Post on 18-May-2015
description
Langkah 1
Buka file pada perisian adobe photoshop CS2 kemudian tetapkan ukuran tinggi, lebar, dan
resolusi bagi layout yang akan dihasilkan. Kemudian klik pada mod warna, tetapkan menjadi
RGB 8 bit dan latar belakang bagi layar tetapkan menjadi putih. Klik (CTRL + R) untuk ukuran
pada layar.Tarik garisan ke tengah sebanyak dua kali sebagai ‘tulang’ buku
Langkah 2
Setelah itu klik (file-> open) untuk muat naik gambar melalui fail data peribadi. Setelah gambar
pilihan dimuat naik edit tahap warna pada gambar tersebut. Seterusnya klik image > adjustment
> level. Buang latar pada gambar tersebut dengan cara; klik pada tool-> magic wand tools-> klik
kawasan yang hendak dibuang. Setelah itu klik dua kali pada layer background > entre > delete.
1
Langkah 3Muat naik gambar untuk latar melalui fail data di dalam komputer anda. Edit tahap warna pada
gambar tersebut seperti proses sebelumnya. Klik pada tool > eye dropper tool untuk ambil warna
pada gambar sedia ada. Klik pada latar kosong kemudian klik pada paint bucket tools kemudian
klik pada latar kosong tadi.
Langkah 4
Tarik gambar kayu tersebut, kemudian selaraskan saiznya dengan klik CTRL+T. Pastikan
gambar kayu tersebut tidak menutupi kesemua latar. Kemudian tarik gambar gadis yang sudah
dibuang latarnya dan selaraskan saiznya supaya gambar tersebut berada tepat di bahagian tulang
kulit buku.
2
Langkah 5
Klik pada tool > eraser. Pastikan saiz pemadam ialah 75 supaya tidak merosakkan gambar. Pilih
pemadam yang kabur dan tetapkan kadar 85 peratus supaya gambar yang hendak di edit dapat
efek yang menarik.
Langkah 6
Klik pada ikon berus > load brushes. Setelah itu pilih efek berus yang sudah di muat turun dan
pilih efek asap. Klik pada
gmbar
menggunakan eye dropper
tool utk
mendapatkan warna yang
sama dengan gambar
3
Langkah 7
Berikutnya, pelbagaikan efek pada gambar dengan menggunakan berus yang berlainan motif
seperti flora atau percikan air seperti contoh di bawah.
Langkah 8
Seterusnya klik pada ikon
berbentuk T pada tools dan
pilih jenis tulisan yang
diminati. Setelah itu klik
4
blending option > outer glow untuk memberi kesan cahaya pada tulisan. Saiz tulisan boleh di
ubah dengan menetapkan saiznya atau klik pada edit> transform
Langkah 9
Klik pada file > open muat naik logo yang sudah tersedia ada di dalam data komputer anda.
Buang latar logo terlebih dahulu dengan klik dua kli pada latar belakang asal >entre> delete.
Tarik gambar tersebut pada gambar utama.
Langkah 10
Muat turun nombor siri buku melalui internet dan letakkan pada bahagian belakang buku. Logo
pula perlu berada pada bahagian depan, tengah, dan belakang buku.
5
Langkah 11
Klik pada berus dan pilih warna oren. Tetapkan kepekatan warna tersebut dengan selaraskan
peratus opacity kepada 75 peratus. Lukis bentuk segi empat sama.
Langkah 12
Taip sinopsis atau petikan ayat pada bahagian belakang kulit buku dengan bentuk tulisan yang
dikehendaki. Bentuk segi empat sama tersebut boleh dikemaskan lagi dengan menggunakan
pemadam yang bersaiz 75 dan kabur.
6
Langkah 13
Klik rectangle marquee tools kemudian buat segi empat tepat bersesuaian dengan saiz ukuran
tulang buku. Pilih warna yang sama dengan latar kulit buku dengan menggunakan eye dropper
tool dan klik warna tersebut pada bahagian tulang buku dengan menggunakan paint bucket tools.
Pastikan opacity warna tersebut 57 peratus atau lebih rendah.
Langkah 14Langkah terakhir ialah
klik pada ikon T dan
7
taip nama pada bahagian bawah kulit buku. Tulisan pada bahagian tulang buku tidak perlu klik
horizontal kerana kedudukannya boleh diselaraskan iaitu dengan cara klik CTRL dan tahan
sehingga dapat kedudukan yang sesuai dengan tulang buku. klik layer > merge down untuk
menggabungkan semua layer. Klik file> save as> JPEG atau PNG.
8