Post on 30-Jun-2015
PROGRAM SEKOLAH SELAMAT
PENDAHULUANProgram Sekolah Selamat merupakan salah satu kaedah kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendedahkan tatacara kepada murid, ibu bapa, guru dan individu yang mempunyai hubungan dengan sekolah, mengenai keselamatan murid dari aspek fizikal dan bangunan, aktiviti murid, bencana alam, sosial dan persekitaran atau lokasi.
Sekolah Selamat membawa pengertian yang mudah tetapi amat penting dalam mewujudkan satu ekologi sekolah yang aman, tenteram dan meyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Pewujudan Sekolah Selamat memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan.
Polisi Sekolah Selamat bukan hanya meliputi bidang prasana, fizikal, displin dan peraturan tertentu tetapi juga meliputi aspek-aspek nilai, emosi, harga diri, sensitiviti dan persekitaran.
Antara polisi yang akan dilaksanakan ialah Keselamatan Pergi Balik Sekolah ,Kebersihan dan kesihatan, Persekitaran Sekolah Selamat ,Keselamatan Pendidikan Jasmani/Kesihatan dan Keselamatan /Kebakaran.
Adalah diharapkan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti dapat bekerjasama agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
POLISI 1 : KESELAMATAN PERGI BALIK SEKOLAHDefinasi :- Pelajar-pelajar sentiasa berada di dalam
keadaan selamat di dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.
Objektif :-Mendisiplinkan pelajar-pelajar melalui peraturan
jalan raya.Mengambil tindakan yang wajar terhadap sebarang
kemalangan yang berlaku berdasarkan undang-undang yang sedia ada.
Menghindari gangguan daripada orang-orang yang tidak bertanggungjawab di dalam perjalanan.
Peranan Pelajar :-Sentiasa berhemah semasa menggunakan jalan
raya.Memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik
dan sempurna.Hendaklah menuju terus ke sekolah tanpa
menyinggah di tempat lain.Peranan Guru :-Menguatkuasakan semua peraturan sekolah
dengan bersungguh-sungguh dan tegas.Memasukkan unsur-unsur keselamatan dalam
pengajaran dan pembelajaran.Menggalakkan pelajar-pelajar melaporkan kes-kes
yang berkaitan dengan keselamatan dan merekodkan semua kes keselamatan.
Peranan Ibu Bapa :-Sentiasa mengingatkan anak-anak tentang pentingnya
menjaga keselamatan diri ketika pergi dan balik sekolah.
Mengingatkan anak-anak sentiasa berhemah semasa menggunakan jalan raya.
Mengingatkan anak-anak supaya menggunakan jalan raya.
Mengingatkan anak-anak supaya menggunakan laluan selamat.
Menasihati anak-anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut orang yang tidak dikenali.
Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan program keselamatan jalan raya.
Hanya ibu bapa / penjaga yang sah sahaja dibenarkan membawa keluar pelajar waktu persekolahan
Program Pemantapan Keselamatan Pergi-Balik Sekolah :-
Kempen keselamatan jalan raya.Sudut ‘Panduan Keselamatan’.
Peranan Komuniti Dan Tatacara Apabila Berlaku Kemalangan Di Luar Kawasan Sekolah :-
Memberi teguran kepada pelajar-pelajar jika mereka
berinteraksi dengan orang yang mencurigakan.Memberi rawatan kecemasan jika berlaku kemalangan.Sekiranya serius minta bantuan orang yang berdekatan
atau ambulan untuk menghantar ke hospital.Dapatkan maklumat ibu bapa.Dapatkan laporan hospital dan polis untuk diserahkan
kepada pihak sekolah bagi urusan tuntutan insuran.
CARTA ALIRAN
CARTA ALIRAN APABILA BERLAKUNYA KEMALANGAN
POLISI 2: KEBERSIHAN DAN KESIHATANDefinisi;Memastikan pelajar selamat dari segi kesihatan fizikal, mental
dan emosi semasa di sekolah.
Objektif ; Murid merasa selesa dan ceria ketika belajar di sekolah.Meningkatkan kesedaran murid terhadap kesihatan diri sendiri.Memastikan murid sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan
kawasan sekolah.Memastikan murid dapat mengikuti program kesihatan di sekolah.Memastikan murid dapat menjalani pemeriksaan kesihatan dari
masa ke semasa.Memastikan murid dapat memilih dan mengenalpasti makanan
yang dimakan masih baik.
