proses perpaduan.pptx

Post on 07-Dec-2015

247 views 4 download

Transcript of proses perpaduan.pptx

Proses Perpaduan

Nama: Lee Xiao Ying

Kad Pengenalan: 930629-08-5090

No. Matrix: 28423

Pensyarah: Encik Megat

Definisi Perpaduan

Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik (Ahmad Haji Kambar 1987)

Satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identity dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanahair.

Proses perpaduan

AmaIgamasi Proses yang dilakukan secara

“interventionist” dan sedar oleh beberapa kumpulan etnik atau pemerintah untuk mencantumkan beberapa unsur berbeza daripada kumpulan etnik yang berbeza dalam satu entiti yang bersatu sama ada secara sementara atau kekal.

Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka.

Proses ini kebiasaannya memakan masa yang lama dan akan melalui beberapa generasi.

Proses amalgamasi adalah satu proses yang berguna di dalam memupuk perpaduan di dalam negara kita Malaysia.

Namun, ianya jarang digunakan atau didapati di Malaysia.

Diwakili formula A+B+C=D

Asimilasi

Proses percantuman dan penyatuan antara

kumpulan etnik yang berlainan budaya

sehingga membentuk satu kelompok

kebudayaan dan identiti yang sama .

Faktor menyebabkan berlakunya asimilasi

Etnik yang berbeza budaya

Individu di dalam atau di antara etnik sering

berinteraksi.

Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

Contoh komuniti peranakan (baba-nyonya).

Diwakili formula: A+B+C=A

Akulturasi

Proses penerimaan dan pinjaman unsur atau perlakuan budaya antara kelompok etnik yang berbeza.

Berbeza dengan proses asimilasi, proses ini tidak menyebabkan kehilangan identity asal masyarakat yang menerima.

Akulturasi lebih mudah dicapai melibatkan benda bersifat kebendaan dan yang mendatangkan manfaat.

Contoh pakaian, makanan,angpao atau apa-apa yang sesuai dengan norma dan nilai kumpulan etnik yang meminjam.

Proses yang melibatkan beberapa kumpulan etnik

yang menyedari bahawa mereka adalah berbeza,

namun menghormati norma dan nilai kolektif

antara satu sama lain.

Satu keadaan atau proses apabila kelompok-

kelompok yang berkonflik bersetuju untuk

menghentikan/ mengelakkan konflik dengan

mengadakan interaksi secara aman damai.

Akomodasi

Proses penyesuaian ini berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. (kepelbagai Bahasa, pengamalan agama, kepercayaan secara bebas bagi kelompok etnik)

Contoh konsep kongsi raya, deepa-raya atau konsep-konsep yang serupa dengannya.

Diwakili formula A+B+C=A+B+C

Terima Kasih