Puisi Ramadan

Post on 09-Feb-2016

230 views 0 download

description

ramadan

Transcript of Puisi Ramadan

RAMADAN

Kau datang lagi...bergenang airmata kesyukurankerana masih dapat bersua denganmu..Ramadhan Kau datang lagi...bergenang airmata kesyukurankerana masih dapat bersua denganmu..Ya Allah ..Kau jadikan bulan Ramadhan kali inisebagai penyuci segala kekotoran hatikusebagai satu tarbiyah atas tindakankusebagai pembimbing akhlak dan pekertikusebagai penyuluh segala amalankusebagai pelopor keikhlasankusebagai penyubur roh kasih dan sayangkuYa Allah...peliharalah dirikudari segala godaan nafsudan kau berilah petunjuk pada merekayang mempersendakan ramadhan iniyang tidak takut pada KebesaranMuyang tidak takut pada azabMumereka bangga bila tidak berpuasadan mereka bangga kalau berpuasatapi tidak menyembahMuYa Allah ..tetapkanlah kami pada ketaatan terhadapMu.Dan limpahkanlah pada kamiRahmat,Keberkatan dan PengampunanMu.pada Ramadhan kali ini..

Ramadhan ..kau datang lagi

bergenang airmata kesyukuran.

Syair Ramadan

Ramadhan pertama setelah maghrib,Tegakkan tarawih walau tak wajib,Ajaklah anak ke masjid tertib,Sebelum isyak’ solat rawatib.

Setelah isyak’ solat tarawih,Jadikan imam orang yang fasih,Supaya jamaah tidaklah risih,Orang tak faham tahu menyisih.

Habis tarawih bacalah quran,Pembersih hati penambah iman,Supaya tidak terpukai syaitan,Yang terus menggoda sepanjang zaman.

Pantun Ramadan

kala menjelang bulan puasa,

bangun sahur tidak dilupa,

makanan hanya sederhana sahaja,

biar berkat menyulam selera

 

selamat berpuasa kepada semua,

moga amalan kita diterima,

meski harus berlapar dahaga,

tak terjangka hebat ganjarannya

 

teguhkan iman di bulan ramadhan,

tetapkan jadi jalankan kewajipan,

allah menduga hanya sebulan,

inilah peluang dan kesempatan

 

selamat berpuasa kepada semua,

menjelang raya pelbagai disedia,

jadikan ramadhan bulan mulia,

banyak nikmat dan juga pahala.