Matlamat ;
Memastikan murid selamat dari segi kesihatan fizikal,mental dan emosi semasa menjalankan semua aktiviti di sekolah.
Mengawal dan melahirkan situasi yang selamat bagi pelajar dari segi pemakanan.
memastikan murid-murid dapat mengambil langkah-langkah keselamatan semasa menghadapi kecemasan (sakit) samada dari segi fizikal, mental dan emosi semasa di sekolah
Rasional ;
Murid tidak bersikap menjaga kebersihan diri sendiri.Murid mengabaikan serta kurang memberi perhatian kepada
kesihatan mereka.Murid-murid tidak tahu langkah-langkah keselamatan yang
perlu diambil apabila berlaku kecemasan.
Tatacara Am ;
Mengambil langkah-langkah segera sekiranya berlaku kecemasan.
Sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan dari masa ke semasa.
Sediakan bilik rawatan untuk rawatan awal serta tempat merehatkan diri apabila berlaku kecemasan.
Langkah-langkah keselamatan perlu disediakan sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti dijalankan.
Tatacara Murid ;
Pelajar perlu memastikan tahap kesihatan mereka sentiasa memuaskan.
Pelajar perlu mengikuti program kesihatan di sekolah.Sekiranya berlaku kecemasan seperti sakit, cedera dan
keracunan, laporkan segera kepada guru bertugas.Pelajar perlulah menghargai kesihatan diri serta sentiasa
meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan sekolah.Pelajar perlulah memastikan makanan yang dimakan di
sekolah bersih,berzat dan masih baik untuk dimakan.Rawatan awal/segera perlu diambil sebelum rawatan dari
hospital untuk mengurangkan kesihatan.Rehatkan diri di bilik rawatan yang disediakan.Laporkan kepada guru bertugas seandainya sakit berlarutan
serta dapatkan rawatan hospital.Ikut nasihat doktor.
CARTA ALIRAN
CARTA ALIRAN APABILA BERLAKUNYA KECEMASAN
POLISI 3 : PERSEKITARAN SEKOLAH YANG SELAMATDefinisi ;Memastikan persekitaran sekolah sentiasa selamat dan sesuai bagi
merangsang proses pengajaran & pembelajaran agar melahirkan pelajar yang cergas dan cemerlang.
Objektif ;Melengkapkan murid-murid dengan pengetahuan mengenai
persekitaran selamat.Tiada kemalangan yang berlaku kecuali masalah yang tidak boleh
dielakkan. Ibu bapa tidak berasa gusar/ bimbang sewaktu anak-anak mereka
berada di kawasan sekolah.Memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.Meningkatkan kesedaran kepentingan menjaga keselamatan diri
kepada warga sekolah.
Matlamat ;Memastikan persekitaran sekolah yang selamat
dan konduksif untuk pendidikan dan pembelajaran bagi melahirkan pelajar yang sihat dan cemerlang.
Memastikan persekitaran sekolah selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Rasional ;Murid kurang kesedaran terhadap kepentingan
keselamatan dalam persekitaran sekolah.Keselamatan diri diabaikan.Terdapat beberapa kes murid mendapat
kemalangan / cedera sewaktu berada di kawasan sekolah.
Tatacara Am ;Penyediaaan peraturan sekolah, peraturan
bilik darjah, peraturan bilik sains peraturan bilik kemahiran hidup dan bilik komputer.
Merekodkan peralatanPemeriksaan fizikal terhadap bangunan dan
kemudahan sekolah secara berkala.Penyediaan jadual bertugas bilik darjah dan
bilik-bilik khas.
Tatacara Untuk MuridBilik DarjahAnda dilarang mengusik suiz elektrik.Anda dilarang bermain, berkejaran di dalam bilik darjah.Anda mesti melaporkan sebarang kerosakan dan
kemalangan yang berlaku di dalam bilik darjah.Anda mesti sentiasa membersihkan bilik darjah dan
memastikan lantai bilik darjah tidak licin.Anda mesti mendapat kebenaran daripada guru sebelum
keluar kelas.
Bilik StorAnda dilarang masuk ke bilik stor.
