Proses penubuhan PDK

Post on 08-Jul-2015

70 views 1 download

description

Proses penubuhan PDK

Transcript of Proses penubuhan PDK

PROSES

PENUBUHAN

PROGRAM PDK

Langkah 1

Ibu bapa OKU / komuniti / pemimpintempatan memohon menubuhkan PDK kepada Pegawai Kebajikan MasyarakatDaerah (PKMD) kecuali Wilayah Persekutuan.

Permohonan boleh dibuat melaluisurat, telefon, faks atau datang sendirike Pejabat JKM Daerah.

Langkah 2

PKMD mengenal pasti kawasanyang mempunyai OKU melebihi 7 orang melalui Rekod PendaftaranOKU di Pejabat KebajikanMasyarakat / Hospital / JabatanKesihatan / Penghulu Mukim / sumber- sumber lain.

* Penubuhan PDK sama ada melaluilangkah 1 atau langkah 2.

Langkah 3

PKMD akan mengatur perjmpaan

dengan komuniti setempat termasuk ibu

bapa OKU & pemimpin tempatan.

PKMD memberi penerangan tentang

konsep PDK dan cara pelaksanaannya .

Komuniti diminta berbincang & memberi

maklum balas 2 minggu selepas

pertemuan tersebut.

Langkah 4

PKMD mendapat maklum balas daripada

komuniti tentang penubuhan PDK. Jika bersetuju

AJK PDK dibentuk terdiri daripada :

i. Ibu bapa OKU

ii. Komuniti setempat

iii. Pemimpin tempatan

iv. Wakil Jabatan Kesihatan

v. Wakil Jabatan Pendidikan Khas

* PKMD berperanan sebagai Penasihat

dan Pembantu Kebajikan Masyarakat

sebagai Bendahari PDK.

Langkah 5

AJK PDK mengenal pasti

i. Bangunan yang sesuai untuk

dijadikan premis PDK

ii. Membuka akaun PDK

Langkah 6

Setiausaha PDK mengisi BORANG

PERMOHONAN GERAN TAHUNAN

PENUBUHAN PDK BARU yang

diperolehi daripada Pejabat PKMD &

diserahkan kembali kepada PKMD

untuk tindakan selanjutnya.

Langkah 7

PKMD meneliti borang permohonan

geran tahunan. Borang yang lengkap

akan dihantar ke Jabatan Kebajikan

Masyarakat Malaysia (JKMM) melalui

Pengarah Negeri.

Langkah 8

JKMM memproses permohonan

daripada Jabatan Kebajikan

Masyarakat Negeri (JKMN). Kelulusan

diperolehi berdasarkan kedudukan

kewangan pada tahun memohon.

Langkah 9

JKMM memaklumkan kepada PKMN

status permohonan (Lulus /

Tangguh). PKMN akan memaklumkan

kepada PKMD.

Langkah 10

Jika permohonan LULUS, PKMD akanberbincang dengan AJK PDK tentang :

i. Perlantikan Pekerja PDK

ii. Pendaftaran OKU yang akan ikutikelas di PDK

iii. Membuka Akaun PDK (jika belumada akaun)

Langkah 11

Jawatankuasa PDK membuat iklan

Jawatan Pekerja PDK.

Iklan untuk pendaftaran OKU di PDK

turut diadakan.

Langkah 12

Temuduga Jawatan Pekerja PDK dilakukan

oleh Jawatankuasa PDK. Pegawai Kebajikan

Masyarakat Daerah turut hadir.

Jawatankuasa PDK menyediakan surat

lantikan Pekerja PDK.

Langkah 13

Kelas PDK dibuka menurut tarikh yang

ditetapkan oleh Jawatankuasa PDK.

KURIKULUM PDK

Pengajaran Kemahiran Motor Kasar

Pengajaran Kemahiran Motor Halus

Pengajaran Perkembangan Bahasa

Pengajaran Perkembangan Sosial

Pengajaran Pengurusan Diri

KURIKULUM PDK (samb.)

Pengajaran PraAkademik (menulis, membaca & mengira)

Pengajaran Aktiviti Retorik (permainan,

rekreasi, hiburan dan lain-lain)

Aktiviti vokasional

Latihan Hidup Berdikari (Independent Living)