Prasyarat Kemahiran Menulis

Post on 19-May-2015

11.959 views 7 download

Transcript of Prasyarat Kemahiran Menulis

PRASYARAT KEPADA KEMAHIRAN MENULIS

TUTORIAL 3

PENGENALAN

• Menulis adalah satu proses atau untuk menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan dirinya.

• Menulis juga adalah proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk ayat.

ASPEK-ASPEK BERKAITAN DENGAN KEMAHIRAN MENULIS

• 2 jenis kemahiran menulis iaitu kemahiran menulis secara mekanis dan kemahiran untuk pelahiran (mental)

• Kemahiran menulis mekanis dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan boleh dibaca.

• Kemahiran menulis pelahiran (mental) dijalankan selepas kanak-kanak dapat menguasai kemahiran mekanis.

PERKEMBANGAN OTOT HALUS dan KOORDINASI MATA DAN TANGAN

• Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf yang mengawal jari dan tangan

• Kematangan urat saraf menghasilkan penyelarasan di antara mata dengan tangan, iaitu penyelarasan yang penting bagi kebolehan menulis.

KEBOLEHAN MEMEGANG ALAT TULIS

• Pada peringkat awal, kanak-kanak akan menggenggam alat tulis kerana otot halus mereka masih lagi belum matang.

• Setelah otot halus mereka matang kanak-kanak akan diajar cara memegang alat tulis dengan betul dan kemudian guru akan menyuruh mereka menconteng dengan cara memegang alat tulis dengan betul.

KEBOLEHAN MEMBUAT LAKARAN ASAS (basic stokes) DAN PERSEPSI ABJAD / NOMBOR

• Kanak-kanak yang berumur dua tahun telah menggunakan jari dan tangan mereka untuk menconteng dan melukis gambar mengikut tanggapan mereka

• Contengan adalah merupakan asas kebolehan menulis• Sambil kanak-kanak mempelajari tentang fungsi lambang

huruf (tulisan) sebagai wakil bunyi (suara), mereka dapat membezakan bentuk-bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan

• Kebolehan yang mereka dapati daripada contengan lukisan itu digunakan untuk meniru huruf yang mereka lihat dalam bacaan mereka