Bilik Sains
Anda dilarang masuk tanpa kebenaran.Anda dilarang menjalankan peralatan sains,bahan kimia tanpa
arahan dan panduan guru.Anda dilarang menjalankan eksperimen tanpa pengetahuan dan
kebenaran guru.Anda mesti meletakkan peralatan sains,bahan kimia ke tempat
asal setelah digunakan.Anda mesti meletakkan peralatan sains,bahan kimia ke tempat
asal setelah digunakan. Anda di kehendaki melaporkan kepada guru.
Anda dilarang mengusik segala peralatan dan kelengkapan dalam makmal.
Anda tidak dibenarkan membawa beg masuk ke dalam kelas.Anda tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas
tanpa pengetahuan guru. Jika berlaku kebakaran, anda dikehendaki meninggalkan tempat
kejadian dengan segera dan selamat.Anda mesti mematuhi langkah-langkah keselamtan setiap masa.
Bilik Komputer
Anda dilarang membawa beg, fail, makanan dan minuman ke dalam makmal.
Anda dilarang sama sekali mengusik barang talian/ sambungan wayar yang terdapat di belakang komputer atau membuka penutup cpu.
Anda mesti beratur sebelum memasuki bilik komputer dan tunggu sehingga guru bertugas sampai.
Anda dilarang memasuki bilik komputer tanpa kebenaran guru.
Anda mesti menjaga kebersihan bilik komputer.
Bengkel Kemahiran HidupKeselamatan Am
Jangan masuk ke bengkel tanpa kebenaran guruPastikan semua alat mencukupi dan dalam keadaan baik.
Laporkan kepada guru jika terdapat alat yang tumpul, berkarat, rosak atau hilang.
Pastikan semua pintu dan tingkap dalam bengkel dibuka sebelum kerja amali dijalankan.
Bahan-bahan, alat,pekakas dan meja kerja hendaklah dijaga supaya berkeadaan baik dan selamat apabila digunakan.
Lantai hendaklah sentiasa bersih dan sebarang kesan minyak hendaklah dilap segera.
Laporkan kepada guru jika berlaku kecederaan.
Keselamatan Diri Pakaian anda hendaklah kemas dan sesuai semasa bekerja.Pastikan anda mematuhi peraturan bengkel semasa
menjalankan kerja amali.Anda tidak dibenarkan bermain, bergurau atau mengganggu
kawan anda semasa menjalankan kerja amali.Anda diminta menggunakan alat tangan atau pekakas yang
betul dengan selamat.Selepas kerja amali anda diminta:
Bersihkan alat-alat atau pekakas dan simpan di tempat sepatutnya dengan teratur.
Kemaskan meja kerja. Sapu dan bersihkan lantai. Basuh tangan menggunakan air dan sabun.
POLISI 4 : PERLAKSANAAN PENDIDIKAN JASMANI, KO-KURIKULUM DAN SUKANDefinisi ;Memastikan aktiviti Pendidikan jasmani, Ko-Kurikulum
dan sukan dapat dijalankan dengan selamat dan terjamin.Murid-murid dapat pengetahuan dan seronok bekerjasama
semasa menjalakan aktiviti dan berani mencuba.
Matlamat ; Sekolah selamat dalam bidang Pendidikan jasmani,
Ko-Kurikulum dan sukan bertujuan memastikan murid-murid menjadi cergas serta pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan selamat dan terjamin..
Rasional ;Tiada garis panduan khusus untuk diikuti oleh
guru-guru dalam aktiviti Pendidikan jasmani, Ko-kurikulum dan sukan.
Warga sekolah dewasa kurang kesedaran dan penguasaan dalam aspek keselamatan semasa aktiviti dijalankan atau kemalangan berlaku.Oleh itu polisi yang berterusan perlu diwujudkan.
Tidak ada tenaga yang benar-benar berkemahiran dan bertauliah.
Murid-murid kurang kesedaran tentang bahayanya aktiviti-aktiviti yang dilakukan.
