buku yang disediakan. Selain itu, murid juga dapat
menggunakan ruang aktiviti bebas untuk menjalankan aktiviti mereka.
2.3 sememangnya murid memang diberi peluang untuk menggunakan
sumber pengajaran yang berasaskan ICT. Ini kerana di dalam bilik darjah
7/30/2019 Persekitaran Dan Iklim Bilik Darjah PBS
2/2
tersebut terdapat ruangan IT di mana murid akan berpeluang
menggunakannya.
2.5 Sejauh Manakah Murid Digalakkan Melibatkan Diri Secara Aktif Dalam
Setiap Aktiviti Pembelajaran?
Menurut pemerhatian saya, semasa dalam proses pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan, sememangnya murid
diberi peluang dan digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif. Ini
kerana penglibatan secara aktif akan membantu murid untuk dapat
meluahkan perasaan meraka dan seterusnya membina keyakinan
diri murid.
Guru tidak mengehadkan penglibatan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran. Melalui setiap aktiviti yang dijalankan kelihatan
semua murid akan melalukan perkara yang sama di antara setiap
murid.
Selain itu, guru juga menggunakan pendekatan interaksi dua hala
dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran apanila melaksanakan
aktiviti dengan murid-murid. Sebagai contoh, guru
memperbanyakkan sesi soal jawab ketika interaksi berjalan.
Di samping itu, saya dapat melihat bahawa guru seharusnya
merancang dan melaksanakan aktiviti yang dapat memberikan
peluang kepada murid agar dapat melibatkan diri secara aktif dalam
setiap aktiviti yang dijalankan semasa proses Pengajaran dan
Pembelajaran.
2.6 Kenal pasti cara murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu.
Berdasarkan pemerhatian saya, melalui aktiviti yang telah dijalankan
sepanjang pemerhatian saya pada masa itu murid-murid dibahagikan
mengikut jantina dan juga mengikut bulan kelahiran.