Objektif ;Tiada kemalangan berlaku semasa menjalankan aktiviti Pendidikan
Jasmani, Ko-kurikulum dan sukan.Memastikan jadual kehadiran murid diambil sebelum dan selepas
mengadakan aktiviti.Memastikan murid-murid mematuhi peraturan serta dapat
pengawasan sepanjang menjalankan aktiviti.Memastikan gerak kerja dirancang dan dilaksanakan mematuhi
peraturan serta dasar Kementerian pendidikan Malaysia.Aktiviti yang dilakukan atau dirancang sesuai dengan umur, jantina,
kebolehan dan pengetahuan murid.Penguasaan Kemahiran asas Pergerakan dan Permainan mengikut
kemampuan murid.Memastikan kawasan sukan atau aktiviti sentiasa dalam keadaan
selamat.Memastikan peralatan selamat semasa dan selepas digunakan.Memastikan cara penyimpanan barang-barang diurus dalam
keadaan sistematik supaya selamat diambil dan dipulangkan.Memastikan ada guru bertugas untuk mencatatkan aliran keluar
masuk barang dan sewaktu aktiviti dijalankan.
Tatacara Am ;Penyediaan carta organisasi dan jadual bertugas.Penyediaan manual prosedur kerja.Guru mengetahui kemampuan kesihatan murid.Guru mengetahui profil murid.Mengadakan pengawasan sewaktu aktiviti
dijalankan.Memeriksa keadaan dan keselamatan padang secara
berkala.Surat pemberitahuan dan kebenaran kepada penjaga
berhubung aktiviti.Memberi pendedahan kepada murid-murid jika ada
sesuatu kemalangan berlaku.Merekodkan peralatan yang diambil.Pemeriksaan dan pengujian peralatan secara berkala.
Tatacara Murid Ko-Kurikulum
Anda hendaklah melaporkan taraf kesihatan yang terkini seperti sakit jantung, asma, lelah dan lain-lain penyakit dari masa ke semasa kepada guru berkenaan.
Anda hendaklah memakai pakaian dan kasut yang sesuai sewaktu menjalankan aktiviti.
Anda hendaklah berada di dalam kelas yang berkenaan seperti masa yang ditetapkan.
Anda hendaklah memaklum kehadiran anda. Anda hendaklah memaklumkan kepada guru jika anda tidak dapat
mengikuti aktiviti Ko-kurikulum. Anda hendaklah mengikut arahan guru sepanjang aktiviti
dijalankan. Anda mesti menjalankan aktiviti di dalam kawasan yang
ditentukan. Anda hendaklah melapoirkan kepada guru jika berlaku sebarang
kemalangan.
Pendidikan Jasmani Anda hendaklah melaporkan taraf kesihatan yang terkini seperti sakit jantung,
asma, lelah dan lain-lain penyakit dari masa kesemasa. Anda hendaklah memakai pakaian dan kasut yang sesuai semasa aktiviti
dijalankan. Anda hendaklah beratur di luar bilik darjah sebelum menuju ke tempat
menjalankan aktiviti. Anda hendaklah melaporkan taraf kesihatan sekiranya merasa ketidakselesaan
sewaktu menjalankan aktiviti. Anda boleh menuju ke kawasan bersenam setelah diberi arahan oleh guru. Anda dikehendaki memastikan kawasan yang selesa dan selamat digunakan. Anda tidak boleh melakukan aktiviti tanpa pengawasan dari guru. Anda mesti mengikut arahan guru semasa melakukan kemahiran dan
permainan. Sekiranya anda merasai ketidakselesaan atau di luar kemampuan diri semasa
aktiviti pergerakan, anda harus berhenti dan memberitahu guru. Anda mesti menjalankan aktiviti dalam kawasan yang ditentukan. Anda hendaklah menukar balik pakaian seragam sekolah selepas aktiviti
pendidikan jasmani. Anda hendaklah beratur semasa balik ke bilik darjah. Anda hendaklah melaporkan kemalangan yang berlaku kepada guru bertugas. Anda hendaklah melaporkan segala kerosakan alat jika ada alat yang rosak
selepas digunakan kepada guru berkenaan.
Sukan
Anda hendaklah melaporkan taraf kesihatan yang terkini seperti sakit jantung, asma,lelah dan lain-lain penyakit dari masa kesemasa kepada guru berkenaan.
Anda hendaklah memakai pakaian yang sesuai semasa menjalakan aktiviti. Anda hendaklah melaporkan taraf kesihatan sekiranya merasa ketidakselesaan
sewaktu menjalakan aktiviti. Anda hendaklah beratur di tempat perhimpunan sebelum bergerak ke padang. Anda boleh bergerak ke kawasan sukan setelah diberi arahan oleh guru. Anda dikehendaki memastikan kawasan yang selesa dan selamat digunakan. Anda tidak boleh memulakan aktiviti tanpa arahan guru. Anda tidak boleh melakukan aktiviti tanpa pengawasan dari guru. Anda mesti mengikut arahan guru semasa melakukan aktiviti. Sekiranya anda rasa tidak selesa atau di luar kemampuan diri semasa aktiviti
pergerakan anda harus berhenti dan memberitahu guru. Anda hendaklah melaporkan kemalangan yang berlaku kepada guru yang
bertugas. Anda hendaklah melaporkan segala kerosakan alat kepada guru yang bertugas
jika ada alat yang rosak selepas digunakan. Anda hendaklah berbaris selepas tamat aktiviti dan berjalan dalam barisan ke
tapak perhimpunan.
CARTA ALIRAN
CARTA ALIRAN MENJALANKAN AKTIVITI PJK, SUKAN DAN KO-KURIKULUM
POLISI 5 : KESELAMATAN MENGHADAPI KEBAKARAN Definisi ; Memastikan murid selamat sepanjang masa mereka berada di
sekolah dan tiada kemalangan jiwa berlaku sekiranya kebakaran berlaku.
Matlamat ; Menjadikan warga sekolah yang perihatin dan sentiasa sedia
menghadapi sebarang kecemasan. Memastikan murid sentiasa peka dengan keadaan persekitaran. Memastikan murid tahu langkah-langkah keselamatan untuk
menghindari dari kemalangan semasa kebakaran berlaku. Memastikan murid perihatin dan sentiasa sedia menghadapi sebarang
kecemasan. Mewujudkan permuakatan dan perasaan bertanggungjawab di
kalangan warga sekolah dan komuniti ketika menghadapi sebarang kebakaran.
Rasional ;Murid tidak peka terhadap amaran kebakaran.Kehilangan harta benda murid sering berlaku dalam sekolah.Murid kurang memberi perhatian terhadap harta benda
mereka.Terdapat kecuaian atau terlupa meletakkan harta benda yang
berharga. Objektif ;Mengambil langkah-langkah keselamatan untuk menghindari
kemalangan akibat kebakaran.Menyediakan peraturan bagi menghadapi kebakaran dengan
selamat.Menjalankan latihan menghadapi kebakaran.Mewujudkan permuafakatan dan perasaan bertanggungjawab
di kalangan warga sekolah dan komuniti ketika menghadapi sebarang kebakaran.
Tatacara MuridJangan panik dan laporkan kepada guru sekiranya ada
kelihatan tanda-tanda kebakaran.Tutup suis utama.Susun kerusi meja supaya ada ruang laluan.Murid-murid diminta segera meninggalkan kelas apabila
mendengar loceng kecemasan.Sila tutup pintu dan tingkap sekiranya ada kesempatan.Ikut laluan kecemasan yang disediakan.Ketua kelas memastikan bilangan murid sama seperti
jumlah kehadiran pada hari tersebut.Murid hendaklah melaporkan sebarang insiden dengan
segera kepada guru.
Tatacara Guru
Guru perlu menyediakan pelan tindakan menghadapi kebakaran.
Menubuhkan jawatankuasa kebakaran.Guru hendaklah memberi taklimat kepada
semua warga sekolah tentang langkah keselamatan menghadapi kebakaran.
Guru dikehendaki menghubungi pihak bomba,penyelamat untuk bantuan.
PENUTUPDiharapkan aspek keselamatan diambil berat daan
mampu dipertingkatkan serta merasakan ianya sebagai tanggungjawab oleh semua pihak, pentadbir sekolah, guru, kakitangan sekolah, murid-murid, ibubapa, badan bukan kerajaan daan masyarakat sekitar. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan bagi mewujudkan sekolah yang lebih selamat. Langkah- langkah itu akan didedahkan kepada semua pihak sehingga tahap memahami, menghayati, mengamalkannya seterusnya menjadi budaya kehidupan murid, guru, ibubapa, masyarakat dan badan pertubuhan setempat. Usaha ini akan menjadikan sekolah sentiasa berada ditahap selamat yang tinggi dan meyakinkan kepada semua pihak.